Showing posts with label AIDS and HIV Positive. Show all posts
Showing posts with label AIDS and HIV Positive. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Sulaiman Taib bebas AIDS

Posted by admin on August 14th, 2011

Melissa Lee

Sulaiman anak bongsu kepada Menteri Besar Sarawak Taib Mahmud disifatkan sebagai kaki joli dikatakan sedang menyelam bersama anak remajanya di sebuah resort yang terletak di Sabah. Seorang peloncong dari Sarawak mengatakan yang dia boleh mengecam anak Taib yang “manja” itu. Desas desus yang telah lama didengar sama sekali tidak benar kerana dia nampak bersemangat dan sihat.

Sudah berbulan lamanya cerita tentang Sulaiman 43 tahun telah tersebar yang beliau menghadapi AIDS dan kini berada dalam kemurangan disebabkan terlantar di katil.

Penduduk di mana Sulaiman kini seorang Ahli Parlimen Kota Semarahan tidak puas hati kerana beliau tidak pernah turun padang. Selepas memenangi kerusi itu pada tahun 2008, beliau pernah cuba menjadi Timbalan Menteri Pelancongan tetapi rakan-rakan beliau memberitahu yang beliau telah jemu dengan jawatan berkenan kerana beliau menganggap ia membosankan. Sejak kematian ibunya, Laila Taib, yang disayangi akibat kancer paru-paru pada April 2009, beliau tidak lagi bergiat dalam arena politik.

Bapanya menerangkan bahawa anaknya masih bersedih atas kematian ibunya. Kenyataan itu membuatkan orang Sarawak tertanya mengapa seorang anak muda yang hidupnya suka bergembira masih mentangisi kematian ibunya setelah enam bulan berlalu. Beliau jugak dikatakan mempunya suka berfoya-foya dan mempunyai ramai teman wanita diseluruh pelusuk dunia.

Walaupun beliau mempunyai akal yang waras untuk meletak jawatan dalam Kabinet, kelibat beliau tidak pernah kelihatan di Semarahan. Dengan melteak jawatan di parlimen, orang-orang Sarawak kini mempersoalkan mengapa beliau masih menerima gaji seorang ahli parlimen.

Gaji itu sememangnya hanya segintil bagi Sulaiman kerana bapanya memiliki harta yang tidak mungkin akan habis. Pada realitinya ramai penduduk Samarahan hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Samarahan Diserahkan kepada Bekir

Dilahirkan dalam salah satu keluarga yang terkaya di dunia kehidupan Sulaiman menjadi impian setiap insan. Hidupnya penuh dengan kemewahan, kereta sports, arak dan perempuan. Apa yang dia harus peduli tentang orang miskin di Samarahan, yang kebanyakan hidup dalam keadaan yang daif? Adakah dia akan melawat meraka, berjabat tangan dengan mereka dan memancing undi mereka? Mengapa dia harus berpeluh dalam terik mentari untuk memberi ceramah dalam Bahasa Ingerris dalam khemah yang sesak lagi panas kepada penduduk kampong sedangkan dia boleh besenang lenang dengan duit yang dimiliki.

Pada 2008 Sulaiman menunjukkan belangnya apabila dalam proses berkempen sistem bunyi rosak dan acara pada hari itu tertangguh. Tidak puas hati dengan kejadian yang menimpa dirinya Sulaiman hanya duduk merajuk dan bapa saudaranya Mohamad Ali Mahmud, adun untuk Muara Tuang besama ahli PBB yang lain bertegur sapa dengan penduduk tempatan.

Sulaiman jugak tidak mengambil endah untuk bertegur dengan penyokongnya di belakang khemah. Ramai yang percaya bahawa banyak wang ringgit telah “dilaburkan”, dikawasan itu yang diwarisi oleh Sulaiman dari bapanya tetapi adalah sesuatu perkara yang mustahil jika ia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Calon PBB layak juga tidak berani untuk bertanding kerana mereka tahu kawasan itu milik Taib.

Pada majlis-majlis rasmi sebelum beliau menghilangkan diri dari dunia politic, isteri beliau Anisa Hamidah Mahmud anak kepada George Chan jarang membuat penampilan dan jika ada meraka tidak akan bersama. Anisa can berada di satu penghujung sambil melihat suaminya sibuk melayan tetamu. Mereka tidak lagi berusaha untuk membuktikan mereka adalah sepasang suami isteri.

Pertembungan Anak dan Ayah

Mengikut seorang kenalan, Sulaiman mengambil keputusan untuk meninggalkan Sarawak selepas berdebat hebat dengan bapanya apabila ibunya sedang sakit tenat. Taib melihat potensi Sulaiman sebagai waris kepada jawatan Ketua Menteri kerana Sulaiman yang paling bijak di antara empat orang adik beradiknya namun dia juga yang paling suka berjoli. Sulaiman tidak pernah mengambil endah soal hidupnya. Adalah sesuatu perkara yang sedih bahawa seorang yang dianugerahkan dengan kebijaksaan merosakkan hidupnya dengan kereta mewah, arak dan perempuan.

Bapa Sulaiman yang marah kerana cadangannya di tolak anak lelakinya mengambil keputusan untuk membuang negeri darah daginya sendiri. Kerja beliau di Samarahan diserahkan kepada bapa saudaranya Ali dan seorang daripada setiausaha politiknya, Idris Buang.

Sulaiman jugak tidak hadir apabila bapanya berkahwin dengan seorang rupawan Ragad Waleed,28 pada bulan January tahun ini.

Walaupun masih muda hidup Sulaiman telah dipenuhi dengan kontroversi. Sikap panas baran beliau juga telah menyusahkan diri beliau pada tahun 2003 disebabkan beliau melepaskan geram ke atas seorang personaliti TV. Beliau juga pernah disenaraikan sebagai Lembaga Pengarah syarikat Cahaya Mata Sarawak Bhd millik keluarganya selama tiga tahun dan beliau juga pernah menyandang jawatan Pengarah Bank RHB. Melihat sikap Sulaiman yang endah tak endah Bank Sentarl menyuruh beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Apabila meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri, bapa beliau memberi seribu satu alasan untuk anaknya.

Seorang rakan mengatakan yang selepas Sulaiman enggan menerima sebarang pekerjaan, politik sebidang tanah yang luas 269 ekar bernilai RM 291,000 setiap ekar(satu ekar bernilai RM 1-RM 5million) nama Sulaiman tidak tercatat. Tetapi abang beliau Mahmud Abu Bekir mendapat 52%, sementara dua kakak beliau Jamilah dan Hanifah, isteri beliau Anisa dan seorang kroni Chung mendapat 12% setiap seorang. Tanah itu dibahagi kepada mereka pada 1 per lima harga pasaran.

Hidup Seorang Kaki Joli

Anak ketiga daripada empat orang adik beradik perempuan, Anisa berkahwin dengan Sulaiman dalam tahun 90an. Hasil perkahwinan mereka dikurnaikan seorang putera dan tiga orang puteri. Anisa dipercayai pernah dipukul suaminya jika dia bersuara tentang Sualaiman bermain kayu tiga. Pernah sekali kerana tidak tahan dengan sikap suaminya yang ringan tangan, dia terpaksa berlari pulang ke rumah ayahnya untuk bertenang.

Selepas Sulaiman dibuang negeri ke Kanada oleh bapanya, Anisa dinasihatkan untuk tidak meminta cerai tetapi berpindah ke Kanada. Seluruh Sarawak tahu akan cerita ini. Persoalannya adakah air yang dicincang tidak akan putus atau Anisa bertahan semata mata kerana harta kekayaan sumainya.

Walaupun sudah sekian lama merana Anisa membawa dir bersama-sama anaknya untuk memulakan kehidupan baru di Kanada dan suaminya terus dengan cara hidupnya yang daus.

