Showing posts with label Tranungkite Online. Show all posts
Showing posts with label Tranungkite Online. Show all posts

Sunday, August 9, 2009

Elak ONANI cegah H1N1

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia adalah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A(H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap Dr VM Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu tubuh badan seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan oleh itu boleh menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya telah mengarang beberapa buah buku dalam bidang terapi pelengkap yang diteroka beliau yang dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Dr Palaniappan memberitahu Bernama sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A(H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.

Beliau mengesyorkan orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Sebagai contoh, beliau berkata mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang semasa membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak menganggu ketahanan badan.

Dr Palaniappan berkata, kegiatan jasmani yang berlebihan seperti larian maraton perlu dielakkan kerana ia menghasilkan asid disebabkan kegiatan metabolik berlebihan.

Begitu juga dengan berjaga sehingga lewat malam tanpa tidur secukupnya dan bekerja tidak berhenti-henti tanpa rehat secukupnya boleh meningkatkan keasidan badan yang akan menurunkan ketahanan dan menyebabkan tubuh badan mudah terdedah kepada serangan virus.

Dr Palaniappan mempunyai laman blog di alamathttp://ecohealingsystem.blogspot.com/ yang membincangkan terapi itu secara lebih mendalam. - Bernama


Thursday, July 30, 2009

What are the Origins of Swine Flu?

Posted on Thursday, July 30 @ 01:00:00 PDT by AbuJihad

Info TerkiniOleh: karizma

"What are the Origins of Swine Flu? Is the H1N1 Virus Endemic in Canada's Hog Farms? The Case of British Columbia

by Alex Roslin

Remember when they called it “swine flu”? The first pandemic flu in 41 years was quickly renamed “H1N1” in its early days after the pig industry, in damage-control mode, proclaimed loudly that people couldn’t get sick from eating pork. And they said that it looked like the flu was spreading worldwide from person to person—not from pigs to people.

More than two months after the initial outbreak, it’s still not clear how the flu started. The most accepted explanation is that a farm worker at a massive swine operation in Mexico got the virus from a pig and carried it into the wider population, where it spread without any more involvement from pigs.

But a closer look at the data on H1N1 cases in B.C. and the rest of Canada suggests the pandemic has a much closer relationship with pig farming than suspected. That relationship is especially striking in the most serious cases of the flu that have caused hospitalization and death.

The Fraser Health Authority, the district with the largest number of pigs in the province—and one of the most intensively farmed areas in Canada—has a 39-percent-higher rate of confirmed H1N1 cases per capita (9.7 per 100,000 people) than the provincial average (7.0 per 100,000), according to data from the B.C. Centre for Disease Control as of July 6. B.C.’s first confirmed death from H1N1 flu occurred on July 13 in the region.

The rate is even higher in the Northern Health Authority, which has the highest ratio of pigs to people in the province. The northern region has a 48-percent-higher per capita H1N1 rate (10.3 per 100,000) than the B.C. average.

The data shows a near-perfect 93-percent correlation between the number of pigs in a health region and the number of confirmed H1N1 cases there. (Correlation measures the strength of the relationship between two groups of data. A correlation of 70 percent or higher is generally considered to be strong.)

Density of pigs also seems to have a relationship with H1N1 rates—especially when it comes to the most recent flu cases. There is a 95-percent correlation between new cases of H1N1 confirmed during the week of June 29 and the number of pigs per farm in a particular region.

The same high correlations exist Canada-wide, according to Statistics Canada figures on pig farms and an analysis of data on confirmed H1N1 cases from the Public Health Agency of Canada as of July 8. The data shows that the flu has been more severe in areas with intensive, large-scale hog production.

The total number of confirmed H1N1 cases in each province has a 99-percent correlation with the number of pig farms in that province.

In Quebec, the province with the highest number of pigs—4.3 million—residents were twice as likely to be hospitalized when they acquired H1N1 as the Canadian average. Quebec’s death rate from H1N1 per capita has been 60 percent higher than the national average.


The flu outbreak has been even more severe in Manitoba, which has 2.4 pigs per person, more than any other province. There, the number of H1N1 hospitalizations per capita is triple the national average. The rate of H1N1 deaths per capita in Manitoba has been more than 3.7 times higher than the Canadian average.

