Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

ROSMAH JUGA BELANJA RM500K DI PERTH?

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 1ST, 2011

Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.Ini berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar di The West Australian, yang mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.
Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.

Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily memetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.

Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau ‘Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar’ juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.

“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.

Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.

Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.

Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala ‘anak gadis Najib’ membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

http://www.kl-today.com/2011/11/rosmah-juga-belanja-rm500k-di-perth/

NAJIB DIPROTES DI PERTH,ANAK BELANJA RM180K

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 31ST, 2011

Akhbar Australia melaporkan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan kira-kira RM180,000 atau AU$60000 untuk barangan jenama di David Jones- sebuah gedung terkemuka di negara itu.Najib dan isterinya minggu lalu berlepas ke Perth mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).Rombongan berkenaan turut disertai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M.Kayveas.

Menurut laporan akhbar West Australian, kesempatan menghadiri persidangan Komanwel itu memberi peluang kepada rombongan berkenaan berbelanja.

“Beberapa peniaga di bandar, memperoleh untung besar, apabila seorang wanita pertama diketahui membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan & 60,000 di David Jones,” petik akhbar itu.

Richard Muirheand, State Director bagi CHOGM 2011 berkata, masa berbelanja dan aktiviti lapang telah diatur untuk delegasi di luar jadual CHOGM

Najib Razak yang ke Perth Australia juga dilaporkan telah disambut dengan demontstrasi anti beliau oleh rakyat Malaysia di negara itu.

Najib berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM), pada Rabu lalu.

Bagaimanapun ketibaan Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disambut dengan perhimpunan anti beliau oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia.

Dengan berpakaian ‘T’ Shirt kuning- warna tema bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), mereka menyambut Najib dan rombongannya yang menghadiri sidang tersebut (gambar atas).

Lebih 300 ratus rakyat Malaysia bersama-sama rakan Australia mereka berhimpun di luar konsulat Malaysia di Perth, sebagai tanda solidariti bersama tuntutan Bersih 2.0.

http://www.kl-today.com/2011/10/najib-diprotes-di-perthanak-belanja-rm180k/

Wednesday, October 19, 2011

Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.

Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

“Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6060-ada-sesuatu-tidak-kena-dengan-himpun#.Tp5SYVgWITE.facebook

Saturday, September 17, 2011

Najib "tunduk" tuntutan Buku Jingga

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.

"Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham.

"Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.

Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya.

"Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi.

Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan Umno BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British.

"Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5439-najib-qtundukq-tuntutan-buku-jingga

Salahudin cadang Dr M jadi PM semula

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya kembali menjadi Perdana Menteri untuk membolehkan pilihan raya diadakan lewat sedikit.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata berkata, hanya itu sahaja caranya untuk meredakan kebimbangan bekas Presiden Umno itu terhadap ketidakmampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang serta melaksanakan hasratnya supaya pilihan raya dilewatkan.

Beliau berkata demikian ketika menolak reaksi Dr Mahathir yang menekankan penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Sebelum itu, Pakatan Rakyat (PR) mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.

Menurut PR, amalan di United Kingdom dalam persepakatan penentuan tarikh pilihan raya boleh dijadikan contoh.

"Kami hanya mengemukakan cadangan untuk nama baik negara ini yang semakin tercemar amalan demokrasinya dan jika kerajaan benar-benar serius mengadakan reformasi pilihan raya.

"Jika kami perlu menjadi kerajaan dahulu untuk membolehkan kami mengemukakan cadangan, nampaknya Dr Mahathir juga perlu kembali menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum mencadangkan supaya pilihan raya dilewatkan," kata Salahuddin.

Dr Mahathir sebelum ini mencadangkan Najib melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili BN.

Bekas Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.

The Malaysian Insider pernah melaporkan bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon.

Pandangan Dr Mahathir supaya pilihan raya dilewatkan itu dibuat selepas beliau mengakui kejatuhan populariti Najib.

Beliau menyifatkan kemerosotan imej Najib itu antara lain berpunca dari cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5434-salahudin-cadang-dr-m-jadi-pm-semula

Tuesday, September 13, 2011

Najib dituntut laksanakan 5 perkara sebelum PRU 13

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan 5 perkara sebelum membubarkan Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Pakatan Rakyat dalam tuntutannya menegaskan, lima perkara yang dituntut itu adalah tuntutan iringan kepada 8 tuntutan Bersih yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan BN bagi reformasi pilihanraya di tanah air.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, tuntutan pertama dari lima tuntutan itu berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN pimpinan Najib agar melaksanakan 8 tuntutan Bersih.

Menurut beliau, tuntutan kedua berupa desakan agar Kerajaan BN menetapkan tarikh pilihanraya dengan persetujuan atau muafakat bersama dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK).

"Tuntutan ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini," katanya pada sidang media bersama beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Manakala tuntutan keempat, menurut beliau, agenda isu kerakyatan terhadap warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN mestilah dihentikan dengan desakan terhadap Kerajaan BN agar menyediakan satu terma rujukan mengenainya.

Katanya, tuntutan kelima pula berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN agar menunaikan segala cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi melakukan reformasi pilihanraya di negara ini.

"Persidangan Parlimen bagi sessi pembentangan Belanjawan 2012 akan berlangsung pada 3 Oktober ini. Sempena persidangan Parlimen yang bermula 3 Oktober inilah nanti Jawatankuasa Pemilihan Parlimen akan ditubuhkan oleh Perdana Menteri," katanya.

Penubuhan jawatankuasa itu, tegas beliau, berikutan desakan Pakatan Rakyat kepada Perdana Menteri agar mengadakan persidangan Parlimen tergempar menerusi surat yang dihantar dan diterima oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di bangunan Parlimen pada 8 Ogos lalu.

Surat tersebut telah diserahkan oleh Nazri kepada Najib beberapa hari kemudian dan seminggu selepas penyerahan surat itu, Najib telah mengumumkan keputusannya untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut.

"Kami dari Pakatan Rakyat ingin menegaskan, Pakatan Rakyat bersedia memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan itu, dengan syarat Perdana Menteri mestilah berjanji untuk memberikan jaminan untuk melaksanakan reformasi pilihanraya sebelum Parlimen dibubarkan untuk mengadakan PRU Ke-13," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, untuk melaksanakan 5 tuntutan itu bukanlah perkara yang sukar sekiranya Kerajaan BN benar-benar ingin melakukan reformasikan pilihanraya di negara ini kerana salah satu dari tuntutan itu telah termasuk dalam 8 tuntutan Bersih.

"8 tuntutan Bersih itu pula sebenarnya sudah boleh dilaksanakan oleh Kerajaan sebelum Jawatankuasa Pemilihan Parlimen ditubuhkan.

"Khidmat kami kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen itu adalah untuk kepentingan negara, tetapi mestilah ada jaminan daripada Perdana Menteri untuk melaksanakan tuntutan itu sebelum persidangan Parlimen 3 Oktober ini," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Antony Loke (Rasah) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5378-najib-dituntut-laksanakan-5-perkara-sebelum-pru-13

'Serang' saya untuk tutup kepincangan p'raya

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 13 Sept: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yakin ‘serangan’ terhadapnya yang dimainkan media arus perdana berhubung pejuang kemerdekaan dan Mat Indera ditimbulkan bagi menutup isu kepincangan demokrasi dan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Isu ‘serangan’ terhadap saya kerana mereka nak lari daripada isu-isu pilihan raya terutama tentang (lapan perkara) Tuntutan Bersih 2.0 dan Daftar Pemilih yang begitu kotor.

“Oleh kerana nak lari daripada isu-isu itu dan gagal memulihkan demokrasi serta mengatasi kepincangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka timbulkan isu ini (serangan terhadap kenyataan saya).

“Ini yang mereka nak ‘lari’, sedangkan perkara ini sedang diperhatikan dunia kini,” dakwa Mohamad Sabu.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai Forum Rakyat di Dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini semalam.

Forum anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan itu turut disertai ahli akademik dan pakar sejarah dari Universiti Malaya, Prof Dato’ Dr Mohamad Abu Bakar.