Percutian menyelam ke Sabah itu adalah perkara yang julung kali berlaku kerana Sulaiman tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebai seorang ayah kepada anak-anaknya.


http://www.kl-today.com/2011/08/sulaiman-taib-bebas-aids/

Thursday, August 11, 2011

MAM, MAIS kerjasama bantu penghidap HIV

Ogos 10, 11 11:30pm

Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjalin kerjasama erat dalam menangani isu-isu sosial, kebajikan dan kemasyarakatan yang berkaitan rapat dengan HIV/AIDS terutama di sekitar kawasan Lembah Kelang dan Selangor, kata Presiden MAM, Tan Sri Mohd Zaman Khan.

NONEMAIS merupakan antara majlis agama yang tampil membantu, khususnya orang yang hidup dengan HIV dengan membiayai bantuan rumah perlindungan melalui wang kutipan zakat.

Dalam satu kenyataan, Mohd Zaman berkata, objektif utama jaringan kerja antara MAM dan MAIS adalah untuk menangani permasalahan yang dihadapi di sekitar Lembah Kelang dan Selangor dengan memberi bantuan kewangan dan sokongan dalam membantu masyarakat Malaysia yang hidup dengan HIV.

Di samping itu, MAM juga pernah diberi peluang oleh MAIS untuk melatih pegawai agama di sekitar negeri Selangor, terutamanya kepada pegawai JAIS dalam mengenal cabaran dan isu-isu yang dihadapi orang yang hidup dengan HIV/AIDS dan komuniti lain yang turut terjejas serta terdedah dengan HIV/AIDS.

Antara inisiatif-inisiatif bersama yang pernah dijalankan, termasuklah majlis, kempen media dan program kerohanian yang melibatkan program temu seru untuk komuniti terpinggir.

Pihak MAIS juga melakukan aktiviti turun padang bersama komuniti, termasuk golongan mak nyah dengan memberi informasi dalam penjagaan dan rawatan serta pendekatan agama agar mereka dapat hidup seperti manusia biasa.

Menurut Mohd Zaman lagi, MAM dan MAIS juga memperkukuhkan kerjasama dalam mempertingkatkan fungsi MAM dalam program sokong bantu kepada mereka yang hidup dengan melalui bahagian Baitulmal dan Ar-Riqab.

aids hiv care centre in malaysia 080207 bedriddenSebilangan besar orang yang hidup dengan HIV tidak berani tampil untuk mendapatkan rawatan yang sedia ada kerana bimbang akan prejudis masyarakat.

Hasil kerjasama erat ini dilihat melalui beberapa program yang efektif telah dianjurkan, antaranya program yang terbesar ialah Hari Memperingati AIDS Sedunia (IAMD).

Ia telah dilangsungkan pada 13 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hasil kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Malahan, Mohd Zaman turut merayu kepada jabatan agama yang lain semoga mencontohi MAIS dalam membantu orang yang Hidup dengan HIV di Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, keprihatinan MAIS terbukti lagi dengan tertubuhnya dua rumah perlindungan orang yang hidup dengan HIV, termasuk Rumah Istana Budi di Kuang, Selangor dan Rumah Darul Ukhwah di Petaling Jaya, Selangor.

Kedua-duanya yang menempatkan seramai 50 orang, dibiayai sepenuhnya oleh MAIS dan telah menelan belanja sebanyak RM750,000 setahun.

aids hiv care centre in malaysia 080207 feedingMAIS juga telah merancang satu projek komuniti yang besar yang dikenali sebagai Projek Baitul Islah, untuk menubuhkan rumah perlindungan HIV yang boleh menetapkan lebih ramai lagi komuniti terpinggir.

Kos projek Baitul Islah, yang terletak di kawasan pendalaman Serendah, Selangor itu dan menelan belanja RM5 juta, masih dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2013.

Menurut kenyataan itu lagi, ini jelas menunjukkan MAIS begitu mengambil berat tentang isu-isu kesihatan dan kebajikan berkaitan dengan HIV/AIDS, terutamanya di kalangan masyarakat yang beragama Islam.


http://malaysiakini.com/news/172634

Wednesday, July 13, 2011

MAKAN UBAT CICAK TOKEK HARAM

POSTED BY ADMIN ON JULY 12TH, 2011

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang buat kali ke-95 pada 16 hingga 18 Jun lalu memutuskan hukum memakan dan berubat dengan menggunakan cicak tokek adalah haram.Dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan berpandangan bahawa para ahli fekah telah mengklasifikasikan cicak tokek sebagai binatang yang haram dimakan kerana ia tergolong dalam kategori yang menjijikkan serta mempunyai racun.

“Justeru, masyarakat Malaysia diseru tidak menjadikan binatang ini sebagai makanan yang biasa dimakan.

“Sehingga kini, tidak ada bukti saintifik dan ujian klinikal yang membuktikan penggunaan cicak tokek mampu menjadi penawar kepada penyakit-penyakit tertentu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.

Sebelum ini laporan akhbar pernah menyebut permintaan cicak tokek amat tinggi dan didakwa dijual pada harga ratusan ribu bagi seekor cicak jika ia dijual.

Ada juga dakwaan yang menyebut cicak ini mampu mengubati penyakit HIV bagaimanapun sehingga kini tiada kajian yang dapat mengesahkan kesahihannya.

“Justeru, Jawatankuasa Muzarakah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum memakan cicak tokek adalah haram di sisi Islam.

“Manakala untuk tujuan perubatan penggunaan cicak tokek adalah diharuskan dengan syarat keberkesanannya dapat dibuktikan sekiranya tiada alternatif ubat lain yang boleh digunakan bagi merawat penyakit berkenaan,” katanya.

Mei lalu, media melaporkan seorang ahli perniagaann Nazaruddin Saidin diculik berpunca daripada keinginannya bertemu dengan penjual cicak tokek, yang hanya dikenali sebagai Ghafar , di selatan Filipina.

Nazarudin, 38, bapa kepada enam orang cahaya mata ini dilaporkan diculik sekumpulan 10 lelaki bersenjata ketika berada di selatan Filipina ketika dia sedang menguruskan pembelian cicak tokek di negara tersebut. Sehingga kini pihak berkuasa masih belum dapat menemuinya.

http://www.kl-today.com/2011/07/makan-ubat-cicak-tokek-haram/

Monday, January 10, 2011

Lelaki jual sijil lahir 4 anak

JOHOR BAHRU: “Sejak petang semalam (kelmarin), kami hanya meneguk teh-o bagi mengisi perut. Sebelum itu anak sulung pernah meluahkan hasrat untuk mencuri sardin dari kedai runcit berhampiran kerana kami semua kelaparan,” kata penghidap HIV, Roslina Abu Bakar, 40, ketika ditemui di rumah sewanya di Flat Taman Selesa Jaya, Skudai di sini, semalam.

Roslina yang berasal dari Gelang Patah tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kini menanggung empat anak berusia antara lapan dan 18 tahun selepas ditinggal suami enam tahun lalu.


Menurutnya, mereka sekeluarga kini terpaksa menahan lapar, malah ada kalanya tidak menjamah makanan selama beberapa hari.

“Walaupun lapar, saya menghalang anak sulung mencuri makanan. Saya usahakan dengan bekerja sambilan dengan mana-mana pihak yang sanggup menawarkan pekerjaan.


“Bukan mudah mendapat kerja walaupun sambilan memandangkan ramai memandang serong kerana saya penghidap HIV,” katanya.


Akibat kedaifan hidup juga, semua empat anak Roslina gagal mendapatkan peluang pendidikan, lebih menyedihkannya apabila anaknya yang sulung berhenti sekolah selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Anak keduanya pula berhenti ketika berada di tahun dua manakala anak ketiga dan bongsu pula tidak pernah bersekolah.


“Saya ada membuat permohonan kepada banyak pihak untuk membantu persekolahan anak, tetapi semuanya tiada jawapan malah ada yang berdalih memberikan pelbagai alasan.

“Saya merayu kepada mana-mana pihak membantu anak kerana pendidikan penting buat mereka, jangan pinggirkan mereka kerana membenci saya,” katanya.


