Showing posts with label TS Abd Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label TS Abd Khalid Ibrahim. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

KG BARU: MB SELANGOR TIADA KUASA

POSTED BY ADMIN ON NOVEMBER 5TH, 2011

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata Menteri Besar Selangor tidak punya kuasa merombak kepimpinan tertinggi Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baharu. Katanya, MAS tidak berada dalam bidang kuasa kerajaan Selangor kerana pengerusinya sekarang adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur dan kuasa merombak keanggotaan lembaga tersebut terletak di bawah kerajaan Persekutuan.Raja Nong Chik berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baharu, Ahmad Zambri As’ad Khuzami yang mahu merombak MAS dengan menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor.

“Saranan kepada kerajaan Selangor majukanlah kawasan Melayu di negeri itu sebab banyak lagi kawasan yang mundur serta perlu diperjuangkan. Tidak payahlah kacau kerajaan pusat dan kelirukan rakyat di Kampung Baharu.

“Dalam soal Kampung Baharu ini, kerajaan Barisan Nasional tiada agenda politik kerana niat kita bangunkan Kampung Baharu untuk orang Melayu dan berharap kerajaan Selangor tidak masukkan isu politik kerana apa yang penting sama ada kawasan itu akan dibangunkan atau tidak,” katanya.

Sementara itu Raja Nong Chik berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas sebagai persiapan menghadapi banjir di sekitar Kuala Lumpur menjelang ketibaan musim tengkujuh hujung tahun ini.

Katanya, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Alam yang dikendalikan DBKL kini diletakkan dalam keadaan siap sedia menggerakkan bantuan bagi menyelamat orang awam sekiranya banjir berlaku.

“Disebabkan hujan yang kita terima tahun ini melebihi 30 peratus berbanding tahun lepas dan keadaan cuaca yang sukar diramalkan, persiapan bantuan telah dibuat menghadapi bencana ini.

“Jawatankuasa ini sedia memberi bantuan kepada negeri lain yang terlibat dengan banjir sekiranya diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban dan sumbangan kewangan masjid serta surau di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar di sini.

Pada majlis itu, Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Lembah Pantai menyumbang 70 ekor lembu untuk diagihkan bagi melaksanakan ibadah kurban di masjid dan surau sekitar Parlimen Lembah Pantai.

Selain lembu, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM121,000 kepada masjid dan surau untuk kegunaan qariah setempat menjalankan ibadah itu serta sambutan Aidil Adha.

Beliau berkata daripada jumlah itu RM3,000 masing-masing disumbangkan kepada setiap masjid utama dan lima buah surau diberi tauliah menjalankan sembahyang Jumaat, manakala RM2,000 tiap satu diberikan kepada 44 buah surau lain.

http://www.kl-today.com/2011/11/kg-baru-mb-selangor-tiada-kuasa/

Friday, October 21, 2011

MB: K'jaan S'gor tak campur HIMPUN

MB: K'jaan S'gor tak campur HIMPUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri tidak akan mencampuri Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini.

NONE"Ini (program) NGO. Kerajaan negeri tidak campur dalam hal ini. Ini NGO," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjawab secara langsung sama ada beliau menyokongnya atau tidak, ketika ditanya pemberita.

Ditanya sama sama ada exco kerajaan negeri dibenarkan terlibat dalam perhimpunan itu, Khalid juga tidak menjawab secara langsung.

Sebaliknya, kata Khalid, kalau pegawai kerajaan Selangor hendak turut serta, terpulang pada diri masing-masing selagi ia di luar waktu kerja.

Sementara itu, exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali berkata, kerajaan mempunya program lain pada hari Sabtu di Stadium Melawati, bersebelahan stadium negeri tempat HIMPUM berlangsung.

Katanya, menteri besar dijadual merasmikannya program yang dinamakan karnival ilmuan muda itu.

"Ia tidak ada kena mengena dengan himpunan itu. Secara kebetulan saja (sama waktu dan bersebelahan)," kata Dr Halimah.

