Showing posts with label Gabenor Bank Negara dan Timbalan. Show all posts
Showing posts with label Gabenor Bank Negara dan Timbalan. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Dua firma Australia didakwa sogok pegawai Malaysia

Jul 1, 11 2:47pm

Polis Persekutuan Australia mendakwa dua firma mencetak mata wang dan enam bekas pegawai kanannya kerana memberi rasuah kepada pegawai-pegawai asing termasuk dari Malaysia untuk mendapatkan kontrak membekalkan mata wang.

NONESecurency International Pty Ltd dan Note Printing Australia Ltd merupakan salah satu firma utama di dunia mencetak mata wang didakwa memberi sogokan dalam bentuk wang dan biasiswa universiti kepada pegawai-pegawai kerajaan Indonesia, Malaysia dan Vietnam antara 1999 dan 2005.

Menurut laporan AFP, ketua Polis Persekutuan Australia Chris McDevitt berkata semua enam rakyat negara itu berusia antara 50 dan 66 tahun dan pernah memegang jawatan penting sebagai ketua eksekutif, ketua pegawai kewangan dan ejen jualan bagi Securency atau Note Printing Australia Ltd.

Tertuduh terdiri daripada Myles Curtis, John Leckenby, Mitchell Anderson, Peter Hutchinson, Barry Brady dan Rognvald Marchant.

Mereka dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 11.5(1) dan 70.2(1) Akta Kanun Jenayah 1995, yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan atau denda A$1.1 juta. (sekitar RM3.6 juta).

NONEMcDevitt juga berkata siasatan masih dijalankan dan kemungkinan ada dakwaan susulan.

Dakwaan itu dibuat selari dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dua orang iaitu bekas penolong gabenor Bank Negara dan seorang ahli perniagaan masing-masing di Kuala Lumpur dan Shah Alam.

http://malaysiakini.com/news/168595

Saturday, July 2, 2011

Bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa

Bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa
Jul 1, 11 9:54am


Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 daripada orang tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.

NONEIa berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.

Bekas penolong gabenor itu, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, akan didakwa atas dua pertuduhan menerima habuan RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, bagi mendapatkan kontrak RM95 juta berhubung wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Ltd.

Beliau didakwa menerima wang itu di Restoran Dome, Bangsar Shopping Centre pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 16, 2005.

NONEMohamad Daud didakwa mengikut Seksyen 11(a) dan 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali jumlah suapan.

Pertuduhan dibacakan oleh Hakim Rosbiahanin Arifin. Daud kemudiannya memohon dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup memohon jaminan ditetapkan pada RM100,000 dengan seorang penjamin dan dipersetujui oleh peguam Daud - JD Goonting dan Collin Goonting.

Rosbiahanin kemudian menetapkan 2 Ogos sebagai sebutan kes.

NONESementara itu di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah 9, Shah Alam, Abdul Kayum didakwa mengikut bawah Seksyen 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Beliau yang merupakan pengarah Syarikat Aksavest Sdn Bhd dihadapkan atas dua pertuduhan kerana disyaki terlibat memberi wang suapan berjumlah RM100,000.00 (RM50,000.00 bagi setiap
transaksi) kepada Datuk Mohamad Daud bagi memperoleh kontrak percetakan wang kertas polimer RM5 untuk Note Printing Australia Limited, yang juga merupakan anak syarikat Australia Reserve Bank.

Bagi pertuduhan pertaman, tertuduh yang juga merupakan ejen Note Printing Australia Limited di Malaysia didakwa memberi wang suapan secara tunai sebanyak RM50,000.00 pada 24 November 2004 kepada Mohamad Daud.

NONESuapan itu dikatakan bertujuan membantu tertuduh untuk mendapatkan kontrak Percetakan Wang Polimer RM5 untuk syarikat Note Printing Australia Limited. Tertuduh juga dipertuduh dengan kesalahan yang sama bagi pertuduhan kedua yang dilakukan pada 15 Februari 2011 di tempat yang sama.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Asmadi Husin kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk menyebut semula kes itu dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/168555
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...