Showing posts with label Malay Dilemma. Show all posts
Showing posts with label Malay Dilemma. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

TIADA SEBAB MELAYU HILANG KUASA!

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 14TH, 2011

Zeanaaima Mohd Yusof

Kenyataan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Melayu akan kehilangan kuasa ekonomi, sosial dan politik di Malaysia amatlah mengerikan. Katanya, menilai suasana politik hari ini, keadaan ini akan berlaku dalam tempoh 10 tahun lagi.Malah, contoh dilema Melayu Singapura yang tidak berdaya memprotes daging babi dihidangkan dalam majlis rasmi membabitkan orang Melayu yang dikemukakan Tun Mahathir seharusnya menginsafkan betapa porak perandanya negara ini jika ramalan beliau jadi kenyataan.
Teras hujah beliau ialah perpaduan yang menjadi unsur utama kekuatan politik Melayu kini sudah terburai oleh sengketa politik sesama Melayu. Perpecahan ini akan melemahkan segala rongga dan raga Melayu – baik di segi ekonomi, sosial dan agama mereka.

Tun Mahathir menggambarkan, dalam keadaan di mana orang Melayu menjadi anggota minoriti dalam mana-mana perkongsian kuasa, mereka akan terpaksa “berhutang” kepada pihak lain untuk memperkukuhkan kedudukan. Setiap hutang perlu dibayar. Maka semakin lunturlah penguatkuasaan Melayu di bumi sendiri.

Sudah pasti tanpa perlu dirujuk kembali kepada mantan Presiden Umno ini apakah penawar kepada persoalan yang akan menjadi igauan bangsa Melayu zaman berzaman ini, semua yang berkepentingan akan dapat menggapai formula penyelesaiannya – kukuhkan perpaduan Melayu, insyaAllah, kemurungan bangsa dapat dielakkan.

Yang berat di bahu setiap insan Melayu yang ingin mengelakkan ramalan Dr Mahathir ini menjadi kenyataan ialah bagaimana cara mereka menyusun kesatuan dan perpaduan daripada puing-puing perpecahan hari ini?

Mengapakah mudah sangat Melayu terdorong untuk memperkecil, mempersenda dan paling jelek sekali mememufarakahkan Melayu lain dalam persaingan mengukuhkan kuasa dan penguasaan? Keyakinan diri yang melampau lazimnya menelurkan keangkuhan dan apabila dibelit dengan pengaruh kuasa mutlak akan melorong kepada kezaliman!

Ini hakikat. Dalam lipatan sejarah Melayu keadaan ini terus berulang. Dengki, irihati dan taksub pada kebolehan sendiri menternak perpecahan di kalangan Melayu. Sudah tentu Tun Mahathir yang banyak berfikir tentang perkara perpecahan Melayu ini akur akan realiti sejarah Melayu ini.

Soalnya bolehkah citra negatif ini dikikis? Tentu boleh. Tun Mahathir sendiri pernah berjaya melakukannya. Apabila mengambil alih kuasa Perdana Menteri pada 1981, Tun bermula dengan keikhlasan menghimpunkan segala unsur dan potensi kekuatan Melayu. Tiada banteng ideologi yang boleh mengalih fokusnya.

Sebagai pemikir, Tun Mahathir mengenalpasti individu, pertubuhan dan gerakan Melayu yang ada. Beliau juga cekap memahami jalur yang boleh mengukuhkan perpaduan Melayu ialah Islam – ideologi yang perlu dibentangkan dari kacamata yang positif.

Pertama sekali beliau mengenalpasti individu. Maka Presiden Angkatan Belia Islam (Abim) Anwar Ibrahim ditambatnya. Pemuda itu dilamar menyertai Umno. Jalur agama disulam dengan idealisme belia. Peremajaan Umno segera menjadi realiti. Tun Mahathir pun menggandingkan Anwar dengan Sanusi Junid, Rais Yatim, Adib Adam, dan ramai lagi untuk sentiasa menghangat dan mengakrabkan perpaduan Melayu.

Berduyun anak muda Melayu berjinak dengan Umno. Keghairahan berpolitik, memelihara kepentingan agama, ekonomi Melayu, menjadi pendorong asli. Sejak itu, Melayu yang agak konservatif anutan mereka kurang mendapat perhatian ummah. Mereka hanya berlingkar di kalangan orang yang berfikiran jumud dan tercicir dalam sayembara mempupuk kekuatan umat Melayu.

Saat kritikal sama ada program kejuruteraan sosial atau tindakan afirmatif untuk menyusun semula masyarakat yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru masuk ke penghujung hayat pelaksanaannya pada 1990, dilalui dengan mudah kerana kuasa politik Melayu ketika itu amat gah.

Itu adalah dividen perpaduan. Namun yang jadi persoalannya mengapa realiti hari ini tidak demikian bagi orang Melayu? Mengapa perlu ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam seMalaysia (PAS), bersaing dan berdendam bunuh membunuh sesamai sendiri hanya didorong oleh idealisme Melayu yang songsang?

Pelaku politik yang menentukan perpaduan Melayu 1990an masih wujud. Malah masih aktif. Umum tahu, perpecahan yang melumpuhkan perpaduan Melayu berlaku dalam zaman pemerintahan Tun Mahathir sendiri.

Malah beliau sendiri menguasai lebih 40 peratus senario politik Melayu moden pasca kemerdekaan. Hingga hari ini ketokohannya masih dhormati. Beliau yang mentautkan perpaduan Melayu tetapi di zaman beliau juga terungkai kekuatan Melayu.

Cuma Tun Mahathir paling layak dan yang perlu memulakan gerak Melayu berpadu – cari kekuatan dari syariah agama, tenaga orang muda, gilap idealisme bangsa – dan paling penting lunturkan keyakinan diri yang melampau bahawa hanya satu pihak sahaja (tidak kira ia bermaksud Dr Mahathir atau Umno sahaja) layak menerajui perpaduan Melayu.

Menafikan ada pihak Melayu lain yang mampu menyumbang pada pengukuhan ikatan Melayu adalah satu dosa.

Itulah punca kekalutan, ketakutan Tun Mahathir mengenai masa depan Melayu. Berilah salam kepada mereka yang dianggap seteru. Rangkullah mereka dalam selimut Melayu yang berpadu.

Dan bukan kerap menghamburkan kebencian, kedengkian dan persengketaan di khalayak generasi baru yang sentiasa dahagakan iklim politik, ekonomi, sosial dan penghayatan agama umat yang berpadu.