The high correlations surprised even long-time critics of intensive, large-scale farming. “Wow, that’s astounding,” said Peter Fricker, projects and communications director for the Vancouver Humane Society.

“If there is a possible link between pig farms and susceptibility to disease, public-health authorities should definitely be investigating. If the correlations are correct, the whole issue of factory farming has to be looked at,” he said in a phone interview.


“Wow, really. I don’t think anybody’s looked at this before,” said Bob Martin, who headed the Pew Commission on Industrial Farm Animal Production, which released a major study last year that said workers in large farms and their neighbours have high rates of asthma and other respiratory illnesses due to manure runoff and emissions like ammonia and fine-particle pollution.

Martin, speaking from Washington, D.C., said some people living near pig farms could be more susceptible to H1N1 and to more severe reactions because of such respiratory ailments.

As of mid-June, 40 percent of the people who had died of H1N1 in the U.S. had had an additional medical condition like asthma, diabetes, a compromised immune system, or heart disease, according to the U.S. Centers for Disease Control.

Dr. David Patrick, director of epidemiology at the B.C. Centre for Disease Control, said the data could mean people living in hog-producing regions have a higher predisposition to catching H1N1. But he cautioned that there could be other, unknown explanations for the high correlations, too.

“The fact that particulates can predispose people to asthma is clear. If particulates are an issue, we have to gradually improve our environment,” he said.

“If we have issues of predisposition [to catching H1N1], that’s a question for sober inquiry by people in environmental health.”

Until now, he said, public-health officials have believed H1N1 spreads randomly between people or may cluster in areas with dense human populations.


“Probably the most important message is if people with flu symptoms have asthma or chronic lung disease or anything that affects their immune system, see a doctor right away because antivirals can help avoid hospitalization,” he said.


http://www.globalresearch.ca/index.php?context=va&aid=14499"



Saturday, June 6, 2009

4 Isteri, tapi jagalah yang pertama..... Kenapa yer?

Posted on Thursday, June 04 @ 23:30:00 PDT by TokPenghulu

RencahOleh: mycronichead

"

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."


Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=250

Wednesday, June 3, 2009

Wahai Akil Hayy - Bermuhasabahlah

Posted on Monday, June 01 @ 15:35:21 PDT by TokPenghulu

ArtikelOleh: zihin

"

Membaca kisah kisah yang bergelandangan di akhbar adalah meletihkan lebih-lebih lagi apabila kita didedahkan oleh gelagat selebriti yang memualkan.

Sedari awal, saya bukanlah peminat saudara akil hayy bahkan tidak mengenali beliau pun sejak pembabitan beliau dalam dunia hiburan tanah air. Gelaran 'ustaz rock', 'ustaz hindustan', mahupun 'ustaz rebonding' cukup ngilu untuk didengar kerana institusi ustaz tidak boleh diwarnakan sebegitu rupa.



1.Panggilan 'ustaz'

Saudara, anda digelar ustaz oleh masyarakat kerana imej yang dibawa pada awal pembabitannya sebagai penceramah. Saya sendiri pada mulanya agak teruja dengan kebolehannya menyampaikan ceramah dengan tarikan bekas penyanyi rock dan suaranya. Dari situ saudara mula dikenali khususnya dipentas ceramah PAS.

Saya tidak dapat membayangkan betapa ektremnya saudara ketika berceramah di dalam pas dulu, memukul setiap orang, artis dan hari ini, satu persatu yang saudara perkatakan itu, 'menjangkiti' empunya diri.

Sejak dari mula digelar 'ustaz', saudara kelihatan lunak dan mengiyakan gelaran itu tanpa mengomelnya. Puluhan malah ratusan kain rentang, cd, kaset, siaran media yang menjodohkan nama saudara dengan perkataan mulia itu.

Perkataan itulah yang meningkatkan imej setinggi-tingginya namun alangkah lupa dirinya saudara apabila membuat balasan "saya tidak pernah meminta dipanggil ustaz". Itupun setelah saudara terkapai-kapai mencari alasan yang kerana dihenyak kontroversi berterusan.

Saya konsisten dalam pandangan ini khususnya dalam tulisan terdahulu. Ada yang memberi respond panggilan ustaz adalah bermaksud 'tuan' sahaja, bukanlah dalam erti kata 'ustaz' secara istilahnya.

