Showing posts with label Projek Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Projek Pilihanraya. Show all posts

Monday, July 25, 2011

Kontraktor belum dibayar tuntutan projek PRK Galas

Aslani Mulhiq

GUA MUSANG, 25 Julai: Selepas sembilan bulan pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas berlalu, namun belum pun kelihatan janji projek perumahan rakyat seperti terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN).

Projek perumahan berharga RM180 juta itu telah diletak batu asas oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika kempen pilihan raya berlangsung.

Jauh sekali untuk melihat projek mega lain dilaksanakan, antaranya Golf Club dan Country Resort bernilai RM856 juta, Agro Tourism (RM256 juta) dan kampus Universiti Malaysia Kelantan cawangan Gua Musang (RM316 juta).

Lebih memalukan lagi usahkan projek bertaraf mega, projek segera yang dilaksanakan bernilai di bawah RM50,000 pun didakwa belum dibayar kerajaan pusat sehingga sekarang.

Lebih malang lagi masalah itu dialami sendiri anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus yang juga seorang kontraktor.

Beliau mendakwa projek kecil di bawah Kementerian Pelajaran dilaksanakan semasa kempen pilihan raya Galas lalu belum dibayar sehingga sekarang.

Abdul Wahab merupakan kontraktor kelas F diberi tanggungjawab melaksanakan projek-projek kecil di bawah kendalian Kementerian Pelajaran semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas.

“Saya telah mengemukakan tuntutan terhadap projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil Galas sejak Disember lalu.

“Malah pada 10 Julai lalu saya datang menemui pihak terbabit bagi menyelesaikan bayaran tuntutan nilai projek yang telah saya laksanakan.

“Namun segala usaha saya bagi mendapat bayaran projek yang dilaksanakan gagal,” katanya ketika datang mengadu masalah itu kepada penyelia parlimen Gua Musang, Abdullah Hussin di sini baru-baru ini.

Beliau begitu kesal kerana kos yang terpaksa ditanggung bagi menyiapkan projek pilihan raya kecil Galas tidak dibayar kerajaan BN sehingga sekarang.

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4544-kontraktor-belum-dibayar-tuntutan-projek-prk-galas

Saturday, April 16, 2011

Menunggu keputusan PRN Sarawak


Suhaimi Mokhtar

Barisan Nasional (BN) Sarawak buat pertama kalinya dalam sejarah politik negeri bumi kenyalang itu menghadapi ujian pahit dan getir dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-10 yang pengundiannyanya diadakan pada 16 April selepas penamaan calon pada 6 April lalu.

Kempen selama 10 hari telah pun berakhir dan proses undi pos terdiri dari beribu-ribu pengundi anggota angkatan tentera dan pasukan keselamatan termasuk isteri dan keluarga mereka yang bermula dua hari sebelum pengundian sebenar telahpun berakhir.

Pelbagai jangkaan dan ramalan yang dibuat oleh para penganalisis politik dan para pemerhati politik dalam dan luar negara terhadap kemungkinan keputusan pilihanraya Dun Sarawak kali ini. Ada yang meramalkan BN tidak akan lagi menikmati majoriti dua pertiga dan hanya mampu memenangi majoriti kecil untuk menubuhkan kerajaan.

Ada pula yang lebih extreme beranggapan bahawa regim Taib Mahmud yang memerintah Sarawak selama 30 tahun menyamai pemerintahan regim Hosni Mubarak di Mesir dan regim-regim lain di Timur Tengah akan berakhir dalam pilihanraya ini.

Apa pun keputusan pengundi berdaftar yang berjumlah hampir satu juta orang itu yang terdiri dari pelbagai etnik, bumiputra Islam dan yang bukan Islam, pengundi kaum Cina, Dayak, Iban dan lain-lain, akan menentukan lanskap politik masa depan Sarawak khususnya dan Malaysia amnya. Indikasi perkembangan politik Sarawak dari keputusan pilihanraya negeri akan mencernakan lanskap politik Malaysia, walaupun tidak keseluruhannya, yang akan mengadakan pilihanraya parlimen selewat-lewatnya pada 2013.

Jika BN mampu mempertahankan regim negerinya dengan kemenangan majoriti dua pertiga, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan diarahkan untuk mengadakan pilihanraya dengan lebih segera bagi mengekalkan momentum kemenangan yang diraih, tetapi jika BN kecundang untuk meraih majoriti dua pertiga, pilihanraya akan dilengahkan sehingga tamat tempoh mandat lima tahun, dari pilihanraya lalu pada 2008.

Tekanan terhadap BN dalam pilihanraya ini begitu hebat dan teruja sekali. Ia dapat dilihat buat pertama kalinya tiada calon-calon BN terdiri dari calon Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), calon-calon SUPP (Cina) dan calon-calon parti etnik kaum lain yang bergabung dalam BN, tiada saorang pun yang menang tanpa bertanding.

Sudah berlalu masa calon-calon BN menang tanpa bertanding yang menjadi trend pilihanraya-pilihanraya Sarawak di masa lalu. Kali ini BN ditentang sama ada satu lawan satu, atau tiga penjuru atau lebih kerana penyertaan calon-calon bebas dalam pilihanraya Dun Sarawak. Sebenarnya calon-calon bebas tidak memberi sebarang impak kecuali satu dua kerusi, kerana ada di kalangan calon yang merupakan bekas anggota Dun Sarawak.

Pertembungan satu lawan satu adalah antara calon-calon BN dengan calon Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Dalam pertandingan tiga penjuru pula berlaku pertandingan antara calon BN dengan calon Pakatan dari komponan PKR dan SNAP, sebuah parti tertua di Sarawak yang tidak dapat berkompromi dengan PKR dalam pembahagian kerusi yang dipertandingkan. PKR bertanding dikebanyakan kerusi di Dun Sarawak. PAS bertanding lima kerusi dan DAP bertanding 15 kerusi. Selebihnya ditandingi oleh PKR walaupun tidak sepenuhnya dalam pertandingan 71 kerusi Dun Sarawak.