Jadikanlah perbezaan pendapat benar-benar satu rahmat!

http://www.kl-today.com/2011/10/tiada-sebab-melayu-hilang-kuasa/

Friday, October 14, 2011

MULTI LEVEL MELAYU

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Zaidel Baharudin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang budiman, usahlah anda risau sekiranya anda takut penulisan saya kali ini mungkin berbaur perkauman. Jangan risau, di Malaysia ini sekiranya saya menyindir atau mengkritik golongan majoriti, ianya tidaklah dipandang begitu malah dilihat sebagai menjalankan suatu tanggungjawab sebagai seorang “Malaysian” yang berani dan cintakan negara, jadi ayuh teruskan membaca.

Hari ini kita akan membincangkan tentang budaya yang saya perhatikan sejak zaman universiti lagi iaitu apabila golongan usahawan Bumiputera melibatkan diri dalam industri yang sering memaparkan orang mengambil gambar dengan bergaya di hadapan kereta buatan Jerman sambil memegang wang kertas RM50 yang berkepul-kepul.

Kemudian diikuti dengan perkataan-perkataan dan slogan dalam Bahasa Inggeris seperti “Success” “Unstoppable” atau “Retire rich retire young”.

Maka seperti yang ada boleh jangka, tajuk penulisan pada kali ini diambil dari takrifan pemasaran berbilang tingkat atau lebih dikenali sebagai “Multi Level Marketing”.

Pelan perniagaan

Untuk menjual sesuatu produk atau pelan perniagaan kepada orang-orang Melayu, modus operandi yang biasa digunakan sangatlah mudah.

Cara pertama ialah dengan menjanjikan pulangan besar tanpa melakukan apa-apa kerja. Untuk meyakinkan bakal pelabur anda hanya perlu memandu sebuah kereta buatan Jerman sewaktu berjumpa dengannya sambil memakai jam mahal tiruan bersaiz besar yang dibeli dari Danau Kota.

Cara kedua yang agak efektif juga ialah dengan mengislamkan produk atau pelan perniagaan, contohnya seperti Epal Doa, Jus Kedondong Tok Guru atau Makanan Kesihatan Habbatul Sauda Formula Nabi.

Jangan risau, biasanya orang Melayu ini memang malas membuat kerja rumah, mereka akan lebih percaya kepada anda sekiranya anda menyelitkan satu dua ayat Quran atau perkataan Arab dalam pelan pemasaran anda, sebagai contoh anda boleh mengubah perkataan “Skim Piramid” kepada “Sistem Hibah Kebawah” dengan menerapkan konsep “Akad” dalam setiap transaksi perniagaan.

Dari penjualan ubat-ubatan yang harganya jauh tinggi dari pasaran, kepada pembelaan lintah hinggalah ke skim matawang asing kita lihat ramai yang rata-ratanya orang Melayu melibatkan diri hanya untuk rugi kerana tergilakan pulangan yang banyak dan mudah.

Untuk menyatakan bahawa mereka yang melibatkan diri dalam perkara seperti ini adalah golongan tidak berpelajaran adalah tidak tepat sama sekali, seringkali saya melihat sewaktu di zaman universiti para pelajar yang mendapat 10A dalam SPM dan mempunyai CGPA yang hebat-hebat dengan mudahnya melibatkan diri dengan skim perniagaan yang memerlukan anda hanya mencari tujuh pasang pelabur bertingkat yang diakhiri dengan bonus sebiji Mercedes.

Hukum perniagaan

Pelan pemasaran bertingkat atau Multi Level Marketing (MLM) bukanlah suatu skim cepat kaya, ianya ialah suatu kaedah perniagaan yang betul dan halal.

Malah sekiranya anda betul-betul mengkaji pelan perniagaan MLM, ianya sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah. Memang anda boleh jadi kaya dan berjaya melalui MLM dan ramai yang telah melakukanya namun bukan dengan hanya anda duduk dan goyang kaki sahaja, sesungguhnya pelan perniagaan atau “business plan” semata-mata bukan faktor yang menjanjikan kejayaan.

Sebelum anda terpengaruh dengan perkataan-perkataan yang canggih yang sering diselitkan dalam “business plan”, apa kata kita kembali kepada asas perniagaan.

Tak kisahlah apa perniagaan yang anda mahu lakukan, samaada ianya dalam bentuk perlaburan, pedagangan, pemasaran bertingkat atau apa-apa nama sekalipun, ianya pada akhirnya mesti jatuh kepada hukum asas perniagaan iaitu “Anda membuat duit dengan menawarkan samaada produk atau perkhidmatan”.

Sekiranya pelan perniagaan itu tidak pada akhirnya menawarkan keuntungan dengan penawaran produk atau perkhidmatan, maka ianya bukanlah perniagaan, ianya adalah suatu penipuan, tak kisahlah secanggih mana atau seArab mana sekalipun namanya, ianya mesti jatuh kepada asas yang telah dinyatakan di atas.

Sebagai contoh anda mahu melibatkan diri dengan melaburkan wang KWSP anda kedalam jongkong timah, tak kisahlah apa pelan perlaburan yang dinamakan pada akhirnya anda perlu nampak dengan jelas bagaiamana anda membuat untung.

Duit tidak akan datang begitu saja hanya kerana anda memegang jongkong timah dalam tangan, ianya perlu bertukar tangan, ianya perlu dijual untuk anda buat duit.

Sebagaiamana anda membeli sebuah rumah, walaupun nilainya naik tinggi mana sekali pun, anda tidak akan mendapat apa-apa pulangan selagi anda tidak menjual rumah berkenaan (produk) atau anda menyewakan kediaman itu (perkhidmatan).

Tanya sama hati

Kadang-kadang ada pelan perniagaan MLM yang menawarkan produk dan perkhidmatan tertentu dan sebelum anda terpengaruh dengan sesi motivasi atau kehebatan pelan perniagaan anda perlu tanya suatu soalan yang penting pada diri anda dahulu: adakah anda mahu beli barang yang anda bakal jual nanti?

Sering kita selalu lupa tentang produk itu sendiri kerana terlalu terkesima dengan kehebatan persembahan “Power Point” yang disertakan graf-graf dan gambar orang di hadapan kereta Mercedes tapi itu soalan pokok yang sangat penting.

Tanya pada diri anda, adakah benar-benar gelang magnetik ini akan membuat saya tahan lebih lama? Adakah betul pil kesihatan ini akan membuatkan saya lebih pandai? Adakah serbuk pencuci ini akan betul membuatkan kehidupan saya lebih mudah?

