Showing posts with label Jabatan Negara AS. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Negara AS. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

Kesederhanaan Islam: Najib tak ikhlas, kata Wikileaks

Kesederhanaan Islam: Najib tak ikhlas, kata Wikileaks
Sep 4, 11 10:08am

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika cuba menggambarkan Malaysia sebagai suara Islam yang sederhana, tetapi melakukan sebaliknya dalam percubaan untuk menarik sokongan orang Melayu, kata kabel diplomatik Kedutaan Amerika Syarikat yang bocor.

NONEMengulas cubaan pentadbiran Najib yang mengendalikan kontroversial penggunaan kalimah Allah dan beberapa isu agama yang lain, kedutaan itu curiga sejauh mana perdana menteri sanggup membuktikan Malaysia sememangnya bertoleransi terhadap kebebasan beragama.

"Sudah lama konflik antara komitmen parti pemerintah dengan prinsip kebebasan agama berbanding toleransi terhadap agama lain wujud,” kata kabel Kedutaan Amerika yang dihantar ke Jabatan Negara di Washington DC bertarikh 12 Januari tahun lalu.

"Usaha perhubungan awam Najib bagi tidak memperbesar-besarkan perbezaan antara kaum dan agama serta menggalakkan konsep toleransi dan kesederhanaan tidak dapat dipertahankan. Beliau mula memihak kepada pandangann pelampau berbanding pandangan popular berikutan pendirian keras pelampau dalam parti itu yang cuba dipaksa ke atas rakan-rakan ahli Umno yang lain.”

Pendedahan itu dimuat-naikkan dalam portal pembocor maklumat Wikileaks minggu lalu.

NONEIa menyebut isu kalimah Allah, Kartika dan insiden kepala lembu serta beberapa yang lain berkaitan dengan amalan kebebasan beragama yang telah menimbulkan keraguan berhubung keikhlasan Najib menangani isu berkenaan.

"Di sebalik pelbagai usaha bagi meyakinkan penonton ekspatriat dan bangsa asing, kerajaan Malaysia sebenarnya hanya memberi tumpuan melindungi harta dan keselamatan mereka yang berkenaan tetapi melepaskan peluang membuat kenyataan yang jelas untuk menegakkan kebebasan agama di negara ini," petik kabel itu.

Menurut kabel itu lagi, dipercayai Najib berusaha keras untuk menawan sokongan pengundi Melayu sehingga sanggup mengorbankan untuk mewujudkan persekitaran sebenar kebebasan beragama.

PM Najib Razak speaks to the press outside the gutted administrative block of Metro Tabernacle church 1Ini, katanya, terbukti dengan cara kerajaan mempergunakan badan kehakiman untuk campur tangan dalam isu Allah. Ini juga membabitkan bagaimana BN memanipulasi kenyataan umum termasuk daripada Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, untuk menghantar mesej bahawa BN tidak akan tunduk terhadap larangan penggunaan Allah kepada orang bukan Islam.

Tindakan itu, jauh berbeza dengan kenyataan Najib di luar negara. Contohnya semasa kuliah di Oxford pada Mei lalu yang bertajuk 'Gabungan sederhana dan Persefahaman Antara Budaya', perdana menteri mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang meraikan kepelbagaian masyarakatnya yang berbeza bangsa dan agama.

"Rakyat Malaysia menerima kepelbagaian mereka. Kami tidak hanya bertolak ansur antara satu sama lain tetapi juga menerima dan meraikannya bersama, " kata Najib semasa lawatan ke United Kingdom, atas undangan Pusat Pengajian Islam Oxford (Oxcis).

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/174772

Friday, September 2, 2011

Wikileaks: Kabel Amerika papar Taib sangat korup

Wikileaks: Kabel Amerika papar Taib sangat korup
Ogos 31, 11 6:07pm


Jabatan Negara Amerika Syarikat diberitahu dalam sebuah kabel sulit bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan kerabatnya dipercayai menerima peratusan tertentu habuan daripada kebanyakan kontrak komersial utama - termasuk dari sektor pembalakan - yang diagihkan di negeri itu.

Menurut ketua bahagian politik Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, ketika itu, Mark D Clark: “kerajaan negeri Sarawak sangat korup dan dalam gengaman kukuh ketua menterinya".

