Showing posts with label Emigration. Show all posts
Showing posts with label Emigration. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

M'sia kekal tangga kedua laporan pemerdagangan manusia

Ogos 26, 11 2:54pm

Malaysia kekal di tangga dua (dalam pemerhatian) dalam Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2011 yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata dalam laporan itu juga beberapa isu turut dibangkitkan antaranya berkaitan lebihan pengambilan pekerja asing yang seterusnya mendorong kepada berlakunya buruh paksa di negara ini.

"Secara amnya negara ini masih memerlukan antara tiga hingga empat juta tenaga kerja terutamanya dalam sektor perladangan dan pembinaan, memandangkan kebanyakan rakyat tempatan enggan mengisi kekosongan tersebut.

"Sebenarnya isu tersebut dapat diatasi dengan penggemblengan tenaga semua agensi yang berkaitan," katanya dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

TIP Report menunjukkan Malaysia berada di tahap dua (dalam pemerhatian) pada 2011 sama seperti tahun sebelumnya berbanding tahap tiga pada tahun 2009.

TIP Report merupakan senarai kedudukan negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan orang dan penilaian dilaksanakan setiap tahun oleh Jabatan Negara AS.

Mengenai isu pihak majikan memegang pasport pekerja, beliau berkata perkara itu tidak timbul lagi, kerana Imigresen tidak lagi memberi kebenaran kepada majikan menyimpan pasport melainkan diserahkan secara sukarela untuk disimpan majikan bagi tujuan keselamatan.

Isu anggota RELA menjalankan operasi terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) pula, Alias menjelaskan anggota RELA tidak dibenarkan lagi menjalankan sebarang operasi melainkan diminta untuk membantu dalam operasi penguatkuasaan.

Sementara itu, dakwaan mengenai isu kes-kes pemerdagangan orang yang tidak disiasat dan didakwa secara efektif pula, beliau berkata jika dilihat pada jumlah tangkapan dan juga kes-kes, memang wujud isu itu kerana kesukaran
mendapatkan bukti.

"Bila ditangkap mereka kata dipaksa sedangkan sebenarnya mereka memang datang secara sukarela untuk bekerja sebagai pelacur...lepas itu bila diminta menjadi saksi mereka enggan jadi sukar untuk mendapatkan bukti.

"Tetapi bukan disebabkan tidak disiasat dan didakwa secara efektif," katanya sambil beranggapan masalah itu dihadapi oleh semua pihak berkuasa.

Dalam laporan itu AS turut membangkitkan isu berkaitan hal-hal perlindungan mangsa termasuklah perkhidmatan kaunseling.

Alias menjelaskan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terlibat secara langsung dalam isu perlindungan mangsa pemerdagangan orang dan mempunyai panel kaunselornya sendiri untuk memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa di rumah perlindungan.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/174189

Thursday, August 4, 2011

Bicara pegawai Imigresen di mahkamah terbuka

Abdul Aziz Mustapha

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Mengapa lapan pegawai imigresen yang ditahan secara misteri di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dibicarakan dalam mahkamah terbuka, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan.

"Jika benar mereka melakukan kesalahan dan terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia, mengapa tidak dibicarakan mereka dalam mahkamah terbuka?

"Penahanan sedemikian di bawah ISA sentiasa dilihat sebagai usaha untuk menyembunyikan fakta dan dalang sebenar dan perkara ini telah lama berlaku kerana ketika kami ditahan di bawah ISA dalam operasi Lallang pada 1987 dahulu, terdapat beberapa pegawai imigresen yang berada dalam tahanan di Kem Kamunting bersama-sama kami," katanya.

Menurut Mahfuz, sejak dari dahulu lagi telah berulang-ulang persoalan mengapa kerajaan menafikan hak rakyat untuk tahu perkara sebenar dengan membicarakan pegawai-pegawai yang terbabit di dalam mahkamah terbuka dan bukan ditahan secara misteri di bawah ISA.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pembebasan lapan pegawai imigresen ditahan di bawah ISA pada tahun lalu itu kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia

"Akhbar harian melaporkan bahawa harta dan aset pegawai-pegawai tersebut mencecah jutaan ringgit, persoalannya adakah para pegawai rendah sahaja boleh melakukan perkara besar yang dari segi prosedurnya memerlukan penglibatan pihak atasan?

"Kita sudah beberapa kali melihat, apabila terdedah sesuatu kesalahan besar, yang diambil tindakan hanyalah para pegawai termasuk ketua setiausaha kementerian, tetapi menteri terlepas begitu sahaja," katanya.

Mahfuz berkata, akhbar harian juga menyebut perbuatan mereka sebagai perbuatan terkutuk.

"Persoalannya perbuatan terkutuk bagaimana dan adakah para pegawai rendah imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang pernah ditahan di bawah ISA hakikatnya melakukan perbuatan terkutuk yang akhirnya menguntungkan Barisan Nasional (BN)?" kata Ahli Parlimen Pokok itu sambil merujuk kepada kes Likas.

Dalam kes tersebut, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihan raya DUN Likas yang menyebelahi BN pada 2001 atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, terbukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.

Dalam penghakimannya, Muhammad Kamil dipetik sebagai berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal menjalankan tanggung jawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.
Terbaru, blog Perisik Rakyat mendedahkan kebanjiran mereka yang hanya mempunyai status penduduk tetap (PR) dalam daftar pemilih.


Apa yang lebih mencurigakan, hanya beberapa jam selepas didedahkan, seorang pemegang status PR, Mismah, yang tersenarai dalam daftar pemilih tiba-tiba didapati menjadi warganegara oleh carian Malaysiakini dalam sistem JPN.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilihat cuba berlepas tangan apabila mendakwa kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal JPN.

Mengulas reaksi Abdul Aziz itu, Mahfuz berkata: "Mereka boleh tuduh sesama sendiri dan kita tahu bahawa Abdul Aziz pernah menjadi Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri di mana JPN berada di bawahnya.

"Tetapi persoalannya adakah selepas ini pegawai rendah sahaja yang salah dan mungkin ditahan secara misteri di bawah ISA manakala pihak yang mendapat untung besar terutamanya yang mendapat pengundi hantu untuk menghalang kebangkitan rakyat dan mempertahankan kuasa secara penipuan akan terlepas begitu sahaja?"


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4698-bicara-pegawai-imigresen-di-mahkamah-terbuka

Wednesday, August 3, 2011

Pakar patologi: Sarbaini terjatuh dengan tak sengaja

Ogos 2, 11 9:10pm

Ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Profesor Madya Dr Faridah Mohd Noor berkata Ahmad Sarbaini Mohamed terjatuh dari tempat yang tinggi dengan tidak disengajakan, dan beliau menolak berlakunya unsur bunuh diri atau dibunuh.

Beliau juga berpendapat penolong pengarah kastam Selangor itu tidak membunuh diri kerana tidak ada sebarang nota bunuh diri dijumpai di tempat kejadian, selain tidak terdapat kesan kecederaan pada pergelangan tangan akibat dikelar.

"Sekiranya Ahmad Sarbaini telah dibunuh dan dicampak keluar melalui tingkap di pantri itu, akan dijumpai kesan pergelutan di kawasan berkenaan, namun hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan ditemui," katanya.

