Showing posts with label Tekun. Show all posts
Showing posts with label Tekun. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

TEKUN lembab, kena pinjam along

Posted by admin on August 27th, 2011

“Saya dah tak ada jalan, terpaksa buat pinjaman dengan along. Sekarang hutang dah RM15,000. Semua ini berlaku akibat kecewa dengan institusi perbankan,” kata Syarifah Azliner Hajar Syed Khalid, 40.Dia mendakwa permohonan untuk mendapat pinjaman skim mikro kewangan dengan beberapa institusi perbankan tidak diluluskan tanpa alasan munasabah manakala permohonan dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional yang dibuat pada 13 Julai lalu di Bandar Tasik Selatan, di sini, masih dalam status ‘menunggu’.

Berikutan itu, dia yang mengusahakan pakej hantaran untuk perkahwinan kini dalam dilema apabila ramai pelanggan tetapnya mula melarikan diri berikutan gagal menyiapkan tempahan dalam tempoh ditetapkan.

“Malah, untuk dapatkan pinjaman along bukan mudah. Saya terpaksa layan mereka hampir sebulan di kelab malam.

“Jika tak permohonan saya tidak diluluskan. Untuk buat pinjaman dengan individu persendirian, lain pula ceritanya, saya diajak ke hotel,” katanya yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan beroperasi di rumahnya di Bandar Tun Razak, di sini.

Syarifah Azliner mengusahakan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu. Dia mendakwa tidak mempunyai hutang tertunggak melainkan lewat membayar kad kredit dan kereta.

Dia mendakwa, pinjaman dengan along jalan terakhir yang mampu dilakukan selepas putus harapan terhadap institusi perbankan dan agensi berkaitan kerajaan kerana pelbagai kerenah birokrasi.

“Bermula dengan RM2,000, kemudian saya pinjam sedikit demi sedikit dan sekarang angkanya mencecah RM15,000 termasuk bunga.

Harian Metro


http://www.kl-today.com/2011/08/tekun-lembab-kena-pinjam-along/

Saturday, March 5, 2011

Ahli Umno kecewa dakwa ditipu pegawai Tekun

Aziz Muda

JASIN, 5 Mac: Seramai 40 ahli Umno sekitar Sungai Rambai, di sini, amat kecewa kerana menjadi mangsa politik kotor pegawai Tekun yang juga dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

Setelah permohonan mereka sebanyak RM1.2 juta bagi menjayakan ternakan lembu daging berkelompak diluluskan, pinjaman yang diberikan hanya sekadar RM416,875 sahaja.

Pengerusi syarikat yang menguruskan projek terbabit, Bromo Holding (M) Sdn. Bhd (Bromo Holding), Fahruz Ridza Jaafar, 34, memberitahu, kejadian tersebut sudah berlaku sejak 2007 yang lalu dan kini menjadi bertambah rumit sehingga menjadi amat tertekan.

Menurut beliau, pada asalnya projek tersebut dicadang untuk dilaksanakan di atas tanah seluas lebih 3 ekar di Mukin Semujuk yang juga terletak di Daerah Jasin.

Katanya, tanah tersebut adalah tanah pajakan yang sebelum itu ditanami pisang oleh beliau dengan dibantu ahli-ahli Persatuan Seni Silat Bromo (PSSLB).

"Projek ternakan lembu daging feedlot itu sebenarnya dicadangkan oleh bekas Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said yang menjadi Ahli Parlimen Jasin ketika itu.

"Oleh kerana cadangan itu baik, kami pun bersetuju untuk menjayakannya lalu berusaha untuk mendapatkan pinjaman Tekun," katanya ketika ditemui.

Beliau yang juga Pengerusi PSSLB berkata, malangnya setelah projek itu hendak dimulakan dan pinjaman Tekun diluluskan dengan hanya sebanyak RM416,875 timbul pula bangkangan dari penduduk kawasan itu dengan alasan projek tersebut mengganggu ketenteraman awam.

"Inilah alasan yang digunakan oleh pegawai Tekun terbabit untuk tidak meluluskan sepenuhnya pinjaman kami sebanyak RM1.2 juta," katanya.

Untuk membolehkan projek itu dilaksanakan, katanya, projek tersebut dicadang diusahakan pula di kawasan gantian oleh Adun Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman di atas tanas seluas 8 ekar di Lancang, Merlimau.

"Disebabkan keluasan projek gantian itu bertambah dan di kawasan itu belum berpagar serta belum mempunyai segala keperluannya, kosnya menjadi bertambah.

"Ini menjadikan masalah kami bertambah rumit. Dahlah di kawasan asal tak dapat dijalankan, di tempat baru pula tak cukup wang," katanya.

Dalam masa yang sama, mereka pula turut ditekan oleh pegawai Tekun terbabit agar membuat bayaran balik kepada Tekun sebanyak RM14,000 seorang.

Jika tidak, nama-nama mereka disenarai hitamkan.

