Tuesday, September 23, 2008

Khairy Jamaluddin bakal Perdana Menteri termuda dalam sejarah?

September 23, 2008...1:36 pm



”Umum mengetahui keluarganya mempunyai kuasa dan kebebasan untuk mempengaruhi segala keputusan-keputusan Abdullah berdasarkan kepentingan diri mereka iaitu untuk mengaut sebanyak mana kekayaan yang mungkin dan untuk mempastikan cita-cita politik Khairi termasuk untuk menjadi Perdana Menteri termuda”

- petikan dari tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya chedet.com

http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/09/23/

Bekas kekasih terus bernafsu

Oleh Abdullah Wahab dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Akibat perlakuan sumbang masa lampau dengan teman lelaki, seorang bakal pengantin kini dibelenggu ketakutan dan trauma selepas diugut, rakaman aksi seksnya akan disebarkan kepada orang ramai.

Malah, mangsa yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta di ibu kota dikatakan terpaksa menangguhkan perkahwinannya selepas diugut bekas teman lelakinya itu supaya terus melayan nafsu serakahnya.

Difahamkan gadis yang tinggal di Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, berkenalan dengan lelaki terbabit sejak Mei 2004, tetapi mangsa memutuskan hubungan pada 5 Jun lalu selepas tidak lagi mempunyai persefahaman sebelum dia bertunang dengan lelaki lain.

Bagaimanapun, bekas teman lelaki gadis terbabit tidak puas hati lalu mengugut mangsa supaya terus bersamanya jika tidak mahu rakaman seksnya tersebar.

Mangsa membuat laporan polis pada Sabtu lalu berhubung kejadian itu.

Sumber polis berkata, pada awal perkenalan, mangsa yang berumur 23 tahun dikatakan dipaksa dan dipujuk mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit di sebuah hotel bajet di Pandan Perdana di sini.

Katanya, mulanya mangsa menolak, namun selepas beberapa hari dipujuk selain lelaki terbabit berjanji akan bertanggungjawab, mangsa akur kepada lelaki terbabit.

“Kejadian itu berlaku di hotel sama dan bekas teman lelaki terbabit dikatakan menabur janji akan setia bersamanya hingga akhir hayat.

“Akibat termakan janji dan demi membuktikan cintanya, mangsa berulang kali mengadakan hubungan kelamin setiap kali mereka berjumpa,” katanya di sini, semalam.

Bekas teman lelaki wanita itu mencadangkan supaya aksi mereka di ranjang dirakam, kononnya untuk simpanan peribadi dan kenang-kenangan.

Mangsa yang pada mulanya menolak, akhirnya akur dan merelakan perlakuan sumbangnya dirakam selepas beberapa kali didesak lelaki kasanova itu.

Lelaki terbabit dikatakan menggunakan alat perakam video dan telefon bimbit untuk merakam perbuatan sumbang mereka.

Sumber itu berkata, selepas rakaman berkenaan, kelakuan lelaki terbabit mula berubah dan sering berkasar dengan mangsa walaupun hanya disebabkan masalah kecil.

“Mangsa sering ditampar dan diterajang selain diketuk dengan topi keledar oleh lelaki terbabit.

“Tidak tahan dengan perlakuan ganas itu, dia meminta untuk berpisah dengan lelaki terbabit dan pada mulanya semuanya berjalan lancar,” katanya.

Menurut sumber itu, pada 9 Julai lalu, lelaki terbabit menghubungi mangsa dan mereka dikatakan mengadakan pertemuan di rumah mangsa kira-kira jam 12 tengah malam.

“Dalam pertemuan itu, lelaki terbabit mengajaknya ke sebuah hotel untuk mengadakan hubungan seks, namun ditolak mangsa.

“Mangsa memberitahu dia sudah bertunang, tetapi alasan itu tidak diendahkan lelaki terbabit yang terus mendesak dan mengugut akan mengedarkan rakaman asmara mereka kepada tunang dan keluarga,” katanya.

Pada 24 Julai, lelaki terbabit sekali lagi menghubungi mangsa dan kali ini mangsa terpaksa akur dan menyerahkan tubuhnya kepada lelaki terbabit kerana terlalu takut rakaman asmaranya diketahui umum.

Selepas melempiaskan hawa nafsunya, lelaki terbabit berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi dan akan memusnahkan bukti semua hubungan terlarang mereka.

Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila kira-kira jam 12.30 tengah malam, 9 Ogos lalu, lelaki terbabit menghubungi mangsa dan mereka mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di Ampang.

Sumber itu berkata, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, seorang lelaki dipercayai kawan kepada bekas teman lelaki terbabit memberi sepucuk surat kepada tunang mangsa bertujuan menjatuhkan maruah dan cuba memporak perandakan hubungannya.

“Dia turut mendedahkan hubungan seksnya kepada tunang mangsa dan mengugut akan mengedarkan rakaman video dan gambar,” katanya.

Menurutnya, polis berusaha mengesan lelaki terbabit dan dia dipercayai menyembunyikan diri sejurus mengetahui mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa.

http://www.hmetro.com.my/

12 wanita diugut serah wang atau rakaman seks diedar


BINCANG...Jenny menunjukkan laporan polis dibuatnya kepada Chong.

KUALA LUMPUR: Segelintir lelaki miang kini dikesan menggunakan taktik ugutan dengan mengarah pasangannya membayar sejumlah wang kononnya sebagai ‘nilai pampasan’ selepas mereka bercerai atau berpisah.

Difahamkan, konflik rumah tangga itu timbul berpunca tindakan kegelojohan pasangan kekasih masa kini yang gemar merakam perlakuan seks mereka menggunakan kamera video dan telefon bimbit.

Lebih mengejutkan apabila ada antara mereka menganggap perkara itu sebagai satu ‘seni’ dan tanda membuktikan cinta sejati kepada pasangan masing-masing.

Bagaimanapun, sejurus berpisah, lelaki terbabit meminta sejumlah bayaran dan mengugut akan menyebar gambar bogel atau video seks pasangannya kepada umum sekiranya enggan menuruti arahan.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Biro Aduan MCA, Datuk Michael Chong, berkata pihaknya menerima 26 aduan berhubung kes seperti itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

“Hasil penelitian mendapati semua mangsa ialah wanita dan 12 daripada kes itu membabitkan ugutan menyebarkan gambar bogel atau klip video hubungan seks mangsa.

“Ia sekali gus membuktikan pasangan suami isteri mahupun kekasih suka merakam hubungan seks mereka yang akhirnya akan menimbulkan masalah kepada mereka apabila tidak sehaluan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, dalam kes terbaru, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Jenny, 29, berkata hidupnya dibelenggu kebimbangan kerana kerap diganggu dan diugut bekas teman lelakinya sejak dua tahun lalu.

Menurut Jenny yang menetap di Klang, Selangor, dia berpisah selepas mengetahui lelaki terbabit sudah beristeri dan mempunyai anak.

“Lelaki berusia 41 tahun terbabit bagaimanapun tidak puas hati dan menghantar SMS kepada saya baru-baru ini, meminta membayar semua wang yang digunakan sepanjang perhubungan kami berjumlah RM11,000.

“Sekiranya enggan membayar, dia mengugut untuk menyebarkan gambar bogel saya kepada umum,” katanya.

Jenny yang bimbang keselamatan dirinya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/

Dua bank pelaburan AS tamat era gemilang


DUA orang berjalan dekat ibu pejabat Bank Morgan Stanley di New York pada Khamis lalu.

----------------------------------------------------------------


WASHINGTON - Satu era berakhir di Wall Street, New York apabila Rizab Persekutuan membenarkan dua bank pelaburan gergasi, Goldman Sachs dan Morgan Stanley menjadi bank biasa bagi meneruskan operasi berikutan krisis kewangan di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Bank Morgan Stanley yang ditubuhkan pada 1935 beroperasi di 33 buah negara dan mempunyai 45,000 pekerja manakala asetnya sehingga 2007 adalah dianggarkan bernilai AS$779 bilion (RM2.66 trilion).

