Showing posts with label PEMANDU. Show all posts
Showing posts with label PEMANDU. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Najib gagal uruskan ekonomi

Rafizi Ramli

Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.

Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.

Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain. Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta.

Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia. Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:

PROJEK TERBESAR ETP

PELABURAN DIUMUMKAN

(RM BILLION)

GLC/BUKAN GLC

Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor

60.0

GLC (PETRONAS)

MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)

36.6

GLC

(sebuah syarikat khas ditubuhkan)

Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)

10.0

GLC

(PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)

Pembangunan Karambunai Integrated Resort City

9.6

Bukan GLC

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit

5.43

Tidak diketahui

Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)

5.1

GLC

(PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)

Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor

5.1

Dialog Group

(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)

3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi

4.0

GLC

(TNB)

Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang

3.0

GLC

(di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)

Pembangunan MINES Wellness City

3.0

Bukan GLC

Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion. Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.

Prestasi 3 penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan. Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu. Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006.

Sudah tentu ada perbezaan yang nyata dari segi pendekatan ekonomi sehingga mengakibatkan prestasi yang berlainan seperti ini. Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara.

Baiknya keadaan ini tidak akan berterusan kerana lebih ramai rakyat boleh menilai sendiri bahawa reformasi ekonomi hanya boleh berlaku seiringan dengan reformasi politik, selaras dengan pendekatan ekonomi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

10 OGOS 2011


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4832-najib-gagal-uruskan-ekonomi

Friday, August 5, 2011

Persepsi terhadap polis merosot selepas 9 Julai

Persepsi terhadap polis merosot selepas 9 Julai
Aidila Razak
Ogos 4, 11
3:29pm


Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) menjangka perhimpunan 9 Julai lalu akan memberi kesan negatif orang awam terhadap pasukan polis.

NONEPengarah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) bagi pengurangan
jenayah, Eugene Teh Yee berkata, ia akan menterbalikkan peningkatan dalam persepsi tersebut sejak tahun 2009.

"Ya, (tahap persepsi orang ramai terhadap polis) akan terjejas, tetapi mudah-mudahan kita boleh memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Program Transformasi Kerajaan di Petaling Jaya hari ini.

Antara sebab-sebab yang mungkin menjadi punca kemerosotan rating terhadap polis, katanya, ialah kecepatan perkongsian maklumat awam mengenai tindakan keras pihak polis pada hari berkenaan.

NONEBeliau berkata, gambar dan video diedarkan dengan serta-merta, tetapi
polis mengambil masa beberapa hari untuk mengemukakan penjelasan mereka.


Cerita para saksi pula disiarkan di internet mengenai dakwaan keganasan pihak polis ketika kira-kira 15,000 orang memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur, bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Kajiselidik yang dijalankan oleh PEMANDU pada bulan Mei menunjukkan 55 peratus daripada 2,000 responden puas hati dengan perkhidmatan polis - meningkat daripada 35,8 peratus pada bulan Disember 2009.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/171989

Monday, July 25, 2011

JK eksekutif transformasi tingkat operasi SPRM


Jul 24, 11 8:30pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Transformasi bagi menambah baik kualiti operasinya.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata suruhanjaya itu akan dianggotai pegawai pengurusan tertingginya, anggota jawatankuasa dan panel SPRM serta pakar undang-undang.

Penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah proaktif diambil SPRM yang memandang serius cadangan penambahbaikan yang dicadangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock, kata kenyataan itu.

Jawatankuasa itu akan bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi kualiti, pentadbiran mekanisme penyeliaan, memantau dan melaksanakan reformasi sktruktur dan pengurusan SPRM, keberkesanan siasatan, memantapkan pencapaian fungsi operasi melalui pembangunan modal insan dan memajukan keupayaan siasatan perakaunan forensik.

Selain itu jawatankuasa tersebut juga akan memperhalusi usaha sedia ada SPRM bagi mengesan kelemahan serta mengambil tindakan pemulihan segera, kata SPRM menerusi Unit Komunikasi Korporatnya.

Jawatankuasa itu juga katanya, akan melihat secara keseluruhan struktur dan mengkaji semula semua sistem dan prosedur operasi masa kini.

Jawatankuasa akan diketuai Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dan dianggotai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdul, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme) Datuk Zakaria Jaafar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan dan Anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Tan Sri JS Rashpal Singh.