"Dari mana kami nak dapatkan wang untuk membayar balik pinjaman itu? Dahlah nak buat projek ternakan lembu tak boleh, projek tanaman pisang pula dah tak kami usahakan lagi," katanya.

Untuk menyelesaikan masalah itu, pihaknya telah menghantar surat kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Razak untuk campur tangan.

Namun, katanya, sehingga kini Menteri Pertanian dan Asas Tani serta Perdana Menteri belum memberikan sebarang reaksi positif.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kedua-dua pemimpin Umno tidak membiarkan mereka terkapai-kapai sendirian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka sekarang.

"Apa yang berlaku ke atas kami ini adalah penipuan pegawai-pegawai Tekun terbabit. Jika Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Perdana Menteri tak campur tangan, kami dah tau nak mengadu kepada siapa lagi," ujar beliau.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31211:ahli-umno-kecewa-dakwa-ditipu-pegawai-tekun&catid=1:utama&Itemid=50

Pengusaha lembu kecewa TEKUN tahan pinjaman

Elisa Helmy
Mac 5, 11
12:13pm

Empat puluh pengusaha penternakan lembu feedlot berkelompok di Lanchang, Melaka kecewa apabila pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menahan sebahagian besar wang pinjaman mereka daripada nilai keseluruhan kira-kira RM1.2 juta, meskipun ia sudahpun diluluskan pihak terbabit.

Ketua projek berkenaan, Fahruzridza Jaafar, 34, berkata, jumlah tersebut berdasarkan setiap pengusaha melakukan pinjaman berjumlah RM30,000.

tekun protestMenurutnya, segala-galanya bermula pada 1997, apabila beliau dicadangkan oleh ahli parlimen Jasin ketika itu, Datuk Mohd Said Yusof supaya menjalankan projek ternakan lembu dengan mencari satu tapak sesuai.

Fahruzridza yang juga pengerusi Persatuan Seni Silat Langkah Bromo (PSSLB) berkata, beliau telah mengambil peluang itu dan juga menyarankan 39 ahlinya yang lain supaya menyambut peluang itu bagi menjayakan projek ternakan lembu mereka.

"Secara kebetulan ketika itu sejak tahun 2005, saya memang ada memajak tanah di Semujuk, Sungai Rambai dengan keluasan kira-kira 3 ekar lebih bagi penanaman pisang dan sebaik muncul projek itu saya telah korbankan projek tanam pisang lalu bertukar kepada ternakan lembu.

Projek tertangguh

"Dalam masa yang sama kami terus memohon untuk pinjaman daripada TEKUN dengan berbekalkan segala sokongan daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar Melaka, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Akhirnya, kelulusan kami perolehi pada 28 Januari 2008 dan sebagai fasa awal TEKUN telah mengeluarkan sebahagian daripada pinjaman terbabit kepada kami yang berjumlah RM416,875 untuk menjalankan projek itu.

"Tetapi malangnya projek itu tertangguh selama lapan bulan apabila mendapat bantahan daripada penduduk kampung di Semujuk dengan alasan projek berkenaan tidak sesuai dilakukan di kawasan terbabit.

"Kami hairan mengapa mereka tidak menyokong sedangkan ada pusat ternakan lain, malah saiznya jauh lebih besar terletak bersebelahan kawasan tempat kami merancang untuk projek berkenaan," katanya ketika ditemui di rumah seorang daripada peserta projek berkenaan di Jasin.

Fahruzridza berkata, dengan bantuan ADUN Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman, pihaknya cuba mencari jalan menyelesaikan perkara itu sehingga akhirnya terpaksa memindahkan projek berkenaan dari Semujuk ke Lanchang dengan keluasan tanah kira-kira lapan ekar.

"Kami berdepan masalah apabila jumlah pinjaman awal adalah untuk dimanfaatkan untuk tanah di Semujuk yang sudah tersedia beberapa kemudahan seperti laluan tambak, saliran, tanah yang sudah diratakan dan pondok pekerja.

"Ia berbeza dengan tanah di Lanchang yang saiznya jauh lebih besar dan ditambah pula tiada sebarang kemudahan berkenaan di mana kami terpaksa keluarkan belanja yang besar untuk meratakan tanah, buat saliran, kandang, jalan dan pelbagai lagi.

"Ketika projek menyediakan kandang sudah hampir siap, kami cuba untuk memohon agar pihak Tekun mengeluarkan sebahagian lagi pinjaman yang sepatutnya untuk memasuki sejumlah lembu tetapi malangnya mereka enggan atas alasan kandang yang dibuat tidak mengikut spesifikasi.

Dibiarkan terus hanyut

"Kami hairan mengapakah TEKUN boleh mempersoalkan pasal spesifikasi, sedangkan perkara itu sepatutnya dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan lagi pun sebelum itu pun pihak Tekun tiada pun sentuh soal sebarang spesifikasi.

"Menurut TEKUN lagi, jumlah pinjaman yang diberi kepada kami sepatutnya sudah mencukupi biarpun peringkat awalnya mereka sudah luluskan RM1.2 juta.

