Showing posts with label Laman Marhaen. Show all posts
Showing posts with label Laman Marhaen. Show all posts

Thursday, March 5, 2009

MB Kedah cabar Pemuda Ameno

Rabu, Mac 04, 2009


MB Kedah cabar Pemuda Ameno





ALOR SETAR 3 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah dicabar mengemukakan nama Exco negeri yang didakwa terlibat mengeluarkan perkataan biadap ke atas Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tersebar menerusi surat layang minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tindakan itu penting bagi membuktikan dakwaan tersebut berasas dan bukan sekadar 'cakap kosong' berpandukan surat layang menyebut 'salah seorang Exco negeri'.

"Asyik cakap saja, berilah nama (Exco terlibat) kepada saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah.

Majlis tersebut disempurnakan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim di di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Minggu lalu akhbar melaporkan penyebaran surat layang yang antara lain mengandungi dialog seorang Exco negeri ini mengeluarkan kenyataan menghina institusi kesultanan Kedah.

Surat yang tidak mempunyai nama, tanda tangan serta alamat pengirim ditemui di dalam peti pos di rumah Setiausaha Pemuda UMNO Kedah, Haris Che Mat pada 23 Februari lalu.

Berikutan itu, beberapa Pemuda UMNO bahagian di negeri ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat kesahihan dialog berkenaan.

Pemuda BN Kedah turut menyerahkan memorandum kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berhubung dakwaan terhadap Exco terbabit. Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung surat layang itu.

p/s : dh tau spa bagitau la apa yg berat sgt mulut.... kalau fitnah tu mmg kena buat plan dulu la...

Laporan Al-Jazeera mengenai kebodohan UMNO

Rabu, Mac 04, 2009


Laporan Al-Jazeera mengenai kebodohan UMNO


Al-Jazeera: Scuffles at Malaysia parliament

Scuffles have broken out outside a state parliament in northern Malaysia after riot police and supporters of Malaysia’s ruling coalition blocked members of the country’s opposition from entering the building.

The incident took place on Tuesday as about 100 members of the opposition Pakatan Rakyat (People’s Alliance) tried to enter parliament in the town of Ipoh in the northern state of Perak.

A group of 28 opposition legislators accompanied by their supporters had been trying to hold an emergency session of the assembly but found their way blocked by a makeshift fence and dozens of riot police.

“Go back!” several government supporters shouted as pushing and shoving broke out between the rival groups.

Both the governing and opposition coalitions claim they have the right to rule Perak, which has been embroiled in a tense political and constitutional crisis since January.

The state has had no function government following the defections of several opposition legislators in January.

‘Double standards’

Police did not intervene, but stepped in to push back the opposition supporters when they approached the makeshift fence.

“This is utter rubbish. Elected representatives are not allowed to go inside,” A Sivanesan, an opposition legislator, told the Associated Press.

“It is not in accordance with the law. The police [are] practicing double standards.”

The crisis in Perak highlights the growing uncertainty in Malaysian politics after the ruling party suffered its worst ever election loss last year.

In the March 8 national polls, the ruling Barisan Nasional (BN) coalition lost control of four states including Perak, as well as its long-standing two-thirds majority in parliament, conceding a large number of seats to the opposition.

Unconstitutional

Last month opposition legislators protested after claiming the state sultan had acted unconstitutionally in appointing Zambry Abdul Kadir, a BN member, as chief minister without waiting for a vote of confidence in the state assembly.

Following the sultan’s endorsement, V Sivakumar, the state parliament’s speaker and a member of the opposition coalition, suspended the legislature.

He later called for opposition members to gather for an emergency session – a move seen as symbolic rather than having any real prospect of returning the opposition to power.

After being blocked from entering the state parliament the opposition legislators retreated to a side street where they held the emergency session in the open air.

The meeting unanimously passed a resolution of confidence in the ousted government led by Mohammad Nizar Jamaluddin.

“We are the rightful government … Now the state has two chief ministers, one that is legal, one that is absolutely illegal,” he said.

“The crisis must be solved … through the dissolution of the state assembly.”

Oleh:mag

HAKIM MAGGIE MEE ?

Selasa, Mac 03, 2009


HAKIM MAGGIE MEE ?



IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Menteri Besar Kudeta, Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN)yang merampas kuasa bersamanya menghalang Speaker DUN, V Sivakumar, daripada memanggil sebarang sidang dewan tanpa perkenan Sultan Perak, termasuk sidang tergempar.