Rizab Persekutuan mengumumkan kelmarin bahawa ia meluluskan permohonan kedua-dua bank itu untuk menukar status kepada bank komersial.

Bank Goldman Sachs pada mulanya ditubuhkan pada 1869 tetapi sehingga 2007, asetnya dianggarkan bernilai AS$1.11 trilon (RM3.83 trilion).

Penukaran status daripada bank pelaburan kepada bank komersial itu membolehkan Bank Goldman Sachs dan Bank Morgan Stanley mengambil deposit sekali gus meningkatkan sumber kewangan.

Peralihan status tersebut juga akan membolehkan kedua-dua gergasi kewangan itu membeli sebuah bank komersial, bergabung dengan sebuah lagi bank atau mewujudkan anak syarikat bank.

Kedua-dua bank itu juga bolah menawarkan perkhidmatan akaun simpanan kepada orang awam sama seperti yang dilakukan oleh Citibank dan JPMorgan Chase.

Bank Goldman Sachs dan Bank Morgan Stanley itu juga boleh memperoleh pinjaman jangka pendek daripada Rizab Persekutuan.

Kedua-dua bank itu sebelum ini menghadapi tekanan selepas Bank Merrill Lynch dijual kepada Bank of America manakala bank pelaburan keempat terbesar AS, Lehman Brothers muflis pada minggu lalu.


BEBERAPA buah kereta melepasi bangunan ibu pejabat Lehman Brothers di New York semalam.

-------------------------------------------------------------------


Rizab Persekutuan turut terpaksa campur tangan dengan memberikan pinjaman sebanyak AS$85 bilion (RM293.66 bilion) bagi menyelamatkan firma gergasi insurans, American International Group Inc. (AIG) yang juga penaja kelab bola sepak Manchester United (MU) daripada menerima nasib sama seperti Bank Lehman Brothers.

Sebelum ini pelabur-pelabur bimbang bank-bank pelaburan yang masih terselamat akibat krisis kewangan di AS tidak lagi mampu bertahan.

Terdapat spekulasi bahawa kedua-dua itu tidak mampu untuk bertahan berdasarkan kedudukan kewangan terkini kerana dana Bank Goldman Sachs dan Bank Morgan Stanley yang disimpan di Bank Lehman Brothers sudah dibekukan kerana muflis.

Sebelum ini Rizab Persekutuan turut bertindak dengan menyelamatkan dua firma gergasi gadai janji iaitu Fannie Mae dan Freddie Mac.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/

Cari ibu kandung sah taraf penduduk

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
berita@kosmo.com.my


Zulaini (kiri) memohon ibu kandungnya, Suzi tampil bagi
menyelesaikan masalah taraf kewarganegaraannya di Biro Pengaduan Awam MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.


--------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Rupa paras tak ubah gadis India, tetapi ibu bapa merupakan keluarga keturunan Melayu.

Itu semua bukan menjadi masalah kepada Zulaini Abdullah, 22, kerana masalah sebenar kepadanya ialah status kerakyatannya yang sekadar diiktiraf sebagai pemastautin tetap (PR).

Cerita Zulaini, dia sebenarnya merupakan anak kepada sebuah keluarga berketurunan India, tetapi telah dijadikan anak angkat oleh keluarganya yang berketurunan Melayu sejak berusia enam bulan.

"Sejak itu saya dibesarkan dengan penuh kasih sayang mengikut budaya Melayu,'' katanya ketika ditemui di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini semalam.

Menurut gadis itu, semasa berusia 12 tahun, dia diberi kad pengenalan yang tercatat berstatus PR disebabkan keluarga angkatnya tidak dapat mengemukakan sijil kelahiran asalnya.

"Pada usia 17 tahun baru saya ketahui yang saya merupakan anak angkat selepas dimaklumkan seorang kakak saya.

"Saya redha dengan kedudukan saya, tetapi terkilan kerana saya dimaklumkan ibu bapa sebenar saya merupakan rakyat Malaysia, tetapi saya pula diberi status PR,'' katanya.

Malah ceritanya, disebabkan status PR itu juga, dia yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mendakwa tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Turut memberi kesan sebab status itu, saya sukar membuat pinjaman kereta, pinjaman rumah dan sebagainya,'' katanya yang bekerja sebagai jurubahasa di sebuah mahkamah di sini.

Oleh itu, Zulaini berkata, dia mahu berjumpa ibu kandungnya yang dikenali sebagai Suzi, 50-an bagi mendapat taraf warganegara di sini.

Menurutnya, maklumat terakhir yang diketahuinya, ibunya berada di Klang, Selangor, tetapi hingga sekarang dia belum menemuinya.

Ekoran itu, dia merayu jika ada waris dari keluarga sebelah ibu atau bapanya yang langsung tidak diketahuinya diminta mereka tampil membantunya menyelesaikan kemelut status kerakyatannya.

Tambahnya, mengikut ibu angkatnya, ibu kandungnya ada menyimpan sijil kelahirannya, tetapi tanpa diketahui sebabnya ia tidak diberikan kepada keluarga angkatnya.

http://www.kosmo.com.my/

Kerja sambilan boleh, tapi jagalah imej universiti


KERATAN muka depan Kosmo! semalam.

-----------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Pihak universiti tidak menghalang setiap pelajarnya untuk bekerja sambilan bagi menampung kos pengajian.

Namun, kerjaya sebagai 'budak jaga' tempat letak motosikal haram dilihat kurang sesuai jika dibandingkan dengan imej mereka sebagai pelajar universiti.

Begitulah pendapat kalangan Naib-Naib Canselor beberapa universiti awam di negara ini mengenai reaksi pembongkaran Kosmo! semalam yang mendapati, terdapat segelintir pelajar universiti melakukan kerja tersebut di sekitar ibu kota.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, inisiatif pelajar untuk bekerja secara sambilan adalah satu perkara yang baik namun bukanlah jadi 'jaga' letak motosikal haram kerana ia menyalahi peraturan dan boleh menjatuhkan imej sebagai pelajar pusat pengajian tinggi.

"Jika di luar negara saya tak kisah melihat senario ini sehingga ada yang buat kerja mencuci tandas sebab pelajar-pelajar di sana tak dapat pinjaman dan kos hidup pun tinggi.

"Tapi ia tak wajar berlaku di negara ini kerana pelajar-pelajar dapat pinjaman dan lagi pun kos pengajian tak semahal mana berbanding negara lain. Tapi kalau nak bekerja juga biarlah ia bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing," katanya.

Beliau mengulas pembongkaran Kosmo! semalam mengenai penglibatan segelintir pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar ibu negara yang bekerja sambilan sebagai 'jaga' tempat meletak motosikal.

http://www.kosmo.com.my/

Lagi ikut lari ke Lombok


Oleh TAJUL SAFUAN ABU HASSAN
berita@kosmo.com.my



NOOR FADILAH
--------------------------------------------------------------


BAGAN SERAI - Seorang lagi anak gadis tempatan ikut lelaki Lombok, Indonesia. Kali ini membabitkan seorang gadis berumur 18 tahun dari Ladang Sungai Gedong, dekat sini.

Seorang bapa mendakwa anak gadisnya, Noor Fadilah Ahmad, 18, telah dilarikan lelaki itu ke Lombok Timur, Indonesia sejak 3 September lalu.

Ahmad Abdul Hamid, 46, berkata, Noor Fadilah, seorang operator sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor yang menumpang di rumah seorang saudara di situ didapati tidak pulang-pulang ke rumah itu sejak tiga minggu lalu.

Katanya, beliau menyedari kehilangan Noor Fadilah setelah anaknya itu tidak menjawab panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantarnya kira-kira 8.30 malam pada 3 September lalu.

"Sejurus kemudian saya terus menghubungi anak saudara saya, Nurul Hazimah Abdul Majid yang tinggal bersama Fadilah.

"Nurul Hazimah beritahu, Noor Fadilah tidak pulang-pulang setelah mengikut seorang lelaki warga Indonesia menaiki sebuah teksi pada pagi kejadian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Ladang Sungai Gedong, dekat sini semalam.


