Thursday, March 10, 2011

'Tolong selamat suami saya'

PONTIAN: “Tolonglah selamatkan suami saya dan semua nelayan lain. Dia menghidap masalah jantung dan hanya membawa bekalan ubat cukup untuk dua hari saja,” rayu Juriah Othman, 33, isteri seorang daripada tujuh nelayan tempatan yang ditahan Polisi Air (PolAir) Indonesia, kelmarin.

Suami Juriah, Zainodin Adam, 53, dan enam lagi nelayan ditahan PolAir ketika menangkap ikan di kedudukan 12.5 batu nautika dari perairan Senggarang, berhampiran Tampok di sini, kira-kira jam 5 petang.


Tekong bot, Zainodin yang baru melangsungkan perkahwinan dengan Juriah pada Mei lalu, dipercayai hanya membawa bekalan ubat untuk dua hari kerana dijadualkan pulang, petang ini.

Dia ditahan bersama birasnya, Rosli Ab Kassim, 34, dan rakan mereka, Jamil Md Top, 53, yang menaiki bot pukat tunda bernombor pendaftaran JHF6963B.


Empat nelayan lain yang ditahan ialah Ibrahim Mohd Kassim, 28, (tekong) dan tiga awak-awaknya, Redzuan Aris, 35, Mohamad Zamri Hambali, 26, dan Subani Samsuddin, 40-an (warga Indonesia) yang menaiki bot tunda bernombor pendaftaran JHF7281B turut ditahan dalam kejadian itu.


Menurut Juriah, sebaik dimaklumkan kejadian itu oleh majikan Zainodin, Tang Ah Soon, 70, dia begitu khuatir berikutan masalah kesihatan yang dihidapi suaminya.

“Suami ke laut pada kira-kira jam 2 petang dari Jeti Pontian Besar dan seperti biasa, dia tidak memberikan sebarang amanat, sebaliknya hanya memaklumkan supaya menjaga anak (hasil perkahwinan pertama Zainodin) dengan baik.


“Selepas itu tiada sebarang berita berkaitan suami hinggalah Tang datang dan memaklumkan kejadian jam 7 malam kelmarin,” katanya yang ditemui di perkarangan Pejabat Persatuan Nelayan Pontian Besar di sini, semalam.

Menurutnya, ketika menerima berita itu, dia berada di rumah adiknya, Normala, 26. “Suami Normala, Rosli, turut berada dalam bot sama dan kami seolah-olah tidak percaya ia berlaku kepada kami,” katanya.


Menurut Juriah, suaminya dijadualkan menjalani pemeriksaan kesihatan pada 23 Mac ini di Hospital Pontian dan berharap dia segera dibebaskan.


Normala merayu kerajaan berusaha membebaskan suaminya memandangkan insiden terbabit tidak sepatutnya berlaku.


“Suami dan rakan nelayan lain berada di perairan negara ini serta tidak melanggar undang-undang.


“Kami mempunyai dua anak, Nurul Aini, sembilan tahun dan Mohd Fadly, enam tahun. Seperti kakak (Juriah), suamilah punca pendapatan keluarga dan kehilangannya boleh menjejaskan masa depan kami,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tolongselamatsuamisaya/Article/index_html

Pihak berkuasa Indonesia acu senjata

PONTIAN: Cubaan untuk berunding bagi membebaskan tujuh nelayan tempatan yang ditahan Polisi Air (PolAir) Indonesia di kedudukan 12.5 batu nautika dari perairan Senggarang, berhampiran Tampok, Pontian Besar di sini, petang kelmarin, hampir mencetuskan ketegangan apabila pihak berkuasa negara jiran itu mengacukan senjata ke arah anggota Polis Gerakan Marin (PGM).

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, empat anggota PGM diacukan senjata selepas diarahkan beredar oleh kira-kira 20 anggota PolAir terbabit, menyebabkan rundingan untuk membebaskan nelayan terbabit serta dua bot pukat tunda menemui jalan buntu.


Berikutan bimbang berlaku perkara tidak diingini, anggota PGM terpaksa membiarkan nelayan dan bot pukat tunda berkenaan dibawa ke perairan Indonesia. Perkara berkenaan terdedah selepas rakaman kejadian disaksikan ahli keluarga nelayan terbabit.

Dua kumpulan nelayan tempatan itu membabitkan tekong bot pukat tunda bernombor pendaftaran JHF7281B, Ibrahim Mohd Kassim, 28, dan tiga awak-awaknya, Redzuan Aris, 35, Mohamad Zamri Hambali, 26, dan Subani Samsuddin, 40-an, yang juga warga Indonesia.


Tiga lagi nelayan diketuai tekong, Zainodin Adam, 53, dan dua awak-awak, Rosli Ab Kassim, 34, dan Jamil Md Top, 53, pula menaiki bot pukat tunda bernombor pendaftaran JHF6963B.


Abang kepada Ibrahim, Tahir, 44, berkata kedua-dua bot pukat tunda itu belayar dari Pangkalan Pontian Besar pada kira-kira jam 2 petang dan dijangka pulang hari ini.

“Saya dimaklumkan berkaitan kejadian menerusi rakan yang menerima panggilan telefon daripada Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika kami ingin mendapatkan pengesahan berkaitan kejadian itu.


“Saya difahamkan, sebaik PolAir menghampiri bot Ibrahim pada kira-kira jam 5 petang, dia mencari kedudukan bot menerusi sistem penentu kedudukan global (GPS) dan mendapati mereka berada di kedudukan latitud utara 01’26.958, longitud timur 103’04.046, iaitu masih dalam perairan Malaysia.

“Selepas itu, Ibrahim terus menghantar SMS kepada pegawai APMM sebelum pegawai berkenaan menghubungi seorang daripada nelayan di darat bagi mendapatkan kepastian sama ada terdapat kumpulan nelayan berada di sekitar lokasi itu.


“Mendengar kejadian itu, seorang daripada rakan di jeti terus menghubungi PGM sebelum pasukan berkenaan ke lokasi dari pangkalan mereka di Kukup,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PihakberkuasaIndonesiaacusenjata/Article/index_html

Guru lebam dibelasah

TEMERLOH: Gara-gara tidak berpuas hati anaknya dimarahi, seorang pemandu lori bertindak ‘ala mafia’ apabila membelasah seorang guru lelaki sehingga mengakibatkan mangsa lebam dan cedera di badan, dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Kerdau, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, pemandu lori berusia 40 tahun itu menghampiri mangsa berusia 30 tahun yang sedang berjalan seorang diri keluar dari pekarangan sekolah itu.


Tanpa berbicara panjang, pemandu lori terbabit terus membelasah mangsa sehingga berdarah dan lebam.

Sebelum kejadian, anak lelaki kepada pemandu lori terbabit yang berusia 15 tahun dipanggil guru berkenaan kerana tidak memakai tali leher ketika keluar dari tandas sekolah.


Ketika ditegur tidak memakai tali leher, pelajar tingkatan tiga itu memaklumkan dia malas memakainya dan guru itu memarahinya kerana enggan patuh undang-undang sekolah.


Difahamkan, sebaik saja mengetahui nama bapa pelajar terbabit, guru terbabit terus mencekak baju pelajar itu dan membawanya ke bilik disiplin berjumpa dengan guru disiplin.

Bagaimanapun, ketika dibawa ke bilik disiplin badan pelajar terbabit tiba-tiba menggigil dan hanya mendiamkan diri.


Lebih mengejutkan, ketika pelajar terbabit diarahkan masuk semula ke dalam kelas dia menjadi lemah serta tidak bermaya dan pada masa sama ada pelajar lain menghubungi keluarganya memaklumkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Md Nor Mansor, ketika dihubungi, semalam mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


“Susulan kejadian itu, ibu pelajar terbabit pergi ke sekolah berkenaan dan memapah anaknya keluar dari sekolah kerana dikatakan tidak bermaya hendak berjalan.


“Pada masa sama, pemandu lori terbabit yang tiba di sekolah itu kemungkinan terkejut besar selepas melihat anaknya dipapah sebelum bertanya mengenai hal sebenar,” katanya.


Menurutnya, selepas mendapat tahu mengenai keadaan anaknya, pemandu lori terbabit terus meluru ke arah guru berkenaan sebelum membelasahnya menggunakan tangan dan kaki.


Katanya, akibat kejadian itu, guru terbabit terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), di sini, berikutan mengalami kecederaan di muka dan badan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kerdau, kira-kira jam 3 petang.


Md Nor berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lori terbabit dipercayai turut menyepak guru berkenaan ketika mangsa terjatuh di permukaan jalan sebelum dileraikan beberapa guru lain.


“Siasatan turut mendapati, mangsa tidak dapat mempertahankan diri kerana diasak bertubi-tubi ketika dibelasah.


“Kes terbabit masih dalam siasatan lanjut dan kertas siasatan akan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya di sini, semalam.


Katanya, pada masa sama, polis akan merujuk kes terbabit kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gurulebamdibelasah/Article/index_html

Satu kampung tak selamat

KUALA NERANG: Bimbang dengan ancaman ganas anak lelaki mereka yang menghidap penyakit mental, sepasang suami isteri kini hidup menderita selepas melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan sejak lima tahun lalu.

Lebih menyedihkan pasangan warga emas lembam dari Kampung Keda Pasir Putih di sini, hanya makan buah-buahan atau tumbuhan hutan sepanjang bersembunyi di dalam hutan itu bagi mengisi perut.


Ini disebabkan pasangan berusia 60-an itu bimbang dipukul anak mereka yang berusia 34 tahun jika mereka pulang ke rumah.

