Showing posts with label El Niño-Southern Oscillation (ENSO). Show all posts
Showing posts with label El Niño-Southern Oscillation (ENSO). Show all posts

Sunday, July 19, 2009

Seberang Jaya 2, Pelabuhan Kelang catat kualiti udara tidak sihat

Ahad Julai 19, 2009

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di beberapa kawasan seluruh negara merosot dengan dua daripada 50 kawasan yang dipantau menunjukkan kualiti udara tidak sihat, iaitu Seberang Jaya 2, Pulau Pinang dan Pelabuhan Kelang, Selangor.

Sementara 80 peratus atau 40 daripada kawasan itu mencatat tahap udara sederhana, manakala lapan lagi (16 peratus) menikmati kualiti udara sihat, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 11 pagi ini.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi Seberang Jaya 2, Pulau Pinang mencatat 106, dan Pelabuhan Kelang, Selangor, 107.

Antara kawasan yang merekodkan IPU sederhana termasuk Muar, Johor (72), Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah (81), Pengkalan Chepa, Kelantan (71), Port Dickson, Negeri Sembilan (72), Seri Manjung, Perak (81) Taiping, Perak (84), Perai, Pulau Pinang (79), Petaling Jaya, Selangor (68), Kuala Selangor, Selangor (85) dan Shah Alam, Selangor (73).

Selain itu, di Kuala Lumpur pula, kawasan Cheras dan Batu Muda masing-masing merekod bacaan IPU 73 dan 66, manakala Putrajaya pula menunjukkan bacaan IPU 68.

Lapan kawasan yang menikmati tahap udara bersih adalah di Langkawi (39), Kangar, Perlis (47), Kota Kinabalu, Sabah (49), Sandakan, Sabah (30), Tawau, Sabah (44), Limbang, Sarawak (29), Miri, Sarawak (40) dan Sri Aman, Sarawak (44).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 050 (baik), 51100 (sederhana), 101200 (tidak sihat), 201300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/19/mstar_berita/20090719143509&sec=mstar_berita

Tuesday, July 14, 2009

Jerebu: Kualiti udara pagi tadi merosot sedikit

Isnin Julai 13, 2009


PETALING JAYA: Kualiti udara di kebanyakan kawasan sedikit merosot dengan bilangan lokasi yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik berkurangan berbanding petang semalam.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya memaklumkan bahawa sehingga pukul 11 pagi tadi, 70 peratus atau 36 kawasan di seluruh negara mencatatkan IPU baik manakala 29 peratus lagi (15 kawasan) mencatat indeks udara sederhana.

Semalam, catatan IPU menunjukkan 42 kawasan (87 peratus) mencatatkan udara baik manakala 6 kawasan (12 peratus) lagi mencatat indeks udara sederhana.

Kawasan yang merekodkan catatan IPU baik sehingga pukul 11 pagi ini ialah Larkin Lama (47), Sungai Petani (36), Langkawi (43), Alor Setar (47), Bukit Rambai (46), Seremban (48), Kuantan (35), Jerantut (36), Ipoh (35), Tanjung Malim (35), Taiping (34), Jalan Tasek, Ipoh (33), Seri Manjung (28) dan Kangar (31).

Selain itu ialah Seberang Jaya 2, Perai (42), USM (25), Perai (35), Kota Kinabalu (35), Sandakan (31), Tawau (48), Keningau (50), Sibu (46), Sarikei (37), Sri Aman (39), Limbang (33), Kuching (35), Miri (35), Shah Alam (49), Petaling Jaya (44), Kuala Selangor (41), Kemaman (40), Paka (41), Kuala Lumpur (45), Wilayah Persekutuan Labuan (50), Cheras (47) dan Putrajaya (47).

Kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah Muar (82), Pasir Gudang (60), Kota Tinggi (53), Kota Bharu (57), Pengkalan Chepa (52), Bandaraya Melaka (54), Port Dickson (51), Nilai (54), Kuantan (54), Bintulu (57), Kapit (52), Samarahan (51), Kajang (52), Pelabuhan Kelang (87) dan Kuala Terengganu (62).