Pandangan ini boleh digunapakai namun ia tidak boleh digunakan oleh akil hayy. Ini kerana beliau berada pada kedudukan yang dilihat sebagai -benar-benar ustaz - yang mempunyai autoriti untuk bercakap tentang Islam.

Program kafe akil hayy, kekerapan ceramah diseluruh malaysia itu sendiri mengiyakan bahawa masyarakat awam menerima beliau sebagai 'ustaz'. Umumnya orang awam akan menjadikan beliau sebagai sandaran kerana gelaran tersebut.

2. Pelajaran agama.

Niat saudara pada awal ingin mencari Islam amatlah mulia dann terpuji tetapi ingatlah bahawa Islam bukanlah semangat tetapi amalan istiqamah.

Lihatlah hampir 50 kali Al-quran menggabungkan ayat beriman dan beramal soleh yang menunjukkan ia tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Menelusuri kenyataan akil hayy tentang pembelajaran agama beliau : saya cuba naqalkan disini ;

Http://rumahselebriti.blogspot.com/2009/01/biodata-ustaz-akhil-hayy.html

Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan, tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak.

Saya kembali jadi budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia.

Di sanalah saya buang segala sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat pertama dalam diri saya adalah di sana.

Peringkat kedua adalah selepas pulang ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah.

Bila pulak start berdakwah secara serius?

Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996.

Dalam link yang lain ;

Http://penawarrinduku.blogspot.com/2009/05/sejarah-ustaz-akhil-hayy.html

Selama hampir empat tahun aktif menyanyi, akhirnya pada 1993 tanpa sebarang masalah kumpulan kami mula berpecah. Puncanya ada yang sakit, yang nak buat kerja sendiri, kami cuba juga ambil ahli lain, tapi masih tak boleh jalan.

Akhirnya saya berhajat buat album solo. Masa nak masuk studio, rasanya mula datang hidayah. Ada saja halangannya. Dalam pada tu saya berniaga di KL hampir setahun dan mula tak menyanyi lagi.

Saya mula berhijrah semula ke kampung, rambut masih panjang dan perang lagi. Masa tu mula mendekati masjid semula.

Dari segi hakikatnya keluarga saya memang dalam golongan orang-orang beragam arwah atuk seorang tuan guru dan arwah ayah saya sendiri seorang mutawif haji (membawa jamaah haji).

Bapa saya tidak pernah memarahi saya, dia cuma menggunakan kaedah psikologi. Beliau sering mengingatkan saya dan memberi nasihat.

Pada 1995 beliau membawa saya menunaikan haji di Mekah, masa tu kita reda.
Sebelum ke Mekah saya ada ke Indonesia, arwah bapa bawa saya duduk sekejap di Pasentrian tapi tak sempat memperolehi apa-apa sijil. Lepas daripada tu saya pulang ke Malaysia, sejak itu timbul minat semula.

Alhamdulillah ketika itu saya mula masuk ke masjid, orang pun bagi ruang kepada saya berdakwah dan menyampai kuliah, mengajar al-Quran Iqra dan sebagainya di jabatan kerajaan. Saya mula mengajar di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh.

Dari 2 link tersebut, saudara mengatakan bahawa saudara mula berubah setelah tahun 1992. Pergi sekejap ke pasentren indonesia tanpa memperolehi apa-apa sijil. Kemudian haji di Mekah. Sekitar 1994 atau 1995 saudara telah mula berceramah.

Saudara, jangka masa sekitar 2 tahun tidak memungkinkan saudara mempelajari dan memahami ilmu agama secara terperinci, menjadi pendakwah yang tidak hanyut dek cabaran dan memberi pandangan tentang agama melainkan saudara mendapat ilmu ladunni dari seperti nabi khaidir.

Apatah lagi saudara sendiri mengakui bergelumang begitu lama dalam dunia hiburan yang menyedihkan. Saya sendiri mempunyai pendidikan Islam secara formal sejak dari kecil sehingga universiti dan masih belajar tentang Islam hingga kini.

Namun bila saya membelek kitab-kitab Islam, alangkah malangnya masih banyak yang saya tidak ketahui. Itulah lautan ilmu Allah yang hanya dapat digapai dengan izin Allah, sedikit demi sedikit berkadaran dengan (thul az-zaman) pengorbanan masa dan usia.