Lucunya keputusan ini dibuat dengan mudah apabila penghujahan tidak dapat dilakukan oleh peguam yang mewakili SIvakumar dengan alasan hakim hanya Pensihat undang-undang negeri sahaja yang layak mewakili Speaker itu.

Keputusan yang tergesa-gesa seperti memasak maggi mee itu dilihat sebagai usaha BN menggunakan talian hayat melalui pihak kehakiman.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Rizwan Ibrahim, dalam kamarnya selepas mendengar permohonan panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar.

Firoz berkata keputusan itu membawa kembali pentadbiran berlandaskan perlembagaan di Perak yang sekarang kucar kacir.

Tanpa menyedari Firoz juga dengan itu sedang melindungi kerja jahat Zambry dan kuncu-kuncunya merampas kuasa di Perak pada 6 Februari lepas.

Dimanakah penghujahan dalam perkar 72.1. perlembagaan persekutuan yang menyatakan keputusan Speaker tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah.

Kisah cinta Pertama

Selasa, Mac 03, 2009


Kisah cinta Pertama


Dilulus terbit pada Monday, March 02 @ 21:10:18 MYT oleh TokPenghulu

Artikel Oleh putraazhari

"
“Ustaz saya mahu berbicara mengenai Solat Istikharah. Apakah kiranya ustaz punya kelapangan sekarang?”

Tiba-tiba penulis dikejutkan dengan kehadiran mesej seorang teman di Malaysia.

“Kalau boleh saya mahu bangat berbicara dengan ustaz melalui yahoo messenger dalam ruang waktu sebentar sahaja”Penulis biarkan keinginan teman itu dipenuhi,walaupun penat masih menyelubungi penulis, namun penulis gagahkan sukma diri membuka lap top yang berada di sebelah.

“Ustaz apa khabar hari ini?Khabarnya ustaz sudah selesai peperiksaan semalam”Teman membuka bicara sebaik sahaja melihat status yahoo messenger penulis di udara.


“Alhamdulillah,semuanya baik”
“Bagaimana dengan keadaan saudara Naim?Mesti tengah cuti lagi ni…”Penulis cuba meneka situasi teman tersebut dengan sedikit pengetahuan,dan apa yang sedang berlaku di tanah air yang masih meriah menyambut Tahun Baru Cina,dikalangan masyarakat Cina



“Alhamdulillah,samalah kita…”

“Begini ustaz,saya ada seorang teman di universiti. Dia ada beritahu saya berkenaan bagaimana seseorang itu akan merasakan jodohnya dengan siapa setelah mana mengerjakan solat Istikharah, tapi dia cakap kita akan bermimpi dan di sana gambaran akan terpampar di hadapan kita.Betul ke ustaz?”Teman cuba berusaha meyakinkan penulis dengan susunan ayat yang rapi.

Penulis tersenyum sendirian sambil mencapai segelas air yang di bawa oleh seorang teman serumah.Hari ini seakan-akan mengamit hati penulis untuk sedikit belajar berkenaan ilmu mengayat dan menarik para pembaca budiman dengan kata-kata puitis, sambil menyelami maksud di sebalik perkataan “Istikharah” itu sendiri dan sedikit cerita tentang kisah cinta seorang teman Indonesia yang juga kawan rapat penulis di universiti,semasa beliau di bangku sekolah menengah di Pasentren Gontor.Dalam rencah kehidupan ini,akan wujud di sana perbezaan acuan dan cara pembawakan dalam merealisasikan sebuah wadah ketrampilan manusiawi pada suatu tahap membanggakan diri di kaca mata umum, siapa sahaja!.Namun persoalan yang timbul,adakah di sana terdapat hamparan kasih sayang di perdu mega qada’ ketentuan Tuhan Pencipta tatkala diri meraba-raba mencari denai pulang kepangkuan keredhaan-Nya?

Senandung Khulasah Kehidupan Lampau

Angan-angan,cita-cita atau dendam kesumat di masa kanak-kanak, di era masih kehinggusan dan setahun jagung memang selalu menarik untuk dikenang, diputarkan semula, dan diabadikan dalam diari lipatan sejarah, dalam proses untuk membesar matang dilihat seperti hari ini.