Anak ketiga daripada empat beradik yang pernah mendapat rawatan di wad psikiatri dikatakan sering bertindak liar dan ganas termasuk mendera ibunya seperti binatang.


Keadaan itu menyebabkan si ibu berusia 61 tahun dan bapanya berusia 64 tahun tidak sanggup lagi untuk memelihara lelaki sakit mental itu.


Anak lelaki pasangan terbabit didakwa mengalami masalah mental selepas makan telur rebus yang terapung di muara sungai di kampung itu ketika dia berusia 14 tahun. Telur berkenaan dikatakan dihanyutkan untuk tujuan .

Dia juga pernah mencabul beberapa wanita dan gadis menyebabkan penduduk kampung terkilan kerana dia dibebaskan pihak hospital selepas pemeriksaan perubatan mendapati dia siuman.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Mat Din Ariffin berkata, lelaki berkenaan pernah mencabul beberapa wanita di kampung itu yang kebanyakannya isteri orang ketika suami mereka keluar bekerja.

“Kami sudah menahannya beberapa kali dan menyerahkan kepada polis sebelum dia diserahkan kepada hospital, tetapi dibebaskan semula selepas doktor mengesahkannya berkelakuan baik sepanjang jagaan mereka.


“Kami berharap pihak berkuasa menghantar lelaki itu ke wad psikiatri atau Hospital Bahagia Tanjung Rambutan untuk dipantau kerana penduduk bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.


Penduduk, Norhayati Ahmad, 33, mendakwa pernah menjadi mangsa amuk lelaki itu ketika mencuci pakaian di bilik air rumahnya.


“Saya terpaksa menjalani rawatan tradisional selama dua bulan kerana trauma dengan apa yang berlaku. Macam mana pula pihak hospital mengatakan dia tidak gila sedangkan dia suka mencabul dan bertelanjang sepanjang masa,” katanya.


Kelmarin, tujuh pakar sakit jiwa dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar berada di kampung itu untuk berbincang dengan kira-kira 50 penduduk yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim yang dilangsungkan secara tertutup.


Bagaimanapun, penduduk dipercayai tidak berpuas hati apabila pakar terbabit mengesahkan lelaki itu hanya mengalami gangguan emosi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung lelaki berkenaan tetapi pihaknya hanya mempunyai kuasa menahan dan menyerahkan kepada hospital untuk mengambil tindakan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Satukampungtakselamat/Article/index_html

Polis mati dek kencing tikus

Polis mati dek kencing tikus

Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my

SEDIH...Zamilah (kiri) dan anak perempuan, Norhidayah menunjukkan MyKad arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.
SEDIH...Zamilah (kiri) dan anak perempuan, Norhidayah menunjukkan MyKad arwah Azizan yang maut akibat virus kencing tikus.

KUALA KANGSAR: “Saya sangka dia demam panas akibat penat menjalani latihan dan tidak menyangka dia dijangkiti virus kencing tikus,” kata Zamilah A’ala, 52, ibu Mohd Azizan Azirid, 25, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang meninggal dunia akibat diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno, malam kelmarin.

Menurutnya, Azizan yang mengikuti latihan di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur pernah menghubunginya mengadu demam panas selang seminggu selepas mula menjalani latihan di Pulapol, tetapi masih meneruskan latihan.

“Saya terkejut apabila dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1 Mac lalu selepas pengsan ketika latihan kawat kaki.

“Apa yang saya tahu dia mengalami demam panas, cirit-birit dan batuk sebelum meninggal dunia,” katanya.

Zamilah yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata, pada mulanya doktor gagal mengesan penyakit arwah sehingga anaknya itu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana paru-parunya mengalami jangkitan bakteria.

“Sepanjang berada di ICU, Azizan bergantung kepada mesin pernafasan. Selain kurang bercakap dan demam panas melampau, dia turut hilang selera makan menyebabkannya kurus.

“Ketika dirawat di hospital, arwah sempat memberitahu dia tidak mahu meneruskan latihan di Pulapol kerana tidak tahan dengan latihan,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, arwah turut bimbang namanya akan disenarai hitam jika gagal menamatkan latihan sekali gus menyukarkan dia memohon jawatan lain dalam kerajaan.

Menurutnya, sebelum menerima tawaran sebagai pelatih konstabel polis itu, arwah bekerja sebagai pembantu jurujual di kedai runcit di pekan Kuala Kangsar sejurus tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Zamilah berkata, dia tidak menggalakkan arwah bekerja sebagai polis kerana pekerjaan itu bahaya namun akur kerana arwah sudah lama menanti untuk mendapatkan pekerjaan dalam kerajaan.

Difahamkan Mohd Azizan yang mula mendaftar sebagai pelatih konstabel di Pulapol di Jalan Semarak, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu, dimasukkan HKL pada 1 Mac lalu selepas tidak sedarkan diri.

Selepas lapan hari, arwah yang berasal dari Kampung Sayong Tebing, Kuala Kangsar, di sini, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8 malam kelmarin, akibat serangan virus bahaya itu.


http://www.hmetro.com.my/articles/Polismatidekkencingtikus/Article


ad·e·no·vi·rus

adenovirus - any of a group of dna viruses that cause eye and respiratory diseases.


http://dictionary.reference.com/browse/adenovirus

22 pelatih polis dikuarantin

KUALA LUMPUR: Seorang pelatih polis maut manakala 27 rakannya masing-masing berusia 20-an dikuarantin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak dua hari lalu setelah disahkan dijangkiti virus kencing tikus ketika menjalani latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Pelatih yang meninggal dunia, Mohd Azizan Azidi, 21, berasal dari Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak, maut kira-kira jam 8.30 malam kelmarin manakala dua rakannya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL kerana keadaan mereka dilaporkan kritikal.


Difahamkan, biarpun keadaan 25 lagi pelatih dilaporkan stabil, mereka masih dikuarantin untuk rawatan susulan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, arahan dikeluarkan supaya semua bentuk kegiatan dan program latihan di Pulapol dihentikan sementara berkuat kuasa serta-merta berikutan penularan jangkitan adeno virus di lokasi berkenaan.


“Seramai 1,945 pelatih menjalani latihan asas kepolisan di pusat itu, masing-masing 993 pelatih inspektor dan 952 pelatih konstabel manakala 854 lagi terdiri daripada pegawai dan kakitangan bertugas.


“Daripada jumlah keseluruhan itu, 226 pelatih diasingkan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan, malah mereka juga tidak dibenarkan menerima pelawat, termasuk ahli keluarga bagi mengelak penularan wabak itu,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka bilik gerakan dan talian khas 03-2688 2009 bagi memudahkan orang ramai, terutama ahli keluarga pelatih mendapatkan perkembangan terkini berhubung masalah itu.


“PDRM dan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan sewajarnya dan turut memberi pemeriksaan khas kepada pelatih yang dikenal pasti mempunyai tanda awal wabak berkenaan,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/22pelatihpolisdikuarantin/Article/index_html

Nasrudin: Jika selamat, mengapa tak bina di Perth?

Nasrudin: Jika selamat, mengapa tak bina di Perth?
Mac 10, 11 1:15pm

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan hari ini mempertikaikan kewajaran kerajaan membina pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.

NONEKatanya, jika benar pusat bernilai RM700 juta yang dibina oleh sebuah syarikat Australia, Lynas Corp didakwa tidak akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk, mengapa bahan sisa perlu diproses di negara ini.

“Malangnya Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan mengatakan kesan radiasinya rendah dan selamat.

“Persoalannya, jika proses menapis tanah jarang ini tidak memberi kesan kepada kesihatan penduduk, kenapa ia dilombong di Mount Weld Australia dan tidak sahaja ia diproses di Perth Australia?

“Kenapa perlu pindahkan ke Gebeng, Kuantan melepasi 2500 km jauh jaraknya?” soalnya dalam satu kenyataan media.

Pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia dilaporkan beberapa hari lalu oleh akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) yang memetik beberapa pakar yang melahirkan kebimbangan berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan .

NONE“Penduduk sekitar daerah Kuantan dan Gebeng sekali lagi terdedah kepada ancaman sisa radioaktif yang bakal terhasil... Saya melihat projek seperti ini sangat mengundang risiko kepada tahap kesihatan masyarakat kita kerana Pusat Industri Gebeng letaknya berhampiran dengan taman perumahan penduduk.

“Sisa buang yang akan tersalur ke sungai akan memberi kesan radioaktif kepada masyarakat. Apakah seluas-luas gurun di Australia tidak mencukupi untuk membina kilang seperti ini jika ia benar-benar didakwa selamat?” soal Nasrudin.

Menurutnya, kilang serupa pernah cuba dibina di Bukit Merah, Perak pada sekitar tahun 1982 hingga 1987. Namun ia mendapat bantahan hebat dari pelbagai pihak kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk seperti kanser, leukemia dan kecacatan.

NONE“Malah ada yang meninggal dunia. Sekarang mereka membinanya pula di Pusat Industri Gebeng Kuantan, Pahang yang letaknya tidak jauh dari kawasan penempatan awam yang besar di daerah Balok , Beserah dan Pelindung,” katanya.

Nasrudin kemudian menyenaraikan semula kronologi penetangan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh sehingga penutupannya pada 19 Januari, 1994.

Berikut disiarkan kronologi penuh berkenaan:

1979

November: Syarikat Asian Rare Earth (ARE) dibentuk untuk mengekstrak itrium ( sejenis unsur nadir bumi) daripada monazit. Pemegang saham utamanya ialah Mitsubishi Chemical Industries Ltd (35 peratus), Beh Minerals (35 peratus), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (20 peratus) dan beberapa peniaga bumiputera (10 peratus).

kampung baru bukit merahPihak ARE telah mendapatkan pandangan dari Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr Ismail (Puspati), Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar mengenai sisa buangan radioaktif yang dihasilkan melalui pemerosesan monazit. Adalah diputuskan, sisa buangan itu yang menjadi milik kerajaan Negeri Perak akan disimpan kerana berpotensi sebagai sumber tenaga nuklear.