Dr Faridah berkata jika mangsa cuba mempertahankan diri atau melawan kembali jika diserang, sudah pasti terdapat kesan kecederaan atau luka pada badan Ahmad Sarbaini.

Beliau memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa kematian Penolong Ahmad Sarbaini adalah disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi selain kesukaran untuk bernafas.

Katanya, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kecederaan yang dialaminya konsisten dengan kesan jatuhan dari aras tiga, bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata darah yang banyak keluar daripada mulut, hidung dan telinga kiri juga menyebabkan mangsa sukar bernafas.

"Mangsa tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan pengaliran darah yang menutup saluran pernafasannya," kata Dr Faridah yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid pada prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Dia dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai kastam.

Dr Faridah, yang menjalankan bedah siasat ke atas Ahmad Sarbaini pada 6 April lepas berkata terdapat 42 kesan kecederaan pada badan mangsa.

"Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam dan luka pada mata, dagu, dahi, pergelangan tangan, dada, dan juga beberapa kepatahan pada tulang tangan dan lutut, serta retak di bahagian tengkorak yang ditemui pada badan mangsa," katanya.

Beliau berkata kecederaan patah pada kaki sebelah kanan hingga menyebabkan tulang pada bahagian lutut mangsa terkeluar adalah konsisten dengan kesan jatuhan dari tempat tinggi.

Selain itu, keadaan sebelah kasut yang tertanggal daripada kaki mangsa dan jam tangan tercabut juga konsisten dengan kesan jatuhan tersebut, katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili SPRM.

Saksi ke-29 itu juga berkata Ahmad Sarbaini dianggarkan meninggal dunia antara jam 7 pagi hingga 11 pagi, dan tubuh mangsa didapati suam selain kekejangan otot masih berlaku, ketika mayatnya ditemui pada 6 April lepas.

Prosiding di depan Koroner Aizatul Akmal Maharani disambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/171820

Pendarahan kepala punca mati

Posted by admin on August 2nd, 2011

Kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed adalah disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi selain kesukaran untuk bernafas, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.Ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Profesor Madya Dr Faridah Mohd Noor berkata pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kecederaan yang dialaminya konsisten dengan kesan jatuhan dari aras tiga, bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata darah yang banyak keluar daripada mulut, hidung dan telinga kiri juga menyebabkan mangsa sukar bernafas.

“Mangsa tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan pengaliran darah yang menutup saluran pernafasannya,” kata Dr Faridah yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid pada prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Dia dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai kastam.

Dr Faridah, yang menjalankan bedah siasat ke atas Ahmad Sarbaini pada 6 April lepas berkata terdapat 42 kesan kecederaan pada badan mangsa.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam dan luka pada mata, dagu, dahi, pergelangan tangan, dada, dan juga beberapa kepatahan pada tulang tangan dan lutut, serta retak di bahagian tengkorak yang ditemui pada badan mangsa,” katanya.

Kesan jatuhan dari tempat tinggi

Beliau berkata kecederaan patah pada kaki sebelah kanan hingga menyebabkan tulang pada bahagian lutut mangsa terkeluar adalah konsisten dengan kesan jatuhan dari tempat tinggi.

Selain itu, keadaan sebelah kasut yang tertanggal daripada kaki mangsa dan jam tangan tercabut juga konsisten dengan kesan jatuhan tersebut, katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili SPRM.

Saksi ke-29 itu juga berkata Ahmad Sarbaini dianggarkan meninggal dunia antara jam 7 pagi hingga 11 pagi, dan tubuh mangsa didapati suam selain kekejangan otot masih berlaku, ketika mayatnya ditemui pada 6 April lepas.

Selain itu, Dr Faridah berkata mangsa terjatuh dari tempat yang tinggi dengan tidak disengajakan, dan beliau menolak berlakunya unsur bunuh diri atau dibunuh.

Beliau juga berpendapat Ahmad Sarbaini tidak membunuh diri kerana tidak ada sebarang nota bunuh diri dijumpai di tempat kejadian, selain tidak terdapat kesan kecederaan pada pergelangan tangan akibat dikelar.

“Sekiranya Ahmad Sarbaini telah dibunuh dan dicampak keluar melalui tingkap di pantri itu, akan dijumpai kesan pergelutan di kawasan berkenaan, namun hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan ditemui,” katanya.

Dr Faridah berkata jika mangsa cuba mempertahankan diri atau melawan kembali jika diserang, sudah pasti terdapat kesan kecederaan atau luka pada badan Ahmad Sarbaini.

Prosiding di depan Koroner Aizatul Akmal Maharani disambung esok.


http://www.kl-today.com/2011/08/pendarahan-kepala-punca-mati/

‘Charge immigration officers in court’

Posted by admin on August 2nd, 2011

Perak DAP vice chairman, A Sivanesan, said that the home ministry’s decision to free seven Immigration officers detained under the ISA on suspicion of human trafficking gave the impression the government had something to hide.“They should be charged in court instead of being released,” said Sivanesan.

The seven were arrested in October last year on suspicion of being involved in a human trafficking syndicate. Three are to be released today while rest to be set free at a date yet to be set.

Sivanesan criticised Home Minister Hishammuddin Hussein’s decision to free the seven who said that officers have repented and promised to cooperate with the authorities to curb human trafficking.

Sivanesan said he could not accept Hishammuddin’s argument that the seven had repented as the public needed to know whether the officers were guilty of the allegations in the first place.

“By not charging them, it gives an impression that the government has something to hide,” he said. “And since they are not being charged they could be reinstated to their former jobs.”

“And if they are guilty, how can we reinstate them? To me, human trafficking is worse that drug trafficking,” said Sivanesan.

Deportation condemned

Meanwhile, Sivanesan also criticised Hishammuddin for repatriating an ISA detainee, allegedly involved with the Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), back to Sri Lanka.

He said, just recently, even the Sri Lankan government had admitted that civilians may have been killed during the final days of its civil war with the LTTE back in 2009.

“When the entire world condemned Sri Lankan government for its atrocities against the Tamils in its land, here we are deporting a Sri Lankan Tamil back to the country.

“Can Hishammuddin guarantee his safety? We are corroborating with Sri Lanka in infringing the rights of the Tamils there,” said Sivanesan.

Thirugnanasampandar Manivannan, 37, a Sri Lankan Tamil was deported to his homeland several weeks ago under the instruction of the home ministry.

“The least the government could have done was to discuss with local Tamil organisations here before repatriating him,” said Sivanesan.


http://www.kl-today.com/2011/08/%e2%80%98charge-immigration-officers-in-court%e2%80%99/

Tujuh tahanan imigresen bawah ISA dibebaskan esok

Ogos 1, 11 5:50pm

Tujuh pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibebaskan secara berperingkat mulai esok, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

hishamuddin hussein keeping mumDalam kenyataan akhbarnya di Putrajaya, Hishamuddin berkata, sebagai permulaan tiga orang akan dibebaskan esok manakala empat lagi dibebaskan dalam masa terdekat.

Semua tujuh mereka itu ditahan antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia.

