Showing posts with label Ketua Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pembangkang. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Ketua Pakatan hanya yang berada dalam Pakatan

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak sekali-kali dipilih dari para pemimpin NGO dan parti-parti politik lain, sebaliknya hanyalah terbuka kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Oleh itu, dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas dan hanyalah disifatkan sebagai permainan politik Umno semata-mata.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menjelaskan, dakwaan yang ditimbulkan media itu sebenarnya adalah mahu memberi tekanan kepada Tengku Razaleigh agar beliau menyatakan pendiriannya berhubung kedudukannya dalam parti kini sama ada mahu terus bersama Umno atau tidak.

Menurut beliau, di pihak Pakatan Rakyat, perkara itu tidak berbangkit kerana Tengku Razaleigh bukannya berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, bagaimanapun sehingga kini Tengku Razaleigh tidak pula menjawab dakwaan itu bagi menyatakan pendiriannya, walaupun ia merupakan satu tekanan kepada beliau sendiri untuk menjawabnya.

"Sungguhpun begitu, tindakan Tengku Razaleigh yang menubuhkan sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) amat kita persetujui dan alu-alukan kerana ia akan membangkitkan satu lagi suara di tanah air kita.


"Tapi kalau sekadar pemimpin NGO, tidak berada dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat, tidak berbangkit untuk Tengku Razaleigh hendak dilantik sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat," katanya ketika menjawab soalan Harakahdaily pada majlis tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Perlantikan Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, menurut beliau, tidak pernah dibincangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat kerana perkara itu tidak pernah berbangkit dalam gabungan tersebut.

"Malah dakwaan mengenainya disifatkan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'lawak jenaka' seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengatakan beliau telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu dibuat oleh Pakatan Rakyat sebagai persiapan Pakatan Rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, ekoran Anwar berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan di kediaman Menteri Besar Kelantan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," kata Nik Aziz mengulas perkara itu melalui Facebook.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut menasihati para pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh dengan permainan politik Umno itu.

"Dakwaan yang tidak berasas itu tentunya turut mempunyai maksud untuk melaga-lagakan antara para pemimpin Pakatan Rakyat dengan sesama pemimpin Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya.

"Jadi para pemimpin dan ahli-ahli parti yang berada dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan permainan Umno itu demi kepentingan Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Ramadhan bulan tarbiyah

Sebelum itu, dalam tazkirahnya, beliau turut mengingatkan setiap umat Islam agar berusaha mempertingkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah sempena ketibaan bulan Ramadhan tahun ini.

"Setelah Ramadhan demi Ramadhan kita lalui, sepatutnya Ramadhan tahun ini menjadikan iman dan ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat.

"Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang meliputi perjuangan untuk akhirat dan keduniaan, selaras dengan tuntutan Allah yang perlu terus kita pertingkatkan lagi dari semasa ke semasa terutama dengan ketibaan Ramadhan tahun ini," katanya.

Cabaran Ramadhan, katanya, antara lain adalah agar setiap muslimin dan muslimat menjadi hamba Allah yang lebih baik dalam pelbagai aspek, sejajar dengan latihan dan praktikal ibadat puasa itu sendiri yang memberikan pelbagai bimbingan, ilmu dan pengalaman kepada setiap orang dari segi kerohanian.

Katanya, pengalaman itu pula tidak terkecuali sama ada yang dikumpulkan dengan hanya melibatkan individu itu sendiri sahaja dan menerusi jemaah, termasuk melalui solat tarawih dan berbuka puasa secara berjemaah.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4656-ketua-pakatan-hanya-yang-berada-dalam-pakatan

Amanah to discuss long tomorrow

Posted by admin on August 1st, 2011

The newly formed NGO led by political icon Tengku Razaleigh Hamzah will be meeting tomorrow to address various emerging issues including the proposal for the Kelantan prince to become opposition leader.Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) central committee member Wan Saiful Wan Jan said various allegations, suggestions and issues have emerged, particularly through online chatter since the NGO was formed about two weeks back.

It is imperative that the organisation members sit down together and discuss the matter including the allegations that Ku Li (Tengku Razaleigh) was offered to become the opposition leader, he said.

Some of the allegations are outright displeasing and unfair to Amanah and Ku Li is expected to effectively address it, Wan Saiful said.

He claimed that some political quarters are unhappy that the veteran Umno personality has branched out on his own to form an NGO.

Both sides, Barisan Nasional and Pakatan Rakyat are waiting intently to see Ku Li’s next move but they may be sadly mistaken.

“Ku Li was always seen as a political leader so some cannot stomach to see him as an NGO activist. However, Amanah is strictly an NGO set-up, whose core issue is championing issues and reducing the level of the apparent polarisation pace in the country,” said Wan Saiful.

The formula applied here, he added, is reviving the country’s original struggles for nationhood as espoused by the founding father, Tunku Abdul Rahman.

Opposition leader’s post

Recently, Bayan Baru MP Zahrain Mohd Hashim raised alarm bells in both BN and Pakatan when he blogged an entry that Ku Li was already offered the opposition leader’s post.

There were also allegations that the offer was made by PAS spiritual adviser Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Insiders within Ku Li’s camp said the Kelantan royalty member has for now refused to be dragged into any Pakatan or BN issues, preferring to focus more on Amanah’s struggles.

There were no formal discussions between Pakatan and him about taking over the opposition leader’s post, they added.