1982

Jun: Penduduk Parit, Perak mendapat tahu kerajaan telah memilih kawasan seluas sembilan ekar, kira-kira 6 kilometer penempatan mereka untuk dijadikan tapak penimbunan sisa radioaktif syarikat ARE.

30 Jun:
Berikutan bantahan hebat daripada jawatankuasa penduduk serta lain-lain pertubuhan politik dan sosial, kerajaan membatalkan cadangan itu dan kemudian mula mencari tapak baru.

11 Julai: Kilang ARE mula beroperasi di KM 7.2, Jalan Lahat di Bukit Merah.

1983


November: Penduduk Papan (kira-kira 16 km dari Ipoh) mendapat tahu ARE sedang mengorek lubang berhampiran tempat kediaman mereka untuk dijadikan tapak buangan sisa radioaktif. Tapak itu merupakan pilihan kerajaan

1984


24 Mei:
Kira-kira 6,700 penduduk Papan dan pekan-pekan yang berhampiran menandatangani satu surat bantahan dan menghantarnya kepada Perdana Menteri, Menteri Besar Perak, Menteri Kesihatan serta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

31 Mei:
Seramai 200 penduduk Papan membantah tapak pembuangan yang dicadangkan. Mereka menyekat jalan yang menuju ke tapak itu.

5 Jun: Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatannya dan menegaskan pembinaan tapak buangan radioaktif di Papan akan diteruskan.

18 Jun:
Kira-kira 300 penduduk Papan sekali lagi mengadakan tunjuk perasaan sebagai membantah tapak buangan yang dicadangkan.

28 Jun:
Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Amar Stephen Yong berkata, tapak buangan Papan adalah selamat kerana dibina mengikut piawaian yang ketat. Beliau mencabar pengkritik supaya membuktikan tapak itu boleh mengancam kesihatan dan alam sekitar. Sementara itu, ARE meneruskan operasinya dengan menimbun sisa torium di sebuah kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang itu.

1 Julai:
Kira-kira 3,000 penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak mengadakan tunjuk perasaan secara aman sebagai membantah tapak buangan tersebut.

4 Julai: Seramai 2,000 orang penduduk terus mengadakan tunjuk perasaan meskipun Ketua Polis Perak memberi arahan supaya bersurai.

18 Julai: Pembentukan Jawatankuasa Bertindak Bukit Merah, terdiri daripada penduduk Bukit Merah, Lahat, Menglembu dan Taman Badri Shah, sebagai tanda sokongan kepada penduduk Papan.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri memaklumkan paras radiasi yang tinggi telah dikesan dikawasan kolam terbuka berhampiran kilang ARE di Bukit Merah.

Satu bacaan yang dicatat oleh pegawai-pegawai SAM sewaktu berkunjung ke situ ialah 43,800 milirem/tahun. Paras ini melebihi 88 kali paras maksimum yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa bagi Perlindungan Radiologi (ICRP) untuk orang ramai.

29 Ogos: Michael O 'Riordan dari Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British dijemput oleh kerajaan untuk memeriksa tapak buangan toksik di Papan.

19 September: Sekumpulan tiga orang dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengunjugi tapak buangan di Papan atas jemputan kerajaan Malaysia. Mereka mengisytiharkan tapak buangan itu tidak selamat.

5 Oktober: Dr William Cannell, seorang ahli fizik dan penganalisis kesihatan menerima jemputan penduduk Papan untuk melawat tapak buangan tersebut. Hasil pemerhatian beliau mendapati kerja-kerja kejuruteraan yang dijalankan oleh syarikat terbabit sangat buruk.

21 Oktober: Seorang pakar dari Amerika dan bekas ahli jawatankuasa Akademi Sains Kebangsaan Amerika bagi kesan-kesan Biologi Radiasi Mengion (BEIR), Dr Edward Radford, atas jemputan penduduk Papan, membuat tinjauan di tapak buangan sisa itu.

Beliau dapati tapak itu tidak sesuai sementara lubang-lubang yang digali mempunyai dinding yang nipis atau sudah merekah.

7 November:
Seorang pakar buangan sisa industri dari Jepun, Dr Jun Ui, menerima jemputan penduduk Papan untuk memeriksa tapak buangan ARE. Beliau juga mendapati tapak itu tidak sesuai dijadikan kawasan penimbunan sisa berbahaya.

28 November: Kabinet membincangkan laporan-laporan yang diserahkan oleh dua badan kawalan. Laporan yang dikemukan oleh Lembaga Perlindungan Radiologi Kebangsaan British (NRPB) berkata, penduduk hanya akan selamat jika faktor-faktor tertentu diberi perhatian oleh kerajaan Perak dan syarikat ARE. Laporan kedua oleh IAEA pula berkata, lubang-lubang yang dibina tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9 Disember: Lebih 1,500 penduduk di Papan mengadakan mogok lapar selama sehari sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meneruskan rancangan menempatkan tapak buangan sisa di Papan.

Penduduk Bukit Merah membawa masuk seorang pakar radiasi dan genetik dari Jepun, Profesor Sadao Ichikawa untuk mengukur paras radiasi di kawasan terbuka dan kolam berhampiran kilang ARE. Beliau dapati paras radiasi di situ terlalu tinggi malah paras tertinggi yang dicatatkan melebihi 800 kali paras yang dibenarkan.

12 Disember:
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Musa Hitam menunjukkan minat secara peribadi terhadap perkembangan isu Papan ini. Beliau mengunjungi tapak buangan tersebut.

1985

11 Januari: Selepas mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Musa Hitam, kerajaan mengambil keputusan memindahkan tapak buangan sisa ke Mukim Belanja di Banjaran Kledang yang terletak kira-kira 5 km dari Papan dan 3 km dari Menglembu.

1 Februari: Lapan orang penduduk, bagi pihak diri mereka sendiri dan penduduk Bukit Merah membuat satu permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh menahan ARE daripada mengeluar, menyimpan atau menimbun sisa radioaktif di sekitar kampung tersebut.

Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan. Ia memastikan pengendali bahagian pemasangan nuklear (termasuk kerajaan) bertanggungjawab terhadap ancaman nuklear.

Lima ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dibentuk di bawah Akta itu, dengan perwakilan dari Puspati, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

14 Oktober:
Hakim Anuar Datuk Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan kepada penduduk Bukit Merah perintah menahan dan menghentikan ARE daripada mengeluar dan menimbun bahan sisa radioaktif sehingga langkah-langkah keselamatan yang secukupnya diambil.

Lebih daripada 1,500 penduduk Bukit Merah hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu.

1986

22 September: ARE mendakwa ia telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk meningkatkan langkah-langkah keselamatan (sepertimana yang dikehendaki oleh perintah mahkamah), diikuti oleh piawaian IAEA.

Ia menjemput pakar tenaga atom dari Amerika, Dr E.E. Fowler (Bekas kakitangan IAEA) untuk mengunjungi kilang berkenaan. Menurut beliau, paras radiasi berhampiran kawasan pembuangan yang disediakan oleh ARE memenuhi piawaian ICRP dan beliau dapati kilang itu selamat untuk beroperasi.

5 Oktober: Kira-kira 3,000 penduduk Bukit Merah dan kawasan sekitarnya mengadakan tunjuk perasaan terhadap rancangan ARE untuk menimbun sisa radioaktif di tapak kekalnya di Banjaran Kledang.

28 Oktober: Profesor Sadao Ichikawa dalam kunjungan kali keduanya ke Bukit Merah mendapati paras radiasi di sekitar kilang ARE masih melebihi paras yang dibenarkan. Beliau dilarang masuk ke dalam kilang itu.

16 November:
Sekumpulan penyiasat dari AELB memeriksa beberapa buah tapak buangan sisa torium yang dilonggokkan secara haram di Bukit Merah. Mereka dibantu oleh bekas kontraktor ARE, Ng Toong Foo yang pernah membuang sisa di situ.

Bacaan di salah sebuah tapak ialah 0.05 – 0.10 milirem/jam (iaitu 438 - 876 milirem/tahun) melebihi paras keselamatan maksimum 0.057 milirem/jam yang ditetapkan oleh ICRP.

26 November: Perwakilan dari tujuh kawasan (Bukit Merah, Lahat, Taman Badri Shah, Menglembu, Papan, Falim dan Guntong) membentuk sebuah jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC).

8 Disember:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Encik Kasitah Gadam berkata hasil pemeriksaan AELB di dua tapak buangan haram Bukit Merah mendapati paras radiasi di situ adalah selamat.

Menurutnya, sungguhpun AELB mendapati paras radiasi di situ melebihi paras normal, ini tidak membahayakan kerana tapak-tapak itu sangat sedikit bilangannya.

1987


6 Februari: Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasi, AELB Malaysia memberikan lesen kepada ARE supaya meneruskan operasinya.

10 April:
PARC menjemput 14 pakar asing untuk datang ke Bukit Merah-pengasas-pengasas Institut Antarabangsa bagi Kepentingan Awam di Kanada, Dr Rosalie Bertell; Setiausaha Pusat Keselamatan Industri dan Kepentingan Alam Sekitar di India, V.T. Pathmanaban; dan Presiden Institut Kesihatan dan Tenaga di Amerika Syarikat, Kathleen Tucker merupakan antara mereka yang dilarang memasuki kawasan ARE.

Dalam satu forum yang berlangsung di Bukit Merah, pakar-pakar itu membuat kesimpulan bahawa ARE mendedahkan pelbagai ancaman kesihatan yang serius.