Soalan ini penting kerana, sekiranya produk yang anda jual itu anda sendiri tidak yakin untuk pakai atau beli maka ianya tidak akan berjaya dalam jangkamasa panjang.

Mungkin anda boleh buat duit dengan menawarkan “pelan perniagaan” ini kepada 20 orang lagi kerana mereka mahu terlibat dalam sistem perniagaan anda, akan tetapi sampai bila?

Malaysia bukan besar dan untuk pendapatan jangkamasa panjang, orang perlu mahu membeli produk anda berulang kali barulah ianya menjadi sebuah perniagaan yang mempunyai kesinambungan.

Ini kerana ada sesetengah MLM ianya hanyalah suatu skim yang membuatkan orang membeli suatu produk yang biasa dengan harga yang jauh lebih mahal dari pasaran dengan menyamarkan ia sebagai suatu pelan perniagaan yang hebat.

Kesimpulan

Sesungguhnya dengan hanya mencari tujuh pasang ahli atau menyimpan sesuatu komoditi tidak menjanjikan sebuah Mercedes di hujung hari.

Sesuatu yang berbaloi untuk dapat bukanlah semudah itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan sesuatu itu hanya kerana ianya dipakejkan sebagai sesuatu yang Islamik.

Saya bukan menentang atau memperkecilkan agama cuma saya ingin mengingatkan kepada anda semua bahawa ramai orang hari ini yang suka mempergunakan agama untuk memperdaya, tidak kira dalam perniagaan, politik atau kehidupan seharian.

Tak semestinya kalau ada sepotong ayat Quran atau ada menggunakan nama Arab maka ianya benar-benar mengikut Syariah.

Jangan takut untuk personal dan menyelidik dan jangan sesekali anda terpedaya dengan usul berhenti menggunakan akal atas alasan anda bukan golongan ulamak atau tuan guru. Sesungguhnya Allah (s.w.t) bagi kita akal untuk dipakai, bukan untuk dibuat pekasam.

Zaidel Baharuddin, seorang jurutera elektronik, boleh diikuti di WirawanWeb.com, lipassepi.blogspot.com atau @Sinatra_Z.

Tuesday, September 6, 2011

BLOGGER MELAYU ANTARA SERTAI DAP

POSTED BY ADMIN ON SEPTEMBER 5TH, 2011

DAP sedang aktif mempelawa beberapa blogger kalangan orang Melayu untuk menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu, kata pemimpin pusatnya Loke Siew Fook.Difahamkan pengumuman kemasukan mereka, dilihat sebagai perkembangan terbaru di sebalik peredaran landskap politik semasa, dijangka diumumkan secara rasmi dalam waktu terdekat, kemungkinan bulan ini.“Memang kita aktif mempelawa beberapa blogger kalangan masyarakat Melayu… tetapi masih dalam perbincangan, kita hanya dapat membuat pengumuman selepas cuti sambutan hari raya,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah ketika ditemui baru-baru ini.

Tanpa memberi butiran lanjut Loke, ketua Pemuda Sosialis DAP berkata, “kita sedang berbincang dengan beberapa individu, memang ada mendampingi mereka untuk menyertai DAP.”

“Sudah ada perbincangan awal dan mereka juga sudah menunjukkan perkembangan positif untuk menyertai DAP. Kami berharap kemasukan mereka akan memberi semangat untuk lebih ramai menyertai DAP,” katanya lagi.

Loke berkata ia sebahagian daripada pendekatan parti itu untuk membawa masuk pemimpin-pemimpin kalangan kaum Melayu dan Bumiputera menyertai DAP.

“Usaha ini dilakukan secara aktif, khususnya selepas pilihan raya umum 2008,” kata Loke sambil menambah, perundingan itu yang bertujan menarik pemimpin pelbagai lapisan dalam masyarakat Melayu untuk menganggotai parti itu.

Malah kata beliau, selain landskap politik baru negara memerlukan keperluan itu dipertingkatkan, malah kalangan orang Melayu dan Bumiputera sendiri melahirkan hasrat untuk menyertai parti berusia lebih empat dekad ini.

“Kami mengundang mereka yang boleh memberi tenaga kepada perkembanagn DAP daripada kalangan orang Melayu, dan di Sarawak Dayak… ini merupakan dua etnik khusus, yang DAP beri perhatian buat masa sekarang,” katanya.

Loke, antara pemimpin yang secara aktif terlibat dalam proses itu membawa masuk ahli-ahli kalangan Melayu dan kaum Dayak berkata, DAP tidak berhadapan masalah mendapatkan keahlian kalangan kaum India di Semenanjung dan juga masyarakat Kadazan di Sabah.

Majoriti ahli DAP buat masa sekarang adalah orang Cina.

Katanya, walaupun musuh-musuh politik mereka melabel DAP sebagai “parti kaum Cina”, tetapi umumnya “kami bangga untuk mengatakan bahawa DAP adalah sebuah parti rakyat Malaysia.”

“Kami sentiasa berjuang sebagai sebuah parti rakyat Malaysia… perkara ini sudah mula disedari oleh orang Melayu sendiri,” katanya yang memberi alasan sebab pihaknya mula diterima oleh kaum Melayu dan Bumiputera dengan terbuka – perkembangan yang dilihat sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya, DAP pernah ada pemimpin-pemimpin Melayu sebelum ini, antaranya Allahyarham Ahmad Nor, tetapi selepas kematian beliau, penekanan membawa masuk lebih ramai orang Melayu sebagai pemimpin ‘agar perlahan’ buat satu tempoh tertentu.

“Jadi, sekarang usaha ini dipertingkatkan dan diaktifkan di seluruh negara… sebab itu kita ada program ‘outreach’,” kata Loke lagi sambil menambah, “di peringkat Semenanjung, kami perlu berusaha untuk mendapatkan lebih ramai pemimpin Melayu.”

Katanya, pendekatan sejak kebelakangan ini merupakan satu hala tuju baru yang tepat dan “saya juga memainkan peranan aktif untuk bertemu dan sama-sama menjemput mereka masuk ke dalam DAP.”

“Saya fikir bahawa sudah sampai masanya, DAP, kita berharap yang ini akan menjadi satu usaha berterusan terutama dengan kemasukan golongan cendekiawan Melayu… masuk ke dalam DAP, kami berharap proses ini akan menguatkan, dan memberi satu suntikan baru ke dalam DAP,” katanya lagi.

DAP menerima penyertaan terbaru iaitu tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar awal bulan lalu.


http://www.kl-today.com/2011/09/blogger-melayu-antara-sertai-dap/

Saturday, August 27, 2011

TIDAK DENGAR RAKYAT PUNCA MELAYU PECAH

POSTED BY ADMIN ON AUGUST 27TH, 2011

Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar), Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat. Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan.

“Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat… kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.

“Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan sebab itu perpecahan ini berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti baru-baru ini, Harussani berkata perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Tegas Agus, perpecahan Melayu boleh dielakkan sekiranya kerajaan menerima setiap kritikan dan pandangan berbeza yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja termasuk Pakatan Rakyat.

“Sedangkan kerajaan boleh lakukan pelbagai cara dan saya takut perpecahan orang Melayu ini akan meruntuhkan negara, kita ada ramai ahli akademik dan pembangkang yang memberikan pandangan tapi kerajaan tidak mahu dengar.

“Sekarang kita lihat tiada lagi orang Melayu yang berani untuk beri pandangan yang berbeza dengan kerajaan, ini yang menyebabkan kelemahan orang Melayu… kerajaan perlu berani mendengar pendapat yang berbeza,” katanya. Tambah beliau:

“Tiada guna adanya ahli akademik kalau semua jadi pak angguk.”

Agus menambah isu perpecahan Melayu bukan isu politik dan pandangan Harussani perlu diambil berat.

“Ini bukan isu politik, ini pandangan mufti untuk beritahu kenapa orang Melayu lemah dan berpecah.

“Saya setuju dengan pandangan Harusani itu, ia adalah pandangan yang baik tapi kerajaan tidak mahu terima,” katanya.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil membuat penjelasan sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan Harussani itu.

“Apa yang dikatakan Harussani itu antara sebab mengapa wujud perpecahan, barangkali perdana menteri perlu mengeluarkan kenyataan balas sama ada beliau setuju dengan pandangan mufti Perak itu atau tidak.

“Penjelasan harus diberikan supaya tiada lagi spekulasi lain kerana ia keluar daripada Harussani,” katanya.

Jelas beliau, banyak faktor yang menyebabkan perpecahan orang Melayu berlaku bukan hanya tiga perkara yang dibangkitkan Harussani.

“Bagi saya perpecahan orang Melayu itu mungkin berpunca daripada parti politik macam PAS dan Umno dan saya rasa kalau kedua-dua parti ini duduk bertemu perkara ini boleh diatasi.

“Sebab isunya sekarang adalah Melayu-Islam, utamakan perpaduan dan ketepikan fahaman politik dan titik imbangan itu, ini bukan kerjasama politik tapi untuk perpaduan orang Melayu,” katanya.


http://www.kl-today.com/2011/08/enggan-dengar-rakyat-punca-melayu-pecah/

PKR: Kenyataan mufti bukti Anwar tak pecah Melayu

Ogos 26, 11 11:33am

Kenyataan mufti Perak bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

NONEKetua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty sebaliknya mendakwa, perpecahan Melayu-Islam pada masa kini berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno.

Katanya, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur (kanan).

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu."

Tan Sri Harussani Zakaria dalam forum di Shah Alam kelmarin mendedahkan, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang tiga kelemahan dalam kerajaan pimpinnya itu.

Harussani juga mendedahkan menasihatkan Dr Mahathir supaya tidak memecat Anwar sebagai timbalannya ketika itu kerana dengan pengaruhnya yang bukan sedikit akan mengakibatkan orang Melayu berpecah.

Dalam kenyatannya hari ini, Dr Muhammad Nur berkata, sempena hari-hari terakhir Ramadan, PKR menyeru pemimpin Umno menghentikan kezaliman pada Anwar "demi perpaduan ummah" dan seluruh masyarakat.

"Kita berkeyakinan penuh bahawa selagi kezaliman terhadap DSAI (Anwar) tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas," katanya.


http://malaysiakini.com/news/174151

Thursday, August 25, 2011

Mufti: Melayu berpecah kerana k'jaan rasuah

Mufti: Melayu berpecah kerana k'jaan rasuah
Jimadie Shah Othman
Ogos 24, 11
3:21pm


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah."

ulama politik forum at sinar harian 240811 harussani zakaria"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi.

Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja".

Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi.

Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu.

Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan.

azlanPerkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya.

Tak ingat

"(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat).

"Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat," kata Harussani.

abdullah badawi leaving palacePada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu.

Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir.

"Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam.

NONEDua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:

"Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."

Ketawa besar

Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.

Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).

NONE"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.

Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.

"Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan".


http://malaysiakini.com/news/173977

Mufti: Najib teruskan perpecahan Melayu

Posted by admin on August 24th, 2011

Tan Sri Harussani Zakaria buat pertama kali mendedahkan beliau pernah menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan tiga perkara menyentuh perpecahan orang Melayu yang berterusan – banyak diperkatakan sejak pilihan raya umum 2008.Tanpa menyebut bila pertemuan dengan Najib diadakan, Mufti Perak ini berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

“Saya kata (kepada Najib) perpecahan Melayu yang berlaku ini disebabkan kerajaan yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah,” katanya pada pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran Sinar Harian hari ini.

Pada majlis itu, Harussani juga berkata orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Najib menjadi perdana menteri keenam pada April 2009, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kata Harussani, berbeza dengan Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua itu melaksanakan tiga perkara yang bercanggah dengan hukum Islam.

“Perayaan Thaipusam hanya setahun sekali tapi di Pulau Pinang sebulan sekali, mereka masuk ke kampung Melayu… dalam perlembagaan Islam agama negara tapi agama lain bebas diamalkan di kalangan mereka sedangkan di kampung itu hanya ada seorang (yang beragama) Hindu tapi masuk ke kampung Melayu… saya jumpa Abdul Razak dan dengar apa yang saya katakan.

“Kedua 14 tokong yang guna nama-nama Melayu, saya tunjuk gambar (kepada Abdul Razak)… kes sama di Pulau Pinang, kemudian semua dibuang dan ketiga kongsi raya, saya kata syirik, saya kata kita raya kita, sesama kita, kemudian masing-masing sambut raya masing-masing,” katanya.

Bagaiamanapun kata Harussani, beliau pernah mencadangkan tiga perkara kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.

Beliau tidak menggariskan tiga perkara yang dimaksudkan.

Sebelum ini isu perpecahan Melayu acap kali dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.

Harussani sebelum ini berkata pernah melahirkan mahu menjadi orang tengah untuk membincangkan kerjasama politik antara Umno dan PAS.