NONE"Dewan Undangan Negeri bernilai AS$ 82 juta (RM300 juta) yang sedang dibina itu mungkin lambang atau contoh paling jelas membuktikan bagaimana ketua menteri dan pegawai-pegawai kanannya menjadikan diri masing-masing kaya,” tulis Clark pada kabel bertarikh13 Oktober, 2006 dan didedahkan oleh portal pembocor maklumat kontroversi Wikileaks.

Dalam sebuah lagi kabel lain yang bocor tiga tahun kemudian, Kedutaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa kerajaan Taib "mengeluarkan permit penebangan balak sambil meronda negeri yang tidak dibangunkan itu dengan menggunakan 14 helikopter. Syarikat-syarikat keluarganya juga dikatakan menguasai sebahagian besar ekonomi Sarawak."

Kabel ini berdasarkan lawatan oleh seorang kaunselor politik kedutaan yang melawat Sarawak pada 12-14 Oktober, 2009.

bn candidates announcement pbb hq 030411 george chanKaunselor politik itu juga melaporkan bahawa dia telah disambut oleh timbalan ketua menteri, ketika itu, Tan Sri George Chan (kiri) di sebuah rumah agam yang baru dibina bersebelahan padang golf yang paling eksklusif di Kuching.

"Chan memberitahu bahawa sejak pilihan raya umum Mac 2008, kerajaan persekutuan telah 'mencurahkan jutaan ringgit' untuk pembangunan negeri itu," kata kabel yang bocor bertarikh 2 November, 2009 itu.

"Beliau menyifatkan peruntukan itu sebagai satu bentuk 'terima kasih' kepada kerajaan negeri Sarawak kerana membekalkan kerusi yang mencukupi bagi BN yang membolehkan gabungan itu mengekalkan majoritinya di Dewan Rakyat.”

Pegawai Kedutaan Amerika Syarikat juga telah berjumpa dengan seorang petugas operatif PKR, Baharuddin Moksin, yang mengadu ketidakupayaan dan kegagalan pembangkang untuk menyampaikan maklumat kepada pengundi.

"(Baharuddin) Moksin berkata bahawa walaupun parti-parti pembangkang berjaya menyewa sebuah helikopter semasa pilihan raya kecil Batang Ai pada April, kerajaan negeri enggan memberikan hak pendaratan bagi helikopter mereka.

NONE"Baharuddin menjelaskan bahawa di Sarawak, hanya tiga syarikat, - Cahaya Mata Sarawak, Naim Cendera Holdings dan Titanium Management Berhad - semuanya dikaitkan dengan keluarga Ketua Menteri, adalah 'pemain utama dalam negeri," kata kabel itu.

"Semua kontrak utama dan sebahagian besar tanah yang ditukarkan menjadi ladang kelapa sawit (termasuk tanah istiadat dan hak pribumi yang enggan diiktiraf oleh kerajaan negeri) telah diberikan kepada ketiga-tiga syarikat ini."





http://malaysiakini.com/news/174525

Sunday, August 28, 2011

Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?

Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?
John R Malott
Ogos 27, 11
10:45am

ULASAN Ini adalah artikel kedua mengenai cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembaharuan pilihan raya di Malaysia, kenyataan balas oleh kerajaan, dan keadaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Mebenarkan mengundi di luar negara

Ramai rakyat Malaysia mahu semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara diberikan hak mengundi, dan bukan hanya terhad untuk kakitangan kerajaan dan tentera yang ditugaskan di luar negara ataupun rakyat Malaysia yang menuntut di negara-negara asing.

azlanTerdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hanya 2,500 daripada mereka layak untuk mengundi.

Kerajaan juga gagal memberikan aalasan atau hujah yang kukuh mengenai mengapa tidak semua rakyat di luar negara diberikan hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, dua hari lalu pengerusi SPR Tan sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dilaporkan berkata "diharapkan" semua pengundi berdaftar yang tinggal di luar negera akan dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kini, kerajaan dikatakan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi kerana bimbang sebahagian besar mereka bukan penyokong Umno atau rakan-rakan gabungan BN. Di samping itu, realiti etnik bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara adalah bukan Melayu, dan kemungkinan besar, mereka tidak akan mengundi Umno.

azlanJadi rumusan Umno, membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi, mungkin membawa padah kepada parti pemerintah itu.

Tiada konsensus antarabangsa yang jelas mengenai hak rakyat yang tinggal di luar negara untuk mengundi di negara-negara asal mereka.