Turut hadir Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu Dato Wan Abdul Rahim Abdullah, anggota Exco, Abdul Fattah Mahmod dan Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim.

Forum yang dibanjiri ribuan penonton itu dipengerusikan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh Haji Soberi Shafei.

Golongan pembodek

Sementara itu, mengulas kenyataan pihak tertentu bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, Mat Sabu mendakwa golongan itu merupakan golongan terlalu hendak membodek pemimpin mereka.

“Bodek punya bodek, mereka itu sampai terbabas, sampai menjadi bahan ketawa sekarang,” katanya.

Dalam hubungan ini, Mat Sabu mendakwa sekiranya rakyat di negara ini menerima pandangan golongan itu, maka ertinya rakyat tidak perlu menyambut kemerdekaan 31 Ogos dan tidak perlu pula menyambutnya pada 16 September.

Dalam pada itu Prof Dr Mohamad ketika dirujuk pandangannya berkata seharusnya orang akademik yang semakin berkedudukan jauh lebih baik sekarang dalam hubungan dengan orang politik mempengaruhi orang politik tertentu supaya isu mengenai penulisan semula sejarah Malaysia ‘yang dipercayai diselewengkan fakta’ itu dilaksanakan.

Menurutnya, sebelum pilihan raya keua belas yang lalu orang akademik banyak tunduk kepada orang politik, tetapi kini ternyata orang akademik dan dari pusat pengajian tinggi semakin menjadi rujukan.

“Inilah peluang dan masanya untuk mereka pula mempengaruhi keadaan menerusi perhubungan mereka dengan orang politik (golongan pemimpin).

“Dulu menteri-menteri tak jumpa kita orang semua ini. Tetapi sekarang semakin ramai, ada pula diskusi, ada Majlis Profesor dan sebagainya.

“Ini menunjukkan mereka ini sama ada merasai kebimbangan terhadap kedudukan diri mereka dan kedudukan politik mereka, semakin didampingi orang politik dan itu bagus.


“Jadi, di sinilah kita dapat salurkan kebenaran,” katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5371-serang-saya-untuk-tutup-kepincangan-praya

TPM PERTAHAN HUBUNGAN KOMUNIS CHINA

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 13TH, 2011

Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kehadirannya pada satu majlis makan malam yang diadakan bersama Parti Komunis China sebagai satu pertemuan dengan rakan perdagangan utama Malaysia, yang tidak harus dikaitkan dengan isu Mohamad Sabu.Beliau akan menghadiri majlis makan malam bersama Setiausaha Agung Parti Komunis China Sun Zhenglai di sebuah hotel di sini malam tadi.

“Hubungan diplomatik kita dengan China adalah yang terbaik buat masa sekarang dan yang kedua dari segi eksport global. Kita ada hubungan yang rapat dalam perdagangan dan industri, pelaburan. Saya tidak melihat isu sedemikian sebagai satu halangan.

“Hubungan antarabangsa adalah normal, bukan hanya bagi Malaysia. Negara-negara demokrasi yang lain seperti Amerika juga ada hubungan (dengan China) kerana hubungan antarabangsa boleh membawa manfaat yang besar, bukan kita menganuti ideologi mereka. Itu hak merekan, urusan negara mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan anugerah bagi program tawaran baru untuk guru besar dan pengetua di bawah Bidang Ekonomi Utama Kebangsaan (NKRA) sektor pendidikan di sini hari ini.

“Tiada apa-apa kaitan dengan isu itu (Mat Sabu). Hubungan negara kita dengan China adalah yang terbaik. Persoalan mengenai komen Mat Sabu adalah isu dalaman,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.

Sebelum ini juga, Malaysia telah bertindak menghantar pulang beberapa pelarian berbangsa Uighur yang beragama Islam ke negara China. Ramai percaya mana-mana pelarian politik yang dihantar semula ke China akan menghadapi hukuman yang berat dan ada juga yang hilang. Tindakan Malaysia itu telah dibantah oleh parti-parti pembangkang dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia.


http://www.kl-today.com/2011/09/tpm-pertahan-hubungan-komunis-china/

5 SYARAT PAKATAN UNTUK SERTAI PSC

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 13TH, 2011

Pakatan Rakyat hari ini menawarkan komitmen dan kerjasama sepenuhnya untuk menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mereformasikan sistem pilihan raya di Malaysia.Tawaran itu disertai lima syarat yang perlu dipenuhi Najib sekiranya beliau benar-benar serius mahu mereformasikan sistem pilihan raya Malaysia.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut tengahari tadi.

“Pakatan tawar komitmen dan kerjasama penuh kepada PSC yang akan ditubuhkan pada (sidang Parlimen) 3 Oktober ini,” kata Naib Presiden Pas itu.

Dua syarat pertama adalah menerima lapan perkara yang dituntut Bersih dan melaksanakan segera cadangan yang di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menetapkan tarikh pilihan raya umum secara muafakat di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Salahuddin berkata, sekiranya dua syarat pertama diterima, PSC perlu diberikan masa masa dan ruang secukupnya untuk berbincang untuk mewujudkan cadangan reformasi pilihan raya.

Syarat keempat pula adalah memasukkan agenda pemberian kewarganegaraan kepada rakyat sebagai salah satu perkara yang dibincangkan PSC.

Manakala syarat kelima adalah, semua tuntutan dan cadangan PSC perlu ditunaikan kerajaan sepenuhnya.

Bercakap lanjut, Salahuddin berkata sekiranya tuntutan itu tidak dipertimbangkan Najib sebelum penubuhan PSC 3 Oktober ini dan Najib tetap tidak melaksanakan sebarang reformasi pilihan raya, beliau perlu bersedia menghadapi gelombang ketiga gerakan Bersih.

“Sekiranya tuntutan ini tidak dijelaskan, (ia membuktikan) PSC adalah tidak lebih daripada ‘window dressing’ semata-mata dan Bersih 3.0 akan mengambil tempat,” kata Salahuddin.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir berkata syarat-syarat itu diberikan kerana Najib sebelum ini dilihat tidak mengambil serius usaha untuk mereformasikan pilihan raya.

Beliau menuntut Najib memberi maklum balas segera berhubung lima syarat itu.

“PM seharusnya jawab dan beri maklum balas secepat mungkin,” kata Izzah.


http://www.kl-today.com/2011/09/5-syarat-pakatan-untuk-sertai-psc/

Tanya Umno, mana komunis baik mana bahaya







Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Sesiapa yang nak mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan mana-mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya.

Itu adalah sindiran Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini sebagai reaksi kepada kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak yang menyebut “komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu.”

“Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka,” Najib dipetik sebagai berkata.

Ironinya, kenyataan Najib datang pada masa terbongkarnya fakta bahawa Umno baru-baru ini telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011 dan pada masa yang sama, melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas PAS dan Timbalan Presidennya Mohamad Sabu atas dakwaan menyokong komunis.

Jika mengikut logik Najib, sindir Tuan Ibrahim, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara.

“Sekiranya rakyat mengikut logik PM yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara,” kata beliau secara sinis, sambil menambah mungkin itulah sebab utama mengapa Najib sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia.

Dalam kenyataannya juga, Tuan Ibrahim juga berkata tindakan Umno dalam permainan politik komunis telah melondehkan hipokrisi parti Melayu tersebut untuk dilihat rakyat jelata.

“Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bilamana dalam ambang perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM (Parti Sosialis Malaysia) dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis.

Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri? Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat,” soal beliau.

6 tahanan PSM - ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25 telah ditahan selama 28 hari di bawah Akta Ordinan Darurat atas alasan kononnya cuba menghidupkan semula fahaman komunis. sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9.

Kesemua mereka dibebaskan pada 30 Julai yang lalu.

Segala tindak-tanduk ini, kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menggambarkan seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain “asalkan bukan Umno”, maka komunis itu komunis jahat.