Seorang teman penulis dari Jawa Barat pernah berkata:

”Salah satu angan-angan saya dulu adalah, mampu untuk membeli anggur kelas satu berbotol-botol dan tape recorder Sony untuk memutar lagu Holan Sada Do Na Ringkot–Hanya Satu Yang Bererti Bagiku Dalam Hidup Ini”Ujarnya.

Bila mengenang tentang makan, pernah dahulu kala ketika penulis berada di bangku kelas dua atau tiga (ingat tak ingat) di sebuah sekolah rendah di Kelantan,belum pernah penulis mengecapi makan kismis di kala mata terbuka luas dan bisa mengenal huruf.Kata ibu, dulu pernah penulis makan kismis, tapi ketika tuan Imam menyuap ke mulut di hari ke tujuh kelahiran.Penulis tidak tahu apa penyebabnya.Boleh jadi penulis lebih gemar memikirkan kerja rumah, duit sekolah, buku, peperiksaan dan sebagainya sehinggakan tidak kisah pasal makan, asalkan tidak kebulur,sudahlah…Ketika itu memang belum berkembang seperti sekarang.Mungkin barang-barang import (termasuk kismis) masih sangat terpecil dan mahal harganya.Boleh jadi juga kerana ekonomi keluarga pada masa itu, atau boleh jadi juga, seperti kata orang Jawa:

“Mardomu ma i sude…(Semua itu campur baur,macam-macam ada)”

Penulis pernah ‘tertelan air liur’ sesekali dibuatnya bila melihat seorang teman sekelas tengah menikmati kismis sekotak kecil.

“Bagilah sedikit,”Kata penulis kepadanya.

Teman penulis memang baik.Diberinya beberapa butir kepada penulis.Dengan penuh takzim butiran itu penulis masukkan ke mulut dan penulis kunyah perlahan-lahan sambil biji mata memerhati hati-hati teman sekelas itu.

Tapi tidak semua dari butiran kismis yang diberikan oleh teman itu penulis makan.Dalam diam-diam beberapa butir kismis yang masih tersisa digenggaman penulis masukkan ke kantong.Penulis tahu bahawa kismis adalah buah anggur yang dikeringkan.Dan waktu itu buah anggur pun belum pernah penulis makan.Kerana itu spenulis berteori dan monolog dalam diri:

“kalau kismis ini aku bawa pulang ke rumah dan aku rendam di dalam gelas, tentu ianya akan kembali menjadi buah anggur”

Tapi ternyata eksperimen pantas itu penulis dapati gagal.Kismis itu tetap sahaja liut dan lisut walaupun telah direndam selama berhari-hari.Selepas peristiwa itu, penulis cuba mengagahkan diri untuk tidak terus berputus asa dari terus mencuba, namun bukan pada tindakan dan pekerjaan yang tidak masuk akal tadi.

Suatu waktu dulu juga, setelah sedikit remaja kelas pertengahan.Ketika berkunjung ke Puchong,Selangor di rumah ibu saudara.Penulis dibawa masuk di sebuah supermarket, penulis melihat susunan kotak kismis dipanjangkan di atas rak.Harga kismis ternyata jauh lebih murah dari harga sebungkus rokok dan cakera vcd cetak rompak di kaki lima pasar malam.Didorong oleh dendam kesumat yang tak terpuas ketika masih kanak-kanak dulu, penulis langsung membeli kismis satu kotak besar sekaligus.Hal yang membuat penulis berbangga ialah bahawa kismis yang penulis beli adalah yang berwarna kuning,dan itu adalah kismis yang jauh lebih manis daripada yang hitam pernah dimakan disaat pertama kali menikmatinya di sekolah rendah, dan tidak pula mempunyai biji.Sambil berjalan perlahan-lahan di bawah gedung-gedung pencakar langit yang memenuhi Bandar Puchong dan berhenti seketika,tatakala diri tidak kenal erti penat dalam lamuanan lazat, penulis mengunyah kismis kuning langsat itu.Sesekali penulis mendongak wajah ke atas dan berkata dalam hati:

“Tuhan,aku makan kismis…”

Obsesi penulis akan kismis telah menjadi bahan bualan dan sindiran di tengah-tengah kecerian raut muka ahli keluarga.Kalau adik-adik penulis berbelanja di supermarket dan di pasar-pasar mini, kalau hati mereka sedang senang, mereka selalu membelikan penulis ole-ole kismis langsat berjenama Sun Maid yang kotaknya berwarna merah dan terpampar gambar perempuan sedang mengangkat sekeranjang anggur itu.