Menceritakan detik permulaan kesukaran hidup mereka sekeluarga, Roslina mengatakan dia ditinggal suami selepas rahsia lelaki terbabit menghidap HIV diketahui umum.


Pada masa sama, suaminya itu turut melarikan empat sijil kelahiran anak mereka sebelum dijual dan tidak lama kemudian, mereka sekeluarga diusir anggota keluarga sendiri dari kediaman sewa, malah ada yang tidak mengaku saudara.


“Mereka mungkin bimbang penyakit ini berjangkit dan kerana itu sanggup meminggirkan kami sekeluarga, sejak itu, kami hidup berpindah randah,” katanya.


Roslina memohon pihak bersimpati supaya membantu persekolahan anaknya kerana mereka semua bebas dari HIV dan wajar diberikan peluang menjalani kehidupan normal serta lebih bermakna demi masa depan masing-masing.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakijualsijillahir4anak/Article/index_html

Saturday, November 27, 2010

Kes HIV banyak dijangkiti melalui hubungan seks

Nov 24, 10 3:33pm

Orang ramai khasnya kaum wanita di negara ini dinasihati agar menyedari cara dan trend HIV menjangkiti mereka, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie.

Katanya, ini kerana kini lebih ramai wanita dan remaja perempuan di negara kini dijangkiti HIV menerusi hubungan seks berbanding melalui suntikan sebelum ini.

"Kini trend baru pesakit HIV baru di negara ini dijangkiti menerusi hubungan seks berbanding sebelum ini jangkitan HIV di kalangan penagih dadah melalui suntikan," katanya dalam ucapan pada pelancaran perbincangan meja bulat mengenai kedudukan Wabak HIV dan Aids di Malaysia di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara, Datuk Aminah Abdul Rahman.

Heng berkata, kebanyakan wanita dan budak perempuan di Asia kini dijangkiti virus itu menerusi hubungan seks dengan suami atau teman lelaki mereka yang menghidapi HIV.

Katanya, menurut laporan Suruhanjaya Mengenai AIDS di Asia 2008, lelaki yang telah dijangkiti HIV menerusi penggunaan dadah suntikan (IDU) dan mengadakan hubungan seks rambang, akan meningkatkan lagi jumlah wanita dijangkiti penyakit itu pada masa akan datang.

Sehubungan itu, katanya, sukatan mata pelajaran mengenai Kesihatan Reproduktif dan Pendidikan Sosial akan diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun hadapan.

"Sukatan mata pelajaran itu akan membolehkan remaja kita lebih melindungi diri mereka daripada gejala sosial seperti mengadakan hubungan seks haram dan memastikan mereka berpengetahuan dalam peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki, wanita, remaja lelaki dan remaja perempuan," katanya.

Perbincangan meja bulat itu yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia dihadiri 100 orang pegawai kanan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertujuan menyediakan satu landasan bagi membincangkan pembangunan dan kemajuan wabak HIV di Malaysia.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/149047

Friday, November 12, 2010

Tak Bimbang Mati Tepi Jalan

Isnin November 8, 2010

LAUNGAN azan menandakan masuknya waktu solat Asar berkumandang di Darul Ukhuwah. Hati amat tersentuh apabila pengurus rumah perlindungan itu memberitahu lontaran azan merdu itu keluar dari mulut penghuni rumah itu sendiri. Siapa sangka!

Sebelum menantikan masuknya waktu Asar, penulis sempat minum petang bersama-sama mereka. Malu dan tersipu-sipu mereka cuma seketika sahaja. Walaupun tidak pernah bersua, mereka tetap mesra, menyambut baik kehadiran insan yang dinamakan tetamu.

Nyata, kesemua 15 penghuni yang ada menyimpan pelbagai kisah dan cerita. Ada yang berkongsi bersama penulis dan ada juga yang sebaliknya, segan barangkali.

Yang pasti, cerita Pak Ya, penghuni berusia 50 tahun ini agak tragis. Pak Ya, atau nama sebenarnya Yahya Hasan merupakan salah seorang daripada penghuni yang terpaksa menggunakan ‘empat kaki’ untuk bergerak.

Waktu makannya bertemankan tongkat, tongkat jugalah menjadi teman tidurnya. Paling mengagumkan, dengan tongkat itu jugalah Pak Ya menunaikan solat.

Sebelum ke Darul Ukhuwah, dia pernah menumpang kasih di gereja selama dua tahun kerana hilang tempat berteduh gara-gara dia menghidap HIV.

“Masa itu saya tiada pilihan. Saya tak mahu mati di tepi jalan dan merempat. Hanya gereja yang terima orang macam saya,” Pak Ya membuka cerita.

Sebagai penghuni paling lama di Darul Ukhuwah, dia bersyukur kerana akhirnya ada juga saudara seagama yang prihatin terhadap nasib dia dan rakan-rakan bernasib sama.

Pak Ya, bekas penagih dadah dan pernah beberapa kali keluar-masuk Pusat Serenti ini mengakui kehidupannya lebih baik selepas berpindah ke Darul Ukhuwah.

“Di gereja pun bagus, mereka layan macam menatang minyak yang penuh. Tapi di sini hidup saya lebih bermakna sebab aktiviti yang dapat membentuk peribadi mulia. Ada ceramah, solat jemaah dan sebagainya. Penjagaan kesihatan pun tak diabaikan,” katanya.

Menurutnya, dia hidup sebatang kara sejak sekian lama.

“Saya pernah ada isteri tapi dah bercerai. Anak pun ada, tapi mereka tak sanggup nak jaga saya sebab mereka pun belum stabil dan kehidupan sendiri yang perlu dijaga,” katanya, pilu.

Pak Ya terdiam seketika apabila ditanya tentang masa depannya sebelum menjawab: “Kalau boleh saya nak keluar dan bekerja macam orang lain. Tapi saya tak mampu nak buat macam tu,” ujarnya.

Pun begitu, Pak Ya mengakui dirinya semakin pulih, sihat dan bersemangat sejak berada di Darul Ukhuwah.

Malah, dia bertambah gembira kerana anaknya juga sudi beberapa kali menjenguk dirinya di situ walaupun tidak selalu.

Walau sakit dan bertongkat, Pak Ya tidak pernah lupa tanggungjawab menunaikan solat

Ibu bapa malu

Fara (bukan nama sebenar), 27, merupakan wanita pertama yang mendapatkan perlindungan di Darul Ukhuwah.

Dia yang disahkan menghidap HIV ketika kandungannya berusia tujuh bulan akhirnya disisihkan ibu bapa dan keluarga kerana tidak sanggup menanggung malu.

“Ibu bapa boleh terima kenyataan saya ada HIV. Tapi sampai sekarang mereka tak bagi saya bawa balik anak ini ke kampung sebab malu dengan jiran dan sanak saudara,” katanya.

Selepas melahirkan bayi luar nikah, Fara tiada tempat untuk dituju. Atas saranan pihak hospital, dia bersetuju dibawa ke sebuah pusat penjagaan khusus untuk mereka yang senasib dengannya.

“Saya terkejut bila dihantar ke gereja, tapi saya tiada pilihan. Selepas seminggu di situ, mujur ada orang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) datang dan bawa saya keluar,” katanya.

Cerita Fara, pada mulanya ‘bapa’ kepada anaknya yang berusia 10 bulan itu menunjukkan tanda-tanda untuk bertanggungjawab walaupun tahu dia menghidap HIV. Tetapi sejak kebelakangan ini sikapnya mula berubah.

“Saya tanya dia, sebab apa? Sebab saya sakit ke? Dia jawab tidak dan bagi alasan. Tapi saya tahulah dia nak tinggalkan saya sebab saya sakit. Bukan semua lelaki nak terima orang macam saya sebagai isteri,” katanya sedih.

Mengimbas kisah silamnya, Fara yang berasal dari Pantai Timur pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel di ibu kota.