Klasifikasi bacaan IPU ialah seperti berikut: 0-50 (baik), 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/7/13/mstar_berita/20090713124903&sec=mstar_berita

Saturday, June 20, 2009

Kualiti udara tambah buruk

KUALA LUMPUR: Kualiti udara kebanyakan kawasan seluruh negara bertambah buruk pada lewat petang semalam, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pada jam 5 petang, Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan daripada 51 kawasan dipantau, 36 mencatatkan paras kualiti udara sederhana, lain menikmati tahap bersih.

Kawasan melaporkan IPU kian buruk termasuk Taiping, Perak dengan bacaan 95 berbanding 85 pagi ini, Alor Star di Kedah dengan bacaan 70 berbanding 65 pada pagi dan Seberang Jaya 2 dan Perai di Pulau Pinang dengan bacaan 83 berbanding 82 sebelumnya.

Selain itu, kawasan lain kualiti udara pada tahap sederhana Shah Alam, Selangor (60), Pelabuhan Klang, Selangor (71), Petaling Jaya, Selangor (55), Kuala Terengganu (65), Putrajaya (51), Pasir Gudang, Johor (56), Langkawi di Kedah (53) dan Cheras, Kuala Lumpur (58).

Friday, June 19, 2009

Lebih teruk

Oleh Mohd Harzrul Aminuddin
harzrul@hmetro.com.my


SERDANG: Kajian yang dijalankan Jabatan Sains Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati fenomena jerebu kali ini dijangka lebih teruk daripada yang melanda negara pada tahun 1997.

Fenomena El Nino yang berterusan sehingga September ini adalah salah satu punca keadaan berjerebu yang teruk melanda negara sejak beberapa minggu lalu.

Malah, gabungan daripada dua fenomena berkenaan turut memberi kesan negatif terhadap hasil pengeluaran produktiviti perladangan negara termasuk kelapa sawit.

Ketua Jabatannya, Profesor Madya Dr Ahmad Makmom Abullah, berkata pada 1997 negara mencatat kerugian terbesar akibat jerebu teruk yang melanda seluruh negara pada masa itu.

“Mengikut kajian pada tahun itu, tanaman kelapa sawit terjejas teruk sehingga membabitkan jumlah kerugian sehingga RM470 juta, manakala sektor perikanan pula kerugian sehingga RM40 juta.

“Kerugian itu dicatatkan dalam masa tiga bulan saja dan pada tahun ini pihak kami jangka kerugian akan bertambah teruk kerana faktor kemarau panjang disamping kebakaran hutan dan terbuka yang berlaku di negara jiran mahupun dalam negara,” katanya pada sidang media isu jerebu, di sini, semalam.

Katanya, sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan segera beliau percaya negara akan mengalami kerugian yang lebih besar berbanding tahun 1997.

“Selain daripada dua sektor berkenaan, jerebu turut menjejaskan produktiviti kerja rakyat negara ini khususnya membabitkan pekerja di sektor pembinaan dan perkhidmatan awam.

“Malah, peratusan orang ramai khususnya pelajar sekolah yang dijangkiti asma mahupun lelah juga dijangka meningkat akibat daripada persekitaran yang tidak sihat ini,”
katanya.

Keadaan itu sekiranya berterusan akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam sektor pelancongan, penternakan dan pertanian.

Beliau berkata, fenomena jerebu yang asalnya berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia turut dijangka berterusan walaupun menunjukkan tanda pemulihan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengurusan Alam Sekitar Profesor Madya Dr Mohd Bakri Ishak berpendapat masalah ini boleh diatasi dengan perbincangan bersama negara Asean.

“Malaysia patut memulakan langkah drastik itu dengan mengadakan perbincangan bersama negara ahli yang lain,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090619071547/Article/index_html

Thursday, June 18, 2009

IPU KL menurun

KUALA LUMPUR: Tahap jerebu yang melanda negara ini menampakkan sedikit penurunan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 5 petang semalam menunjukkan hanya 31 kawasan berada di tahap baik sementara 20 kawasan lagi pada tahap sederhana.