PKR dan SNAP tidak dapat bertolak ansur dalam beberapa kawasan petandingan pilihanraya dan kerana itu pertandingan menjadi tiga penjuru. SNAP bertanding lebih dari 20 kerusi di kawasan-kawasan yang dikatakan majoriti pengundi berketurunan Dayak dan Iban yang menjadi pusat pengekalan kekuatan SNAP yang pernah memerintah Sarawak diawal penyertaan Sarawak dalam gagasan Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak yang pertama ialah dari SNAP, Stephen Kalong Ningkan sebelum diambil alih oleh Penghulu Tawi Sli, dalam krisis politik Sarawak yang pertama di zaman Perdana Menteri (PM), Tunku Abdul Rahman.

Selepas Penghulu Tawi Sli barulah Sarawak diteraju oleh Ketua Menteri berketerunan Melayu-Melanau beragama Islam, Tun Abdul Rahman Ya’kub yang memimpin Sarawak selama satu dekad (sepuluh tahun). Pada masa pemerintahannyalah kedudukan politik bumiputra Sarawak diperteguhkan apabila berlaku penyatuan gabungan parti-parti di kalangan bumiputra Sarawak yang beragama Islam dan bumiputra yang bukan Islam.

Pengenalan politik Sarawak tidak dapat dipisahkan dari pengenalan etnik, kaum dan agama. Tetapi Sarawak telah melalui perubahan secara evolusi dan kerana itulah PAS kini mampu bertanding di Dun Sarawak. Kemampuan PAS bertanding merupakan satu perubahan keyakinan kepada politik Islam yang dibawa PAS di tengah-tengah masyarakat plural Sarawak yang pluralismenya melebehi pluralisme masyarakat majmuk di Semenanjung.

PAS tidak mungkin akan memenangi kelima-lima kerusi yang dipertandingkan dan parti-parti lain juga baik dikalangan Pakatan Rakyat dan komponan BN Sarawak tidak mungkin juga akan memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi. PAS dijangka mampu memenangi satu dua kerusi yang dipertandingkan atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan majoriti calon BN yang menang di kawasan yang ditandingi PAS.

Jika demikian hakikatnya, maka ia membawa petanda bahawa PAS telah mulai diterima oleh rakyat Sarawak. Jika PAS kalah pun PAS telah membuka dan meluaskan arena politik Islamnya. Kesempatan PAS untuk berpolitik sambil berdakwah merupakan satu anugerah Allah yang besar yang perlu digunakan ruang dan peluang dengan sepenuhnya. Ia juga bererti PAS telah berada di bumi kenyalang, yang Umno masih tidak mampu memasukinya dan hanya mengharapkan PBB sebagai proxy Umno di Sarawak.

Pertanding satu lawan satu akan menyaksikan pertandingan hebat dan genting tetapi pertandingan tiga penjuru akan memberI miliege kepada calon BN. Sayang sekali SNAP tidak dapat bersama dengan Pakatan Rakyat. Dalam pertandingan pelbagai penjuru juga ia akan memberi keuntungan kepada BN.

Perdana Menteri (PM) Najib Tun Razak agak yakin dengan kemungkinan BN akan menguasai Dun Sarawak dan begitu juga Ketua Menteri (KM) Taib Mahmud, tetapi jika hendak berlaku tsunami politik di Sarawak seperti tsunami 2008 di Semenanjung, tiada sesiapa yang dapat menahannya. Kemungkinan rakyat Sarawak sudah bosan dengan pemerintahan BN di Sarawak yang berKMkan Taib Mahmud, selama 30 tahun, satu era pemerintahan yang terlalu lama. Taib dijangka akan berundur selepas pilihanraya setelah penggantinya dapat dicari. Taib tidak akan menghabiskan penggal ini.

Bagaimana pun keputusan pilihanraya bergantung bukan kepada satu dua faktor. Ia mencakupi pelbagai faktor dan faktor-faktor inilah yang sedang diperkecilkan oleh parti pemerintah bagi menjamin kemenangan mereka berterusan.

Sesuatu yang sangat jelas bahawa pilihanraya yang diadakan tidak berada di landasan yang benar-benar demokratik, apabila kerajaan menggunakan seluruh jenteranya di peringkat negeri dan pusat untuk membeli undi rakyat. Pengundi dibeli dengan projek-projek segera yang berjumlah berjuta-juta ringgit.

Pertandingan tidak berada di padang permainan samarata, Pakatan Rakyat terutama PAS, mana mampu menghadapi perbendaharaan negeri dan pusat yang menabur wang dengan pelbagai projek untuk membeli undi. Rakyat Sarawak yang rata-rata masih dalam kolompak kemiskinan, walaupun negeri mempunyai hasil perkayuan dan petrolium. Dalam persekitaran masyarakat yang dibelenggui kemiskinan amat mudah untuk mempengaruhi rakyat untuk memberi sokongan kepada mereka dengan mengadakan projek-projek prasarana dan kemudahan.

Di kalangan Pakatan Rakyat, DAP dijangka akan membuat kehadiran-nya dirasakan kerana pengundi-pengundi Cina mempunyai pemikiran terbuka. DAP bertanding di kawasan-kawasan bandar dan pekan melawan calon SUPP. Calun-calun PKR dari kalangan etnik Cina dan lain-lain dijangka juga akan membuatkan kehadirannya. Di kawasan-kawasan pertandingan dengan PBB, tidaklah mudah bagi calon PKR untuk membuat kehadirannya dirasakan, tetapi pertandingan tetap sengit dan mencabar.

Sedikit lagi advantage bagi calon-calon BN bahawa mereka berkempen atas dasar bahawa parti-parti mereka adalah parti-parti yang berasal dari bumi kenyalang tidak seperti parti-parti dari Pakatan Rakyat kononnya semuanya datang dari Persekutuan. Tetapi hakikatnya, calon-calon yang bertanding semuanya adalah calon-calon tempatan.

Jika DAP dan calon PKR dari kalangan kaum Cina membuat kehadirannya maka kedudukan SUPP sangat genting dan berkemungkinan SUPP akan mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya ini. Kehadiran SNAP juga tidak dapat diperlekehkan kerana SNAP berupaya dan mampu menerokai kemenangan yang akan menjadikan politik tawar menawar di Sarawak selepas pilihanraya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2812:menunggu-keputusan-prn-sarawak&catid=91:pendapat-dan-analisis&Itemid=72

Thursday, March 31, 2011

TI: Bantuan segera pilihan raya adalah rasuah

TI: Bantuan segera pilihan raya adalah rasuah
Regina Lee
Mac 30, 11
12:34pm

Kumpulan pemantau gejala rasuah Transparency International menolak dakwaan bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah.

