Showing posts with label Election - 13th. Show all posts
Showing posts with label Election - 13th. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

NAJIB DISABOTAJ ISU AZIZ BARI?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 23RD, 2011

Ahmad Lutfi Othman

Semasa pemerintahan Najib Razak nampak terkial-kial menyusun program menagih sokongan rakyat, banyak pula insiden menimpa yang makin menyukarnya untuk memulihkan imej BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13.Beberapa pengumuman transformasi politik, seperti janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada malam Hari Malaysia lalu, menjadi pudar apabila dalam masa sama ia disusuli tindakan-tindakan “keras, tidak demokratik, dan menutup ruang perbahasan secara sihat”.

Misalnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

Apakah hanya kerana mempunyai pandangan berbeda tentang sejarah perjuangan kemerdekaan negara, maka mahkamah terpaksa dipilih untuk mengadili Mat Sabu, dan bukannya melalui perdebatan, perbahasan atau dialog?

Terkini, tambah membebankan Najib apabila pakar undang-undang perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari, digantung tugas dan dilarang memasuki kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) disebabkan pandangan beliau terhadap isu yang berkaitan dengan bidangnya.

Gejala ini bukan perkara baru. Sebelum ini ramai tenaga akademik menerima surat amaran daripada pentadbiran universiti ekoran pandangan atau kenyataan akhbar yang dilihat menimbulkan “kegemparan”, walaupun ia menyentuh bidang kepakaran atau hasil penyelidikan mereka.

Hanya kerana isu jerubu melanda negara atau masalah sosial generasi muda, yang ditimbulkan oleh pensyarah dalam bidang berkenaan, mereka boleh mendapat “surat cinta” dan terpaksa “menutup mulut” kemudiannya. Ada juga pensyarah sains politik yang ditegur kerana bercakap dengan pihak akhbar mengenai tuntutan bertindih dengan negara jiran.

Justeru, golongan cendekiawan kita semakin bersendirian, tinggi di menara gading, terpisah dengan realiti masyarakat, ibarat “mati di pucuk”. Mereka seperti dilarang menyumbang idea dan menyalur pandangan bernas terhadap pergolakan atau konflik di persekitaran. Waduh … bukan saja malang berganda tetapi juga membazirkan wang rakyat.

Ternyata, kebebasan akademik dan hak bersuara warga kampus dinafikan serta dicabuli pentadbiran (baru) UIAM. Reaksinya, seperti diduga, merata dan merebak dengan cepat. Suara simpati dan sokongan terhadap Aziz segera tumpah di mana-mana, terutama di laman sosial, facebook.

Dalam waktu singkat, selepas sehari Aziz digantung tugas, aksi protes melalui demonstrasi berjaya digembleng, di UIAM sendiri. Anak-anak muda, mungkin sebahagiannya anak murid beliau, bingkas bangun bersuara lantang. Selama ini kampus Gombak itu tidak pernah mengizinkan kelompok mahasiwa pro-Umno menerajui gerakan pelajarnya.

Ia juga difaktorkan oleh kewibawaan dan keberanian Aziz, yang diakui ramai. Malah beliau pernah membidas keras Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan polemik dalam parti. Suatu bukti Aziz bersuara tanpa takut, tanpa segan.

Dalam mempertahankan Abdul Aziz, Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) yang juga prof madya undang-undang, Dr Azmi Sharom berkata, Akta Hasutan sendiri membenarkan kritikan membina terhadap pemerintah.

Baginya, Aziz semata-mata memberi pandangan bahawa seorang raja telah bertindak di luar batasan perlembagaan. Menurut Azmi, ia adalah komen yang sah dengan tiada kenyataan – secara langsung atau tersirat – yang dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap raja.

Setiausaha Agung Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), Prof Madya Dr Rosli Mahat turut melahirkan rasa terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang dikenakan terhadap Aziz.

“Aziz seorang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau. Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya menghujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dari Universiti Oxford, London, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras: “Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Ia tindakan mengampu dan paling tidak bertamadun dalam dunia akademik. UIA yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia bertukar menjadi pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran.”

Secara peribadi Aziz mudah didekati, tidak lokek idea, dan sebagai pengamal media, saya begitu senang sekali dengan minat mendalamnya terhadap dunia penulisan dan penerbitan. Lebih 10 tahun lalu, semasa saya menerbitkan majalah Detik, Wasilah dan siri akhbar tidak berkala di Medan Idaman, tidak jauh daripada kampus UIAM Gombak, Aziz agak kerap mengunjungi pejabat Penerbitan Pemuda.

Selain bertukar-tukar fikiran dan cerita, Aziz cukup prihatin dengan mutu bahan penerbitan kami. Lebih mengujakan, ziarah beliau bersama-sama bahan yang kami boleh manfaatkan. Bukan sekadar kritikan membina, tetapi juga tulisan yang boleh dikongsi pembaca.

Lama sebelum komentarnya terhadap Sultan Selangor, bicara Aziz menampakkan beliau benar-benar independen. “Selepas Prof Jomo KS ke PBB, saya lihat satu-satunya tokoh pemberani di kalangan ahli akademik adalah Prof Aziz Bari. Hairan ya, dia seperti tidak takut langsung untuk bersuara,” kata seorang sahabat lama dari Skudai, Johor.

Saya kira tekanan ke atas pentadbiran UIAM untuk mengambil tindakan ke atas Aziz bukan semata-mata disebabkan kenyataan terakhirnya itu. “Dendam” ini sudah lama meruap. Pihak tertentu hanya menunggu masa sesuai untuk “memerangkapnya”.

Apa pun, yang pasti, episod gelita ini bukan sahaja meninggalkan kesukaran berpanjangan buat Najib tetapi telah menggagalkan usaha tungkus-lumusnya membina imej baru BN menjelang PRU13. Tokoh sehebat Aziz tidak rugi apa-apa jika disingkirkan. Peluangnya terbuka luas di tempat lain.

