Showing posts with label Olimpik XXIX. Show all posts
Showing posts with label Olimpik XXIX. Show all posts

Monday, August 18, 2008

Azizulhasni mara ke suku akhir acara 200m pecut



AZIZULHASNI (kanan) bersaing dengan pelumba Australia, Bayley pada pusingan pertama acara 200m pecut semalam.


BEIJING - Pelumba negara, Mohd. Azizulhasni Awang berjaya melepasi saingan sengit untuk mara ke suku akhir acara lumba basikal 200 meter pecut Sukan Olimpik XXIX semalam.
Pada pusingan kelayakan di Velodrom Laoshan, pelumba berusia 20 tahun itu mencatatkan masa ketujuh terpantas daripada 18 pelumba dengan catatan 10.272 saat.
Bagaimanapun, Azizulhasni dijangka menghadapi saingan getir daripada pelumba lain di peringkat suku akhir hari ini kerana terpaksa bersaing dengan juara dunia yang juga pemenang emas acara keirin kelmarin, Chris Hoy dari Britain.
Kecuali Azizulhasni melakukan kejutan ke atas Hoy, dia akan bersaing untuk merebut kedudukan lima hingga kelapan.
Pada pusingan pertama, Azizulhasni ditewaskan oleh juara bertahan, Ryan Bayley dari Australia, tetapi pelumba dari Dungun, Terengganu itu kembali dengan mengatasi saingan pelumba Jepun, Tsubasa Kitasuru dan Lukasz Kwitkowaski dari Poland dengan catatan masa 10.959s di peringkat repechage.
Pada pusingan kedua, pelumba Britain, Kenny Jason menewaskan Azizulhasni sehingga memaksa pelumba Malaysia itu kembali ke peringkat repechage.
Walaupun terpaksa melalui empat pusingan, Azizulhasni tidak berputus asa dan berjaya menewaskan Stefan Nimke dari Jerman dan pelumba Itali, Roberto Chiappa untuk menang dengan catatan masa 11.010s.
Kelmarin Azizulhasni, juara acara pecut dan keirin Asia tersingkir dari pusingan kedua acara keirin selepas tersilap taktik. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/

Hanya pingat perak


CHONG WEI gagal melakar sejarah muncul pemain pertama negara raih emas Olimpik.





BEIJING - Lee Chong Wei gagal melakar sejarah muncul pemain pertama negara menyumbang pingat emas pada Sukan Olimpik.
Chong Wei yang menjadi taruhan terbaik meraih emas pada Sukan Olimpik XXIX sekadar mampu menyumbang pingat perak selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan pada perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki malam tadi.
Ternyata jaguh negara itu gagal menyerap tekanan yang dihadapinya apabila dia tewas mudah 12-21, 8-21 kepada Lin Dan yang juga pemain No. 1 dunia.
Chong Wei sendiri mengakui bahawa ini merupakan kekalahan paling mudah buat dirinya kepada Lin Dan dalam 15 pertemuan mereka sebelum ini.
"Saya agak tertekan tetapi itu bukan faktor utama. Saya tewas dan saya tidak mahu mencari sebarang alasan.
"Lin Dan bermain dengan cukup baik malam ini (malam tadi). Saya gagal menyaingi kepantasannya dan juga gagal membalas setiap pukulannya dengan baik," kata pemain berusia 26 tahun itu.
Di tanya sama ada dia akan tampil pada Olimpik 2012 di London, Chong Wei menjawab: " Buat masa sekarang, saya akan memberi tumpuan pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou."
Sementara itu, Lin Dan mengakui, dia tidak menyangka dapat meraih kemenangan mudah ke atas musuh tradisinya itu.
"Perlawanan ini adalah aksi terbaik sepanjang karier saya.
"Sebelum perlawanan ini, saya tidak tidur nyenyak. Tetapi sekarang saya boleh tidur dengan lena," kata Lin Dan.
Walaupun tewas Chong Wei masih boleh berbangga kerana menamatkan kemarau pingat negara selama 12 tahun dengan kali terakhir dimenangi oleh beregu lelaki Cheah Soon Kit/Yap Kim Hock (perak - Sukan Olimpik 1996 di Atlanta) dan pemain perseorangan, Rashid Sidek (gangsa).
Pada temasya 1992 di Barcelona, pasangan adik beradik, Razif serta Jailani Sidek meraih pingat gangsa.
Kejayaan merangkul pingat perak itu membolehkan Chong Wei mendapat insentif RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan baru-baru ini.