Setiap malam, dia akan bertukar-tukar pasangan dan melakukan hubungan seks walaupun dengan lelaki yang baru dikenali.Apa yang mahu dilakukannya sekarang ialah membesarkan anaknya itu walau sesusah mana sekali pun.

“Masa mengandung dulu, ada juga perancangan nak gugurkan kandungan. Tapi bila dah selamat lahir, saya rasa tak sanggup kehilangan dia. Ramai yang nak ambil sebagai anak angkat pun saya tak bagi,” katanya.

Fara juga mengaku menyesal terhadap perbuatannya yang lalu dan berazam tidak akan mengulanginya lagi.

“Penyakit ini adalah balasan kepada perbuatan saya yang lalu. Saya nasihatkan kepada remaja di luar sana supaya berfikir sebelum bertindak,” katanya.

Sakit, tapi mahir menjahit

Menjahit juga menjadi salah satu aktiviti penghuni di sini

Zack, 54, melahirkan rasa syukur kerana wujudnya rumah perlindungan seperti ini.

Selepas sembilan bulan terlantar di hospital, dia akhirnya dibawa ke Darul Ukhuwah oleh pengasas rumah ini.

Berbeza dengan penghuni lain, Zack mahir menjahit pakaian dan menerima tempahan. Oleh kerana itu, setiap hari dia menghabiskan masanya menjahit baju kurung, kebaya dan baju Melayu yang ditempah orang ramai.

“Keluarga memang sisihkan saya, isteri pun tak ada. Syukur kerana ada tempat ini, malah pihak pengurusan menghargai bakat dan kemahiran saya.

“Duit upah itu bolehlah dijadikan duit poket dan disumbangkan kepada Darul Ukhuwah,” katanya.

Disahkan menghidap HIV pada 2006, dia tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan dirinya jika dia tidak berada di situ.

Pernah terlibat dengan dadah, dia mengaku sudah banyak berubah berbanding dirinya yang dahulu.

http://mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2010/11/8/mstar_mingguan/20101108112834&sec=mstar_mingguan

Tuesday, November 9, 2010

Remaja terima darah HIV kini hidap AIDS


MUHD. KHAIRUN memeluk remaja lelaki malang yang kini dijangkiti AIDS di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.

Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.

Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.

"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.

"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.

Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1109&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Monday, May 10, 2010

Wanita HIV meningkat

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
2010/05/10

KUALA LUMPUR: “Jumlah wanita yang menghidap HIV dikesan semakin meningkat apabila 15 orang daripada 1,000 wanita dikesan menghidap penyakit itu,” kata Timbalan Pengerusi Majlis Aids Malaysia, Datuk Mohd Zaman Khan.

Beliau berkata, jumlah itu semakin membimbangkan kerana bukan saja lelaki menghidap virus itu, malah golongan hawa terjebak dengan dunia penagihan, pelacuran turut dijangkiti selain dibawa suami.


Menurutnya, pertukaran jarum suntikan dan seks bebas menjadikan pesakit HIV kini meningkat 86,000 sejak tahun 1986.


“Dalam tempoh berkenaan pesakit HIV di kalangan wanita juga semakin tinggi daripada peringkat umur 15 tahun ke atas dengan jumlah 21,000 orang.


“Penagihan dadah yang semakin menjadi-jadi termasuk pertukaran jarum suntikan antara mereka membuatkan virus itu mudah merebak seterusnya menjadikan sistem ketahanan badan pesakit lemah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Jangan Tinggal Daku, Rumah Perlindungan HIV Muslim Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah di Sungai Buloh, di sini, semalam. Turut hadir Penasihat Darul Ukhwah merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Ijabah, Mohamad Abdullah.


Mohd Zaman berkata, jiwa remaja yang memberontak menarik mereka terjebak dalam dunia penagihan melalaikan sehingga memusnahkan masa depan.


Katanya, gejala itu boleh dikurangkan sekiranya masyarakat tidak terbabit dengan dadah, mengambil tahu dan mengambil berat di antara satu sama lain.


“Masyarakat terutama golongan muda terjebak ke kancah itu boleh kembali ke pangkal jalan seterusnya mengelak menghidap virus itu.


“Selain itu, masyarakat perlu menerima pesakit HIV bagi memulihkan mereka dan bukan menyisihkan mereka kerana ia memberi kesan lebih teruk,”
katanya.

Beliau berkata, masyarakat tidak boleh memandang hina dengan menganggap mereka jijik kerana ia akan meningkatkan lagi jumlah pesakit.


“Dengan adanya rumah Perlindungan HIV Muslim Darul Ukhwah Yayasan al-Ijabah dapat memberi harapan kepada mereka kembali ke pangkal jalan dengan bimbingan petugas menekankan aspek pemulihan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/WanitaHIVmeningkat/Article

Sunday, June 21, 2009

233 bakal pengantin hidap HIV

KOTA BHARU – Seramai 233 bakal pengantin di negeri ini disahkan menghidap penyakit HIV/AIDS sepanjang tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah (Kesihatan Keluarga), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Hasbullah Abdul Rahman berkata, mereka dikesan daripada 172,067 orang yang menyertai ujian saringan praperkahwinan.

Bagaimanapun, seramai 12 orang bakal pengantin yang disahkan dijangkiti penyakit itu meneruskan rancangan mereka untuk berkahwin.

Katanya, bakal pengantin itu didakwa enggan menerima nasihat pihak berkuasa untuk mengelakkan pasangan mereka turut dijangkiti penyakit tersebut.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Monday, March 30, 2009

Apa dosa golongan HIV/AIDS?

Ada yang mendesak penghidapnya dikuarantin, manakala yang lain mahukan nama mereka didedahkan kepada umum. Sebenarnya, kes jangkitan HIV/AIDS bukan hanya berlaku di kalangan pekerja seks atau penagih dadah.


TERKEJUT dengan perbahasan Parlimen tentang isu HIV/AIDS, Danisha (dari kiri), Fauziah dan Rina tampil memperjelas salah tanggapan itu.


BERGEGAR lagi rumah Majlis AIDS Malaysia (MAC) dan mereka yang berada di bawah naungannya. Kali ini kerana cadangan daripada beberapa ahli Parlimen yang mengatakan bahawa golongan yang hidup dengan HIV/AIDS ‘sengaja mencari’ jangkitan itu.

Kalau itu belum cukup menyinggung, ada pula yang mencadangkan usul polisi sulit identiti penghidap HIV/AIDS didedahkan agar dapat mengurangkan keresahan awam.

Tanpa membuat rujukan, ‘tuduhan’ seterusnya menghala ke satu arah sahaja iaitu menyalahkan dunia pelacuran dan dadah semata-mata.

Sebelum ini, ada seorang pemimpin politik yang lain mencadangkan golongan ini ditempatkan di sebuah pulau yang terpencil.

“Apa yang disebutkan mereka ini adalah contoh sikap tidak ambil peduli. Sungguh luar biasa apa yang dikatakan itu kerana kekecohan yang ditimbulkan tidak berasaskan fakta dan situasi sebenar,” tegas Pengurus Program di Yayasan Pink Triangle (YPT), Danisha Monish.

Menurut statistik Pusat Sumber MAC tentang jumlah kes HIV/AIDS, sehingga Jun tahun lalu hanya sebanyak 43 kes jangkitan berlaku di kalangan pekerja seks, sementara 127 kes lagi melibatkan suri rumah.




“Ini belum mengambil kira kes yang berlaku di kalangan pelajar, pekerja industri hinggalah kepada kakitangan kerajaan,” ujarnya.

Statistik itu jelas menunjukkan bahawa peratusan kes jangkitan kini lebih cenderung terjadi di kalangan individu yang menjadi mangsa jangkitan dalam senyap, dan bukan daripada golongan berisiko tinggi seperti pekerja seks dan penagih dadah.

