Showing posts with label BSN. Show all posts
Showing posts with label BSN. Show all posts

Thursday, August 4, 2011

CAP: Warga tua terberak tunggu wang kebajikan

CAP: Warga tua terberak tunggu wang kebajikan
Ogos 3, 11 5:05pm

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa keadaan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang adalah sebegitu kelam kabut dan sesak pada setiap minggu pertama setiap bulan.

Ini kerana menurut presidennya SM Mohamed Idris, beliau dimaklumkan sepanjang tempoh itu golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka.

NONE“Ramai daripada penerima ini yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank.

“Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.


Sebelum ini, menurut SM Mohamed (kiri), bayaran dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

BSN kemudiannya dilantik menjadi bank komuniti untuk menyalurkan bayaran itu.

Menurut presiden CAP itu, BSN juga cuba untuk mengatasi masalah berkenaan dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan menggunakan mesin bagi tujuan pengeluaran.

“Ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN). Keadaan ini boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa,” katanya.

Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Katanya, bank komersial lain juga perlu menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan golongan berkenaan mengeluarkan wang kebajikan mereka.

“Semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan inilah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR),” akhiri kenyataan media CAP itu.


http://malaysiakini.com/news/171901

Terberak tunggu bayaran wang kebajikan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) diberitahu terdapat golongan tua yang terkencing dan terberak dalam premis BSN ketika menunggu untuk mengeluarkan wang.

Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, pihaknya ketika mengunjungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang hari ini amat terkejut apabila melihat keadaan kelam kabut di premis bank itu.

“Ketika bertanyakan berkenaan hal itu, pegawai kami difahamkan bahawa setiap minggu pertama pada setiap bulan begitulah keadaannya memandangkan golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, ramai daripada penerima itu yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank.

“Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka,” ujarnya.

Sebelum ini, katanya bayaran dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bank Simpanan Nasional menjadi bank komuniti yang dilantik untuk menyalurkan bayaran itu.

Menurutnya, BSN cuba untuk mengatasi masalah itu dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan untuk menggunakan kaedah pengeluaran itu kerana ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka untuk menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN).

Keadaan itu, ujarnya boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa.

“CAP menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan meminta bank komersial lain agar turut menyediakan perkhidmatan ini,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan itulah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4704-terberak-tunggu-bayaran-wang-kebajikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...