“Ni, untuk abang saya tersayang yang masa kecilnya kurang bahagia, saya belikan kismis.Makan deh sampai puas…,”begitulah selalu kata adik lelaki di bawah penulis sambil bergurau senda.

Itu kisah dahulu,sekarang dah berubah…

Kisah Cinta Pertama Buat Pedoman

Mengenang semula cerita seorang teman sekuliah di universiti yang berasal dari Indonesia.Ketika itu penulis berehat seketika setelah berhempas pulas memahami pelajaran ‘Sejarah Pensyariatan Dalam Islam’ yang agak sulit penulis kira berbanding matapelajaran lain di tahun pertama pengajian penulis di Universiti el Azhar ini.Tanpa segan silu,teman penulis itu memulakan cerita sebagai perkongsian dengan penulis sambil santai.Penulis cuba mengamati setiap bait bicarawara teman tersebut yang masih berusaha menyusun kata-kata dalam bahasa surat Indonesia,supaya sedikit faham dan jelas.

“Saya rasa,cinta pertama saya,atau rasa tertarik dan senang yang luar biasa terhadap perempuan, saya alami ketika saya berumur antara empat atau lima tahun.Usia ini saya ingat benar kerana waktu itu adik saya yang nombor dua (anak nombor tiga dalam keluarga) belum lahir.

Cinta pertama saya adalah kepada seorang ibu,tetangga sebelah rumah, ketika kami tinggal di sebuah rumah sewa di Medan.Ibu itu memiliki dua anak yang sebaya dengan saya dan adik saya.Suaminya seorang tukang kayu.Dan hal ini saya ingat benar,kerana suatu hari,ketika anaknya bermain-main di rumah kami,anak itu memecahkan tombol (knob) laci mesin jahit Ibu,lalu oleh bapanya terus membaiki keadaan tombol itu pada tempat asalnya sehingga utuh kembali dan tidak meninggalkan bekas pernah pecah sama sekali.

Saya tidak tahu bagaimana persisnya saya jatuh cinta kepada ibu itu.Tapi ada suatu peristiwa di mana ketika saya masih kecil,ibu itu kelihatan begitu indah di mata saya.Dan potret dari kenangan itu tak pernah bisa hilang dan luput dari kotak ingatan kepala saya,sampai saya berumur lebih dari 20 tahun seperti sekarang ini,ceritanya begini:

Suatu pagi subuh,ketika saya terbangun dan duduk di anjung pintu dapur menunggu Ibu yang sedang bekerja,saya melihat ibu tetangga itu berjalan meninggalkan rumahnya,menjunjung sebuah keranjang besar dan hilang di telan jalan yang bersimpang siur.

Ibu itu sehari-harinya berjualan sayur di Pasar Sentral Medan.Kerana pekerjaannya itu,dan juga kerana harus mengurus anak-anaknya setelah pulang dari berjualan, maka tidak setiap hari saya bisa melihat ibu itu.Kerana itu setiap kali saya bisa melihatnya,hati saya selalu diliputi rasa senang,dan saya berusaha untuk menatapnya untuk tempoh masa agak lama.Saya ingat bahawa ibu itu memiliki sebuah tahi lalat di atas bibirnya.

Suatu hari,entah disebabkan oleh satu kejadian,saya mendapat pukulan sapu lidi di kaki dari ayah saya. Hukuman itu saya terima di halaman rumah.Saya ingat, ketika saya sedang menerima hukuman tersebut, ibu itu juga sedang berada di halaman rumahnya.Saya merasa malu sekali kepada diri saya dan tidak suka kepada tindakan ayah saya ketika itu.

Di kemudian hari,kami berpindah dari rumah sewa itu ke sebuah rumah sewa lain masih di Medan. Dengan perpindahan itu tentu saja ‘kisah cinta’ saya kepada ibu tetangga itu pun mulai pudar dan terhakis.

Tapi suatu siang ketika sedang bermain-main di kaki jalan,dekat rumah yang baru itu,secara tidak sengaja saya bertemu kembali dengan ibu tetangga yang selalu membuat hati saya berbunga-bunga.Rupanya ibu itu telah selesai berjualan di pasar dan kini sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Hei,di mana rumah kalian sekarang?”