NONE"Ini khususnya semasa kempen. Malangnya tidak ada undang-undang yang memadai bagi menangani perkara ini, terutamanya apabila ia membabitkan wang tunai dan mesin jahit,” kata presiden TI-Malaysia Paul Low.

"Banyak janji-janji ditaburkan seperti membina jambatan. Janji-janji ini tidak jelas.

"Awak hanya buat kesalahan bila berkata, 'nah ini RM1,000, undi saya',” kata Low pada sidang media di pejabatnya pagi ini.

Kenyataan TI itu jelas bercanggah dengan pendapat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Nazri dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat, semalam berkata 'bantuan' yang diberikan kepada rakyat semasa kempen pilihan raya tidak boleh dianggap sebagai rasuah.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan itu adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

NONE"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh).

Bagaimanapun menurut Low, janji yang dibuat semasa pilihan raya bukan satu bentuk rasuah.

"Janji bukan rasuah dan kita tidak ambil peduli kecuali Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil dengan peraturan tidak membenarkannya.

NONE"Ia mungkin tidak beretika tetapi bukan rasuah,” katanya.

Low berkata kedua-dua pihak - pembangkang dan juga parti pemerintah - melakukan kesalahan dengan menaburkan janji pilihan raya.

"Jika seseorang menjanjikan sebuah jambatan, tanya (ahli politik itu) 'bukankah hak kawasan kita mendapat pembangunan.' Kenapa tidak laksanakan sebelum pilihan raya?” katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/160060

Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah

Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah
Mac 29, 11 4:54pm

Pemberian bantuan segera kepada rakyat ketika kempen pilihan raya tidak boleh ditakrif sebagai rasuah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata ini kerana pelbagai bantuan yang disampaikan kepada rakyat menjelang pilihan raya adalah sebagai memenuhi manifesto atau janji yang dibuat kerajaan jika menang pilihan raya.

NONE"Kita dah berjanji kalau menang kita akan tunaikan (manifesto)...sebagai contoh bantuan mesin jahit, kalau kita tak bagi masa nak pilihan raya boleh segera bagi selepas pilihan raya, sama sahaja, adakah ini satu kesalahan?

"Kita juga tak boleh nak hentikan pemberian ini sebab kita akan bagi juga selepas itu (pilihan raya)," katanya ketika menjawab pertanyaan Ab Azizi Ab Kadir (PKR-Ketereh) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ab Aziz dalam soalannya ingin tahu sama ada pemberian bantuan segera ketika pilihan raya atau pilihan raya kecil merupakan satu bentuk rasuah dan adakah kerajaan bercadang menghentikan bantuan seumpamanya ketika kempen pilihan raya.

Menjawab soalan Ab Aziz mengenai jumlah aduan rasuah yang diterima Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pilihan raya kecil bagi tempoh 2008 hingga 2010, Mohamed Nazri berkata sebanyak enam kes diterima dan disiasat dalam tempoh itu.

RM11j kos 16 p'raya kecil

Sementara itu, Nazri berkata, kerajaan menanggung kos lebih RM11 juta bagi melaksanakan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008.

Katanya, perbelanjaan yang besar diperlukan bagi menampung kos dan perkhidmatan bagi setiap pilihan raya kecil seperti pengangkutan, tempat tinggal, makanan dan minuman.

"Anggaran kos yang digunakan bagi menjalankan pilihan raya kecil ialah antara RM318,000 dan RM1,290,000 bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya itu," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) mengenai kos yang dibelanjakan untuk sesuatu pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum ke-12 dan adakah kerajaan bercadang untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil dengan menggantikannya dengan kaedah lain.

Mohamed Nazri berkata perincian setiap pilihan raya kecil ialah Permatang Pauh (RM409,000), Kuala Terengganu (RM325,416), Bukit Gantang (RM460,971), Bukit Selambau (RM318,000), Batang Ai (RM391,700), Penanti (RM514,600), Manik Urai (RM548,003), Permatang Pasir (RM461,367.93), Bagan Pinang (RM449,485), Hulu Selangor (RM1.2 juta), Sibu (RM1 juta), Batu Sapi (RM1.290 juta), Galas (RM1.047), Tenang (RM1.1 juta), Merlimau (RM755,000) dan Kerdau (RM915,000).

Sementara itu, beliau berkata kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan kaedah lain bagi menggantikan pilihan raya kecil kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya Kecil 1958.

"Setiap keputusan bagi pilihan raya kecil yang diadakan adalah muktamad dan perbelanjaan yang digunakan dianggap sah," katanya.

Mengenai kemenangan BN bagi pilihan raya kecil yang dianggap 'tidak halal' selain melaksanakan projek 'mee segera' dan memberikan 'durian
runtuh' kepada rakyat semasa pilihan raya kecil, Mohamed Nazri berkata projek itu bukan bersifat 'disegerakan' sebaliknya ia dipercepatkan semasa pilihan raya kecil kerana telah terdapat peruntukan yang ditetapkan.


Beliau berkata kerajaan sentiasa melaksanakan projek yang membolehkan rakyat di negeri yang terbabit menerima manfaat dengan segera.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/159996

Monday, March 7, 2011

Pesta rasuah di Kerdau dan Merlimau


Wan Nik Wan Yussof

Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:

1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.

2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).

3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).

4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).

5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.

6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).

7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).

8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).

9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).

10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).

11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.

12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).

13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya ‘menentang Islam dan mengancam orang Melayu’ (Malaysiakini 1 Mac).

14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.

15. Mohd Ali Rustam juga diketahui umum oleh para kontraktor yang menyertai tender projek negeri Melaka, sebagai ketua menteri yang mengamalkan kronisme dan rasuah. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender perlu mendapat surat akuan daripada runnernya dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).

Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka.

Berdasarkan pendekatan BN yang tidak bermoral, tiada integriti dan mencabar amalan demokrasi di PRK Merlimau-Kerdau, maka by hook or by crook BN akan menang!

