Showing posts with label Bahan Binaan - besi - simen etc. Show all posts
Showing posts with label Bahan Binaan - besi - simen etc. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Arkitek cipta simen lut cahaya


SEBUAH bangunan yang dibina dengan menggunakan simen lut cahaya dipamerkan di Ekspo Dunia di Shanghai, China pada tahun lalu.


ROM - Sekumpulan arkitek firma Itali, Italcementi mencipta simen lut cahaya dikenali sebagai i.light, lapor sebuah akhbar semalam.

Simen itu memiliki puluhan lubang halus yang membolehkan cahaya menembusinya tanpa menjejaskan kekuatan strukturnya.

Bahan tersebut berupaya menjimatkan kos elektrik kerana ia dapat menerangi bangunan pada waktu siang.

Setakat ini, satu-satunya bangunan yang dibina dengan menggunakan simen i.light adalah Pavilion Itali di Ekspo Shanghai, China pada tahun lalu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Wednesday, January 5, 2011

Harga bahan binaan dijangka naik

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) menjangkakan peningkatan harga bahan mentah bagi industri pembinaan tahun ini, namun masih pada tahap yang berpatutan.

Presidennya, Kwan Foh Kwai, berkata persatuan itu menjangkakan peningkatan itu kurang daripada 10 peratus.

"Jika kenaikan harga bahan mentah lebih daripada 10 peratus, peserta industri akan mencari sumber alternatif.

"Harga bahan mentah sentiasa ditentukan oleh kuasa pasaran, walaupun akan ada kenaikan harga tetapi dalam peratusan yang berpatutan," katanya kepada pemberita selepas upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBAM dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini semalam.

Mengenai prospek industri bagi 2011, Foh Kwai berkata, MBAM yakin tahun ini menjanjikan keadaan yang baik, disokong oleh pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF).

Sementara itu, menyentuh mengenai MoU yang ditandatangani semalam, beliau berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menghasilkan program-program pendidikan dan latihan bagi industri pembinaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...