“Banyak perkara saya minta, Dr Mahathir tidak lakukan, (ada juga) yang beliau dengar dan lakukan (mengikut) nasihat saya, tetapi ada tiga perkara beliau tidak melakukannya. Yang pertama bila nak pecat Anwar, saya nasihat agar jangan bertindak demikian (kerana) pengaruh Anwar bukan sikit dan ini mampu memecah belahkan Melayu.

“Bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri dan menteri kewangan) buat rombakan kabinet, letak di kementerian lain… tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,”ujar Harussani.

Baru-baru ini Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.

“Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik malah dalam NGO juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.

“Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat… agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa,” katanya.

Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.

Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.


http://www.kl-today.com/2011/08/mufti-najib-teruskan-perpecahan-melayu/

Saturday, August 20, 2011

Dr M bimbang umat Islam di M'sia berpecah tiga

Ogos 19, 11 11:58am

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, umat Islam di negara ini kini berpecah kepada tiga dan jika ia berterusan ia akan memberi peluang kepada campur tangan asing di negara ini.

Katanya tiga puak orang Islam yang ada di negara ini sebenarnya “berperang" sesama sendiri walaupun tidak menggunakan senjata seperti di beberapa negara Islam lain yang telah berpecah.

NONE"Kerana berpecah-belah kita menjadi lemah. Kita mungkin lupa 55 tahun dulu, semua orang Islam dan Melayu di negara ini berjuang untuk kemerdekaan dan (menentang) Malayan Union.

"Masa itu umat Islam memang lemah tetapi kita dapat tumpaskan Malayan Union kerana kita bersatu padu. Walaupun tiada wang ringgit dan kekuatan lain tetapi kerana bersatu kita boleh mengalah Malayan Union,” katanya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ehsan, Batu 3, Kodiang, dekat Jerlun malam semalam.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anaknya Datuk Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Ahli Parlimen Jerlun.

Dr Mahathir berkata, banyak negara Islam kini bermasalah seperti berperang sesama sendiri, berperang mempertahankan negara daripada orang asing dan berhadapan dengan masalah kebuluran.

"Inilah yang berlaku di kebanyakan negara Islam. Di negara-negara mereka, perpecahan berlaku di kalangan rakyat. Akhirnya umat Islam menjadi lemah dan orang asing ambil kesempatan kuasai orang Islam.

Bila umat Islam berpecah mereka sebenarnya tidak dapat mempertahankan negara kerana tentera dan senjata tidak mencukupi, kewangan tak kukuh. Orang asing campur tangan dan cuba jatuhkan kerajaan-kerajaan itu,” katanya.

Dr Mahathir berkata hanya perpaduan yang boleh menjadi benteng untuk mempertahankan negara ini daripada campur tangan kuasa asing.

"Kalau tak bersatu, kita akan jadi seperti orang Islam di negara-negara lain. Kita kena berusaha untuk menentukan nasib orang Islam tidak jadi buruk kerana perpecahan kita,” katanya.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/173493

Wednesday, August 17, 2011

Umno, DEB dan Melayu Tanjung

Ahmad Tajdid

BARU-BARU ini Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa masyarakat Melayu di negeri itu supaya mengukuhkan sokongan kepada BN agar gabungan Umno, Gerakan, MCA dan MIC negeri itu dapat kembali berkuasa di negeri itu bagi "mempertahankan hak orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang".

Presidennya, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan negeri sekarang ini terlalu takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

"Terdapat dua orang pemimpin Melayu dalam exco kerajaan negeri tetapi mereka gagal membantu orang Melayu kerana terlalu sibuk bermain politik," katanya pada sidang akhbar di sini.

Rahmad berkata bahawa jika BN menang pada pilihan raya umum di negeri itu, orang Melayu akan mempunyai empat exco Melayu termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri.

Katanya ini berdasarkan kepada senarai exco kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berharap penduduk Pulau Pinang terutama orang Melayu supaya memikirkan dengan bijak semasa mengundi nanti demi masa depan sosio-ekonomi mereka.

"Setakat ini tiada langsung sumbangan daripada pemimpin Melayu dalam kerajaan pimpinan DAP sekarang untuk memperjuangkan kedudukan Melayu. Ini amat membimbangkan orang Melayu Pulau Pinang," kata Rahmad.

Laporan Bernama itu memang menarik untuk diulas. Apatah lagi apabila ia berkaitan dengan nasib Melayu dan Bumiputera.

Sebelum DAP dan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Pulau Mutiara itu, Umno dan sekutu BN-nya telah mentadbir negeri itu lebih dari lima dekad. Dengan wakil yang ramai dalam kerajaan negeri dan diberi kerusi Timbalan Ketua Menteri, Exco kanan dan Exco negeri, Umno masih gagal meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu Tanjung.

Kegagalan Umno-BN ini nampaknya tidak menginsafkan Rahmad dan kongres yang dipimpinnya. Mereka tetap mahukan orang Melayu di negeri itu meletakkan harapan kepada parti yang selama ini telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

Tanpa mahu mengulas lanjut, diperturunkan kembali artikel berhubung nasib Melayu Tanjung bertajuk "UDA khianati DEB dan Melayu Tanjung" yang pernah disiarkan Harakah untuk renungan Rahmad, anggota KMPP dan Melayu Tanjung seluruhnya:

TIDAK banyak yang diperkatakan tentang nasib Melayu Tanjung (yang menetap di bahagian pulau, Pulau Pinang) ketika negeri itu ditadbir BN. Selama lebih lima dekad, topik perbincangan tentang Melayu Tanjung hanya berkisar tentang boria dan nasi kandar. Jarang perbincangan tentang nasib Melayu Tanjung dipaparkan media kerana ia perkara sensitif yang dikhuatiri meletakkan BN di 'kandang orang salah'.

Hanya setelah Pulau Pinang beralih angin kepada Pakatan Rakyat, nasib Melayu Tanjung mula diperkatakan umum. Kerisauan berkisar tentang kerajaan negeri pimpinan DAP yang kononnya banyak mengetepikan kepentingan Melayu Tanjung. Benarkah dakwaan itu?

Wakil Harakah, AHMAD TAJDID dan MOHD SABRI SAID menemubual aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Tanjung Tokong, MOHD SALEH YAHYA bagi membongkar punca sebenar proses marginalisasi Melayu Tanjung khususnya isu pembangunan di penempatan Melayu di Tanjung Tokong. Pertemuan berlangsung di Masjid Negeri Pulau Pinang, 17 Mac 2011.

---------

BAGI Mohd Saleh antara pihak yang patut dipertanggungjawabkan terhadap nasib Melayu Tanjung yang semakin terpinggir adalah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). Malah UDA yang ditubuhkan atas semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal berfungsi sebagai agensi yang diberi tanggung jawab menyusun dan menempatkan semula Melayu di kawasan bandar.