Ini kerana, pihak pengundi sedia terperangkap dengan segala janji manis, takut dengan ugutan dan terpukau dengan sogokan berjuta-juta ringgit. Itulah pengundi BN.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31190:pesta-rasuah-di-kerdau-dan-merlimau&catid=96:fokus-khas&Itemid=134

SPR takrifkan rasuah, guna premis awam

Jimadie Shah Othman
Mac 5, 11
7:27pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (Malaysia) menjelaskan, dakwaan berlaku penggunaan premis awam dalam pilihan raya kecil Kerdau seperti didakwa PAS mungkin disebabkan salah tanggap semata-mata.

Timbalan Pengarah SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jika sesebuah parti hanya mendirikan khemah di sebelah premis awam dan menggunakan kemudahan berdekatan tempat itu, ia tidak boleh dikatakan kesalahan.

"Jadi inilah yang saya agak mereka anggap BN menggunakan premis awam," katanya.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pagi tadi menyenaraikan penggunaan premis awam dan dan pengumuman peruntukan dan projek oleh pemimpin BN di Kerdau yang didakwanya melanggar Akta Kesalahan (Perjalanan) Pilihan Raya 1954.

Tuan Ibrahim yang juga pengarah pilihan raya PAS Kerdau menyatakan kekesalannya terhadap pelbagai pihak berkuasa, termasuk SPR tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Premis yang didakwa terlibat antaranya padang awam Teluk Sentang, masjid dan sekolah Kebangsaan Batu Sawar serta dewan prang ramai Felda Jengka 23.

Manakala antara yang didakwa boleh ditakrifkan sebagai rasuah pula antaranya bayaran wang SES berjumlah RM13,000 seorang peneroka atau sebanyak RM3,367,558.00 kepada peneroka Felda Jengka 22 pada 7 Mac.

Bercakap dalam sidang media di Temerloh petang ini, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan perkara itu tidak berlaku esok dan akan bercakap sekali lagi dengan pucuk pimpinan parti terlibat.

Sementara itu, ditanya tentang pengumuman projek dan peruntukan sepanjang pilihan raya kecil DUN itu, Wan Ahmad menjelaskan rasuah menurut akta kesalahan pilihan raya merujuk kepada pembelian undi "daripada calon kepada pengundi".

"Kalau melibatkan yang di depan sana pelbagai manusia, (itu) bukan semua pengundi," katanya sambil menyerahkan perkara itu sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


http://malaysiakini.com/news/157824

Saturday, March 5, 2011

SES: Hutang RM13,000 tapi bayar RM156,000





Nazri Abdullah

TEMERLOH, 5 Mac: Peneroka khususnya di Kerdau dinasihatkan berhati-hati dengan jerat terbaru BN berhubung wang skim tanam semula (SES) berjumlah RM13,000.

Dengan syarat pembayaran balik RM650 selama 20 tahun yang dikenakan, bermakna peneroka sebenarnya terpaksa membayar RM156,000 iaitu 12 kali ganda dari jumlah yang dipinjam.

Ingatan itu dinyatakan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsan (Anak), Mazlan Aliman pada sidang media di markas induk PAS di Kerdau hari ini.

"Jangan kerana nak kejar duit RM13,000, selepas pilihan raya kena tanggung hutang tidak lebih dari RM200,000, sangat tidak berbaloi dengan jumlah pinjaman RM13,000," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan janji untuk memberi pinjaman wang SES sebanyak RM13,000 seorang kepada peneroka, dengan syarat peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan ketika berkempen di Felda di Kerdau kemudiannya berjanji akan membuat bayaran RM13,000 itu pada hari Isnin, 7 Mac ini iaitu sehari selepas hari mengundi.

Ianya dilihat cubaan memancing undi peneroka yang akan mengundi esok agar memilih BN.

"Kalau RM13,000 kena bayar balik dekat RM200,000, saya nasihatkan peneroka pinjam sahaja dengan bank.

"Ini bukan lagi tolong, tapi betul-betul along yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda," ujarnya lagi.

Pada sidang media sama, beliau juga sekali mencabar Ahmad untuk berdialog dengannya walaupun cabarannya beberapa kali sebelum ini ditolak.

Berhubung hak milik tanah pula, Mazlan mahu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob adil kepada peneroka.

Menteri Besar itu sebelum ini mengumumkan pemberian hak milik hanya kepada peneroka di Jengka 23 sahaja, sedangkan kata Mazlan, Jengka 22 juga perlu mendapat perkara sama.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31216:ses-hutang-rm13000-tapi-bayar-rm156000&catid=1:utama&Itemid=50

Peneroka jangan tertipu bayaran balik wang SES

Nazri Abdullah

TEMERLOH, 5 Mac: Wang skim bantuan tanam semula getah (SES) yang berjumlah RM13,000 adalah hak peneroka tanpa perlu diletakkan sebarang syarat.

Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan Perdana Menteri yang meletakkan syarat bahawa peneroka perlu membayar balik RM650 sebulan selama 20 tahun skim tersebut adalah tidak adil.

Wang itu kata Mazlan seharusnya diberikan kepada peneroka, tanpa perlu menuntut sebarang bayaran balik kerana ianya sememangnya hak mereka.

"Anak menyokong ketegasan peneroka dalam isu wang SES sebanyak RM13000 yang kononnya mahu dibayar Isnin ini.

"Oleh kerana wang itu wang peneroka, peneroka boleh mengambilnya tanpa syarat.

"Ertinya, ambil RM13000 tapi tak perlu bayar balik RM650 selama 20 tahun," katanya.

Tambahnya lagi, peneroka jangan sesekali menandatangani apa-apa perjanjian berkaitan pembayaran semula wang tersebut.

Mengulas pengumuman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa wang itu akan dibayar Isnin ini, Mazlan menyifatkan ianya hanya satu umpan pilihan raya.

"Ini adalah jerat yang sedang dipasang dan satu umpan yang sangat bahaya. Kenapa tidak dibayar sebelum hari mengundi?,"soalnya.

Sehubungan itu katanya, Anak mendesak pengurusan Felda menghentikan tindakan mengugut, menipu dan menyogok peneroka.

Selain itu beliau turut kesal apabila pejabat Felda di Jengka 22,23, dan 25 juga dijadikan sebahagian pejabat pilihan raya BN.