“Soalnya, apakah ini petanda jelas ada perancangan untuk sabotaj Najib daripada dalam? Generasi muda dan masyarakat kelas menengah terkesan dengan isu Aziz Bari ini,” kata seorang editor kanan, yang mengakui hairan dengan tindakan drastik UIAM itu.

http://www.kl-today.com/2011/10/najib-disabotaj-isu-aziz-bari/

Friday, October 14, 2011

BN MAY LOSE VOTES ON MRT PROTEST

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Datuk Seri Ong Tee Keat (pic) today warned Barisan Nasional (BN) that the coalition could lose votes in the next general elections if it continued to ignore protests over the alignment of the Klang Valley Mass Rapid Transit (MRT).The former MCA president said the Chinatown community had been denied a reprieve from the acquisition of their properties in Jalan Sultan while other voices of protest over the same project were “visibly heeded with willingness to review and detour”.

Ong appeared to be referring to a recent realignment on Jalan Damansara, which critics from opposition parties had alleged was to avoid the acquisition of a former Cabinet minister’s property.

“Why should the MRT Co be so adamant with putting the cart before the horse by proceeding with the acquisition process even before public display of the proposed route draws to a close?” he said in a statement.

“All these have so far remained unanswered. Nonetheless, the deafening silence of the authorities on this would only contribute to a PR (public relations) disaster that is detrimental to the ruling coalition in the final analysis, more so in the advent of the 13th General Election.”

While disgruntled shop owners affected by the proposed land acquisition on Jalan Sultan are still lobbying to be heard, the Pandan MP said the reported detouring of the MRT route on Jalan Damansara to avoid the acquisition of a VIP’s villa was “indeed a stark contrast that is thought provoking”.

Yesterday the Land Public Transport Commission (SPAD) chairman Tan Sri Syed Hamid Albar told opposition lawmakers not to politicise the realignment of the Klang Valley MRT line on Jalan Damansara, insisting the move was not made to save a former minister’s home.

The ongoing land rights dispute has turned into a political hot potato that could delay the country’s most expensive infrastructure project.

The months of discussions, public engagement talks, court challenges, street protests and interventions by civil society groups and politicians across the divide have made no headway.

Traders in Jalan Sultan and Jalan Bukit Bintang — backed by Ong and DAP’s Bukit Bintang MP Fong Kui Lun —yesterday threatened to take their grouses directly to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Putrajaya earlier today promised that buildings on Jalan Sultan would not be demolished, but stopped short of guaranteeing that prime land in the capital would stay in the hands of current landowners.

Ong said MRT Co had given an assurance to return the properties to the respective owners but “devoid of any technical assurance of keeping the historic building” structurally intact and safe for occupation after the tunnelling.

He said the ad-hoc committee of the affected shop owners was reportedly called by MRT Co for negotiation but the proposal of alternative routes was kept off the agenda.

“The owners were only left with one choice, i.e. to succumb to the original offer of granting the contractor a period of six months for tunnelling while the earmarked shop houses are vacated,” he said.

He said one of the committee members called the meeting “a monologue aimed at arm-twisting the owners” to come to terms with MRT Co, a Ministry of Finance Incorporated company.

Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan denied that MRT Co officials gave “not one chance” to Jalan Sultan traders to present their alternative routes, which would save their properties.

He said the alignment proposed by landowners did not allow for integration with the existing Pasar Seni LRT station, and that curves on the suggested route were too sharp.

http://www.kl-today.com/2011/10/bn-may-lose-votes-on-mrt-protest/

KHIR TOYO: BN SUKAR TAWAN SELANGOR

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo (gambar) berkata, BN mungkin sukar untuk merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang.Menurutnya, masih ada kawasan hitam kepada BN di Selangor.“Masih ada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hitam yang bermakna sukar untuk dimenangi BN.

“Walaupun BN telah melakukan pelbagai usaha BN untuk merampas semula Selangor tetapi rakyat di kawasan hitam itu belum menampakkan tanda-tanda akan menukar kerajaan,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, Adun Sungai Panjang itu tidak mahu menamakan kerusi-kerusi yang hitam kepada BN itu.

BN pimpinan Dr Mohd Khir menyerahkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihan raya umum tersebut, Pakatan Rakyat menang 36 daripada 56 kerusi DUN dan 17 kerusi Parlimen.

Kerusi bandar

PKR pula menang 24 kerusi iaitu 15 DUN dan sembilan Parlimen, jumlah yang tidak pernah dijangkakan manakala DAP menang di 13 kerusi DUN dan empat Parlimen. PAS memperoleh lapan DUN dan empat Parlimen.

Umno hanya memperoleh 18 kerusi DUN dan empat Parlimen, sesuatu yang tidak pernah dijangkakan sama sekali dan MCA menyumbangkan dua kerusi DUN dan satu Parlimen manakala semua calon MIC dan Gerakan di Selangor tewas.

Pilihan raya umum ke 13 dijangka diadakan awal tahun depan, Bagaimanapun, tempoh Parlimen berakhir ialah bulan Mac 2013.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukur Idrus berkata, kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat lebih dari 3, 000 undi dalam pilihan raya umum lalu merupakan kawasan hitam bagi BN.

Katanya, kebanyakan kerusi berkenaan merupakan kerusi bandar.

Bagaimanapun, Syukur yakin BN akan merampas semula Selangor berdasarkan sokongan rakyat kepada parti itu sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan Pengerusi BN Selangor yang mengambil alih dari Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada tahun 2009.

http://www.kl-today.com/2011/10/khir-toyo-dakwa-bn-sukar-tawan-selangor/

Monday, October 10, 2011

BN BUKAN PARTI ORANG KAMPUNG SAHAJA

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 9TH, 2011

Dalam mesej mahu menawan semula kerusi-kerusi tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadi parti diterima setiap lapisan masyarakat, bukan hanya disokong pengundi luar bandar.“Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan… kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN.“Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan… kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur,” kata Perdana Menteri pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008 BN hanya menang di satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang memperuntukan 11 kerusi.

Malah ia juga kalah banyak kerusi Parlimen di kawasan bandar di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN menegaskan “musim telah tiba, gendang pilihan raya sudah dipalu dan kita semua dapat merasainya.”

