Showing posts with label Felda Plantation. Show all posts
Showing posts with label Felda Plantation. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

'Peneroka dapat hutang, bukan pendapatan'

Salhan K Ahmad
Ogos 15, 11
2:58pm

Setiausaha biro Felda PKR, Rebin Birham menyanggah dakwaan perdana menteri bahawa bahawa peneroka Felda mampu mencapai pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

Golongan peneroka tersebut, khususnya yang terlibat dalam program tanaman semula bukannya menerima pendapatan tetapi hutang, kata Rebin.


palm oil palm kelapa sawit 201107Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Utusan Malaysia hari ini juga dipetik sebagai berkata, setiap golongan peneroka ini bukan sahaja mampu memiliki harta seperti rumah banglo malah beberapa buah kereta.

Mengulas kenyataan itu, Rebin berkata keadaan sebenar perlu dilihat dalam masalah yang berlaku di tanah rancangan yang terlibat dengan proses tanam semula.

"Ini kenyataan yang sangat bercanggah. Apa yang nyata peneroka bukan ada pendapatan tapi dibebani hutang," kata Rebin yang menjelaskan bahawa peneroka berkenaan menanggung hutang tersebbut melalui bayaran "sara hidup" yang diterima daripada Felda setiap bulan.

Penyelidik di Sekretariat Task Force Selangor itu juga berkata, peneroka berkenaan akan menerima bayaran tersebut sehinggalah tanaman mereka membuahkan hasil.

Bayaran yang semakin meningkat itu, bermula dengan bayaran RM1,000 sebulan sebagai permulaan untuk tahun pertama, akan terkumpul dan membebankan peneroka apabila proses tanaman semula mengalami kelewatan, kata Rebin lagi.

Jelasnya, bayaran tersebut mula dibuat kepada peneroka sejak tanaman getah atau kelapa sawit ditebang untuk program tanaman semula.

palm oil plantation 111005Ini menyebabkan peneroka terpaksa bergantung kepada pinjaman berkenaan dan ada di antara golongan itu yang didakwa menanggung hutang sehingga RM92,000 – hanya dalam tempoh lapan tahun.

"Jadi macam mana (Najib) boleh kata pendapatan peneroka meningkat? Peneroka yang sebenarnya ada pendapatan sekitar RM3,000 sebulan adalah yang tanam semula secara persendirian.

"Peneroka inilah yang sering dikatakan tak kenang budi, yang keluar dari rancangan Felda dan kemudiannya dianaktirikan.

"Kumpulan inilah yang berjaya tapi PM kata peneroka ada pendapatan, ini tak betul," kata Rebin lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Golongan peneroka yang mengambil tindakan untuk menjalankan tanam semula secara persendirian itu bagaimanapun didakwa terus menerima ugutan daripada pengurus Felda dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan masing-masing.

Rebin berkata, keadaan itu menyebabkan bilangan peneroka 'persendirian' itu semakin berkurangan seperti yang dikesan di Felda Palong 9, Negeri Sembilan.

"Di Palong 9 (Negeri Sembilan) ada program tanam semula melibatkan seramai 250 orang peneroka. Yang tanam sendiri ada 15 orang. Pada permulaannya ada 80 orang, tapi setelah diugut, akhirnya bilangan mereka berkurangan.

"Ugutannya, tidak dapat bantuan sekolah, bantuan hari raya dan insentif tertentu yang ditawarkan Felda. Mereka ini kononnya boleh disingkir jadi bila dengar disingkir, dia takut.

NONE"Mereka juga dimomokkan bahawa tidak dapat sara hidup, walhal sara hidup itu sebenarnya hutang," katanya lagi.

Tekanan seperti itu memaksa peneroka mengambil tindakan mahkamah ke atas Felda – sebanyak lapan kes setakat ini termasuk dari kumpulan peneroka di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan – yang kebanyakannya dilihat memihak kepada peneroka.