“Apa khabar?”Suara ibu itu terkeluar menegur saya,yang masih lagi terkesima melihat wajahnya.

Dengan serta-merta saya langsung menunjuk ke satu arah.Seingat saya hanya itulah yang saya lakukan. Saya tidak bisa berkata-kata.Tapi sementara menunjuk ke arah rumah, saya berharap ibu itu
akan mengikuti saya untuk menyusur dan bertemu dengan ibu saya.Tapi ibu itu tidak berhenti.Dia terus berjalan.Tentu saja saya merasa kecewa ketika itu.

Setelah peristiwa itu,untuk waktu yang cukup lama dan hampir setiap hari,kalau sudah sekitar jam sebelas sebelah petang saya sengaja bermain-main di kaki jalan tempat yang sama dekat rumah dengan harapan bisa kembali bertemu dengan ibu itu.Tapi saya tidak pernah lagi ketemu dengan ibu yang di atas bibirnya ada tahi lalat itu.

Beberapa waktu yang lalu saya bercerita-cerita dengan ibu saya tentang kehidupan di masa lalu.Entah mengapa perasaan di masa kanak-kanak yang pernah saya miliki dan kecapi terhadap ibu tetangga itu,
saya ceritakan juga untuk pertama kalinya kepada ibu saya.

Ibu tertawa terbahak-bahak.Lalu katanya:

“Penilaianmu tidak salah.Ibu itu memang manis dan lembut”

“Dan di atas bibirnya memang ada sebuah tahi lalat”Tambah ibu lagi membenarkan cerita saya tadi.

Ketika saya becerita dengan Ibu,kami sama-sama tidak tahu apakah ibu tetangga yang saya maksudkan dan yang pernah membuat hati saya berdebar-debar itu,masih hidup atau tidak.Tapi bulan Mei yang lalu,ketika saya pulang bercuti ke Medan,Indonesia saya bercerita-cerita dengan seorang teman karib saya.
Kepada teman karib saya itu,saya tidak menceritakan perasaan yang pernah saya miliki kepada perempuan (ibu tetangga) itu.Saya hanya diam-diam saja.Tapi di dalam hati saya tentu saja masih ada juga sekelumit keinginan,kalaulah saya boleh melihat ibu itu kembali.Itulah cinta pandang pertama saya”Teman itu meleraikan ceritanya kepada penulis,dan ketika itu jua pasti menjadi suatu kenangan indah dan modal untuk membuktikan nilaian kasih sayang yang lahir kerana kesedaran dari hati.

Jodoh Saya Dengan Siapa?

Dalam hidup ini, manusia sering berhadapan dengan perkara untuk dinilai dan dipilih, maka di sana kita dituntut untuk mencari pilihan terbaik sebagai memenuhi tuntutan fitrah, namun pilihanraya ini hendaklah terpimpin dengan akal dan petunjuk daripada-Nya berdasarkan ilmu serta keyakinan,agar apa yang dipilih tidak tersasar pada jalan benar atau menempah kebinasaan kelak.

Begitu juga dalam masalah mencari jodoh, atau pasangan hidup, dan apa sahaja sekalipun Nabi ada menyarankan kita (tidak secara spesifik pada jodoh sahaja) agar melaksanakan solat dua rakaat, dan berdoa memohon kepada Allah Taala agar disuluh penentuan antara dua atau lebih keadaan yang hendak dipilih.Maka dalam soal ini, kita tidak semestinya bergantung pada mimpi semata-mata, kerana soal dapat, tepat, dan cepat adalah datang daripada Allah Taala, kita hanya mampu berikhtiar sahaja, dan hasilnya adalah dalam penguasaan dan pengetahuan-Nya.Kerana di sana bimbang bilamana kita terlalu bergantung pada mimpi akan menyebabkan kita taksub, dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kita kemungkinan besar termasuk dalam perbuatan syirik khafi.