“Dengan ini bererti bahawa kesediaan kita bertambah lebih mantap kerana kita ibarat nak turun di medan perang, maka kita tentu nak menang bukan nak kalah.

“Untuk menang kita perlu buat persiapan untuk tentukan tahap kesediaan kita, tahap siap sedia kita. Kita mesti buat persiapan menyeluruh dari segi anggota dan yang paling penting kita jangan cipta masalah… jangan buat masalah,” kata Najib.

Tegas Najib, meskipun BN mempunyai kekuatan luar biasa berbanding Pakatan Rakyat, namun masalah yang ditimbulkan dalam kepimpinan parti boleh menyebabkan parti pemerintah itu tewas.

Jelas beliau, semua anggota dalam BN perlu ketepikan masalah dalaman parti dan memberikan tumpuan untuk membantu memenangi pilihan raya umum ke-13.

“Ini adalah asas, kekuatan adalah anggota-anggota kita… cuba bayangkan dalam setiap Parlimen di kalangan penyokong kita di setiap peti-peti undi anggota BN, berapa ramai merupakan penyokong kita?

“Kita ada kekuatan luar biasa tapi kalau kita terus ada masalah dalaman, misalnya kalau kita nak letak calon pasti menang, ini formula terbaik, sebab kalau nak menang kita mesti letak kriteria calon yang boleh menang tapi kalau kita dah tentukan, janganlah ada pula orang yang tidak setuju dan ia nanti akan beri kesan kepada kita,” katanya.

Justeru Najib menasihatkan supaya semua masalah dan perbalahan dalam parti diketepikan demi masa depan BN dan juga negara.

“Ramai yang kata kita boleh menang, ramai orang cakap atas kertas kita boleh menang, tapi itu atas kertas… kalau nak menang buat cara nak menang, jangan berbalah sesama sendiri, jangan ada puak-puak, jangan sabotaj parti sendiri dan jangan tarik tali antara parti komponen BN,” katanya.

Najib juga mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) untuk bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan tidak mencipta masalah dan melakukan sabotaj ke atas parti.

Katanya, atas kertas BN mampu menang di banyak kawasan tetapi jentera sendiri mestilah melaksanakan kerja tanpa menimbulkan perbalahan sesama sendiri.

“Depan saya semua kata ok tapi saya tahu ada yang tak ok. Kita masuk pilihan raya kerana nak menang dan tak nak kalah apatah lagi di kawasan Ibu Kota kerana kita tak nak BN jadi parti hanya di kawasan desa atau kawasan-kawasan luar bandar sahaja serta dilihat kononnya golongan intelektual tidak menyokong BN.”

http://www.kl-today.com/2011/10/bn-bukan-parti-orang-kampung-sahaja/

PARLIMEN BUBAR ESOK?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 9TH, 2011

Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan.Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu.

Secara jujurnya, permainan teka-teki waktu pilihanraya umum ke-13 ini sudah menjadi hangat semenjak permulaan tahun ini lagi. Ramai yang meneka Mac, Julai, November dan juga Mac 2012. Tetapi walaupun tekaan yang tepat itu mungkin pada Mac tahun depan, masih ada kemungkinan besar yang Najib akan mengorak langkahnya itu pada bulan depan.

Jika begitu, maka beliau ‘haruslah’ membubarkan Parlimen pada hari Isnin. Sudah tentu beliau boleh lakukannya selepas pembentangan belanjawan petang ini, ataupun pada hujung minggu, tetapi ramai ahli-ahli politik berkata ia akan berlaku pada hari Isnin, sekiranya PRU-13 jatuh pada November.

Kenapa Isnin

Alasannya mudah, sekiranya Najib tidak membubarkan Parlimen menjelang Isnin, Belanjawan 2012 haruslah dibahas pada Isnin itu jufa, yang akan membazirkan waktu kerana pilihanraya hanya sebulan sahaja lagi.

Kedua, kenapa beri peluang untuk pihak pembangkang untuk mengacau rencana besarnya itu yang sudah pasti akan dipuji-puji di media semasa, radio dan televisi, yang semuanya dikawal kerajaan.

Ya, langkah itu membenarkan BN untuk melontarkan ‘imbuhan’ sementara meninggalkan Pakatan Rakyat terkontang-kanting mencari area perdebatan. Ia adalah jalan pintas untuk mendiamkan rakyat. Dan apabila Belanjawan itu dibentang semula, sekiranya BN menang, Najib masih boleh mencari jalan untuk perlahan-lahan mengelak daripada mengotakan janjinya.

Dua kem

Di dalam UMNO, jelas kelihatan adanya pertembungan di antara dua pihak yang tidak dapat dinafikan lagi oleh penyokong tegarnya pun. Kem Najib mahukan pilihanraya awal sebelum perjumpaan tahunan parti itu pada Disember untuk mengelakkan daripada dipaksa mengumum rencana pertukaran kuasa kepada timbalannya, Muhyiddin Yassin.

Jelaslah Muhyiddin, dan lebih-lebih lagi Mahathir Mohamad, bekas pemimpin yang masih berpengaruh itu, mahukan PRU-13 berlaku pada tahun hadapan. Mereka bimbang skanda-skandal Najib akan melemahkan peluang BN untuk menang dan mahu untuk bertanding dalam PRU-13 dengan persoalan kepimpinan sudah selesai, suaya rakyat akan merasa selesa untuk kembali mengundi BN.

Ya, PRU-13 amatlah bergantung kepada perjumpaan agung UMNO yang akan datang. Terdapat banyak tanda-tanda peperangan dan perebutan kuasa sedang berlaku dan keributan untuk majlis tertinggi UMNO mencalonkan pengganti pucuk kepimpinan. Samalah seperti apa yang dilalui Abdullah Badawi pada tahun 2008.

Inilah rasional yang dibangkitkan oleh mereka yang meramalkan PRU-13 akan berlangsung pada bulan November. Mereka meneka Najib akan mencantas pergolakan dalam UMNO dengan mendapatkan mandat rakyat, dan sekiranya dia berjaya mengekalkan status quo atau malah berjaya merampas semula Selangor daripada genggaman Pakatan, maka dia telah memastikan kedudukannya untuk satu terma lagi.

