Showing posts with label Datuk Seri Azizan Abd Razak. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Azizan Abd Razak. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Azizan mula tugas dalam cuti

Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 17 Ogos: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang masih bercuti memulakan tugas secara tidak rasmi dengan mempengerusikan mesyuarat exco hari ini selepas baru semalam dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN).

Azizan kini masih diletakkan di bawah pengawasan pihak perubatan di sini dan diberikan cuti sakit sehingga 29 Ogos nanti.

Namun katanya, beliau tetap akan datang ke pejabat bagi melakukan kerja-kerja ringan termasuk menghadiri beberapa majlis penting.

"Mereka nak tengok tekanan darah, gula dan jantung. Dah lebih dua minggu saya dirawat, keadaan saya baik cuma masih di bawah pengawasan. Saya sebenarnya dah tiga tahun tak bercuti.

"Bagaimanapun saya akan datang juga ke pejabat untuk melakukan kerja-kerja ringan dan menghadiri mana-mana majlis penting.

"Secara fizikal saya akan jarang hadir sebab telah dinasihatkan untuk berehat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di Seri Mentaloon, dekat sini.

Menurut Azizan, doktor yang merawatnya memaklumkan bahawa pembedahan tidak perlu dilakukan kerana tiada saluran jantung tersumbat seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

"Tak ada saluran yang blocked (tersumbat), perjalanan darah elok dan doktor tak suruh buat rawatan susulan tetapi suruh berehat," katanya.

Azizan telah diminta oleh doktor yang merawatnya supaya berehat sehingga kesihatannya benar-benar pulih.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4963-azizan-mula-tugas-dalam-cuti

MB Kedah diminta berehat dahulu

Posted by admin on August 17th, 2011

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata beliau telah diminta oleh doktor yang merawatnya di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur supaya berehat sehingga benar-benar pulih.Beliau berkata beliau turut diberi cuti sakit (MC) sehingga 29 Ogos ini.

Ketika ini beliau masih di bawah pengawasan serta dibenarkan menyambung rawatan di sini.

“Mereka nak tengok tekanan darah, gula dan jantung. Dah lebih dua minggu saya dirawat. Keadaan saya baik cuma masih di bawah pengawasan. Saya sebenarnya dah tiga tahun tak bercuti.

“Bagaimanapun saya akan datang juga ke pejabat untuk kerja-kerja ringan. Saya akan hadir mana-mana majlis penting.

“Bagaimanapun secara fizikal saya akan jarang hadir sebab dinasihatkan berehat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar di Sri Mentaloon di sini, Rabu.

Pada 29 Julai lepas, Azizan yang juga menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN selepas mengadu sakit jantung.

Beliau berkata beliau telah dimaklumkan oleh doktor bahawa tiada saluran di jantungnya yang tersumbat dan beliau tidak perlu menjalani pembedahan.

“Bloked tak ada. Perjalanan darah elok, doktor tak suruh buat rawatan susulan tetapi suruh berehat,” katanya.

Azizan juga melahirkan rasa gembira kerana ramai pemimpin Umno dan Barisan Nasional terutama dari Kedah yang datang melawat beliau semasa berada di IJN.


http://www.kl-today.com/2011/08/mb-kedah-diminta-berehat-dahulu/

Wednesday, August 3, 2011

'Azizan nampak letih sangat'

Ogos 2, 11 11:32am

Sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak sejak sebulan lepas kelihatan sangat letih sehingga menyebabkannya menukar rutin tidur.

Setiausaha politiknya Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan yang sebelum ini berjaga sehingga jam 1 hingga 2 pagi, kini terpaksa tidur sejam atau sejam setengah selepas Maghrib.

azizan abdul razak"Kebelakangan ini dia tidur selepas Maghrib, hingga jam 9.30 atau 10.00 (malam), selepas itu baru dia memanggil saya ke rumah.

"Kalau tak panggil saya, dia akan maklumkan dia nak jumpa si polan si polan di rumah, semuanya berkaitan kerja.

"Keletihannya nampak sangat-sangat. Jam 12 baru selesai," kata Sanusi.

Sehubungan itu, Sanusi yang juga ketua penerangan PAS Kedah berkata setelah bekerja "dari pagi hingga pagi", beliau patut berehat sekejap.