AHMAD menunjukkan foto Noor Fadilah yang menghilangkan diri sambil ditemani isterinya, Masitah Abdullah di rumah mereka di Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai semalam.
----------------------------------------------------------------

Ahmad yang bekerja sebagai pemandu jentera di ladang berkenaan mendakwa beliau sekeluarga mengesyaki lelaki yang melarikan Noor Fadilah itu merupakan kenalan anaknya itu yang dikenali sebagai Nasrudin, 28.

Beliau berkata, Nasrudin yang berasal dari Lombok Timur bekerja sebagai buruh ladang di tempat sama iaitu Ladang Sungai Gedong.

"Sebenarnya lelaki itu pernah tinggal tidak jauh dari rumah saya tetapi saya tak menyangka perkara ini boleh terjadi sebab sejak tiga bulan lalu Noor Fadilah tidak bertemu dengan Nasrudin kerana mula bekerja di Pasir Gudang," katanya.






http://www.kosmo.com.my/

Siapa petualang, pengkhianat dan pembohong dalam Umno?


Datuk Ruhanie Ahmad


23 Sep 2008 9:28AM
Oleh Ruhanie Ahmad


UMNO hari ini mempunyai dua kelompok ahli yang disifatkan sebagai gunting dalam lipatan - kelompok pensabotaj dan kelompok petualang.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghuraikan kewujudan kelompok pertama pada minggu pertama Mac 2008. Katanya, kelompok inilah punca utama BN kalah teruk dalam PRU12.

Lantaran itu, Abdullah menyatakan bahawa beliau sendiri akan membentangkan laporan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO supaya kelompok pensabotaj ini dikenakan tindakan.

Kini sudah empat bulan berlalu. Namun begitu, sampai hari ini pun belum didedahkan siapakah pensabotaj sebenarnya di dalam UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhamad Muhd. Taib, menghuraikan kewujudan kelompok petualang dalam satu kenyataannya semalam.

Katanya: “Bila ada kalangan ahli MT yang membocorkan maklumat mereka boleh dianggap dan dikategorikan sebagai petualang kerana melakukan perbuatan yang menjijikkan dan memalukan. Sepatutnya perangai petualang ini tidak harus ada di kalangan pemimpin dalam parti.”

Kategori Negatif

Kedua-dua tuduhan di atas adalah amat serius. Kedua-duanya juga menyebabkan ahli-ahli UMNO semakin dipecah-pecahkan kepada kategori yang negatif.

Kesannya juga pasti negatif. Bukan kepada yang pihak dituduh, tetapi kepada insan-insan yang memberikan label-label berkenaan.

Demi UMNO, demi agama, demi bangsa dan demi tanahair, marilah kita tanya kepada Abdullah, sudahkah diselidik dan disiasat punca-punca yang menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU12?

Kalau sudah, berapa ramaikan pengkhianat atau pensabotaj yang sudah dikenalpasti? Kalau belum, kenapa buat tuduhan yang memlulu?

Dan, kalau belum, mengapakah Abdullah sering berkata BN dan UMNO masih kukuh dan masih kuat? Bukankah ini satu pembohongan?

Begitu juga kepada Muhamad Taib. Sudahkah disiasat siapakah yang dilabelkannya sebagai petualang?

Kalau belum mengapakah buat tuduhan yang semberono? Kenapa tidak dinafikan sama ada maklumat yang dibocorkan kepada media itu benar atau palsu?

Kenapa alih pandangan umum kepada soal petualang?

Tidakkah benar di era kepimpinan Abdullah memang sering berlaku diversion daripada masalah pokok kepada soal sampingan.

Soal pokoknya, tidak benarkah BN kalah kerana kepimpinan Abdullah yang tempang. Sebab itulah terdapat orang UMNO sendiri marah dan protes.

Jadi, kenapa tidak diakui hakikat ini. Sebaliknya, kenapa tuduh warga UMNO yang tidak undi BN sebagai pensabotaj?

Kenapa sehingga hari ini tidak ada berita yang Abdullah sendiri telah membentangkan senarai pensabotaj itu kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO?

Bagaimana pula dengan ahli-ahli komponen BN yang juga tidak mengundi calon BN? Kenapa Abdullah tidak tuduh mereka juga sebagai pengkhianat?

Syak Wasangka

Soal pembocoran maklumat dalam mesyuarat MT 18 September 2008, pun begitu juga. Benar atau tidak Abdullah telah menitiskan air mata dalam mesyuarat itu.

Benar atau tidak ramai ahli MT yang mahukan Abdullah berundur sebelum 9 Oktober 2008? Kenapa tidak nafikan atau sahkan laporan-laporan seperti ini?

Sebaliknya kenapa wujudkan syak wasangka sesama ahli MT?

Untuk maklumat Muhamad Taib, cuba kaji sendiri berapa banyakkah blog yang telah mengulas mesyuarat MT baru-baru ini.

Kajilah sendiri kalau sudah sekian banyak blog yang membuat laporan mengenai info yang sama, adakah ini satu kepalsuan atau pembohongan?

Saya tidak mahu mengheret polemik ini kepada soal lain. Contohnya kepada soal muqabalah dengan PAS baru-baru ini.

Benarkah apa yang dinyatakan oleh Abdullah bahawa dalam muqabalah itu UMNO telah diwakili oleh pihak-pihak tertinggi yang boleh buat keputusan?

Tidak benarkah UMNO hanya diwakili oleh Abdullah seorang diri dalam muqabalah berkenaan? Saya harap Muhamad Taib dapat jelaskan perkara ini sebelum ada pihak menuduh pemimpin tertinggi UMNO ini sebagai pembohong!

Berapa banyak lagikah pembohongan yang sudah dihalalkan oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO selama ini?

Contohnya, benarkah kenyataan Tan Sri Annuar Musa semalam kononnya UMNO Kelantan sebulat suara akan mencalonkan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO?

Bagaimana dengan UMNO Bahagian Gua Musang? Juga akan calonkan Abdullah?

* Datuk Ruhanie Ahmad merupakan bekas ahli parlimen Parit Sulong dan juga bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan. Blog beliau boleh dilayari di kuda-kepang.blogspot.com - Pengarang

BERITA BERKAITAN

*"Ada petualang dikalangan MT Umno", kata Muhammad Muhd Taib

http://www.klpos.com/news/2008/09/23/6.html

Abdullah tetap pertahan jawatan presiden Umno


Abdullah akan mampu raih sekurang-kurangnya 58 pencalonan

23 Sep 2008 9:18AM

KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan mempertahankan jawatannnya sebagai Presiden Umno jika tidak berlaku sebarang perkembangan sebaliknya pada detik-detik terakhir, menurut laporan sebuah media dalam talian setempat.
Ini meskipun beliau sedang menghadapi tekanan daripada beberapa pihak untuk mempercepatkan pelan peralihan kuasanya, kata laman berita The Malaysian Insider semalam.

Sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Abdullah telah mencapai keputusan itu selepas beliau bertemu dengan beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, ketua perhubungan negeri dan kakitangan politik pada hujung minggu lalu di kediaman rasmi beliau di Sri Perdana.

Kumpulan tersebut, yang antaranya termasuk Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor, berpendapat bahawa Abdullah akan mampu meraih sekurang-kurangnya 58 pencalonan yang diperlukan untuk mempertahankan jawatan partinya itu.

Para penyokong Abdullah berkata mereka akan giat berkempen bagi pihaknya dalam beberapa minggu akan datang sebaik-baik sahaja mendapat lampu hijau daripada beliau, menurut laporan itu.

Keputusan Abdullah untuk mempertahankan jawatannya itu sudah pasti akan memeranjatkan mereka yang mahukan beliau menyerahkannya kepada Timbalan beliau, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada tarikh lebih awal, khususnya selepas mesyuarat MT Khamis lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dipetik agensi berita Bernama sebagai berkata terpulang kepada Abdullah sama ada beliau mahu menyerahkan kuasa pada 9 Oktober ini atau tidak.

