PULAU PINANG,  5 Ogos: Pemangku Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau  Pinang, Dato' Izham Merican mengecam kenyataan Ketua Wanita MCA, Tan Cheng Liang  yang sengaja menimbulkan isu perkuaman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan  Eng (gambar) kononnya anti Cina apabila memberikan peluang  kepada kontraktor Melayu berbanding kaum lain menerusi sistem terbuka.
Jelasnya, sepertimana yang dinyatakan oleh Lim sendiri bahawa semua peluang  yang diperolehi oleh kontraktor bumiputra berdasarkan kemampuan mereka sendiri  bukan kabel politik sebagaimana yang menjadi amalan dulu.
Baginya, MCA  begitu jahil tidak mengerti istilah tender terbuka yang membenarkan semua kaum  dan bangsa bersaing untuk semua projek kerajaan negeri termasuk projek yang  melebihi RM200 ribu dengan memilih harga yang paling baik dan  berkualiti.
"Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang menolak  sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur sentimen perkauman.  MCA sanggup  menghina kontraktor melayu dengan perpepsi negetif sebegini.  MCA seolah  memandang rendah keupayaan kontraktor Melayu sedangkan ia tertakluk kepada  kemampuan kontraktor itu sendiri.  Nak buat macamana kontraktor Melayu lebih  terserlah dalam hal ini, " terangnya.
Walaupun ahli Persatuan Kontraktor  Melayu Pulau Pinang banyak ahli Umno namun Lim sebagai Ketua Menteri nyata  berjaya menampilkan dirinya profesional dengan mengenepikan fahaman politik  dalam soal projek berbanding dulu mesti mendapat kebenaran Ketua Bahagian  parti.
Menurut Datuk Izham lagi, dasar yang menjadi amalan Kerajaan  Negeri Pulau Pinang menyenangkan kerjasama antara ahli persatuan dengan Ketua  Menteri yang bijak membezakan yang mana politik dan perniagaan.
"Kita  sanjung pendekatan Ketua Menteri kerana membantu kontraktor bumiputra.  Kejayaan  itu bukan kerana rasuah sebaliknya kemampuan yang ada pada kontraktor itu  berbanding kontraktor lain, " terang beliau.
Kaum lain kata beliau, tidak  perlu bimbang kerana kebanyakan pembekal bukan bumiputra begitu juga pekerja  mereka.  Bila setiap tawaran diperolehi oleh kontraktor bumiputera maka kaum  lain juga memperolehi keuntungan. 
Setahu kami tambahnya, Lim merupakan  tokoh pentadbiran yang baik maka beliau tidak akan sekali-kali mengenepikan kaum  lain dalam semua aspek pembangunan apatah lagi perbinaan walaupun dicemuh oleh  segolongan yang sengaja buat tidak faham dasar Kerajaan Negeri.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4744-kontraktor-melayu-sanjung-pendekatan-pulau-pinang
 
 
 A series of scandals and mishandlings have resulted in yet  another movement within UMNO seeking to oust its current president, in the same  way Abdullah Badawi was forced to resign following BN’s poor performance in the  2008 elections.At the centre of this latest rebellion, said to be spearheaded by  several senior party warlords, is the deep disenchantment with not only prime  minister Najib Razak but also his wife Rosmah Mansor, described BN’s greatest  liability in the coming general elections.
A series of scandals and mishandlings have resulted in yet  another movement within UMNO seeking to oust its current president, in the same  way Abdullah Badawi was forced to resign following BN’s poor performance in the  2008 elections.At the centre of this latest rebellion, said to be spearheaded by  several senior party warlords, is the deep disenchantment with not only prime  minister Najib Razak but also his wife Rosmah Mansor, described BN’s greatest  liability in the coming general elections. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga  Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional  (BN) pada pilihan raya umum akan datang.Ketua Pembangkang itu berkata demikian  dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial  The Phillipine Star,  dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga  Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional  (BN) pada pilihan raya umum akan datang.Ketua Pembangkang itu berkata demikian  dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial  The Phillipine Star,  dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.