"Pembebasan ini dibuat setelah kementerian mendapati bahawa semua tahanan ini menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang mereka lakukan dan berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

"Mereka juga memberikan kerjasama yang baik kepada Polis Diraja Malaysia dalam usaha untuk memerangi kegiatan penyeludupan manusia di negara ini," katanya.

Hishammudidin berkata tujuh pegawai itu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

prostitution, desa mentari, police raidIa juga bagi membolehkan siasatan lanjut dan menyeluruh dibuat khususnya terhadap kegiatan sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar dan masuk dari negara ini, katanya.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa di Malaysia akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang usaha untuk menjadikan negara ini sebagai 'transit point' bagi kegiatan penyeludupan manusia.

Beliau juga mengingatkan pegawai serta kakitangan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan di pintu masuk negara agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah.

"Jangan sesekali bertindak mengkhianati negara ini semata-mata ingin mengejar kemewahan hidup. (Kerajaan) tidak bertolak-ansur ke atas mereka yang mengkhianati amanah negara," katanya.


http://malaysiakini.com/news/171683

Pendaftaran PATI kendalian swasta bermasalah

Ogos 2, 11 11:06am

Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin, dikenali sebagai 6P, yang bermula serentak di Semenanjung dan Sarawak hari ini berjalan lancar kecuali pendaftaran yang dikendalikan oleh sebahagian syarikat swasta.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata masalah yang timbul di kaunter kendalian sebahagian 336 syarikat swasta, yang dilantik oleh kerajaan, berpunca daripada sistem komputer yang tidak dapat mengakses sistem komputer Jabatan Imigresen.

Antara masalah adalah kata laluan (ID) yang tidak sepadan di antara syarikat yang dilantik dengan kata laluan Jabatan Imigresen, manakala kata laluan itu hanya diketahui oleh pegawai Imigresen, katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata memandangkan jabatan itu tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk membantu kesemua kaunter yang dibuka syarikat swasta, masalah tersebut tidak dapat dielakkan.

Ini menjadi penyebab kelewatan dan masalah pada pendaftaran hari pertama program 6P hari ini, katanya.

"Pendaftaran di tempat kita (Imigresen) tidak mempunyai masalah tetapi hanya kepada syarikat yang kita lantik, kita akan selesaikan masalah ini hari ini juga," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Dasar dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata kesemua 198 pejabat Imigresen beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 14 Ogos depan bagi memastikan program itu berjalan lancar.

Jabatan Imigresen memperuntukkan 90 peratus operasi kaunternya bagi program 6P, manakala 10 peratus lagi bagi menguruskan pendaftaran pekerja asing sah bermula sejak 13 Julai lalu, katanya.

Beliau berkata bagi mengurangkan kesesakan di pejabat Imigresen Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kaunter tambahan turut dibuka di Dewan Bandaraya Shah Alam dan Stadium Bola Sepak Cheras.

Setakat ini, sebanyak 1,639 lokasi pendaftaran 6P dibuka oleh 336 syarikat-syarikat yang dilantik dan sebanyak 111 lagi lokasi pendaftaran baru akan dibuka dalam masa terdekat, katanya.

Alwi berkata di Sabah yang terlebih dahulu memulakan program pendaftaran pendatang asing tanpa izin pada 18 Julai lalu, sehingga kini merekodkan sejumlah 116,000 pendaftaran.

Orang ramai boleh menyemak lokasi-lokasi pendaftaran dengan melayari laman sesawang www.moha.gov.my, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Construction Labour Exchange Centre Bhd (CLAB), Azlan Mohd Isa, berkata syarikatnya, yang merupakan antara syarikat swasta yang terlibat dalam program 6P, tidak dapat menjalankan pendaftaran hari ini berikutan ketiadaan pegawai Imigresen untuk membantu menghubungkan sistem komputer syarikat itu dengan sistem komputer Jabatan Imigresen.

Beliau menjangka masalah itu dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dalam masa terdekat.

--Bernama


http://malaysiakini.com/news/171721

Wednesday, July 13, 2011

Ahmad Sarbaini tertekan ketika di pejabat SPRM

Ahmad Sarbaini tertekan ketika di pejabat SPRM
Jul 12, 11 5:59pm

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan memberitahu Mahkamah Koroner di Kuala Lumpur hari ini bahawa Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berada dalam keadaan yang amat tertekan ketika berada di pejabat suruhanjaya itu pada 6 April lalu.

Penolong Penguasa Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad, 51, saksi ke-17 dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor itu berkata, keadaan itu berlaku selepas Allahyarham menghubungi wakil dari Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd iaitu Wan Zainalabidin Wan Zaki menggunakan telefon bimbitnya.

NONE"Selepas panggilan dibuat, Allahyarham meletakkan telefon dan terus meletakkan kepalanya di atas meja sambil tangannya menggosok kepalanya dalam masa kira-kira dua minit," kata Sheikh Niza yang pada masa itu sedang duduk di hadapan Allahyarham.

"Saya tengok dia amat tertekan dan tegang. Dia dilihat mendiamkan diri dan tidak cakap apa-apa pada saya," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Sheikh Niza berkata, sebelum itu Pegawai Penyiasat SPRM Abdul Ghani Ali bertanyakan kepada Ahmad Sarbaini sama ada beliau mempunyai alamat Schenker dan nombor telefon Wan Zainalabidin dan meminta Allahyarham menghubunginya.

Katanya, Allahyarham seolah-olah berada dalam keadaan terpaksa ketika diminta menghubungi Wan Zainalabidin dan beliau tidak berapa jelas dengan perbualan antara Allahyarham dengan Wan Zainalabidin tetapi ada mendengar Allahyarham berkata: "Datang ya".

Sheikh Niza berkata, pada 6 April, Ahmad Sarbaini datang ke pejabat itu tanpa diminta dengan tujuan untuk menukar kenyataan yang diambil pada 4 April lalu dan apabila ditanya mengapa beliau ingin berbuat demikian, Allahyarham hanya memaklumkan dia tertekan.

"Ketika Allahyarham berada dalam bilik saya di aras tiga bangunan itu, saya nampak dia memegang telefon dan kerap tengok telefon itu seolah-olah ada sesuatu. Bila saya ambil telefon itu tertera perkataan Schenker pada skrin telefon bimbit.

"Saya teringatkan Zainal apabila melihat perkataan Schenker dan ini membuktikan mereka ada hubungan. Jadi saya memberitahu Allahyarham saya akan menyita telefon bimbit itu," katanya.

Ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bagaimana Allahyarham boleh membuat pengakuan salahnya ketika rakaman percakapan diambil pada 4 April lepas, Sheikh Niza berkata:"Saya menyuruh Allahyarham menceritakan pengalamannya dalam Kastam".

Sheikh Niza berkata, ketika itu saya bertanyakan kepada Ahmad Sarbaini: "Sebagai pegawai Kastam yang selalu berurusan dengan ejen, tak kan tak dapat apa-apa walaupun sedikit".

Beliau berkata, ketika itu Ahmad Sarbaini mengakui beliau ada menerima wang ehsan daripada Ah Seng dari Syarikat TopMark Shipping antara RM30 hingga RM200 sebulan dan daripada Wan Zainalabidin dari Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd antara RM50 hingga RM100 sebulan.