“Kita perlu terima hakikat bahawa golongan penghidap HIV/AIDS hidup di sekeliling kita, sama ada mereka yang sudah terdaftar dalam statistik ini ataupun yang masih tersembunyi,” tambahnya yang mahukan pemahaman mesej dan maklumat HIV/AIDS diperkasa.

Malah, menurut Danisha, banyak kes jangkitan dilaporkan terjadi di kalangan pekerja profesional.

“Adakah adil jika orang yang sama-sama berkhidmat dan menyumbang untuk masyarakat dan negara dihukum sebegitu?” kata Pengurus Program Kanan di YPT, Yusmar @ Mitch.

“Apa rasionalnya mereka ini dipinggirkan dan dimalukan lagi dengan pendedahan identiti mereka kepada umum? Negara pastinya akan kerugian banyak tenaga profesional jika golongan HIV/AIDS dinafikan hak untuk hidup bermasyarakat,” tegasnya.

Danisha dan Yusmar menekankan, kalau usul meminggirkan golongan HIV/AIDS dibuat kerana takut akan ancaman jangkitan atau menimbulkan keresahan, perkara yang sama juga perlu dibuat kepada pesakit hepatitis. Penyakit itu sebenarnya lebih berbahaya dan mudah dijangkiti.

“Walau apa pun, pencegahan lebih penting daripada rawatan. Sebab itulah pentingnya proses pendidikan yang berterusan,” tambah Danisha yang hairan projek pendidikan seks masih belum dilaksana sepenuhnya.

Sedangkan melaluinya, generasi muda boleh didedahkan dengan perkara penting seperti sistem reproduksi, soal gender dan seksualiti, jangkitan penyakit dan pengurusannya, seks selamat dan seterusnya selok-belok hidup bersosial.

“Semua itu malangnya tidak dapat mereka dalami, lebih-lebih lagi kerana kongkongan budaya dan institusi keluarga yang menganggapnya tabu,” rumus Yusmar.

Koordinator Pusat Sehenti YPT yang dikenali sebagai Rina pula menambah, isu HIV/AIDS sering digembar-gembur tanpa matlamat sedangkan ia perlu diberi tumpuan secara adil dan bersama.

“Kami sudah berusaha bertahun-tahun untuk menyedarkan orang ramai tentang perkara ini.

“Golongan yang hidup dengan HIV/AIDS juga sudah ramai yang diberi semangat untuk meneruskan hidup dan terus berbakti dalam bidang yang mereka boleh sumbangkan,” ujarnya.

“Alangkah sia-sia semua usaha kami itu kalau saat melangkah ke dunia luar, golongan ini ditekan dengan diskriminasi, konfrontasi, penghinaan sosial dan juga stigma yang tidak berakhir,” rumus Yusmar.

Keresahan awam tentang isu ini sebenarnya terjadi apabila kita ‘malas’ untuk mengambil tahu perkembangan di sekeliling kita hinggakan mendapat gambaran yang kurang tepat tentang HIV/AIDS.

Hanya apabila semua sensitiviti ini sudah diambil kira, langkah seterusnya adalah dengan membincangkan isu ini dengan lebih intelek di dalam masyarakat kita, baik di rumah ataupun di Parlimen.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Monday, February 23, 2009

Jangkitan HIV naik 2 peratus

KUALA LUMPUR: Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap kes jangkitan HIV dikalangan wanita menunjukkan peningkatan dua peratus daripada 14 peratus kes pada 2007 kepada 16 peratus tahun lalu.

Ahli Exco Yayasan Pink Triangle (PT Foundation), Khartini Slamah yang mewakili Pengerusi Yayasan, Hisham Hussein berkata, peningkatan itu amat membimbangkan kerana ia hanyalah berdasarkan kes dilaporkan.

Hingga tahun lalu katanya, hanya 82,704 kes jangkitan HIV berjaya dikesan sejak kes pertama pada 1986, sedangkan jumlah penghidapnya mungkin lebih tinggi daripada jangkaan pihak berkuasa.

Menurutnya, ramai daripada penghidap HIV ini enggan mendapatkan rawatan sepatutnya akibat kurang pengetahuan mengenai cara rawatan disediakan.

“Di samping itu, kita tidak boleh mengandaikan kebanyakan penghidap HIV ialah golongan penagih dadah kerana kini semua orang mendapat jangkitannya jika tidak berhati-hati terutamanya golongan wanita,” katanya ketika berucap di Majlis Hari Peringatan Sedunia 2009 dan Pelancaran Projek Kesedaran HIV/AIDS di Kelab Taman Perdana Diraja, Tasik Perdana di sini, semalam.

Program berkenaan dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan. Hadir sama Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datin Zahillah Mohd Taib.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090223085015/Article/index_html

Thursday, January 1, 2009

MCA tolak ujian HIV bakal pengantin


KUALA LUMPUR - MCA membantah rancangan mewajibkan masyarakat bukan Islam menjalani ujian saringan HIV kepada bakal pengantin untuk mengelak penyakit itu berjangkit.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, ujian itu hanya untuk memperoleh pengesahan sama ada seseorang itu dijangkiti tetapi tidak pula diikuti tindakan susulan.

"Ia mengenai kerahsiaan mereka (bakal pengantin) yang diuji. Kita mesti pastikan identiti mereka dirahsiakan kerana ini adalah stigma sosial," kata bekas Menteri Kesihatan itu pada sidang akhbar di sini semalam.

Baginya, apa yang lebih penting ialah wujudkan kesedaran terhadap bahaya HIV sebelum menjadikan ujian itu mandatori.

Cadangan ujian itu disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20 Disember lalu sebelum diikuti pengumuman bahawa pasangan Muslim akan diwajibkan menjalani saringan ujian HIV mulai tahun ini.

Dalam reaksi segera, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz ketika dihubungi malam tadi menyifatkan ujian HIV kepada bukan Islam itu soal kebajikan dan perlu difikirkan secara serius oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

"Kami melihat isu ini penting untuk umat Islam tetapi ia juga satu isu kesihatan dan kualiti hidup merentasi kaum dan agama," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Thursday, December 25, 2008

Sukarela bukan mandatori

Oleh PROFESOR DR. ADEEBA KAMARULZAMAN

Panduan Antarabangsa mengenai HIV/AIDS dan Hak Asasi Manusia menyatakan hak seseorang individu yang hidup dengan HIV akan teraniaya dengan adanya ujian mandatori bakal pengantin.



MAJLIS AIDS Malaysia menggalakkan dan menyalurkan idea kepada bakal pengantin tidak kira agama dan bangsa untuk menjalani ujian HIV secara sukarela. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


ISU ujian saringan HIV yang diwajibkan ke atas bakal pengantin Islam menjadi perdebatan di Malaysia sejak ia diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Johor pada tahun 2001.

Memandangkan kadar peningkatan jangkitan HIV terhadap kaum wanita semakin meningkat sejak kebelakangan ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi bagi ahli jawatankuasa Kabinet mengenai AIDS mengumumkan polisi ini akan dilaksanakan serta merta bermula Januari 2009.

Majlis AIDS Malaysia turut prihatin dan memandang serius mengenai kadar jangkitan HIV yang meningkat dalam kalangan wanita.

Walaupun polisi mandatori ujian HIV untuk bakal pengantin ini akan membuatkan ujian HIV mudah didapati, namun kami tidak dapat menyokong tindakan supaya ujian ini dilakukan secara mandatori.

Kami ingin menegaskan bahawa ujian saringan HIV yang diwajibkan buat bakal pengantin Islam bukanlah satu penyelesaian ke atas peningkatan wabak HIV dalam kalangan wanita berdasarkan sebab-sebab perubatan dan sosial seperti di bawah ini.

Pertama, ujian saringan HIV untuk bakal pengantin hanya dilakukan sekali sahaja, namun risiko bagi jangkitan HIV adalah seumur hidup.