Friday, September 9, 2011

MB S'gor ke Jerman tarik pelabur

Sep 7, 11 11:48am


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Jerman bermula 11 hingga 16 September ini bagi mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelaburan paling menarik di negara ini.

Sepanjang berada di Jerman, menteri besar dijadualkan melawat beberapa kilang di Wiesbaden, Stuttgart, Muenchen, Bitterfeld-Wolfen dan Munich selain mengadakan beberapa siri dialog dengan pengusaha kilang di negara berkenaan.

Rombongan perniagaan ini akan turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC), Dato' Jabar Ahmad Kembali.

Dalam lawatan kerja rasmi ini, menteri besar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat terhadap Minister President of Baden Wurtterberg untuk memperkenalkan Selangor dan peluang-peluang pelaburan.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) semalam, menteri besar berkata, lawatan kerja ini bagi menarik lebih ramai pelabur Jerman ke Selangor terutama dalam industri berkaitan teknologi hijau.

Beliau berkata, Selangor telah menerima pelaburan RM2 bilion menerusi kilang pengeluaran sel suria, Q-CELLS, yang beroperasi di Banting.

“Industri teknologi hijau berkembang pesat di seluruh dunia dan kita komited untuk menjadikan Selangor sebagai peneraju industri ini,” kata menteri besar.



http://malaysiakini.com/news/175035

MB: Laporan JAIS masih belum sedia

Sep 6, 11 7:45pm

Laporan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS) berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya masih belum disiapkan, terlambat dua minggu daripada tempoh sebulan yang ditetapkan.

NONEMenteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (kiri) berkata, JAIS masih mempunyai banyak masa menghasilkan laporan kerana isu sensitif seperti ini mesti diuruskan sebaiknya.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata, isu itu perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Menteri besar berkata laporan itu akan dibentangkan kepada exco kerajaan negeri apabila selesai.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/175012

MP syak wujud usaha jatuhkan MB S'gor

Sep 7, 11 4:03pm

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menimbulkan syak bahawa terdapat terdapat usaha yang dijalankan oleh badan agama Islam tertentu untuk "menjatuhkan" menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, kesangsiannya itu timbul ekoran satu "perjumpaan khas" yang didakwa telah diadakan berhubung tindakan menteri besar dalam menangani isu serbuan ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lalu.

generation 709 220711 khalid samad"Saya difahamkan satu perjumpaan khas telah diadakan di antara NGO-NGO Islam bersama JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) dan Dato (Mohd) Adzib (Isa) dari MAIS yang turut dihadiri wakil dari pejabat Peguam Negara.

"Mereka membincangkan memorandum yang ingin dihantar ke DYMM Sultan yang menyerang menteri besar berhubung isu Kristianisasi ini.

"Nampak gaya (perjumpaan itu) satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan MB," kata Khalid (kiri) dalam satu tulisan di blognya.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor juga berharap tiada anggota exco Selangor, terutamanya daripada PAS yang terlibat.

Tidak berlaku zaman Khir

Tiga orang pemimpin PAS yang menganggotai majlis kerajaan negeri ialah Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan), Iskandar Samad ( Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan) serta Datuk Dr Hasan Ali (Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam).

Khalid yang sering berselisih pandangan dengan JAIS itu juga menyatakan rasa hairannya kerana perkara seperti itu tidak berlaku dalam pentadbiran menteri besar terdahulu -- Dr Mohd Khir Toyo.

NONE"Pada zaman Khir Toyo (kanan) apabila BN merompak negeri Selangor, semua diam. Sama ada MAIS, ataupun JAIS, termasuk Pejabat Peguam Negara mahupun pihak yang menggelar diri mereka mewakili istana.

"Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB," katanya lagi.

Tambahnya, Sultan juga jarang terlibat dalam hal pentadbiran, kecuali dalam program adat istiadat ketika pentadbiran BN sebelum ini.

"Sekarang, Baginda kerap diketengahkan, menegur dan membidas MB. Itulah perangai UMNO. Bila UMNO sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan," katanya lagi yang bimbang Sultan Selangor "diheret" ke kancah politik.