"Allahyarham memaklumkan kepada saya bayaran itu dibuat di kedai kopi, di luar pejabat Kastam dan saya agak terkejut dan tidak sangka Allahyarham akan membuat pengakuan berkenaan," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya Mohamad Abazafree apakah perasaannya selepas mendapat tahu mengenai kematian Ahmad Sarbaini, Sheikh Niza berkata:"Saya menangis dan sedih sebab saya kenal dengan Allahyarham."

Sheikh Niza berkata, Allahyarham sangat rapat dengannya dan memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169740

Saksi lihat darah di kepala Ahmad Sarbaini

Jul 11, 11 8:28pm

Seorang saksi yang dipanggil semula memberi keterangan dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini Mohamed hari ini memberitahu Mahkamah Koroner, beliau melihat darah berukuran kira-kira sejengkal di bahagian kepala Allahyarham ketika melihat tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

NONEPenolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Henrita Serai Anak Endrew Lenggie berkata beliau melihat darah itu sedang mengalir dari kepala Allahyarham ketika beliau menjenguk di tingkap yang terbuka luas yang berada di bilik pantri, aras tiga bangunan berkenaan.

"Saya rasa takut dan kejadian itu menjadi igauan kepada saya sehingga sekarang," kata saksi ke-10 itu ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.

Henrita, 24, juga kelihatan takut dan tangannya menggeletar ketika diminta oleh Muhammad Shafee untuk menunjukkan kedudukan darah pada gambar Allahyarham, yang berada dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya yang berlumuran darah, yang dipaparkan pada skrin putih di dalam mahkamah dengan menggunakan penunjuk laser.

Gambar Allahyarham Ahmad Sarbaini, yang juga penolong pengarah Kastam Selangor, sebanyak enam keping itu diambil oleh Penolong Pegawai Perubatan, Nur Mohd Azami Mansor dari Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketika gambar itu dipaparkan di dalam mahkamah, kelihatan isteri Allahyarham, Masiah@Maziah Manap menangis teresak-esak dan menutup mukanya sambil ditenangkan oleh anggota keluarga.

Muhammad Shafee berkata beliau meminta Henrita yang sebelum ini memberi keterangan pada Jumaat (8 Julai) lepas dipanggil semula untuk menunjukkan kedudukan darah itu bagi menentukan masa sebenar kematian mangsa dan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak.

"Kedudukan darah ini tidak disoal oleh semua pihak kerana mungkin mereka terlepas pandang dan perkara ini penting sebelum pakar patalogi dipanggil untuk memberi keterangan selepas ini," katanya.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu, Nur Mohd Azami dalam keterangannya berkata pada hari kejadian, pada 10.35 pagi, beliau menerima arahan daripada pusat panggilan kecemasan, HKL yang memaklumkan ada orang cedera di pejabat SPRM, di Jalan Cochrane.

"Saya bersama dua kakitangan bergegas ke pejabat itu dan apabila sampai di pejabat SPRM pada 10.48 pagi, saya melihat mangsa terbaring dengan pendarahan di kepala," katanya.

Setelah memeriksa nadi di bahagian leher, beliau mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terus menghubungi pusat kawalan kecemasan di HKL bagi memaklumkan perkara itu, kata saksi ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.

Nur Mohd Azami, yang juga saksi ke-15 inkues berkata beliau mengambil enam keping gambar menggunakan telefon bimbit untuk urusan kerja seandainya terdapat perkara berbangkit.

"Gambar itu diambil selepas saya membuat pemeriksaan ke atas mangsa (Ahmad Sarbaini) dan gambar itu menunjukkan tangan di sebelah kiri mangsa bengkak, dan juga sebelah kaki kanan mangsa juga patah," katanya.

Turut memberi keterangan hari ini ialah Koperal Nee Itam Ahmad dari Pusat Kawalan Polis, Cheras, Penolong Penguasa SPRM, Wilayah Persekutuan Mohd Rosly Mohd Saupi, Penolong Penguasa SPRM, Wilayah Persekutuan Khalid Amir Meruphy Abdullah dan Penolong Penguasa SPRM, Wilayah Persekutuan Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad.

Prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169649

Monday, July 11, 2011

KP kastam dakwa media punca imej jabatan tercalar

Jul 11, 11 3:34pm

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf hari ini menempelak media yang dianggapnya sebagai punca imej jabatan itu terjejas.

Merujuk kepada laporan beberapa kes berprofil tinggi, beliau berkata media suka "mencari kontroversi" dengan paparan berita yang negatif menyebabkan beliau kini mengamalkan sikap berdiam diri.

NONE"Saya kini 'media shy'," katanya pada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Jabatan Kastam Sarawak, di Kuching.

Katanya beliau juga sedang melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan integriti jabatan itu dan mahu warga kastam melakukan transformasi segera bagi memperbaiki sebarang kelemahan.

Di majlis itu, seramai 92 warga kastam Sarawak menerima anugerah masing-masing.

Sementara itu pengerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Alice Wee yang membuat liputan majlis tersebut meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan Mohamed Khaled menggunakan majlis rasmi untuk mengkritik media.

"Kami kecewa kerana media membuat laporan berasaskan fakta, dan adalah tidak adil menyalahkan media apabila imej mereka tercalar," katanya.

Beberapa wakil media termasuk dari RTM yang berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Mohamed Khalid bertindak meninggalkan majlis ketika beliau masih berucap.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169589

Saturday, July 9, 2011

Saksi: Sarbaini tak pernah ambil wang dari syarikat

Saksi: Sarbaini tak pernah ambil wang dari syarikat
Jul 8, 11 5:18pm

Seorang pegawai syarikat logistik yang kerap berurusan dengan kastam memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tidak pernah mengambil wang daripada syarikat itu dan meminta beliau memberitahu demikian kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wan Zainalabidin Wan Zaki, 47, eksekutif kanan operasi eksport logistik Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhad, berkata beliau juga tidak pernah memberi sebarang wang ehsan atau rasuah kepada Ahmad Sarbaini, yang ditemui mati pada 6 April lepas di bangunan SPRM Wilayah Persekutuan setelah pergi ke situ secara sukarela untuk menemui pegawai SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai kastam.

Wan Zainalabidin, yang merupakan saksi ke-11 prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini, 56, berkata Allahyarham memberitahunya menerusi panggilan telefon yang dibuat pada pukul 11 pagi, 5 April sehari sebelum Allahyarham meninggal dunia.

Bagaimanapun, Wan Zainalabidin hanya membalas permintaan Ahmad Sarbaini dengan menyatakan: "Tak apalah, kalau orang SPRM telefon, nanti saya bagi keterangan".

Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd merupakan ejen yang berurusan dengan Jabatan Kastam dalam menguruskan barangan untuk dieksport.

Wan Zainalabidin berkata Ahmad Sarbaini juga menghubunginya pada jam 8.55 malam 4 April dan memberitahunya bahawa beliau ada menyebut nama Wan Zainalabidin kepada SPRM.

"Ketika Allahyarham telefon saya, dia baru keluar dari bangunan SPRM dan dia kata kepada saya dia ada menyebut nama saya dan syarikat Schenker kepada SPRM dan memberitahu saya ada memberi duit kepadanya antara RM50 hingga RM100," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.