'Kita serahkan kepada perdana menteri dan juga presiden Umno untuk memikirkannya. Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi.

'Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumber-sumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi),' kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia itu ketika bercakap dengan pemberita semalam.

http://www.klpos.com/news/2008/09/23/5.html

"Ada petualang dikalangan MT Umno", kata Muhammad Muhd Taib


"Petualang bocorkan maklumat mesyuarat"

23 Sep 2008 12:19AM

SUNGAI BESAR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini menyifatkan mana-mana anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang membocorkan sebarang maklumat perbincangan tertutup mesyuarat MT kepada pihak luar sebagai petualang.

Beliau berkata sebagai anggota MT mereka sepatutnya perlu berpegang kepada etika dan tatasusila ketika menghadiri mana-mana mesyuarat sama ada di peringkat MT atau negeri.

"Kalau kita bocorkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat bermakna kita boleh dikategori sebagai petualang. "Perangai petualang harus tidak ada pada pemimpin dalam parti kita kerana perbuatan ini jijik dan memalukan," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 71 penduduk di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak dilanda ribut semalam.

Muhammad berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang menyelar tindakan anggota MT membocorkan maklumat dan menyifatkannya sebagai tidak amanah. / Bernama

http://www.klpos.com/news/2008/09/23/1.html

Faktor Khalid Tidak Berasas


Ditulis oleh SM Noor
Tuesday, 23 September 2008



Kuala Nerus - Tuduhan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menyatakan pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, disifatkan oleh PAS Terengganu sebagai tidak berasas dan agak ‘sombong’.

“Jangan suka tuduh, sebenarnya kenyataan (Khalid) macam sombong sikit,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu di Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah (gambar atas) dekat sini petang semalam.

Menurut beliau banyak faktor samada faktor luaran atau dalaman parti yang menyebabkan kekalahan PAS di Terengganu pada pilihanraya umum yang lalu.

Beliau berkata amalan demokrasi yang tidak memenuhi piawaian sepatutnya juga menyumbang kepada kekalahan tersebut.

”Sebab itu timbul isu pada pilihanraya yang terakhir, nak pakai dakwat (kemudian) tak jadi pakai dakwat pada saat akhir, nak pakai borang mati stem tapi saat akhir ditarik,
”kemudian tahun 2004 dalam dua hari sebelum mengundi tak boleh pakai bangsal panas tiba-tiba hari terakhir dibenarkan pakai bangsal panas, kita tak tahu sedangkan UMNO tahu,”jelas beliau, ketika memberikan respon terhadap kenyataan Khalid.


Ustaz Abu Bakar Chik yang juga Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bedah Siasat (Post-Mortem) Pilihanraya PAS Terengganu menegaskan isu pengundi hantu adalah satu isu yang masih relevan.
”Soal pengundi hantu, kita (PAS) pada peringkat jawatankuasa ‘post-mortem’ negeri Terengganu dan jawatankuasa peringkat pusat merasa hairan dari segi jumlah pengundi yang keluar terlalu tinggi di negeri terengganu, sampai tahap 90%,

“kita juga merasa hairan, jumlah pengundi yang sangat tinggi, (jumlah) penduduk yang kurang lebih satu juta (tetapi) pengundinya setengah juta,”tegas beliau.

Beliau mendedahkan melalui kajian post-mortem yang telah dibuat, tidak terdapat faktor sebagaimana yang dinyatakan Khalid menjadi sebab kepada kekalahan PAS Terengganu pada pilihanraya umum yang lalu.

“Kajian telah dibuat diperingkat apa yang Khalid sebut tidak ditunjukkan oleh penyelidikan yang kita buat,

“faktor yang disebut oleh Khalid tidak kami (PAS) ditemui daripada post-mortem melalui jentera parti dan juga penyelidikan diperingkat bawah,”terang beliau.

Beliau menerima hakikat kemenangan (PAS) dinegeri-negeri lain, namun sejauh mana ketahanannya adalah bergantung kepada pilihanraya yang ke 13 akan datang.

Beliau tidak faham apa yang diperkatakan oleh Khalid dan meminta Khalid untuk memberitahu apa yang dibuat oleh PAS Terengganu yang tidak membetuli dengan (kaedah) Islam.

“Kita sedia mendengar dan sedia perbaiki,”tambah beliau.

http://buletinonline.net/

Pakatan belum utus surat kepada Agong



Jimadie Shah Othman Sep 23, 08 2:29pm

Pakatan Rakyat belum mengutus surat kepada Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk menyerahkan senarai nama ahli parlimen BN yang menyokong gabungan pembangkang sebelum membentuk kerajaan baru.

Anggota sekretariat Pakatan Rakyat, Johari Abdul yang diberi tanggungjawab menyerahkan surat itu berkata, beliau sedang menunggu arahan untuk berbuat demikian.

Beliau yang juga ahli parlimen Sungai Petani menambah, apabila ketiga-tiga pemimpin tertinggi PKR, DAP dan PAS memberikan arahan, beliau akan menghantarnya.

Johari berkata, beliau bagaimanapun tidak mengetahui isu kandungan surat itu.

“Saya cuma tukang hantar, orang suruh hantar saya hantar,” kata bekas ketua perhubungan PKR Kedah kepada Malaysiakini hari ini.

Mengulas sama ada surat kepada baginda menjadi sebahagian starategi Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan BN, Johari berkata:

“Ada sebab kita letakkan 23 September (sebagai tarikh akhir untuk panggil sidang khas parlimen).

"Kalau (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) gagal – hari ini sudah berakhir – kita ada strategi selepas 23 September. Kita ada rancangan.”

Ketua penerangan PKR Tian Chua ketika dihubungi enggan mengulas lanjut perkara itu.

Tambahnya, tidak ada pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara itu dan "persoalan ini tidak wujud."

Mereka diminta mengesahkan kenyataan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusof Rawa yang dilaporkan menyebut Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat rasmi bagi memohon mengadap Seri Paduka minggu lepas.

Beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, Pakatan Rakyat bergantung kepada Istana Negara untuk menasihatkan perdana menteri supaya memanggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang mahu dibentangkan oleh pembangkang.

Malaysiakini hari ini difahamkan surat kepada baginda telah disediakan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90226

Pakatan kata sedang runding dengan k'jaan

Sep 23, 08 1:17pm

Pakatan Rakyat berkata, pihaknya telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa, selepas ia mendakwa telah mendapat sokongan yang mencukupi dari ahli-ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.

"Terdapat kontak awal antara orang tengah kita denga orang tengah Abdullah," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang enggan bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menafikan ada kontak dibuat melalui orang tengah.

"Tidak ada sebarang pertemuan dengan orang Anwar," kata Abdullah kepada pemberita.

Tian berkata, beberapa pertemuan telah diadakan sejak hujung minggu antara "orang tengah kita dengan orang tengah Abdullah".

"Niat kita mengadakannya ialah untuk peralihan kuasa kepada pembangkang, tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak sana," kata Tian kepada AFP.

"Setakat ini ia nampak baik dan kita akan tungguh dan lihat apa yang berlaku," tambahnya.

Pertemuan telah diadakan

Tian berkata, kontak awal dibuat pada hujung minggu dan lebih daripada satu pertemuan telah diadakan.

Awal bulan ini, Anwar berkata, beliau mempunyai sokongan dari lebih 31 ahli Parlimen BN tetapi enggan mendedahkan senarai nama mereka sehinggalah beliau bertemu Abdullah.

Anwar juga telah meminta Abdullah memanggil sidang khas Parlimen - yang tidak bersidang sekarang - untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

Anwar memberi tempoh sehingga hari ini - 23 September - kepada Abdullah untuk memanggil sidang khas tersebut.

Perdana menteri bagaimanapun enggan berbuat demikian dan menolak dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan.

Sehingga ini, tiada tanda-tanda yang Abdullah akan meletak jawatan walaupun ada desakan daripada menteri-menteri kabinet yang mau beliau berbuat demikian lebih awal daripada pelan peralihan kuasa 2010.