Kritik tangguh laporan periksa gereja

Dalam pada itu, Khalid turut mengkritik JAIS atas permohonan jabatan itu untuk menangguhkan penyerahan laporannya berhubung pemeriksaan ke atas DUMC untuk tempoh sebulan lagi.

NONE"Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap profesionalisme JAIS yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya.

"Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut.

"Majlis itu adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik gereja dan itu sahaja," katanya lagi.

Khalid turut mengulangi bahawa JAIS menjalankan tindakan tersebut tanpa siasatan terperinci dan hanya berdasarkan laporan 'memurtadkan orang Islam' oleh pihak yang tidak dikenali.

"'Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal? Sama-sama kita tunggu laporan yang semestinya tinggi melangit kerana memakan masa berbulan-bulan untuk disediakan," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/175077

MP: Mesyuarat 'jatuh Khalid' rasmi atau tak?

MP: Mesyuarat 'jatuh Khalid' rasmi atau tak?
Abdul Rahim Sabri
Sep 8, 11
4:07pm

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad meminta Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menjelaskan sama ada mesyuarat majlis itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan beberapa NGO Islam - yang didakwa cuba menjatuhkan menteri besar - bersifat rasmi.

Khalid juga mencabar Pengerusi MAIS Mohd Adzib Isa mendedahkan agenda dan minit mesyuarat, senarai jemputan dan tujuan mesyuarat itu diadakan, sekiranya bersifat rasmi.

NONE"Sekiranya tidak rasmi, mengapa dia (Mohd Azib), JAIS hadir sama, NGO hadir dan wakil (pejabat) peguam negara boleh hadir sama dalam mesyuarat tidak rasmi," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Khalid Samad turut mendesak Mohd Adzib mendedahkan memorandum yang dihasilkan dalam mesyuarat itu yang didakwa berniat menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Jika mereka tidak ada jahat, mengapa JAIS dan MAIS duduk bersekongkol, beri penerangan (tentang isu) gereja DUMC (Gereja Methodist Damansara Utama)?

"Tetapi laporan JAIS kepada MB (tentang perkara itu) belum lagi dikemukakan," dakwa Khalid Samad.

Sehubungan itu, Khalid Samad mendakwa tindakan tersebut mempengaruhi pandangan dan sikap pihak yang hadir dalam majlis itu.

Semalam, Khalid Samad mendedahkan terdapat pertemuan antara MAIS, JAIS dan NGO Islam baru-baru ini yang didakwa merancang untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim.

Turut hadir dalam sidang media itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasanya Mohamed Hanipa Maidin.



http://malaysiakini.com/news/175202

Thursday, September 1, 2011

Jangan anggap bukan Islam musuh - MB Selangor

Harakahdaily

SHAH ALAM, 29 Ogos: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengajak umat Islam agar memperbetulkan pandangan salah sesetengah mereka yang menganggap orang bukan Islam sebagai ancaman malah mengambil sikap bermusuhan dengan mereka.

"Semua ini hanya akan memberikan imej negatif kepada ajaran Islam yang mendokong keadilan untuk semua. Sesungguhnya usaha memecah-belahkan masyarakat dengan alasan tidak benar adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Ajakan itu dibuat beliau dalam perutusan sempena Aidil Fitri yang dijangka akan disambut umat Islam esok.

(Khalid bersama sebahagian dari anggota exconya bergambar sempena Hari Raya)

Menurut Khalid, meskipun Aidilfitri ini disambut khusus oleh penganut agama Islam, itu tidaklah menjadikan mereka bersikap eksklusif.

"Maka, ambillah peluang ini untuk kita berkongsi pengetahuan tentang hal ehwal yang dituntut oleh agama Islam daripada penganutnya. Semoga dengan pemahaman ini akan menggalakkan sikap tolak ansur serta keakraban kemanusiaan sesama kita," katanya.

Beliau juga menyarankan agar mereka yang memandu untuk pulang ke kampung, pastikan telah memperolehi kadar rehat yang cukup serta kenderaan mereka sudah diperiksa dan sesuai digunakan dengan selamat.