Dalam isu kenyataan status negara sama ada pernah dijajah ataupun tidak, Tuan Ibrahim secara sinis berkata persoalan ini rasanya hanya boleh dijawab secara tepat oleh Majlis Profesor Negara (MPN) dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kemelut samada negara pernah dijajah ataupun tidak, ditimbulkan oleh sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling kelmarin yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Setelah menerima sindiran dan kritikan pelbagai pihak, Zainal akhirnya mendapat satu sokongan yang amat kuat daripada Mahathir hari ini, yang mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Bekas perdana menteri berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

“Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini. Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah,” kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.

“Rasanya MPN dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian Sejarah patut diberi markah kosong,” bidas Tuan Ibrahim secara sinis.

Jika mengikut logik MPN, kata beliau, maka ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu.

“Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak.

Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno, kalau Melayu tu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram.

Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai,” sindir beliau lagi.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5369-tanya-umno-mana-komunis-baik-mana-bahaya

Saturday, September 10, 2011

Apa makna dakwat kekal kalau ‘hantu’ ada jari

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Walaupun penggunaan dakwat kekal akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ia tidak ada makna jika ‘hantu’ masih ada jari.

“Ini kerana nama mereka ada di dalam daftar pemilih, walaupun mereka bukan penduduk tetap,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, walaupun pendedahan dan bukti dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat mengenai daftar pemilih namun sikap pekak badak yang ada kepada orang suruhan Umno di SPR masih tidak berubah.

“Mungkin inilah cara kerja jahat mereka untuk merampas Selangor dengan cara tidak demokratik,” ujarnya.

Menurutnya, pendedahan demi pendedahan seperti Mismah yang bertukar status dalam masa 2 jam kepada warganegara, nama Kg Baru telah menjadi pengundi berdaftar, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, nama sama cuma nombor kad pengenalan 4 digit belakang berbeza, undi pos yang menjadi undi dipangkah oleh pihak lain dan yang terbaru penduduk sementara disahkan boleh mengundi iatu Numi bin Syukri (880306115096) mengundi di Hulu Besut, Parlimen Besut dan Hasmidah Binti Surahbil (820315126446) mengundi di Dun Semenyeh Parlimen Hulu Langat.

“Tidak ada makna kalau menggunakan dakwat kekal jika ‘hantu-hantu’ ini boleh mengundi kerana hantu moden ini ada jari dan kad pengenalan,” katanya lagi.

Oleh itu, katanya reformasi pilihan raya mesti dibuat secara menyeluruh.

“Ertinya tidak guna jika dakwat kekal digunakan sedangkan hantu-hantu ini boleh mengundi walaupun mereka bukan warga negara,” katanya.

Beliau menambah, jawapan daripada SPR untuk membodohkan rakyat apabila pendedahan itu dibuat, maka ia menyalahkan penolong pendaftar.

Ini, katanya seperti ada pasangan tentera didaftarkan sebagai pengundi pos menggunakan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera seperti yang di dedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Anthony Loke terdapat 21 pengudi pos yang dikesan.

“Kenapa Datuk Wan Ahmad hendak melepaskan diri? Kenapa SPR tidak menolak borang tersebut?” soalnya.

Beliau juga bertanya berapa ribu borang yang diisi oleh penolong pendaftar parti yang ditolak oleh SPR dengan alasan yang berbagai.

Ini, katanya satu lagi bukti memang Datuk Wan Ahmad adalah budak suruhan Umno.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5322-apa-makna-dakwat-kekal-kalau-hantu-ada-jari

Mahathir kata sokongan Najib merosot kerana Bersih 2.0

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kemerosoton sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah akibat dari cara kerajaan BN mengendalikan perhimpunan Bersih.

Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

"Saya tidak tahulah samada ia arahan Datuk Seri Najib ataupun tidak tetapi bila ia arahan kerajaan, ia dilihat buruk oleh orang ramai," katanya.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara khas dengan Astro Awani dan disiarkan hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya baru-baru ini mendapati sokongan terhadap Najib merudum teruk kepada 59 peratus berbanding 76 peratus sebelum ini.

Kenyataan Mahathir ini membayangkan beliau bersetuju dengan hasil kajian persepsi Merdeka Centre itu yang cuba ditolak oleh pemimpin kerajaan Umno termasuk oleh para menterinya.

Ketika ditanya komen beliau terhadap penglibatan anaknya, Marina Mahathir dalam perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai itu, Mahathir berkata, beliau tidak mengongkong anak-anaknya.

"Saya memberikan kebebasan kepada anak saya, saya tak paksa mereka ikut saya, mereka gunakan kebijaksanaan sendiri," kata Mahathir dalam rancangan itu.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5316-mahathir-kata-sokongan-najib-merosot-kerana-bersih-20

Bersih: Mahathir akui Najib silap

Posted by admin on September 9th, 2011

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

Bercakap dalam satu wawancara Astro Awani disiarkan hari ini, Dr Mahathir berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

“Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.

Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.

Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.

“Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.

Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.

“Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa”.


http://www.kl-today.com/2011/09/bersih-mahathir-akui-najib-silap/

Friday, September 9, 2011

PAS jejak pemegang IC hijau jadi pengundi

Abdul Rahim Sabri
Sep 8, 11
7:12pm

Dewan Pemuda PAS turun padang menjejaki penduduk sementara (pemegang kad pengenalan hijau) yang didakwa menjadi 'pengundi hantu' di DUN Bangi baru-baru ini.

Timbalan pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Mohd Adram Musa berkata, berdasarkan semakannya, tiga penduduk berstatus itu didaftarkan sebagai pengundi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Mohd Adram berkata, dua kes dikesan di Selangor dan satu lagi di Terengganu.

Bahkan, menceritakan usaha menjejaki seorang daripadanya - Jamaluddin Tahir di Bangi - mendapati alamat yang didaftarkan itu tidak wujud.

Mohd Adram Musa mendakwa, menurut rekod, individu berkenaan mendaftar menggunakan alamat di Jalan Pintar 11, Taman Universiti, tetapi berdasarkan pemeriksaan, taman itu
sehingga Jalan Pintar 5 sahaja.

"Ini satu persoalan," kata Mohd Adram Musa yang juga ketua Pemuda PAS Kajang.

"Ini yang saya nyatakan hantu-hantu yang ditanam di DUN-DUN yang mereka fokus," katanya sambil menunjukkan 'bukti' bergambar pemeriksaan di lokasi tersebut.

Katanya, penemuan ini membuktikan dakwaan mereka sebelum ini bahawa wujud'senarai pemilih kotor' yang boleh menjatuhkan kerajaan Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Dua individu lagi yang didakwa pemegang kad pengenalan hijau tetapi didaftar sebagai pengundi bernama Numi Syukri dari Terengganu dan Hasmidah Surahbil (Selangor).

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan perkara ini.


http://malaysiakini.com/news/175235

Kerajaan setuju guna dakwat kekal?

Posted by admin on September 8th, 2011

Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, lapor Malaysiakini.

Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: “Saya juga tak tahu.”

Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.

Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.

Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang – mulai 3 Oktober ini – dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya.

Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.

Menjelang pilihan raya umum 2008, SPR pernah membuat pengumuman akan menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda namun ia dibatalkan kemudiannya.

Difahamkan, arahan pembatalan itu dibuat oleh kerajaan BN pimpinan Umno walaupun pengumumannya dibuat oleh Pengerusi SPR ketika itu.

Baru-baru ini, Bersih 2.0 mengumumkan antara tuntutan badan itu adalah penggunaan dakwat kekal di samping tujuh lagi tuntutan.

Pengerusi SPR pula mengumumkan, penggunaan dakwat kekal lebih realistik untuk mengelakkan pengundian berganda berbanding dengan sistem biometrik yang dicadangkan kerajaan.

Ekoran pengumuman itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersetuju jika SPR ingin menggunakannya dalam pilihan raya ini tetapi mengingatkan ini hanya satu dari lapan tuntutan Bersih yang turut disokong PAS.


http://www.kl-today.com/2011/09/kerajaan-setuju-guna-dakwat-kekal/

Laporan: Kabinet setuju guna dakwat kekal

Sep 8, 11 12:51pm

Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.

Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

pulau ketam village head election 310711 indelible inkLaporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih
sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu."

Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.

Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.

Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang - mulai 3 Oktober ini - dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya.

Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/175146

Kabinet setuju laksana perkara dilulus JK khas

Sep 7, 11 7:09pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz membentangkan kepada kabinet hari ini memorandum yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya.

NONE"Kabinet bersetuju dengan kerangka kerjanya. Jika anda teliti kerangka kerja itu, ia sangat luas bagi mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan SPR bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bebas.

"Jika anda buat secara khusus, maka kita akan terhad kepada yang khusus sahaja. Tapi di sini, apa sahaja untuk memperkukuhkan SPR dan bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bebas boleh dibincangkan bagi menambahbaik proses pilihan raya negara," katanya.

Nazri berkata kabinet juga bersetuju bahawa jawatankuasa itu akan diberi masa enam bulan bagi mempertimbang kerangka kerja itu.

"Bagaimanapun, jika perlu, ia akan dilanjutkan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Nazri berkata kabinet juga bersetuju bahawa perkara-perkara yang dibincangkan dalam jawatankuasa itu akan dilaksanakan secepat mungkin tanpa menunggu semua laporan asalkan ia dipersetujui sebulat suara tanpa sebarang pindaan kepada akta atau perlembagaan.

Semasa ditanya jika pembangkang memboikot jawatankuasa itu, Nazri berkata jawatankuasa itu akan diteruskan tanpa menghiraukannya memandangkan kerajaan mahu pilihan raya yang adil dan bebas.

"Ia merupakan permintaan pembangkang dan NGO (badan bukan kerajaan) supaya sebuah jawatankuasa dibentuk, jadi jika mereka tidak mahu mengambil bahagian, maka ia adalah pelik," katanya.

azlanMenjawab soalan jika jawatankuasa itu akan dibubarkan jika pilihan raya diadakan lebih awal, sebelum tempoh parlimen berakhir, Nazri berkata "kita sedang berusaha berlandaskan bahawa tempoh masa parlimen akan tamat pada April 2013 dan selepas itu 60 hari lagi untuk mengadakan pilihan raya umum."

Menurut Nazri lagi, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menamakan lima ahli parlimem BN dalam jawatankuasa tersebut.

Katanya, Muhyiddin akan mengemukakan senarai nama itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Tiga ahli parlimen dari pembangkang dan seorang Anggota Bebas boleh juga mengemukakan nama kepada Tan Sri Pandikar sebelum saya membentangkan usul itu pada sidang Parlimen Oktober ini," katanya.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan dalam proses pilihan raya.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan seorang menteri kabinet.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/175120

Monday, September 5, 2011

Ucapan Mohamad Sabu tentang komunis

Mohamad Sabu

Transkrip ucapan Mohamad Sabu di Padang Menora , 21 Ogos 2011 yang dijadikan isu oleh media dan pemimpin Umno...Editor

Assalamualaikum.

Alhamdulillahirobbil Alamin, Wassalatuwassalamu Ala Ambiya’i Walmursalin, Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.

Yang Mulia Saudara Pengacara Majlis, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP yang baru meninggalkan majlis kita, Alfadhil Dato’ Dr Mahfoz Muhammad, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khalid Man Timbalan Pesurujaya, Seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Perhubungan Negeri, Seluruh Jawatankuasa PAS Kawasan Tasik Gelugor, Seluruh Jawatankuasa Pemuda , Muslimat dan Seluruh Alim Ulama , Rakan-rakan daripada Parti Keadilan, Para hadirin hadirat, Muslimin Muslimat yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu pada malam ini, Insya ALLAH lepas raya ni boleh berdiri eloklah kot, aaaa….dah seminggu saya buang kerusi roda, sekarang dah boleh pakai tongkat… aa..jadi lepas raya ni jadi Pak Maunlah , boleh buang tongkat…

Itu adalah dalam perjuangan ini, nasib saya macam tu nak buat macam mana, aaa….kalau kita nak ikut pasai apa tak kena semua orang….kita, redha dengan apa yang ALLAH uji kita dalam perjuangan ini… saya sendiri “ISA” kena 2 kali….bicara kes mahkamah ni…setakat la 5 kes…..dah menang dah … 4 , tinggal satu lagi, hak nak mai kedepan hak kita nak saman tu berlambak lagi , jadi saya hadapi nasib macam tu …dalam perjuangan ini….nak buat camna…kalau ditahan di balai polis, lokap tu ….selalu lah, Cuma kita rasa apa yang dilalui itu adalah perkara yang kadangkalanya terpaksa, untuk kita membuat pembaharuan …politik tentulah melalui perjuangan , bukan melalui hamparan permaidani merah…

Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang saya nak sampaikan saya lancarkan dulu kutipan derma pada malam ini, untuk tuan-tuan membantu perjuangan kita, para petugas diminta untuk bertemu dengan mereka yang hadir pada malam ini.

Alhamdulillah bulan Ramadhan, ramai begini hadir dalam majlis penerangan kita, petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir….ini malam sepuluh terakhir, sebarang sedekah jariah kita untuk perjuangan mendaulatkan Islam , menegakkan keadilan, menentang kemungkaran akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH Subhanallahu Taala. Para petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir, saya akan cuba terus memberi ucapan.

Isu kemalangan Bersih

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, saya ditempat lain saya tak terangkan hal kemalangan yang saya lalui , tapi ini kampung saya….Jarak, jadi yang ada ni kawan-kawan, adik-beradik, saya terangkanlah sikit …hadirin sekalian.

Dalam televisyen itu….Pengarah Keselamatan Dalam negeri berbohong, dia tunjuk dengan tourch light yang tu….tengok….kereta pajero tak langgar pun Mohamad Sabu, …..saya buat repot polis 14 julai, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri buat kenyataan 22 , dia tak baca repot polis saya….saya dilanggar oleh kereta polis jenis waja….bukan pajero, kemudian dia kata saya jatuh langgar divider….lagi bohong….kereta polis yang belah kepala lutut saya….kemudian dia kata saya berlakon duk atas kerusi roda, dia bukan doktor….lagi dia cakap lagi dia bohong…..lagi dia cakap lagi dia bohong….sepatah tak mai minta maaf sampai hari ini…..dan dia berbohong dalam televisyen…seluruh rakyat Malaysia dengar. Saya jawab dalam majlis ceramah, dalam surat khabar Harakah, surat khabar Keadilan, tapi hadirin sekalian oleh kerana mereka berbohong terlalu banyak, sekarang ni….cakap polis pun orang tak percaya…betui ke dak? ….tambah cakap Najib lagi bohong…aaa tu lah….apa….siakap senohong gelama ikan duri, selalu cakap bohong, lama-lama jadi menteri….

Hadirin sekalian, saya sebut bahawa semasa saya dibawa ke hospital….General Hospital , berada dalam lokap di Jinjang, nak ambik wudhu’ , nak pegi bilik air…nak buat statement polis….nak cop jari….semua dipapah oleh polis…..2 orang kiri-kanan, sebab tak boleh jalan…..dan polis yang papah saya tu….saya ucap terima kasihlah….mereka khidmat sungguh, saya nak bergerak ja dia tau saya tak boleh jalan, dia mai angkat…aaa sampai dah dibebaskan 10 malam….saya diletakkan dihadapan lokap…..orang lain semua berjalan kaki keluar, saya tak keluar …..kereta masuk ambik….itu pada hari sabtu, hari isnin saya pergi ke doktor pakar….doktor pakar …aaa..KPJ Hospital dekat rumah di Shah Alam….dia check , didapati ligament hak orang panggil … urat belakang lutut tu terkoyak…..kena buat pembedahan. Dia nak buat pembedahan hari tu, dia tak boleh buat sebab darah saya cayak….duk makan desprin (sebenarnya Aspirin)….pasal ada hal jantung…..dia kata kena berhenti makan desprin (sebenarnya Aspirin)….4 hari , mai sini , kita nak buat pembedahan….hari Jumaat 15 hari bulan…masuk bilik pembedahan…..pukul 2 petang….pukul 4 keluar dari bilik pembedahan….iaitu dia bubuh satu skru….2 inci setengah….ke dalam lutut ni…jadi saya suruh doktor bubuh skru sebab saya nak berlakon….hadirin sekelian…pelak….sampai rupa ni….pemain sampai macam tu….jadi hadirin sekelian lepas bubuh skru tu….3 hari lepas tu baru boleh lah menapak…dan Alhamdulillah sekarang dah boleh berjalan dah…..Cuma nak naik …..naik tangga turun tangga tu kenalah bantuan tongkat sikit… Alhamdulillah, lepas raya ni kembali pulih lah kot….boleh berjalan dan boleh bekerja lagi dalam ….dalam parti , dalam perjuangan ini….