12 April:
Kira-kira 10,000 orang penduduk berarak di Bukit Merah sebagai membantah operasi yang dijalankan semula oleh ARE.

24 Mei:
Kira-kira 300 orang penduduk diperintahkan bersurai oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berhampiran ARE.

Lebih 20 orang, termasuk tiga wanita mengalami kecederaan dalam dua pertelingkahan pada hari itu. Seramai 60 orang ditahan oleh pihak polis. Semua kecuali enam dibebaskan kemudian selepas disoal-siasat.

Keenam-enam pemuda itu dibebaskan seminggu kemudian di mana pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan. Penduduk menghalang kerja-kerja membina jalan yang menuju ke tapak buangan kekal di Banjaran Kledang yang dicadangkan.

23 Julai: Seorang doktor Kanada, Bernie Lau, diupah oleh PARC untuk meletakkan alat pengesan gas radon di luar kilang ARE. Beliau berjaya mengesan sejumlah gas radon dibebaskan daripada kilang itu.

Terdahulu dari itu, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Datuk Amar Stephen Yong berkata, kerajaan berpuas hati dengan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi tapak buangan kekal yang dicadangkan itu. Penilaian itu dijalankan oleh ARE bersama beberapa orang pegawai Kementerian.

7 September:
Perbicaraan saman yang dikemukakan oleh lapan orang penduduk Bukit Merah terhadap ARE bermula di hadapan Hakim Peh Swee Chin di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Sebagai mengetengahkan nasib mereka, para penyokong PARC berjalan sejauh 8 km dari Bukit Merah ke Ipoh. Polis menyuraikan tunjuk perasaan mereka berhampiran Menglembu. Sembilan orang ditahan tetapi dibebaskan setelah diikat jamin. Kira-kira 1,000 orang hadir di mahkamah sebagai menunjukkan sokongan mereka.

11 September: Para penduduk berarak dari Bukit Merah ke Mahkamah Tinggi Ipoh pada hari terakhir perbicaraan. Jumlah mereka yang hadir dianggarkan 3,000 orang.

18 Spetember: Penduduk Bukit Merah mengemukakan permohonan perbicaraan kerana menghina mahkamah terhadap ARE memandangkan ia melanggar perintah menahan operasi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh kepada mereka pada tahun 1985.

27 Oktober:
Lebih 100 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Di antaranya termasuklah pengerusi PARC, Hew Yoon Tat; timbalannya, Hiew Yew Lan; (bekas) setiausaha PARC, Lee Koon Bun; ahli jawatankuasa, Phang Kooi Yau dan peguam Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mewakili plaintif Bukit Merah, Meenakshi Raman. Merek dibebaskan selepas dua bulan.

November: ARE mula membina tapak buangan kekal sisa toksik di Banjaran Kledang.

1988

25 Januari: Perbicaraan disambung semula.

1990


13 Februari: Perbicaraan tamat selepas berlansung selama 65 hari dan berlanjutan lebih 32 bulan.

1992

11 Julai:
Penduduk Bukit Merah memenangi kes saman terhadap ARE. Mahkamah mengarahkan penutupan kilang ARE dalam tempoh 14 hari. Pihak ARE pula mengumumkan ia akan membuat rayuan di Mahkamah Agung.

23 Julai: ARE mengemukan rayuan di Mahkamah Agung berhubung perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya operasinya dihentikan. Pengerusi PARC Hew Yoon Tat dan salah seorang plaintif dalam saman terhadap ARE, Lau Fong Fatt menemui kakitangan atasan Mitsubishi Chemical di Jepun. Mereka diberitahu ARE mengemukan rayuan tanpa kebenaran syarikat itu.

24 Julai: Berikutan permohonan ex-parte oleh ARE, Hakim Besar Mahkamah Agung menahan (sehingga perintah selanjutnya) perintah Mahkamah Tinggi Ipoh kepada ARE supaya menghentikan operasinya.

3 Ogos:
Lebih 2,000 orang dari Bukit Merah hadir di Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan ARE terhadap perintah Mahkamah Tinggi Ipoh yang menggantung operasinya. Bagaimanapun, hakim-hakim Mahkamah Agung Menangguhkan perbicaraan kepada 5 Ogos kerana 'tekanan oleh mereka yang berpiket di luar mahkamah.'

5 Ogos: Mahkamah Agung membenarkan permohonan ARE untuk menolak perintah Mahkamah Tinggi yang meminta ARE menghentikan operasinya berikutan rayuan syarikat berkenaan. Menurut hakim-hakim itu, penutupan tersebut akan menyulitkan kilang dan 183 pekerjanya.

1993

15 Mac: Perbicaraan rayuan yang dikemukan oleh ARE di Mahkamah Agung ditangguhkan pada 7 Jun.

7 Jun: Perbicaraan mendengar rayuan ARE sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

1994


19 Januari: Pengumuman syarikat ARE untuk menghentikan operasi.


http://malaysiakini.com/news/158216

Kebimbangan radiasi menular di Gebeng

Kebimbangan radiasi menular di Gebeng
Mac 9, 11 5:23pm

Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

NONEMenurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

NONENYT memetik pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.

NONENamun bagi seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.

“Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.

Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf perintis selama 12 tahun.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/158170



carcinogen - any substance or agent that tends to produce a cancer.

http://dictionary.reference.com/browse/carcinogen

Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan

Anwar: Masalah besar BN atau modal besar Pakatan
Abdul Rahim Sabri
Mac 9, 11
2:55pm

Ahli panel forum yang membincangkan tajuk "Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13" di Universiti Malaya (UM) semalam, dilihat memberi pandangan berbeza sewaktu menjawab soalan berhubung pesonaliti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONETiga ahli panel yang dijemput - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, dan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) - memberi pandangan berbeza tentang Anwar sama ada beliau menjadi faktor penarik pengundi kepada Pakatan atau merupakan cabaran BN dalam pilihan raya akan datang.

Forum tersebut adalah anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) diadakan di Dewan Kuliah C Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS).

Bagi Nurul Izzah, sewaktu reformasi meletus pada tahun 1998, beliau, melihat bapanya lebih kepada simbol agenda reformasi dan bukan dari sudut hubungan kekeluargaan.

reformasi 1998 270808 02"(Beliau) adalah simbol kepada (mangsa) kezaliman (yang berlaku) dan bagaimana (beliau) membebaskan institusi demokrasi. Saya melihat beliau bukan kepada peribadi tetapi simbol kepada agenda reformasi," katanya dihadapan kira-kira 120 hadirin.

Katanya lagi, sebagai simbol itu, beliau berharap Anwar yang juga ketua pembangkang diberi ruang untuk ditemuramah atau bercakap di media arus perdana supaya rakyat dapat menilai agenda yang ingin dibawanya.

Manakala rakan gabungannya Nasir pula dilihat bersependapat dengan Nurul Izzah. Bagaimanapun beliau menambah dengan menyatakan PAS "sanggup bersama-sama Anwar" kerana "perjuangannya untuk menghapuskan sistem yang korup dan zalim, dan bukan kerana peribadinya".

reformasi 1998 270808 01"Bukan isu individu (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), tetapi (isu) bagaimana hendak selamatkan Malaysia... Beliau adalah pemimpin yang dikenali (di seluruh dunia)," katanya.

Katanya, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu yang banyak menyampaikan kuliah atau syarahan di peringkat antarabangsa khususnya di universiti terkemuka sebelum ini.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau memimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM sewaktu reformasi meletus, beliau juga diminta untuk memperjuangkan keadilan kepada Anwar yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Dalam antara program terakhir beliau adalah di Universiti Malaya, beliau ada memberitahu kemungkinan beliau akan ditangkap dan dipenjarakan," katanya sambil mendakwa ia merupakan satu kezaliman disebabkan sistem yang ada.

NONESementara itu, Saifuddin yang juga ahli majlis tertinggi Umno berkata terpulang kepada individu itu melihat sama ada Anwar memberi "masalah besar" kepada BN atau "modal besar" kepada Pakatan.

"Itu adalah persepsi masing-masing," katanya sambil menambah "pembunuhan karektor" dalam politik "bukan politik yang segar" dalam konteks politik hari ini.


http://malaysiakini.com/news/158131

Nasir Zakaria: Parlimen tanpa Anwar

Nasir Zakaria

Sehari sebelum cukup haul 3 tahun penggal 12 persidangan Parlimen Malaysia. Pembukaan sidang didahului oleh perbarisan dan tabik hormat di Dataran Parlimen. Lagu Negaraku disusuli kibaran Bendera Diraja disertai tembakan 21 das meriam berlangsung serentak.

Pembukaan sesi keempat ini berlangsung tanpa Ketua Pembangkang DS Anwar yang digantung. Menyertai beliau ialah tiga lagi Ahli Parlimen yang turut digantung atas isu yang sangat Ajaib. Berlaku sedikit pertukaran tempat duduk apabila Ahli Parlimen Padang Serai menyertai Bebas. Ahli Parlimen yang sentiasa memanaskan sidang dengan lawak jenaka dan aksi yang kadang-kadang memalukan Pakatan Rakyat itu akhirnya menyertai kumpulan yang selalu beliau hentam dan maki.

BN wajib menyekat Anwar. Bermula dengan perlu memastikan beliau digagalkan dari kerusi PM di zaman Tun Mahathir sampailah ketika beliau berada di barisan pembangkang. Perpaduan di kalangan pembangkang adalah ketakutan maha tinggi BN. Peranan beliau dalam mendekatkan PAS, DAP dan PKR tidak pernah dipertikai. Kemahiran yang sangat tinggi amat perlu bagi membawa pemimpin-pemimpin parti berbeza ideologi.

