Showing posts with label Rektor UIAM. Show all posts
Showing posts with label Rektor UIAM. Show all posts

Sunday, October 23, 2011

Lagi pertubuhan akademik 'sokong' Aziz Bari

Lagi pertubuhan akademik 'sokong' Aziz Bari

Satu lagi pertubuhan ahli akademik tampil mempertahankan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Profesor Abdul Aziz Bari yang digantung tugasnya.

Ikatan Ilmuan Nasional (ILMUAN) dalam satu kenyataan akhbar hari ini berkata pihaknya terkilan atas celaan berbentuk peribadi yang telah dikenakan terhadap Abdul Aziz.

azlan"ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengutarakan pandangan berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang undang-undang.

“Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau sepatutnya berhujah balas secara rasional dan profesional tanpa sebarang ugutan atau celaan peribadi,”
kata presidennya, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh.

Katanya, ILMUAN amat memandang berat penghinaan yang dilemparkan kerana Abdul Aziz adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.

Beri pengharagaan

Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila pakar perlembagaan itu mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

azlanBeliau dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.

Berikutan penggantungan tugas itu, pelbagai pihak termasuk mahasiswa, persatuan kakitangan akademik beberapa universiti, ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi.

Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual.

NONEKemuncaknya, Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.

Bagi Mohd Fuad, pakar perlembagaan itu sepatutnya diberi penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi reaksi di dalam pelbagai cara serta tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga.

“Sebagai seorang ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya kerana ia merupakan sebahagian daripada kebebasan akademik yang dimiliki oleh setiap ahli akademik.

uia aziz bari protest 211011“Mana-mana negara yang mahukan universiti mereka disanjungi dan dihormati sebagai universiti bertaraf dunia pasti menyokong, menghormati dan melindungi kebebasan akademik ini,” katanya.

Sementara itu,Bernama hari ini melaporkan Presiden Persatuan Alumni Sekolah Datuk Jaafar (SDJ) Datuk Syed Hussien Al-Habshee membandingkan penggantungan tugas Abdul Aziz dengan kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor dan mempersoalkan sikap berat sebelah pembangkang.

Berlagak hero

Katanya, pihak pengurusan UIA dan rektornya perlu diberi peluang untuk menyelesaikan isu penggantungan tugas Abdul Aziz dan Pakaatn Rakyat tidak sepatutnya membuat tuduhan yang tanpa asas.

azlan"Apabila kerajaan negeri Selangor memecat tiga kakitangan Universiti Selangor diikuti peletakan jawatan Naib Canselornya, kita tidak nampak sebarang usaha daripada parti pembangkang untuk mempertahankan nasib mereka. Mengapa hanya kini mereka mahu berlagak sebagai hero," katanya kepada Bernama hari ini.

Syed Hussien juga mempersoal tindakan Pakatan yang mendakwa penggantungan tugas Abdul Aziz itu menunjukkan ketiadaan kebebasan akademik di negara ini tetapi ketika ketiga-tiga kakitangan Unisel itu dipecat, tidak pula kedengaran laungan daripada mereka tentang ketiadaan kebebasan akademik di negara ini.

NONESehubungan itu, beliau menasihatkan Abdul Aziz supaya menumpukan kepada tugasnya sebagai pensyarah undang-undang perlembagaan dengan menerbitkan lebih banyak artikel dan kajian dalam jurnal perundangan antarabangsa.

"Beliau tidak perlulah menyibukkan diri dengan menyertai muktamar PAS atau persidangan parti-parti pembangkang untuk menyuarakan pandangannya, sebaliknya menumpukan kepada usaha sebagai ahli akademik," katanya.

Beliau berkata sebagai ahli akademik, Abdul Aziz, perlu menumpukan kepada tugasannya sebagai pensyarah dan menyerahkan urusan politik negara ini kepada anggota politik.

Timbalan menteri mahu penggantungan ditarik

Timbalan menteri mahu penggantungan ditarik
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.

NONEMalaysiakini ternampak mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih
salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

NONEAbdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.

[Baca berita penuh]

Aziz Bari jawab kenyataan rektor UIA

Aziz Bari jawab kenyataan rektor UIA

Peguam yang mewakili Prof Abdul Aziz Bari berkata kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin (bawah, kiri) berkaitan penggantungan perkhidmatan pensyarah undang-undang itu selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIAM adalah tidak tepat.

zaleha kamaruddin uia rectorSebaliknya, kata peguam Dr Zulqarnain Lukman, berdasar surat tunjuk sebab dari UIA, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatan Prof Aziz Baru adalah berkuatkuasa serta merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari.

Dr Zulqarnain berkata, beliau telah mendapat arahan daripada anakguamnya untuk membuat kenyataan berhubungkenyataan yang diberikan oleh rektor UIA itu yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama.

Menurutnya, tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIAM.

"Begitu juga bahawa adalah jelas anakguam tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIAM melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-Undang.

"Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anakguam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini.'

"Akhirnya, anakguam memohon pihak UIAM tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam," katanya.


http://www.malaysiakini.com/news/179367

Rektor: Aziz Bari digantung untuk cepatkan siasatan

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjelaskan tindakan menggantung tugas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.

zaleha kamaruddin uia rectorRektor UIAM Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Abdul Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan gaji turut ditahan.

Beliau berkata UIAM tetap membayar gaji Abdul Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.

"Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Zaleha berkata Abdul Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lepas, dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung kenyataannya berhubung btitah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Beliau berkata jika Abdul Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.

azlanZaleha berkata kenyataan Abdul Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.

"UIAM tidak pernah menyekat mana-mana ahli akademik untuk mengeluarkan kenyataan, tetapi kenyataan tersebut mestilah tidak bercanggah dengan kepentingan universiti," katanya.

Beliau berkata setakat ini, Abdul Aziz belum menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya Rabu lepas.

Tindakan Abdul Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai 'kurang ajar'.

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...