Dalam pada itu beliau turut mendedahkan kewujudan 200 petugas khas yang diberi elaun RM2,000 oleh BN untuk memujuk peneroka.

Katanya, petugas tersebut menyamar sebagai seorang baik dengan memakai kopiah seperti orang PAS dan sering menyusup masuk ke dalam Markaz PAS dan PKR.

"Anak mengingatkan Datuk Ahmad Maslan, jangan membazirkan wang rakyat untuk kegiatan yang tidak bermaruah ini," katanya sambil memberitahu tidak teragak-agak melaporkan kepada SPRM.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31210:peneroka-jangan-tertipu-bayaran-balik-wang-ses&catid=1:utama&Itemid=50

KM Melaka: Ok bagi utamakan penyokong BN

KM Melaka: Ok bagi utamakan penyokong BN
Aidila Razak
Feb 27, 11
10:14pm

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan kepada penyokong BN.

"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina.

threats, gratitude and goodies in Merlimau"Ini perkara biasa kerana kebajikan bermula di rumah,” kata Mohd Ali sambil tersenyum sinis.

Namun, beliau menjelaskan falsafah pegangannya itu tidak membabitkan golongan miskin dan yang memerlukan kerana mendakwa kerajaan negeri pimpinannya tidak mendiskriminasi berdasarkan kecondongan politik rakyat.

"Apabila memabbitkan rumah kos rendah atau agihan makanan, kita tidak diskriminasi... Umno ikhlas (memberi bantuan) dan Allah membantu mereka yang membantu orang lain.

"Rakyat akan sokong orang yang menolong mereka,” katanya hari ini.

threats, gratitude and goodies in MerlimauMalam semalam, Mohd Ali pada ceramahnya di hadapan kira-kira 100 orang di Kampung Lipat Kajang, Merlimau berkata beliau tidak mungkin dapat bekerja keras jika penduduk mengundi calon PAS, Yuhaizad Abdullah pada pilihan raya kecil Merlimau, 6 Mac ini.

Beliau juga mengingatkan penduduk bukan Islam bahawa beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengazetkan sebidang tanah untuk dibina sebuah kuil dan mereka seharusnya berterimakasih kepadanya.

merlimau 270211 dondang sayang at rumah penghulu mat natarDitanya mengapa BN mengungkitkan soal itu, Mohd Ali berkata, apabila budi ditaburkan, mereka yang menerimanya wajar berterima kasih.

“Adalah menjadikan tanggung jawab kerajaan dan hak rakyat untuk dijaga dan apabila ibu bapa menolong kita, kita patut ucapkan terima kasih,” katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157220

Friday, March 4, 2011

Penduduk Kerdau mahu tanah bukan wang

Harakahdaily

TEMERLOH, 4 Mac: Penduduk Kerdan mendedak Kerajaan tidak sahaja mencurahkan projek segera dan pemberian wang tunai dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau ini tetapi hendaklah memberi sesuatu yang menjamin masa depan generasi muda di sini.

Beberapa orang pemuda yang ditemui berkata, mereka mahu kerajaan memberikan tanah untuk dibangunkan bagi sumber pendapatan dan kediaman supaya dapat membina keluarga dengan lebih baik.

Ibrahim Husin, 43, dari Kampung Ketam dekat sini, berkata 80 peratus kawasan dalam Dun Kerdau adalah merupakan kawasan pertanian dan sebahagian besar sumber pendapatan penduduknya dengan pertanian.

Katanya, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 kerajaan telah membuka permohonan tanah kepada generasi muda terutama yang telah berkahwin dalam projek perkembangan kampung.

“Kami generasi kedua kampung sudah beberapa kali ditemuduga untuk diberi tanah dalam projek perkembangan kampung yang melibatkan penghulu dan wakil rakyat.

“Antara tempat yang dicadangkan ialah tanah rizab seluas 80 ekar di Kampung Paya Taram dan Kelebang. Begitu juga dengan di Kampung Lipat Kajang, Kuala Kerdau dan Bukit Lada di mana pemuda-pemuda yang sudah berkeluarga telah ditemuduga.

“Tetapi sehingga kini tidak ada jawapan yang diberikan. Sedangkan pada masa inilah paling sesuai jika kerajaan meluluskan tanah tersebut berbanding pemberian wang,” katanya.

Tambah Ibrahim, jika kerajaan berfikir untuk menumpukan pembangunan generasi muda sepatutnya lebih memikirkan pemberian tanah yang lebih memberi manfaat daripada wang yang tidak tahan selama mana.

“Sebenarnya tidak ada masalah jika kerajaan mahu membantu sebab tanah terbiar yang melibatkan kawasan paya di Paya Taram, Kelebang, Paya Rambai dan Ketam seluas 300 ekar. Apakah kerajaan tidak ada inisiatif?,” soalnya.

Kempen dalam PRK Kerdau menyaksikan pelbagai pemberian wang oleh menteri-menteri dalam bentuk bantuan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU), pelajar sekolah, peneroka Felda selain jamuan makan sepanjang masa.


Sementara itu seorang penduduk lagi, Zulhazmi Yahya, 41, dari Kelebang, berkata orang Kerdau sudah banyak rugi kerana pernah ada tanah kerajaan di belakang bandar Kerdau seluas 17,000 ekar untuk dimajukan Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP).

“Tetapi entah macam mana 12,000 ekar telah terlepas ke tangan Sime Darby. Melepaslah orang Kerdau, cuma adalah 4,000 ekar yang dimajukan oleh Felcra melalui sistem saham. Itu pun orang tertentu saja yang dapat.

“Sebab itu kalau kerajaan betul-betul nak menolong, ikutlah perancangan asal iaitu setiap keluarga generasi kedua diberi lot tanah untuk pertanian dan kediaman masing-masing,” ujarnya.

Di tanah rancangan Felda pula, para peneroka di gesa menuntut janji-janji kerajaan seperti hak milik tanah, rumah untuk generasi kedua dan apa sahaja bayaran sebelum 6 Mac.

"Inilah peluangnya, minta kerajaan lunaskan janji-janji tersebut hari mengundi atau lingkupkan calon BN kali ini," kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman.

Kata Mazlan selama ini ramai peneroka di seluruh negara percaya dengan janji-janji mulut pemimpin Umno sekiranya berlaku PRK di kawasan mereka tetapi terbukti pemimpin BN hanya berbohong.