Semalam, kesihatan Azizan yang dimasukkan di IJN di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, dilaporkan tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

Menulis dalam blognya hari ini, Sanusi juga menggambarkan Azizan sebagai orang yang kuat bekerja dan enggan bercuti walaupun untuk berehat.

"Laaaa... aku nak rehat lagu mana? Hang tak nampak kerja kita bertimbun tu...," kata Sanusi menceritakan semula reaksi Azizan apabila dinasihatkan berehat.


http://malaysiakini.com/news/171734

MB Kedah dimasukkan ke IJN, jantung tersumbat

Ogos 1, 11 6:43pm

Kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

azizan abdul razakMenurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya ketika dihubungi.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/171691

Abdullah : Islam Menuntut Hak Penganut Agama Lain Dilindungi

Posted by balaci bn on Jul 20, 2011 in Backup

Abdullah : Islam Menuntut Hak Penganut Agama Lain Dilindungi

KUALA LUMPUR 19 JULAI : Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata isu-isu yang berkaitan agama lain harus diselesaikan dengan adil selain mengambil kira-kira lunas Islam.

Beliau menegaskan ajaran Islam mengajar agar hak penganut agama lain juga harus dibela dengan seadil-adilnya.

Abdullah membuat komen itu dua hari selepas Kerajaan pimpinan PAS di Kedah bersetuju membenarkan pusat-pusat hiburan di Kedah meneruskan operasi pada bulan Ramadan dengan syarat orang Islam dilarang berkunjung ke premis itu.

Tindakan itu bertujuan memelihara kemuliaan Ramadan di samping melindungi hak peniaga bukan Islam. Bagaimanapun keputusan itu dikecam oleh akhbar kawalan Umno,

Utusan Malaysia dan juak-juak parti itu serta MCA mendakwa langkah PAS itu menunjukkan ia tunduk kepada tekanan DAP.

Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini bercadang menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN pada tahun 1997 tetapi tidak pernah dilaksanakan. Peraturan itu melarang sebarang konsert dan pertunjukan hiburan ala Barat pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun selepas perbincangan dengan pemilik premis berkenaan, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak bersetuju membenarkan premis berkenaan beroperasi namun penguatkuasaan melarang orang Islam mengunjunginya akan diperketatkan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata Islam menuntut hak penganut agama lain harus dibela dengan seadil-adilnya.

“Selain sifat muhibah yang dipupuk agama Islam, juga menjadi tanggungjawab dalam agama kita ini sifat dan amalan berpegang teguh kepada janji baik yang telah dimeterai termasuk dengan penganut-penganut agama yang lain.

“Sejarah umat Islam menjadi saksi akan kepentingan menunaikan amanah dan berpegang pada janji bukan hanya sesama umat Islam tetapi juga bukan Islam,” kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan.

Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Kredit tο: http://wrlr.blogspot.com/2011/07/abdullah-islam-menuntut-hak-penganut.html


http://www.tukartiub.org/abdullah-islam-menuntut-hak-penganut-agama-lain-dilindungi/

ISU OPERASI PUSAT HIBURAN: Tidak Pelik, Pelik & Paling Pelik

Posted by balaci bn on Jul 31, 2011 in Politik

ISU OPERASI PUSAT HIBURAN: Tidak Pelik, Pelik & Paling Pelik

Sekonyong-konyong bergegarlah seketika Negeri Jelapang Padi Kedah Darulaman. Gegarannya sampai menggoncangkan jantung pisang Se-Tanah Melayu. Selepas gempa bumi maha dahsyat melanda tanah tumpah yang pernah dinamakan Malaya ini dari perhimpunan BERSIH.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, mengumumkan satu keputusan melarang pengusaha pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadhan. Ia adalah satu perlaksanaan terhadap enakmen yang dilulus oleh oleh kerajaan sebelum beliau. Kemudiannya dibuat pelarasan dalam situasi menang-menang iaitu melarang pusat hiburan dari dimasuki oleh orang bukan Islam. Ia hasil pertemuan penuh muhibbah dengan wakil-wakil masyarakat bukan Islam dan pengusaha-pengusaha pusat hiburan.