Keputusan negatif tidak menjamin seseorang akan kekal negatif sekiranya seseorang itu tidak meninggalkan tabiat buruk dengan melakukan aktiviti berisiko tinggi seperti seks yang tidak selamat dan perkongsian jarum dalam penagihan dadah. Ini bermakna keputusan negatif ini tidak membawa sebarang jaminan keselamatan bebas HIV kepada pasangan tersebut.

Kedua, ujian HIV mandatori ini menampakkan kesan yang terhad dalam mengawal jangkitan HIV tanpa perantaraan yang khusus diambil untuk mencegah jangkitan ini.

Contoh utama yang boleh kita lihat adalah ujian saringan HIV yang diwajibkan kepada penagih dadah yang ditempatkan di pusat-pusat serenti dan penjara, di mana polisi ini telah pun dikuatkuasakan pada pertengahan tahun 1990-an.

Walaupun kos pelaksanaan polisi ini melibatkan berjuta-juta ringgit, namun kadar peningkatan jangkitan HIV bagi penagih dadah kian meningkat setiap tahun. Oleh itu, tanpa disertakan khidmat kaunseling dan peralatan yang lebih efektif untuk mengubah tabiat berisiko ini termasuk penggantian opiat terapi dan penggunaan jarum serta picagari yang bersih, penagih dadah dan pasangannya masih berisiko tinggi untuk dijangkiti HIV walaupun telah menjalani ujian saringan HIV beberapa kali sekalipun.

Ketiga, adalah amat mustahil segala keputusan ujian dijamin sulit dan dirahsiakan. Oleh kerana tahap stigma dan diskriminasi yang tinggi dan sedia ada pada masyarakat kita terhadap HIV, ujian mandatori ini akan membuatkan pengidap HIV serta ahli keluarganya tersisih dan dibuang dari sesebuah komuniti. Ini akan mengakibatkan kehidupan mereka menderita dan sengsara.

Keempat, memberitahu seseorang individu mengenai keputusan HIV positif mestilah diiringi dengan maklumat yang mencukupi dan tepat termasuk potensi jangkitan selanjutnya serta pendekatan faedah-faedah perubatan. Adalah amat mustahil pihak bertanggungjawab melaksanakan polisi ini termasuk pegawai-pegawai agama.

Daripada sudut perspektif kesihatan awam dan ekonomi, polisi ini akan mempunyai kesan terhad dan nilai dalam masyarakat kita di mana kadar jangkitan HIV pada keseluruhannya dalam kalangan penduduk awam adalah rendah.

Kita akan melakukan ujian saringan ke atas beribu-ribu orang di mana mereka tergolong dalam kumpulan berisiko rendah dan ini berkemungkinan, kita dapat mengesan sebilangan kes sahaja.

Pada pendapat kami, terdapat banyak lagi program-program lain yang terbukti keberkesanannya dalam mencegah epidemik HIV terutama dalam kalangan berisiko tinggi.

Ini termasuk peruntukan maklumat HIV yang tepat, pendidikan dan promosi kondom untuk pekerja-pekerja seks serta pelanggan-pelanggan mereka dan golongan homoseksual. Pada pendapat kami, kumpulan itu harus diberi keutamaan yang lebih tinggi dalam soal peruntukan sumber dan pelaksanaannya.

Mengawal jangkitan HIV dalam kalangan kumpulan ini akan mengurangkan kadar jangkitan di dalam komuniti masyarakat am, memandangkan golongan yang terpinggir ini tidak hidup dalam isolasi.

Tambahan pula jika dikaji dengan lebih mendalam demografiknya, bagi wanita Malaysia yang dijangkiti HIV, majoritinya dijangkiti melalui suami atau pasangannya yang merupakan seorang penagih dadah.

Oleh itu, antara langkah terbaik yang boleh diambil untuk mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan wanita adalah dengan mengawal jangkitan HIV khususnya dalam kalangan lelaki yang terlibat di dalam penagihan dadah. Apa yang diperlukan segera adalah liputan luas mengenai program-program yang telah terlaksana kini seperti penjagaan terapi metadon dan program pertukaran jarum.

Seterusnya, dengan memberi kuasa kepada wanita dalam komuniti masyarakat dan menyediakan ilmu pengetahuan yang lengkap mengenai bagaimana jangkitan HIV boleh dan tidak boleh berlaku, ia adalah sesuatu yang jauh lebih berkesan dan efektif dalam melindungi kaum wanita ini.

Satu kajian yang telah dibuat ke atas wanita HIV positif di Kota Bharu, Kelantan mendapati walaupun isteri mengetahui suaminya merupakan seorang penagih dadah yang HIV positif, isteri tersebut tidak dapat berbincang dengan suaminya untuk melakukan hubungan seks secara selamat dengan menggunakan kondom. Jelas sekali bagi wanita-wanita ini, ujian saringan HIV bakal pengantin tidak memberikan sebarang jaminan untuk melindungi mereka daripada dijangkiti.

Bagaimanapun, Majlis AIDS Malaysia menggalakkan dan menyalurkan idea kepada bakal pengantin tidak kira agama dan bangsa untuk menjalani ujian HIV secara sukarela bagi mengetahui status HIV mereka.

Ujian secara sukarela ini lebih berkemungkinan dapat mengubah tingkah laku dan tabiat seseorang untuk mengelak dan mengawal jangkitan HIV kepada individu lain.

Penulis adalah Presiden Majlis AIDS Malaysia

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1224&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Sunday, December 21, 2008

Apa dosaku?


Oleh ZAINUDDIN ZAIN dan NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
metahad@hmetro.com.my

GEORGETOWN: “Apalah dosa saya. Kalau saya kaki perempuan atau penagih dadah, saya boleh terima hakikat ini, namun saya tidak pernah melakukan semua perkara terkutuk itu.

“Sebab itu saya buntu dan sukar percaya apabila doktor sahkan saya pembawa virus HIV,”
kata pemuda berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal.

Kamal berkata, dia disahkan doktor sebagai pembawa virus maut itu pada Julai lalu selepas menjalani ujian saringan sebagai syarat untuk melangsungkan perkahwinan.

“Seingat saya juga, saya tidak pernah menjalani pemindahan darah. Saya dimasukkan ke hospital hanya sekali iaitu ketika berusia 12 tahun. Itupun kerana patah kaki selepas terbabit kemalangan jalan raya,” katanya kepada Metro Ahad.

Sehubungan itu, kata Kamal, dia berasa dunianya cukup gelap apabila ujian mengesahkan dia pembawa virus HIV.

Menurutnya, ada ahli keluarganya mengesyaki dia mendapat virus itu daripada ibu bapanya, tetapi dia tidak mahu memikirkan kemungkinan itu kerana kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia.

“Ibu saya meninggal pada 2000 kerana barah otak pada usia 40 tahun, manakala ayah pula pada 2002 kerana barah paru-paru ketika berusia 42 tahun.

“Saya tidak mahu menuding jari ke arah ibu dan ayah saya kerana mereka menjaga kami adik-beradik dengan baik. Saya tidak mahu ada prasangka buruk terhadap mereka,”
katanya.

Lagipun, kata Kamal, dia tidak pernah melihat tanda sama ada ibu atau bapanya menghidap HIV sepanjang hidup mereka.

“Yang pasti, sejak disahkan pembawa virus HIV, hidup saya sungguh tertekan, apatah lagi tiada pihak dapat memberi jawapan bagaimana saya boleh dijangkiti. Hanya Allah tahu perasaan saya sekarang,” katanya.

Menurutnya, apabila dia menceritakan masalah dialaminya kepada beberapa pihak, ada yang menuduhnya penipu dan menjauhinya, menyebabkan dia hanya memaklumkannya kepada insan yang akrab dengannya.

“Setakat ini, selain saudara yang rapat, hanya seorang rakan tahu saya positif dijangkiti HIV dan mereka memberi semangat untuk saya melawan penyakit ini,” katanya.

Namun, kata Kamal, penerimaan daripada tunang serta keluarganya sungguh menyedihkan dan mereka seolah-olah menjatuhkan hukuman ke atasnya sebaik saja dia disahkan pembawa HIV.

