Showing posts with label MAWIP. Show all posts
Showing posts with label MAWIP. Show all posts

Saturday, November 27, 2010

Permohonan batal bukan Islam jadi peguam syarie

Nov 25, 10 1:02pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAWIP) pada 21 Feb untuk membatalkan permohonan seorang peguam wanita bukan Islam menjadi peguam syarie.

NONETimbalan Pendaftar Halilah Suboh menetapkan tarikh itu dalam kamar hari ini setelah menemui peguam Victoria Jayaseele Martin (pertama dari kanan), Jamie Wong dan Zulkifli Che Yong yang mewakili MAWIP.

Pada 19 Mei, Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam sahaja dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Dalam permohonan beliau, Martin juga meminta satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MAWIP, melalui jawatankuasa peguam syarie, menafikan permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie.

Beliau menamakan MAWIP sebagai responden.

NONEAntara lain, Martin, 48, mahu satu perintah mandamus untuk meminta MAWIP menerima beliau sebagai peguam syarie.

Beliau juga meminta satu pengisytiharan bahawa Perintah 10 Peraturan Peguam Syarie 1993, memberikan mandat bahawa hanya orang Islam boleh diterima sebagai peguam syarie, bercanggah dengan Artikel 5, 8, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Pada 14 Mei, beliau mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi dalam perundangan permulaan untuk memohon menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan selepas Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan permohonan beliau untuk semakan kehakiman.

Ini merupakan kes ujian pertama di Kuala Lumpur di mana seorang peguam bukan Islam diberikan kebenaran untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam Islam dibenarkan menjadi pengamal di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur.

montageDi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu keperluan utama untuk menjadi seorang peguam syarie ialah seseorang itu mestilah orang Islam.

Martin, yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang Syariah dan Amalan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 2004, telah memohon tindakan undang-undang di mahkamah sivil setelah permohonan beliau untuk diterima sebagai peguam syarie ditolak oleh MAWIP.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/149126

Wednesday, October 27, 2010

MAIWP mahu lupus 70 penghawa dingin baik

Jimadie Shah Othman
Okt 26, 10
7:19pm

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bercadang melupuskan 70 unit penghawa dingin walaupun ia masih berfungsi dengan baik, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009.

Malah, menurut laporan itu lagi, sebanyak 14 unit telah digunakan oleh syarikat subsudiarinya Anggun Mulia Sdn Bhd yang menduduki sebahagian bangunannya sejak April 2009.

"Sebanyak 70 unit alat penghawa dingin yang diperoleh pada tahun 2007 dan 2008 yang hendak dilupuskan tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pihak pengurusan MAIWP telah mencadangkannya untuk pelupusan," laporan itu dipetik.

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP daripada Wisma Baitulmal ke Bangunan Perkim pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Ekoran itu, lembaga pemeriksa mencadangkan aset itu dilupuskan secara hadiah kepada Anggun Mulia atau ke bahagian lain yang memerlukan atau dimusnahkan.

Menurut laporan itu, lawatan audit pada Oktober tahun lalu mendapati aset alih berkaitan masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

"Pada pandangan audit, MAIWP perlu memastikan proses pelupusan dibuat mengikut peraturan yagn ditetapkan dengan melengkapkan rekod yang berkaitan supaya tindakan pelupusan dapat dilaksanakan dengan segera.

"Pemeriksaan tahunan secara menyeluruh hendaklah dilakukan untuk memastikan semua set dalam keadaan baik dan mengenal pasti aset yang rosak dan usang untuk tujuan pelupusan," laporan itu dipetik.

Penemuan lain yang dinyatakan dalam laporan itu, antaranya:

(1) Sebanyak 10 unit alat bengkel kemahiran (harga perolehan RM63,380), 1 unit alat muzik (RM1,495), 2 unit periuk(RM7,800) dan 1 unit mesin jahit butang (RM6,167) tidak digunakan kerana pelbagai sebab seperti ketiadaan tenaga pengajar dan tidak menepati keperluan.

Periuk - Kuali Range 36" di Kompleks Darul Kifayah yang dibeli misalnya terlalu besar berbanding dapur untuk meletakkannya.

Justeru, pihak audit berkata, sekiranya aset itu tidak diperlukan, ia perlu dijual dengan segera supaya tiada kemerosotan nilai berlaku.

(2) Semakan terhadap fail kehilangan MAIWP mendapati berlaku kehilangan aset sebanyak 21 unit bernilai RM45,789, antaranya melibatkan peralatan komputer dan kamera.

Terdapat juga prosedur kehilangan yang tidak dipatuhi seperti kehilangan tiga motorsikal Honda C1004 yang tiada tindakan susulan.

(3) Terdapat pembelian minyak yang meragukan. Berdasarkan laporan butiran belian minyak yang dikeluarkan syarikat minyak pada tahun 2007 hingga 2009 didapati pengisian minyak bagi 4 kenderaan dibuat dalam selang masa yang tidak munasabah dan kos pengisian yang meragukan.

Sebagai contoh, sebuah kenderaan selepas mengisi minyak RM2 dalam tempoh empat minit kemudian mengisi sebanyak RM134.95.

(4) Pembelian minyak melebihi kapasiti tangki. Menurut spesifikasi Proton Waja 1.6, kapasiti penuh minyak kereta adalah 60 liter. Bagaimanapun semakan audit mendapati 7 transaksi pembeliau sebanyak 78.13 liter, melebihi kapasiti penuh sebanyak 18.13 liter.

Tujuh transaksi berikut melibatkan RM1,050.

Tuesday, September 21, 2010

Permohonan MAWIP didengar 25 Nov.


VICTORIA JAYASEELE MARTIN memohon supaya diterima menjadi peguam syarie baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAWIP) untuk membatalkan permohonan seorang peguam wanita bukan Muslim untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan pada 25 November depan.

Pada 19 Mei, Victoria Jayaseele Martin memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar satu keputusan bahawa hanya peguam Muslim dibenarkan sebagai pengamal di Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh menetapkan tarikh itu dalam kamar setelah menemui peguam Martin, Ranjit Singh dan Sulaiman Abdullah bagi MAWIP.

Ranjit Singh memberitahu media bahawa MAWIP telah memfailkan permohonan itu untuk membatalkan semakan kehakiman tersebut atas alasan mahkamah sivil tidak ada bidang kuasa mendengar perkara berkenaan.

Dalam permohonan Victoria, beliau juga meminta satu perintah sertiorari untuk membatalkan keputusan tersebut oleh MAWIP melalui Jawatankuasa Peguam Syarie kerana penolakan permohonannya untuk diterima sebagai seorang peguam syarie.

Beliau menamakan MAWIP sebagai responden.

Victoria, 48, antara lain mahu satu perintah mandamus untuk memaksa MAWIP menerimanya sebagai peguam syarie.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0921&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...