Namun begitu, pengumuman ini mencetuskan polemik pro dan kontra. Ada perkara yangTidak Pelik, Pelik dan Lebih Pelik telah berlaku.

1. Tidak Pelik apabila orang bukan Islam yang tidak faham menentang perlaksanaan ini. Mereka merasakan bahawa pelaksanaan ini menutup pintu rezeki mereka. Peliknya ialah mereka tidak tahu peraturan itu terkandung di dalam borang yang mereka isi ketika memohon untuk membuka pusat hiburan berkenaan. Ia juga terkandung di dalam Syarat Am Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Tetapi Lebih Pelik lagi ialah ada orang Islam yang menentang perlaksanaan undang-undang ini.

2. Tidak Pelik apabila Dato’ Seri Ustaz Azizan melaksanakan peraturan yang sudah ada. Ia digubal dan diluluskan ketika Umno dan BN memerintah Kedah. Tetapi Peliknya ialah Umno sendiri tak pernah laksana. Lebih Pelik lagi ialah bila Pakatan Rakyat hendak laksana peraturan yang mereka tidak pernah laksana, mereka mengacum merata-rata tempat untuk cuba pelaga orang yang mahu laksana.

3. Tidak Pelik apabila Dato’ Seri Ustaz Azizan membuat sedikit pindaan bagi menjamin hak bukan Islam untuk berhibur. Yang Peliknya ialah pengusaha bukan Islam melenting walaupun mereka sedar adalah menjadi hak orang Islam tidak melakukan maksiat. Tetapi Lebih Pelik apabila BN dan Umno yang menggubal enakmen ini dulu tidak tahu hak orang bukan Islam.

4. Tidak Pelik apabila kerajaan melaksanakan undang-undang negeri kerana itu adalah tugas sebuah kerajaan. Peliknya ialah apabila rakyat yang bernaung dalam sesebuah negeri tidak mahu mengikut undang-undang. Lebih Pelik apabila ada sebuah parti yang kononnya nak bela orang Islam, tapi kroni mereka di sebuah negeri, meluluskan pula undang-undang hiburan sampai pagi hari kononnya untuk jana ekonomi dan perkembang industri pelancongan.

5. Tidak Pelik apabila keluarnya puluhan NGO dan badan-badan Islam yang mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri Kedah. Turut menyokong termasuklah beberapa mufti dan ulama-ulama yang berintegriti lagi dihormati. Yang Peliknya ialah apabila ada orang-orang bukan Islam menyokong sama pelaksanaan ini. Bagi mereka, ini adalah hak orang Islam mengamalkan Islam. Tetapi Lebih Pelik ialah ada orang-orang Islam yang berkokok dan menentang serta mempertahankan bantahan kononnya mencabuli hak orang bukan Islam.

6. Tidak Pelik bila terdapat negeri yang menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kedah.Tetapi Peliknya, walaupun ia membawa kebaikan kepada masyarakat, ada negeri yang tidak berminat. Lebih Pelik apabila ada ulama-ulama yang menyokong tetapi negeri yang mereka pegang kuasa tidak pernah atau berminat laksana.

Percubaan yang dibuat oleh Ustaz Azizan memecah tradisi pelaksanaan enakmen yang sudah wujud. Tiada yang baru kecuali manusia berfikiran penjajah yang terus mempertahankan pendirian songsang mereka. Ia penuh dengan cabaran. Menguji kesepakatan Pakatan Rakyat yang semakin melangkah matang menghormati hak beragama masing-masing. Ia juga menguji kefahaman masyarakat Islam terhadap agama Islam itu sendiri. Tidak payahlah Umno atau Barisan Nasional main isu ini. Akhirnya Umno sendiri yang terperangkap, berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi…

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah

Kredit tο: http://www.kedahlanie.info/2011/07/isu-operasi-pusat-hiburan-tidak-pelik.html


MB Azizan Bongkar Rahsia UMNO-BN Kedah

Posted by admin on Jul 19, 2011 in Politik


Rupa-rupanya langkah kerajaan negeri Kedah untuk menghalang aktiviti maksiat di bulan puasa adalah termaktub dalam enakmen undang-undang negeri Kedah sejak 1997 tetapi tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan UMNO ketika mereka memerintah negeri jelapang padi itu.