ANWAR DISERANG


Anwar diserang lagi. Kali ini dengan menggunakan segala peraturan secara songsang di Parlimen untuk mengasak beliau ke sudut. Hanya kerana beliau membangkitkan isu hubungan APCO dan kerajaan Malaysia. BN menggunakan 'stupid majority' bagi menghalalkan penggangtungan Anwar.

Saya berada di Parlimen ketika Anwar dizalimi tanpa kehadirannya. Ahli Parlimen BN menjadi pengecut ketika Anwar bangkitkan isu itu. Ketika Anwar di luar dewan, Ahli Parlimen Kota Belud, bekas Setiausaha Pemuda Umno merujuk isu yang telah dibangkitkan oleh DS Anwar dan dan BN mengenakan Anwar. BN mempunyai majoriti untuk menzalimi Ahli Parlimen yang mempunyai kemampuan menyanggah mereka.

CATATAN PELIK PARLIMEN MALAYSIA


Satu: DS Anwar adalah Ahli Parlimen biasa. Tanpa jawatan kabinet. Melainkan beliau adalah Ketua Pembangkang, beliau sama status seperti saya dan ahli parlimen biasa yang lain. Kami bebas membangkitkan apa sahaja isu kerana kami tiada akses kepada maklumat. Yang ada akses hanyalah Menteri dan Timbalan Menteri. Pegawai akan sediakan bahan dengan arahan mereka. Menterilah yang akan menjawab segala persoalan kami bangkitkan walaupun biasanya mereka yang terdesak memeramkan sahaja isu yang tidak memihak mereka.

Kedua: Anwar sudahpun habis berucap. Beliau cuba dirujuk ketika beliau tiada di dalam dewan. Beliau dikenakan ketika beliau tiada untuk menjawab.

Ketiga: Tuduhan yang dikenakan terhadap beliau ialah tuduhan menyelewengkan fakta. Tuduhan yang hanya boleh dikenakan kepada Menteri atau Timbalan Menteri yang menjawab. Bukannya mereka yang bertanya. Adakah dengan demikian maka bertanya pun dikira kesalahan dan boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Pilihan,

Keempat: Ahli Parlimen Pakatan rakyat yang cuba mencelah, dinafikan hak untuk membetulkan kesalahan. Ya kerana ‘stupid Majority” digunakan oleh BN dan Speaker terpaksa menurut.

Kelima: Anwar di perintah dan diberi peluang seminggu untuk membuat penjelasan. Biasanya penjelasan dipohon daripada Menteri atau Timbalannya. Ia diminta oleh Ahli Parlimen biasa bukannya diputuskan oleh Menteri yang meminta penjelasan.biala ditanya kemudiannya, maka semuanya termasuk speker kemalu-maluan.

Keenam: Anwar memberi penjelasan juga. Walaupun bertentangan dengan peraturan dewan. Hukuman dijatuhkan juga. Maka Anwar perlu dihadapkan ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan sekali lagi dengan “stupid Majority”.

Ketujuh: Anwar dijanjikan (ada dalam hansard) dengan peluang membela diri, mengemukakan bukti dan membawa saksi. Namun dengan sekeping surat dari APCO, Anwar tidak tidak perlu bersusah payah lagi.

Kelapan: Sekali lagi “Stupid Majority” diperlukan untuk menghalalkan kezaliman. Anwar dihukum. Tetapi yang sebenarnya juga dihukum ialah rakyat. Malysia sangat kerugian. Ini hanya catatan santai. Namun semua saksi masih hidup lagi. Kalau ada yang mati nescaya akan ada PRK!! Namun Anwar kena 6 bulan. Satu Demontrasi berlaku di Parlimen. Ya satu Sejarah Hitam..
-----------------------------------

Penulis adalah anggota Parlimen Padang Terap yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31255:nasir-zakaria-parlimen-tanpa-anwar-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Judi: Teras sokong Kedah tidak lulus premis baru

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) ingin menyatakan sokongan dan mengalu-alukan dasar kerajaan Kedah yang tidak mengeluarkan lesen untuk premis judi di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

“Dasar ini wajar disokong kerana rakyat Kedah tidak harus didedahkan dengan industri yang boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat,” ujar presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid kepada Harakahdaily.

Teras, katanya ingin menyatakan pendirian tegasnya bahawa judi bukanlah suatu yang didokong oleh semua masyarakat bukan Islam.

Menurutnya, dalam penemuan Teras memang ramai warga masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam yang menolak industri itu kerana ia jelas memberi kesan yang buruk kepada masyarakat dalam berbagai aspek.

Judi, ujarnya tidak kira berskala kecil atau besar tetap memberi kesan kepada kestabilan keluarga, motivasi kerja ,kadar jenayah sosial, keutuhan ekonomi masyarakat serta juga kepada nilai hidup indvidu.

Sebab itu, tambahnya judi perlu dibanteras dalam masyarakat secara lebih menyeluruh kerana kestabilan sosio-ekonomi dan budaya masyarakat perlu dipertimbangkan agar tidak menjadi mangsa kepada ketagihan judi.

Pada analisis akhir, katanya membiarkan masyarakat terdedah dan rela untuk berjudi adalah suatu pengabaian terhadap tanggungjawab sosial di pihak pemerintah sendiri.

Justeru, tegasnya Teras membantah dengan keras kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang beria-ia untuk mempertahankan hak orang bukan Islam untuk berjudi.

“Soalnya untuk apa Chua mahu membenarkan orang bukan Islam merosakkan kehidupan mereka hanya kerana beliau berpegang bahawa berjudi adalah hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan warga negara ini untuk berjudi,” katanya.

Menurutnya lagi, Chua berniat jahat untuk cuba memburukkan imej kerajaan negeri Kelantan pada kaca mata orang bukan Islam seolah-seolah kerajaan Kelantan mahu memaksakan perlaksanaan Islam ke atas orang bukan Islam di negeri tersebut.

Katanya, Teras mempersoalkan atas asas apa Chua mengatakan orang bukan Islam mahu berjudi dan hak berjudi mereka mesti dipertahankan.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab , Teras berpendapat , kerajaan mesti memberi kepentingan kepada rakyat supaya hidup dengan budaya yang sihat dan tidak terlibat dengan budaya berjudi yang merosakkan,” katanya.

Dalam kajian Teras, ujarnya rakyat Malaysia berbelanja tidak kurang daripada RM10 bilion setahun untuk berjudi dalam judi yang berlesen, tidak termasuk judi tidak berlesen.

Katanya, kesan yang jelas ialah pemilik dan pengusaha industri judi mengaut keuntungan berlipatkali ganda sedangkan mereka yang terperangkap dengan ketagihan judi menanggung penderitaan yang pelbagai kerana menghadapi masalah untuk melunaskan bayaran kerana kalah judi.

Sehubungan itu, tambahnya Teras menggesa pihak kerajaan negeri Kedah memantau premis yang menjalankan judi tidak berlesen yang semakin berleluasa tumbuh kebelakangan ini.

Teras juga, katanya dalam masa yang sama menggesa supaya Kementerian Kewangan bertegas untuk menghadkan pengeluaran lesen judi dan mengujudkan rancangan untuk akhirnya menghapuskan pengeluaran lesen judi.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31305:-judi-teras-sokong-kedah-tidak-lulus-premis-baru&catid=1:utama&Itemid=50

PAS mahu guru sandaran lebih terjamin

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) mahu Kementerian Pelajaran serius dalam memastikan masa depan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) lebih terjamin.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, meskipun guru-guru sandaran ini tidak menerima latihan secara formal dalam bidang pendidikan, namun mereka mempunyai pengalaman yang berguna untuk menjadi guru tetap.

"GSTT ini walaupun mereka tidak terlatih tetapi mempunyai pengalaman. Adakah kementerian bersedia memberikan keutamaan kepada GSTT memohon untuk memasuki maktab perguruan dan mempunyai diploma dalam bidang tersebut dan ada di antara mereka memang berminat menjadi guru," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Salahuddin dalam soalan asalnya meminta Menteri Pelajaran menyatakan pendirian kerajaan terhadap nasib guru-guru sandaran di negara ini serta jumlahnya.

Beliau juga ingin tahu jaminan kerajaan terhadap masa depan mereka.

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang meneliti dan memuktamadkan kedudukan GSTT dalam tempoh terdekat agar pengalaman dan keupayaan guru-guru ini dapat dimanfaatkan dan seterusnya memberi peluang kepada mereka menjadi guru terlatih.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31300:pas-mahu-guru-sandaran-lebih-terjamin&catid=1:utama&Itemid=50

Hartanah: Selangor tak gadai hak Bumiputera

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Mekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputera yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, baru-baru ini, tidak perlu dibimbangi pelbagai pihak kerana ia tidak akan menggadai kepentingan masyarakat Bumiputera.

Menurut peraturan baru itu, pelepasan secara automatik untuk kuota Bumiputera boleh diberikan apabila kemajuan projek di tapak sampai ke tahap 50 peratus, 75 peratus dan 100 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad (gambar) menjelaskan, walaupun automatik, pemaju perlu membuat permohonan kepada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS).

Menurut beliau, LPHS perlu memberi jawapan dalam masa 7 hari bekerja bagi setiap permohonan. Sekiranya pemaju tidak mendapat jawapan dalam masa yang ditetapkan, mereka akan mendapat pelepasan otomatik bagi peratus yang dibenarkan.

Katanya, pelepasan untuk tahap 50 peratus adalah 20 peratus dari jumlah baki kuota, untuk tahap 75 peratus adalah 30 peratus dari jumlah baki kuota dan untuk tahap 100 peratus adalah 30 peratus dari jumlah baki kuota.