“Bayangkan saya menjalani ujian saringan HIV bersama bakal isteri kerana kami sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu, tetapi kini semuanya hancur berkecai.

“Orang yang saya cintai dan impikan untuk hidup semati dan membina keluarga bersama bukan saja tidak faham, sebaliknya terus meninggalkan saya, termasuk tidak lagi menjawab panggilan telefon.

“Tarikh 15 Julai 2008 akan saya terus kenang seumur hidup kerana wanita yang sepatutnya menjadi isteri saya memandang saya dengan renungan menjijikkan,”
katanya.

Kamal berkata, dia mengenali bakal isterinya yang juga berusia 24 tahun secara tidak sengaja apabila tersilap mendail nombor telefon.

“Sejak itu kami sering berbalas SMS. Secara kebetulan, rumahnya terletak bersebelahan kampung saya di Kelantan. Sehubungan itu, setiap kali pulang ke kampung, saya pasti akan menziarahinya.

“Selepas berkawan kira-kira tiga tahun, kami bertunang Februari lalu dengan menetapkan perkahwinan enam bulan kemudian (Ogos lalu).

“Kini, keluarganya menghalang saya berjumpanya. Saya juga diberitahu, tunang saya ‘dilarikan’ ke Terengganu supaya saya tidak berusaha mencarinya,”
katanya.

Mengenai kehidupannya sekarang, Kamal yang juga anak sulung tiga beradik berkata, dia hidup berseorangan kerana bekerja di Pulau Pinang manakala dua adiknya kini tinggal di Kelantan.

“Saya terpaksa berlakon dengan bersikap biasa di tempat kerja kerana tidak mahu orang lain tahu keadaan diri saya kerana bimbangkan penerimaan mereka.

“Saya bekerja keras setiap hari kerana hanya dengan bekerja dapat menghilangkan kesedihan dan keresahan di dalam diri saya,”
katanya.

Kamal berkata, ketika di rumah pula, dia banyak menghabiskan masa dengan bersembahyang dan mengaji al-Quran.

“Saya mengamalkan beberapa surah selain banyak berzikir kerana yakin ini ujian Allah dan di sebalik orang berkata HIV tidak dapat diubati, saya yakin tidak ada penyakit yang tiada penawar di dunia ini.

“Saya mengamalkan perubatan homeopati dan membayar sehingga RM1,500 sebulan untuk kos ubat,”
katanya.

Apabila ditanya kenapa dia tidak mendapat rawatan di hospital kerajaan kerana ubatnya percuma, Kamal berkata, dia dimaklumkan harapan untuk sembuh dengan perubatan homeopati adalah lebih tinggi.

“Saya sekadar mencuba. Semuanya ketentuan Allah. Setakat ini saya menjalani tiga ujian saringan, masing-masing dua di Kelantan dan sekali di Pulau Pinang, dan ia masih positif menunjukkan saya pembawa virus HIV,” katanya.

Ditanya perkara yang ingin diluahkan jika berpeluang berjumpa atau bercakap dengan tunangnya, Kamal berkata:

“Saya hanya berharap dia menerima saya sebagai rakan kerana sedar dengan kejadian ini, tiada wanita mahu menjadikan saya suami mereka, walaupun angan-angan saya memang untuk berkeluarga dan mempunyai anak.

“Saya juga akan meminta tunang tidak menyisihkan saya kerana kami pernah ada perasaan kasih dan sayang dulu. Apa yang berlaku bukan kehendak saya.

“Biar satu dunia tidak percayakan saya, tetapi saya yakin Allah SWT tahu perkara sebenar dan saya akan terus bersabar dengan ujian yang cukup besar ini.”

http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20081220231652/Article

Saturday, December 20, 2008

Jangan kecualikan bukan Islam

Oleh AHMAD SHAHRIR SAID
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta supaya dasar ujian saringan Human Immunodeficiency Virus (HIV) turut dikenakan ke atas bakal pengantin bukan Islam.

Menurut mereka, langkah itu perlu dibuat supaya usaha untuk mengurangkan jangkitan HIV di kalangan bakal pengantin tidak hanya terhad kepada pasangan Islam.

Timbalan Presiden Majlis Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO), Ramani Gurusamy berkata, ujian tersebut sepatutnya dilakukan kepada semua pasangan yang ingin berkahwin di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.

"Selepas laporan ujian dikeluarkan dan seseorang disahkan menghidap penyakit berbahaya tersebut, satu sesi kaunseling perlu dibuat untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh individu terbabit," katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Ramani meminta supaya tidak wujud sebarang unsur paksaan terhadap setiap pasangan untuk menjalani ujian tersebut sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara sukarela.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin mengumumkan semua bakal pengantin Islam diwajibkan menjalani ujian saringan HIV mulai tahun depan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Thursday, December 18, 2008

Bakal pengantin diwajib ujian HIV


Dec 18, 08 3:07pm

Mulai tahun depan, semua bakal pengantin di seluruh negara diwajibkan menjalani ujian saringan virus HIV, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai AIDS di Parlimen hari ini berkata saringan itu sebahagian daripada kursus praperkahwinan.

Menurut Bernama, langkah itu selaras dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini menunjukkan trend peningkatan.

"Tahun depan, kita akan mewajibkan semua negeri untuk mewajibkan saringan HIV yang jadi sebahagian daripada kursus praperkahwinan," beliau dipetik berkata.

Sebelum ini, hanya beberapa negeri yang mewajibkan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan menjalani saringan HIV.

Negeri-negeri yang telah mewajibkan saringan HIV termasuklah Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Selangor dan Kelantan.

Najib turut melahirkan kebimbangan berhubung peningkatan jangkitan HIV pada wanita akibat hubungan seks secara biasa.

Tahun 1997 mencatatkan peningkatan sebanyak 5.02 peratus dan jumlah itu terus meningkat kepada 16.3 peratus pada tahun lepas.

Dalam sidang media yang sama, Mohd Najib berkata kadar peratusan jangkitan HIV di negara ini dapat dikurangkan sebanyak 50 peratus sejak 2003.

Jumlah kes lima tahun yang direkodkan sebanyak 6,756 jangkitan HIV telah menurun kepada 3,452 kes tahun ini.

Beliau menambah, antara faktor terbesar yang menyumbang kepada penurunan jumlah kes itu termasuk Program Pengurangan Mudarat.

Program itu akan diteruskan untuk mencapai sasaran kerajaan iaitu 11 kes bagi 100,000 penduduk menjelang 2015 berbanding 12.8 kes bagi 100,000 penduduk pada masa kini.

Jumlah jangkitan HIV setakat ini sebanyak 83,527 termasuk 14,317 pesakit Aids serta 12,425 orang meninggal dunia, katanya.

Najib berkata Aids masih merupakan ancaman yang serius di negara ini, lapor agensi berita itu lagi.

"Mengikut perangkaan Program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai HIV/Aids (UNAIDS), Malaysia dikategorikan sebagai sebuah negara wabak tertumpu... maknanya dalam kumpulan-kumpulan tertentu, kumpulan berisiko tinggi.

"Terdapat fenomena yang boleh disabitkan dengan wabak tertumpu,"
katanya.

Katanya mesyuarat hari ini turut memberi fokus kepada kumpulan berisiko tinggi dengan Kementerian Kesihatan akan mengambil pendekatan untuk mendekati kumpulan itu dalam usaha mengurangkan Aids.

http://www1.malaysiakini.com/news/95081

Wednesday, December 17, 2008

Makin ramai wanita dijangkiti HIV


SUBANG JAYA: Kehidupan sosial dengan melakukan hubungan seks bebas antara faktor peningkatan mendadak wanita di negara ini dijangkiti HIV apabila Kementerian Kesihatan mengesan peningkatan kes sebanyak 16.3 peratus tahun lalu berbanding hanya 5.2 peratus pada 1997.

