

Mac 22, 11
4:42pm
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan itu sebagai “taktik kotor” yang bertujuan mengelirukan rakyat bahawa Anwar tidak bermoral.
"Dalam Islam ditekan jika menerima sebarang berita, hendaklah diselidiki dahulu berita itu," kata Abdul Hadi selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di bangunan Parlimen.
"Sekadar rakaman video tidak boleh dijadikan bahan bukti. Kena hadirkan empat orang saksi, siapa jurukameranya?
"Apakah peralatan (yang diguna), siapakah pelakon sebenar, dan penerbitnya? Adakah mereka mempunyai sifat bodoh atau bohong?
"Di mana video itu ditayangkan? Di hotel. Jadi itu hanya drama," katanya.
Kewibawaan dicurigai
Katanya terlalu banyak faktor untuk diambil kira dan kredibiliti individu di sebalik rakaman video berkenaan juga dicurigai.
Sehubungan itu, Abdul Hadi (kanan) berharap rakyat khususnya umat Islam tidak cepat percaya dengan fitnah sedemikian."Ini menunjukkan masih ada kekeliruan, yang akan merosakkan masyarakat disebabkan oleh perbuatan yang tidak bermaruah ini," katanya.
Katanya bahan rakaman seperti yang ditunjukkan kepada media tertentu itu tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa seseorang.
"Sebagai orang Islam, tuduhan moral harus ditolak jika ada kekeliruan. Itu sebabnya dalam Islam, perlu ada empat saksi yang adil dan berhemah.
"Untuk menjadi perkara ini jadi bersih dan bermaruah, kita kembali ke mahkamah syariah dan laksanakan secara syariah yg menentukan bersumpah dgn syariah, bukan (melalui) media," kata Abdul Hadi.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula meminta rakyat Malaysia meluahkan rasa 'kemarahan dan membidas' dakwaan terbaru yang dilemparkan ke atas Anwar.
'Soal sumpah, mahkamah tentukan'
Katanya, politik di Malaysia kini memasuki tahap 'pembunuhan watak'.
Senada dengan Hadi, Lim juga mempersoalkan mengapa tayangan itu dibuat ketika DUN Sarawak dibubarkan dan turut mempertikaikan cara tayangan itu dilakukan.
“Isu ini bermotifkan politik bagi menentang Pakatan dan juga kerana menjelang pilihan raya Sarawak. Ia menunjukkan BN gusar kerana keputusan pilihan raya negeri akan mempunyai impak ke atas pilihan raya umum,” katanya.
Lim (kiri) berkata adalah jelas individu atau kumpulan tertentu berkenaan cuba memesongkan pendapat umum di Sarawak ke atas Pakatan.
Sementara itu, Anwar ketika menjawab pertanyaan wartawan sama ada beliau akan bersumpah bahawa beliau bukan individu dalam video itu atau tidak, hanya berkata mahkamah yang berhak menentukannya.
"Soal sumpah itu, mahkamah yang tentukan," jawabnya.
Turut hadir pada sidang media ini adalah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ketua pemuda DAP, Anthony Loke dan beberapa pemimpin lain.

"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.
Daripada memberikan masa kepada ahli politik bagi membersihkan dirinya, Nazri mendesak 'Datuk T' segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Nov lalu, antara alasan yang dikemukakan oleh kerajaan pusat ialah kerajaan Malaysia wajar dijadikan defendan dalam kes ini, supaya semua perkara yang dipertikaikan boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan dan selengkapnya.
Teng (dua dari kanan) berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu memutuskan bahawa keputusan dalam sidang dewan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.
Katanya, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat walau telah dipanggil sebagai saksi.
Katanya, beberapa ahli parlimen cuba 'mencari video' berkenaan melalui internet tetapi menegaskan tidak ada seseorangpun yang berjaya menjumpai video tersebut sehingga sekarang.
Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.
Nazri juga mencemuh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat penafian bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya dan berkata tiada sesiapa yang menuduh beliau.

Beliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.
Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.
“Satu kesalahan dan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan perdana menteri dan menteri dlm negeri dan pihak atasan PDRM," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Justeru, ketua pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi kekejaman mereka sebagaimana yang dilakukan pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya.
Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar berkata tindakan mereka di sebalik video berkenaan ada berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.
Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria seperti yang dinyatakan dalam laporan sebuah akhbar menegaskan, duit tersebut haram diambil serta digunakan kerana ia mempunyai pemilik dan wajib dikembalikan semula.
Sayangnya, adakah masyarakat sudah bersedia mendekati matlamat tersebut?
Banyak kajian dalam psikologi sosial menunjukkan bahawa kecenderungan untuk orang sekeliling membantu seseorang dalam suasana kecemasan (seperti kemalangan jalan raya) akan berkurangan sekiranya terdapat ramai pihak lain yang sedang memerhatikan kejadian yang sama.
"Dalam situasi kedua, mereka yang mencuri daripada mangsa kemalangan biasanya lebih daripada seorang dan mereka tidak mengenali mangsa kemalangan.
"Dalam situasi ini, masyarakat memerlukan 'role model'. Jika ada seseorang yang membantu mangsa kemalangan dan ada pula seseorang yang menghalang (tidak semestinya mangsa kemalangan itu sendiri) orang lain daripada mencuri, mungkin mereka yang ada dan sedang memerhatikan di tempat kejadian akan turut membantu dan tidak akan mencuri.
Jika kanak-kanak dan pelajar boleh dididik di peringkat awal, mendidik masyarakat yang dewasa mungkin agak berbeza. Intan Hashimah berpendapat, setiap individu mesti menanamkan sikap prihatin dan bertimbang rasa sedalam-dalamnya dalam diri masing-masing. 
"Mereka yang merasakan mempunyai pemilikan tanah boleh membuat semakan di Pejabat daerah Kuala Langat dan jika perlu kita juga ada senarai pemilikan tanah di Pejabat pengarah Tanah dan Galian, mereka juga boleh mengemukan pandangan daripada exco, ini adalah proses yang boleh dilakukan.

"Saya berada di Parlimen, boleh saya tanya bos saya terlebih
Selepas meletak kereta di parkir, saya bergerak ke lobi, untuk
Sambil tersenyum Anwar juga berkata, lelaki dalam video itu mempunyai perut yang "lebih buncit" berbanding beliau.
Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.