Saksi itu berkata beliau ada berjumpa dengan Ahmad Sarbaini pada jam 5.15 petang keesokannya (5 April) di sebuah restoran dan bertanyakan kepada Allahyarham, mengapa namanya diberikan kepada SPRM.

"Allahyarham berkata kepada saya ketika itu, dia buntu...dia hanya ingat nama Zainal...Schenker...Schenker...Zainal...saya rasa mungkin Allahyarham tertekan," katanya.

Ketika disoal oleh Azlina sama ada beliau nampak sesuatu yang luar biasa pada Allahyarham ketika mereka bertemu, Wan Zainalabidin berkata pada hari itu mereka makan mi goreng di sebuah restoran tetapi baru sesuap dua mereka makan, Allahyarham berkata dia tak ada selera kerana mi itu masin.

"Ketika itu Allahyarham tenung saya agak lama dan tidak pernah dia tenung saya macam itu," katanya.

Wan Zainalabidin berkata beliau menghubungi Ahmad Sarbaini pada jam 9.55 malam 5 April untuk bertanyakan keadaannya dan itulah perbualan terakhir beliau dengan Allahyarham.

Katanya, dalam perbualan itu, Allahyarham dengan nada yang agak sedih berkata: "Saya tak sangka dapat kawan macam awak. Awak beri semangat kepada saya untuk hidup".

Wan Zainalabidin berkata beliau mendapat tahu berita mengenai kematian Ahmad Sarbaini ketika beliau sampai di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan untuk memberi keterangan pada 6 April.

Terdahulu, Penolong Penguasa SPRM, Henrita Serai dalam keterangannya berkata beliau terkejut dan hampir pitam apabila melihat mayat Ahmad Sarbaini berada di tingkat satu bangunan itu.

"Saya masuk ke bilik pantri di aras tiga dan hairan apabila lihat tingkap di bilik itu yang berdekatan dengan sinki terbuka dengan luas...saya terasa nak jenguk ke bawah kerana kebiasaannya tingkap itu tidak dibuka begitu luas dan saya rasa ada sesuatu yang berlaku di situ.

"Apabila saya jenguk di tingkap itu, saya nampak satu badan manusia berlumuran darah,"katanya ketika disoal peguam Awtar Singh, yang mewakili keluarga Allahyarham.

Henrita, 24, saksi ke-10 inkues itu, berkata beliau tidak menyangka Ahmad Sarbaini yang beliau kenal dan pernah bercakap, mati dalam keadaan sedemikian dan memaklumkan kejadian itu kepada pegawai penyiasat kes, Abdul Ghani Ali dan Penolong Penguasa Kamal Awang Besar.

Ketika ditanya peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM bagaimanakah reaksi Abdul Ghani dan Kamal apabila diberitahu mengenai kematian Ahmad Sarbaini, Henrita berkata : "Mereka terkejut dengan kejadian itu kerana kedua-dua mereka juga mencari Ahmad Sarbaini yang tiba-tiba tiada di tingkat tiga bangunan itu".

Ahmad Sarbaini, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani disambung Isnin ini.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/169339

Friday, July 8, 2011

Saksi: 'Sarbaini mengaku terima rasuah'

Saksi: 'Sarbaini mengaku terima rasuah'
Hazlan Zakaria
Jul 7, 11
7:15pm


Ketua unit siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur memberitahu inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamad bahawa Allahyarham mengaku menerima rasuah dari dua syarikat penghantaran.

Katanya, Sarbaini mengaku menerima dari RM30 hingga RM200 sebulan dari Ah Seng dari Mark Top dan Shipping Sdn Bhd.

NONEPenolong pesuruhjaya Mohd Fauzi Husin (kiri) - saksi ketujuh dalam inkues tersebut - berkata Sarbani juga mengakui menerima RM50 hingga RM100 sebulan dari kakitangan Schenker Logistics, Wan Zainal.

Menjawab soalan DPP Abbazafree Abdul Abbas, beliau menjelaskan bahawa pengakuan itu dibuat secara sukarela apabila Sarbaini dipanggil semula untuk menjelaskan mengenai kenyataan berhematnya selepas dia ditangkap pada 1 April sebagai suspek dalam satu kes rasuah.

Sarbaini adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.

Dia ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat pertama bangunan SPRM yang terletak di Jalan Cochrane pada 6 April, sejurus selepas diiringi ke bilik saksi.

Inkues di hadapan koroner Aizatul Akmal Maharani, yang masuk hari keempat, bertujuan untuk menyiasat kematian, Sarbaini, yang dipercayai akibat jatuh dari tingkap pantri di tingkat tiga.

Mohd Fauzi memberitahu inkues tersebut bagaimana Sarbani datang ke pejabat SPRM pada 6 April untuk mengubah kenyataannya dan menarik balik pengakuan awalnya.

Beliau bagaimanapun menafikan kerana itu beliau atau pegawainya berniat tidak baik terhadap si mati, kerana menurutnya, ia merupakan perkara biasa dalam tugas mereka ketika berdepan dengan tingkahlaku suspek yang tidak diduga.

Mohd Fauzi juga memberitahu inkues itu, dalam soal siasat ke atas suspek, pegawai SPRM dilatih menggunakan teknik psikologi, menggunakan "sentimen dan emosi" untuk mendapatkan kenyataan dan pengakuan.

Kakitangan bawahannya, kata Mohd Fauzi, telah diarahkan untuk menjaga maruah orang disoal siasat dan diarah supaya tidak
menggunakan kaedah intimidasi.

Namun, Mohd Fauzi tidak menafikan kemungkinan sesetengah pegawai mungkin menggunakan cara yang kurang mesra untuk mendapatkan
maklumat ketika berada di bawah tekanan, kurang tidur dan jadual operasi yang sibuk, seperti Ops 3B di seluruh negara. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mohd Fauzi memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa Sarbaini mengaku menerima rasuah daripada dua ejen penghantaran ketika rakaman percakapan kedua dilakukan.

Mohd Fauzi Husin, 46, yang juga saksi ke-8 prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini berkata pengakuan itu dibuat ketika Penolong Penguasa SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad, merakam percakapan itu pada 4 April, dua hari sebelum kematian Allahyarham.

"Dalam rakaman tersebut, Allahyarham, yang juga penolong pengarah Kastam Selangor telah mengaku menerima wang rasuah daripada Ah Seng dari Syarikat Top Mark Shipping antara RM30 hingga RM200 sebulan dan daripada Zainal dari Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd antara RM50 hingga RM100 sebulan," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Mohd Fauzi, bagaimanapun berkata beliau dimaklumkan oleh Sheikh Niza bahawa Allahyarham kemudian datang semula ke pejabat itu pada 6 April untuk menukar pengakuannya.

"Pada pukul 8.40 pagi, ketika saya mengendalikan mesyuarat di tingkat tiga, bangunan itu, saya didatangi Sheikh Niza yang memaklumkan bahawa Allahyarham telah datang ke pejabat itu untuk menemuinya dan memberitahu beliau ingin menukar percakapan yang dibuat sebelumnya," katanya.