Menurut Fahruzridza, dia kesal kerana setiap langkah yang dilakukan adalah atas nasihat Jabatan Haiwan dan Jabatan Kesihatan tetapi malangnya Tekun memberi alasan berkenaan.

"Beberapa mesyuarat yang di pengerusikan wakil rakyat kawasan pada awalnya TEKUN bersetuju untuk mengeluarkan sebahagian lagi baki pinjaman tetapi malangnya mereka mencabul keputusan mesyuarat.

"Projek kami akhirnya tergantung sehingga kini dan lebih malang lagi usaha kami untuk menemui pelbagai pihak berolehi kehampaan termasuk mengadukan masalah berkenaan di Jabatan Perdana Menteri, sehingga kini masih belum ada jawapan," katanya.

Fahruzridza berkata, dia bersama 39 rakannya yang lain berusia antara 21 hingga 40 tahun berasa kecewa dengan tindakan pihak TEKUN dan menganggap itu satu penganiayaan.

"Bayangkan mereka dah luluskan RM1.2 juta kepada kami tetapi hanya beri kami RM416,875 sahaja. Bagaimana kami nak teruskan projek ini. Semua kami sudah laksanakan, cuma hanya menunggu masuk lembunya sahaja.

"Lebih malang lagi, mereka mengarahkan kami memulang baki pinjaman berjumlah RM735,605 sedangkan kami tidak perolehi pun duit pinjaman berkenaan.

"Selain itu, kini kami diarah untuk membayar pinjaman untuk setiap peserta berjumlah RM14,000 dan sekiranya kami gagal nama kami semua akan disenarai hitamkan.

"Sikap TEKUN yang jelas mahu membunuh kami amat dikesali bagaikan sengaja membina kapal di tengah lautan tetapi tidak menyiapkan layarnya dan kami terus hanyut," katanya.


http://malaysiakini.com/news/157764

Saturday, November 27, 2010

Belasah ADUN: YB tak payah campur tangan, kata Noh

Belasah ADUN: YB tak payah campur tangan, kata Noh

Nov 23, 10 10:49pm

Mennteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata beliau sedia bersemuka dengan Ng Suee Lim untuk menyelesaikan isu ADUN Sekinchan itu dipukul di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang pada 4 Nov lalu.

NONENoh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor berkata beliau telahpun menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membolehkannya menemui semua ADUN Selangor termasuk Ng bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Yang Berhormat tidak ada di sana, saya juga tidak ada di sana. Jadi biar dia (Ng) berdepan dengan saya. Yang Berhormat tidak payah campur tangan...saya sedang menunggu bila Menteri Besar Selangor ini hendak jawab surat saya," kata Noh di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberi penjelasan mengenai isu itu kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011.

NONEDalam kejadian itu, Ng dan pemandunya dipukul kira-kira 30 individu yang dipercayai ahli Umno dan penyokong Noh di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang. Walaupun Ng tidak diiringi penyokongnya, namun Umno mendakwa beliau cuba membuat demonstrasi haram di kawasan berkenaan.

Penjelasan Noh menimbulkan kekecohan di dewan apabila beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Fong, Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai) bangkit mempertikaikan tindakan Noh yang disifatkan tidak wajar kerana mempertahankan tindakan penduduk kawasan berkenaan.

NONESerangan bertalu-talu daripada ahli parlimen pembangkang terhadap Noh itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah yang berterusan hampir lima minit manakala cubaan Noh untuk memberi penjelasan lanjut berhubung isu itu tidak diendahkan.

Melihat keadaan semakin tidak terkawal, timbalan speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie terpaksa segera masuk campur bagi menyelamatkan ahli parlimen BN itu daripada terus diserang. Ronald meminta ahli parlimen berkenaan menghentikan kekecohan itu.

"Yang Berhormat...Yang Berhormat...cukuplah...isu ini tidak termasuk dalam kementerian," katanya sekaligus menamatkan kekecohan berkenaan.

Terdahulu, semas menjawab isu kelewatan pemberian pinjaman Tekun Nasional
yang dibangkitkan beberapa ahli parlimen, Noh berkata beliau telahpun mengarahkan supaya Tekun mengurangkan kerenah birokrasi dan menepati sasaran untuk memberi kelulusan pinjaman dalam tempoh dua bulan.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada berlakunya kelewatan dalam pemberian pinjaman atas pelbagai faktor termasuk kecuaian dalam pengurusan borang pinjaman oleh pegawai.

Sama ada pinjaman Tekun dibuka kepada kaum lain, Noh berkata selain kaum bumiputera, pinjaman Tekun juga dibuka untuk usahawan kecil dari kaum India manakala setakat ini sekurang-kurangnya 50 usahawan kecil daripada kaum Cina menerima pinjaman daripada tabung berkenaan.

Persidangan dewan bersambung esok.


http://malaysiakini.com/news/148988
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...