Showing posts with label Isu Iklan Seksi. Show all posts
Showing posts with label Isu Iklan Seksi. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Iklan raya seksi Nurul?

Posted by admin on August 20th, 2011

Pihak pengurusan penyanyi Nurul Wahab meminta maaf berhubung isu penyiaran iklan promosi hari Raya pusat pengurusan badan, Glow-Glamour yang memapar penyanyi itu berpakaian terdedah.Menurut pengurusnya, Badrul Hashim, Nurul yang merupakan duta Glow-Glamour tidak mengetahui mengenai iklan tersebut termasuklah gambar yang dipaparkan oleh pihak pengeluar produk itu.

“Memang sebelum ini Nurul ada mengambil beberapa gambar termasuklah gambar yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya bagi tujuan promosi Glow-Glamour pada masa akan datang.

“Tetapi Nurul tidak tahu gambar yang terdedah pula menjadi pilihan untuk dipaparkan pada iklan tersebut,” katanya di sini, Jumaat.

Tambah Badrul, dia telah pun berjumpa dengan pihak Glow Glamour untuk bertanyakan isu tersebut dan pusat pengurusan badan itu meminta maaf atas kesilapan memilih gambar yang tidak sesuai untuk iklan promosi raya.

“Setelah berbincang, mereka telah meminta maaf dan tidak tahu perkara ini boleh menjadi sensitif dan tidak sesuai bagi tujuan promosi Ramadan dan Aidilfitri, tambah pula ada gambar masjid pada paparan iklan Hari Raya itu.

“Malah pusat pelangsingan badan itu telah menarik balik iklan tersebut dan membuat permohonan maaf menerusi laman web mereka dan di akaun Facebook,” jelasnya.

Ditanya apakah reaksi Nurul apabila isu iklan tersebut dibangkitkan, penyanyi itu yakin dia tidak bersalah dengan hal itu cuma risau reputasinya tercalar.

Nurul kini berada di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri sebuah sidang perniagaan.


http://www.kl-today.com/2011/08/iklan-raya-seksi-nurul/

Friday, August 19, 2011

Iklan seksi: Hormati kemuliaan Ramadhan

Nasrudin Hassan


Jangan Cemarinya dengan Mungkar.

1. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa pihak tertentu yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah MESTI menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.

2. Jangan kerana keghairahan mempromosi sesuatu produk menjelang Aidil Fitri, individu atau syarikat terbabit tergamak melampaui sentimen beragama dan kemuliaan bulan Ramadhan al Mubarak. Mengaut keuntungan dalam perniagaan adalah dibenarkan oleh syara' namun memperalatkan aurat wanita dan mengeksploitasinya untuk melariskan sesuatu produk adalah suatu yang bertentangan dengan agama dan mengundang kkemurkaan Allah swt.

3. Apa ertinya hasil keuntungan di bina atas perbuatan dan tindakan yang haram dan dimurkai oleh Alllah swt. Kelak harta itu akan menjadi bahan bakar yang membinasakan diri mereka sendiri. Sedang rezeki yang dicari secara halal itulah akan membawa berkat, kejayaan dan keuntungan yang diredhai oleh Allah swt.

4. Iklan seperti ini telah mem"bakar" perasaan ummat Islam dan tidak mustahil boleh mencetus kemarahan mereka. Sementelah pula ia diiklankan di bulan Ramadhan dengan model yang juga beragama Islam. Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.

5. Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? pula kemana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita. Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah ?

6. Selayaknya pihak berkuasa agama seperti JAKIM mesti peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam. Selain budaya, hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan sebagainya, iklan sebegini juga boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya perlecehan moral dan peribadi muslimah yang bermaruah.

