Showing posts with label Majlis Daerah. Show all posts
Showing posts with label Majlis Daerah. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Timbalan KSU hadapi tuduhan rasuah

Timbalan KSU hadapi tuduhan rasuah
Mac 3, 11 1:10pm

Timbalan ketua setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Bakaruddin Othman, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini atas tuduhan rasuah sewaktu menjadi yang dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

NONEDia dituduh menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk meluluskan pembiayaan daripada MPS sebanyak RM26,500 untuk kerja selengaraan rumah miliknya sendiri, di dalam mesyuarat jawatankuasa sebutharga MPS Bilangan 7/2001, yang mana tertuduh mempunyai kepentingan secara langsung ke atas jabatan tersebut.

Bakaruddin, 57 (tengah), dituduh berbuat demikian untuk selengaraan rumah beralamat di No. 14413, Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, 68100 Batu Caves, Selangor.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di antara bulan Jun 2001 dan April 2002, di Bangunan MPS, Pesiaran 3, Bandar Baru Selayang, Gombak, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, mengaku tidak bersalah. Hakim Asmadi Husin membenarkan ikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan oleh Datuk Abdul Razak Muda dari SPRM. Mahkamah menetapikan sebutan kes pada 4 April.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.

http://malaysiakini.com/news/157571

Thursday, March 3, 2011

Rasuah: Bekas YDP Selayang didakwa

03/03/2011 3:30pm

SHAH ALAM – Bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap dakwaan menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri kira-kira sembilan tahun lepas.

Bakaruddin, 57, yang kini bertugas sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dituduh di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang dengan menggunakan jawatannya sebagai Yang Dipertua majlis perbandaran itu untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya sendiri di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Okt 2001 di mana dia mempunyai kepentingan langsung. – Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Monday, December 6, 2010

Tutup kilang, rugikan rakyat, kata Faekah

Dis 4, 10 12:18pm

Tindakan kerajaan pusat yang mengarahkan penutupan kilang pengeluar sarung tangan di Ijok, Hartalega Sdn Bhd, dikhuatiri akan menakutkan pelabur selain menyebabkan 800 pekerja tempatan hilang pekerjaan, kata setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin.

NONE“Adalah merugikan rakyat Selangor dan negara khasnya jika arahan itu dibuat tanpa siasatan lanjut tetapi hanya untuk menjaga kepentingan politik dan memenuhi agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu.

“Ini bertentangan dengan dasar kerajaan Selangor yang mahu menarik pelaburan asing dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor serta dari negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Pelaburan RM2 billion terjejas

Menuru Faekah, implikasi penutupan kilang itu tanpa usul periksa akan menyebabkan pelabur membatalkan rancangan melabur di Kuala Selangor, termasuklah pelaburan usaha sama syarikat Jepun dan Guthrie melibatkan pelaburan melebihi RM2 billion.

“Adalah amat tidak wajar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk T Murugiah mengarahkan Hartalega menghentikan operasi hanya kerana aduan beberapa orang penduduk berhampiran kilang yang mendakwa kesihatan terganggu kerana pencemaran oleh kilang berkenaan,” katanya.

NONEHartalega telah beroperasi sejak 1996 dan sehingga hari ini, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan operasi kilang itu menyebabkan penduduk mengalami masalah pencemaran.

Pertengahan tahun ini, penduduk Taman Suria, Bestari Jaya, Kuala Selangor mendakwa terdedah dengan pencemaran bahan kimia hasil bahan buangan.

Berikutan dakwaan itu, Menteri Besar, Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri turun padang untuk meninjau masalah rayat itu.

Abdul Khalid diberi taklimat mengenai operasi kilang dan amalan-amalan mengikut kawalan alam sekitar terutama melibatkan rawatan air tercemar dan pelepasan asap dan beliau berpuas hati kerana Hartalega mematuhi semua peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

khalid ibrahim second visit to rawang new village 121010 03Katanya, Hartalega merawat air yang tercemar sebelum dialirkan keluar manakala asap yang dilepaskan dari kilang itu tidak membahayakan kesihatan.

Pihak kilang juga memberitahu dakwaan adanya ammonia di ruang udara sekitar kawasan perumahan juga tidak benar kerana ujian yang dilakukan pihak Hartalega mendapati tidak wujud bahan kimia itu.

Malah, menurut Faekah, tinjauan kerajaan negeri juga mendapati tiada seorang pun pekerja kilang itu yang mengalami masalah kesihatan walaupun setiap hari terdedah dengan bahan kimia.

Murugiah tiada kuasa

“T Murugiah sebenarnya tiada kuasa mengarahkan Hartalega ditutup kerana kilang berkenaan memenuhi semua piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa. Hanya Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mempunyai kuasa mengarahkan hilang itu ditutup.

NONE“Hasil pemeriksaan berkala yang dilakukan terhadap Hartalega mendapati kilang itu tidak melanggar peraturan. Sehubungan itu, tiada alasan untuk MDKS menutup operasi kilang berkenaan,” katanya.

Faekah berkata Murugiah tersilap fakta dan mendapat maklumat yang silap kerana tidak merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat arahan itu.

MDKS, kata Faekah telah diarahkan supaya terus mengadakan perbincangan dengan penduduk untuk meningkatkan sistem perparitan yang didakwa menyebabkan banjir manakala JAS pula akan meningkatkan pemeriksaan dan kawalan bagi memastikan Hartalega tidak mencemar alam sekitar.

Masalah itu timbul apabila, jarak antara kawasan industri dan kawasan perumahan yang sepatutnya adalah 500 meter tetapi dibina kurang 100 meter dari kilang.

http://malaysiakini.com/news/149968

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...