Hadirin hadirat yang dihormati sekelian….Oleh kerana dia tak minta maaf sampai hari ni, lepas ni akan diikuti lah dengan tindakan mahkamah….Saya sepanjang dalam perjuangan ni tak meniaga , jadi nak kaya lepas ni …dengan saman jer lah….haaa ….Insya ALLAH….peguam-peguam duk kata …kami banyak dah orang yang nak ambik kes saya ni….hak kes pecah cermin kereta tu…menang di peringkat Juru, kemudian pihak pendakwa buat rayuan di Mahkamah Tinggi….5 hari bulan ogos, bulan puasa ni jugak….hakim Mahkamah Tinggi mengatakan…keputusan Mahkamah Majistret Nibung Tebal…betul…..iaitu Saudara Mohamad Sabu ni perlu dibebaskan….dan tak perlu membela diri….kita tengoklah , kalau keadaan sesuai peguam kita akan dakwa pulak….kita akan tuntut…pecah cermin dan juga sebagainya….itu serah lah pada peguam hadirin sekelian….jadi saya….terima kasihlah kepada doa tuan-tuan semua….sebab saya banyak melalui kes-kes mahkamah….haaa …..Dato’ Seri Anwar teruk lagi…jadi saya ni peringkat yang agak …kawan-kawan kata banyaklah juga hadapi kes-kes …mahkamah. Tapi, janganlah bimbanglah …kita takut pun mati, berani pun mati…..

Menjelang Merdeka

Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak? Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato’ Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak?

Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku…..

Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana

…tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….

Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.

Semua sejarah negara kita mohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu mohong (bohong) kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran mohong dia….jadi , depa duk lawan mohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan…

Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British….

Pembangunan

Hadirin yang dihormati sekalian, begitulah juga hal pembangunan….pembangunan kalau dulu memanglah…umno berkempen, saya sebut selalu mudah…dulu mana ada jalan….La Jarak nak pegi Lunas 15 minit boleh sampai , siapa buat jalan ni? ….umno….haaa….dia senang….macam tu….ceramah zaman Sulaiman Palestin….zaman Dato’ Mat Said….dulu nie…..dia mai ceramah gitu……kita nganga dengak….tali ayak Jarak tu siapa buat? …perikatan….ha ini zaman-zaman begitu….sekarang hadirin sekelian….ceramah dan penerangan macam tu dah tak boleh….rakyat nak pembangunan, rakyat nak pembaharuan….yang rakyat tak mahu penyelewengan dan rasuah….haaa ini yang rakyat tak mahu…..rasuah tak mahu, penyelewengan tak mahu….kalau harga sekolah 20 juta , buat dengan belanja 20 juta….kenapa jadi 30 juta? Kenapa perlu “mark-up” price? Naikkan harga 10 juta….beri kat sapa wang ini? …ha ini yang rakyat tak mahu ….sekolah rakyat mahu dak? …mahu….makmal komputer , rakyat mahu…..tapi kenapa buat…rakyat, anak murid belum masuk….dah runtuh, stadium…..rakyat mahu….nak tengok bola, nak bersukan….tapi kenapa stadium bina , tak sampai setahun runtuh…pasai apa jadi macam tu….? Sedangkan kita tengok bangunan, kita tengok tu Padang Kota….bangunan tu 80 tahun, 100 tahun, sampai la duk kukuh…..Bank-bank duk pakai …British buat dulu….bangunan buat lepas merdeka ni….haaa….retak , pecah ….kerana apa?

Rasuah dan penyelewengan

Rasuah dan penyelewengan berlaku….ini perubahan pemikiran rakyat , sebab itulah dalam satu forum….anjuran KrangKraf , Sinar ….Surat khabar Sinar…di Shah Alam baru-baru ini….yang hadir ialah Dato’ Ambiga , seorang lagi aaaa… Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri….Timbalan Menteri daripada umno….kemudian seorang lagi Dato’ Wan Ahmad daripada SPR…..dan seorang lagi Professor Shamsul Amri….yang rambut panjang tu….Professor Shamsul Amri mengatakan BN sekarang …bukan menghadapi rakyat seperti tahun 60an…..rakyat telah berubah dan rakyat telah faham apa dia pembangunan dan sebagainya…maka BN menghadapi penghakisan sokongan rakyat….kalau penyelewengan terus berlaku…..ini di antara petikan kata-kata Professor Shamsul Amri….beliau mengatakan masalah yang umno hadapi sekarang ini ialah….umno berkempen di tahap lama….pemikiran rakyat telah berubah ke tahap baru…mereka masih lagi di takuk lama , iaitu soal siapa buat pembangunan, siapa itu semua….sedangkan pemikiran rakyat telah maju kehadapan….Ini kata Professor Shamsul Amri….

Pilihan raya

Hadirin yang dihormati sekelian, macam dulu kita masuk pilihanraya….bila kalah kita kata takdir , nak buat macamana….kita dapat undi macam tu….sekarang kita akui undi kita tak cukup, tapi kenapa tak cukup? Di antaranya kita tak boleh beri penerangan kepada orang ramai….media tidak adil….ini tuntutan yang dituntut kebelakangan ini ….soal keadilan media ….contohnya , Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mengatakan , saya tak dilanggar oleh Pajero….takdak kemalangan….dia berbohong….saya takdak peluang untuk jawab dalam televisyen….kalau saya boleh jawab saya kata…..saya dilanggar pada hari itu oleh Waja….maka rakyat dapat dua penerangan….satu penerangan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri….satu penerangan saya , maka rakyat bebas untuk buat pertimbangan…..sekarang rakyat yang boleh buat pertimbangan….rakyat yang mari dengar ceramah malam ni……sebab dia dah tengok televisyen , dia dengar penerangan saya…..macamana rakyat Ijok? Macamana rakyat Selama? Macamana rakyat Parit? Pahat? Padang Tongson? ….aaaa……hak tak mai ooo…. Ceruk Kudong….Kupang, Merbau Kudong ka apa semua dalam nu…..ayak melintas…yang tak mai dengar penerangan kita, dia percaya lah kepada apa yang tv bagi tau…

Di sinilah berlaku ketidak ….ketidak adilan media…bukan kita nak apa yang kita cerita mesti rakyat percaya….kita juga nak apa yang pemerintah cerita mesti rakyat percaya….yang pentingnya, kedua-dua dapat peluang memberi penerangan….inilah keadilan media yang kita tuntut….misalnya mereka menyerang , sekarang ini…. PAS alat DAP , naik sepanduk di Terengganu….sepanduk merata kampong , kalau Umno kalah , DAP lah yang menang…..sedangkan di Terengganu , DAP satu kerusi pun tak bertanding….yang bertanding PAS lawan Umno….adalah Keadilan satu dua…. Tu pun Melayu , tapi dia naik sepanduk, kalau Umno kalah ….DAP menang , setengah-setengah orang kampong yang dia tak faham, dia kata habislah…kalau Umno kalah , apa nak jadi Melayu ni…..inilah kata Professor Shamsul Amri….iaitu BN masih bertahan di takuk dengan memperbodohkan rakyat, sedangkan rakyat bandar,rakyat Internet, rakyat blog…..dah mula mendapat maklumat yang lain….

Oleh itu Barisan Nasional bertahan….undi di kampong-kampong , di pendalaman, tidak lagi di bandar-bandar , saya sebutlah kalau di sebelah bandar sekarang ni…..Shah Alam ka? Petaling Jaya ka? Sebut umno pun orang geli, anak-anak muda…..kamu ni umno ka? ….eeeee….dia geli dengar…..tapi kot Jarak ni, sebut umno dia tak geli lagi….tapi anak-anak muda bandar , dia tau sejarah , dia baca internet, dia tengok laporan semua …..rupanya banyak berlaku pembohongan sejarah….

