Showing posts with label Minister and Salary. Show all posts
Showing posts with label Minister and Salary. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

HUKUM NAJIB, POTONG GAJI DIUSULKAN

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 1ST, 2011

Usul untuk memotong gaji satu bulan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM22,826.65 akan dibahaskan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 pada pukul 11.30 pagi, Rabu.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, usul itu dicadangkan kerana Najib gagal mengurus tadbir negara dengan baik, hutang negara semakin meningkat kepada 51 peratus daripada nisbah pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan kadar inflasi tidak terkawal.

“Saya rasa pemotongan gaji itu tidak menjejaskan fungsi beliau sebagai Perdana Menteri tetapi sekurang-kurangnya mampu memberi isyarat kepadanya untuk menjalankan tugas dengan baik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Selasa.

Menurut Tian Chua yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak Perdana Menteri memegang jawatan itu pada April 2009 pelbagai masalah dan kepincangan yang timbul di bawah pentadbiran beliau.

“Tahun ini merupakan kemuncaknya di mana pelbagai perkara berlaku dan Perdana Menteri gagal menanganinya,” katanya.

Tian Chua turut mempertikaikan pembaziran yang dilakukan oleh Najib dan isteri ketika merantau ke luar negara.

“Ketika percutian peribadi Najib dan keluarga ke Perth, Australia baru-baru ini, mereka menggunakan pesawat Airbus yang dimiliki kerajaan…malah lawatan ke Kazakhstan mencecah RM1 juta,” dakwanya.

Ia merupakan kali pertama Pakatan Rakyat mengemukakan usul di bawah peraturan mesyuarat 66 (9) yang menyerupai usul undi tidak percaya.

Malah memburukkan imej Najib ialah dakwaan berita mengenai anak gadis Perdana Menteri yang berbelanja sebanyak RM195,000 di sebuah gedung membeli belah terkemuka di Australia, adalah daripada sumber yang sahih.

Keratan akhbar The West Australian bertajuk “Delegates go shopping and sightseeing‘ itu diperoleh menerusi satu kiriman email oleh satu sumber yang dipercayai kepada media di Malaysia.

Nilai wang yang dibelanjakan anak gadis Najib bagaimanapun dianggarkan sebanyak RM195,000 mengikut kadar tukaran semasa dan bukan RM180,000 seperti dilaporkan pada awalnya.

http://www.kl-today.com/2011/11/hukum-najib-potong-gaji-diusulkan/

Saturday, September 17, 2011

JAMIL NAFI GUNA ZAKAT UNTUK BESAR RUMAH

pOSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 15TH, 2011

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar sebelah kanan) pada Khamis sedia bersumpah bagi membuktikan beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya yang terletak di Kampung Batu Muda, Batu Caves.Jamil menegaskan bahawa beliau telah tinggal di kediaman tersebut bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah menggunakan wang sendiri.

“Wallahi..saya tak pernah ambil duit zakat pun. Kalau saya ambil duit zakat takkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dapat audit bersih tahun lalu.

“Saya berani bersumpah, kalau mereka berani,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berhubung Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis.

Pada Rabu, blog Malaysia Today milik Raja Petra Kamaruddin menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa Jamil Khir mempunyai sebuah rumah agam bernilai jutaan ringgit di Kampung Batu Muda.

Dalam laporan tersebut mereka memetik, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin sebagai berkata, Jamil perlu menjelaskan bagaimana beliau mampu mempunyai rumah tersebut sedangkan baru tiga tahun dilantik sebagai menteri dengan gaji kurang daripada RM15,000 sebulan.

Mengulas lanjut, Jamil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘politik terdesak’ pihak tertentu yang cuba untuk merosakkan imejnya.

“Saya pun tak nak panjangkan sangat isu ini. Saya dulu pun bukan penggangur.

“Dalam tentera pangkat terakhir saya ialah Mejar Jeneral, jadi takkan lah susah sangat untuk seorang Mejar Jeneral hendak beli rumah,” katanya.

Jelasnya, beliau telah tinggal di rumah berkenaan sejak tahun 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan adalah kerana pertambahan ahli keluarga yang tinggal bersamanya.

“Sudah 17 tahun saya duduk di sana, tak tahulah kenapa baru tiba-tiba mereka bangkitkan isu ini. Saya pegawai tentera yang dapat pencen dan lepas bersara, saya dapat ganjaran walaupun tak sampai sejuta, tapi RM500,000 adalah.

“Kami keluarga besar, saya ada enam anak, ibu bapa dan makcik saya pun tinggal sekali. Rumah ini pun saya beli secara hutang, tak habis bayar sejak 1994 lagi, mereka boleh rujuk. Ini bukan rumah baru yang saya beli masa jadi menteri,” katanya.

http://www.kl-today.com/2011/09/jamil-nafi-guna-zakat-untuk-besar-rumah/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...