http://www.kosmo.com.my/

Sunday, August 10, 2008

Olimpik: Brunei balik awal sebab gagal daftar atlet

Oleh Reuters
Sabtu, 09 Ogos 2008


BEIJING: Brunei disingkirkan daripada Sukan Olimpik selepas gagal mendaftarkan sebarang atlet bertanding dalam mana-mana acara, umum Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) malam ini.
“Ia sesuatu yang amat memalukan dan menyedihkan kepada atlet kerana tidak dapat bertanding disebabkan pasukan mereka tidak mendaftarkan nama mereka,’’ kata jurucakap IOC, Emmanuelle Moreau dalam satu kenyataan di sini.
Menurut Moreau, IOC memberi tempoh hingga tengah hari tadi untuk negara itu mendaftarkan nama atlet mereka, namun ia tidak muncul.
Dua atlet yang sebelum ini dijadual membawa cabaran Brunei di Olimpik Beijing adalah perenang 15 tahun, Maria Grace Koh dan atlet lontar peluru, Mohd. Yazid Yatimi Yusof.
Dengan keputusan terbaru ini bermakna hanya 204 buah negara akan mengambil bahagian pada Temasya yang dibuka secara rasmi malam ini, dan akan berlangsung sehingga 24 Ogos.
Sultan Hassanal Bolkiah menjadi salah seorang tetamu diraja yang dijemput menghadiri majlis pembukaan Sukan Olimpik bersama dengan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

http://klpos.com/

‘Saya rugi 2 tahun’

Amirul Hamizan Ibrahim

SELEPAS dua tahun dibelenggu penggantungan, atlit angkat berat, Amirul Hamizan Ibrahim tampil di Sukan Olimpik Beijing untuk mengukur setakat mana keupayaannya bersaing di peringkat tertinggi.

Badang berusia 27 tahun itu yang beraksi dalam kategori bawah 56kg akan turun di Gimnasium Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing dalam saingan Kumpulan A pada jam 7 malam ini. Ikuti wawancara dengannya.

“JIKA masa boleh diputar kembali, saya mahukan tempoh dua tahun saya yang hilang kerana penggantungan itu dipulangkan. Tempoh dua tahun itu cukup merugikan dan begitu mengecewakan saya. Sepanjang tempoh itu tidak banyak yang boleh saya lakukan. Saya tidak boleh berlatih secara serius dan tidak boleh mengangkat bebanan yang sepatutnya.

Saya langsung tidak boleh memberi tumpuan 100 peratus sebab tiada kejohanan, apatah lagi kebajikan saya juga diabaikan, mujurlah ada Majlis Negeri Pahang yang prihatin memberi elaun. Saya benar-benar patah hati dibuatnya. Atas sebab itulah, saya rasa lebih baik tumpukan perhatian terhadap perniagaan katering saya ketika itu.
Tapi, sebagai atlit, semangat untuk beraksi di Olimpik tetap membaradi sanubari saya. Itulah saya rasa impian setiap insan yang menjadi ahli sukan - untuk bergelar Olimpian. Atas dasar itulah saya mengetepikan perasaan kecewa itu dan bekerja keras untuk layak walaupun saya boleh dikatakan agak terlambat dan mempunyai masa singkat ke Beijing. Bayangkan saya hanya mula berlatih secara serius pada Mei 2007 dan layak Mei lalu. Bukan mudah tapi itulah hakikatnya, saya layak dalam tempoh setahun. Mungkin saya berada di tempat terakhir 11 keseluruhan peserta yang layak, tapi saya bangga kerana tiada siapa boleh menafikan hakikat yang saya layak berdasarkan merit dan bertanding di bawah Kategori A.(Amirul layak selepas berada di kedudukan ke-11 dunia berdasarkan pencapaiannya di kejohanan kelayakan di Jepun, Mei lalu. Amirul mencatat rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 262kg berdasarkan 117kg snatch dan 145kg clean & jerk di kejohanan itu).Tapi, di Olimpik ini, saya tidak berani berjanji apa-apa. Kebanyakan lawan saya sudah lama bersedia ketika saya terlepas dua tahun. Kelebihan buat mereka dan kekurangan buat saya. Saya sebenarnya berada dalam keadaan baik sebelum penggantungan itu.Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan, saya boleh berada dalam kelas sama dengan pencabar saya jika tidak kerana penggantungan itu kerana sukan angkat berat ini memerlukan latihan dalam tempoh lama secara berterusan.Mengenai pencabar saya di Olimpik, saya rasa kami tidak banyak berbeza. Mungkin ada tiga atau empat atlit lain di atas saya seperti dari Indonesia, Korea Selatan dan tuan rumah, China, tapi saya tidak melihat itu sebagai sesuatu yang menghalang semangat saya. Dalam angkat berat, saingan sentiasa sengit dan apa saja boleh terjadi pada hari pertandingan. Untuk hari ini, jurulatih Xin Hui menyuruh saya mengangkat jumlah maksimum, bermakna saya akan pergi untuk angkatan keseluruhan 262kg melalui angkatan pertama saya.” (Amirul mencatat rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 262kg berdasarkan 117kg snatch dan 145kg clean & jerk di kejohanan kelayakan di Jepun Mei, lalu).

