Showing posts with label Tornado - Cyclone and Typhoon. Show all posts
Showing posts with label Tornado - Cyclone and Typhoon. Show all posts

Thursday, August 13, 2009

1,000 mangsa taufan Morakot masih hidup





SEKUMPULAN wartawan membuat liputan di sebuah kampung yang lenyap akibat taufan Morakot di Hsiaolin, Taiwan semalam.CISHAN - Pasukan penyelamat Taiwan menemui hampir 1,000 penduduk yang masih hidup di tiga buah perkampungan terpencil yang musnah akibat taufan Morakot, kata jurucakap tentera semalam.

Jurucakap operasi penyelamat, Mejar Jeneral Hu Jui-chou berkata, kebanyakan mangsa yang selamat dijumpai kelmarin manakala sejumlah mangsa ditemui di Shiao Lin semalam.

Menurut Jui-chou, 500 mangsa dijumpai di Min Tzu, 200 di Chin He dan 270 di Shiao Lin.

Sejumlah helikopter tentera digunakan untuk mengangkut mangsa ke kawasan selamat di Cishan iaitu sebuah bandar di selatan Kaohsiung yang dijadikan markas operasi penyelamat.

Namun hujan lebat pada lewat petang semalam membataskan jumlah penerbangan berbanding lebih 100 penerbangan kelmarin.

Taufan Morakot yang melanda Taiwan pada Ahad lalu turut melanda Filipina dan China.

Sekurang-kurangnya 93 penduduk Taiwan maut dalam taufan itu yang menyebabkan hujan lebat melanda pulau tersebut.

Pihak berkuasa memindahkan 1.5 juta penduduk dan menganggarkan 10,000 buah rumah musnah sama sekali. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Tuesday, August 11, 2009

Hotel runtuh akibat taufan Morakot


GAMBAR menunjukkan sebuah hotel tumbang.


CHIHPEN - Sebuah hotel enam tingkat tumbang ke dalam sebatang sungai akibat hakisan banjir semasa Taufan Morakot melanda Taiwan kelmarin.

Beberapa pegawai berkata, seramai 300 orang penghuni hotel yang terletak dalam wilayah Taitung itu selamat selepas mereka berjaya dipindahkan sebelum ia runtuh.


HOTEL enam tingkat tumbang ke dalam sungai


Taufan Morakot melanda kawasan pantai timur China kelmarin selepas hampir satu juta penduduk sekitarnya dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Ia membawa hujan lebat dan banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun di Taiwan yang menyebabkan ramai orang hilang. - AP


PERCIKAN besar air selepas hotel
tumbang.

600 dikhuatiri maut kerana Taufan Morakot


BEBERAPA penduduk cuba menangkap ikan di sebatang kawasan berair yang berlaku akibat Taufan Morakot di daerah Kaohsiung, selatan Taiwan semalam.


TAIPEI - Seramai 400 penduduk Taiwan terputus hubungan akibat tanah runtuh yang terjadi selepas pulau bergunung-ganang tersebut dilanda Taufan Morakot, kata seorang pegawai polis semalam.

Sebuah akhbar semalam turut melaporkan seramai 600 orang dikhuatiri mati tertimbus akibat Morakot yang membawa hujan lebat.

Morakot yang kini bergerak ke China turut menyebabkan hampir sejuta penduduk di tanah besar terpaksa dipindahkan setelah ia melanda Filipina.

Seorang pegawai polis Taiwan yang mahu dikenali sebagai Wang berkata, seramai 100 orang dari perkampungan Shiao Lin diselamatkan dengan menggunakan sebuah helikopter tentera.

Seorang mangsa yang berjaya diselamatkan, Lin Chien-chung berkata, dia percaya seramai 600 orang mati ditimbus lumpur.

"Runtuhan tanah itu menyebabkan sebahagian besar kampung termasuk sebuah sekolah rendah dan rumah tertimbus," katanya.

Kampung berkenaan masih terputus hubungan akibat kejadian itu semalam selepas banjir memusnahkan sebuah jambatan.

Angka rasmi kematian akibat Taufan Morakot sehingga kini disahkan seramai 14 orang manakala 51 lagi hilang, tidak termasuk penduduk di Shiao Lin. - AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...