Selain itu, Anggota Panel Penilaian Operasi Datuk Zamani Abdul Ghani, Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Datuk Seri Azman Ujang, dua pakar perundangan iaitu bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM Datuk Mohd Nor Abdullah, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman serta salah seorang anggota suruhanjaya siasatan diraja.

Di samping itu beberapa pakar dari dalam dan luar negara juga akan dibawa bagi membantu jawatankuasa menilai dan melaksanakan penambahbaikan yang dicadangkan.

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) juga akan terlibat membantu jawatankuasa berkenaan, kata kenyataan itu.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/170906

Wednesday, July 6, 2011

GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat

GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat
Regina Lee
Jul 5, 11
3:21pm

Pendapat umum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih berada pada tahap rendah dan atas sebab itu pelaksanaannya akan ditanggunguhkan lebih lama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

NONEIdris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkata pelaksanaan sistem itu juga memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan.

"Malah jika kerajaan membuat keputusan hari ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan sebelum sistem itu berjalan kerana semua pengusaha perlu menukar sistem mereka, dan undang-undang kawalan harga perlu dimansuhkan.

"Jadi, jangan jangka ia dilaksanakan secepat mungkin. Ia tidak akan berlaku esok,” katanya.

Berdasarkan tempoh lama yang diperlukan sebelum GST boleh dilaksanakan, besar kemungkinan ia tidak akan diperkenalkan sebelum pilihan raya ke-13 yang perlu diadakan paling lewat pada awal 2013.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168971

Thursday, June 30, 2011

Subsidi RM74 bilion: K'jaan perdaya rakyat, kata pakar

Subsidi RM74 bilion: K'jaan perdaya rakyat, kata pakar
Aidila Razak
Jun 28, 11
12:37pm

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

azlanBercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

"Semua kerajaan di dunia beri subsidi untuk barangan berlainan untuk golongan rakyat yang berbeza. Tetapi bagi pendidikan dan kesihatan, yang dinamakan oleh pakar ekonomi sebaragai 'public goods' dan ini adalah tanggungjawab kerajaan,” kata Subramaniam yang bersara daripada jawatan Ketua Sekolah Perniagaan Universiti Nottingham tahun lalu.

"Semua negara maju di seluruh dunia beri subsidi dalam jumlah yang besar untuk kesihatan, kecuali di Amerika Syarikat tetapi (Presiden Barack) Obama baru-baru ini membentangkan Rang Undang-undang Kesihatan.”

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

NONEKatanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

Perangkaan RM74 bilion yang dikeluarkan oleh PEMANDU seringkali digunakan oleh BN sebagai alsan bahawa pengurangan subsisidi petrol, gas asli, diesel dan barangan makanan yang lain adalah berpatutan kerana kerajaan menanggung bebanan yang berat.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168209

Friday, February 18, 2011

Kadar inflasi di Malaysia membimbangkan

Aziz Muda




KUALA LUMPUR, 18 Feb: Kaji selidik yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan kadar inflasi di negara ini akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.

Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northern Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) menjelaskan, awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di United Kingdom mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011 yang menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.

Presidennya, Datuk Marimuthu Nadason berkata, inflasi dikatakan bakal mencecah kadar empat peratus dalam beberapa bulan akan datang dan kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti.

Katanya, pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol, makanan dan bil utiliti memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.

"Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada sekitar 2.5 hingga tiga peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Inflasi di negara ini, menurut beliau, bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu).

Sementara itu, dalam laman webnya, consumerkini, Fomca menjelaskan, kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.

Peningkatan itu, katanya, sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010.

Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010.

Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, Korea 3.5 peratus dan India 8.4 peratus.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30931:kadar-inflasi-di-malaysia-membimbangkan&catid=1:utama&Itemid=50

Thursday, February 10, 2011

PM lancar TERAJU

Feb 8, 11 4:59pm

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana Menteri berkata agensi itu akan berfunsgi bagi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

TERAJU akan memberi tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan; pembiayaan; pendidikan dan penggajian; penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan stakeholders, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang berkesan, peranan TERAJU akan meliputi beberapa aspek dan dimensi.

"Kita minta supaya TERAJU dapat memastikan hasil dalam jangka waktu terdekat. Ini meliputi tindakan-tindakan yang boleh membawa kejayaan dalam masa terdekat.