Bacaan itu menunjukkan keadaan jerebu berada di paras kurang stabil dengan peningkatan dan penurunan kualiti udara beberapa kawasan berbanding bacaan pada jam 5 petang kelmarin.

Antara kawasan yang menampakkan peningkatan bacaan IPU termasuk Pasir Gudang pada paras IPU 61 berbanding 50 kelmarin, dan Perai IPU 42 berbanding 28 pada hari sebelumnya.

Berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Kuala Lumpur menurun kepada IPU 54 berbanding hari sebelumnya iaitu 55, bagaimanapun, keadaan jerebu di Pelabuhan Klang menunjukkan sedikit peningkatan dengan bacaan IPU 57 berbanding 52 kelmarin.

Lebih 400 titik panas dikesan di wilayah Riau


SEBUAH kawasan dibakar di Bengkalis, Riau di Sumatera semalam.


JAKARTA - Lebih 400 kebakaran direkodkan berlaku di wilayah Riau sepanjang bulan ini, kata beberapa pegawai semalam

Seorang pegawai Kementerian Perhutanan Indonesia, Israr Albar berkata, peningkatan mendadak berbanding tahun lalu itu didakwa berpunca daripada proses pembersihan hutan dan tanah secara tradisional untuk tujuan pertanian dan perladangan.

"Jumlah titik panas meningkat sehingga dua dan tiga kali ganda pada bulan ini. Sebahagian petani didapati membersihkan tanah untuk tujuan pertanian di kebanyakan tempat.

"Kawasan yang dibersihkan penduduk itu menyumbang 65 hingga 70 peratus kebakaran," kata Israr.

Terdapat 401 titik panas di Riau pada bulan ini berbanding 227 pada keseluruhan Jun tahun lalu, katanya.

Akibat permulaan musim kering, hampir 1,000 titik panas dikesan di Riau, 73 di Kalimantan Barat dan 18 Kalimantan Tengah pada bulan lalu.

Aktiviti pembakaran untuk pertanian ketika musim kering yang berakhir pada September depan merupakan punca utama berlakunya kejadian jerebu di rantau ini sehingga menjejaskan sektor pelancongan dan menjejaskan kesihatan. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0617&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Wednesday, June 17, 2009

Langit Kuala Lumpur kini cerah


JARAK penglihatan semakin jelas apabila masalah jerebu di Kuala Lumpur pulih semalam.


KUALA LUMPUR - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara menunjukkan keadaan semakin pulih dengan 39 kawasan mencatatkan tahap baik manakala 11 lagi dalam keadaan sederhana.

IPU yang dicatatkan dalam laman web Jabatan Alam Sekitar pada 11 pagi semalam menunjukkan bacaan bagi Pelabuhan Klang bertambah baik iaitu 54 berbanding 67 semalam.

Empat kawasan iaitu Putrajaya, Cheras, Shah Alam dan Petaling Jaya yang mencatatkan bacaan sederhana kelmarin, bertambah baik semalam dengan masing-masing 51, 57, 45 dan 44.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat dan lebih 300 berbahaya. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0616&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Monday, June 15, 2009

Ramadan kemuncak El Nino

Cuaca paling panas berikutan fenomena El Nino dijangka berlaku pada bulan puasa nanti.


JEREBU yang sedang melanda Kuala Lumpur merupakan petanda awal kedatangan El Nino.


LAZIMNYA, antara ungkapan popular yang sering menjadi petua orang kita mengenai petunjuk ketibaan bulan Ramadan ialah azan Maghrib semakin awal. Juga suhu panas pada tengah hari sesuai dengan maksud asal Ramadan dalam bahasa Arab.

Perkataan itu yang dirujuk kepada bulan kesembilan dalam takwim Hijrah dipercayai digunakan masyarakat Arab kerana keadaan panas sepanjang bulan tersebut. Tidak hairanlah Rukun Islam ketiga itu begitu sinonim dengan suasana cuaca panas.

Namun Ogos ini, umat Islam khasnya di sekitar Lautan Pasifik buat julung kali akan merasai ‘kehangatan’ Ramadan seiring kemunculan fenomena El Nino. Kali ini ujian sebenar Ramadan menyamai saudara seagama di bumi gersang Asia Barat.