Justeru, kepada masyarakat yang ingin mengambil ilmu dari sesiapa sahaja, maka lihatlah dahulu kepada latarbelakangnya, pengajiannya agar Islam ini tidak disalah tafsir mengikut hawa nafsu dan kepentingan peribadi.

3. Rambut panjang mengikut sunnah?

Lama sekali saya mencari patahan jawapan dari saudara kenapa saudara berambut panjang mengurai seperti perempuan malahan 'rebonding'. Dari dulu saya hanya menemui ' terimalah ana seadanya'. Satu jawapan yang bukan jawapan.

Pengalaman mengajar saya apabila seorang mengatakan, "dia adalah ustaz, kalau haram tentu dia tak buat ". Itulah persepsi masyarakat bahana title 'ustaz' .

Baru kini saya mendapat jawapannya : berambut panjang adalah sunnah Rasul saw.

Atas nama Islam dan saudara bertanggungjawab di hadapan Allah nanti, dari manakah saudara mendapat pandangan ini? Begitu berani sekali saudara memberi pandangan dan menyandarkan kepada Rasul saw yang mulia.

Rasulullah saw berambut panjang hanya sekadar mencecah bahu (mankab)(riwayat al-Bukhari).

Lebih buruk lagi Rasullah saw melaknat lelaki menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (riwayat al-Bukhari)

Saya berani mengatakan bahawa saudara terpedaya dengan diri sendiri. Gelaran ustaz tersebut telah menyebabkan saudara merasa mampu dan boleh memberi kenyataan tentang Islam.

Takutilah Allah dalam perkara agama .

Kata sayyidina Ali karramallah wajhah, sekiranya agama ini berasaskan akal fikiran, nescaya Rasulullah saw membasuh telapak khuf ketika berwuduk.

Tetapi Baginda saw membasuh pada bahagian atasnya sahaja. (sepatutnya tempat berpijak dan terkena kotoran adalah telapak khuf dan dibasuh tetapi menyapu sebelah atas membuktikan bahawa agama tidak boleh berasaskan akal fikiran bahkan wahyu dari langit!)

4. Azmil Mustafa

Hanya satu-satunya (dalam pemerhatian saya) artis yang benar-benar kembali ke pangkal jalan dan menghayati Islam, dia ialah Azmil Mustafa atau lebih dikenali Ali Setan.

Saya mempunyai sebab berkata begini :Saya pernah dijemput berceramah bersama beliau di sebuah masjid. Disitu saya berkongsi bilik dengan beliau. Dengan itu, panjang cerita yang kami bualkan sepanjang malam.

Namun saya berani mengatakan bahawa beliau memang benar-benar istiqamah dengan Islam sejak mengambil keputusan untuk menginggalkan dunia artis kerana :

1- Beliau telah melakukan hijrah ini melebihi 10 tahun lalu. Ketika saya bertemu beliau, anak bongsu beliau berusia 10 tahun dibawa bersama kerana tiada siapa yang menjaganya dirumah. Kata beliau, "inilah anak saya yang merupakan usia saya berhijrah dari dunia lagha artis".

2- Beliau telah meninggalkan langsung hubungkait dengan dunia artis, rakan-rakan bahkan membuang telefon bimbitnya kerana dibimbangi akan dihubungi lagi oleh rakan-rakan artis yang lain.

3- Beliau istiqamah berserban dan jubah sekalipun ke luar negara.

4- Beliau kini menuntut ilmu ke syria tanpa apa-apa bantuan dan sumber kewangan. Kata beliau "sekiranya kita mahukan Islam, pasti Allah akan bantu".

Sudah lebih 2 tahun beliau berada di sana. Artis-artis yang lain hanyalah meninggalkan sekejap kemudian kembali semula dan bergelumang dengan noda artis seperti sediakala melainkan dengan imej baru - bertudung.

5. Kontroversi

Setiap kontroversi yang timbul adalah ciptaan saudara sendiri. Saya tidak ingin mendetailkan perkara ini kerana seluruh 'dunia' sudah mengetahuinya.

Saudara menonton wayang, dengan wanita bukan muhrim.

Saudara bercanda dengan wanita di pantai pada waktu malam, dan bersama-sama saudara, ada wanita yang terdedah dadanya, masalah rumahtangga dan bermacam-macam lagi.