7. Kita mahu negara kita sejahtera dan aman serta mendapat keampunan Allah swt. Bukan sahaja kita mahu negara kita indah dengan hijau dan segar dengan flora, tetapi juga kita mahu negara yang berkat dan diredhai oleh Allah swt dengan bebas dari unsur - unsur mungkar dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

8. Tidak hairanlah jika semakin hari semakin ramai anak gadis dan wanita kita tidak menutup aurat malah semakin seksi mereka berpakaian sekali pun di khalayak ramai kerana terpengaruh dan terikut - ikut rentak idola mereka yang di potretkan pada iklan, demikian juga lakonan - lakonan menerusi filem dan video klip yang turut menonjolkan cara berpakaian yang sangat menjolok mata.

9. Secara umumnya, semua pihak bertanggungjawab tanpa perlu kita mengharapkan atau menyalahkan hanya pihak - pihak tertentu. Tetapi selaku pihak berkuasa, kerajaan melalui kementerian, agensi atau jabatan terbabit mestilah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan negara dari rambu - rambu dosa dan mungkar seperti ini.

10. Dewan pemuda PAS mendesak supaya semua pihak mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan Persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular dan merosakkan aqal dan jiwa masyarakat dalam tempoh jangka panjang.

Rujuk Iklan yang dimaksudkan di sini :

http://www.facebook.com/notes/nasrudin-hassan/hormati-kemuliaan-ramadhan/237804989594098

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/4970-iklan-seksi-hormati-kemuliaan-ramadhan

Pemuda PAS desak iklan 'seksi' ditarik balik

Ogos 18, 11 9:07am

Dewan Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.

NONEKetuanya, Nasrudin Hassan di Facebook berkata semua pihak perlu mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular.

“Jangan kerana keghairahan mempromosi sesuatu produk menjelang Aidil Fitri, individu atau syarikat terbabit tergamak melampaui sentimen beragama dan kemuliaan bulan Ramadan al Mubarak.

“Mengaut keuntungan dalam perniagaan adalah dibenarkan oleh syara' namun memperalatkan aurat wanita dan mengeksploitasinya untuk melariskan sesuatu produk adalah suatu yang bertentangan dengan agama dan mengundang kkemurkaan Allah SWT,” tulis Nasrudin.

Beliau merujuk kepada iklan pelangsingan badan yang disiarkan di beberapa media arus perdana, khususnya yang berbahasa Melayu sepanjang bulan ramadan ini.

Katanya, iklan menjolok mata itu telah 'membakar' perasaan umat Islam dan tidak mustahil boleh mencetus kemarahan mereka.

NONELebih malang, katanya ia diiklankan pada bulan Ramadan dengan memaparkan model yang juga beragama Islam.

“Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.

“Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. Bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? Ke mana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita.

“Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah?” soal Nasrudin.

Ketua pemuda PAS itu juga membidas pihak berkuasa agama seperti JAKIM yang didakwa tidak peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam.

“Selain budaya, hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan sebagainya, iklan sebegini juga boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya perlecehan moral dan peribadi muslimah yang bermaruah.

“Kita mahu negara kita sejahtera dan aman serta mendapat keampunan Allah SWT. Bukan sahaja kita mahu negara kita indah dengan hijau dan segar dengan flora, tetapi juga kita mahu negara yang berkat dan diredhai oleh Allah dengan bebas dari unsur-unsur mungkar dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah,” katanya lagi.

malay muslim girl students tudungMenurut Nasrudin, tidak hairanlah jika semakin hari semakin ramai anak gadis dan wanita Islam tidak menutup aurat malah semakin seksi mereka berpakaian sekali pun di khalayak ramai kerana terpengaruh dan terikut-ikut rentak idola mereka yang dipotretkan pada iklan dan juga lakonan-lakonan menerusi filem dan video klip yang turut menonjolkan cara berpakaian yang sangat menjolok mata.

“Selaku pihak berkuasa, kerajaan melalui kementerian, agensi atau jabatan terbabit mestilah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan negara dari rambu-rambu dosa dan mungkar seperti ini,” katanya.


http://malaysiakini.com/news/173350
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...