"Jika pemaju masih tidak boleh menjual kuota Bumiputera 6 bulan selepas mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan, mereka boleh memohon untuk pelepasan bagi kesemua kuota Bumiputera mereka dari satu jawatankuasa khas," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Jawatankuasa tersebut, menurut beliau, dipengerusikan sendiri oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan yang akan membuat keputusan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan itu.

"Oleh itu, pemaju tidak boleh menjual kuota Bumiputera sesuka hati mereka kerana masih perlu merujuk kepada Kerajaan Negeri. Pelepasan hanyalah otomatik sekiranya Kerajaan Negeri gagal memberi jawapan dalam tempoh yang ditetapkan," jelasnya yang juga Adun Cempaka.

Di dalam menyiapkan mekanisme pelepasan itu, Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri telah beberapa kali bertemu dengan wakil-wakil pemaju (REHDA).

Katanya, ada pihak yang bertanya kenapa Kerajaan Negeri hanya mengadakan rundingan dengan REHDA kerana mekanisme itu bukan hanya memberi kesan kepada para pemaju sahaja, tetapi juga kepada masyarakat Bumiputera?

Mereka mempersoalkan kenapa Kerajaan Negeri tidak mengadakan rundingan khusus dengan mereka yang terlibat dalam memperjuangkan nasib masyarakat Bumiputera seperti NGO-NGO, para profesional, ahli-ahli akademik dan individu-individu tersohor.

"Pada hakikatnya, Kerajaan Negeri sentiasa mengadakan engagement dengan mereka. Pandangan mereka tidak sama sekali disisihkan. Mekanisme baru ini mengambil kira pandangan semua pihak," jelas beliau.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31295:hartanah-selangor-tak-gadai-hak-bumiputera&catid=1:utama&Itemid=50

Kajian banjir sekadar melepas batuk di tangga?

Ahmad Danial

MELAKA, 10 Mac: Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab (gambar) kesal dengan tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka yang menolak usul berkaitan dengan banjir yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong pada persidangan Dun Melaka semalam.

Khoo yang bangun membentangkan usul yang meminta Dun mengarahkan kerajaan negeri menubuhkan jawatakuasa yang terdiri dari pakar-pakar terkemuka bagi menyiasat punca sebenar kejadian banjir yang berlaku Januari lalu.

Usul tersebut disokong oleh Adun Bachang, Lim Jak Wong.

Yusof berkata, Dun Melaka sepatutnya membincangkan usul tersebut kerana ianya amat penting lebih-lebih lagi banyak tohmahan dilemparkan kepada kerajaan Melaka tentang kejadian banjir pada Disember 2006 dan Januari 2011 itu.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya membentangkan secara terperinci punca kejadian banjir tersebut dan langkah yang telah, sedang dan akan diambil bagi mengatasi masalah itu.

“Walaupun Ketua Menteri menyatakan bahawa kajian pakar telah diadakan pada 2008 tetapi rakyat melihat ianya tidak memberikan sebarang kesan kerana banjir kilat terus berlaku dari masa ke semasa, malah banjir besar berlaku lagi Januari lalu,” ujar Yusof.

Menurutnya, apakah kajian itu sekadar melepaskan batuk di tangga kerana ianya tidak memberikan kesan yang baik di mana banjir terus berulang dan menjadi trauma kepada rakyat di kawasan terbabit.

Beliau berkata, sepatutnya kerajaan negeri bersedia membentang hasil kajian tersebut ataupun bersedia untuk berbahas di Dun bukannya menolak usul yang sepenting ini begitu sahaja.

Katanya lagi, jawapan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa hujan lebat di Tampin menyebabkan banjir pada Januari lalu adalah jawapan yang tidak berfakta dan tidak dapat diterima tanpa bukti-bukti dan data-data lengkap yang meyakinkan.

“Apakah kejadian pada 2006 dan Januari lalu disebabkan hujan lebat di Tampin dan apa tindakan kerajaan negeri kalau hujan lebat turun lagi?” soalnya.

Beliau berkata jawapan sambil lewa dan tidak serius Ketua Menteri itu membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak serius menangani isu berkenaan yang sebenarnya amat menyusahkan rakyat.

“Takkan dengan RM200 yang diberikan kepada mangsa banjir dapat mengubat kesusahan dan keletihan serta trauma rakyat,” tambahnya.

Banjir telah melanda negeri Melaka dengan teruk pada Disember 2006 dan Januari lalu sekali lagi beberapa tempat khasnya di Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah telah dilanda banjir.

Ali pada persidangan Dun semalam bangun menjawab usul yang dibentangkan oleh Khoo Poay Tiong atas alasan kajian pakar telah dijalankan pada tahun 2008 iaitu selepas kejadian banjir 2006.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31294:kajian-banjir-sekadar-melepas-batuk-di-tangga&catid=1:utama&Itemid=50

Jangan bayar kompaun saman ekor - Kase

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menasihatkan mangsa saman ekor agar tidak membayar kompaun yang dikenakan biarpun tempoh promosi pembayaran berakhir hari ini.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sekiranya selepas ini mereka disenarai hitam, Kase akan membantu untuk berdepan masalah tersebut di mahkamah.

"Rakyat tidak perlu bayar, yang penting ambil insurans bawa ke JPJ untuk perbaharui cukai jalan, kalau JPJ tak benar, wajib pengarah JPJ kena bagi jawapan bertulis, kenapa.

"Kemudian bawa insurans dan surat itu, kalau polis tahan, biar dia saman, kita lawan di mahkamah," katanya ketika ditemui selepas membangkitkan perkara itu di parlimen semalam.

Tambahnya, keputusan sama ada seseorang itu bersalah dan perlu membayar kompaun hanya ditentukan mahkamah, dan bukan oleh notis saman yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, tindakan JPJ menyenarai hitam pesalah saman ekor adalah salah mengikut keputusan Mahkamah Kucing dalam kes Leonad Lim Yaw Chiang melawan Pengarah JPJ negeri Sarawak pada 2009.

Dalam kes itu, hakim memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

(Kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.)

"Kita minta Peguam Negara nasihat JPJ supaya akur keputusan mahkamah iaitu tak boleh blacklist.

"Rakyat tidak boleh dipaksa membayar kompaun yang ditawarkan," kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikai tindakan kerajaan yang didakwa akan menggunakan teknologi Redflex dalam Automatic Enforcement System (AES).

Katanya, teknologi itu telah dipertikai banyak pihak termasuk di California Amerika Syarikat dan di Arizona.

"Kenapa guna teknologi yang sudahpun dipersoal.

"Dan kenapa syarikat swasta Beta Tegap dan commercial Circle diberi hak pengendalian, sedangkan teknologi guna yang Redflex punya.

"Kenapa kerajaan tak kendalikan sendiri guna teknologi sama, kenapa perlu orang tengah?" soalnya.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31288:jangan-bayar-kompaun-saman-ekor-kase&catid=1:utama&Itemid=50

Syiah: Nasharudin mahu Bernama perbetul laporan

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menafikan laporan Bernama hari ini yang seolah-olah menggambarkan beliau mahu pengikut ajaran Syiah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Katanya, dalam sesi soalan tambahan di parlimen pagi tadi, beliau sebenarnya mempersoalkan mengapa pengikut-pengikut ajaran Syiah perlu ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak membicarakan mereka secara adil di mahkamah.

Walau bagaimanapun, Bernama dalam laporannya bertajuk "Dewan Rakyat: Pengikut Syiah Dilarang Sebar Ajaran Kepada Pengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah" melaporkan sebaliknya, dengan mendakwa Nasharudin bertanya kenapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

"Kesilapan wartawan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini lantang dan konsisten memperjuangkan supaya dan Kem Tahanan Kamunting dihapuskan.

"Malah, dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari ini, saya sekali lagi mengulangi desakan supaya akta drakonian ini dibubarkan selari dengan desakan pelbagai pihak termasuk Gerakan Mansuhkan ISA, Suhakam, UNHCR dan Human Rights Watch," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sehubungan itu, melahirkan rasa kesal dan mahu agensi berita itu memperbetul kesilapan tersebut.

Pagi tadi, sidang Dewan Rakyat dimaklumkan pengikut ajaran Syiah di negara ini dilarang menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah, tetapi bebas untuk terus mengamalkannya.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga memberitahu pengikut ajaran itu tidak boleh ditahan di bawah ISA kerana tidak semua ajaran fahaman itu bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31287:syiah-nasharudin-mahu-bernama-perbetul-laporan&catid=1:utama&Itemid=50

P’raya: PAS terus tuntut walau SPR bakul sampah

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS tidak akan berputus asa untuk meneruskan empat tuntutan mengenai demokrasi pilihan raya yang dibakulsampahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa berkata, bagi meneruskan tuntutan itu, PAS bersama-sama Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan kali kedua seperti yang berlaku pada 2007.

Ini kerana katanya, pilihan raya umum ke-12 dan siri pilihan raya kecil selepas itu, SPR bersikap berat sebelah iaitu memberi keutamaan kepada BN sahaja.

"Sehari demi sehari hal demokrasi diuji dalam negara kita. SPR tidak memainkan peranannya dan pengalaman yang sudah banyak kita alami dalam siri pilihan raya.

"Tuntutan Bersih pada pilihan raya umum ke-12 masih belum dilaksanakan malah mungkin tidak dikaji langsung oleh SPR dan tuntutan-tuntutan kita dibakulsampahkan.