Jadi langkah yang paling baik dan bijak ialah, pastikan kita mencari terlebih dahulu pasangan yang ingin hidup bersama, atau sesiapa sahaja kenalan, selepas itu pastikan ciri utama yang perlu diletakkan dihadapan seperti elok agama dan seterusnya.Selepas itu, lakukan solat Istikharah dua rakaat setiap hari,l akukan berulang-ulang kali sehinggalah kita begitu yakin dengan gerak hati, dan semestinya gerak hati tersebut yang terbaik selepas menilainya secara ampuh dari setiap sudut.Namun ada juga mengikut pandangan ahli sufi, antara lain kita akan mengetahui siapa pasangan kita setelah mengerjakan solat istikharah dan bentuk usaha yang lain, ialah apabila kita melihat kenalan atau pasangan yang dipilih, akan terasa debaran yang memuncak atau dengutan jantung tidak pada paras normal.

Untuk menentukan petunjuk itu datang dari gerak hati bersulam iman atau sebaliknya adalah kita berasa yakin, bahawa kemanisan iman itu mengatasi gelocakan hawa nafsu.Ini berkaitan psikologi manusia, maka di sana kita kena merasainya dahulu baru dapat bezakan antara nafsu dan Iman dalam konteks menentukan pasangan jodoh yang betul-betul ideal.Iman akan terasa lembut pada rasanya,dan tidak dinodai perasaan buruk seperti kecamukan marah, sedih, dan sebagainya, bahkan ianya akan merubat kedukaan, atau menukar sesuatu perasaan yang buruk kepada perasaan baik.


http://puteraazhari.blogspot.com/""

Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..

Selasa, Mac 03, 2009


Keajaiban Nombor di dalam Al Qur'an..


Dilulus terbit pada Monday, March 02 @ 22:43:56 MYT oleh TokPenghulu

Bicara Agama Oleh 
anak_muda

"Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan."

Saturday, February 21, 2009

Gejala Pelajar Merokok Serius

19 FEBRUARY 2009


Gejala pelajar merokok serius

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Pengalaman seminggu ‘melepak’ di hadapan sekolah-sekolah menengah sekitar ibu kota mengiyakan kebimbangan orang ramai tentang budaya merokok di kalangan pelajar yang dikatakan berleluasa.

Perkataan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi penulis melihat senario itu ialah ‘pelik.’

Pelik apabila melihat pelajar-pelajar lengkap dengan uniform selamba menghisap rokok seolah-olah perbuatan itu tidak salah.

Dengan sebatang rokok setiap seorang atau berkongsi sesama mereka, merokok menjadi tabiat yang amat dibanggakan. Tabiat itu juga seolah-olah perkara wajib yang dilakukan setiap pelajar.

Penulis tercegat seawal 7 pagi dan meninjau gelagat pelajar menghisap rokok sebelum memulakan kelas.

Ada yang mula menyalakan puntung rokok sebaik sahaja turun bas, ada juga semasa menunggang motosikal, malah ada yang berbuat demikian selepas bersalaman dengan ibu bapa yang menurunkan mereka di sekolah.

Penulis mendekati para pelajar dan bertanya sendiri punca mereka terjebak menghisap rokok di usia muda itu.

Semuanya mempunyai alasan yang sama iaitu mahu kelihatan lebih dewasa.

Seorang pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai ‘Bob’ tersenyum ditanya kenapa dia merokok. “Memang dah biasa macam ini bang. Kalau hisap rokok baru orang nampak ‘macho.’ Orang nampak besar dan matang,” katanya selamba.

Persoalan penulis tidak terhenti di situ. Meneruskan pertanyaan demi pertanyaan kerana rasa ingin tahu sehingga melampaui rahsia mereka yang sebenarnya.

Rasa terkejut apabila penulis diberitahu mereka tetap meneruskan ‘aktiviti’ merokok semasa waktu persekolahan.

Kata Bob, biasanya, ‘perokok-perokok remaja’ sudah mengenal pasti lokasi selamat di dalam kawasan sekolah untuk merokok.

Masanya ialah pada waktu rehat. Bagi perokok tegar, mereka boleh saja menghisap rokok pada bila-bila masa asalkan hajat melepaskan gian tercapai.

“Kita memang ‘kaki’ hisap rokok. Pantang ada masa terluang atau semasa rehat, mesti hisap rokok di tandas atau belakang setor sukan di tepi padang.

“Kalau kena tangkap biasanya akan dirotan saja. Bagaimana hendak suruh kita tidak merokok jika cikgu sendiri hisap rokok,”
ujarnya.

Penulis mengambil keputusan untuk terus berada di sekitar kawasan sekolah pada waktu tengah hari.