Jesteru katanya, peneroka perlu berani menekan kerajaan dengan kuasa undi yang ada.

"Kalau janji mereka untuk membina rumah pastikan ada perjanjian hitam putih yang sah antara kerajaan dan peneroka," katanya.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31199:penduduk-kerdau-mahu-tanah-bukan-wang&catid=1:utama&Itemid=50

Thursday, March 3, 2011

'SPR ada gigi tapi enggan gigit'

'SPR ada gigi tapi enggan gigit'
Kuek Ser Kuang Keng
Mac 2, 11
4:24pm

Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya, menyaksikan beliau terus dibidas pelbagai pihak.

bar council egm isa 200908 ambigaAntaranya daripada ketua pemantau pilihan raya Bersih 2,0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Katanya, terdapat undang-undang spesifik bagi membuktikan SPR mempunyai kuasa dan tanggungjawab bagi melawan dan mencegah rasuah pilihan raya tetapi ini tidak dikuatkuasakan oleh suruhanjaya itu.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak "awak tolong saya, saya tolong awak” semasa kempen pada dua pilihan raya kecil, Ambiga berkata ini dengan jelas boleh diambil tindakan mengikut seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Seksyen berkenaan adalah berkaitan habuan yang diberikan kepada pengundi bagi mendapatkan sokongan.

Menurut Ambiga, SPR mempunyai tanggungjawab bagi memastikan semua insiden berkenaan dibawa ke perhatian pihak berkuasa bagi menjamin pilihan raya dijalankan secara bebas dan adil.

NONEMeskipun kuasa untuk mendakwa terletak di tangan pejabat Peguam Negara, Ambiga berkata SPR juga perlu memainkan peranan.

"Paling tidak, ia (SPR) boleh membuat laporan polis,” katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Najib membuat kenyataan itu ketika kempen pilihan raya kecil Sibu dan Merlimau tetapi Abdul Aziz bertegas mengatakan beliau bukan pakar bagi menentukan aduan berkenaan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157514

Premis awam turut jadi tumpuan kempen BN

Premis awam turut jadi tumpuan kempen BN
Aidila Razak & Chie Kow Gah
Mac 2, 11
11:59am

Merlimau berbangga dengan sebuah masjid baru di tengah pekan tersebut dan seperti masjid-masjid lain di Malaysia, menaranya dilengkapi dengan pembesar suara.

Bagaimanapun, kini, bukan setakat azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sahaja yang boleh didengar dari Masjid as-Syuja'ah.

NONE"Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik.

"Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan," begitu antara yang disampaikan seorang penceramah sebelum masuk waktu solat Isyak pada hari Isnin.

Mungkin halus bunyinya tetapi mesej tersiratnya konsisten dengan risalah yang ditemui di sekitar kawasan pilihan raya kecil DUN Merlimau, bahawa mengundi Pakatan Rakyat adalah seperti memperjudikan masa depan orang Melayu di negara ini.

NONEManakala bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad - ketika berkempen di Permatang Pasir pada hari Isnin - pula berpesan: "Bila kita kalah (di satu kawasan), sangat sukar untuk menang kembali. Kami kalah Kelantan pada 1990 dan kami masih belum berjaya mendapatkannya kembali."

Oleh itu, jagalah Melaka baik-baik, kata beliau yang juga pengerusi Felda.

Begitu juga dengan satu risalah yang memuatkan keratan akhbar bertajuk Melayu hilang kuasa, bersebelahan gambar mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menangis, dengan judul "Anak cucu bagaimana?".

NONEManakala di satu majlis di SMK Dang Anum pada hari Isnin pula Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta hadirin yang terdiri daripada pelajar berusia 15 tahun, ibu bapa dan guru mereka, mengangkat tangan jika mereka adalah pengundi di DUN Merlimau.

Dan bila mereka berbuat demikian, Mohd Ali berkata terdapat 311 guru yang mengundi di Merlimau), sambil menambah bahawa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah menaikkan elaun mereka.

"Ada ubi ada batas lah kan," katanya memetik pepatah Melayu yang membawa bermaksud membalas budi.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157463

Jangan terpengaruh janji PM - Mazlan

Harakahdaily

TEMERLOH, 2 Mac: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menasihatkan pengundi di Kerdau khususnya yang tinggal di tanah-tanah rancangan Felda supaya tidak terpengaruh dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sewaktu musim pilihan raya.

Kata beliau, apa yang diumumkan oleh Najib sewaktu datang mengunjungi Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau beberapa hari lalu hanyalah gula-gula pilihan raya yang belum tentu akan ditunaikan.

Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau akan berlangsung 6 Mac ini.

"Ini bukan kali pertama Najib berjanji kepada masyarakat Felda, semasa PRK Parlimen Hulu Selangor, tahun lalu beliau berjanji untuk menyelesaikan isu perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto, Gedangsa dan Sg Tengi.

"Malah dibuat majlis pecah tanah dengan memanggil para peneroka datang, tetapi setelah hampir setahun berlalu adakah janji tersebut dikotakan?, tanyalah anak muda di sana adakah mereka mendapat rumah," kata beliau.

Kata Mazlan, Perdana Menteri juga pernah berjanji ketika PRK Tenang bulan lalu apabila mengumumkan 500 lot tanah kepada generasi kedua di Felda Cemplak, Cemplak Barat dan Felda Tenang.

"Hingga hari ini tanda-tandanya pun tiada," tambah beliau dalam sidang akhbar di Markas PAS Kerdau hari ini.

Kata Mazlan, apabila habis pilihan raya nanti, biasanya pemimpin-pemimpin Umno yang ini akan senyap sepi dan melupakan janji-janji mereka.

Katanya, sekiranya pemimpin Umno itu ikhlas mahu membantu, para peneroka atau generasi ke dua Felda hari ini sedang menikmati segara bantuan-bantuan atau rancangan kerajaan ke atas mereka, bukan baru mendengarnya dari mulut pemimpin.

Contohnya kata Mazlan isu perumahan generasi kedua Felda yang telah lama dibangkitkan tetapi tidak pernah diberi perhatian.