Apa tidaknya, Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa lalu meramalkan negara mungkin mengalami fenomena itu ekoran cuaca panas kering. Ia berikutan tiupan angin Monsun Barat Daya yang dijadual berlaku sehingga akhir September depan.

El Nino dikatakan tanpa disedari sudah terbentuk namun kekuatannya cuma dapat dikenal pasti mulai Ogos ini. Justeru Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar merangka beberapa langkah awal bagi mengurangkan kesan fenomena itu.

“Ironi tidak jelas apakah tindakan dilakukan pihak berkuasa termasuk mengekang aktiviti pembakaran terbuka yang meningkatkan jerebu. Adakah membakar sate secara terbuka untuk dijual juga dilarang?,” soal Mohd. Nizam Mahshar.

Koordinator Sahabat Alam Malaysia (SAM) itu ketika dihubungi bagaimanapun mempersoalkan kurangnya persediaan bagi menghadapi El Nino. Ini kerana fenomena itu bukan cuaca luar biasa malah selalu berulang pada setiap empat tahun.

Malangnya, kita seperti tidak belajar daripada sejarah dan ia dapat dilihat ketika kejadian El Nino terburuk berlaku pada 1982, 1983, 1997 dan 1998. Waktu itu, negara teruk dilanda jerebu dan lebih parah, mengalami kekurangan bekalan air mentah.


PERSEDIAAN untuk menghadapi ketidaktentuan cuaca tidak boleh dibuat secara ad-hoc.


“Banyak empangan kering-kontang dan puncanya kerana kawasan tadahan di sekitarnya terjejas akibat penebangan hutan tanpa kawalan sekali gus mengancam zon penampan. Kini kita kembali ‘bising’ apabila El Nino datang semula,” katanya.

Mohd. Nizam seterusnya menambah, sepatutnya tahun 2009, negara kita menghadapi El Nino dengan penuh persediaan rapi, bukan digerunkan dengan amaran krisis air yang bakal melanda akibat beberapa empangan mengalami susut stok tadahan.

Keadaan panik sekarang ujar beliau, muncul kerana Malaysia setakat ini masih belum memiliki dasar jelas berhubung pelan tindakan kesan perubahan iklim sejagat. Jawatankuasa yang dibentuk kini biasanya bersifat ad-hoc dan bukan tetap.

“Sewajarnya daripada El Nino yang lepas, negara tidak perlu risau empangan kering dan jerebu ekoran pembakaran terbuka, tetapi apa berlaku, kita diberi amaran itu dan ini mengenai El Nino semacam esok dunia hendak kiamat,” jelas beliau kesal.




Hakikatnya, fenomena berulang itu tidak banyak mempengaruhi purata iklim setempat. Sebaliknya cuaca panas melampau kebanyakan disumbangkan oleh faktor persekitaran semasa seperti penebangan hutan dan pembakaran sengaja.

Misalnya suhu Cameron Highlands secara purata berlegar 15.3 darjah Celsius pada bulan Ogos dengan kelembapan 92 peratus. Namun ia pernah mencecah hampir 28 darjah Celsius suatu ketika kerana banyak kawasan bukit di situ habis digondol.

“Justeru suhu panas bukan disebabkan El Nino tetapi akibat perbuatan manusia sendiri. Ini perlu difahami kerana setiap perubahan iklim lebih bersifat kepada proses penyelarasan semula planet bumi secara semula jadi,” kata Mohd. Nizam.

Pihak berkuasa ujarnya, harus melihat El Nino seperti masalah banjir yang memerlukan pencegahan awal seperti membina parit monsun atau mendalamkan sungai. Ia amat mudah kerana El Nino boleh diramal sama seperti kes tsunami.

Bayangkan menerusi langkah persediaan awal, sektor pertanian misalnya tidak perlu risau ketibaan El Nino. Ini kerana tali air sokongan sudah dibina untuk memastikan bekalan air tidak terputus, sekali gus tempias El Nino boleh diminimumkan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...