http://www.hmetro.com.my/

Saturday, August 9, 2008

Bermulanya Olimpik XXIX



BEIJING - Paluan gendang daripada 2,008 pemuzik menghasilkan bunyi penuh simbolik bagi menanda- kan tanda bermulanya upacara pembukaan Sukan Olimpik XXIX di Stadium Nasional Beijing semalam.
Ia juga merupakan perkiraan detik menjelang upacara bersejarah itu yang turut mempamerkan satu persembahan daripada tamadun yang dianggap tertua di dunia.
Begitulah antara suasana penuh bercahaya yang menghiasi bumi Beijing sebagai terciptanya satu lagi episod sejarah bagi negara Tembok Besar China.
Tepat pukul 8 malam pada tarikh 8.08.2008 telah dipilih sebagai hari pembukaan pada temasya sukan terbesar ciptaan manusia itu yang buat julung-julung kalinya di bumi China.
Memulakan upacara adalah bunyi bedilan senapang diiringi letupan bunga api yang nyata menyemarak- kan lagi suasana meriah di tengah- tengah bandar raya Beijing itu.


PRESIDEN Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge (kiri) dan Presiden China, Hu Jintao hadir pada perasmian Sukan Olimpik XXIX di Stadium Nasional Beijing semalam.

Di tengah padang, ribuan manusia membentuk acuan luas dengan laungan keramat versi Confucian sebagai tanda mengalu-alukan kehadi- ran atlet dari 204 negara yang mengambil bahagian.
Lebih menarik, lukisan-lukisan landskap tradisional dipaparkan di screen gergasi sambil diterjemahkan dengan maksud tersendiri oleh kalangan pelakon terkemuka negara itu.
Turut sama disajikan adalah bentuk kotak kecil yang menyerupai monumen Tembok Besar, iaitu satu daripada khazanah paling bersejarah dalam ketamadunan manusia.
Meneruskan acara semalam adalah kehadiran seribu penari yang membentuk pelbagai variasi sambil seorang budak perempuan diterbangkan dengan layang-layangnya tinggi, sebagai simbolik menunjukkan kehebatan stadium ciptaan China yang turut digelar Stadium Sarang Burung.
Menghangatkan lagi majlis apabila penyanyi Britain, Sarah Bright- man bergabung suara dengan penyanyi China, Liu Huan untuk mengalunkan lagu tema Sukan Olimpik sambil gambar kanak-kanak menghiasi suasana cerah di Stadium Olimpik.
Apa yang pasti, sejarah gemilang selama 5,000 tahun dihimpunkan dalam satu malam penuh bersejarah bagi memaparkan imej China.

http://www.kosmo.com.my/

Friday, August 8, 2008

Wusyu tetap cari kilauan emas

FONG WEI akan beraksi dalam acara Taijiquan dan Taijijian.

WALAUPUN wusyu hanya acara pertunjukan pada Sukan Olimpik XXIX di Beijing, namun Persekutuan Wusyu Malaysia (WFM) bertekad untuk merangkul sekurang-kurangnya satu pingat emas daripada kejohanan tersebut yang akan diadakan serentak dengan temasya sukan terbesar dunia yang bermula esok.
Pengurus pasukan Malaysia ke Beijing, Chong Kim Fatt berkata walaupun pingat itu tidak dikira dalam pungutan keseluruhan pingat Olimpik, tujuh peserta negara bersedia menunjukkan keupayaan mereka dalam pertandingan itu yang melibatkan 128 peserta daripada 43 negara yang mengambil bahagian.
"Kejohanan Wusyu Beijing 2008 menawarkan 10 pingat emas untuk disiplin Toulu dan lima dalam acara Sanshou. Malaysia mensasarkan satu emas, satu perak dan satu gangsa daripada acara itu," katanya kepada Bernama semalam.
Kejohanan Wusyu Beijing 2008 akan berlangsung pada 21 hingga 24 Ogos di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Beijing.
Wakil Malaysia ke Beijing ialah Ang Eng Chong (Changquan), Lee Yang (Taijiquan/Taijijian), Lim Yew Fai (Jianshu/Qiangshu), Pui Fook Chien (Nanquan/Nangun), Chai Fong Wei (Gunshu/Daoshu), Diana Bong Siong Lin (Nanquan/Nangun) dan Chai Fong Ying (Taijiquan/Taijijian).
Kim Fatt berkata empat daripada peserta iaitu Eng Chong, Lee Yang, Fong Wei dan Yew Fai kini berada di Fuchow, China sejak awal Julai bagi menjalani latihan selama sebulan sebelum berlepas ke Beijing Sabtu ini.
"Tiga lagi atlet, Fook Chien, Diana dan Fong Ying berlatih di Kompleks Sukan Bukit Jalil," katanya.
Menurutnya semua peserta acara itu dipilih daripada enam pemenang teratas acara Toulu dan lapan pemenang teratas acara Sanshou semasa Kejohanan Wusyu Dunia di Beijing, tahun lepas.
Dia menjangkakan peserta Malaysia akan menghadapi cabaran hebat daripada peserta tuan rumah China, Hong Kong, Macau, Jepun dan Itali. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...