Ketika disoal Mohamad Abazafree mengapa Allahyarham ingin berjumpa dengan Sheikh Niza sedangkan pegawai penyiasat kes adalah Abdul Ghani Ali, Mohamad Fauzi berkata: "Sheikh Niza memaklumkan kepada saya mungkin kerana beliau yang merakam percakapan Allahyarham pada 4 April, jadi dia (Ahmad Sarbaini) ingin berjumpa dengannya".

"Sheikh Niza memaklumkan kepada saya, Sarbaini datang untuk bertemu dengannya sedangkan tiada sebarang temu janji dibuat untuk mereka bertemu.

"Allahyarham memberitahu kepada Sheikh Niza, beliau ingin menukar percakapan daripada mengaku terima wang kepada tidak mengaku terima wang daripada dua ejen berkenaan," katanya.

Mohamad Fauzi berkata beliau terkejut kerana sebelum itu, Allahyarham mengaku menerima wang tetapi selepas selang sehari dia berubah fikiran dan beliau terus mengarahkan pegawai penyiasat, Abdul Ghani Ali bertanyakan kepada Sarbaini kenapa beliau berbuat demikian.

"Mungkinkah Allahyarham kena ugut atau dipujuk rayu sehinggakan beliau tiba-tiba nak ubah percakapan dan saya takut nanti dia (Ahmad Sarbaini) akan berpakat dengan dua wakil syarikat berkenaan kerana pihak kami (SPRM) tidak pernah memanggil kedua-dua wakil dari syarikat TopMark dan Schenker itu untuk memberi keterangan.

"Kami juga belum membuat apa-apa tindakan kerana kedua-dua nama itu tiada dalam senarai SPRM tetapi muncul dalam keterangan Allahyarham sendiri," katanya.

Mohd Fauzi berkata beliau kemudiannya mengarahkan Abdul Ghani dan tiga pegawai SPRM mengesan dua wakil dari syarikat itu untuk meneruskan siasatan dan selepas itu kira-kira pukul 9.40 pagi, Abdul Ghani memaklumkan kepadanya seorang daripada ejen berkenaan iaitu Zainal daripada syarikat Schenker dapat dihubungi dan akan tiba ke pejabat SPRM itu dalam masa dua jam.

Katanya Allahyarham perlu menunggu sehingga Zainal tiba ke pejabat itu kerana sekiranya Allahyarham dilepaskan pulang, kemungkinan mereka akan berjumpa di pertengahan jalan dan kemudiannya akan berpakat dan ini akan menyulitkan siasatan.

Mohd Fauzi berkata Allahyarham yang berada di sofa tingkat tiga bangunan itu dibawa oleh Penolong Penguasa Kamal Awang Besar ke bilik saksi untuk memastikan Ahmad Sarbaini tidak ditinggalkan bersendirian.

"Saya nampak Kamal membawa Allahyarham masuk ke bilik saksi dan lebih kurang 10 minit, seorang pegawai wanita mengetuk pintu dengan kuat dan dia memberitahu saya dia nampak Allahyarham jatuh ke tingkat satu masa masuk ke dalam bilik pantri dan apabila saya jenguk dari tingkap berkenaan saya nampak Allahyarham mati tertiarap dengan darah berlumuran di kepala.

Terdahulu, Mohd Fauzi memberitahu prosiding, pada 28 Mac 2011, beliau diarahkan untuk mengetuai satu operasi yang dikenali sebagai "Ops 3B" yang melibatkan unit siasatan SPRM, Wilayah Persekutuan dan SRPM, Putrajaya.

Katanya, operasi itu dijalankan bagi mengesan suspek iaitu pegawai-pegawai Kastam yang disyaki menerima rasuah daripada ejen penghantaran di sekitar pelabuhan terutama Pelabuhan Klang dan hasil semakan dan siasatan serta temubual ejen berkenaan (ejen penghantaran), telah mengenal pasti lima suspek termasuk Ahmad Sarbaini.

"Pada 1 April lepas, beberapa pegawai SPRM yang membuat pembongkaran di pejabat dan di rumah Sarbaini telah menyita sejumlah dokumen dan buku akaun milik Allahyarham dan keluarga dan juga Allahyarham dibawa ke pejabat SPRM untuk siasatan lanjut," katanya.

Saksi itu berkata Sarbaini kemudiannya dibawa ke lokap di Bukit Jalil dan keesokannya iaitu pada 2 April, beliau dibawa ke pejabat SPRM semula untuk dirakam percakapan.

"Hasil rakaman percakapan yang dibuat oleh Penolong Penguasa Mohd Rosli Mohd Saupi pada 2 April, Allahyarham mengaku tidak menerima duit daripada ejen penghantaran dan mengaku ada tiga buah rumah dan selepas itu Sarbaini dibebaskan dengan jaminan SPRM dan pada 4 April, Allahyarham dipanggil untuk dirakam percakapan oleh Sheikh Niza berhubung pemilikan harta dan pada ketika itu Allahyarham mengaku menerima rasuah," katanya.

Sementara itu, Kamal, 31, yang juga saksi ke-9 inkues itu memberitahu prosiding, beliau membawa Allahyarham ke bilik saksi dan pada ketika itu Allahyarham dilihat membawa fail berwarna hijau.

"Keadaannya nampak seperti biasa dan tidak mencurigakan dan saya kemudiannya terfikir siapa yang akan menjaga Allahyarham sekiranya saya keluar untuk operasi, selepas itu saya meminta Allahyarham menunggu sekejap di bilik berkenaan kerana saya ingin berjumpa dengan Abdul Ghani.

"Sebaik kembali ke bilik itu, saya dapati Allahyarham tiada dan saya mencarinya di semua bilik yang terdapat di tingkat tiga itu termasuk tandas tetapi tidak menjumpainya, saya memberitahu Abdul Ghani dan Penolong Penguasa Henrita Serai Anak Andrew Lenggie dan kami bersama-sama mencarinya," katanya.

Kamal berkata semasa mereka lalu di hadapan pantri di tingkat berkenaan, Henrita masuk ke dalam pantri itu dalam dalam dua saat beliau keluar.

"Pok, sudah di bawah", dua kali Henrita mengulangi perkataan itu dan apabila saya jenguk ke tingkap, nampak sekujur tubuh di bawah dan saya cam itu adalah Ahmad Sarbaini berdasarkan baju putih dan seluar hitam yang dipakainya," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Prosiding bersambung esok.


http://malaysiakini.com/news/169258

Wednesday, July 6, 2011

Rakaman CCTV di SPRM KL 'diganggu'

Rakaman CCTV di SPRM KL 'diganggu'
Hazlan Zakaria
Jul 6, 11
1:24pm

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperolehi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah diganggu, kata seorang pakar audio-visual dari makmal polis Cheras hari ini.

ASP Fauziah Che Mat memberi keterangan pada hari ketiga inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamad, yang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan tersebut pada 6 April.

Menjawab soalan DPP Amalina Ismail, ASP Fauziah berkata, pada pendapatnya, rakaman telah diganggu oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem CCTV.

Bagaimanapun, saksi berikutnya, pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohd Yusof Akope, berkata gangguan dalam rakaman tersebut adalah kerana "kesilapan manusia" dalam sistem keselamatan yang baru dipasang itu.


http://malaysiakini.com/news/169071

Koroner lawat lokasi kematian Ahmad Sarbani

Koroner lawat lokasi kematian Ahmad Sarbani
Jul 5, 11 4:55pm

Koroner Aizatul Akmal Maharani yang mendengar inkues kematian Ahmad Sarbani Mohamed hari ini melawat lokasi kejadian di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di jalan Cochrane di Kuala Lumpur di mana mayat Penolong Pengarah Kastam Selangor itu ditemui.