Abdullah berdepan dengan tekanan terhadap masa depan politiknya selepas BN kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu di mana ia gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang lima negeri kepada pembangkang.

Menurut sumber-sumber parti, beliau berdepan dengan tekanan supaya meletakkan jawatan hujung tahun ini.

AFP

http://www1.malaysiakini.com/news/90221

Petra ditahan 2 tahun di Kamunting


Sep 23, 08 10:36am

Raja Petra Kamaruddin dihantar ke Kem Tahanan Kamunting hari ini untuk menjalani tahanan selama dua tahun bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata peguamnya.

Menteri Dalam Negeri telah menandatangani perintah tahanannya malam tadi mengikut seksyen 8 akta tersebut, yang membolehkan beliau ditahan tanpa bicara.

Mengikut akta tersebut, perintah tahanan ke atas Raja Petra itu boleh disambung setiap dua tahun.

"Tindakan menteri berkenaan menandatanganinya mengikut seksyen 8 semalam, tidak boleh diterima sama sekali," kata peguam Malik Imtiaz yang mewakili Raja Petra.

Menteri Dalam Negeri mengesahkan pengendali laman web Malaysia Today ditahan selama dua tahun di Taiping.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata beliau sendiri menandatangani perintah penahanan Raja Petra untuk tempoh itu, lapor Bernama.

"Semalam, saya telah menandatangani penahanan Raja Petra untuk dua tahun ke Kamunting setelah berpuas hati dengan alasan yang cukup untuk menahannya," beliau dipetik sebagai berkata.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar permohonan habeas corpus yang difailkan oleh peguam Raja Petra untuk membatalkan penahanan blogger tersebut.

Habeas corpus adalah permohonan supaya tahanan di bawah ke mahkamah untuk menentukan sama ada berlaku kecacatan dalam perintah tahanan tersebut, yang menjadikannya tidak sah.

Hakim Suraya Othman meminta peguambela mengemukakan hujah berhubung kes tersebut pada 28 Oktober.

Awal pagi ini, isteri Raja Petra, Marina Abdullah mengesahkan bahawa polis telah memaklumkan kepadanya bahawa perintah tahanan tersebut, telah dikeluarkan oleh menteri berkenaan semalam.

"Polis berkata, suami saya telah dihantar ke Kamunting pagi ini dan beliau akan ditahan di sana selama dua tahun tanpa bicara. Ini adalah berita paling buruk yang saya boleh terima, tetapi kami akan terus berusaha untuk membebaskannya," kata Marina dalam keadaan sebak.

Marina menyifatkannya sebagai satu taktik kotor kerajaan kerana "mereka tahu kami dalam proses untuk mendapatkan pembebasannya di mahkamah, tetapi saya sudah menjangkanya".

Menurut para wartawan yang menunggu di Kamunting, Raja Petra tiba di kem tahanan itu pada jam 11.50 pagi dengan menaiki sebuah van putih yang bercermin gelap.

Bekas menteri turut hadir


Turut hadir di mahkamah pagi ini ialah bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang duduk di sebelah Marina dalam dewan mahkamah.

Raja Petra, 58, yang ditahan bersama dua orang lagi minggu lalu, kini ditahan di lokasi yang tidak diketahui.

Dua orang lagi - wartawan kanan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, dan exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, 43 - telah dibebaskan.

Tan dibebaskan 18 jam selepas dia ditahan, manakala Teresa dibebaskan tujuh hari kemudiannya.

Mengikut peguam J Chandra, Raja Petra ditahan kerana menyiarkan artikel dalam lamanwebnya yang mencemarkan kepimpinan negara dan menghina Islam.

Beliau sebelum ini telahpun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan fitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

http://www1.malaysiakini.com/news/90208

Penyanyi 'Negarakuku' disiasat polis


Sep 23, 08 12:03pm

dikemaskini Penyanyi lagu rap kontroversi 'Negarakuku', yang popular dengan nama Namewee, disiasat polis berhubung lagu itu yang mendapat perhatian nasional tahun lalu apabila ia disiarkan di Internet.

Wee Meng Chee hadir selama tiga jam di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Kuala Lumpur mulai 10.30 pagi.

Beliau yang tiba dari rumahnya di Muar, Johor bersama ibu bapanya, antara lain diminta menterjemah lagu rap dalam bahasa Cina itu kepada bahasa Malaysia.

Sewaktu kontroversi itu memuncak Ogos tahun lalu, lagu pemuda 25 tahun itu di laman web Youtube mendapat sambutan hangat anak muda dan pengunjung Internet.

Dianggarkan lebih satu juta orang telah menyaksikan video tersebut di Internet sejak tercetus kontroversi tersebut.

Wee, yang masih belajar di Taiwan waktu itu, turut mendapat kecaman ahli politik kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa membangkitkan isu-isu sensitif tentang agama dan kaum.

Lagu dalam bahasa Cina itu mengkritik polis, amalan rasuah, kelemahan birokrasi, dasar pro-Bumiputera, dan juga mengulas gaya azan dilaungkan yang berselang dengan lagu kebangsaan.

Bercakap kepada pemberita selepas siasatan pada kira-kira 1.30 petang, beliau berkata polis telah menyoal motifnya membuat klip video lagu tersebut.

Beliau mendakwa, polis juga memberitahunya bahawa mereka ingin menutup fail mengenai perkara tersebut.

Sambil menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang demokratik, Wee yang telah memohon maaf terhadap penyiaran video tersebut, berkata beliau tidak fikir tindakan lanjut akan diambil terhadapnya.

Bagaimanapun polis pula berkata, Wee sedang disiasat mengikut Akta Hasutan dan perkara itu akan dirujuk kepada timbalan pendakwaraya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90215

Makanan berkhasiat, 3x sehari di lokap


Jimadie Shah Othman Sep 23, 08 1:12pm

Kerajaan diminta menyediakan makanan tiga kali sehari, berkhasiat dan seimbang kepada tahanan, termasuk yang ditahan tanpa bicara bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau akan membawa isu makanan yang “mutunya tidak dijamin” itu ke persidangan parlimen yang bersambung pada 13 Oktober ini.

“Bukanlah (mahu makanan) mewah, tetapi biarlah sederhana dan munasabah,” katanya, yang pernah dipenjara sebulan, kepada Malaysiakini.

Salahuddin (foto kiri) dibawa ke Penjara Kajang pada 2000 selepas didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram bagi membantah kehadiran pasukan kriket Israel pada 1997.

Menurutnya lagi, dengan kenaikan harga barang di pasaran, keperluan menaikkan kos makanan di penjara dan lokap tidak boleh dinafikan.

Beliau mencadangkan RM10 sehari diperuntukkan untuk makanan tahanan di penjara dengan RM2 untuk sarapan pagi dan RM4 makan tengah hari dan makan malam.

Beliau diminta mengulas pendedahan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah yang dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kos makanan yang disediakan oleh kerajaan untuk setiap tahanan di lokap dan menyifatkannya “tidak masuk akal.”

Untuk tiga kali makan, katanya, kerajaan memperuntukkan RM4.50 sehari dengan pecahan 60 sen (sarapan), RM2 (tengah hari) dan RM1.90 (makan malam).

Murugiah mencadangkan kerajaan meningkatkan peruntukan RM10 sehari bagi setiap banduan atau tahanan.

Isu ini timbul apabila exco kanan Selangor, Teresa Kok (foto kanan) menyifatkan hidangannya dalam tahanan ISA minggu lalu “seperti makanan anjing” - dua biji telur, timun dan kuah untuk makan tengah hari dan malam.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pula berkata ia menerima aduan tahanan tentang penyediaan makanan yang “teruk” dan “tidak pelbagai” di Penjara Simpang Renggam, Johor.

“Mereka diberikan ikan masin, nasi dan kari hampir setiap hari. Bila Suhakam datang melawat, baru makanannya berubah,” kata penyelarasnya E Nalini.

Tambahnya, tahanan dapat makanan sedap seperti ayam dan daging sebagai lauk hanya seminggu sekali.