"Saya sendiri pernah mengetuai satu rombongan bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan pada tahun 2009 untuk berbincang masalah perumahan generasi kedua ini dan menyerahkan memorandum.

"Tetapi sampai hari ini tidak ada apa-apa tindakan yang menggembirakan generasi kedua dilakukan oleh Adnan," ujar beliau.

Baru-baru ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan ketika datang berkempen di Jengka 22 dan 23 turut membangkitkan lagi isu perumahan generasi kedua dengan mencadangkan supaya anak-anak peneroka mohon tanah dengan Kerajaan Negeri.

Justeru Mazlan menyifatkan kenyataan itu hanya permainan politik pemimpin Umno untuk meredakan kemarahan anak-anak muda Felda.

Dalam perkembangan lain, Mazlan hari ini menyahut cabaran dialog berkenaan isu Felda yang dikemukakan oleh Ahmad Maslan Januari lalu.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan anggota Anak dan bersetuju untuk bertemu Ahmad Maslan.

"Maklumkan masanya, kami dari Anak akan datang," katanya.

Menurut Mazlan, beliau akan datang bersama 20 anggota anak untuk membangkitkan 50 isu berkaitan Felda.

"Saya harap kali ini beliau tidak akan berdolak dalik lagi," ujar Mazlan.

Ahmad Maslan sebelum ini pernah mengemukakan cabaran dialog secara tertutup terhadap Mazlan ketika berkempen dalam PRK Tenang bulan Januari lalu sebagai reaksinya kepada Mazlan yang mencabarnya berdialog secara terbuka.

Kata Ahmad beliau mencadangkan dialog tertutup kerana isu Felda memerlukan masa yang lama untuk dibincangkan.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31166:jangan-terpengaruh-janji-pm-mazlan&catid=1:utama&Itemid=50

Permintaan PIBG SMK Kerdau dilulus serta merta

Permintaan PIBG SMK Kerdau dilulus serta merta
Jimadie Shah Othman
Mac 1, 11
5:26pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan serta-merta permintaan ibu bapa dan guru bernilai jutaan ringgit bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau hari ini.

Permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau.

NONEMuhyiddin akur kepada kesemua permintaan itu, ataranya pembinaan blok tambahan bagi memuatkan bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, untuk dewan baru, Muhyiddin meminta supaya ibu bapa tunggu terlebih dahulu.

"Antara bilik darjah dan dewan (mahu) mana dahulu?"

Hadirin menjawab: bilik darjah.

"Jadi, bilik darjah dululah. Dewan kemudianlah," kata Muhyiddin.

Sekolah itu juga akan diperluaskan dan dimasukkan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

"Ada sekolah tersenarai ada yang tidak (dalam RMK10). Tetapi bila dah desak, kita masukkanlah," kata Muhyiddin sambil tersenyum.

Selain itu, Muhyiddin juga berjanji 18 sekolah di parlimen Kuala Krau akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta.

NONEBagaimanapun, tambahnya, ia akan dibiayai oleh peruntukan Jabatan Perdana Menteri.

"Lepas itu bincang-bincanglah nak agihkan macam mana," katanya sambil disambut senyum lebar kira-kira 300 ibu bapa dan pendidik.

Sebelum itu, ketika Yahya membacakan satu persatu permintaan kepada Muhyiddin di pentas, kedengaran gelak-ketawa kecil daripada hadirin.

Mungkin ada yang menganggap permintaan jutaan ringgit itu amat besar atau mengambil kesempatan.

Tetapi seakan-akan dapat membaca fikiran itu, Yahya berseloroh: "Bila lagi (mahu minta)?"

Sekali lagi dewan gamat dengan tertawa hadirin.


http://malaysiakini.com/news/157412

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau

100 kotak 'bantuan' BN tiba ke Kerdau
Lee Long Hui
Feb 28, 11
9:17pm

BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan.

Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk.

NONESemua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka.

"Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya.

Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi.

Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin.

NONEIa juga dilekatkan dengan tulisan "Akhirkan Zaman Miskin".

Seorang lelaki yang memakai kemeja-t BN, dipercayai membantu mengedarkan kotak itu, berkata hanyalah "satu bentuk bantuan".

Tetapi apabila ditanya lanjut, beliau hanya menjawab "tak ada apa-apa".

Sementara itu Timbalan Pengerusi PAS Pahang Hamzah Jaafar yang ditemui di tempat itu mendakwa perkara itu merupakan satu bentuk rasuah.

Manakala ADUN Tras daripada DAP Chong Siew Onn pula berkata perkara itu bertentangan dengan undang-undang pilihan raya dan akan melaporkannya kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.


http://malaysiakini.com/news/157334

Monday, February 28, 2011

Kerdau: PAS struggles with 'personal' approach amid BN's cash pile

Harakahdaily

TEMERLOH, Feb 28: As expected, the Barisan Nasional campaign in Kerdau has been one dominated by an outpouring of money for the voters, while underdog PAS struggles with its approach to adapt a more personal approach with voters.

PAS leaders have earlier vowed not to indulge in any character assassination, even as police reports had been filed over leaflets showing superimposed images of opposition leaders indulging in vile acts.

Its first campaign highlights in Kerdau was to launch Pakatan Rakyat's 'Orange Book' at the state level, in a move to enlighten this mostly rural constituency over Pakatan Rakyat’s policies should the coalition win the next general election.

Among issues raised by PAS were the continous absence of clean water supply in Kampung Pulau Mandi Angin, the Kerdau town centre's sorry state which had not undergone development in spite of its linkage with the East Coast Highway's Temerloh exit, as well as Pahang Menteri Besar Adnan Yaakob's exploitation of Yayasan Pahang scholarships which are said to be distributed like 'ang paos' at a school in Teluk Sentang.

A constituent, Abdul Aziz Ismail, 55, said the manner the RM250 scholarships were now being liberally dished out was a far cry from the recent past, when parents had to undergo rigorous procedures before hoping for a scholarship.

Prime Minister Najib Razak’s visit to Felda areas has also been marked by cash, with an announcement of some RM10 million worth of development projects.

Najib had however claimed he could not allocate more funding for fear of being accused of vote-buying, promising to increase federal allocations for Kerdau on condition that the constituency voted in the BN candidate, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Meanwhile, in a repeat of previous by-elections, the state religious department is tightening its grip on 22 mosques in Kerdau to prevent PAS leaders from speaking to voters in the mosques.

