Showing posts with label Isu Selangor Terkini. Show all posts
Showing posts with label Isu Selangor Terkini. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Umno nafi terbitkan Selangor Terkini

S Pathmawathy
Feb 23, 11
11:41am

Pandangan yang disiarkan dalam Selangor Terkini merupakan rintihan dan masalah yang sememangnya dihadapi oleh rakyat, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, yang juga mengaku bahawa beliau ada mengedarkannya.

Secara kebetulan, katanya, kandungan Selangor Terkini adalah sama dengan pandangan pihaknya mengenai pentadbiran negeri dan ada orang yang menghantar akhbar itu ke pusat khidmatnya di Kuang.

NONEBerikutan itu, katanya, beliau telah mengedarkan akhbar tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya.

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang menghantar salinan penerbitan tersebut ke pusat khidmatnya.

Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.

Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkkuasa negeri.

NONETambahan pula, penerbitan itu bertujuan untuk mencemarkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan rekabentuknya mirip kepada akhbar Selangor Kini milik kerajaan negeri.

Faekah dilaporkan berkata kerajaan negeri selama ini sentiasa mengesyaki BN dan Umno menjadi dalang dalam menerbitkan akhbar Selangor Terkini

Perasaan curiga mereka itu, tambah Faekah, diperkuatkan apabila penerbitan itu diedarkan dalam satu majlis meraikan sambutan Maulidur Rasul di Kuang Sabtu lalu yang dianjurkan oleh Abdul Shukor.

Penerbitan itu diedarkan secara percuma bersama kalender 2011 yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/156794

Akhbar palsu: K'jaan negeri tuntut tindakan

Akhbar palsu: K'jaan negeri tuntut tindakan
S Pathmawathy
Feb 22, 11
1:46pm

Kerajaan negeri Selangor hari ini mendesak pihak polis memperhebatkan lagi siasatan berhubung penerbitan 'Selangor Terkini' yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata penerbitan tabloid itu juga dianggap satu bentuk 'penderhakaan' kerana memamparkan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharaffudin Idris Shah pada halaman utamanya.

NONE"Kami membuat laporan polis berhubung penerbitan itu di ibu pejabat polis Shah Alam pada 17 januari lalu tetapi sehingga hari ini tiada menerima sebarang maklumat berhubung siasatan mereka,” katanya.

Menurut Faekah, semakan dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengawal perlesenan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) menunjukkan tiada lesen yang dikeluarkan kepada penerbit akhbar berkenaan.

Kerajaan negeri juga tidak pasti jumlah penerbitan yang telah dicetak ataupun bila ia bermula.

"Kami hanya memperolehi tiga edisi dalam simpanan bermula Januari dan Februari tetapi tidak pasti kekerapan penerbitan itu,” kata Faekah.

Faekah berkata kerajaan negeri selama ini sentiasa mengesyaki BN dan Umno menjadi dalang dalam menerbitkan akhbar 'Selangor Terkini'.

NONEKatanya, perasaan curiga mereka diperkuatkan apabila penerbitan itu diedarkan pada satu majlis meraikan sambutan Maulidur Rasul di Kuang Sabtu lalu yang dianjurkan oleh ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus.

Akhbar berkenaan diedarkan secara percuma bersama kalender 2011 yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Syukur sebelum ini menafikan terlibat dalam penerbitan akhbar itu.

Faekah juga mengesa polis menyiasat segera perkara ini kerana tindakan pihak yang menerbitkan akhbar ini jelas melanggar undang-undang apabila menggunakan lambang kerajaan negeri dan gambar Sultan Selangor.

Pihak kerajaan negeri juga bersedia menyediakan penyiasat persendirian bagi membantu polis menyiasat perkara ini.

http://malaysiakini.com/news/156706

Selangor Terkini: Umno Selangor mungkin terlibat








Harakahdaily

SHAH ALAM, 22 Feb: Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin mendakwa Umno Selangor mungkin ada kaitan dalam penerbitan dan penyebaran akhbar Selangor Terkini..

Bercakap pada sidang media di bangunan SUK hari ini beliau berkata, perkara itu jelas apabila akhbar tersebut diedar bersama kalendar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang Abdul Shukor Idrus pada Sabtu lalu ketika sambutan Maulidur Rasul.

Selain menggunakan logo rasmi kerajaan Selangor tanpa kebenaran,akhbar itu juga didakwa menabur fitnah dan cuba mengaburi pemikiran rakyat dengan bertindak menghentam pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu beliau mendesak Kementerian Dalam Negeri dan pihak polis menyiasat perkara itu lebih terperinci sama ada ianya disengajakan atau kebetulan.

“Kami desak Kementerian Dalam Negeri, kerajaan, polis untuk siasat lebih terperinci dakwaan bahawa Umno Selangor terlibat.

“Malah penggunaan logo rasmi tanpa kebenaran adalah kesalahan serius kerana tidak menghormati undang-undang dan Sultan Selangor. Inilah penderhakaan sebenar,” katanya.


Beliau juga memberitahu akan menyerahkan bukti terbaru itu kepada pihak polis hari ini.

Ketika ditanya dalang utama disebalik akhbar itu, beliau berkata “Datuk Noh Omar sebahagian daripada Umno Selangor.”

Faekah berkata akhbar itu juga tidak mempunyai lesen penerbitan.

Pada 17 Januari lalu kerajaan Negeri melalui seorang pegawai kanan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam terhadap akhbar berkenaan.

Namun menurut Faekah, pihaknya masih tidak menerima maklumat mengenai perkembangan terkini hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat.

Menurut Faekah, pihaknya sedia memberi bantuan kepada polis dengan mendapat khidmat penyiasat persendirian bagi mencari dalang disebalik penerbitan akhbar terbabit.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31002:selangor-terkini-umno-selangor-mungkin-terlibat-&catid=1:utama&Itemid=50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...