NONEAizatul Akmal tiba di lokasi pada 10 pagi diiringi Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abas dan Hanim Mohd Rashid serta peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.

Turut hadir isteri Ahmad Sarbani, Masiah Manap dan beberapa anggota keluarganya serta peguam mereka Awtar Singh.

Dalam lawatan selama satu setengah jam itu, Koroner Aizatul Akmal bersama pihak yang terlibat dibawa ke tingkat tiga di bangunan itu, di mana terletak bilik pantri, sebelum dibawa ke gelanggang badminton di tingkat satu di mana mayat Ahmad Sarbani ditemui. DSP Sharul Othman dari Makmal Forensik Bukit Aman telah memberi penerangan.

Media tidak dibenarkan menyertai sesi lawatan itu dan hanya menunggu di lobi.

NONEMuhammed Shafee (kiri) ketika ditemui pemberita berkata bahawa ketika melawat bilik pantri, Sharul dan Awtar menunjukkan demonstrasi bagaimana seseorang itu cuba melangkah keluar dari tingkap di bilik berkenaan.

"Adalah susah untuk seseorang itu melangkah keluar daripada tingkap namun tidak mustahil ia boleh dilakukan," katanya.

Muhammad Shafee menjelaskan setelah tingkap di pantri itu dibuka, mereka bersetuju bahawa bumbung yang terletak berhampiran dengan tingkap berkenaan nampak agak dekat.

"Ia kelihatan kita boleh melompat ke bumbung berdekatan tetapi ia hanyalah satu gambaran kerana jarak antara tingkap dan bumbung itu sangat jauh, yang berukuran kira-kira 10 kaki," jelasnya.

NONESemalam, Sharul (kanan), yang merupakan saksi kedua dalam inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani memberitahu prosiding beliau berpendapat Ahmad Sarbani terjatuh dari tingkap di bilik pantri itu ketika cuba keluar dari pejabat berkenaan melalui tingkap itu.

Ketika ditanya pemberita mengenai kamera litar tertutup yang terdapat di bangunan SPRM itu, Shafee berkata memang terdapat CCTV di beberapa kawasan dalam bangunan itu, namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana belum mendapat kepastian sama ada CCTV itu berfungsi atau tidak semasa kejadian berlaku.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton itu pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Prosiding inkues disambung 9 pagi esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168988

Ahmad 'cuba keluar bangunan melalui tingkap'

Jul 4, 11 8:26pm

DSP Sharul Othman Mansor yang bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa beliau berpendapat penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed terjatuh dari tingkap di Bilik Pantri di Aras 3, bangunan SPRM itu ketika dia ingin keluar dari pejabat berkenaan melalui tingkap itu.

NONE"Saya percaya si mati (Ahmad Sarbani) cuba melompat ke bumbung
di bangunan SPRM yang berhampiran dengan tingkap tersebut tetapi tidak sampai dan terjatuh di gelanggang badminton di aras satu bangunan itu," katanya ketika disoal timbalan pendakwa raya Hanim Mohd Rashid dalam inkues kematian Ahmad Sarbani.

DSP Sharul Othman berkata apabila seseorang berada di bilik pantri itu, dia boleh nampak bumbung berkenaan dekat dengan tingkap di Aras Tiga, namun apabila dibuat ukuran, jaraknya agak jauh iaitu sembilan kaki 11 inci.

NONEAhmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan
Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168902

Isteri Ahmad Sarbani yakin suami tak bunuh diri

Jul 4, 11 8:12pm

Isteri kepada penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed hari ini memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lepas.

NONEMasiah @ Maziah Manap, 50, yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata
suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu.

"Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata pada hari kejadian suaminya ada memaklumkan kepada anak perempuan mereka bahawa dia akan pulang ke rumah tengah hari itu.

"Suami tidak cakap apa-apa pada saya tetapi arwah memaklumkan perkara itu kepada Shahirah (anak) sebelum beliau pergi ke pejabat SPRM dan ini yang meyakinkan saya bahawa dia nak balik," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohamad Abbas.

Masiah, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Sarbani hampir 28 tahun, berkata pada 1 April lepas, dia menerima panggilan daripada anaknya, Shahira yang memaklumkan arwah ingin bercakap dengannya tetapi panggilan berkenaan terputus.

"Apabila saya pulang ke rumah pada 9 malam, anak saya memberitahu abah (panggilan untuk Ahmad Sarbani) tidur di SPRM dan saya kemudian cuba menghubungi beliau tetapi gagal.

NONE"Pada keesokannya (2 April), saya cuba menghubunginya sekali lagi
namun tiada jawapan dan lebih kurang 10 pagi saya ada menghantar SMS kepadanya menyatakan: Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan bantu... kalau boleh, balik la, hari Ahad ni (3 April) kita ada kursus haji," katanya.

Masiah, yang bekerja sebagai penyelia di Petronas, berkata arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia telah dianiayai oleh ejen.

"Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah yang berlaku sekarang ini hinggakan SPRM menahannya dan dia (Ahmad Sarbani) berkata ejen menganiayainya berkenaan baucar bernilai RM100.

"Menurut suami saya, ejen itu mengaku bahawa RM70 daripada RM100 baucer itu dia ambil manakala RM30 diberikan kepada suami saya... namun suami memaklumkan kepada saya dia tidak ambil RM30 dan tidak tandatangani baucer tersebut," katanya.


Selain itu, Masiah berkata pegawai SPRM menghubunginya dan memberitahu bahawa suaminya rebah dan telah meninggal dunia tanpa dimaklumkan bahawa Ahmad Sarbani sebenarnya telah jatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

"Apabila saya pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bersama empat anak perempuan untuk membuat pengecaman mayat suami, saya nampak muka arwah seperti dihempuk ke dinding dan mukanya penuh dengan ketulan darah beku.

NONE"Mereka (pegawai SPRM) memberitahu saya bahawa dia (Ahmad Sarbani) rebah, tetapi saya tengok mukanya kelihatan mencurigakan," katanya.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168900

Sunday, April 3, 2011

Duit kerajaan RM108b lesap


GAMBAR barangan rampasan seperti rokok kretek dan mercun yang ditemui dalam rumah salah seorang suspek di Pahang baru-baru ini.


PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.

Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.

“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.

“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Thursday, January 13, 2011

KDN setuju pemutihan TKI tetapi kenapa 'Pangkal Rezki'

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bersetuju untuk melakukan program pemutihan pendatang tanpa izin (Pati) mulai pertengahan Januari 2011 ini.

"Pemerintah Malaysia sudah buka pemutihan, tapi hanya melalui perusahaan Pangkal Rezki dengan biaya 600 ringgit," kata Atase Ketenagakerjaan Kedutaan Besar Republik Indonesia untuk Malaysia, Agus Trianto AS sebagaimana yang dialaporkan oleh laman Antara di Kuala Lumpur, Selasa 11 Januari 2011.