Beliau berpendapat, tahanan patut diberikan makanan berkualiti untuk mengelakkan penyakit.

http://www1.malaysiakini.com/news/90219

Pemuda Sabah sokong Khairy

Sep 23, 08 1:48pm

Pemuda Umno Sabah hari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti Disember ini.

Ketua Pemuda Umno Sabah Datuk Japlin Akim berkata Khairy telah membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi pergerakan itu.

“Bagi saya dan rakan-rakan Pemuda di Sabah, sokongan tidak berbelah bagi kepada Khairy ini adalah kerana kami tahu komitmen beliau terhadap perjuangan Umno, dan pada masa yang sama beliau adalah seorang insan yang boleh dipimpin iaitu suka menerima pandangan rakan dan orang lain,” katanya kepada Bernama hari ini.

Japlin, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri berkata, Khairy juga dikenali sebagai pemimpin yang berilmu, berani serta lantang menyuarakan hak-hak Pemuda.

"Beliau mesra dengan golongan muda di Sabah, dan kami berpendapat tidak ada masalah bagi mereka untuk mengemukakan permasalahan dan tuntutan Pemuda di peringkat cawangan," katanya.

Selain Khairy, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan ketua Umno bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berhasrat merebut jawatan naib presiden Umno.

http://www1.malaysiakini.com/news/90223

9 Okt ibarat 'dengar guruh di langit'

Muda Mohd Noor Sep 22, 08 12:02pm

kemaskini 7:26pm "Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan", demikian nasihat beberapa pemimpin Umno bahagian kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah minggu lepas digesa meletakkan jawatan presiden Umno sebelum mesyuarat bahagian-bahagian bermula pada 9 Oktober kerana dibimbangi beliau tidak mendapat cukup pencalonan.

Desakan itu - sebahagian strategi untuk menyegerakan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak - disuarakan oleh beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT), termasuk anggota-anggota kabinet, Khamis lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin bahagian yang dihubungi Malaysiakini hari ini percaya suara-suara itu membuat keputusan "terlalu awal" kerana mesyuarat belum bermula.

Sementara beberapa yang lain mencadangkan Abdullah melepaskan jawatannya jika terbukti gagal mendapat sokongan bahagian-bahagian yang akan bermesyuarat sehingga 9 November ini.

Beliau memerlukan pencalonan 58 daripada 193 bahagian untuk layak bertanding jawatan tersebut yang disandangnya sekarang sejak 2004.

Ketua bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata saranan seumpama itu "permainan orang yang gila hendak bertanding."

"Mesyuarat bahagian pun belum lagi, mana tahu mereka tidak sokong Abdullah? Kalau satu, dua bahagian mungkin adalah (yang tidak mencalonkannya).

"Permainan ini dibuat oleh agen-agen politik yang mahukan naib presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan tersebut," katanya.

Di Pulau Pinang, tambahnya, sebahagian besar bahagian dipercayai akan mencalonkan Abdullah kerana beliau pengerusi perhubungan Umno dan juga perdana menteri.

Musa menambah, ahli-ahli akar umbi di negeri itu mahu presiden Umno erus menerajui parti selepas Disember ini.

Ketua bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, jika hanya beberapa anggota MT menggesa sedemikian bukan bermakna ia tidak mahu beliau bertanding.

Masing-masing membuat ramalan sedangkan, tambahnya, cara terbaik ialah menunggu bahagian mengadakan mesyuarat terlebih dahulu.

"Adakah kalau Abdullah berundur cepat, ia boleh menguatkan Umno? Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan," katanya.

Ketua bahagian Umno Selayang, Datuk Ahmad Bhari Abdul Rahman berkata, cakap-cakap Abdullah bakal menghadapi masalah kuota pencalonan satu usaha meminggirkan perdana menteri.

"Dakwaan bahawa Abdullah tidak cukup pencalonan merupakan andaian sahaja kerana mesyuarat bahagian belum bermula," katanya.

Beliau menambah, jika kepimpinan tinggi Umno saling cabar-mencabar ia akan merebak sampai ke bawah.

Katanya, jika ia berlaku, Umno akan mengulangi peristiwa 1987 yang menyaksikan perpecahan dua puak dalam parti itu sebelum ia kemudiannya diharamkan.

Timbalan ketua bahagian Umno Semberong, Abidin Abdul Rahman berkata, Abdullah perlu mendapatkan maklumat yang jelas sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya, sebagai presiden parti, Abdullah tidak boleh terpengaruh dengan dakwaan bahawa beliau tidak cukup pencalonan.

Bagaimanapun, jika sahih bahagian-bahagian tidak mahukan beliau lagi, Abdullah tiada pilihan lain kecuali berundur.

"Dalam sejarah Umno, orang lebih sayangkan parti daripada individu.

"Lihatlah apa yang berlaku kepada bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad selepas meninggalkan Umno, ahli tidak mengikut jejaknya," katanya.

Ketua bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, jika bahagian sudah tidak mahu kepemimpinan Abdullah lagi, beliau tidak akan dicalonkan.

"Kita kena ikut demokrasi, siapa yang ramai orang sokong, dialah yang jadi pemimpin," katanya.

Manakala ketua bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail berkata, Abdullah perlu melihat kehendak ahli-ahli terhadap kepimpinannya sekarang.

Katanya, jika ramai yang bercakap mereka tidak mahu lagi, Abdullah perlu berundur.

"Sebagai pemimpin, beliau perlu mengutamakan kepentingan parti dan bukannya kepentingan peribadi," katanya.

Ishak berkata, jika Abdullah berkeras mahu mempertahankan jawatan presiden, dan ada calon lain yang mahu bertanding, Umno akan berpecah-belah selepas perhimpunan agung kelak.

Ditanya calon yang paling sesuai dicalonkan sebagai presiden Umno, Ishak berkata, "orang ramai mahukan Datuk Najib".

"Orang kata, Abdullah sudah hilang kawalan dan kerana itu Umno perlukan nakhoda yang baru.

"Tengku Razaleigh Hamzah tidak sesuai menjadi presiden parti kerana sudah lanjut tempoh," katanya.

Timbalan ketua bahagian Semporna, Datuk Nasir Sakaran pula berkata, isu tersebut perlu diselesaikan oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno.

Katanya, beliau enggan mengulas panjang perkara tersebut dengan alasan tidak mahu menimbulkan kontroversi di dalam parti.

"Apa yang penting ialah sama-sama mencari jalan menyatupadu dan mengukuhkan parti.

"Cakap-cakap yang keterlaluan bukan untuk mengukuhkan parti tetapi boleh menyebabkan ahli berbelah bahagi terhadap pucuk pimpinan," katanya.

Sementara naib ketua bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa, berkata cara terbaik ialah memberi peluang kepada perwakilan bahagian menentukan pemimpin parti.

Katanya, ahli Umno yang lebih mengetahui pemimpin yang baik untuk parti itu.

http://www1.malaysiakini.com/news/90154

Gempar, bos SAPP ingin ditahan BPR

Sep 22, 08 8:16pm

Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.


Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri.

Beliau juga ingin tahu sekiranya terdapat pihak lain seperti menteri yang mempunyai pengaruh yang sama terhadap badan itu.

Sementara itu, lapor Bernama, Tan masih berteka-teki tentang keanggotaannya dalam parti lamanya itu.

Ditanya sama ada beliau telah meninggalkan SAPP, Tan berkata:

"Itu anda kena tanya mereka (SAPP). Adakah anda bertanya mereka sama ada mereka menghantar surat kepada BN untuk memaklumkan secara rasmi bahawa SAPP telah keluar daripada BN?

"Saya belajar daripada merekalah, itulah apa yang mereka buat.

"Mereka mengisytiharkan sudah keluar daripada BN, maka saya juga isytiharkan saya sudah keluar daripada SAPP."

Tan kemudian dilaporkan berkata, kerana beliau tidak menghantar sebarang surat peletakan jawatan kepada SAPP, maka beliau menyerahkan kepada parti itu untuk menangani perkara berkenaan.