Dan dalam terma keduanya, Najib dan isterinya Rosmah Mansor tidak akan bermain-main lagi. Dan ini adalah sesuatu yang Mahathir dan Muhyiddin harus beri perhatian.

Faktor Anwar

Terdapat juga isu Anwar Ibrahim, yang pada waktu ini terjebak dengan tuduhan Liwat II. Perbicaraan sedang berlangsung dan sekiranya pilihanraya berlaku sekarang, adalah sukar untuk Anwar berkempen bermati-matian.

Ini adalah mata tambahan untuk Najib, di mana dia berhasrat untuk menyingkirkan Anwar daripada dunia politik dan meraih sokongan ketua-ketua UMNO yang tidak mahu Pakatan Rakyat berlegar-legar lagi mengganggu urusniaga mereka.

Membubarkan Parlimen sejurus selepas Belanjawan dibentangkan juga boleh dilihat sebagai langkah untuk manyelesaikan perkara. Terpengaruh oleh hubungan awamnya yang positif dan selesa dengan delusi yang rakyat di luar kota akan tetap mengundi BN, Najib kelihatan akan mengorak langkah pada bulan November.

Mahathir masih ‘tulang belakang’

Walau bagaimanapun, dengan mengamati tanda-tanda terkini yang semakin jelas selepas Pakatan Rakyat melancarkan Belanjawan Bayangan 2012 Prosperity For All, kemungkinan untuk berlangsungnya PRU pada tahun ini semakin nipis.

Dengan insiden Bukit Kepong dan isu hudud yang makan tuan, sebagai mana taktik licik itu terbaca oleh rakyat Malaysia, lebih berkemingkinan untuk Najib mengalah kepada Mahathir.Walau demikian sekali pun, untuk pengesahan dan sehinggalah Najib sendiri menafikan PRU-13 akan berlaku tahun ini, seluruh perhatian akan diberikan kepada Najib selepas dia membentangkan Belanjawan 2012 hari ini. Sekiranya dia berdiam diri, maka Isnin lah yang akan menjadi hari keputusan bilakah PRU-13 akan berlangsung.

Sudah pasti, ini akan membawa kepada teka-teki 2012, dan sebenarnya, PRU-13 tidak semestinya berlaku pada Mac/April 2012!

http://www.kl-today.com/2011/10/parlimen-bubar-esok/

Saturday, October 1, 2011

CHUA SOI LEK LIABILITI BESAR KEPADA BN

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 30TH, 2011

Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata penggantinya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bukan seorang “calon yang boleh menang” kerana skandal seks 2007 melibatkan bekas menteri kesihatan itu akan menjadi liabiliti besar bagi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.Dr Chua , yang menewaskan Ong pada pemilihan ekoran krisis dalam parti 18 bulan yang lalu, tidak mengesahkan sama ada akan bertanding meskipun minggu ini mengumumkan beberapa pemimpin tidak akan diturunkan pada pilihan raya umum kali ini.

Khabar angin tersebar sejak Februari lalu bahawa Ong juga akan digugurkan daripada bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN.

“Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau.

“Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding,” katanya lagi.

Kata Ong, jika Dr Chua bertanding ia akan menjadi ujian asid berhubung nilai diri seseorang.

http://www.kl-today.com/2011/09/chua-soi-lek-liabiliti-besar-kepada-bn/

UMNO AKUI RAKYAT MAHU MUKA BARU

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 30TH, 2011

Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini mengakui bahawa pada umumnya para pengundi mahu Umno menurunkan calon-calon muka baru pada pilihan raya umum ke-13.Timbalan Presiden Umno ini berkata maklum balas yang diterima menunjukkan sesetengah pihak sudah penat dengan nama-nama lama.Bagaimanapun katanya, barisan calon yang bakal diturunkan adalah campuran — orang muda dan tidak terlalu muda.

“Calon yang boleh menang, yang paling penting ialah sama ada calon (diturunkan) boleh diterima dan boleh menang, meskipun calon itu sudah lama menjadi ketua bahagian, menang tanpa cabaran dan menjadi ahli Parlimen sebelum ini.

“Tetapi apabila kita tanya orang ramai, mereka berkata ‘ah, orang itu sudah terlalu lama, kami sudah penat. Kami mahukan seseorang yang baru’. Itulah maklum balas yang kami terima,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata akan ada keseimbangan antara calon-calon muda, yang bertenaga, layak dan dikehendaki, selain mereka yang berpengalaman serta berguna kepada parti.

“Meskipun Umno mahukan seseorang calon (tertentu), tetapi orang tidak suka, ia tidak boleh menjadi asas untuk mengekalkan seseorang calon.

“Sama ada seseorang itu memegang jawatan dalam parti, itu tidak semestinya. Apa yang penting ialah sama ada calon boleh menang,” kata beliau.

Beliau mengakui langkah tidak memilih seseorang sebagai calon akan mewujudkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin Umno, tetapi mempertahankan bahawa kepimpinan parti boleh mengawal perkara tersebut.

“Kami akan duduk dan bincang… kadangkala pemimpin Umno merajuk sekejap sahaja, biasalah manusia,” katanya lagi.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

http://www.kl-today.com/2011/09/umno-akui-rakyat-mahu-muka-baru/

Saturday, September 17, 2011

Layanilah orang tua itu

Tuan Ibrahim Tuan Man


Kalau anda ingin mengenali seseorang itu tua atau muda, anda boleh menilai dari perbualan mereka.

Seandainya orang yang anda temui itu berbicara banyak mengenai perkara-perkara yang lepas dan menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang lalu, itu adalah satu tanda orang yang anda sedang bicara itu sudah tua.

Akan tetapi kalau perbicaraannya menceritakan apa yang sedang berlaku atau apa yang akan dilakukan, maka ianya tanda orang yang sedang anda bicara itu muda.

Ini antara petanda usia seseorang.