UDA ditubuhkan pada tahun 1971 di atas semangat DEB manakala Tanjung Tokong adalah antara projek terawalnya. Kepentingan Tanjung Tokong dalam pelasanaan DEB, jelasnya dilihat apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Husein sendiri turun padang melawat perkampungan itu pada 10 April 1972.

"Beliau sendiri mengumumkan rancangan kerajaan yang terbesar di sini.
Projek disasarkan selama 20 tahun dan menjelang 1990 dijangka selesai. Malangnya yang sebaliknya berlaku," ujarnya.

Menurut Saleh, sepanjang tempoh itu, sejumlah 37 agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah dengan sengaja menggagalkan rancangan asal Tun Razak dan mengubah kampung asal Tanjung Tokong menjadi kampung yang kucar-kacir susun aturnya.

"Tanah diperolehi daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dengan harga tukar syarat yang minima. Tujuannya untuk memulih, memperbaharui dan membangunkan semula kampung tradisi itu supaya sesuai dengan pola penghidupan di bandar.

"Selepas 37 tahun Kampung Warisan Melayu yang berusia 200 tahun lebih telah ditukar oleh UDA menjadi kawasan setinggan. Semuanya berpunca daripada pengabaian, penyelewengan dan pengkhianatan UDA. Agensi dan GLC yang dipertanggungjawabkan telah mengkhianati DEB dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang," jelasnya.

Menurut beliau, Tanjung Tokong sebenarnya boleh dipulihkan tetapi sengaja ditinggalkan kerana motif keuntungan. Apabila nilai tanah melambung, penduduk asal kampung itu dianggap tidak layak tinggal lagi di tapak asal dan perlu dipindahkan.

"Mereka dipaksa pindah kerana tanah itu mahu dibangunkan untuk projek komersial sedangkan pembangunan yang dirancang tidak dibuat untuk mereka," kesal beliau.

Baginya, UDA telah melupakan tanggung jawab sosial untuk membantu Melayu Tanjung kerana badan itu telah diresapi unsur komersil dan kronisme.

"Kini UDA lebih menumpukan projek komersil yang memberi keuntungan dengan melupakan tanggung jawab sosialnya yang asal. GLC itu hanya bercakap dan bercakap sahaja. Hakikatnya projek untuk orang Melayu tidak ada.

"Tapak gerai penjaja untuk rakyat juga akan dilenyapkan bagi membina projek rumah kedai berharga jutaan ringgit. Sedangkan rakyat menuntut rumah kerana penduduk yang tidak berumah ramai bilangannya," ujar beliau.

Apa yang dikesalkan, tambahnya sejak 1990 hingga kini, penduduk asal Tanjung Tokong dianggap sebagai antipembangunan, sedangkan UDA langsung tidak mempedulikan pembangunan di kampung itu.

"Penduduk dibiarkan membina rumah sesuka hati. Jadi stuktur dan susun atur kampung yang pada mulanya tersusun dibiarkan rosak dengan sengaja tanpa mengadakan peluang perumahan untuk rakyat yang terperangkap dalam trauma Melayu terpinggir," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan UDA memanfaatkan kawasan tebus guna tanah seluas 54 ekar bagi projek penempatan penduduk sedangkan kawasan itu diperolehi atas alasan untuk membangunkan Kampung Tanjung Tokong.
"Nyata UDA tidak sama sekali membuat apa pun projek perumahan rakyat di atas tanah tebus guna tersebut hingga kini," katanya.

Kini tambahnya, timbul pula isu baru apabila cadangan kawasan penempatan semula gerai penjaja Tanjong Tokong hendak dilenyapkan bagi memberi laluan kepada projek rumah kedai berharga jutaan ringgit.

Penduduk asal Tanjung Tokong, katanya mahukan perumahan dan kompleks niaga yang selaras dengan keupayaan mereka, bukannya projek rumah kedai yang tidak mampu dimiliki.

Beliau juga kesal dengan tindakan UDA mengisytiharkan tanah milik penduduk sebagai kawasan setinggan dan mengarahkan mereka mengosongkan tanah yang telah diduduki sekian lama.

"Tanah Kampung Tanjung Tokong kini bernilai ratusan juta ringgit dan bertaraf 'prime area' dengan harga RM400 hingga RM500 sekaki persegi.
"Langkah mengisytiharkan seluruh kawasan Tanjung Tokong sebagai kawasan setinggan bertujuan mengelakkan UDA daripada membayar sebarang pampasan kepada penduduk," katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau mewakili penduduk asal Tanjung Tokong mahukan perkampungan mereka dijadikan 'kampung warisan' kerana ia wujud sebelum kedatangan penjajah British.

"Sepanjang penglibatan UDA selama 37 tahun, ia langsung mengetepikan keperluan rakyat yang paling asasi. Sehingga kini Tanjong Tokong masih tidak mempunyai pasar, pejabat Pos, dewan orang ramai dan padang awam. Penduduk berniaga di atas jalan raya.

"Sebelumnya ada pasar, selepas penglibatan UDA ditiadakan. Itulah kejayaan terbesar UDA menghilangkan keperluan asasi penduduk," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya menuntut agar tanah tapak gerai Tanjong Tokong di kawasan tanah tebus guna laut di hadapan Masjid Qarwa diperuntukkan untuk pembangunan perumahan rakyat di bawah RMK10 dengan segala keperluan asas.

Menurut beliau, kini terdapat 1,500 kelamin yang tidak berumah di Tanjung Tokong.

UDA jelasnya, perlu memulangkan sebahagian tanah yang diperolehi dengan percuma kepada rakyat. Biarkan kerajaan melaksanakan sepenuhnya projek perumahan di bawah RMK-10.

"Jika peruntukan diberi kepada UDA mungkin akan disapu oleh kroni dan projek belum tentu terlaksana," ujar beliau.

Beliau yakin kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mampu melaksanakan projek perumahan untuk rakyat yang gagal dilaksanakan UDA.

"Kerajaan perlu melaksanakan fungsi sosial dengan agresif di sini kerana pembangunan komersial yang mengetepikan peluang rakyat untuk terlibat sangat ketara.