"Teraju juga diminta meningkatkan keberkesanan institusi termasuk mengkaji sama ada terdapat pertindihan dengan pelbagai badan dan institusi pada masa ini dan melihat keberkesanan institusi itu serta segala program yang sedang dilaksanakan," katanya, sambil menyatakan bahawa TERAJU juga akan berfungsi
sebagai urusetia untuk MTAB.

Perdana Menteri berkata TERAJU juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baharu supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan.

Bagi menentukan penilaian inisiatif yang berkesan, katanya TERAJU akan melengkapkan pangkalan datanya dan membuat pemantauan terhadap program-program yang dilakukan.

"TERAJU juga dikehendaki melakukan kerjasama dan engagement yang erat dengan stakeholders termasuk Dewan Perniagaan, badan bukan kerajaan dan sebagainya kepada program-program yang dilaksanakan," katanya.

Najib turut mengumumkan bahawa Husni Salleh dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU.

Sementara itu, Husni berkata TERAJU dengan kerjasama Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), akan melaksanakan beberapa siri makmal bermula hujung bulan ini, bagi membincangkan isu-isu berkenaan agenda Bumiputera.

"Kita jangka mengambil masa enam minggu untuk menyediakan cadangan-cadangan berkaitan peluang ekonomi Bumiputera untuk diserahkan kepada MTAB untuk kelulusan sebelum dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata antara cadangan pelaksanaan inisiatif di bawah TERAJU itu ialah dengan menggunakan program sedia ada Program Transformasi Ekonomi (ETP) atau membentuk program baru di bawah ETP.

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/155511

'TERAJU mesti berkuasa seperti PEMANDU'

'TERAJU mesti berkuasa seperti PEMANDU'
Feb 8, 11 4:41pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyambut baik penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), tetapi berharap agensi itu mempunyai kuasa seperti Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

NONE"PERKASA berharap TERAJU akan dipimpin oleh Melayu yang bersemangat Melayu tulen, bersih dan telus serta ada kuasa seperti PEMANDU," kata Presiden PERKASA Ibrahim Ali (kanan).

Datuk Seri Najib Razak hari ini dilaporkan melancarkan TERAJU bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana menteri berkata agensi yang dipimpin Husni Salleh sebagai ketua pegawai eksekutif itu akan berfungsi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Dalam kenyataannya petang ini, Ibrahim juga berkata, tindakan kerajaan itu selaras Dengan resolusi meja bulat perbincangan ekonomi bumiputra sebelum ini yang mencadangkan supaya diwujudkan jawatankuasa penyelaras seakan PEMANDU.

"PERKASA menegaskan sekali lagi agenda ekonomi bumiputera hendaklah menjadi agenda ekonomi negara kerana ia kepentingan nasional.

"Yang dituntut oleh umat Melayu dan Bumiputera ialah kesaksamaan stake ekonomi negara yang adil untuk semua kaum," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

http://malaysiakini.com/news/155507

Tuesday, February 1, 2011

RON97 naik 10 sen lagi

RON97 naik 10 sen lagi
Jan 31, 11 7:29pm

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155023

Thursday, January 13, 2011

Kos MRT mungkin cecah lebih RM36.6bil

Aidila Razak
Jan 11, 11
3:06pm

Projek aliran transit massa (MRT) yang dijangka mula dibina Julai ini, mungkin mencecah kos melebihi anggaran RM36.6 bilion untuk tiga
laluan.


"Anda harus ingat bahawa RM36.6 bilion adalah anggaran 2009. Ia berpotensi menjadi lebih tinggi, bergantung pada inflasi dan kejayaan dalam sistem nilai," kata ketua pegawai eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Mohd Nur Ismal Kamal.

NONEAnggaran RM36.6 bilion itu tidak termasuk antaranya kos pengambilalihan balik tanah.

Bagaimanapun, tambahnya, Spad sedang mencari cara untuk mengimbangi kos tersebut, termasuk melalui pembangunan di sekitar stesen MRT, seperti model yang digunakan di Hong Kong.

"(Pemilik projek dan syarikat kaitan kerajaan) Prasarana akan menubuhkan sebuah syarikat pembangunan hartanah untuk tujuan ini," katanya.

Menurut Mohd Nur, tender akan dipanggil untuk keseluruhan projek pada bulan April dan projek pula diberikan pada pertengahan Mei.

Rakan pembangunan projek Gamuda-MMC, tambahnya, akan turut terbabit dalam pemberian tender, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan kerajaan.