Memang realiti orang yang lama akan seronok berbicara apa yang telah mereka lalui, memberi gambaran suka dan duka. Seperti kisah-kisah kehidupannya di zaman Jepun, susahnya kehidupan dahulu, dan seronoknya zaman remaja dia, nostalgia harga barang murah, kenakalan zaman remajanya dulu yang tidak seperti kenakalan remaja sekarang dan sebagainya.

Itulah putaran kehidupan, dan kalau anda bertemu dengan orang tua begini, layanlah perbualannya dengan baik, sekali-sekala sampuklah cakapnya, agar dia rasa seronok. Kerana itulah keindahan orang tua.

Begitulah keadaan yang sedang dialami oleh Umno sekarang yang seronok jumpa bekas-bekas polis, tentera dan bekas- bekas pegawai pencen.

Kepada bekas anggota tentera, polis dan pegawai pencen layanlah Umno seadanya. Kerana sebagaimana biasa, hanya menjelang pilihanraya umum bahawa mereka teringat pada anda, dan selepas PRU 13 ini, mungkin Umno sudah tidak jumpa anda lagi.

Seperti biasa, kalau tetiba dia janjikan sesuatu, dengar sajalah… dah 12 kali, takkan tak kenal perangai ini lagi. Jangan bantah nanti dia kecil hati, tetapi pada masa yang sama, anda tidak perlu terlalu percaya janjinya, sebab orang tua kadang- kadang, dia tak ingat apa yang dia janji. Kena ingat itu, ini boleh melindungi anda daripada dikecewakan lagi kerana mempercayai janjinya.

Masa mendengar cerita sembang, ingatlah juga dalam hati waktu dia kuat dan muda dulu, dia tidak menjenguk pun anda. Hanya kini setelah dia rasa kesunyian dan sendirian, maka dia akan datang berbual, ajak makan-makan, sembang cerita lama dan secara halus-halus ingin mengingatkan anda tentang jasanya tapi menutup segala kemungkarannya.

Kalau anda berbual dengan pimpinan Umno sebegini, layanlah dia dengan baik, kerana mungkin ajalnya sudah tidak lama. Kalau anda membantahnya, dia akan kecil hati dan tuduh anda tidak menghormati orang tua.

Kini Umno menghimpunkan generasi lama, barangkali kerana mereka mengganggap jurang mereka dengan generasi muda semakin besar dan generasi muda berinternet tidak mudah menerima ‘cerita reka’ mereka.

Generasi tua ini pula dianggap mereka baik, yang tak berinternet lagilah bagus, lebih-lebih lagi kerana ia sebaya. Tak apalah anda pun dah faham, dia kan dah tua.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

15 September 2011



http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/5414-layanilah-orang-tua-itu

Najib "tunduk" tuntutan Buku Jingga

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.

"Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham.

"Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya.

"Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi.

Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan Umno BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British.

"Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5439-najib-qtundukq-tuntutan-buku-jingga

Akhirnya Najib akui demokrasi negara pincang

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.

"Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam prutusan khas perdana menteri, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.

Jangan terlalu selesa

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.

Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.

Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan".

"Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.

"Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.

"Kita tak kisak mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5438-akhirnya-najib-akui-demokrasi-negara-pincang

Salahudin cadang Dr M jadi PM semula

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya kembali menjadi Perdana Menteri untuk membolehkan pilihan raya diadakan lewat sedikit.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata berkata, hanya itu sahaja caranya untuk meredakan kebimbangan bekas Presiden Umno itu terhadap ketidakmampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang serta melaksanakan hasratnya supaya pilihan raya dilewatkan.

Beliau berkata demikian ketika menolak reaksi Dr Mahathir yang menekankan penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat (PR) mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.

Menurut PR, amalan di United Kingdom dalam persepakatan penentuan tarikh pilihan raya boleh dijadikan contoh.

"Kami hanya mengemukakan cadangan untuk nama baik negara ini yang semakin tercemar amalan demokrasinya dan jika kerajaan benar-benar serius mengadakan reformasi pilihan raya.

"Jika kami perlu menjadi kerajaan dahulu untuk membolehkan kami mengemukakan cadangan, nampaknya Dr Mahathir juga perlu kembali menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum mencadangkan supaya pilihan raya dilewatkan," kata Salahuddin.

Dr Mahathir sebelum ini mencadangkan Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili BN.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.

The Malaysian Insider pernah melaporkan bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon.

Pandangan Dr Mahathir supaya pilihan raya dilewatkan itu dibuat selepas beliau mengakui kejatuhan populariti Najib.

Beliau menyifatkan kemerosotan imej Najib itu antara lain berpunca dari cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5434-salahudin-cadang-dr-m-jadi-pm-semula

Rakyat Bangladesh didaftar pengundi?

Posted by admin on September 16th, 2011

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada media hari ini. Gambar atas: Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh

Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd – laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


http://www.kl-today.com/2011/09/rakyat-bangladesh-didaftar-pengundi/

GAMIS desak AUKU juga dimansuhkan

Posted by admin on September 16th, 2011

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan meneliti semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang saban tahun diperjuangkan oleh mahasiswa untuk memansuhkannya.“Saya minta untuk kerajaan juga turut mengkaji dan memansuhkan akta Auku ini,” kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.

Katanya, Auku menjadi halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Ia, ujarnya menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia.

Menurutnya, pembatasan hak-hak asasi warga institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Auku juga bersalahan dengan piawaian Hak Asasi Manusia PBB.

“Perkara ini merupakan suatu keaiban kepada Malaysia yang mendokong prinsip demokrasi.