‘Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997′ menyatakan terdapat beberapa jenis hiburan (seperti yang dicadang oleh MB Azizan) tidak boleh diadakan pada hari Jumaat dan juga pada sepanjang bulan Ramadhan. Suatu perkara yang harus melegakan setiap umat Islam ialah MB Azizan sebenarnya tidak memandai-mandai dalam tindakkannya malah membuat keputusan bijak apabila membangkitkan isu larangan ke pusat hiburan ketika Ramadhan. Setelah masuk tahun ketiga menguasai Kedah, kali ini PAS Kedah bersedia untuk melaksanakan undang-undang tersebut tanpa mempedulikan tekanan dari mana-mana pihak.

MB Azizan melakukan sesuatu yang dituntut yang juga sememangnya telah wujud dalam enakmen undang-undang negeri. Ia dilihat bijak dan terpuji apabila dalam masa yang sama (ketika mengumumkan larangan tersebut), beliau mengusahakan kolaborasi bersama dengan syarikat hiburan agar bekerjasama supaya tiada umat Islam yang dibenarkan masuk ke dalam premis hiburan pada bulan puasa. Cuma bab persefahaman ini tidak dibangkit ketika pengumuman larangan dibuat kerana ia masih diperingkat perbincangan. Tidak salah membangkitkan larangan tersebut lebih awal untuk mendapat respon yang diharapkan.

Akhirnya Islam menang di kalangan umatnya di Kedah dan juga di kalangan bukan Islam apabila pihak kerajaan negeri dan pihak pengusaha pusat hiburan bersetuju untuk hanya membenarkan premis hiburan milik mereka dikunjungi oleh bukan Islam sahaja dan bersedia menghadapi hukuman jika gagal dalam MoU Ramadhan ini.

Tahniah kepada PAS kerana berjaya membuka mata rakyat Malaysia dengan terdedahnya enakmen yang selama ini ‘disorok’ kerajaan UMNO sebelum ini demi mengaut keuntungan dari maksiat yang berlaku di kalangan umat Islam negeri Kedah dan juga dalam masa yang sama, menangguk undi bukan Islam semahunya. Tidak timbul soal PAS Kedah tunduk kepada siapa-siapa, tetapi rupa-rupanya Barisan Nasional dan UMNO Kedah lah yang telah tunduk kepada tokey-tokey kemaksiatan.

Walaupun tindak-tanduk MB Azizan sebelum ini tidak disenangi oleh segelintir pihak, ia tidak bermakna kita menolak usaha murni yang membawa hasil positif ke atas umat Islam khususnya.

Ikuti sebuah laporan yang saya petik dari blog Poji Topeng Perak berkenaan enakmen yang disorok UMNO-BN;

Pusat Hiburan: UMNO Patut Malu

Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 menyatakan dengan jelas syarat аm nο.8 seperti berikut: Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi.
Saya mengikuti perkembangan yang berlaku di Kedah iaitu yang melibatkan isu arahan penutupan pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan. Seperti biasa, media massa yang dimiliki oleh UMNO terus menerus menghentam PAS dan melaga-lagakan di antara pimpinan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Utusan Malaysia yang menjadi lidah rasmi UMNO pula mengambil kesempatan untuk membina keyakinan palsu di benak pembaca dengan tajuknya PAS Tunduk Kepada DAP.


Video Wajib Tengok


Sumber: www.youtube.com


Saya kira UMNO sudah lupa bahawa mereka sendiri yang meluluskan Enekmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang mana di dalam dalam Jadual C, muka surat 150 dinyatakan dengan jelas syarat аm nο.8 seperti berikut: … Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri diperolehi. UMNO sudah lupa bahawa pada tahun 1997, mereka masih lagi menjadi kerajaan di Kedah dan sehingga tahun 2011 ia baru dikuatkuasakan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Layakkah UMNO bertempik sorak pada hari ini kononnya PAS tunduk kepada DAP? Jika demikian, selama ini UMNO tunduk kepada siapa? Simpati sungguh saya kepada kaedah permainan politik kampung yang dimainkan oleh UMNO pada hari ini. Barangkali mereka masih terbawa-bawa dengan politik zaman purbakala yang mengharapkan rakyat di’butatulikan’ pancaindera mereka dengan hanya menerima maklumat sehala sahaja.