"Pandulah dengan cermat dan tidak terburu-buru. Semoga perayaan ‘Aidilfitri kali ini dapat disambut dengan jiwa yang bermuhasabah dan penuh ceria," katanya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput seluruh rakyat di negeri Selangor menghadiri jamuan rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pada tanggal 1 Syawal bermula jam 11 pagi," katanya.

Merdeka

Sementara itu, dalam perutusan sempena Hari Merdeka yang dijangka akan disambut pada hari yang sama tahun ini, Khalid menekankan kepentingan rakyat bersatu padu dengan prinsip kebebasan dan keadilan.

"Dalam permahsyoran berkenaan dijelaskan bahawa negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ia juga menekankan kepentingan rakyat bersatu padu dengan prinsip kebebasan dan keadilan," katanya.

Katanya, setelah 54 tahun Merdeka, banyak isu muncul dalam kehidupan bernegara di Malaysia dan ia menuntut kematangan pemikiran dan sikap semua pihak untuk menanganinya dengan hemah dan terbuka.

"Peluang untuk mentadbir sendiri negara yang tercinta ini perlulah dilakukan dengan cara terbaik. Kita perlu mengukuhkan iltizam memerangi rasuah, kezaliman, salah guna kuasa dan kelemahan urus tadbir yang ada," katanya dalam perutusan yang dikeluarkan pejabat beliau hari ini.


"Sesungguhnya kemerdekaan yang dikecapi bukanlah tanpa prinsip dan idea pendorong. Justeru, sempena sambutan kemerdekaan tahun ini marilah kita bersama menghayati semangat dan inti permahsyoran ini dalam mendorong kemajuan negara, di mana hak setiap warganegara berdasarkan prinsip kebebasan tadi terus dipelihara," katanya.

Kerajaan negeri Selangor, katanya, akan sedaya upaya memastikan semangat Pemahsyoran ini sentiasa didokong dalam urus tadbir kerajaan dan semasa menangani pelbagai isu yang berlaku dari semasa ke semasa.

Beliau mengajak seluruh warga negara Malaysia, khususnya di Selangor, menghayati semangat permahsyoran ini agar kehidupan bernegara dan bermasyarakat dapat berlangsung secara berprinsip dan boleh dibanggakan.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5155--jangan-anggap-bukan-islam-musuh-mb-selangor

Thursday, August 25, 2011

Sesi pendengaran isu JAIS-DUMC diadakan esok

Salhan K Ahmad
Ogos 24, 11
3:50pm

Gerak Kerja Pendengaran yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian terhadap isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), akan mengadakan sesi pendengaran sulungnya esok.

Turut memberi keterangan esok ialah penganjur program kontroversi Thanksgiving Dinner di premis DUMC 3 Ogos lalu.

Ia akan mengadakan dua sidang berasingan dengan wakil JAIS serta penganjur program itu - Komuniti Harapan.

"Hasilnya, kita akan bincangkan, kemudian laporannya kita akan beri kepada Sultan," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri petang ini.

Tambahnya, JAIS juga akan membentangkan laporan terperinci mereka dalam sidang pendengaran tersebut.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri bagaimanapun belum menetapkan tarikh untuk mempersembahkan laporan gerak kerja itu kepada Sultan Selangor.

Katanya, beliau ingin memberi masa kepada gerak kerja tersebut untuk mendapatkan penjelasan dari JAIS.

Ketika ditanya, Khalid bagaimanapun enggan menyebut perkara yang ingin diketahui daripada kumpulan berkenaan.

"Tak apalah, kedua-duanya beri penjelasan apa yang berlaku dan kita akan dengar.

"Saya tak ada nak buat spekulasi apa yang akan diterangkan mereka," katanya lagi.

Tambahnya, pendengaran itu juga tidak akan bertembung dengan siasatan yang dijalankan JAIS "kerana kita dengar daripada kedua-dua pihak."

Ditanya sama ada Sultan Selangor murka dengan tindakan kerajaan negeri mengumumkan majlis syura baru itu kelmarin, Khalid sekadar berkata beliau hadir bersama Sultan dalam satu majlis semalam.