“Sewajarnya sebagai negara demokrasi berperlembagaan, mahasiswa dan ahli akademik perlu turut sama diberi ruang untuk berkongsi rasa dan pandangan secara murni bersama-sama kerajaan dan pihak pentadbiran universiti bagi membentuk masyarakat dan negara yang adil serta sejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Gamis menyambut baik pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus kerajaan mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Selain itu, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Di samping itu, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Najib berkata, selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

“Bagi saya, ini merupakan pembaharuan yang baik di lakukan oleh kerajaan dan transformasi seperti ini yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

“Mungkin ini juga di sebabkan oleh tempias gelombang himpunan Bersih 2.0 yang lalu. Dan pengumuman ini juga titik tolak penentuan tarikh PRU yang ke-13,” kata Mohd Yusof.


http://www.kl-today.com/2011/09/gamis-desak-auku-juga-dimansuhkan/

Tuesday, September 13, 2011

Najib dituntut laksanakan 5 perkara sebelum PRU 13

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan 5 perkara sebelum membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Pakatan Rakyat dalam tuntutannya menegaskan, lima perkara yang dituntut itu adalah tuntutan iringan kepada 8 tuntutan Bersih yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan BN bagi reformasi pilihanraya di tanah air.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tuntutan pertama dari lima tuntutan itu berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN pimpinan Najib agar melaksanakan 8 tuntutan Bersih.

Menurut beliau, tuntutan kedua berupa desakan agar Kerajaan BN menetapkan tarikh pilihanraya dengan persetujuan atau muafakat bersama dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK).

"Tuntutan ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini," katanya pada sidang media bersama beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Manakala tuntutan keempat, menurut beliau, agenda isu kerakyatan terhadap warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN mestilah dihentikan dengan desakan terhadap Kerajaan BN agar menyediakan satu terma rujukan mengenainya.

Katanya, tuntutan kelima pula berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN agar menunaikan segala cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi melakukan reformasi pilihanraya di negara ini.

"Persidangan Parlimen bagi sessi pembentangan Belanjawan 2012 akan berlangsung pada 3 Oktober ini. Sempena persidangan Parlimen yang bermula 3 Oktober inilah nanti Jawatankuasa Pemilihan Parlimen akan ditubuhkan oleh Perdana Menteri," katanya.

Penubuhan jawatankuasa itu, tegas beliau, berikutan desakan Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri agar mengadakan persidangan Parlimen tergempar menerusi surat yang dihantar dan diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di bangunan Parlimen pada 8 Ogos lalu.

Surat tersebut telah diserahkan oleh Nazri kepada Najib beberapa hari kemudian dan seminggu selepas penyerahan surat itu, Najib telah mengumumkan keputusannya untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut.

"Kami dari Pakatan Rakyat ingin menegaskan, Pakatan Rakyat bersedia memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan itu, dengan syarat Perdana Menteri mestilah berjanji untuk memberikan jaminan untuk melaksanakan reformasi pilihanraya sebelum Parlimen dibubarkan untuk mengadakan PRU Ke-13," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, untuk melaksanakan 5 tuntutan itu bukanlah perkara yang sukar sekiranya Kerajaan BN benar-benar ingin melakukan reformasikan pilihanraya di negara ini kerana salah satu dari tuntutan itu telah termasuk dalam 8 tuntutan Bersih.

"8 tuntutan Bersih itu pula sebenarnya sudah boleh dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum Jawatankuasa Pemilihan Parlimen ditubuhkan.

"Khidmat kami kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen itu adalah untuk kepentingan negara, tetapi mestilah ada jaminan daripada Perdana Menteri untuk melaksanakan tuntutan itu sebelum persidangan Parlimen 3 Oktober ini," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Antony Loke (Rasah) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5378-najib-dituntut-laksanakan-5-perkara-sebelum-pru-13

'Serang' saya untuk tutup kepincangan p'raya

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 13 Sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin ‘serangan’ terhadapnya yang dimainkan media arus perdana berhubung pejuang kemerdekaan dan Mat Indera ditimbulkan bagi menutup isu kepincangan demokrasi dan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Isu ‘serangan’ terhadap saya kerana mereka nak lari daripada isu-isu pilihan raya terutama tentang (lapan perkara) Tuntutan Bersih 2.0 dan Daftar Pemilih yang begitu kotor.

“Oleh kerana nak lari daripada isu-isu itu dan gagal memulihkan demokrasi serta mengatasi kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka timbulkan isu ini (serangan terhadap kenyataan saya).

“Ini yang mereka nak ‘lari’, sedangkan perkara ini sedang diperhatikan dunia kini,” dakwa Mohamad Sabu.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini semalam.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai ahli akademik dan pakar sejarah dari Universiti Malaya, Prof Dato’ Dr Mohamad Abu Bakar.

Turut hadir Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Dato Wan Abdul Rahim Abdullah, anggota Exco, Abdul Fattah Mahmod dan Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.

Forum yang dibanjiri ribuan penonton itu dipengerusikan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh Haji Soberi Shafei.

Golongan pembodek

Sementara itu, mengulas kenyataan pihak tertentu bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, Mat Sabu mendakwa golongan itu merupakan golongan terlalu hendak membodek pemimpin mereka.

“Bodek punya bodek, mereka itu sampai terbabas, sampai menjadi bahan ketawa sekarang,” katanya.

Dalam hubungan ini, Mat Sabu mendakwa sekiranya rakyat di negara ini menerima pandangan golongan itu, maka ertinya rakyat tidak perlu menyambut kemerdekaan 31 Ogos dan tidak perlu pula menyambutnya pada 16 September.

Dalam pada itu Prof Dr Mohamad ketika dirujuk pandangannya berkata seharusnya orang akademik yang semakin berkedudukan jauh lebih baik sekarang dalam hubungan dengan orang politik mempengaruhi orang politik tertentu supaya isu mengenai penulisan semula sejarah Malaysia ‘yang dipercayai diselewengkan fakta’ itu dilaksanakan.

Menurutnya, sebelum pilihan raya keua belas yang lalu orang akademik banyak tunduk kepada orang politik, tetapi kini ternyata orang akademik dan dari pusat pengajian tinggi semakin menjadi rujukan.

“Inilah peluang dan masanya untuk mereka pula mempengaruhi keadaan menerusi perhubungan mereka dengan orang politik (golongan pemimpin).

“Dulu menteri-menteri tak jumpa kita orang semua ini. Tetapi sekarang semakin ramai, ada pula diskusi, ada Majlis Profesor dan sebagainya.