Pengumuman yang sememangnya dinantikan oleh Indonesia ini datang selepas satu badan yang menjaga kepentingan tenaga kerja Indonesia (TKI) menguruskan penafian seorang pembantu rumah Indonesia bahawa dia tidak pernah dirogol oleh majikannya di Malaysia.

Bagaimanapun, berita ini menimbulkan tandatanya kepada pejuang hak pekerja Indonesia di Malaysia kerana disyaratkan ianya boleh dilakukan melalui satu syarikat sahaja iaitu Pangkal Rezki Sdn Bhd.

Dalam facebooknya, Alex Ong, koordinator negara Malaysia untuk Migrant Care, sebuah NGO Indonesia yang memperjuangkan kepentingan TKI menimbulkan persoalan ini.

"Musim pemutihan TKI tanpa izin; biaya RM600, sekali lagi Pangkal Razki Sdn Bhd diberi hak monopoli untuk memeras RM200 per TKI dari TKI tanpa izin! Bayaran resmi ialah RM400 kepada Jabatan Imigresen Malaysia," tulis Alex dalam facebooknya.

Beliau juga mempertikaikan peranan Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) dalam kes ini kerana badan inilah yang menguruskan penafian pembantu rumah Indonesia yang didakwa diperkosa oleh majikannya di Malaysia itu.

"Apa peranan BNP2TKI dalam perlindungan eksploitasi Pangkal Razki Sdn. Bhd. Dari mengambil untung RM200 per TKI?" tulis Alex dalam facebooknya.

Harakahdaily dimaklumkan, daripada RM600 yang dicajkan kepada TKI yang mahu dikembalikan dengan baik ke Indonesia itu, RM200 untuk Pangkal Rezki, RM100 untuk pengurusan dan RM300 lagi untuk Imigresen.

Soalnya, kenapa proses pemutihan ini tidak diuruskan secara langsung kepada pihak Imigresen iaitu agensi kerajaan yang sah dalam pengurusan keluar masuk ke negara ini dan siapakah pemilik Pangkal Rezki Sdn Bhd yang mendapat hak monopoli menguruskan proses pemutihan ini.

Menurut media Indonesia, Tempo, beberapa bulan sebelumnya sudah ada maklumat KDN akan melakukan pemutihan ini, "namun pada saat itu informasinya masih simpang siur sehingga masyarakat terus menantikan kepastian tersebut."

"Dengan adanya informasi tersebut, tentu akan banyak direspon masyarakat Indonesia yang ingin memperoleh pemutihan tersebut," lapor Tempo.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30324:kdn-setuju-pemutihan-tki-tetapi-kenapa-pangkal-rezki&catid=1:utama&Itemid=50

Monday, December 20, 2010

Bekas timbalan ketua pengarah dipenjara 6 tahun

Bekas timbalan ketua pengarah dipenjara 6 tahun
Dis 20, 10 9:57am

Bekas Timbalan Pengarah 1 Jabatan Imigresen, Yusof Abu Bakar hari ini dijatuhi hukuman penjara sejumlah 56 tahun dan denda RM620,000 oleh Mahkamah Sesyen setelah didapati bersalah terhadap 14 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 bagi meluluskan lanjutan pas lawatan warganegara China, dua tahun lepas.

Hakim Abu Bakar Katar bagaimanapun memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan Yusof, 56, hanya perlu menjalankan hukuman penjara enam tahun bermula daripada tarikh beliau didapati bersalah pada Khamis lalu.

NONEHakim Abu Bakar turut membenarkan permohonan peguam Yusof, Mohammed Azmi Mohd Said untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi nanti.

Pada Khamis lepas, Abu Bakar mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu di akhir kes pembelaan dan menetapkan tarikh hari ini untuk menjatuhkan hukuman.

Yusof, 56, didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

Yusof didakwa melakukan kesemua kesalahan berkenaan di pejabat beliau bertugas di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dipenjara tidak kurang dari 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara paling rendah di antara dua tahun dan denda RM10,000, serta maksimum enam tahun dan denda RM92,000 bagi setiap pertuduhan.

azlanTerdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sophian Zakaria daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantah permohonan untuk penangguhan hukuman memandangkan pihak pembelaan telah gagal menunjukkan sebarang keadaan istimewa untuk di dalam membuat permohonan lisan berkenaan.

Peguam Mohammed Azmi bagaimanapun berkata mahkamah mempunyai kuasa dalam membenarkan permohonan itu.

Hakim Abu Bakar membenarkan permohonan itu dan memerintahkan satu notis rayuan dikemukakan seawal esok pagi dan sekiranya gagal, mahkamah akan menarik balik pelaksanaan hukuman tersebut.

Pada Khamis lalu, mahkamah diberitahu bahawa Yusof telah berkhidmat sebagai penjawat awam lebih 30 tahun dan akan menamatkan perkhidmatan dalam dua tahun lagi dan selepas dituduh pada 30 Ogos 2008, anak tertuduh meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Pada 15 Okt lalu, Mahkamah Sesyen yang lain telah melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don atas tuduhan menerima rasuah melibatkan wang berjumlah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.

Wahid, 57, didakwa menerima rasuah itu daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, pada 10 Julai 2008 sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki negara ini.

Rayuan kes oleh SPRM masih berjalan di Mahkamah Tinggi di sini.

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/151227

Thursday, November 11, 2010

Lebih 90,000 pelarian di Malaysia

Nov 11, 10 1:51pm

Seramai 90,301 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNCHR) sehingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk A Kohilan Pillay berkata Malaysia bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi UNCHR dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dalam penghantaran pulang orang pelarian ke negara asal atau penempatan semula ke negara-negara ketiga yang mahu menerima mereka.

Beliau berkata setakat ini seramai 49,082 orang pelarian telah dihantar ke negara ketiga dengan UNCHR sebanyak 68 peratus dan IOM sebanyak 32 peratus, katanya menjawab pertanyaan Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hamim dalam pertanyaannya ingin tahu jumlah pelarian luar negara yang masih berada di negara dan penyelesaian untuk jangka masa pendek dan panjang serta bentuk kerjasama yang diberikan oleh negara-negara seperti Kemboja, Vietnam, Thailand dan sebagainya.

Kohilan berkata isu-isu berkaitan orang pelarian belum pernah dibangkitkan oleh negara-negara sumber seperti Kemboja, Vietnam, Filipina dan Thailand semasa perbincangan dua hala dengan Malaysia.

"Bagaimanapun, pihak kedutaan negara-negara tersebut lazimnya akan membantu dalam proses dokumentasi orang pelarian untuk penempatan semula ke negara ketiga," katanya.

Menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai dakwaan Malaysia menggalakkan eksploitasi terhadap orang pelarian itu, Kohilan berkata UNCHR dan IOM merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap orang pelarian yang berdaftar dengan mereka dalam memberikan perlindungan, makanan dan sebagainya.

Bagaimanapun, katanya Malaysia juga ada memberi bantuan daripada segi bantuan kesihatan seperti pekerja asing di negara ini dan menyediakan program pembelajaran kepada mereka.

Beliau berkata oleh kerana tiada undang-undang khas bagi orang pelarian di negara ini, isu pelarian adalah tertakluk di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) di mana semua orang pelarian dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...