Projek tersebut adalah di bawah bidangkuasa jawatankuasa pemandu yang dipengerusikan oleh perdana menteri manakala ketua setiausaha negara mempengerusikan dewan eksekutif.

NONESebarang tambahan kos akan ditanggung oleh Gamuda-MMC,
manakala 'bonus' akan disediakan oleh kerajaan sekiranya syarikat tersebut dalam menyiapkan projek itu mengikut jadual dan di bawah sasaran kos, yang menurut Mohd Nur, tidak boleh didedahkan.

"Prasarana akan melantik jurutera bebas untuk memeriksa kerja yang dijalankan dan untuk memastikan semuanya (dilakukan mengikut) spesifikasi," katanya.

Kos infrastruktur akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, dengan dana dikumpulkan melalui pasaran oleh Perbadanan Kementerian Kewangan.

Tambangnya pula dijangka menampung kos operasi dan pengurusan.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/153085

Tuesday, January 4, 2011

Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini

Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini
Jan 4, 11 10:12am

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilMinyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

sundry shop kedai runcit 250907 02"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

sundry shop kedai runcit 250907 01Sementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

oil palm under threat 010306 dyingHarga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/152331

Thursday, December 9, 2010

Pemandu ingatkan orang ramai berwaspada dengan satu komplot babitkan deposit wang

KUALA LUMPUR: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan(Pemandu) tidak pernah melantik mana-mana individu, syarikat atau pertubuhan bagi mempelawa orang ramai untuk mendepositkan wang dengan janji mendapatkan geran buat mereka untuk projek-projek.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman webnya, Pemandu mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan mereka yang mendakwa menawarkan akses kepada geran Bidang Keberhasilan Utama Negara dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA/NKRA) yang merupakan sebahagian dari Program Transformasi Kerajaan/Program Transformasi Ekonomi.

"Pemandu ingin menasihatkan orang ramai bahawa ia tidak mengagih-agihkan geran melalui mana-mana individu, syarikat atau pertubuhan atau melantik mana-mana syarikat untuk mendapatkan projek-projek bagi pihaknya.

"Sesiapa yang diminta untuk mendepositkan sejumlah wang bagi mendapatkan geran yang dikatakan itu diminta supaya membuat laporan di balai polis berdekatan dengan segera," kata kenyataan itu.

Sementara itu, satu sumber dari Pemandu, ketika dihubungi Bernama berkata ia

akan membuat satu laporan polis tidak lama lagi tetapi enggan mengulas.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dinasihatkan menghubungi Barbara Dubah Jabu melalui e-mel barbara@pemandu.gov.my atau boleh melayari laman web Pemandu di http://pemandu.gov.my untuk maklumat lanjut.

Pemandu, ditubuhkan pada 16 September 2009 dan merupakan satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang bertujuan untuk menyelia pelaksanaan dan mengetahui perkembangan dalam program transformasi kerajaan, menyediakan kemudahan dan juga sokongan bagi NKRA dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA). -Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/Pemanduingatkanorangramaiberwaspadadengansatukomplotbabitkandepositwang/Article

Tuesday, December 7, 2010

PR perlu 'gelombang rakyat' untuk tumbangkan BN

Dis 7, 10 10:14am

Parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP tidak akan mampu untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) secara bersendirian, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

NONEJusteru, Guan Eng berkata, PR perlu mencetus serta mencorakkan gelombang rakyat tanpa mengira kaum untuk bersama-sama pakatan itu bagi menumbangkan BN yang semakin rakus membolot kekayaan negara menjelang pilihanraya umum (PRU) ke-13.

“Selagi media arus perdana, wang dan jentera kerajaan terus dikuasai oleh BN, maka PR berada dalam keadaan yang tidak setara atau setanding untuk bertarung dengan BN, hanya gelombang kuasa rakyat jelata yang mampu untuk menumbangkan BN,

“Itulah semangat atau intipati yang ingin kita tiup dan sampaikan dalam Konvensyen Kebangsaan PR yang akan diadakan pada 19 Disember ini dengan Pulau Pinang sebagai tuan rumah selepas Selangor menganjurkannya buat kali pertama tahun lalu,

“Konvensyen Kebangsaan PR kali ini sangat penting kerana ia mungkin menjadi persidangan utama PR terakhir sebelum pilihanraya umum (PRU) ke-13 yang dijangka pada suku pertama tahun hadapan, ” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, BN semakin rakus membolot kekayaan negara tanpa mengambil kira ekonomi rakyat apabila menaikkan harga petrol RON95, diesel, harga gas asli cecair (LPG) dan harga gula.