Sekali lagi penulis terkejut apabila pelajar-pelajar tidak segan silu mengeluarkan kotak rokok dan menyalakan rokok sejurus keluar dari pagar sekolah.

Malah lebih menyedihkan, pemerhatian penulis mendapati ada antara peniaga di luar sekolah turut menjual rokok kepada pelajar-pelajar.

‘Kerjasama’ para peniaga menjual rokok kepada pelajar dilihat membantu gejala itu berkembang.

Para peniaga itu tidak memikirkan bahaya kepada remaja sebaliknya mementingkan untung semata-mata.

Tanpa tindakan atau penguatkuasaan yang tegas untuk menghentikan ketagihan merokok kalangan pelajar, ia akan terus menjadi budaya yang merosakkan golongan tersebut.

Jumlah perokok baru di kalangan pelajar akan bertambah selagi tanggapan merokok lambang kematangan tidak diperbetulkan.

Sedikit Renungan

Khamis, Februari 19, 2009


Sedikit Renungan


Sedikit Renungan........
From:"anak antu" 

" Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan
serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja,

sesiapa yang datang dengan ceria,hasilnya akan jadi lebih daripada
biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa
yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu
akan mendapat keberkatan insyallah... "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita
KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya
lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita
di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah
lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN
PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa
'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la
kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw
kat akhirat nanti.... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib
la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Wanita & Rumput Semalu.

Khamis, Februari 19, 2009

Wanita & Rumput Semalu.


ReSpeKs2008... Wanita & Rumput Semalu.
Wednesday, February 18, 2009 5:20 PM
From:"Mujahidin Cyber" mujahidincyber@yahoo.com

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.

Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.

Tak BERJAYA-Usaha atau Nasib?

Rabu, Februari 18, 2009


Tak BERJAYA-Usaha atau Nasib?



Semasa menjadi tetamu perunding motivasi dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia Isnin lepas, pengacara ada bertanya tentang situasi seseorang yang telah berusaha, tetapi tidak berjaya. Adakah kerana usaha, atau nasib?


Pandangan saya, kita perlu lakukan sesuatu dengan betul, yang mengikut sains-sunnatullah alam ini. Bumi, mentari, bulan, planet, bintang, semuanya bergerak denan betul, di atas orbit sendiri. Bisnes, kerjaya, komunikasi, perhubungan, prestasi, perundingan, promosi, pemasaran, branding, pembentangan, interaksi, dan bermacam lagi; semuanya ada orbit yang tersendiri.Pelajarilah dan praktikkanlah ia.

Jikalau seseorang telah melakukan sesuatu dengan betul, tetapi masih tidak berjaya- itu boleh jadi beberapa kemungkinan. Ia bergantung kepada siapa orang yang mendapat hasil itu.

a) Jikalau dia merupakan seorang yang dicintai Allah, tetapi masih gagal; itu mungkin ujian dari Allah. Salah satu ujian untuk orang yang bertaqwa ialah kesusahan dan kegagalan. Jika seseorang itu menghadapi dengan hati yang terbuka dan berbaik sangka dengan tuhan, maka tuhan akan membalas dengan pahala. Ia juga boleh jadi satu kafarah, iaitu penghapus dosa-dosa yang lalu. Dan, ia juga mungkin suatu tazkirah, iaitu peringatan supaya memperbaiki kelemahan diri.

b) Jikalau dia seorang yang dibenci Tuhan, maka itu boleh jadi juga satu tazkirah- supaya orang itu sedar dan bertaubat kepada tuhannya. Ia juga boleh jadi satu bala, tanda kemurkaan tuhan kepada makhluknya.

Ada juga situasi yang mana seseorang itu tidak melakukan mengikut kaedah yang betul, tetapi masih memperolehi kejayaan. Untuk situasi ini, saya juga boleh bahagikan kepada dua jenis individu yang sama:

a) Bagi para rasul dan nabi, keadaan ini dinamakan mukjizat. Ia adalah keajaiban dan kehebatan di luar tabii alam. Ia tidak boleh dirungkai melalui sains. Bagi mereka yang mencapai tahap ketaqwaan yang tertentu; contohnya seperti para wali Allah, kehebatan mereka melakukan sesuatu di luar kaedah logik dinamakan sebagai ‘karamah’.