"Saya tidak menolak sekiranya tuntutan PAS, NGO dan Pakatan Rakyat keseluruhannya terhadap demokrasi tidak dilayan dan diperbetulakn kerajaan, kita akan melancarkan satu lagi himpunan Bersih secara besar-besaran ke Istana Negara sebelum pilihan raya umum ke-13 untuk kita minta suara kita didengar," kata beliau sewaktu membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Empat tuntutan berkenaan ialah pemansuhan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses kepada media dan pembersihan daftar pemilih.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS itu turut menyentuh mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat yang mendapat kritikan hebat daripada BN.

Katanya, janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dibuat berdasarkan kajian pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan sebagai baik pulih kepada pengurusan ekonomi negara yang semakin pincang di bawah pentadbiran BN.

"Kami menawarkan Buku Jingga dan ada yang bertanya bagaimana nak laksanakan janji itu. Memanglah setakat ini kita tak boleh laksanakan sebab kita belum duduk sebelah sana (BN).

"Sebab itulah kami berikan tawaran, ada benda yang kita boleh buat dalam tempoh seratus hari. Dalam tempoh seratus hari pun kita boleh menjanjikan sesuatu, apatah lagi kalau kita memerintah.

"Segala yang kami tawarkan itu bukan kita buat sambil-sambil bersila, sambil-sambil bersembang.

"Kami punya satu kumpulan pakar ekonomi, satu kumpulan yang membuat kajian daripada semua sudut dan tawaran ini akan disusuli dengan komitmen untuk mengembalikan kehebatan negara yang mula runtuh di bawah BN," katanya.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31284:praya-pas-terus-tuntut-walau-spr-bakul-sampah&catid=1:utama&Itemid=50

Saifuddin akan dedah MP PKR dibeli RM1.4 juta

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.

"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.

Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.

Ditanya lanjut hari ini, beliau berkata cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011.

"Kita juga mendapat satu salinan perjanjian antara MP ini dengan pemilik tanah.

"Perjanjian itu dibuat Mei tahun lepas yang menuntut MP itu membayar RM1.5 juta dalam masa 60 hari, iaitu Julai tahun lepas," katanya.

Bagaimanapun tiada sebarang bayaran dibuat oleh ahli parlimen itu sehinggalah mendapat cek tersebut pada Januari 2011.

"Memang tak ada duit, MP PKR tak ada duit, Julai tak ada bayaran, dia masih dengan PKR.

"Penghujung 2010 sikap MP ini mula berubah, serangannya kepada PKR mula menggila.

"Tiba-tiba, 12 Januari 2011 dia ada duit RM700,000," katanya lagi.

Dalam perjanjian itu juga katanya, ahli parlimen tersebut menggunakan alamat kediamannya sebagai alamat syarikat.

"Kita pertahankan bahawa alasan mereka tinggalkan parti adalah kerana dibeli.

"Walaupun mereka sanggah, tetapi buat julung kalinya semalam saya menunjukkan dua keping cek itu," tegasnya sambil menunjukkan semula salinan cek tersebut.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31282:saifuddin-akan-dedah-mp-pkr-dibeli-rm14-juta&catid=1:utama&Itemid=50

'All UMNO taught us was about circumcision'

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Mar 9: Cutting of hands and circumcision - these two things are UMNO's specialisation when it comes to giving non-Muslims the right understanding about Islam.

Former Health minister and Johor PKR chairman Chua Jui Meng (pic), recalling his interactions with UMNO leaders during his years in MCA, revealed that UMNO always attempted to portray Islam and PAS as frightening and extreme.

Chua said besides not being given the correct understanding about the religion, BN's non-Muslim partners had only understood Islam from two contexts – cutting of hands (part of the Islamic penal code which is executed after an exhaustive judicial process), and circumcision.

“We were not given the right exposure. In fact, they go around saying that if PAS were given the mandate to rule, a lot of disastrous things will happen,” he said in a speech at Kepala Batas.

Chua however claimed that upon closer interaction with PAS leaders, his perception about Islam changed.

“I find that Islam is a moderate religion. UMNO is the one which talks about an 'extreme' Islam to scare us. PAS has taught us the truth about the religion.

"I now understand the real meaning of moderation in Islam. In fact, my son had circumcised because he understood its benefit like what is practised by Muslims,” he added.

Chua said Islam placed much emphasis on the welfare of the non-Muslims.

Chua, who is also PKR's vice president, praised Kelantan Menteri Besar and PAS Murshidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, describing him an example of a moderate leader, and urged non-Muslims not to succumb to UMNO's propaganda to them about PAS.


http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2415:all-umno-taught-us-was-about-circumcision-chua-jui-meng&catid=34:primary&Itemid=56

Judi: Muhyiddin persenda Islam

M Faqih

KOTA BHARU, 9 Mac: Sejak 20 tahun lalu rakyat negeri ini tanpa mengira kaum dan agama faham, Kelantan berbeza dengan negeri lain kerana tiada premis perjudian dan pusat-pusat hiburan.

Malah kelebihan itu menjadi instrumen utama bagi menarik kehadiran pelancong ke negeri ini, sehingga Kota Bharu dan Rantau Panjang sesak setiap kali musim cuti persekolahan.

Masyarakat bukan Islam juga faham keharmonian hidup mulai dirasai kerana perbuatan yang menyalahi moral dikawal kerajaan negeri.

Bukan setakat itu sahaja, ada isteri penduduk bukan Islam datang menemui Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakam ucapan tahniah kepada kerajaan negeri kerana bertindak mengharamkan premis perjudian.

Kata nyonya terbabit sebelum ini keluarganya porak peranda kerana suami suka berjudi.

Anehnya selepas 20 tahun keharmonian dalam kehidupan masyarakat berlangsung, tiba-tiba ada pihak yang mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) menyerbu tempat menjual loteri secara gelap.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan MPKB BRI menyerbu premis yang disyaki menjual loteri sepatutnya disokong semua pihak.

“Rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan kaum sudah faham, perbuatan judi mendatangkan banyak kesan negatif. Rumah tangga porak peranda, anak-anak terbiar.

“Jadi langkah pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan kerana ada pihak yang melanggar peraturan sesuatu yang perlu dipuji.

“Tidak berbangkit PBT tidak berbincang dengan premis berkenaan kerana tuan punya kedai tahu mereka melanggar peraturan,” katanya di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan kerajaan negeri mengharamkan penjualan tiket loteri memperlihatkan wajah sebenar PAS melayan masyarakat bukan Islam.

Malah ada pemimpin masyarakat bukan Islam di sini berhujah tindakan membanteras premis perjudian boleh mengurangkan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap PAS.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, setiap premis peniagaan menjalankan urusniaga berdasar kepada permohonan lesen yang dibuat.

“Tak kan pula kedai menjual buku mengambil kesempatan menjual benda lain yang tidak terkandung dalam syarat lesen premis seperti yang dimohon kepada MPKB BRI.

“Lebih-lebih lagi kalau mereka menjual tiket loteri lagilah salah kerana ia bertentangan peraturan PBT di negeri ini,” katanya.

Oleh itu beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin Yassin mempertikaikan langkah Kelantan mengharamkan judi sebagai mempersendakan agama sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, Abdullah Ya’kob berkata, tindakan tegas PBT membanteras pihak yang melanggar peraturan dapat menyelamatkan gejala sosial daripada terus menular.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31280:judi-muhyiddin-persenda-islam&catid=1:utama&Itemid=50

Gambling: Can't have your cake and eat it too


Li Fook Gao

Before I go for some serious hitting, consider the following: Smoking is legal, but some shops ban smokers. So did they violate the Federal constitution for not allowing patrons to smoke there?

Shop owners argue that smoking causes pollution to other customers, therefore they ban it. Critics say they should not as it is a violation of human rights. They even rubbish claims of smoking being linked to lung cancer because the disease is also caused by other factors. They point out that many other shops do not ban smoking and there should be no exception. They claim people have freedom to emit smoke whenever and wherever they want. They somewhat suggest that non-smokers have the choice of whether to inhale the second hand smoke or simply hold their breath. For them, those who ban smoking are 'extremists'.

It took me a while before writing this piece. Should I be blunt or polite in hitting some senses back to a section of non-Muslims, especially the Chinese community, with regards to the PAS-led Kelantan state government's decision to consolidate its 20-year ban on gambling?

Why now?

The ban on gambling activities has always been there, since before the existence of Pakatan Rakyat. So why did it now make it into news headlines?

And some even went to the extent of urging PAS to reconsider the ban, or "risk not marching to Putrajaya".

And because of one non-issue that has been propelled into something big, it has become convenient to heap all the problems faced by PR on PAS. This is confounded by the fact that PAS had just lost four by-elections in a row. One may even add that they have lost every general election for the last 50 years! But does this mean the party's consistency and principled stand should be thrown away?

These same 'turbaned people' who some call 'hardliners' are the same people who have continued to oppose the government through thick and thin, way before non-Muslims suddenly woke up from their 50 years of blind support for BN, which in turn encouraged UMNO's metamorphosis into a monster.

Why do the Chinese support Pakatan Rakyat?

They hate MCA and Gerakan for not having the ball to reprimand their big brother UMNO who continues to make decisions against the wishes of the Chinese community.

Sustaining Chinese support

DAP has tried to keep this factor in mind, to sustain this hatred against MCA and Gerakan and thereby consolidate Chinese support for the opposition, often by openly reprimanding the Malay-dominated PAS on any issue.

They do it publicly to prove to MCA, Gerakan and the Chinese community that they will not kow-tow to anyone, gaining applause from the Chinese. This washing of dirty linen in public goes a long way towards getting political mileage among MCA and Gerakan's vote bank.

When reprimanded by its Malay partners, DAP leaders have often been quick to justify their action as a sign of their courage to speak out. Never mind that more harm has been done to PAS, whose win will be crucial in determining whether or not PR gets to go to Putrajaya.