BERSIH

Hadirin yang dihormati sekelian…..sebab itu tuntutan kita di antara keadilan media ni…kita tak dapat lagi, terlalu pincang , terlalu pincang….. kita tengoklah menjelang BERSIH , Allah…..saya dipanggil ke Bukit Aman , oleh pemimpin polis yang tingggi-tinggi tu…ketua polis negara , timbalan , dalam cakap dan mereka ….sambut saya dengan mesra saya akui…dan mereka sebutlah, di antaranya dia sebut, nanti ramai orang datang , nanti meniaga tak laku….saya kata pelik….peniaga tak suka orang ramai…..peniaga yang tak suka orang ramai datang….hantar mereka meniaga di Hulu Tembeling….Hulu Tembeling tau….daripada Jerantut tu, kena naik bot….6 jam nu…..pi meniaga dalam tu….ni tuan-tuan di sini orang meniaga ni , betui ke meniaga tak suka orang ramai mai….pelik ke dak? Duk interview dalam televisyen nu….saya tak suka orang datang , nanti perniagaan saya merosot…..ehhhh….pelik , dia kata nanti orang masuk dalam kedai…saya kata orang masuk dalam kedai , kerana hangpa sembur gas pemedih mata….kalau sembur gas pemedih mata , bukan setakat kedai , kandang babi pun kami masuk…..kena gas pemedih mata, kalau babi lari… belum tentu babi dengan kami siapa laju lari….aaa…polis tu diam…. Nak tergelak pun ada depa tu , depa tak berani gelak , boss ada….jadi beri jawapan yang tak logik hadirin sekelian….aaaa….jadi kita hadirin sekelian, kemudian kita , saya kata kenapa ….kumpulan yang nak mandi darah, sorang pun tak diambil tindakan….puak silat, kami sanggup bermandikan darah….eeiiiii….kita bukan nak pi perang , hang nak mandi darah dengan sapa? Tapi hari 9 hb haribulan hari BERSIH tu …Omar Din hadir tau….tuan-tuan tak nampak sebab dia meresap….jangan anggap dia tak hadir….dia hadir….tapi dia meresap….ni banyak hadirin sekelian , perkara-perkara yang tak logik….

Kemudian ini pertubuhan haram….pertubuhan haram…. BERSIH….tiba-tiba Yang Dipertuan Agong jumpa…..takkan Yang Dipertuan Agong jumpa pertubuhan haram…..boleh ka masa…askar dan polis kita duk berlawan dengan parti komunis malaya dulu….sebelum tandatangan perjanjian damai tahun 89…boleh dak Yang Dipertuan Agong bertemu dengan parti komunis malaya….boleh dak? Tak boleh….tetapi BERSIH…Yang Dipertuan Agong bertemu….dan orang yang bertemu tu pulak Dato’ Ambiga …bekas pengerusi majlis peguam , Dato’ A Samad Said…Sasterawan Negara… A Samad Said ialah penggerak utama Himpunan Bersih ….kalau tuan-tuan nak tau….masa dua tiga hari amaran macam-macam….kalau FRU mai tembak lah apalah semua… amaran, masa itu , beberapa orang dah goyang….nak jadi…tak jadi , nak jadi tak jadi….Dato’ A Samad Said…saya Tanya dia…macamana ni Dato’ jadi ka dak himpunan ni?….jangan lihat cakap , lihat tindakan saya….ni Dato’ A Samad Said dia bercakap bila pun sajak ….saya duk depan dia pun saya sebut …Dato’ ni rasa nak ajak bini dia pi tidur pun dia sajak dulu…. “Hari sudah larut malam….begitu dingin rasanya kulitku ini….buat apa kita berbual kosong di sini…kan lebih baik pergi beradu….” , kita tak dak lah kot Jarak ni…..jom tidur….anak semua tidur…. Jomler…..ha jenis-jenis Ustaz Khalid….jenis kita ni lah….

Hadirin sekelian…..A Samad Said dan hari himpunan tu….saya diberitahulah, sebab himpunan baru ni…saya tak terlibat….kenapa tak terlibat? Kena tangkap awal….depa langgar awal ….12.50 cekop dah….aaaa….jadi tak taulah….tapi A Samad Said , dia berjalan……sampai stadium….berjalan sampai pintu istana….dia tak takut, bila orang tembak gas, dia ambik janggut dia ….tutup hidung….janggut dia sampai pusat tu….saya maksud itu berguraulah ….yang pentingnya….beliau mempunyai semangat yang cukup cekal….terutama dia amat tidak setuju dengan kerajaan BN dalam segi menjaga bahasa…..PPSMI , dia menjadi hero….hantar memorandum supaya mansuhkan pengajian pendidikan dalam bahasa Inggeris , sebab pada fikiran dia dan cendikiawan Melayu yang lain….kalau berterusan program itu…..Bahasa Melayu akan lupus….. 15 tahun 20 tahun lagi di Malaysia ini…..ni bukan kita kata , orang Kuk Petai (sebenarnya Guaq Petai), orang Jarak ni….ini kajian dibuat oleh para professor….tiba-tiba umno kata , kami pembela bangsa….tak cukup dengan umno, di swastakan pulak kepada perkasa …..aaaa…..padahal….cendikiawan melayu berarak kena gas dan sebagainya….mintak Bahasa Melayu dipertahankan….ketua di antaranya Dato’ A Samad Said….sekarang dia boikot semua program kerajaan…..satu program kerajaan, dia di undang, dia dibayar tambang, dia di bayar elaun….adalah duit, sekarang dia boikot semua….orang tanya dia banyak mana duit dia ada? ….dia ada akaun bank 96 ringgit….saya jamin dia kata , cukup untuk hidup…ini Dato’ A Samad Said….dia kurus….kalau dia makan teh tarik tu…setengah gelas jer….tapi bukan soal itu…ini semangat pejuang tua… hadirn sekelian…..yang sayangkan bangsa dia, sayangkan agama dia…..saya kagum dengan Dato’ A Samad Said ni…..

Tuntutan

Hadirin yang dihormati sekelian…..kita lihat kenapa rakyat nak…ndak….kalah ka, menang pilihanraya ka nombor dua…..yang penting kita nak, pilihanraya adil dan bersih….ini tuntutan anak-anak muda sekarang….media lagi kita lihat, BN bertapak di mana? Dia menang 45 kerusi parlimen kerana undi felda….25 kerusi parlimen kerana undi pos….kenapa undi felda jadi begitu? ….kita tak boleh masuk…..tanya Doktor Mahfuz….kita pergi ceramah di kawasan felda…..polis jadi pekerja umno…..dia mengawal, kepong kita ….tak boleh bersyarah…yang datang ….masuk dalam markaz, ahli PAS….hardcore, ahli Keadilan hardcore ….yang tu tak perlu ceramah…..betul ke dak? Takkan macam Rahman Ayam ni perlu dengak ceramah…..untuk nak menentukan dia nak undi siapa? ……tak perlu…..yang kita perlu orang ramai….orang ramai….tak boleh dengar ceramah kita….di felda-felda , polis jadi jentera umno…..bukan lagi keselamatan rakyat….tapi jaga keselamatan umno….saya sebut di Bukit Aman , depan Ketua Polis, Timbalan Ketua Polis Negara , dan….dan pemimpin-pemimpin tinggi polis ….saya kata….polis sekarang dilihat menjaga umno….bukan menjaga rakyat….hangpa ingat aku kata depan hangpa ni ka?....naik-naik atas tu….dalam parlimen …menteri aku jerkah macam tu jer….zainudin maiden tu…jerkah macam tu ha….pasai dia kata apa? ….mementingkan sukan negara lebih penting dari sembahyang….haaa….aku kalau hangpa maki PAS takpa…..maki ISLAM , lompat selalu lah….kalau dia tak tarik saya merudum….sampai ke peringkat speaker parlimen akhirnya….dah dia tangguh 20 minit… masuk gitu ….dia mintak lah Zainudin Maiden tarik balik….iaitu mementingkan nama negara….sampai tak perlu sembahyang….dia tarik balik , barulah saya duduk….aaa ni…..hak jenis pusak dua ni…ketegak….jadi sekelian…jadi saya sebut….tapi belum terlewat , pasukan polis belum terlewat untuk buat perubahan….supaya mereka menjaga rakyat, menjaga undang-undang, menjaga perlembagaan…. bukan menjaga umno….sebab umno kalah nanti polis akan terus bertugas di bawah pemerintah baru….ini yang kita ingatkan , polis pun banyak datang malam ni….sebab kita , kita tak mahu mereka….mereka menjadi pengawal kepada umno , pengawal keselamatan negara, pengawal rakyat….pengawal perlembagaan…itu sewajarnya….peranan dimainkan oleh pihak keselamatan….