Yang peliknya, kata beliau, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP milik antara orang terkaya di Malaysia, umpamanya, terus menikmati subsidi gas.

Konvensyen kali kedua itu akan diadakan di Dewan Melinnium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember ini dan dijangka dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan.

Mereka termasuk pimpinan utama Pakatan seperti ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat DAP, Lim Kit Siang; presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP, serta beberapa perwakilan asing.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, walaupun Pulau Pinang di bawah pentadbiran Pakatan terus menerima asakan dan tohmahan Umno dan BN, namun pihaknya yakin rakyat akan tetap bersamanya.

Katanya, ini kerana rakyat tahu bahawa kerajaan negeri Pakatan sentiasa mengutamakan rakyat dan mentadbir negeri secara cekap, berakauntabiliti dan telus.

“Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain sepertimana yang pernah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), ” tambahnya.

http://malaysiakini.com/news/150151

Anwar: Kenapa subsidi syarikat kroni tak dipotong?

Dis 4, 10 10:17pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar kerajaan kerana terus menaikkan harga barangan keperluan seperti petrol dan gula tetapi pada masa yang sama enggan mengurangkan subsidi untuk syarikat-syarikat kroni.

pkr congress 271110 anwarKatanya, syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP umpamanya terus menikmati subsidi gas yang tinggi manakala rakyat dipaksa menanggung kenaikan harga petrol RON95 untuk kali kedua dalam tempoh enam bulan.

“Walaupun kerajaan sebelum ini berjanji untuk memotong subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat IPP milik kroni, ia tidak di lakukan.

“Anehnya, setiap pemotongan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan setakat ini hanya membabitkan barang keperluan asas yang menambah beban kewangan rakyat,” kata Anwar.

Selain petrol, turut dinaikan harga, hari ini adalah gula (20 sen) diesel dan petroleum gas cecair, masing-masing lima sen.

Anwar berkata amalan Umno-BN melindungi syarikat-syarikat korporat besar yang diberi lesen IPP amat merugikan rakyat.

Menurut Anwar yang juga ketua umum PKR, tren kenaikan harga petrol jelas menunjukkan bahawa kerajaan berhasrat mengurangkan subsidi setiap enam bulan, sekali gus meningkatkan harga petrol kepada RM2.10 seliter dalam tempoh setahun dari RM1.90 sekarang.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Beliau kesal kerana kerajaan memotong subisidi untuk rakyat dan bukannya kemudahan yang diberikan kepada syarikat IPP dan sektor-sektor lain.

“Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya harus menjelaskan kenapa ia amat tekun untuk menarik balik subsidi bagi petrol, gula dan LPG yang tentunya memberi tekanan kepada rakyat berpendapatan rendah, namun syarikat korporat yang kaya-raya dikecualikan dari tindakan sedemikian,” tegas Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri Najib Razak berkata agensi PEMANDU yang ditubuhkan dirinya sendiri menjangka kerajaan dapat menjimatkan RM1.12 bilion ringgit tahun ini jika subsidi untuk IPP dan sektor lain dikurangkan.

Pada masa sekarang, kerajaan, menerusi Petronas menghulurkan subsidi RM19 bilion kepada IPP dan syarikat berkenaan setiap tahun.

Menurut Anwar, apa yang dikesali ialah kerajaan Umno-BN begitu ghairah menjimat RM126 juta hasil pemotongan subsidi terbaru rakyat tetapi sanggup membayar RM131 juta ringgit kepada perunding-perunding asing.

azlanBayaran lumayan itu dibuat untuk menubuhkan agensi PEMANDU dan sebagai kos operasi setahun agensi berkenaan.

“Apakah kewibawaan yang ada pada kerajaan untuk mengambil RM126 juta dari rakyat miskin untuk membayar perunding asing RM66 juta bagi menubuhkan sebuah unit kerajaan dan sebanyak RM65 juta lagi sebagai kos operasi,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/150009

Monday, December 6, 2010

Kenaikan 4-dalam-1: NGO, orang ramai kesal

Kenaikan 4-dalam-1: NGO, orang ramai kesal
Dis 4, 10 10:52am

Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

hamdan adnan 170805Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.

"Rakyat banyak menggunakan bahan tersebut dan pertimbangan mengenai kenaikan harga minyak adalah perlu," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mewujudkan satu mekanisme dalam mengawal harga minyak supaya golongan sasaran saja yang menikmati subsidi berkenaan.

