Showing posts with label Minister and Expenses. Show all posts
Showing posts with label Minister and Expenses. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

ROSMAH JUGA BELANJA RM500K DI PERTH?

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 1ST, 2011

Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.Ini berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar di The West Australian, yang mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.
Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.

Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily memetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.

Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau ‘Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar’ juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.

Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.

Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.

Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala ‘anak gadis Najib’ membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

http://www.kl-today.com/2011/11/rosmah-juga-belanja-rm500k-di-perth/

HUKUM NAJIB, POTONG GAJI DIUSULKAN

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 1ST, 2011

Usul untuk memotong gaji satu bulan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak RM22,826.65 akan dibahaskan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 pada pukul 11.30 pagi, Rabu.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, usul itu dicadangkan kerana Najib gagal mengurus tadbir negara dengan baik, hutang negara semakin meningkat kepada 51 peratus daripada nisbah pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan kadar inflasi tidak terkawal.

“Saya rasa pemotongan gaji itu tidak menjejaskan fungsi beliau sebagai Perdana Menteri tetapi sekurang-kurangnya mampu memberi isyarat kepadanya untuk menjalankan tugas dengan baik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Selasa.

Menurut Tian Chua yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak Perdana Menteri memegang jawatan itu pada April 2009 pelbagai masalah dan kepincangan yang timbul di bawah pentadbiran beliau.

“Tahun ini merupakan kemuncaknya di mana pelbagai perkara berlaku dan Perdana Menteri gagal menanganinya,” katanya.

Tian Chua turut mempertikaikan pembaziran yang dilakukan oleh Najib dan isteri ketika merantau ke luar negara.

“Ketika percutian peribadi Najib dan keluarga ke Perth, Australia baru-baru ini, mereka menggunakan pesawat Airbus yang dimiliki kerajaan…malah lawatan ke Kazakhstan mencecah RM1 juta,” dakwanya.

Ia merupakan kali pertama Pakatan Rakyat mengemukakan usul di bawah peraturan mesyuarat 66 (9) yang menyerupai usul undi tidak percaya.

Malah memburukkan imej Najib ialah dakwaan berita mengenai anak gadis Perdana Menteri yang berbelanja sebanyak RM195,000 di sebuah gedung membeli belah terkemuka di Australia, adalah daripada sumber yang sahih.

Keratan akhbar The West Australian bertajuk “Delegates go shopping and sightseeing‘ itu diperoleh menerusi satu kiriman email oleh satu sumber yang dipercayai kepada media di Malaysia.

Nilai wang yang dibelanjakan anak gadis Najib bagaimanapun dianggarkan sebanyak RM195,000 mengikut kadar tukaran semasa dan bukan RM180,000 seperti dilaporkan pada awalnya.

http://www.kl-today.com/2011/11/hukum-najib-potong-gaji-diusulkan/

NAJIB DIPROTES DI PERTH,ANAK BELANJA RM180K

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 31ST, 2011

Akhbar Australia melaporkan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau AU$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.Najib dan isterinya minggu lalu berlepas ke Perth mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada rombongan berkenaan berbelanja.

“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & 60,000 di David Jones,” petik akhbar itu.

Richard Muirheand, State Director bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM

Najib Razak yang ke Perth Australia juga dilaporkan telah disambut dengan demontstrasi anti beliau oleh rakyat Malaysia di negara itu.

Najib berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), pada Rabu lalu.

Bagaimanapun ketibaan Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disambut dengan perhimpunan anti beliau oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia.

Dengan berpakaian ‘T’ Shirt kuning- warna tema bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), mereka menyambut Najib dan rombongannya yang menghadiri sidang tersebut (gambar atas).

Lebih 300 ratus rakyat Malaysia bersama-sama rakan Australia mereka berhimpun di luar konsulat Malaysia di Perth, sebagai tanda solidariti bersama tuntutan Bersih 2.0.

http://www.kl-today.com/2011/10/najib-diprotes-di-perthanak-belanja-rm180k/

Wednesday, October 12, 2011

LAWATAN PM KE PERTH PERIBADI

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 11TH, 2011

Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.
Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu sempena majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

“Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth.”

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

http://www.kl-today.com/2011/10/lawatan-pm-ke-perth-peribadi/

Tuesday, October 4, 2011

Mrs Obama criticised over 'common people' shopping stunt

Jezebel

WASHINGTON, Oct 3: Last week, the Associated Press released photos of Michelle Obama shopping in Target (Target is second largest discount US retailer after Walmart -Ed). That doesn't fit with modern day Marie Antoinette image conservatives have constructed for the First Lady, so now they've decided that the entire thing was a calculated photo op.

Apparently a woman who's vacationed in Europe and worn borrowed diamonds would never shop with commoners unless she had some ulterior motive.