Saudara sebenarnya mencipta fitnah kepada Islam kerana masyarakat melihat saudara mewakili Islam kerana imej dan panggilan ke "ustaz" an saudara itu.

Sedangkan Islam adalah bebas dari perbuatan saudara itu. Ia sama lah seperti orang cina tidak mahu masuk Islam kerana ada orang Islam mencuri. Islam adalah tidak ada kena mengena dengan mencuri tetapi orang Islam telah menjadi fitnah kepada Islam yang mulia.

Saudara mempunyai program sendiri dengan wajah Islam. Pihak Astro memang akan lebih gembira dengan kontroversi ini kerana beralasan kontroversi akan menaikkan rating sebuah program.

Namun Islam adalah Islam dan bukan seperti itu.

Alangkah besarnya pahala saudara sekiranya kerana kebaikan saudara, orang semalaysia mencontohi kebaikan itu.

DAN ALANGKAH BESARNYA DOSA SAUDARA SEKIRANYA PERBUATAN SAUDARA MENJADIKAN IMEJ ISLAM KELIHATAN HODOH DAN MENJAUHKAN ORANG DARI MENDEKATI ISLAM.

Saya menulis ini bukan kerana apa-apa tetapi tanggungjawab kerana menyayangi Islam. Niat saya, sekalipun orang tidak mengenali saya, semoga kita semua dapat memahami Islam dengan wajah yang sebenar sekali pun sedikit.

Saya bukan pengubah tetapi hanya penyampai..


* Kepada pencinta Islam ambil iktibar dari kisah ini. Terimalah artis seadanya, supaya jamaah Islam adalah tempat mereka membersihkan diri yang telah lama bergelumang.

Buat akil hayy – bermuhasabahlah .."

Monday, May 4, 2009

Apa Nak Jadi Dengan Melayu....( Part 2 )

Dilulus terbit pada Monday, May 04 @ 19:22:09 MYT oleh TokPenghulu

Coretan @ LuahanOleh Iqbal


" Apa seronoknya berkaraoke ? Apakah kepuasan yang dinikmati setelah melalak-lalak ? Kenapa  wabak kemaruk berkaraoke ini dihidapi oleh orang2 Melayu sahaja ? 

Seperti yang dapat kita lihat kemaruk berkaraoke ini bukan sahaja menjadi kegilaan remaja2 malah yang menghairankan yang dah tua ( warga emas yang dah bercucu ) pun ikut sama berkaraoke. Sewaktu ditukarkan ke tanah rancangan felda saya pergi kesebuah sekolah yang mengadakan Hari Kantin. 

Antara acaranya ialah pertandingan karaoke. Saya terkejut kehairanan apabila yang masuk bertanding 100% orang tua2 ( makcik2 dan pak cik2 ) yang dah penuh beruban dikepalanya. Salah seorang situa ini tempang kakinya. Tetapi yang sungguh memalukan ( bagi saya ) ialah seorang makcik yang menyanyi diikut dengan penuh aksi ( kerana menghayati lagu ). Dan makcik ini bukan sekali menyanyi , malah beberapa kali ( peserta dikenakan bayaran. 

Nak nyanyi berapa kali pun lantak kau lah ) Setiap kali dia naik dengan dia akan pakai baju yang lain . Saya bertanya kepada guru perempuan yang ada disisi saya. " Hairan ya, disini yang berkaraoke tua2 belaka ." Dia jawab , " memang biasa macam ni. Tiap-tiap blok ada group karaoke. Kalau ada majlis kahwin dia orang akan menyanyi. Group karaoke ni orang tua2 belaka. Set karaoke dibeli menggunakan peruntukan JKKK." Saya sekadar menggelengkan kepala. 

Tidak hairanlah mengapa felda2 menjadi sarang maksiat. Sebut sahaja jenis2 maksiat. Semuanya ada difelda-felda. Judi ,mat rempit ,dadah dan arak perkara biasa. Yang lebih advancenya iaalah seperti seks bebas dan pembikinan klip porno. Apa nak jadi dengan Melayu ?