“Ini menunjukkan mereka ini sama ada merasai kebimbangan terhadap kedudukan diri mereka dan kedudukan politik mereka, semakin didampingi orang politik dan itu bagus.


“Jadi, di sinilah kita dapat salurkan kebenaran,” katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5371-serang-saya-untuk-tutup-kepincangan-praya

Tangguh cukai prabayar sehingga PRU 13?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Sept: “Walaupun saya berasa lega dengan pengumuman syarikat telekomunikasi bahawa kenaikan harga prabayar akibat cukai 6% akan ditangguhkan, kita juga perlu berhati-hati dengan pengumuman ini.

“Adakah ini bermakna penangguhan ini hanyalah sehingga Pilihanraya Umum ke-13 dipanggil untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri?” tanya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau juga tetap berpendapat bahawa cara Datuk Seri Najib Tun Razak menangani kemarahan rakyat akibat kenaikan harga tersebut memberi isyarat yang salah kepada golongan niagawan.

Ketika ini, beliau pasti banyak syarikat lain yang turut menjalankan amanah mengenakan cukai perkhidmatan mengikut undang-undang akan mula merasa bimbang kalau-kalau mereka mendapat panggilan daripada Pejabat Perdana Menteri meminta mereka menanggung cukai tersebut.

Katanya, Najib mempunyai peluang untuk memperbaiki imejnya sekiranya ada keberanian untuk mengumumkan pengecualian khidmat telekomunikasi prabayar yang digunakan oleh majoriti golongan berpendapatan rendah dan orang muda dari dikenakan cukai perkhidmatan 6%.

Ini, tambahnya akan membawa kepada penurunan kos telekomunikasi yang lebih kekal dan menyumbang mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, dengan pengecualian cukai perkhidmatan 6% itu, syarikat telekomunikasi tidak ada pilihan lain kecuali menurunkan tarif panggilan bagi pengguna prabayar, kerana struktur kos panggilan prabayar selama ini sudah mengambil kira cukai perkhidmatan yang perlu ditanggung rakyat.

Perdana Menteri, ujarnya tidak perlu menunggu keputusan dari satu lagi makmal yang dikelolakan oleh Pemandu yang menelan belanja besar, untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Beliau hanya perlu menggunakan sedikit kebijaksanaan orang kebanyakan dan ini boleh dilakukan dengan mengecualikan khidmat telekomunikasi prabayar dari cukai perkhidmatan,” katanya.

Beliau menambah, penangguhan kenaikan kos prabayar adalah satu lagi bukti kuasa rakyat yang ditunjukkan oleh rakyat kebanyakan apabila ada proses timbang tara di dalam negara.

Katanya, kehadiran Pakatan Rakyat yang berpengaruh di dalam Dewan Rakyat telah menguatkan suara rakyat menekan kerajaan dan merubah banyak dasar dan tindakan kerajaan yang salah sejak tahun 2008.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5370-tangguh-cukai-prabayar-sehingga-pru-13

5 SYARAT PAKATAN UNTUK SERTAI PSC

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 13TH, 2011

Pakatan Rakyat hari ini menawarkan komitmen dan kerjasama sepenuhnya untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mereformasikan sistem pilihan raya di Malaysia.Tawaran itu disertai lima syarat yang perlu dipenuhi Najib sekiranya beliau benar-benar serius mahu mereformasikan sistem pilihan raya Malaysia.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut tengahari tadi.

“Pakatan tawar komitmen dan kerjasama penuh kepada PSC yang akan ditubuhkan pada (sidang Parlimen) 3 Oktober ini,” kata Naib Presiden Pas itu.

Dua syarat pertama adalah menerima lapan perkara yang dituntut Bersih dan melaksanakan segera cadangan yang di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menetapkan tarikh pilihan raya umum secara muafakat di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Salahuddin berkata, sekiranya dua syarat pertama diterima, PSC perlu diberikan masa masa dan ruang secukupnya untuk berbincang untuk mewujudkan cadangan reformasi pilihan raya.

Syarat keempat pula adalah memasukkan agenda pemberian kewarganegaraan kepada rakyat sebagai salah satu perkara yang dibincangkan PSC.

Manakala syarat kelima adalah, semua tuntutan dan cadangan PSC perlu ditunaikan kerajaan sepenuhnya.

Bercakap lanjut, Salahuddin berkata sekiranya tuntutan itu tidak dipertimbangkan Najib sebelum penubuhan PSC 3 Oktober ini dan Najib tetap tidak melaksanakan sebarang reformasi pilihan raya, beliau perlu bersedia menghadapi gelombang ketiga gerakan Bersih.

“Sekiranya tuntutan ini tidak dijelaskan, (ia membuktikan) PSC adalah tidak lebih daripada ‘window dressing’ semata-mata dan Bersih 3.0 akan mengambil tempat,” kata Salahuddin.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir berkata syarat-syarat itu diberikan kerana Najib sebelum ini dilihat tidak mengambil serius usaha untuk mereformasikan pilihan raya.

Beliau menuntut Najib memberi maklum balas segera berhubung lima syarat itu.

“PM seharusnya jawab dan beri maklum balas secepat mungkin,” kata Izzah.


http://www.kl-today.com/2011/09/5-syarat-pakatan-untuk-sertai-psc/

Hishammuddin harus akui kelemahan sendiri







Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Datuk Seri Hishammuddin Hussein harus mengakui kelemahannya sendiri sebagai Menteri Dalam Negeri, bukannya menyerang pemimpin-pemimpin PAS dan menafikan fakta-fakta jelas yang dikemukakan oleh PAS.

Sebagai parti yang memperjuangkan dasar Islam dan bertanggungjawab, PAS tidak akan mengemukakan isu-su rekaan, tetapi kesemua isu yang dibangkitkan berdasarkan fakta jelas yang boleh dibuktikan pada bila-bila masa.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, begitu juga dengan isu yang dikemukakan oleh PAS berhubung dengan pemberian kerakyatan kepada warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN yang ternyata mempunyai bukti-bukti yang jelas.

Menurut beliau, isu tersebut bukanlah isu rekaan, tetapi ia dikemukakan berdasarkan semakan yang dilakukan dari semasa ke semasa oleh PAS.