Akses yang adil kepada media

Pengundi bermaklumat - yang hanya wujud jika terdapat aliran bebas maklumat tentang parti, calon-calon, dan latar belakang mereka - adalah penting untuk demokrasi yang sihat. BERSIH 2.0 telah menuntut untuk akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua parti-parti politik yang bertanding.

azlanTerdapat banyak laporan antarabangsa yang menyokong tuntutan BERSIH itu. 'Wartawan Tanpa Sempadan' menempatkan Malaysia di tangga 141 daripada 178 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar.

Laporan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk bersaing secara adil dengan gabungan yang didominisasi oleh Umno yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas berkempen dan kebebasan berhimpun serta berpersatuan.

Jabatan Negara itu melaporkan "berita-berita mengenai pembangkang disekat dan dilaporkan dengan gaya yang nyata berat sebelah."

Mari kita lihat cara-cara di mana maklumat tentang parti, calon-calon dan latar belakang mereka disebarkan di Malaysia.

NONE1) Media milik dan kawalan kerajaan, seperti RTM dan Bernama, adalah sepatutnya institusi awam untuk semua rakyat di Malaysia. Ini kerana perbelanjaan mereka dibiayai oleh semua pembayar cukai tanpa mengira fahaman politik mereka.

Tetapi dalam realiti, RTM dan Bernama menjadi senjata propaganda Umno dan BN. Malah RTM, tanpa silu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyiarkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Hala tuju RTM dan Bernama adalah di bawah telunjuk Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan. Mereka sentiasa mengampu parti pemerintah dan mencela serta menjadikan parti pembangkang sebagai momokan.

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 deputy chief wan ahmadDi negara-negara lain dengan sistem penyiaran milik awam - sebagai contoh, UK, Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat - akses diberikan kepada semua parti-parti politik, dan liputan dibuat tanpa berat sebelah.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad (bertali leher) telah berkata bahawa beliau tidak boleh memaksa akhbar dan stesen-stesen televisyen untuk melaporkan berita pembangkang.

Hakikat itu adalah benar. Perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasa SPR. Tetapi ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan dan oleh itu topik berkenaan seharusnya dibincangkan dan bukan ditolak ketepi.

utusan on pas election2) Di Malaysia, akhbar dan stesen televisyen milik persendirian yang dikuasai oleh syarikat-syarikat di bawah kawalan Umno, MCA dan MIC, dan mereka dibenarkan menyebarkan pandangan mereka secara bebas kepada semua orang.

Sebagai kontras, tiada terdapat stesen televisyen atau radio yang dimiliki oleh penyokong pembangkang. Malah, akhbar-akhbar pembangkang juga tidak dibenarkan dijual secara terbuka. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli parti - amalan yang jelas diskriminasi.

3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif - portal berita di internet dan laman web serta blog. Ini juga adalah benar. Tetapi ini menjadikan 'pertandingan yang tidak seimbang'.

Pembangkang dipaksa untuk bertanding dan berkempen dengan satu tangan terikat di belakang. Mereka mempunyai senapang, tetapi pihak yang satu lagi mempunyai meriam.

azlanSesetengah laman alternatif jelas menyokong pembangkang. Portal lain (seperti Malaysiakini) cuba untuk memberikan pandangan yang lebih seimbang daripada media arus perdana dengan memberikan pandangan dari sudut yang berbeza. Hasilnya, laporan mereka sentiasa tidak disenangi oleh kerajaan.

Oleh itu, media alternatif seumpama itu sentiasa tertakluk kepada gangguan dan hambatan. Contohnya, pada pilihan raya negeri sarawak, April lalu, laman Malaysiakini diserang virus DDOS. Ini bertujuan menyekat aliran maklumat kepada pengundi Malaysia.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/174250

Bagaimana pilihanraya Malaysia dinilai?

Posted by admin on August 27th, 2011

John Malott

Ini adalah artikel kedua mengenai cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembaharuan pilihan raya di Malaysia, kenyataan balas oleh kerajaan, dan keadaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Membenarkan mengundi di luar negara

Ramai rakyat Malaysia mahu semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara diberikan hak mengundi, dan bukan hanya terhad untuk kakitangan kerajaan dan tentera yang ditugaskan di luar negara ataupun rakyat Malaysia yang menuntut di negara-negara asing.

Terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hanya 2,500 daripada mereka layak untuk mengundi.