Beliau, yang ingin melepas jawatan-jawatan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur Sabah selepas tindakan SAPP itu, dibenarkan kekal dengan jawatan tersebut.

Status beliau akan diputuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri
Musa Aman membincangkan perkara itu dengan parti-parti komponen BN.

http://www1.malaysiakini.com/news/90205

Bubarkan semua parti perkauman

Jimadie Shah Othman Sep 22, 08 6:33pm

Untuk kepentingan negara, “semua parti perkauman wajar dibubarkan segera” dan digantikan “dengan gabungan parti pelbagai bangsa”, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Isu perkauman seharusnya diletak ke tepi dan tidak dijadikan agenda politik bagi mana-mana parti.

"Penggunaan sendi perkauman dalam dunia politik akan menyebabkan ketidakstabilan dan perpecahan,” kata ketua penerangan dewan itu Herman Samsudeen.

Gesaan itu sebagai susulan kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai yang dilaporkan mengingatkan masyarakat Cina tentang “bahaya” jika semua parti kaum itu berpihak kepada pembangkang dan hanya parti Melayu menjadi parti memerintah.

Menurut Donald lagi, senario itu sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi.

Ekoran itu, Herman yang menyifatkan Donald “cuba menyemarakkan isu perkauman bagi memastikan MCA sebagai parti khusus kaum Cina tidak dibubarkan”.

Beliau menuntut pemimpin kanan MCA itu menarik balik kenyataannya dan dikenakan tindakan tegas.

Dalam kenyataannya hari ini, Herman berkata:

“Seandainya parti-parti kaum Cina berhijrah kepada pembangkang, negara ini bukan diperintah oleh kaum Melayu sahaja kerana ketika itu, Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa ini akan jadi kerajaan.”

Beliau menyifatkan kenyataan Donald itu dibuat untuk memenangi hati kaum itu selepas wujud kecenderungan ahli-ahli parti komponen BN untuk bersama Pakatan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90194

Presiden: Siapakah pilihan bahagian?


Nash Rahman Sep 23, 08 12:33pm

Apakah selepas 20 tahun, kita bakal menyaksikan ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sekali ini layak bertanding merebut jawatan presiden Umno Disember ini?

Dua dekad lalu, dalam pemilihan Umno tahun 1987, beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno tetapi tewas dengan 43 undi.

Semalam, bekas menteri kewangan itu yakin beliau akan mendapat pencalonan yang cukup untuk bertanding jawatan presiden Umno Disember ini.

Pastinya, keyakinan beliau itu berdasarkan kepada maklum balas dari pihak bahagian yang akan mula bermesyuarat selama selama sebulan mulai 9 Oktober depan.

Bekas naib presiden Umno itu yang lebih popular dengan panggilan Ku Li, meluahkan keyakinannya itu dalam sesi dialog dengan beberapa pengendali blog di kediamannya di ibunegara malam tadi.

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang ialah siapakah pilihan pemimpin akar umbi, khususnya bahagian, untuk menerajui pucuk pimpinan Umno dalam menghadapi cabaran yang cukup besar.

Pastinya, matlamat utama mereka ialah untuk memperkukuhkan kembali Umno yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang gagal mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kehilangan lima negeri kepada pembangkang selepas pilihanraya umum lalu.

Mesyuarat bermula 9 Oktober

Persoalannya, adakah mereka masih yakin kepimpinan sedia ada, berkemampuan memulihkan Umno dan oleh itu, mengekalkan mereka dalam pemilihan parti itu Disember depan?

Atau apakah mereka juga mempunyai 'congak' mereka sendiri dan menunggu bermulanya mesyuarat bahagian mulai 9 Oktober depan untuk membuat keputusan?

Apa yang kita ketahui setakat ini, memang wujud desakan terhadap presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungajawab terhadap kekalahan teruk Umno Mac lalu.

Dan jelas Abdullah memahaminya dan telahpun mengumumkan peralihan kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.

Itu pun berdasarkan andaian bahawa Abdullah dan Najib akan menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti Disember depan!

Apakah ianya mampu memuaskan hati pemimpin dan ahli akar umbi Umno? Apakah mereka bersedia untuk menunggu hingga 2010 - tiga tahun sebelum pilihanraya berikutnya?

Malah, telah ada suara-suara yang dilaporkan mahu Abdullah melepaskan jawatannya lebih awal, termasuk dari kalangan pemimpin tinggi Umno sendiri.

'Mesyurat MT panas'

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) yang baru lalu juga dilaporkan panas dan dilaporkan ada dari kalangan ahli MT yang mendesak Abdullah melepaskan jawatan tahun ini juga.

Ada yang dilaporkan berkata, mereka mahu Abdullah jangan bertanding mempertahankan jawatan presiden kerana mereka bimbang beliau tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi.

Sekiranya Abdullah gagal mendapatkan sekurang-kurangnya 58 pencalonan untuk melayakkan beliau mempertahankan jawatan itu, dan Ku Li pula layak, bermakna Ku Li yang akan menjadi presiden dan mewarisi kepimpinan negara selepas Disember depan.

Maka apa akan jadi dengan Najib dan Muhyiddin? Ada yang membayangkan akan wujud dua regu untuk merebut jawatan tertinggi parti Disember ini - Regu Pak Lah-Najib lawan Regu Kuli-Muhyiddin - sepertimana dalam pertandingan pada tahun 1987 antara Team A - regu Tun Dr Mahathir Mohamad-Tun Ghafar Baba lawan Team B - regu Kuli-Tun Musa Hitam.

Berdasarkan perkembangan semasa, tidak dapat ditolak kemungkinan Ku Li - jika layak bertanding presiden - mampu merebut jawatan presiden. Mungkin Muhyiddin dilihat agak sukar untuk menumpas Najib bagi jawatan timbalan presiden.

Tetapi persoalannya apakah penyokong Najib berpuashati sekiranya Najib hanya menjadi timbalan presiden. Bukankah peralihan kuasa yang dipersetuju oleh Abdullah adalah untuk menyerahkan kuasa kepada Najib sebagai perdana menteri. Tetapi wujud persoalan yang amat sukar untuk dijawab - Apakah akar umbi parti itu boleh menerimanya juga?

Mungkinkah akan ada usaha-usaha untuk mencalonkan Najib bagi jawatan presiden dan memastikan beliau mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan tersebut.

Regu Najib-Muhyiddin

Dan pada masa yang sama, Najib juga dipastikan tidak mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden. Dalam keadaan tersebut, pastinya Najib tidak ada pilihan, kecuali bertanding jawatan presiden.

Dalam senario tersebut, jika Abdullah benar-benar gagal mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya dan Ku Li - jika layak - masih perlu berdepan dengan Najib.
Pada masa yang sama, desas-desus mengatakan Muhyiddin pula dicalonkan untuk timbalan presiden. Kemungkinan itu turut membuka peluang kepada seorang lagi naib presiden, Datuk Seri Ali Rustam yang juga ketua menteri Melaka, untuk turut dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden.

Ada pihak yang melihat pentingnya dipecahkan regu Kuli-Muhyiddin bagi memastikan Najib dipasangkan dengan Muhyiddin untuk merajui Umno selepas Disember depan.

Persoalannya, apakah 'congak' tersebut merupakan penyelesaian terbaik untuk masa depan Umno? Bukan setakat mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada Umno, tetapi juga kepercayaan parti-parti komponen BN yang lain terhadap Umno untuk kekal menjadi tulang belakang gabungan tersebut.

Jawapannya adalah di tangan bahagian. Dan buat pertama kalinya, kita bakal melihat kuasa sebenar akar umbi dalam menentukan masa depan Umno - khususnya bagi jawatan tertinggi parti - presiden dan timbalan presiden. Jawapannya akan diketahui bulan depan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90216

Raja Petra Kamaruddin

Agence France-Presse - 9/23/2008 7:16 AM GMT

Malaysia's leading blogger has been ordered to spend two years in detention under internal security laws after being accused of insulting Islam, his wife said Tuesday.