Katanya, Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri sememangnya bertanggungjawab ternyata isu itu tetapi sehingga kini beliau masih tidak boleh menjawab perkara itu.

"Kegagalan Datuk Seri Hishammuddin menjawab perkara itu merupakan kelemahannyanya selaku Menteri Dalam Negeri dan kelemahan beliau itu harus diakui oleh Hishammuddin sendiri," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Bernama Online semalam melaporkan Hishammuddin menolak dakwaan PAS bahawa Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesar-besarkan isu Bukit Kepong untuk menutup “segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.”

Kenyataan tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan mengatakan tindakan BN itu bertujuan untuk memastikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang dan dilaporkan dalam sebuah portal berita kelmarin.

“Adalah tidak adil menuduh dan mempersalahkan BN kerana ia (kontroversi Bukit Kepong) ditimbulkan oleh pemimpin PAS sendiri,” kata Hishammuddin.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, rakyat boleh menilai tindakan pembangkang yang gemar menyerang pelbagai institusi negara semata-mata untuk gimik politik mereka.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, memberikan kerakyatan kepada warganegara asing merupakan satu tindakan yang amat bahaya kepada negara dan tujuan PAS mengemukakan isu itu adalah untuk kepentingan negara.

"Jumlah warganegara asing yang diberikan kerakyatan oleh Kerajaan BN amat besar dan sangat dipertikaikan. Isu yang dikemukakan oleh PAS itu adalah satu isu yang sangat bahaya kepada negara dan Menteri Dalam Negeri selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu bertanggungjawab terhadap perkara itu," katanya.

Bahaya pemberian kerakyatan kepada warganegara asing, menurut beliau, tidak boleh dinafikan sebarang pihak, apatah lagi oleh Menteri Dalam Negeri dan tiada menteri yang tidak nampak perkara itu jika dia tidak tidur di pejabatnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5356-hishammuddin-harus-akui-kelemahan-sendiri-

Najib timbang mansuh ISA menjelang PRU-13

Jahabar Sadiq, Editor TMI

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Datuk Seri Najib Razak (gambar) kemungkinan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menjadi kritikan pembangkang, seawal minggu ini untuk mendapatkan momentum menjelang pilihan raya umum dalam waktu terdekat ini.

Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 dengan janji mahu mengkaji semula undang-undang itu tetapi kredibiliti kepimpinan perdana menteri yang dipersoalkan dengan serius ekoran pendirian dasarnya yang sering berubah sedang mempertimbangkan untuk memansuhkan ISA.

ISA yang diperkenalkan lebih lima dekad lalu menyediakan peruntukan menahan seseorang tanpa perbicaraan.

The Malaysian Insider difahamkan ada sedikit “halangan” di Kementerian Dalam Negeri dan elemen-elemen sayap kanan dalam Umno sendiri, tetapi dengan mengambil kira keperluan Najib untuk mendapatkan sokongan golongan pertengahan, penasihatnya merasakan bahawa beliau perlu mengambil tindakan yang drastik.

“Pilihan beliau terhad,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

“Ada tentangan ke atas idea itu tetapi Perdana Menteri diyakinkan bahawa undang-undang itu tidak perlu memandangkan ada undang-undang lain untuk berurusan dengan keselamatan,” kata beliau merujuk kepada Ordinan Darurat, yang telah digunakan untuk menahan enam aktivis Bersih 2.0 dua bulan lalu.

Keenam-enam mereka telah dibebaskan kemudian tetapi dikenakan tuduhan lain.

Najib (gambar) dikritik teruk dengan cara beliau mengendalikan perhimpunan tersebut pada 9 Julai.

Kajian Merdeka Center pula menunjukkan populariti beliau menjunam terus sejak Mei 2010.

Kata satu sumber, Najib yang juga Presiden Umno mahu mendapatkan balik sokongan golongan pertengahan dengan mencuba usaha terbaru ini.

ISA telah digunakan dengan meluas ketika Operasi Lalang 1987. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan buat kali pertama di bawah ISA pada 1970-an dan kali kedua ditahan atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa pada 1998.

Pada Julai lalu, Najib berkata kerajaan akan mengkaji akta-akta lain yang dilihat berkaitan dengan ISA bagi memastikan satu perubahan yang besar dalam usaha menangani keselamatan di negara ini.

Perdana Menteri berkata kajian dan perubahan melibatkan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

Sehari sebelum itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pindaan ISA perlu dibentang di Dewan Rakyat bersama enam akta undang-undang pencegahan yang berkaitan dan kajian semula akta itu akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Majlis Peguam.

Hishamuddin berkata akta akta berkenaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang akan dikaji daripada aspek keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah; Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit; Akta Buang Negeri 1959 (Pindaan 1972) berkaitan sama ada undang-undang itu masih relevan.

Selain itu, Akta Kediaman Terhad 1933 berkaitan keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 berkaitan tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.

Hishammuddin berkata akta itu sebenarnya sudah lama dalam penelitian kementeriannya dan Pejabat Peguam Negara dan cadangan sama ada akta berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan sedang diambil kira.

Najib berkata kerajaan serius dalam usaha membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara ini.

“Kerajaan serius membawa perubahan dalam soal keselamatan dalam negara kita yang lebih terbuka, kita perlu lihat undang-undang lain juga supaya kita dapat membuat perubahan yang besar dalam menangani keselamatan negara kita.

“Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat,” kata Najib ketika itu.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5352-najib-timbang-mansuh-isa-menjelang-pru-13

Saturday, September 10, 2011

Kerakyatan: Mahu lucut Mat Sabu tapi beri pada pendatang

Tuan Ibrahim Tuan Man

"Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah" – itulah ungkapan untuk menggambarkan negara kita walaupun telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut “Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair” sehingga bertukar menjadi “Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair” sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan.
Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.

Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai “penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan” yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.
Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai “bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik” pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee “fening, fening.”

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat



http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/5288-kerakyatan-mahu-lucut-mat-sabu-tapi-beri-pada-pendatang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...