It appears that a section of the Chinese politicians are taking advantage by repeatedly asking PAS to change, change, and change in order to suit their personal habits and lifestyle. These politicians knew too well that doing the same to UMNO would invite threats.

Hence, many agree that PAS has been heading to the middle in their cooperation within Pakatan Rakyat.

Three years after the 2008 general elections, the Malays' protest vote against UMNO seem to be reverting back to Barisan Nasional. As a result, PAS's grip on its traditional vote bank is fast losing.

To assure the non-Muslims, PAS adapts the slogan "PAS for All", telling them that Islam is fair to all races, unlike UMNO-BN's 1Malaysia/Ketuanan Melayu irony. PAS has always come to DAP’s rescue in times the latter finds itself at the mercy of UMNO ulama. In all this, PAS has taken the huge risk of further losing Malay support to UMNO's propaganda.

PAS has continously emphasised it commitment in Pakatan Rakyat, but to expect it to dump their Islamic ideology is to overstep the boundary.

Holding PAS to ransom

The recent brouhaha created over the ban on lottery in Kelantan serves as a good example of how some non-Muslims tried to hold PAS to ransom for upholding something a principle which they held way before non-Muslims understood the monster that was BN.

Some ill-informed observers even go to the extent of attributing PAS's recent losses in Merlimau and Kerdau to its ban on gambling in Kelantan, completely ignorant of the fact that such a policy has kept BN at bay for the past 20 years.

Ther term 'hardline' is subjective. DAP can also be called 'hardline' from the Muslim point of view, and this can also be the reason why Malays, whose vote is ever crucial, are actually ditching Pakatan Rakyat.

Support comes with understanding. Just because you voted for a certain party, it does not mean the party should be held to ransom. It is this kind of understanding that has kept both DAP and PAS alive for decades despite the odds stacked against them.

Heavily beaten in 1999 (DAP) and 2004 (PAS), both parties held on, and then in 2008, Malaysians suddenly looked for them upon realising who they had been voting for in the last half-a-century.

No party can claim credit over their gains in 2008, though credit is due to Anwar Ibrahim who managed to pull the opposition together.

While PR's component parties are still intact, it must be remembered that protest votes are no longer such nowadays, what with the way PR handled itself in public.

Prior to 2008, Kelantan was the only opposition state in Malaysia. Gambling was, and still is, banned, but some shops sold them illegally. It would now seem that DAP had eaten the bait by UMNO and MCA by making a fuss about the ban.

The current controversy stems from anti anti-PAS blogger from Kelantan who reported that lottery tickets were still being sold illegally in Kota Bharu, a claim highlighted by UMNO in the state assembly, and for which PAS decided to take action to enforce the law.

Then came MCA, screaming about their gambling rights in the dailies they control, baiting DAP to jump into the fire. And jump the DAP did. After all, the 'courage' to speak up has been the deciding factor for Chinese support.

PAS's reaction

Instead of countering the attack, PAS reacted by calling on a meeting among top PR leadership to look for an amicable solution. Even then, Selangor DAP issued a warning to PAS, giving the cliched excuse that “If PAS pushes this further, it’s not going to help them win more Malay votes and it might cost them non-Malay votes.”

In other words, it means: “You are going to lose Malay votes anyway, but don’t kill our Chinese votes too!”. Again, never mind about PAS’s support base which is crucial for the march to Putrajaya.

UMNO would soon be going to town crying “PAS kuda DAP” to tell unsuspecting Malays that unlike UMNO, which controls everything in BN, PAS and Anwar could not even weigh in on small matters such as this. Such propaganda have worked really well recently.

Kelantan

It takes only a 5-10 percent swing in Malay votes to present Kelantan and even Penang, that fort of DAP, to BN in the next general election.

As far as support for the opposition is concern, Kelantan has proved time and again. It would be silly to now ask for the state government to bend its policies when it had been managed well both economically and politically by PAS, keeping BN at bay for two decades.

In the gambling issue, some DAP leaders appear to have stepped into uncharted waters. It is therefore no suprise that many Muslim supporters of Pakatan Rakyat find it unacceptable.

DAP should not get too big-headed either. The Chinese support for PR was not merely due to their effort. It has more to do with UMNO's actions. One can also argue that sustaining Chinese support has been due to PAS's movement towards the middle, not DAP's 'hardline' modus operandi.

By the same logic, one can also conclude that PR's dwindling Malay support has been mainly due to DAP’s hardline policy rather than PAS's softening of its 'hardline' stance on many issues.

No matter how flawed, both arguments may augur well with the Malays.

If one follows the debates on cyberspace, one gets the impression that gambling is so ingrained in the Chinese psyche that by just banning it will make them vote for UMNO!

If that is the case, then go ahead, vote and gamble. And while at it, gamble your future away too.

Universal scourge

To oppose the eradication of a universally-recognised social ill is not justified. The story of the smokers' right to pollute and spread diseases is just one example of how small minds are at work.

Having said that, the realities in Malaysia are such that change must come gradually, creeping through social and communal structures. A nationwide ban on gambling may be unwise, as much as it is unwise for Kelantan not to ban gambling now.

If Chinese opposition leaders insist on maintaining UMNO-BN’s legacy of the gambling industry for eternity, will not the same argument justify the perpetuation of the NEP. Why not, if majority of the Malays want such an unjust policy to continue, it can be argued.

One must know to pick one's battle. One can't have the cake and eat it too. Our Muslim brothers in PR must also breathe easier by staying in the coalition. For those who chide PAS for focusing on what they term "petty issues" instead of corruption, then pray, why then do you make a big fuss out of it?

If such an issue could drive you to punch your fist in the air crying "injustice", then it is anybody's guess who is being petty.

http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2407:gambling-cant-have-your-cake-and-eat-it-too&catid=50:li-fook-gao&Itemid=103

Education and women's employment in Saudi Arabia

Diana al-Jassem / Arab News

The challenges women face in the Saudi job market continue to rise. One of the more poignant challenges they face involves not finding jobs in the fields that they studied when at university.

Saudi telephone operators work at the International Medical Center in Jeddah

Saudi women are confined to study certain majors such as education, health, business, computer science, literature and Islamic studies. They are not accepted for other subjects such as law, aviation, security, journalism and other engineering specialties.

Two private women colleges have recently opened in the Kingdom. They both offer new majors such as information systems, interior design and special education. However, not all female students in Saudi Arabia can study these fields, as women’s rights to study and work is dependent on their guardians.

Despite difficulties facing women in the labor market, there are many who are studying in private colleges subjects for which there are no jobs available for women. Such is the case that after graduation many of these women find it impossible to find jobs in their actual fields of study.

“I graduated with a degree in graphic design from Umm Al-Qura University in Makkah two years ago. For the past two years, I have been searching for a job in my field. I’ve not found anything in the government sector because my major is not listed in the list of government job openings. I am disappointed because this means I will never get an opportunity to work in the public sector,” said Rana Ramadan, an unemployed Saudi girl.

“When I decided to search for a job in the private sector, I was looking for a job that suits my field and ambition. I joined a private company as an advertisement designer for SR1,500 a month. After joining there, they gave me additional duties such as accounting and secretarial work… I was given these additional duties without a salary rise,” she said.

Ramadan now prefers to stay at home than be forced to work in a field for which she did not study at university.

Al-Anoud Fakhani, a young Saudi girl who graduated in psychology at Effat University eight years ago, was also unable to find a job in her field. As a result, she decided to take a job outside the field of specialty.

“I studied child psychology at Effat University in Jeddah. After graduation, I couldn’t find a specialist center that focuses on child psychology. Because of that, I spent about one year without a job,” she said. “Recently, my father persuaded me to try another field, which I did. I joined a private medical center and worked as a marketing coordinator. It was difficult to understand the issues at the beginning, but after a few months I became proficient in this,” she added.

Manal Shaker, a Palestinian interior designer who studied at Dar Al-Hekma College in Jeddah, decided to abandon her dream to become an interior designer and opted to sit at home to raise her children.

“I was concerned about my future after graduation. I realized that entering the interior design field would not be easy. Such work requires one to work in offices. Unfortunately, these companies prefer male staff and do not hire women designers,” said Shaker.

To avoid unemployment, Shaker decided to work as an English teacher at a private school in Jeddah. “I worked at a private school as an English teacher. They hired me to teach the first three grades for SR2,000 a month because I didn’t have any qualifications in English,” she added.

Statistics published in a local daily by Nahed Taher, a consultant at a private bank in Saudi Arabia, confirmed that over 22,000 commercial licenses have been issued to women, many of who run their own beauty, furniture and fashion businesses.

According to the statistics, women are beginning to realize the importance of investments. Women own nearly 20 percent of mutual funds, while it is believed about SR15 billion (RM15 billion) of cash assets are owned by women and stored in current accounts.

Dr. Haifa Jamalallail, president of Effat University, confirmed that the university is still finding it difficult to find jobs for female graduates in fields such as architecture.

“Although we don’t have many graduates from the Architecture College, we’re still unable to find job opportunities for them. So far we’ve only had five batches of graduates in architecture. Each batch contains about six to 10 girls,” she said.

“We are targeting foreign companies that exist in Saudi Arabia to try getting them to accept some of our Saudi female workers and engineers. We’re still in the preparation stage when it comes to Saudi companies,” she added.

Jamalallail said that Effat University has spoken to a number of electricity and phone companies such as STC and Mobily asking them if they could create job opportunities for female graduates.

“They’ve said they will try to establish a working environment suitable for our female graduates,” she said, adding that only three foreign companies have established specialized centers for women engineers.


http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2412:education-and-womens-employment-in-saudi-arabia&catid=47:edu-spective&Itemid=90

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...