However, it remains to be seen in the future what Ku Li will do, as ultimately what is driving him, is a desire to serve the country and to act in the nation’s best interests, they claimed.

PKR secretary-general Saifuddin Nasution Ismail confirmed that at the Pakatan top leadership council, there was no discussion about Ku Li being offered the position.

It is just a ploy within BN to try to split-up Pakatan, he said.

He said Opposition Leader Anwar Ibrahim is now at a stronger position as the people are fed up that he was subjected to various attempts to smear his reputation from sodomy to sex videos allegations.



http://www.kl-today.com/2011/08/amanah-to-discuss-long-tomorrow/

Nik Aziz: Isu pengganti Anwar ‘jenaka’

Posted by admin on August 1st, 2011

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan “perbincangan rahsia” untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.”Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak,” katanya melalui Facebook.

Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan “pelik” itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.

“Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?” soalnya.

Semalam, New Straits Times melaporkan, NGO Jaringan Melayu Malaysia menggesa Nik Aziz menjelaskan penglibatannya dalam pertemuan yang didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Anwar.

Presidennya Omar Salleh juga menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu diadakan secara rahsia kerana Anwar kemungkinan didapati bersalah dan bakal merengkok dalam penjara.

“Mungkin peguam Anwar Karpal Singh memberitahu DAP dan PAS bahawa keadaan Anwar dalam kes pertuduhan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan ini membawa kepada usaha mencara calon pengganti bagi mengisi jawatan ketua pembangkang,” Omar dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula baru-baru dilaporkan mendedahkan usaha itu yang didakwanya sebagai rancangan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, Tengku Razaleigh bukan alternatif kepada Anwar kerana ketika mempunyai peluang dalam pembangkang melalui Semangat 46, beliau kembali kepada Umno.

“Dan selepas itu, hanya Umno bahagiannya sahaja mencalonkannya bertanding jawatan presiden parti menentang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak,” beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star.

Terbaru, dalam laporan akhbar itu hari ini, Utusan mendakwa Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar itu mendakwa ahli parlimen Umno berkenaan mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan.

Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam Pakatan Rakyat akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan itu, jika keadaan memerlukan.

“Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.


http://www.kl-today.com/2011/08/nik-aziz-isu-pengganti-anwar-jenaka/

Ku Li ganti Anwar hanya lawak jenaka

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.

Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.

Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar.

"Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4646-ku-li-ganti-anwar-hanya-lawak-jenaka

Nik Aziz: 'Perbincangan rahsia' hanya jenaka

Ogos 1, 11 1:24pm


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.

NONE"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.

Semalam, New Straits Times melaporkan, NGO Jaringan Melayu Malaysia menggesa Nik Aziz menjelaskan penglibatannya dalam pertemuan yang didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Anwar.

Presidennya Omar Salleh juga menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu diadakan secara rahsia kerana Anwar kemungkinan didapati bersalah dan bakal merengkok dalam penjara.

"Mungkin peguam Anwar Karpal Singh memberitahu DAP dan PAS bahawa keadaan Anwar dalam kes pertuduhan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan ini membawa kepada usaha mencara calon pengganti bagi mengisi jawatan ketua pembangkang," Omar dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula baru-baru dilaporkan mendedahkan usaha itu yang didakwanya sebagai rancangan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13.


http://malaysiakini.com/news/171644

Harun Taib: Ku Li ganti Anwar, tak mustahil

Harun Taib: Ku Li ganti Anwar, tak mustahil
Ogos 1, 11 12:44pm

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus 'menyakat' Pakatan Rakyat dengan melobi agar ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah diangkat sebagai ketua pembangkang baru kerana mendapat sokongan sebahagian ahlinya.

harun taib 270804Terbaru, dalam laporan akhbar itu hari ini, Utusan mendakwa Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib (kiri) tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar itu mendakwa ahli parlimen Umno berkenaan mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan.

Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam Pakatan Rakyat akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan itu, jika keadaan memerlukan.

"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

azlan"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan ketua pembangkang)," kata Harun dipetik Utusan.

Bekas pesuruhjaya PAS Terengganu PAS sebelum ini juga dilihat sebagai penyokong kuat cadangan kerajaan perpaduan di antara Umno-PAS yang telah berulang-kali ditolak oleh pemimpin dan ahli parti Islam itu.

Utusan sejak Jumaat lalu berkempen hebat agar Tengku Razaleigh, selepas melancarkan NGO barunya Angkatan Amanah Merdeka, menggantikan Anwar.

Karpal: Ku Li bukan alternatif

NGO yang mengumpulkan bekas menteri dan ahli parlimen BN yang kini dipinggirkan bertujuan menghidupkan semula idea perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman berhubung beberpa isu yang menyentuh mengenai penduduk berbilang bangsa, demokrasi dan kedaualatan undang-undang.

“Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," kata Harun dipetik Utusan lagi.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.''

NONESementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh (kanan) berkata, Tengku Razaleigh bukan alternatif kepada Anwar kerana ketika mempunyai peluang dalam pembangkang melalui Semangat 46, beliau kembali kepada Umno.

"Dan selepas itu, hanya Umno bahagiannya sahaja mencalonkannya bertanding jawatan presiden parti menentang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star.

Karpal berkata, sekiranya terdapat anggota parlimen PKR membelot pada Anwar dan meninggalkan Pakatan, DAP dan PAS tidak akan menuntut kerusi ketua pembangkang.

"Tanpa Anwar, pembangkang dan negara ini tidak akan menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008," katanya.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/171636
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...