Raja Petra Kamaruddin, a prominent government critic and founder of the Malaysia Today website, has been sent to the Kamunting detention centre in northern Perak state on the order of the home minister, Marina Lee Abdullah told AFP.

His arrest earlier this month was part of a crackdown amid a political crisis in Malaysia, as Prime Minister Abdullah Badawi faces calls to quit from within his cabinet and a mounting challenge by the opposition.

"(Police) said my husband has been sent to Kamunting this morning and that he will remain there for two years with no trial. This is the worst news I can receive but we will keep fighting for his release," Marina said.

Raja Petra's lawyer Amarjit Sidhu said the government had pulled a "mean, dirty trick" by issuing the detention order the night before a scheduled court hearing on Tuesday to secure his release.

"The government can now hide behind a veil of secrecy because they do not have to disclose reasons for detaining him," he told AFP.

Raja Petra was detained for allegedly "insulting Islam and publishing articles on his website which has tarnished the country's leadership to the point of causing confusion among the people," his wife said.

He was also accused of inciting hate in his articles on Islam -- a serious offence in predominantly Muslim Malaysia.

But Raja Petra is best known for his articles on politics, and had already been charged with sedition and defamation for linking Deputy Prime Minister Najib Razak and his wife to the sensational murder of a Mongolian woman.

He was detained under the Internal Security Act for 53 days in 2001, at the height of the "Reformasi" movement triggered by the sacking and jailing of former deputy premier Anwar Ibrahim, who is now opposition leader.

The law, a relic of the British colonial era, has been condemned by human rights groups and opposition parties, who have pushed to have it abolished.

It allows for renewable two-year periods of detention without trial and has been used to lock up government opponents in the past, although in recent times it has mostly been directed against suspected terrorists.

Raja Petra was rounded up earlier this month along with an opposition lawmaker and a journalist but the other two were quickly released.

Their arrests triggered the resignation of Zaid Ibrahim, a cabinet minister in charge of legal affairs, as well as calls from within the ruling coalition for the security laws to be abolished.

http://news.my.msn.com/

Malaysian auto sales fall in August on higher fuel price: industry


Agence France-Presse - 9/22/2008 8:49 AM GMT

Malaysia's vehicle sales dipped by 12.5 percent in August from the previous month due to the impact of higher fuel costs, the Malaysian Automotive Association (MAA) said Monday.

The industry body said total vehicle sales for the month was 47,227 units, 6,757 units lower than in July and 1.0 percent lower than the 47,585 units sold in the same period last year.

It cited "higher interest rates and the tightening of hire-purchase loans" as other reasons for the slowdown in sales.

For the eight months to August, vehicle sales for both the passenger and commercial vehicles sectors was 21 percent higher than the same period in 2007 at 379,184 units.

The MAA said sales for September 2008 are forecast to be even lower than August from the impact of a shorter working month due to the Eid al-Fitr festive holidays.

It also factored in the increase in hire-purchase interest rates, stringent approvals for loans and a fall in consumer spending due to high oil prices for the predicted reduction in sales.

The association had said that vehicle sales are expected to dip 16.5 percent in the second half of the year due to higher fuel costs and rising inflation, with the bulk of the drop coming from a 28 percent reduction in the volume of commercial vehicles sold.

But the auto sector is expected to achieve its growth target of 4.7 percent to 510,000 units for the year despite the bleak second half outlook, the MAA said.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi announced a deeply unpopular 41 percent fuel price hike in June, which saw inflation surge to a 26-year high of 8.5 percent in July, driven by the escalating cost of fuel and electricity.

http://news.my.msn.com/

China dairy firm knew of toxic milk for months: state media


Agence France-Presse - 9/23/2008 7:35 AM GMT

The Chinese company whose tainted baby milk triggered a food safety crisis that has seen 53,000 children fall ill failed to report complaints about the product for months, state media said Tuesday.

Sanlu Group, the dairy firm first found to be selling melamine-contaminated goods, began receiving complaints of sick children as early as last December, state television said, citing a cabinet probe.

It also said Communist officials in the north Chinese city of Shijiazhuang, where Sanlu is based, delayed referring the matter to higher authorities for more than a month after Sanlu finally told them of the problem on August 2.

"In the eight months from December 2007 to August 2, 2008, Sanlu made no report to relevant authorities in Shijiazhuang and took no corrective measures, allowing the situation to worsen further," the report on state-run CCTV's news channel said.

"(Sanlu and Shijiazhuang officials) violated rules on reporting major incidents involving food safety," it added, quoting the cabinet probe.

The report appeared to be the first official confirmation of Chinese media reports that news of the risks posed by the milk products was deliberately suppressed.

Reports of tainted milk only emerged in state-run media earlier this month.

The chemical melamine, normally used in making plastics, was apparently added to milk supplies to give the appearance of higher protein levels.

Although it knew kids were falling ill last December, Sanlu Group did not even begin testing its milk for dangerous substances until June, the cabinet probe reportedly found.

The government has blamed tainted products for four deaths, and said late Sunday that 12,892 children remained hospitalised with kidney problems, 104 of them in serious condition.

Meanwhile the repercussions outside mainland China continued to mount, with Hong Kong authorities reporting a second child ill with a kidney stone after drinking contaminated Chinese dairy products.

The four-year-old boy was in stable condition, the Hong Kong Centre for Health Protection said in a statement.

A three-year-old girl who fell ill last week in the southern Chinese territory was the first such case outside the mainland. She is said to be in good condition.

The Philippines and Vietnam on Tuesday became the latest countries to take precautionary steps.

Authorities in Manila ordered an immediate ban on the import and sale of Chinese dairy products.

"What we are telling parents now, especially the mothers, is to avoid buying milk with 'made in China' markings," said Leticia Gutierrez, the head of the country's Bureau of Food and Drugs.

Vietnam has ordered melamine tests on dairy products and tighter inspections on "all milk products and materials in the market, especially those imported from China."

Bangladesh, Brunei, Burundi, Gabon, Japan, Malaysia, Myanmar, Singapore, Taiwan and Tanzania have already either barred Chinese milk products or taken some other form of action to curb consumption.

The scandal claimed its biggest political scalp so far on Monday with the resignation of China's product-safety watchdog chief, Li Changjiang.

Also sacked was Wu Xianguo, the top Communist official in Shijiazhuang. The city's mayor and several other government officials had been fired earlier.

Eighteen people have been arrested so far, including the sacked head of Sanlu Group, and dozens detained for questioning, according to state media.

China has been hit by a wave of embarrassing scandals in recent years over dangerous products including food, drugs and toys, spoiling its manufacturing reputation.

The China Daily quoted a food safety expert warning of further disasters.

"If the safety supervision mechanism is not reformed, it's likely that such a scandal would break out again," warned Chen Junshi, a senior researcher with China's National Institute for Nutrition and Food Safety.

http://news.my.msn.com/

Malaysia's opposition says in handover talks with government



Agence France-Presse - 9/23/2008 6:57 AM GMT

Malaysia's opposition said Tuesday it has begun talks over a transition of power from the ruling coalition, after it claimed to have signed up enough defectors to topple the government.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, who has refused to meet with opposition leader Anwar Ibrahim, however denied that contacts were being made through intermediaries.

"There are no such meetings whatsoever with Anwar's people," he told reporters.

Tian Chia, information chief of Anwar's Keadilan party, said there had been several meetings since the weekend between "our middleperson and Abdullah's middleperson".

"Our intention in holding them is for a transition of power to the opposition but I cannot speak for the other side," he told AFP. "So far it looks good and we will wait to see what happens."

Anwar said earlier this month that he had the support of more than 31 lawmakers from the ruling coalition but refused to release the list of names until Abdullah agreed to a meeting.

The premier has dismissed his claims as bluff and has shown no sign of stepping down even as he faces another challenge from cabinet ministers who have called on him to quit before his scheduled departure in 2010.

Abdullah has been fighting for his political life since a March general election handed the opposition unprecedented gains and plunged the coalition into disarray.

Ruling party insiders say he is now under intense pressure to quit by the end of the year.

http://news.my.msn.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...