Rusuhan

Dan hadirin sekelian , kita tengok….himpunan BERSIH , apa yang berlaku….polis yang buat rusuhan , bukan rakyat….betul kan? ….tembak sana…tembak sini….mati orang….ooooo…..semua pura-pura , saya pura-pura duk atas kerusi…. Bahrudin tu pura-pura mati…. Eh , dia tak mati tau….hangpa pegi tengok di rumah dia… La duk ada tu pura-pura mati….pengawal Anwar Ibrahin tu…pura-pura pecah tulang pipi….pemuda kita daripada Balik Pulau…pura-pura hilang gigi 11 batang….hilang gigi, kelongsong peluru tu masuk mulut….dia tembak…pruuuum , patah semua depan ni….

Hadirin sekelian, dan …walaupun kita begitu, saya tetap rasional…iaitu pasukan keselamatan boleh lagi buat perubahan….kembali kepada tugas secara professional….ini kehendak rakyat sekarang….bukan kehendak rakyat tahun 60 an….rakyat sekarang rakyat twiter….rakyat facebook…tak boleh tipu….oooo kami tak dak berlaku kezaliman….rakyat dilayan dengan baik….

Zaman i-pad

Hadirin sekalian….zaman sekarang , orang pi tunjuk perasaan , bawak i-pad , bawak black berry….pruup…prooom dia hantar pada kawan dia….hantar kepada seluruh dunia dah….ambik gambar…pruuup, semua orang dah tengok…penyepak…kena tendang… kena cekik….hak polis punya …. 2 minggu baru tunjuk….he he…2 minggu mestilah hangpa pinda….betul ke dak? Sebab tu , dia boleh tipu lah orang-orang dalam …apa…siaran-siaran tu…. orang Pahit , orang Pahat …orang dalam tu…. orang Selama …orang belah Ijok ….tu pun Ijok pun ada internet dah la ni….jadi orang dah tengok keadaan…jadi tak boleh, sekarang rakyat nak pembaharuan….haa ini yang …yang professor Shamsul Amri mengatakan SPR dan kerajaan kena sedia buat perubahan…kerana perubahan….berlaku pada rakyat….

Daftar pemilih

Hadirin sekelian, kalah menang dalam pilihanraya perkara kedua , tapi kita nak pilihanraya yang adil , kita kata bersihkan daftar pemilih, Pengerusi SPR dan Timbalan kata ….mana ada pembangkang bohong….mana ada daftar pemilih yang tidak betul? Sekarang saya kata tadi zaman komputer , zaman internet , zaman IT….pemuda kita cari-cari ….tammm…jumpa 17,000 lebih , nama yang 2 kali berulang….ada pulak di Selangor hadirin sekalian perumahan….rumah 35, 37 , 39 …rumah takat tu….pengundi dia ada lagi rumah 41 , 43….. rumah takda…pengundi penuh….dibuktikan oleh kita PAS dan juga Pakatan Rakyat di Selangor….bagaimana tak dak rumah, didaftarkan rumah-rumah hantu….berdebat dan berjumpa dengan SPR …. akhirnya….sekarang mereka mengaku….banyak daftar pemilih tak betul….haaa….bukan soal kalah menang , soalnya…kalau kita …kalau kita menang pun takpa….BN kalah pun takpa….tapi yang penting kita nak pilihanraya yang adil dan saksama….ini yang …dan kita lihat Mismah , bagaimana dia jadi warganegara lebih kurang 10 pagi…. 4 petang ….dah jadi pengundi….sedangkan kita kena ambik borang , kena hantar, kena pergi ke pejabat pos nak daftar jadi pemilih….warganegara asing begitu mudah…kerana apa? SPR …agen SPR dan agen Jabatan Pendaftaran Negara buat kerja ….daftar mereka ni sebagai pemilih , untuk memenangkan umno dan Barisan Nasional seperti yang dibuat di Sabah….

Jumpa German

Sekarang terdedah pada dunia….tuntutan BERSIH tu betul….tak dapat lari dah….dan baru ni…saya dipanggil , saya ….Nurul Izzah , Tan Seng Giaw….saya pun dipanggil kerana….Timbalan Menteri Luar German datang melawat…dan dia nak jumpa kami….saya pergi lah…..jumpa di pejabat duta German….kita terangkanlah hal pilihanraya di Malaysia….kepada mereka , bukan soal siapa menang , siapa kalah ….tapi cara pilihanraya yang tidak betul….daftar pemilih yang tidak betul….media yang tidak betul….kami tidak boleh ke tv dan radio memberi penerangan….seperti di negara tuan….dia kata …takpa…dia kata negara-negara barat….yang menjalankan demokrasi, kita nak minta Malaysia….keluar daripada alam kolot…. kuno…. konservatif…. lepas tu hadirin sekelian …..saya dengar Najib umum….nak tubuh Jawatankuasa Select Komiti….barangkali tekanan dari negara-negara orang putih ni lah….dan pemimpin mereka datang nanti…. Raja German…di antaranya dia kata , dia nak jumpa kerajaan, dia nak jumpa NGO , nak jumpa jugak Pakatan Rakyat….dan salah seorang tentulah aku…..

Hadirin sekelian….bukan kita nak qiblat pada barat…tidak….kita nak pilihanraya yang adil….kalau pilihanraya yang adil…BN nak menang…menanglah….takpa….kalau kita menang pun takpa lah…pentingnya pilihanraya yang adil , media yang adil….ini tuntutan kita mula di dengar….sekarang ini walaupun mereka buat ke dak….tapi dah akui… 2 hari lepas ….Pengerusi SPR mengatakan secara resmi …keluar dalam televisyen semua….dia sanggup untuk bertemu sekali lagi , dengan jawatankuasa BERSIH….yang sebulan dulu mereka kata haram….sekarang nak bertemu dengan BERSIH…..

BN=Barang Naik

Inilah hadirin sekelian….sebab tu sampul raya….Jabatan Lujnah Mahfuz Omar….Dato’ Mahfuz Omar kempen …mari kita menentang BN….BN tu barang naik….saya lancarkan semalam di Kampung Baru, Kuala Lumpur , tempat Allahyarhamah Doktor Lo’lo’ …sampul raya tu kita tak tulis BERSIH….kita tulis tidak kotor….haaa….sebab BERSIH ni…tidak boleh….haaa tulis tidak kotor…..haaa jadi hadirin sekelian….. bila dilihat keadaan begitu sekarang ini…. Select Komiti pun nak buat…tiba-tiba dia kata….pilihanraya boleh buat bila-bila masa sahaja, tak perlu tunggu keputusan Select Komiti atau pun Jawatankuasa Pemilih Khas untuk mengkaji …hal sistem pilihanraya di Malaysia….bila buat begitu …saya tak tahu lah , kami akan mesyuarat 24 haribulan….nak ambil pendirian Pakatan Rakyat….ahli parlimen kita…perlu atau tidak…duduk dalam jawatankuasa itu…..Najib …main-main kita nampak…..walaupun pihak SPR kita nampak….dia dah kona dah…dia rasa nampak… sedikit ada kesungguhan….untuk mendengar pandangan BERSIH terutama…..hal daftar pemilih…

