Saturday, August 23, 2008

Demo: Siswa UiTM rela kena tindakan



Abdul Rahim Sabri Aug 22, 08 11:36am

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara bersedia untuk menerima tindakan tata tertib daripada pihak universiti atau pihak kementerian, kata yang dipertuanya Luqmannulhakim Mohamad Idris.


"Kami bertanggungjawab dan sedar dengan tindakan (demonstrasi) yang dibuat," kata Luqmannulhakim ketika dihubungi Malaysiakini.Beliau menjelaskan, mungkin demonstrasi itu melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), tetapi menyatakan perjuangan mereka itu betul.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pangajian Tinggi, Datuk Idris Haron bahawa pelajar UiTm akan berdepan dengan tindakan dispilin kerana menganjurkan demonstrasi.


Demonstrasi minggu lalu diadakan berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar 10 peratus daripada kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing untuk meningkatkan daya saing institusi pengajian tinggi itu.


Naib canselor Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah semalam dilaporkan akur dengan arahan kementerian untuk mengenakan tindakan terhadap pemimpin-pemimpin mahasiswa yang menggerakan ribuan pelajar ke jalan raya, 12 Ogos lalu.


Luqmannulhakim menambah, kesediaan pelajar menerima tindakan tatatertib itu dapat mengikis tanggapan masyarakat bahawa demonstrasi mereka itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.


Sementara itu, jelasnya lagi, MPP setakat hari ini masih menunggu jemputan rasmi daripada pihak MB Selangor berhubung kesudian beliau untuk berjumpa dengan pada pelajar UiTM menyelasaikan isu tersebut.


Kata Luqmannulhakim, majlis pelajar itu bersedia berjumpa dan berbincang dengan Abdul Khalid berhubung isu ini walaupun dalam bulan Ramadhan.MPP juga menjalankan sesi penerangan kepada para pelajar berhubung isu kuota 10 peratus ini.


"Bagi peringkat pelajar, kita mengadakan sesi penerangan kepada pelajar berhubung kedudukan UiTM sebagai benteng terakhir Bumiputera."Kita minta pelajar balik ke kampung menceritakan kepada penduduk kampung berhubung pencapaian cemerlang yang diperolehi oleh UiTM di peringkat nasional dan antarabangsa," jelas Luqmannulhakim.


Sesi penerangan itu telah bermula pada Khamis lepas dan sekarang pelajar-pelajar UiTM sedang bercuti dan pulang ke kampung.Sehubungan itu, jelas Luqmannulhakim, pihaknya juga akan mengadakan satu forum pda 29 Ogos ini, bersempena dengan kemerdekaan Malaysia.


Mereka menjemput pro canselornya Tan Sri Datuk Arsyad Ayub dan Tan Sri Abdul Rahman Arshad berforum berhubung kepentingan UiTM dan pendidikan Bumiputera.


Selain itu, MPP turut merancang mengedarkan risalah dan brosur penjelasan berhubung isu tersebut kepada masyarakat setempat dan juga akan diletakkan dalam laman web MPP UiTM.


UIA: Tidak rujuk siswa punca bantahan



Jimadie Shah Othman Aug 22, 08 12:47pm


Tiada perbincangan antara punca yang mendorong 3,000 mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membantah penggantian songkok kepada mortar dalam upacara konvokesyen yang berlangsung esok.


"Jika pihak pentadbiran membincangkan perkara itu dengan mahasiswa, mungkin ada bantahan, tetapi tidak akan sampai ke tahap ini," kata pensyarah undang-undang UIA Yusri Mohamadkepada Malaysiakini hari ini.


Kelmarin, seramai 3,158 pelajar universiti itu menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran menggunakan jubah dan penutup kepala yang baru untuk majlis itu melibatkan kos sebanyak RM2.1 juta.


Lebih kurang 100 pelajar berhimpun di tepi masjid di tengah-tengah kampus itu di Gombak bagi menyatakan sokongan sewaktu beberapa pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menyerahkan memorandum tersebut.


Presiden majlis itu Muhammad Adib Hatim menyerahkan petisyen itu kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr Md Tahir Azhar.


Yusri diminta mengulas kenyataan Dr Md Tahir bahawa tindakan pihak universiti itu berada dalam dalam kawasan samar-samar – boleh dimaklumkan dan boleh tidak dimaklumkan terlebih dahulu.


Yusri yang juga presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata:


"Saya rasa perlu (bincang). Konvokesyen ini tujuannya untuk meraikan pelajar. Seelok-eloknya bincang dengan pelajar dulu."


Beliau secara peribadi, setuju dengan pandangan pelajar supaya penggunaan songkok dipertahankan kerana melambangkan imej UIA yang tersendiri lebih 25 tahun.


Yusri bagaimanapun berkata, "perubahan daripada aspek luaran sebegitu bukanlah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia bukan perubahan intipati."


"Lainlah kalau isu pakaiaan yang tidak menutup aurat. Itu tidak boleh kompromi," katanya.


Malaysia cuts fuel price by 5.6 percent



Agence France-Presse - 8/22/2008 9:54 AM GMT


Malaysia will cut the petrol price by 5.6 percent to 2.55 ringgit (0.76 dollars) a litre due to a drop in global oil prices, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said Friday.

The diesel price will also fall by 3.1 percent to 2.50 ringgit a litre with effect from Saturday, Abdullah said according to the official Bernama news agency.

The government's announcement comes just three days ahead of a crucial by-election contested by opposition figurehead Anwar Ibrahim in the northern Penang state.

Anwar, who is bidding to return to parliament after a decade-long absence, has promised to cut fuel prices substantially if he wins the poll and later wrests power from the ruling coalition.

The government hiked petrol prices 41 percent in June to rein in the spiralling cost of energy subsidies.

Abdullah's decision sparked angry street protests and triggered calls for him to quit, compounding his woes after disastrous results in March elections.

The government later said it would review fuel prices periodically from September, with the new price to be fixed on the first day of every month.

Malaysian inflation hits a new 26-year high in July

Agence France-Presse - 8/22/2008 10:09 AM GMT

Malaysia's inflation rate rose to a new 26-year high of 8.5 percent in July, driven higher by the escalating cost of fuel and electricity, according to official data released Friday.

The result was substantially higher than expected, and increased pressure on the central Bank Negara to raise official interest rates, said Wan Suhaimi Saidi, an economist with Kenanga Investment Bank.

"Definitely it is way above expectations. The consensus among economists was that inflation in July will hit 7.8 percent," he told AFP. "It is the highest since November 1981."

"This gives the monetary authorities more reasons to push for a rate hike," he added.

The Department of Statistics said that the cost of food and non-alcoholic drinks rose 11.2 percent in July compared to a year ago -- an outcome that illustrates the burden high inflation is putting on Malaysian consumers.

"Among the contributing factors for (July's inflation) were the substantial rise in the electricity tariff announced by the government... and the knock-on effect from the price increase of petrol and diesel," it said in a statement.
The July data showed escalating prices in most categories, including transport which jumped 22.7 percent, and restaurants and hotels which rose 6.7 percent.

Malaysia's government hiked the fuel price by 41 percent in June, in a move to rein in the ballooning cost of subsidies.

High inflation was one of the factors that led to an unprecedented humiliation at March general elections for the ruling coalition, which lost five states and a third of parliamentary seats.

Bank Negara has said it expects inflation to moderate in the second half of 2008 as economic growth is likely to slow down.

http://news.my.msn.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...