Yang lebih mengecewakan lagi apabila agensi2 dan jabatan kerajaan turut sama mempromosi dan menggalakan budaya yang tidak berfaedah ini. Tidak cukup dengan berkaraoke diwarung2, digerai2 dan ditempat2 makan , malah masyarakat diajak 
BERKARAOKE DI RADIO

Lihat betapa bodohnya orang2 Melayu. Bayangkanlah mereka menyanyi sambil memegang talipon. Mereka ini jenis yang tak faham apa makna pembaziran. Tetapi sangat dikesali pembaziran ini digalakan oleh agensi kerajaan. Dalam masa yang sama menteriu2 mengajak rakyat supaya berjimat.

Sudah tiba masa digerakan usaha untuk mematikan selera orang2 melayu berkaraoke. Semoga akan lahirnya gerak kerja yang komprehensif dari kalangan pemikir yang sayangkan bangsa ini dari terus dibuai oleh budaya yang tidak berfaedah ini. Ayuh kita mulakan dari sekarang.

Apa Nak Jadi Denga Melayu

Dilulus terbit pada Saturday, May 02 @ 14:16:13 MYT oleh TokBatin

Coretan @ LuahanOleh Iqbal

" Sedih bila melihat gelagat Melayu. Bukan sahaja remajanya tetapi yang dah yang dah separuh umur dan yang dah masuk kategori warga emas pun sama juga.

Bagi mereka hidup ini hanyalah untuk berhibur sahaja. Mereka seolah-olah tidak peduli masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakt dunia. Tanyalah, apakah yang mereka fahamkan dengan krisis ekonomi , pemasan global dan sebagainya ? 

Kita merasa malu dengan kaum lain bila melihat gelagat mereka ini. Kalau merempit tak payah disebut. 100 % yang terlibat adalah melayu.

Tapi yang ingin saya luahkan ialah KEMARUK BERKARAOKE. Sana sini orang Melayu mabuk berkaraoke. Apa saja majlis pasti ada karaoke. Mungkin kita majlis kahwin tak apa. Ianya hiburan untuk memeriahkan lagi majlis. Okay , kita terima alasan ini.

Tapi bagaimana pulak yang melalak-lalak di warung2 dan digerai2 makan pada waktu malam ? Apakah ini satu budaya yang sihat ? 

Jelas sekali menunjukkan bahwa orang Melayu tak faham apa itu pembaziran. Ada duit sikit ini kerja mereka.  Melepak-lepak. Menyanyi-nyanyi. Bila kena buang kerja marah2. Sepatutnya dalam keadaan ekonomi buruk seperti hari , mereka mengambil langkah berjimat. 

Kalau kita pergi ke pusat membeli belah yang menyedaikan kotak2 karaoke, pasti yang melalak didalam kotak itu adalah remaja Melayu. Di tempat saya ( hanya pekan kecil ) ada juga kotak2 karaoke ini. 

Pemiliknya ( memanglah cina ) tetapi yang melalak didalamnya remaja melayu saja.  Satu lagu RM1. Bayangkan kalau 4 atau 5 lagu. Kalau yang datang tu muka yang sama aje, berapa mereka belanjakan untuk perkara yang tidak berfaedah. Mereka ini budak2 yang tidak bekerja. Kadang2 saya menyumpah bila memandang muka2 bodoh ini.


Yang di gerai2 makan sampai 1.00 pagi masih terdengar melayu2 ini melalak. Kenapa Melayu jadi begini ? Ya, mungkin pemimpin2 umno suka kalau remaja2 melayu tenggelam dengan dunia hiburan. Semuanya berangan nak jadi penyanyi. Mereka peduli apa dengan pergolakan yang berlaku dalam negara. Meraka peduli apa dengan pemimpin2 yang rasuah. 

Kalau di kedai 4 nombor ekor pun sama. Nisbahnya 5-3-25 orang melayu ,3 cina dan 2 india. Yang melayu dari setiap peringkat umur berbaris menunggu giliran. Ditempat saya kedai ekornya tak jauh dari Masjid ( lebih kurang 120 meter). Hari Jumaat ada orang yang kemasjid dan ada orang yang kedai ekor. Lebih buruk lagi yang kekedai ekor ramai dikalangan orang yang dah tua. Bulan puasa sama saja.

Siapakah yang dapat memberi kesedaran kepada kelompok2 ini ? Pemimpin umno ? Minta maaf.Melayu jenis ini sebenarnya yang umno sedang usahakan untuk meramaikan.

"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...