Kerajaan juga gagal memberikan aalasan atau hujah yang kukuh mengenai mengapa tidak semua rakyat di luar negara diberikan hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, dua hari lalu pengerusi SPR Tan sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dilaporkan berkata “diharapkan” semua pengundi berdaftar yang tinggal di luar negera akan dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kini, kerajaan dikatakan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi kerana bimbang sebahagian besar mereka bukan penyokong Umno atau rakan-rakan gabungan BN. Di samping itu, realiti etnik bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara adalah bukan Melayu, dan kemungkinan besar, mereka tidak akan mengundi Umno.

Jadi rumusan Umno, membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi, mungkin membawa padah kepada parti pemerintah itu.

Tiada konsensus antarabangsa yang jelas mengenai hak rakyat yang tinggal di luar negara untuk mengundi di negara-negara asal mereka.

Akses yang adil kepada media

Pengundi bermaklumat – yang hanya wujud jika terdapat aliran bebas maklumat tentang parti, calon-calon, dan latar belakang mereka – adalah penting untuk demokrasi yang sihat. BERSIH 2.0 telah menuntut untuk akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua parti-parti politik yang bertanding.

Terdapat banyak laporan antarabangsa yang menyokong tuntutan BERSIH itu. ‘Wartawan Tanpa Sempadan’ menempatkan Malaysia di tangga 141 daripada 178 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar.

Laporan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk bersaing secara adil dengan gabungan yang didominisasi oleh Umno yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas berkempen dan kebebasan berhimpun serta berpersatuan.

Jabatan Negara itu melaporkan “berita-berita mengenai pembangkang disekat dan dilaporkan dengan gaya yang nyata berat sebelah.”

Mari kita lihat cara-cara di mana maklumat tentang parti, calon-calon dan latar belakang mereka disebarkan di Malaysia.

1) Media milik dan kawalan kerajaan, seperti RTM dan Bernama, adalah sepatutnya institusi awam untuk semua rakyat di Malaysia. Ini kerana perbelanjaan mereka dibiayai oleh semua pembayar cukai tanpa mengira fahaman politik mereka.

Tetapi dalam realiti, RTM dan Bernama menjadi senjata propaganda Umno dan BN. Malah RTM, tanpa silu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyiarkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Hala tuju RTM dan Bernama adalah di bawah telunjuk Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan. Mereka sentiasa mengampu parti pemerintah dan mencela serta menjadikan parti pembangkang sebagai momokan.

Di negara-negara lain dengan sistem penyiaran milik awam – sebagai contoh, UK, Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat – akses diberikan kepada semua parti-parti politik, dan liputan dibuat tanpa berat sebelah.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad ( bertali leher) telah berkata bahawa beliau tidak boleh memaksa akhbar dan stesen-stesen televisyen untuk melaporkan berita pembangkang.

Hakikat itu adalah benar. Perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasa SPR. Tetapi ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan dan oleh itu topik berkenaan seharusnya dibincangkan dan bukan ditolak ketepi.

2) Di Malaysia, akhbar dan stesen televisyen milik persendirian yang dikuasai oleh syarikat-syarikat di bawah kawalan Umno, MCA dan MIC, dan mereka dibenarkan menyebarkan pandangan mereka secara bebas kepada semua orang.

Sebagai kontras, tiada terdapat stesen televisyen atau radio yang dimiliki oleh penyokong pembangkang. Malah, akhbar-akhbar pembangkang juga tidak dibenarkan dijual secara terbuka. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli parti – amalan yang jelas diskriminasi.

3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif – portal berita di internet dan laman web serta blog. Ini juga adalah benar. Tetapi ini menjadikan ‘pertandingan yang tidak seimbang’.

Pembangkang dipaksa untuk bertanding dan berkempen dengan satu tangan terikat di belakang. Mereka mempunyai senapang, tetapi pihak yang satu lagi mempunyai meriam.

Sesetengah laman alternatif jelas menyokong pembangkang. Portal lain (seperti Malaysiakini) cuba untuk memberikan pandangan yang lebih seimbang daripada media arus perdana dengan memberikan pandangan dari sudut yang berbeza. Hasilnya, laporan mereka sentiasa tidak disenangi oleh kerajaan.

Oleh itu, media alternatif seumpama itu sentiasa tertakluk kepada gangguan dan hambatan. Contohnya, pada pilihan raya negeri Sarawak, April lalu, laman Malaysiakini diserang virus DDOS. Ini bertujuan menyekat aliran maklumat kepada pengundi Malaysia.


http://www.kl-today.com/2011/08/bagaimana-pilihanraya-malaysia-dinilai/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...