Berkali-kali saya nyatakan, PAS sangat berbeza dengan UMNO dalam hal bertahaluf dengan non muslim. Di antara PAS dengan DAP misalnya, PAS sentiasa melontarkan dasar-dasar yang selari dengan prinsip Islam. Berbeza dengan UMNO yang bertempik sakan mahu memelihara Islam, alih-alih bukan sahaja tidak mahu menutup pusat hiburan, bahkan melanjutkan masanya dari jam 2.00 pagi kepada jam 3.00 pagi! Ini telah diputuskan di Melaka melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka pada 7 Julai 2011. Saya menurunkan kata-kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika mengumumkan perkara ini, “Keputusan ini diambil sebagai memenuhi permohonan pengusaha terbabit kerana mereka mendapat permintaan pelanggan yang sebahagian besarnya datang bercuti dan mahu berhibur hingga lewat pagi” (Lihat Utusan Malaysia, 8 Julai 2011).

Di Kedah, sewaktu Datuk Seri Azizan mengumumkan bahawa operasi rumah hiburan sepanjang Ramadhan 100% untuk bukan Islam, dan penarikan lessen serta merta akan dilakukan jika terdapat pengunjung muslim, Utusan Malaysia melompat tinggi melatah seolah-olah langit sudah runtuh. PAS dikatakan tunduk kepada DAP sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah ialah memberikan hak kepada bukan Islam dan juga memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Namun apabila kerajaan negeri Melaka mengumumkan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan, di mana Utusan Malaysia? Di mana NGO-NGO yang hebat membela Islam? Sudah hilangkah darah segala pendekar Melayu yang siap mengatur pencak membela kesucian agama mereka?

Hakikatnya, UMNO tidak pernah meletakkan akhirat menjadi agenda dalam perjuangan. Di mana-mana sahaja tempat UMNO berkuasa dan menjadi majoriti, tidak pernah agenda Islam menjadi keutamaan. Berbeza dengan PAS yang ditohmah menjadi alat DAP, PAS mengambil ruang dan peluang yang ada untuk sentiasa melontarkan dasar yang selari dengan Islam. Di Melaka, siapakah yang menjadi majoriti jika bukan UMNO? Jika PAS dikatakan menjadi alat DAP, UMNO alat siapa? Alat nafsu? Sayangnya, UMNO menjadi majoriti langsung tidak menguntungkan Islam. Barangkali itulah sebabnya tangan mereka sentiasa menggapai PAS. Saya katakan, turun sahajalah UMNO dari takhta kuasa, bertenggek di situpun tiada apa yang boleh ditumpang bakti.

Apapun, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kedah. Usah dipeduli nista dan cerca pihak yang berkokok berderai-derai dengan ekor yang memalukan.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1Sb7bSsPB


Thursday, July 21, 2011

'Larangan' Ramadan di Kedah tak ditarik balik

Jul 19, 11 10:45am

Larangan operasi pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadan tidak pernah ditarik balik, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

NONESebaliknya, menurut beliau, secara umum Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju pusat hiburan dibenarkan beroperasi sepanjang bulan itu untuk masyarakat bukan Islam sahaja.

"(Ini) kerana itu adalah hak mereka. Kerajaan juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu.

"Enakmen yang sudah diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini tanggungjawab sebuah kerajaan," tulisnya dalam blog.

Menurut Muhammad Sanusi (kiri), Azizan juga berkata isu penguatkuasaan enakmen itu diserahkan kepada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan Daerah untuk pertimbangan kelonggaran berdasarkan peraturan sedia ada dan cadangan yang dikemukakan.

"Selesailah isu sensasi yang sengaja dipanaskan 'tak ketahuan punca' itu," katanya.

Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 antaranya mengandungi tatacara menjalankan aktiviti hiburan dan perniagaan berkaitan hiburan.

Salah sangka

Ia terdiri 13 kategori termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi, bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko dan pub.

azlanIa diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.

Muhammad Sanusi berkata masyarakat Cina khususnya pengusaha dan operator pusat hiburan tersalah sangka bahawa semua operasi akan diarahkan tutup.

"Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani.

"Mereka sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan dalam enakmen.

"Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan melalui media," katanya.

Dewan Cina

Akibat salah sangka dan hasutan itu, wujudnya bantahan masyarakat bukan Islam khususnya masyarakat Cina.

azlanSehubungan itu, Muhamad Sanusi berkata Azizan memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar pandangan dan keluhan mereka.

"Dia tidak memanggil Tan Keng Liang, Chong It Chiew atau Chor Chee! Sekitar 30 orang operator hiburan turut hadir," sindir Muhammad Sanusi.

Beliau juga menafikan tanggapan kerajaan negeri mahu membatalkan enakmen atau menghapuskan syarat am itu, sebaliknya pihaknya menggunakan kuasa pihak berkuasa negeri yang didakwanya "untuk menyelesaikan satu isu yang tak pernah selesai sewaktu zaman BN".

NONE"Selamatlah umat Islam dari gejala yang menjejaskan ibadah sepanjang Ramadan tahun ini dan Ramadan tahun-tahun berikutnya.

"Kalau boleh, biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah Ramadan 1432 ini!” akhirinya.

http://malaysiakini.com/news/170327

Wednesday, July 20, 2011

Ramadan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburan

Hazlan Zakaria
Jul 17, 11
3:03pm

Kerajaan Kedah pimpinan PAS telah menggugurkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.

Negeri itu memutuskan Mei lalu untuk menguatkuasakan penutupan semua pusat hiburan pada bulan suci Islam itu, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan oleh pentadbiran BN sebelumnya.

NONEBagaimanapun, rancangan itu mendapat bantahan pengendali tempat
hiburan, serta lain-lain parti komponen Pakatan Rakyat yang bimbang larangan menyeluruh itu akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Yang paling vokal mengkritiknya ialah pengerusi DAP, Karpal Singh, yang semalam mendesak supaya larangan itu dibatalkan.

Pengendali pusat hiburan juga memberi amaran bahawa larangan tersebut boleh menyebabkan lebih 6,000 pekerja dipecat.

Pegawai kerajaan negeri memberitahu AFP bahawa kontroversi tersebut telah diselesaikan selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu pengendali premis hiburan hari ini, dan bersetuju mereka beroperasi selagi mereka memastikan tidak ada orang Islam memasuki premis mereka pada bulan puasa.

NONESementara itu, dalam satu sidang akhbar di Ampang hari ini, rce the shut down.setiausaha politik Azizan, Mohd Sanusi Md Nor memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk tidak menguatkuasakan penutupan premis hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pengendali berkenaan secara sukarela bersetuju lesen mereka dibatalkan jika umat Islam ditemui di premis hiburan mereka dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, jumlah sebenar operator pusat hiburan terbabit mungkin lebih rendah daripada yang dipetik.

Sebelum ini, pertelagahan antara PAS dan DAP - rakannya dalam Pakatan - berhubung isu ternakan babi dan larangan minum arak, mengancam menggagalkan Pakatan dan peluang untuk menjatuhkan BN, yang telah memerintah negara lebih daripada 50 tahun.

Sementara itu, dalam reaksinya, penganalisis politik dan pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menegur PAS dalam mengendalikan perkara itu.

Katanya, tempoh yang singkat, Kedah terpaksa menangani dua insiden yang tidak seharusnya berlaku: pertama sekatan demonstrasi pelajar di kolej KUIN dan kini larangan terhadap pusat hiburan dalam bulan Ramadhan.

"Benar, mereka boleh berhujah di segi teknikal seperti pengharaman itu hanya menguatkuasa peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh BN (dan pada bila-bila masa dengan sokongan MCA dan Gerakan).

Bagaimanapun, katanya, mereka terlepas pandang soal yang lebih penting; iaitu kerajaan Pakatan perlu berbeza daripada BN, terutamanya pendekatan atas-ke-bawah.

Katanya, apa yang Kedah buat mungkin baik untuk parti itu di negeri tersebut, terutamanya dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan semula Umno.

Bagaimanapun, tambah Abdul Aziz, langkah seumpama itu mungkin tidak baik untuk peluang PAS - dan Pakatan Rakyat - di negeri-negeri lain dan ia juga boleh menjejaskan kedudukan parti itu di peringkat nasional.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/170180
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...