Kerdau goes to polls together with Melaka's Merlimau state constituency on March 6.


http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2356:kerdau-pas-struggles-with-personal-approach-amid-bns-cash-pile-&catid=36:headline&Itemid=70

Sunday, February 27, 2011

PM lulus peruntukan hampir RM 10 juta bagi pembangunan di DUN Kerdau

TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di sini.

Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.

Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000).

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa kesemua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya. - Bernama


http://www.sinarharian.com.my/bterkini/10096.asp

Penduduk tegur MB agih biasiswa macam angpau

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 27 Feb: Seorang penduduk kampung melahirkan rasa hairan bagaimana wang biasiswa yang sepatutnya dipohon mengikut prosedur tertentu, boleh diagihkan seperti angpau oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakub kepada penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau.

Abdul Aziz Ismail, 55, dari Desa Baru Purun dekat sini berkata, majlis penyampaian berkenaan diadakan di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang kelmarin melibatkan pelajar-pelajar dalam daripada Dun berkenaan.

Tambahnya, wang bernilai RM250 yang dikatakan biasiswa Yayasan Pahang itu diberi dalam sampul surat bersama borang dan baki RM250 lagi akan dibayar beberapa bulan lagi.

“Orang kampung jadi pelik bila MB agih duit biasiswa macam bagi ang pau sebab selama ini penduduk nak minta bantuan tersebut bukan main ketat lagi prosedurnya.

“Tapi kelmarin saya percaya seluruh pelajar dalam Dun Kerdau semuanya dapat duit biasiswa tanpa perlu mengisi borang dan tanda tangan wakil rakyat seperti selalunya.

“Walaupun wang itu memang hak rakyat yang layak menerimanya, tetapi saya percaya akan menyebabkan penduduk yang bukan dalam Dun Kerdau tidak puas hati sebab anak mereka juga layak dapat biasiswa,” jelasnya.

Kelmarin Adnan mengagihkan wang Yayasan Pahang di Sekolah Kebangsaan Telok Sentang kepada pelajar-pelajar anak penduduk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli dalam Dun Kerdau.

Selain Teluk Sentang, pelajar-pelajar daripada pusat mengundi Kerai dan Batu Sawar turut dipunggah ke situ. Selain daripada itu, penduduk di tiga kawasan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 juga turut menerima biasiswa daripada Adnan.

Abdul Aziz berkata, selain Adnan beberapa menteri lain juga turut melawat kawasan termasuk Datuk Seri Shapie Apdal yang menyerahkan kunci perumahan Risda, sedangkan rumah tersebut sudah lama diduduki.

“Saya diberitahu Najib dan Muhyiddin juga sudah diatur programnya bagi menemui penduduk di kawasan kami dan saya yakin mereka juga akan mengagihkan wang kepada orang tua, orang kurang upaya (OKU) dan orang miskin.

“Mungkin turun sekali seumur hidup itu baik bagi penduduk untuk bertemu dan menadapat wang daripada pemimpin, tapi apa yang saya bimbang ialah pada masa depan jika rakyat berada dalam kesusahan atau ada masalah, mereka akan mengharapkan wakil rakyat mereka mati.

“Sebab apabila berlaku PRK, segala yang diminta biasanya akan segera makbul,” ujarnya.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31091:penduduk-tegur-mb-agih-biasiswa-macam-angpau&catid=1:utama&Itemid=50

KM Melaka: 'Bantuan datang hanya jika BN menang'

Aidila Razak
Feb 26, 11
7:35pm

ali rustam umno





Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

NONEBeliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.

NONESeorang guru di Confucian Chinese School dari 1935 hingga 1961,
kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.


Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/157144

Saturday, February 26, 2011

SPR: Janji Pilihan Raya Bukan Rasuah

Published: Jumaat Februari 25, 2011 MYT 5:54:00 PM

JASIN: Siri ucapan pemimpin kerajaan yang mengandungi pelbagai janji membawa pembangunan pada mana-mana kawasan semasa kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia bukan rasuah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tindakan pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang di semua negeri yang dikuasai mereka itu merupakan apa yang telah ditetapkan dalam belanjawan masing-masing.

"Memang biasa pemimpin tak kira dari BN atau Pakatan Rakyat berjanji dalam ucapan-ucapan mereka, tapi itu bukan kesalahan seperti rasuah kerana ia telah ditetapkan dalam belanjawan mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Penamaan Calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai janji-janji yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin parti yang bertanding kepada pengundi jika mereka dipilih pada pilihan raya yang diadakan termasuk pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau yang diadakan serentak pada 6 Mac ini.

Hadir sama ialah Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lyle.

Abdul Aziz menjelaskan, jika benar-benar berlaku rasuah sepanjang kempen pilihan raya kecil ini, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sentiasa melakukan pemantau akan bertindak.

Katanya, pegawai-pegawai SPRM telah ditugaskan pada setiap kali PRK diadakan bagi memastikan setiap pemilihan diadakan dalam keadaan bersih dari gejala rasuah.Dalam pada itu, beliau menegaskan, semua penyokong parti dilarang menggunakan pembesar suara dan sebarang alat muzik pada hari penamaan calon Sabtu.

Katanya, perbuatan itu merupakan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Beliau kecewa, walaupun peringatan sering diberikan setiap kali pilihan raya diadakan, kesalahan itu masih berlaku.

"Kejadian penyokong parti politik membawa alat pembesar suara masih berlaku pada PRK Tenang di Johor. Kita rampas bateri mereka keluarkan bateri baru," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para penyokong supaya tidak membuat sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada hari penamaan calon.

"Saya berharap para pemimpin parti akan menasihati penyokong masing-masing supaya mematuhi undang-undang dan proses penamaan calon berjalan lancar, selamat dan tenang," katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu sebanyak enam set borang calon telah dijual kepada kedua-dua pati BN dan PAS.

Katanya, pusat pencalonan akan dibuka bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi.

"Selepas itu tempoh bantahan selama sejam akan bermula sebelum calon-calon yang layak bertanding akan diumumkan kira-kira pukul 12 tengah hari," ujarnya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/2/25/mstar_berita/20110225175141&sec=mstar_berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...