Dalam masa yang sama, ada juga orang-orang biasa yang mendapat kejayaan, walaupun mereka tidaklah berusaha dengan sebaik mungkin- mengikut ‘sains kejayaan’. Jika dia seorang yang disayangi Allah, anugerah itu boleh dianggap sebagai tuah dan nasib yang baik, yang mana Allah ingin menunjukkan kehebatanNya memberikan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Keadaan ini perlulah disyukuri dengan penuh rasa rendah diri kepada Allah.


Bagaimana pula mereka yang berhati busuk, tetapi masih mendapat apa yang mereka impikan- walaupun mereka tidak berusaha dengan kaedah yang betul? 

Keadaan ini dinamakan sebagai ‘istidraj’ dalam istilah Arabnya. Dalam erti kata lain, Allah memberikan kenikmatan dan kemewahan kepada mahkluk yang engkar padaNya, sebagai faktor untuk menambahkan kelalaiannya. Contoh yang jelas ialah seperti yang berlaku kepada Firaun, Namrud dan bermacam lagi kaum yang telah dimusnahkan oleh Allah sebelum ini.

Anda mahu berjaya? Pasti?

Rabu, Februari 18, 2009

Anda mahu berjaya? Pasti?



February 3rd, 2009 | by Fadzli Yusof |


Dalam enam bilion manusia yang bernafas di muka semuanya mahukan kejayaan. 

Mereka mahu kehidupan yang paling selesa, makanan yang paling bercitarasa, minuman yang menyegarkan, teman hidup yang menyayangi, anak-anak yang comel dan mendampingi, rakan-rakan yang setia dan prihatin, kenderaan yang bagus, rumah yang selesa, keluangan masa bersantai, jaminan kewangan yang kukuh, dihormati, disanjungi, diterima, diiktiraf, dan dirasai kewujudan mereka. 

Semua mahukan yang bagus-bagus. Semua mahukan keindahan dan kenikmatan.

Tetapi, kenapa tidak semua mendapatnya? 

Menarik, jika saya bertanya mereka yang tidak dapat, biasanya jawapan yang akan diberikan ialah “Sudah takdir…”, “Memang Tuhan yang menentukan segalanya”, atau “Yang secupak takkan jadi segantang…”.

Ya, saya tidak menafikan bahawa apa yang kita perolehi sekarang adalah sudah ditakdirkan oleh Allah sejak dari azali lagi. Allah yang tetapkan semua apa yang kita miliki sekarang ini.

Sememangnya apa yang anda kecapi sekarang sudah ditentukan. Namun, adakah anda tahu apakah yang Allah akan tentukan 10 tahun akan datang? Berapakah pendapatan anda pada masa itu? Bagaimana dengan keluarga anda ketika itu? Apakah kerjaya anda ketika itu? Bagaimana prestasi anda? Adakah anda gembira dan hidup gembira 10 tahun lagi?

Itu 10 tahun lagi. Bagaimana pula dengan 5 tahun akan datang? Bagaimana pula dengan setahun akan datang? Bagaimana pula bulan depan? Minggu depan? Esok? Lebih menarik, adakah anda tahu apa yang akan berlaku dua minit akan datang?

Anda belum pasti kan? Tetapi yang pasti, anda boleh buat pilihan, samada untuk terus membaca blog ini, atau anda boleh melayari web lain.

Jika anda membuat keputusan untuk terus membaca, otak anda belum tentu boleh memahami buku ini tanpa tumpuan dan kosentratasi. 

Anda perlukan mata yang sihat, otak yang segar, dan persepsi yang positif; barulah anda boleh membaca dan memahami entri ini dengan baik. 

Itu adalah fitrah dan sunnatullah dalam membaca.

Apa yang kita perolehi sekarang sudah ditakdirkan. Dan dalam masa yang sama, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Justeru, kita perlu membuat pilihan yang terbaik, berdasarkan fitrah-sunnatullah. Setelah membuat pilihan, kita perlu melakukan yang terbaik, juga berdasarkan fitrah-sunnatullah.

Sunday, February 15, 2009

76 tip untuk pikat hati isteri

Ahad, Februari 15, 2009


76 tip untuk pikat hati is3


76 tip untuk pikat hati is3

Dilulus terbit pada Saturday, February 14 @ 10:30:00 MYT oleh TokPenghulu

Darihal Muslimat Oleh sobrima

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah. 68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. 70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...