Showing posts with label Hallucination(ilusi) and Possessed (rasuk). Show all posts
Showing posts with label Hallucination(ilusi) and Possessed (rasuk). Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

Rasidi terlepas hukuman gantung


ZAHARAH memeluk Rasidi sebaik hakim melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Mahkamah Tinggi Seremban 2 semalam.


SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan Rasidi Ismail yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya pada 5 Januari lalu atas alasan dia tidak siuman.

Dengan keputusan itu Rasidi, 32, terlepas hukuman gantung dan diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu kira-kira pukul 10.30 pagi selepas mendapati Rasidi disahkan menghidap penyakit paranoid schizophrenia iaitu halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu oleh Hospital Permai, Johor.

Rasidi yang memakai kemeja berwarna hitam dan duduk di kandang tertuduh kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan oleh Ahmad Nasfy.

"Walaupun di peringkat awal pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, bagaimanapun pada akhir kes saksi dari Pakar Runding Forensik Psikiatri Hospital Permai, Dr. Badi'ah Yahya memberitahu mahkamah bahawa tertuduh mengalami paranoid schizophrenia.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0908&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Tertuduh bebas

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

2010/09/08

SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini, semalam membebaskan bekas pegawai bank, Rasidi Ismail, 32, yang didakwa membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh, Tampin, awal Januari lalu atas alasan tidak siuman.

Bagaimanapun, tertuduh akan ditahan di Penjara Kajang, Selangor hingga tempoh diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin, ketika membacakan keputusan penghakimannya berkata, mahkamah membebaskan Rasidi daripada tuduhan selepas mendapati tertuduh berada dalam keadaan tidak sedar dan tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu.


“Hasil pemeriksaan hospital selama dua bulan mendapati tertuduh disahkan menghidap sakit jiwa akibat mengalami delusi dan halusinasi sejak beberapa tahun lalu.


“Tertuduh diklasifikasikan menghidap ‘skizofrenia paranoid’ iaitu berlaku gangguan pada pemikiran, perasaan, tingkah laku dan kemerosotan fungsi psiko-sosialnya,”
katanya.


Beliau berkata, Rasidi juga dikesan mengalami gejala delusi atau kepercayaan palsu iaitu empat ahli keluarganya sudah meninggal dunia sebelum kejadian berlaku selain turut berhalusinasi.


Malah, katanya, tertuduh sebelum ini tidak pernah mempunyai masalah dengan jiran dan ahli keluarga sendiri.


“Pihak pendakwaan bagaimanapun berjaya membuktikan tuduhan berkenaan melampaui keraguan munasabah,” katanya.


Sepanjang perbicaraan kes berkenaan, seramai 13 saksi termasuk ahli keluarga mangsa dipanggil memberi keterangan di mahkamah.


Rasidi yang tenang sepanjang perbicaraan sebelum ini diarahkan Mahkamah Tinggi untuk menjalani pemeriksaan mental selama dua bulan di Hospital Permai sejak 23 Mac lalu selepas mengaku bersalah membunuh empat ahli keluarganya.


Dia sebelum ini mengaku bersalah melakukan pembunuhan itu dan mendakwa melakukan perbuatan itu atas arahan dari langit.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh bapanya, Ismail Awang, 76; datuknya, Atan Daud, 87, dan neneknya, Sufiah Katas, 80, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara jam 7 pagi hingga 11 pagi pada 5 Januari lalu.


Dia turut didakwa membunuh adiknya, Siti Khadijah, 22, di rumah bernombor 119 kampung berkenaan pada tarikh dan waktu sama.


Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharudin Wan Ladin manakala Hanif Hassan mewakili tertuduh.

Keputusan mahkamah itu disambut dengan linangan air mata kegembiraan dan kesyukuran keluarga tertuduh termasuk ibunya, Saharah Atan, 59, serta sanak saudara.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tertuduhbebas/Article

Friday, September 3, 2010

Rasidi dihukum sebelum Aidilfitri


Rasidi dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban semalam.


SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini semalam menetapkan 7 September ini sebagai tarikh keputusan kes Rasidi Ismail yang menghadapi tuduhan membunuh empat ahli keluarganya di Gemencheh dekat sini pada 5 Januari lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah pihak pembelaan dan pendakwaan berhubung kes tersebut.

Peguam bela Hanif Hassan yang mewakili Rasidi, 32, dalam hujahnya menggesa agar mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh atas empat tuduhan membunuh ahli keluarganya dan mencadangkan agar Rasidi meneruskan rawatan di Hospital Permai, Johor.

Keterangan dan laporan Pakar Runding Forensik Psikiatri Hospital Permai, Dr. Badi'ah Yahya mendapati tertuduh mengalami halusinasi.

"Rasidi juga mempunyai ciri-ciri ketidakwarasan apabila dia juga didapati bercakap seorang diri dan mempunyai perlakuan pelik," kata beliau.

Terdahulu, saksi terakhir, Badi'ah memberitahu mahkamah bahawa hasil laporan kesihatan Rasidi menunjukkan tanda-tanda sebagai pesakit mental.

"Daripada cerita (Rasidi) yang konsisten iaitu perlakuan yang pelik, kami membuat keputusan bahawa dia menghadapi sakit jiwa," kata Badi'ah.

Rasidi dituduh membunuh bapanya, Ismail Awang, 76, datuk, Atan Daud, 87, dan nenek, Sufiah Katas, 80, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Batang Rokan, Gemencheh antara pukul 7 dan pukul 11 pagi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Sunday, January 18, 2009

Minum kopi dapat tengok hantu


KOPI yang berlebihan boleh mengakibatkan halusinasi.




LONDON - Penyelidik Universiti Durham mendapati mereka yang gemar minum terlalu banyak kopi berkemungkinan besar dapat melihat hantu dan mendengar pelbagai suara misteri.

Kajian yang dilaporkan jurnal kesihatan Personality and Individual Differences itu dibuat berdasarkan penyelidikan ke atas 200 sukarelawan yang diminta minum lebih tujuh cawan kopi sehari.

Hasilnya mereka mengalami halusinasi tiga kali ganda berbanding yang mengambil secawan sahaja, menurut pakar psikologi, Simon Jones yang mengetuai kajian tersebut.

"Ini langkah ke hadapan untuk mengkaji faktor lebih luas berkait halusinasi malah mereka melihat sesuatu benda yang sebenarnya tiada, mendengar suara misteri dan merasakan kehadiran roh orang yang telah mati," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...