Terbaru ialah kes saman RM344 juta yang dikemukakan oleh 711 peneroka dari tanah rancangan Jengka, berhubung dakwaan penipuan dan pecah amanah melibatkan kadar perahan minyak sawit.


http://malaysiakini.com/news/173063

Thursday, July 21, 2011

Agih tanah Felda Plantation agenda Buku Jingga

Johari Jaafar

IPOH, 21 Julai: Dalam merealisasikan agenda Buku Jingga di mana dalam 100 hari Palatan Rakyat mentadbir negara ini apabila berjaya dalam piihan raya umum ke 13 nanti, satu daripada agenda itu merupakan menghapuskan Felda Plantiation yang keluasan tanahnya melebihi 340,000 hektar dan tanah tersebut akan diagihkan kepada rakyat yang layak menerimanya.

Oleh itu, PAS Negeri Perak memulakan langkah untuk mengadakan agihan borang Felda Plantation peringkat negeri pada 22 dan 23 Julai ini bertempat di Markaz PAS Kampung Gelok, Lenggong Perak, seentak dengan itu juga akan dilakuan Pelancaran Badan Bukan Kerajaan peringkat negerii.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein dalam sidang medianya di Pejabat PAS Negeri kelmarin. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Misbahul Munir Masduki, Razman Zakaria dan Ketua Penerangan PAS Neger, Ustaz Nuri Al Amin.

Menurut beliau, tanah tersebut akan diagihkan kepada empat golongan, genarasi kedua dan ketiga Felda, pekerja bawahan saperti buruh dan kerani Felda Plantatian, penduduk kampung tradisinal yang berada di kawasan Felda Plantatioan dan bekas perajurit.

Bekas perajuriyt perlu doiambil kira jasa mereka kepada negara dan ianya termaktub dalam Majlis Angkatan Tentera (MAT) di mana mereka layak mendapat 20 ekar tanah pertanian dan dua lot tapah rumah.

PAS Negeri Perak melihat hak pesara tentera ini selama ini telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat.

Jika dibandingkan antara bekas tentera negeri ini dengan negara lain ternyata nasib bekas tentera negara ini telah diabaikan, dakwa beliau.

Sementara itu Razman menjelaskan Felda Plantation adalah anak syarikat Felda Felda Holdings. Fungsi utamanya membangunkan tanah-tanah yang diserahkan Kerajaan Negeri kepada rakyat di bawah Akta Penempatan Berkelompok.

Namun begitu setelah Felda Holdings dikorporatkan sejak 1992, sehingga ke hari ini Felda tidak lagi mengambil peneroka atau rakyat menduduki tanah tersebut dan ia diuruskan syarikat Felda Plantation.

“Dari maklumat yang kami terima, lebih 320,000 hektar tanah berkenaan di seluruh negara adalah di bawah pengurusan Felda Plantation ini," ujarnya.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan, dalam masa 100 hari tanah berkenaan akan diserahkan semula kepada rakyat.

Oleh itu proses ini akan mulakan dari sekarang bagi memudahkan ianya dilakukan nanti, katanya.

"Sebanyak 5,000 borang berkenaan disediakan kepada pemohon nanti," ujarnya lagi.

Pemohon dikehendaki hadir sendiri mendapatkan borang berkenaan.

Sehubungan itu beliau berharap pemohon dapat tampil ke hadapan bagi mendapatkan hak mereka.

Menurut Razman lagi, pemberian tanah itu bertujuan mengiktiraf jasa serta pengorbanan anggota tentera yang selama ini seakan dinafikan kerajaan.

"Pada majlis itu nanti akan melancarkan satu NGO Baru iaitu Kelab Veteran Angkatan Tentera (Kerabat) supaya dapat memberi manfaat kepada bekas anggota tentera apabila Kerabat bakal bersaing dengan satu lagi persatuan bekas perajurit daripada pihak Kerajaan,” katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4476-agih-tanah-felda-plantation-agenda-buku-jingga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...