According to the Washington Post, Sean Hannity of Fox News tweeted, "First Lady Michelle Obama shopping at Target with an AP photographer in tow ... planned? I think so."

Rush Limbaugh translated that sentiment into unintelligible blowhard, declaring, "What a phony-baloney plastic banana good-time rock-and-roller optic photo op."

To be fair, the circumstances in which the photographs were taken are a bit of a mystery. Obama is wearing a disguise with no entourage in sight (though we wouldn't be surprised if the other shoppers in the photos were in the Secret Service. If we were on a checkout line with Obama, we'd be too busy wetting ourselves to check out our two cell phones.)

Yet it seems like AP photographer Charles Dharapak managed to position himself about six feet away from the First Lady. No other photographers were present, and neither the White House nor the news agency will explain how he got the shot.

An AP spokesman said, "All I can say is that it was the result of good source work on his part."

Obama's spokeswoman responded, "It is not uncommon for the First Lady to slip out to run an errand, eat at a local restaurant or otherwise enjoy the city outside the White House gates."

It is uncommon for a photographer to come along, but there still isn't strong evidence that the entire trip was concocted just to make Obama seem more sympathetic.

Since she stepped onto the national stage, Obama has mixed designer clothing with pieces from stores like Banana Republic, J.Crew, and Ann Taylor. Someone at the White House may have tipped a photographer this time, but that doesn't mean she'd never slip out to Target when there are no cameras around.


http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/world/3593-mrs-obama-criticised-over-common-people-shopping-stunt.html

Saturday, October 1, 2011

KOS SELENGGARA SRI PERDANA TIDAK TERJAWAB

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 30TH, 2011

Ketika Datuk Seri Najib Razak cuba menonjolkan imejnya berjiwa rakyat termasuk ‘menaiki bas’ dan berbasikal, Perdana Menteri itu masih gagal menjawab kos selenggara kediaman beliau dan timbalannya yang menelan belanja RM50 juta setahun.Kediaman rasmi Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing di Sri Perdana dan Seri Satria, dimiliki Putrajaya Holdings Sdn Bhd dan disewa kerajaan Malaysia.

Keadilan Daily ada melaporkan, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, beliau mempersoalkan mengapa kos selenggara kediaman PM dan TPM menelan belanja jutaan ringgit.

“RM200 juta diguna untuk membina kediaman PM dan kenapa akhirnya terpaksa menyewa daripada Putrajaya Holdings. Maintainence (elektrik dan air) sebenarnya tak boleh dari 10 peratus dari kos pembinaan. (Tetapi) Ini RM10 juta setahun, satu angka yang tidak masuk akal,” katanya.

Katanya, ia menyerlahkan sikap boros pentadbiran Najib yang gemar berbelanja mewah, tetapi pada masa yang sama cuba menonjolkan imejnya yang berjiwa rakyat.

“Najib dilahirkan dari keluarga yang mewah dan sesungguhnya tidak tahu menahu kesusahan rakyat. Oleh sebab itu pembaziran menjadi sebahagian hidup beliau,” katanya yang turut mengaitkan isu pembelian cincin bernilai RM24 juta oleh oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Justeru itu katanya, Ketua Audit Negara perlu memberikan penjelasan.

Menurut Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang membangkitkan soalan itu di parlimen sebelum ini, Najib sehingga kini masih belum menjawab isu berkenaan.

“Selepas kita membuat sidang media, tidak ada pihak bagi jawapan balas menjelaskan kepada kita kenapa kos begitu tinggi, macam isu tu disenyapkan begitu sajaha. Itu lah realiti pengurusan di peringkat tertinggi sedangkan Najib mengarahkan rakyat supaya berjimat cermat,” ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menyewa dari Putrajaya Holding yang memerlukan kerajaan membayar secara komited kepada pemaju itu setiap bulan.

“Yang kita tahu, keseluruhan Putrajaya Holding ini disewa bermakna kerajaan mempunyai komitmen bulanan kerana ia bukan aset kerajaan. Jika dibuat kos analiss jangka panjang, saya rasa kerajaan rugi,” katanya.

Dalam jawapan bertulis menteri di Jabatan perdana Menteri pada Jun lalu, sejumlah RM48.8 juta dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.

Kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu didedahkan berjumlah RM33 juta sementara kos baik pulih pula RM3.6 juta setahun.

Lebih memeranjatkan, bil elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya sahaja berjumlah RM10 juta dan bil air pula mencecah RM1.9 juta untuk tempoh yang sama.

Pada Disember 2008, iaitu pada masa pentadbiran perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan menjelaskan sewa bagi kediaman PM di Seri perdana hanya pada sekitar RM4.15 juta. Manakala RM2.74 juta lagi dibayar bagi sewa kediaman TPM di Seri Satria.


http://www.kl-today.com/2011/09/kos-selenggara-sri-perdana-tidak-terjawab/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...