"Rakyat yang telah terpinggir daripada arus pembangunan perdana kini akan dipinggirkan lagi dari kawasan asal penempatan mereka," jelasnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4917-umno-deb-dan-melayu-tanjung

Friday, August 5, 2011

Kadar Melayu Pulau Pinang semakin susut

Posted by admin on August 4th, 2011

Masyarakat Melayu di Pulau Pinang semakin berkurangan iaitu daripada 654,300 orang pada 2009 kepada 636,136 pada tahun lalu.Sebaliknya, kaum Cina kini sah merupakan kaum majoriti di negeri ini selepas merekodkan kependudukan sebanyak 42.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negeri tersebut, ataupun 2.2 peratus melebihi kaum Melayu. Menurut laporan terkini Bahagian Statistik dari Jabatan Perangkaan, bilangan orang Cina di Pulau Pinang ialah 670,400 orang berbanding dengan 639,136 orang Melayu pada tahun lalu.

Dari segi peratusan, kaum Cina merangkumi 42.9 peratus daripada 1.5 juta penduduk di Pulau Pinang, diikuti oleh kaum Melayu dengan 40.7 peratus dan kaum India (9.8 peratus).

Lain-lain bangsa yang terdiri daripada bukan warganegara dan Bumiputera pula merekodkan 6.6 peratus daripada jumlah penduduk.

Laporan bertajuk Taburan Penduduk dan Sifat-Sifat Asas Demografi 2010 itu adalah berdasarkan banci yang dijalankan di seluruh negara pada tahun lalu.

Pada 2009, penduduk Melayu adalah sebanyak 654,300 orang, melebihi orang Cina seramai 651,600 atau perbezaan sebanyak 0.1 peratus.

Ia turut menyatakan masyarakat India meningkat daripada 153,100 orang kepada 155,600 orang pada 2009.

Penduduk Pulau Pinang berkurangan sebanyak satu peratus berbanding dengan tahun lalu.

Kumpulan pada peringkat umur 25 hingga 29 tahun mempunyai bilangan penduduk paling ramai iaitu 151,735 orang.

Bilangan lelaki melebihi wanita di negeri tersebut dengan lelaki mencatatkan sebanyak 782,061 orang manakala wanita (779,322 orang).

Laporan tersebut boleh diperoleh di laman web jabatan http://www.statistics.gov.my/portal/index.phpoption=com_content&view=article&id=363&Itemid=149&lang=en#8.

Sementara itu, Setiausaha MCA negeri, Lau Chiek Tuan berkata, peningkatan penduduk Cina di negeri ini berkemungkinan berpunca daripada lebih ramai yang berhijrah ke negeri tersebut.

“Peluang pekerjaan di Pulau Pinang berkemungkinan merupakan salah satu faktor migrasi ke negeri tersebut selain peningkatan mereka yang dilahirkan di negeri tersebut,” katanya.

Tambahnya, lebih banyak orang Melayu berhijrah ke negeri lain turut menyumbang kepada penurunan saiz kaum tersebut di Pulau Pinang.


http://www.kl-today.com/2011/08/kadar-melayu-pulau-pinang-semakin-susut/

Sunday, July 24, 2011

Bersih & Nakba orang Melayu

Hishamuddin Rais
Jul 19, 11
5:40pm

Maka pada pagi yang mulia ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu-cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya; agar cucu-cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di kurun masehi ke-21 ini.

Biarlah hamba menjadi tok perawi yang sahih, membawa kisah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu-cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kisahkanlah hendaknya. Amin.

Wahai anak cucu-cicit sekalian, kisahnya bermula dari sini:

Di negeri Arab Palestin berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestin dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestin melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.

Kesedihan orang Palestin itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku-sakatnya.

Inilah malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini.

Semenjak malapetaka ini sampai, hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah dibodoh-bodohkan. Orang Melayu telah digula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampun, inilah malapetaka. Inilah Nakba.

Adalah hendak dijadikan cerita, hamba hanyalah tok perawi yang membawa kisah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri.

Telah terdengar kisah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihan raya setiap kali.

Maka nujum dan pawang pun dipanggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang.

Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari-hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika.

Saat itulah saat gembira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang bersih disalut oleh hati yang bersih.

Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita.

Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita.

Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkanlah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa.

Pemikir dan soldadu mendapat upah, mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu dibodoh-bodohkan.

Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata.

Adalah mengikut surah ini si mamat ini bangang lagilah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng, mukanya pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan buntut tersadai.

Si mamat ini disurahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau di dalam parit tetapi ditepi busut, di sebalah kedai Kentucky tak jauh dari tempat mat pet berjual beli.

Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang-layang memenggal leher ibu dan abang.

Tidak cukup dengan kisah bom dan parang di tepi Sogo, datang pula kesah seorang mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun.

Bukan di Kerinchi, bukan di Pandan tetapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak di sebelah kuil Cina. Mengikut kisahnya, si mamat ini sedang berusaha menanam parang, bom dan senjata.

Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kisahkan lagi. Inilah cara, inilah gaya, inilah teknik, inilah strategi untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya.

Adalah bom, adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya bersih membawa senjata.

Inilah tipu, inilah helah. Inilah rupa kerja manusia yang di waktu siangnya dia menipu, di waktu malamnya dia menjarah. Biarlah di sini hamba memanjangkan surah. Wahai abang- abang dan kakak-kakak, sila lihat, sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov.

Aduhai bodohlah SB yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar.

Tidak cukup dengan ini, tipu helah gerombolan terbongkarlah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov cocktail, carilah surah.

Bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishamudin. Molotov cocktail perlu botol kaca. Botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring.

Aduhai segala hamba Allah, berita yang dirancang oleh gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa penutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung sang puteri.

Apakah otak, apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hamba yang menjadi tok perawi kini jadi serba salah. Nak menangis pun ada, nak tersenyum pun salah.

Tidak cukup dengan ini, seantero negeri pun mula diberitahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berlegar liar. Jalan di kawal siang dan malam. Bas di tahan kereta diperiksa.

Kad pengenalan wajib ada. Beg di buka kereta digeledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah.

Maka akan tercatitlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral, ada yang mula berkata, tugas tentera bukan untuk gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat, orang kampung, sanak saudara, sahabat dan taulan.

Mengikut tuan yang empunya ceritera, apabila Najib diberitahu duduk perkara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih, kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera.

Hambo sebagai tok perawi tidak mahu berlagak sombong. Hamba hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa, adik dan kakak jangan senyum, tapi ketawalah terbahak-bahak. Hamba nak royak kisah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak.

Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut.

Semua mula berkata: "Kami tak takut."

Auta Perkasa sudah terserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak. Jangan menuduh hamba ini tok perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita.

Perkasa lesap hilang entah ke mana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir, berkelintau memukau, akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah.

Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hamba diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka menantu ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangladesh diberi upah pakai baju merah.

Tak cukup dengan Mat Bangladesh, si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai, mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki.

Kepada cucu-cicit yang akan datang zaman berzaman, marilah kita belajar dari alkisah ini. Hendaknya kisah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut, dari laman ke laman, dari blog ke blog, dari Twitter ke Twitter.

Di akhirnya, ini hamba sebagai tok pewaris ingin mengundur diri. Hamba di sini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan malapetka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan.

Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datanglah taufan, datanglah Perkasa, datanglah silat, datanglah Patriot.

Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah malapetaka busuk ini, pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa-apa, Bersih akan turun ke jalan sekali lagi.


http://malaysiakini.com/columns/170403

Saturday, July 23, 2011

Perpaduan hilang kerana memerintah tak betul

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Rakyat di negara ini diingatkan agar tidak lagi berpeluk tubuh dengan menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata.

Sebaliknya, setiap warga negara yang berfikiran benar dan saksama perlu bertindak segera sebelum keadaan itu sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara selama ini hancur dan musnah.

Presiden sebuah NGO yang baru ditubuhkan, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah berkata, setiap warga negara Malaysia yang tulus, prihatin dan bertanggungjawab tidak boleh menunggu lagi untuk melakukan perubahan dari sekarang sebelum terlambat.

Menurut beliau, setiap rakyat negara ini tidak boleh membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoroti yang berkepentingan.

Katanya, sejak sebelum kemerdekaan sehingga sepanjang tempoh 54 tahun lalu, Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni dan timbang rasa antara satu sama lain.

"Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luar biasa sifatnya. Sejak dulu, kita dapati interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau timbang rasa keagamaan tidak pernah menjadi masalah kita," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini, hari ini.

Berkali-kali pada masa-masa dahulu, menurut beliau, Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau 'model' negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu.

"Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kita yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya.

"Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi, sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari, tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini," tegasnya.

Oleh itu, katanya, kini sudah tiba masanya untuk setiap rakyat Malaysia mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat itu dan jangan lagi diteruskan sindrom penafian terhadap keadaan itu untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenarnya.

"Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari.

"Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan," ujarnya.

Penubuhan Amanah, tegas beliau, adalah untuk menggembelingkan suara dan tenaga seluruh rakyat negara ini dalam usaha menentang wabak rasuah, kronosme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran yang dilakukan oleh para pemimpin negara.

Katanya, keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar, mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini, mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya.

"Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit dan keseluruhan dasar pembangunan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu 'di-remodel' sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa.

"Kita akan mempromosi visi Tunku Abdul Rahman tentang pembinaan atau pewujudan 'Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu'.

"Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan, tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara," ujar beliau.

Dalam merealisasikan perjuangan NGO yang baru ditubuhkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dibantu oleh 6 orang Timbalan Presiden Amanah yang terdiri daripada Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Dr Ong Tee Keat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis.

Manakala Naib Presiden Amanah pula terdiri daripada Wan Saiful Wan Jan, Dr Patau Rubis, Ong Hock Siew, Datuk Mohd Azmi Razak, Ragunath Kesavan, Tan Sri Simon Sipaun dan Mohd Lukhman Ghani.

Penubuhan dan pelancaran Amanah ternyata amat disenangi dan ditunggu-tunggu oleh orang ramai, apabila majlis pelancarannya begitu meriah dengan kehadiran ratusan orang ramai yang mewakili pelbagai bidang termasuk ahli-ahli politik, budaya, ekonomi, sejarah dan pelbagai bidang lain.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4499-perpaduan-hilang-kerana-memerintah-tak-betul-

Melayu bukan rasis, kata Ku Li

Melayu bukan rasis, kata Ku Li
Joseph Sipalan
Jul 22, 11
1:38pm


Orang Melayu dan juga kaum-kaum lain di negara ini - "tidak rasis dan tidak pernah rasis" tetapi mereka bersikap perkauman kerana dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ʻkomunalisʼ, yakni kaum yang bersikap perkauman, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

tengku razaleigh speech 110310 02“Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Ê»Islamikʼ mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad SAW berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah,” katanya ketika melancarkan NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka, hari ini.

“Kita berkumpul di sini... pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik.

“Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Sehubungan itu, bekas pemimpin Umno dan ahli parlimen Gua Musang itu berkata warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama tidak harus berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman di negara ini.

“Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah.

“Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

Sekitar 300 orang menghadiri pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur hari ini.

Antara mereka termasuk presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan bekas presiden and bekas Transparency International Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam.

Berikut ucapan penuhnya:

Izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada saudara saudari sekalian, para rakan sealiran dan sahabat sekalian, ke majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH ini. Saya berasa amat terhutang budi atas kehadiran saudara sekalian pada hari ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan yang membantu untuk menjayakan Majlis Pelancaran ini. Saya percaya bahawa di hujung jalan yang kita mulai dengan langkah awal ini, kita akan dituntut untuk membuat beberapa pilihan yang sangat penting bagi masa depan negara kita – pilihan yang mesti kita buat tidak kira apakah masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi.

Pagi ini mungkin merupakan suatu peristiwa sosial yang biasa sahaja dalam lanskap (senario) seharian Malaysia atau ia mungkin juga boleh merupakan suatu permulaan dalam perjalanan ke arah sesuatu yang belum pernah terjadi, yang mungkin dapat mengubah arus arah tuju masa depan negara kita.

2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik.

Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita.

Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan
minoriti yang berkepentingan. Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak
pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau model negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi – sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari – tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar.

4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau.

5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan.

6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: “Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan”. Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata: “Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri”. Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata “Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar”. Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, Berhentilah! Cukuplah! Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu.

7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: “Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain – Melayu, Cina, Indla, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi – Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin
dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia...”

8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita – dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.

9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan. Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan
apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris OICÊ. Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia. Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain untuk mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini: Saya pernah berkata, “Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tengku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka. Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut. Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka. Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan. Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka?

11. “Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Kambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah. Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luarbiasa. Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot.” Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas.

12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas.

13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini.

14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, “dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini.

15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar – mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini – mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu di-remodel sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara.

16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu – demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai komunalis yakni kaum yang bersikap perkauman. Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Islamik mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke
zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya). .

17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.

18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai isi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakkan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula. Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat ʻmenjangkitʼ ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini.

19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): “Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)”. Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita – usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.

20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia. Terima kasih.


http://malaysiakini.com/news/170704

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...