Cuepacs: Golongan rendah terjejas

Beliau diminta mengulas mengenai kenaikan harga keempat-empat barangan itu yang diumumkan kerajaan hari ini.

Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo.

Pandangan Hamdan itu turut dikongsi oleh Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengulangi pendiriannya sebelum ini mengenai kenaikan harga gula dan minyak.

cuepacs omar osman 181007Sementara itu, Presiden Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, pihaknya bimbang mengenai kenaikan harga semua barangan berkenaan terhadap golongan berpendapatan rendah.

"Kita bimbang dengan kenaikan ini (harga barangan) akan menjejas golongan berpendapatan rendah terutamanya yang bekerja dengan kerajaan," katanya.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula mempersoalkan kewajaran kerajaan menaikkan harga bahan api petrol dan diesel yang dikatakan membabitkan petrol RON 95.

Rakyat marhaen menderita

Harakahdaily melaporkan Salahuddin sebagai berkata RON 95 adalah untuk rakyat yang perlu dikekalkan harganya supaya tidak membebankan rakyat yang menjadi pengguna terbanyak.

NONEKata Salahuddin (kanan), kenaikan itu sangat mengecewakan.

"Sikap PAS, keutamaan mesti pada rakyat, ambil kira rakyat dahulu sebelum yang lain-lain," katanya.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus pula berkata, rakyat marhaen paling terkesan dengan kenaikan itu kerana mereka adalah majoriti pengguna petrol RON95.

Sambil menyifatkan kenaikan mengejut itu sebagai 'gila', beliau mengharapkan rakyat menolak Umno BN yang secara terang terangan tidak mengutamakan rakyat terbanyak.

"BN zalimi rakyat marhaen, tak peduli kesusahan rakyat," katanya.

Gamis: Tarik subsidi kroni, bukan rakyat

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) juga kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

NONEMenurut, presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

“Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalnnya kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong?

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

NONEMenurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen.

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

Alasan bodoh

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan akhbar berkata kenaikan petrol sudah pastinya menjejaskan kehidupan rakyat.

“Apabila gula dinaikkan, petrol dinaikkan, maka apakah tidak ada sebab bagi peniaga menaikkan harga barang perniagaan mereka. Hampir semua kenderaan menggunakan minyak petrol dan diesel, dan hampir semua makanan perlukan gula. Apakah ada alasan bodoh pemimpin negara yang bercakap kerana mahukan rakyat sihat dari penyakit diabetes maka kerajaan perlu menaikkan harga gula.

mamak restaurant 271206 food“Mungkin juga ada kenyataan pemimpin negara yang mahukan keselamatan rakyat di jalan raya, maka harga petrol dan diesel terpaksa dinaikkan. Adakah pemimpin mahukan rakyat berbasikal ke tempat kerja, atau menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kos mereka, sedangkan mereka selesa menaiki kenderaan rasmi kerajaan ke mana-mana.,” kata naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Menurut beliau lagi, jika dibandingkan dengan negara jiran, Malaysia adalah antara negara yang kaya dengan hasil bumi termasuk minyak.

“Mengapa kerajaan tidak membandingkan Malaysia dengan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi, Iran, Venezuela, Qatar dan lain-lain? Perlukah Malaysia mengikut harga pasaran minyak antarabangsa?” soalnya.

NONEMohamad Suhaimi (kanan) berkata seolah-olah menaikkan harga minyak petrol dan diesel dan barang keperluan adalah jalan akhir setelah hampir semua langkah telah diambil kerajaan bagi membela rakyat.

“Sedangkan untuk menguntungkan pihak tertentu, kerajaan sanggup dan mampu berbelanja lebih. Menara Wawasan dibina dengan nilai RM 5 bilion, entah belum tentu menguntungkan rakyat jelata. Lebih baik perbelanjaan itu ditampung kepada subsidi minyak. Sebegitu juga dengan projek-projek mega, gergasi dan mewah, itu perlu dikurangkan dahulu buat menampung keperluan rakyat,” katanya.

“Memang betul rakyat tidak terbeban dengan kenaikan ini, kerana rakyat sudah tidak mampu berkata-kata lagi. Sudah kering air mata dan keringat rakyat bekerja siang dan malam mencari sesuap rezeki menampung kehidupan.”

http://malaysiakini.com/news/149962

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...