Bila pemuda kita, Suhaizan Kayat….seorang pemuda kita yang bijak dalam hal komputer….dia bekas pensyarah….dia dapati hadirin sekelian…..di Johor , banyak ahli umno….yang daftar mengundi….boleh mengundi 2 kali…..kemudian didapati dalam tentera….dia bawak, beberapa orang bekas pegawai tentera….buat dalam press conference….pegawai tentera tu kata….merekalah yang menipu undi dalam pilihanraya dulu…pangkah bagi pihak kawan-kawan yang lain …menderu….mereka buat pengakuan dalam surat khabar Harakah….yang mereka dulu pangkah bagi pihak rakan yang lain….tiba-tiba Ketua Turus Tentera Malaysia keluar kenyataan …tak berlaku…pilihanraya kami berlaku dengan adil….saya tidak mahu kata adil atau tak berlaku….Ketua Turus tentera tidak boleh terlibat dengan politik kepartian….setuju atau tidak? Kalau ada tuduhan…Menteri Pertahanan , Timbalan ….atau Kementerian Pertahanan kena jawab….atau SPR …bukan tentera yang beruniform…..sekali lagi Najib telah buat silap….mengajak tentera terlibat dalam politik kepartian….ini cukup silap….saya yakin kesilapan mereka itu….mereka sedar, sebab tu 2 hari berita tu , dah tak dak…..saya dengar sahaja keadaan itu…saya pergi hari tu, kebetulan …mesyuarat PBA…saya mintak Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng ….pejabatnya tolong panggil wartawan….saya nak buat press conference….saya nak tegur kesilapan yang dilakukan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera….kalau ada tak puas hati…mesti Kementerian Pertahanan jawab….SPR jawab….bukan pasukan beruniform…kerana tentera dia wajib berkecuali…kerana tentera , berkhidmat di bawah Yang Dipertuan Agong….betul atau tidak? Ni Najib buat silap banyak ni….ni tak kena….sebab hadirin sekelian kalau tentera terlibat dalam politik kepartian…..rosak habis Malaysia ini…..dan kita harap , perbuatan yang berlaku tiga …empat hari lepas …cukup takat itu….jangan ulang lagi ….ada benda tak puas hati….mengadu kat Menteri Pertahanan…Menteri Pertahanan akan jawab , atau SPR …..bukan pihak tentera sendiri…kalau mereka yang menjawabnya….dia akan jadi politik kepartian, dia tidak sihat di Malaysia…sejak merdeka hingga sekarang….tentera di sanjung tinggi….penghormatan kepada mereka tinggi….dan mereka berkhidmat di bawah panji-panji Yang Dipertuan Agong , bukan bawah umno….bukan bawah PAS…..bukan bawah sesiapa….mereka di bawah panji Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong….

Bersih di luar negara

Hadirin yang dihormati sekelian…..ini kita lihat , kepincangan hal pilihanraya…yang sekarang menjadi bahan perbincangan umum….BERSIH tahun ni…..himpunan di Kuala Lumpur…..saya ucap tahniah lah kepada tuan-tuan…..disekat macamana ….diugut macamana….berpuluh ribu, ratus ribu hadir….bahkan di seluruh dunia kali ini paling banyak…35 tempat berlaku….himpunan serentak , di Melbourne, di Sydney, di Brisbane, di London, di New York, di Kampuchea….ada…..di Dubai, di Kaherah, berlaku di 35 tempat….Cuma di England , tunjuk perasaan takda masalah….rusuhan tak boleh lah….sekarang ni Timbalan Ketua Polis cuba samakan tunjuk perasaan dengan rusuhan….tak betul…..rusuhan…bakar kereta , rompak bank , rompak kedai….itu pun kita tak setuju….kalau ada orang yang buat macam tu….kita dengan polis bergabung tenaga….ligan puak-puak ni…..setuju ke dak? Kita tak mau….kita mau aman…..di England tunjuk perasaan , aman…..rakyat Malaysia menyanyi lagu “Yellow Submarine”…..yellow submarine…yellow submarine…..dengan polis-polis semua menyanyi….jadi ni masalah submarine ni masalah….kapal selam yang dibeli….yang perbicaraannya akan berlangsung bermula bulan sembilan ni…..di Paris , tentang rasuah dan penyelewengan yang saya dah terang dah….dan kawan-kawan terang dah banyak tempat….saya nak sebut di sini….hadirin sekelian….kesedaran untuk mintak pilihanraya yang adil….sekarang inilah tuntutan rakyat….dan dalam umno pulak, semakin hari semakin berpecah….sekarang lahir kumpulan Amanah Merdeka , yang diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah , Amanah Merdeka ni salah seorang bekas menteri yang duduk dalam jawatankuasa itu…..dia jumpa orang kita , dia kata ….wajib jatuhkan kerajaan BN pilihanraya ke 13 , dia kata wajib….bekas….dia bekas menteri , masih umno….saya kata nak tolong kami ke pilihanraya akan datang? ….tentu….Kemudian dua tiga minggu lepas , lahir lagi satu kumpulan….Penawar , juga veteran umno…yang tak puas hati dengan pemerintahan Najib….

Melayu tak sensitif

Cuma akhirnya saya nak sentuh di sini….orang Melayu…tadi saya sebut sikit , dalam tazkirah ringkas….tazkirah saya bulan ini di Selangor…ini ajalah tajuknya…orang Melayu tidak sensitif dalam hal penyelewengan….sedangkan ISLAM tidak mengajar begitu….Omar Al Khatab…pakai baju baru pun ditanya oleh penduduk waktu itu…mana kamu ambik duit beli baju baru….sifat hisbah , accountability yang dididik oleh ISLAM pada waktu itu…gabenor yang tambah kekayaan tak ikut peraturan….Omar hukum….sebat….ini hadirin sekelian, accountability hisbah di zaman kehebatan ISLAM….sekarang orang ISLAM dia tak peduli….bila kita cerita Rosmah, disebut oleh pegawai kastam, dapat gambak semuanya….cincin 24 juta , cuba tuan-tuan cakap pada orang Cina….sebut ajer cincin 24 juta , …..aiiiyaaa……mana dia angkat itu wang ..aaaa…..gua sendili tak dapat oooo….kalau dia culi wang kita….ini talak boleh….Melayu…kita cerita Rosmah ada cincin 24 juta….dia diam, serupa lembu kenyang ….balik petang nak pegi masuk relau….buat dek ajer….kita cerita rumah Najib , bil ayak 30 ribu sebulan….dia tak rasa, Melayu tak rasa apa….Cina marah….30 ribu , ni hang mandi apa ni ….mandi orang ka mandi badak ni? Pembaziran ….dia suruh rakyat berjimat….kita , harga ayam naik…harga tepung naik, harga gula naik…..wang 28 ribu juta hilang…..hospital tak cukup pakar….yang nu tak cukup, yang ni tak cukup….duit kita hilang…tapi kita cerita pada orang Melayu tak sensitif….betul ke dak ni?

Duk tu keadaan sekarang ni…..mereka main isu perkauman nak pertahan undi orang Melayu kepada umno dan BN ….cina tak dak dah, india pun serupa dah…india pun dak balik kat kita habih dah….cina ni sebut….sebut dacing tu….umph….dah tak mahu langsung dah…..tapi Melayu dia tak sensitif , bila cerita hal penyelewengan…..hadirin sekelian , kita harap kita balik kepada perjuangan asal , perjuangan ISLAM , terutama di bawah Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat Baginda yang terkemudian…iaitu amar ma’aruf , nahi mungkar , disebut oleh Dato’ Dr Mahfuz tadi…..mesti kita hidupkan….walaupun yang memerintah nanti kerajaan Pakatan Rakyat , kalau berlaku penyelewengan ….rakyat akan bangun di atas sifat amar ma’aruf , nahi mungkar….untuk kita menuntut keadilan….

Setakat ini lah ucapan , para hadirin sekelian kita harap pilihanraya akan datang…rakyat akan berubah, Sekian…dahulu Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh…..


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/tamu-a-wawancara/5232-ucapan-mohamad-sabu-tentang-komunis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...