Peningkatan mendadak kes jangkitan HIV di kalangan wanita itu membimbangkan kementerian apabila statistik menunjukkan antara 2003 hingga tahun lalu seramai 75 peratus wanita dijangkiti HIV berusia antara 20 hingga 39 tahun dan kebanyakannya belum berkahwin.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata secara purata, wanita dijangkiti HIV sehingga kini melebihi 12,800 orang dengan 60 peratus daripada jumlah itu ialah wanita sudah berkahwin manakala 40 peratus lagi mereka adalah suri rumah.

Beliau mengarahkan kementerian menubuhkan jawatankuasa bertindak khas bagi mencari jalan supaya wanita di negara ini dilindungi dari virus HIV kerana ada kemungkinan mereka ini dijangkiti virus itu melalui suami dan sebagainya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20081217092935/Article/index_html

Wednesday, December 3, 2008

Tiada kondom, tiada seks


Walaupun menjadi golongan paling bawah dalam struktur sosial di India, namun golongan hijra akan menendang pemandu lori yang tidak mahu menggunakan kondom ketika melanggan mereka.


--------------------------------------------------------------------------------

SAVITHA dilahirkan sebagai lelaki tetapi menjadi seorang gadis pada usia 16 tahun. Sembilan tahun kemudian, beliau menjaja dirinya kepada pemandu-pemandu lori di hentian trak berdebu yang terletak di Bangalore, India.

Sebagai salah satu komuniti hijra iaitu lelaki yang suka berpakaian wanita, transeksual sebelum dan selepas pembedahan dikenali di sini sebagai sida, Savitha telah biasa dengan prejudis dan diskriminasi kerana menduduki tangga terbawah sosial di negara itu.

Namun begitu, beliau dan mereka yang menjual tubuh sepertinya pada harga yang jauh lebih rendah daripada kos sekotak rokok, sedang membantu India menentang penyebaran virus dan penyakit, HIV/Aids.

Walaupun mereka menawarkan khidmat seks pada harga murah dan betapa banyak pelanggan, tetapi jika pelanggan tidak memakai kondom, bermakna tiada seks untuk mereka.

"Sekiranya pemandu lori (pelanggan) tidak mahu memakai kondom dan mereka berkeras dengan kehendak mereka, kami tidak akan melakukannya.

"Sungguhpun kami akan kehilangan seorang pelanggan, tetapi kami dapat menjaga kesihatan kami,"
kata Savitha sambil membetulkan sari berwarna merah jambu yang dipakainya.

Kira-kira 20 minit memandu dari tempat Savitha 'bekerja' iaitu di lebuh raya yang menghubungkan Bangalore dan Pune di barat, Radhamma, seorang lagi transeksual lelaki ke wanita yang telah melakukan pembedahan jantina juga mempunyai peraturan yang sama.

"Kami tidak akan melakukan apa-apa tanpa kondom," kata beliau yang berusia 38 tahun.

Tambahnya: "Sekiranya seorang pemandu atau individu lain yang datang dan mahukan seks tanpa memakai kondom, kami akan menampar dan menghalaunya keluar."

Savitha tinggal bersama tiga lagi individu hijra dalam sebuah hamam atau rumah mandi di Madanayakana Halli yang terletak berhampiran lebuh raya utama, di mana udaranya dipenuhi dengan bau peluh, air kencing, minyak enjin dan asap rokok.

Radhamma menempatkan enam buah hamam di sebelah sebuah stesen petrol di simpang sibuk lebuh raya utama Bangalore ke Pune di Nelamangala.

Kedua-dua tempat itu merupakan lokasi terdesak yang membuatkan pemandu lori terpaksa melakukan seks.

Namun demikian, ketiadaan pendidikan seks formal di sekolah-sekolah dan perbincangan mengenai subjek itu masih dianggap sebagai tabu, tempat-tempat ini merupakan kunci sama ada India akan memenangi atau tewas dalam penentangannya terhadap HIV/Aids.

Kerajaan India menganggarkan antara 2 hingga 3.1 juta penduduk negara itu menghidap HIV/Aids.

Penyebaran penyakit tersebut sebahagiannya berpunca daripada amalan seks yang tidak selamat dalam kalangan 7.7 juta pemandu lori yang mendapat virus itu selepas mengadakan hubungan kelamin dengan pelacur sebelum menyebarkannya kepada isteri atau rakan pemandu mereka.

Hamam yang diduduki Savitha merupakan sebuah teratak berlantaikan batu yang bercahaya suram, di mana tanda-tanda kehidupan yang dapat dilihat ialah kehadiran subang yang diatur rapi di bawah cermin sisi lori yang bertindak sebagai cermin pemerhati, selipar yang ditinggalkan dan baju-baju yang masih tidak dibasuh yang terhimpun di atas sebuah bangku.

Di dinding berwarna merah jambu yang kian terhakis, kelihatan sebuah poster yang menunjukkan wajah tiga orang pemandu lori yang sedang tersenyum.

Dalam bahasa Hindi, poster itu memberitahu agar mereka menjaga badan seperti mana menjaga kenderaan mereka.

Poster itu dikeluarkan oleh Bhoruka Charitable Trust, sebuah organisasi tempatan yang disokong oleh Yayasan Gates yang beroperasi sepanjang jarak 10 kilometer lebuh raya berhampiran dengan tujuan memberitahu pemandu-pemandu lori agar mengamalkan seks yang selamat.

Ia merupakan model untuk kira-kira 15 projek yang telah ditubuhkan di kawasan-kawasan 'panas' lebuh raya di seluruh India, di mana pemandu-pemandu lori mencari seks, alkohol atau kedua-duanya selepas seharian berada dalam keadaan panas dan kotor di jalan yang penuh pencemaran dan berlubang.

Kesemua projek tersebut dipantau oleh Yayasan Perbadanan Pengangkutan India (TCIF), bahagian sosial perniagaan kargo jalan yang utama di India.

Tidak lama lagi Organisasi Kawalan Aids Kebangsaan akan mengendalikan kesemua skim-skim itu.

Menurut TCIF, pemandu-pemandu perjalanan jauh secara purata mempunyai tiga kali ganda kemungkinan untuk mendapat HIV berbanding masyarakat biasa, meningkat kepada enam bagi mereka yang bekerja di jalan-jalan di tenggara India.

Projek ini amat membantu dalam membekalkan kondom, kata Savitam sambil menambah, lebih ramai pemandu kini sedar akan risiko mengalami HIV dan jangkitan penyakit seksual.

"Tetapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana memakai kondom. Kami mengajar mereka tentang itu," katanya lagi.

Badan kebajikan itu juga menganjurkan kumpulan-kumpulan perbincangan di pejabat-pejabat syarikat, mengadakan lakonan jalanan harian di hentian-hentian trak dan memasang mesin jualan kondom pada harga hanya 40 sen setiap satu.


PELACUR daripada golongan hijra kini lebih rela kehilangan pelanggan daripada menanggung risiko dijangkiti HIV/Aids.
--------------------------------------------------------------------------------

Ujian HIV disediakan di pusat perubatan badan tersebut yang terletak di lebuh raya terlibat. Pemandu-pemandu lori bukan sahaja berupaya memeriksa diri mereka, tetapi juga memperoleh diskaun untuk preskripsi atau kaunseling di ambulans bergerak milik organisasi tersebut.

Usaha pencegahan itu telah mendapat reaksi positif komuniti rapat pemandu lori yang mengakui bahawa ia telah membantu mereka lebih sedar terhadap kesan sikap berisiko yang diambil.

"Orang ramai kian sedar akan tahap kesihatan mereka disebabkan Aids. Pihak yang memberi dana program-program ini menjalankan tugas yang baik untuk negara ini. Ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," kata Darshan Singh, 40, yang memandu sejauh 2,300 kilometer dari bandar utara Chandigarh ke Bangalore.

Terasing dan dihukum masyarakat, golongan hijra India tidak mempunyai pilihan, selain meminta sedekah atau menjual tubuh mereka untuk hidup. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...