"Bukan sahaja kami buka puasa, tapi juga sembahyang maghrib berjemaah dan solat terawikh 20 rakaat," katanya lagi sambil tersenyum.

Jelasnya lagi jawatankuasa berkenaan kini dipanggil gerak kerja pendengaran bagi mengelakkan konflik dengan jawatankuasa syura, seperti yang diperkenan Sultan Selangor.


http://malaysiakini.com/news/173984

Thursday, August 11, 2011

Serbu gereja: Laporan siap lepas raya

Posted by admin on August 11th, 2011

Laporan penuh berhubung siasatan terperinci mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) akan siap sepenuhnya selepas Aidilfitri ini.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri difahamkan JAIS mengalami kesulitan mendapatkan keterangan daripada 12 individu Islam yang menyertai upacara ‘Thanksgiving’ di DUMC kerana telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing.

“Laporan terperinci yang diminta termasuklah hasil siasatan dan soal jawab terhadap 12 orang Islam yang terlibat serta satu salinan barang kes yang telah diperoleh hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan oleh JAIS.

“Apa yang penting JAIS perlu menyiapkan laporan penuh segera, kita jangka selepas hari raya perkara ini dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Rabu.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri telah menerima surat daripada firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin yang mewakili 10 daripada 12 individu Islam yang terlibat.

“Justeru kerajaan negeri, menyerahkan perkara tersebut kepada pakar undang-undang JAIS untuk memberi nasihat yang sepatutnya dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid turut menegaskan bahawa larangan kepada semua Exco supaya tidak membincangkan isu tersebut masih terpakai sehingga arahan baru dikeluarkan.

“Ini bagi memberi JAIS ruang untuk menjalankan tugas mereka dengan tertib serta tanpa sebarang spekulasi.

“Arahan ini tertakluk kepada semua Exco, pegawai kerajaan dan jabatan kerajaan di Selangor.Ia tidak melibatkan mana-mana individu, pertubuhan bukan kerajaan mahupun parti politik,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sudah menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan kepada baginda berhubung isu tersebut, Abdul Khalid berkata:

“Saya sudah menghadap Sultan, tapi laporan lengkap daripada JAIS saya belum terima. Jadi, saya tak dapat beri pandangan kepada Sultan berhubung isu ini.”

Jelasnya, kerajaan negeri akan memberikan kenyataan serta pendirian mereka selepas laporan daripada JAIS siap sepenuhnya.

“Kerajaan negeri berharap sebelum fakta-fakta ditentukan dengan jelas kita tidak harus terburu-buru membuat sebarang penilaian.

“Apa-apa perbincangan perlulah berasakan pendekatan wajar dan objektif manakalan pandangan sempit politik wajar diketepikan,” katanya.

Abdul Khalid berkata, pendekatan tersebut adalah penting untuk menjaga keharmonian pelbagai kaum dan agama khususnya di Selangor dan Malaysia amnya.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kecoh apabila Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Beliau turut mengeluarkan arahan melarang mana-mana Exco Kerajaan Negeri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut sehingga siasatan berhubung perkara itu siap dijalankan.


http://www.kl-today.com/2011/08/serbu-gereja-laporan-siap-lepas-raya/

JAIS bertanggungjawab hantar laporan - MB

JAIS bertanggungjawab hantar laporan - MB
Salhan K Ahmad
Ogos 10, 11
3:42pm


Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertanggungjawab untuk memberi laporan kepada kerajaan negeri berhubung serbuannya ke atas premis milik sebuah gereja minggu lalu.

Khalid menjelaskan, secara prinsip, JAIS merupakan satu jabatan di dalam pentadbiran negeri manakala ketua bagi agama Islam merupakan Sultan Selangor.

"Tapi JAIS perlu menjalankan aktivitinya dalam ruang lintup enakmen Selangor, berhubung (hal ehwal) agama," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Tegasnya, enakmen berkenaan membolehkan JAIS melaporkan kepada kerajaan negeri.

"Sebab itu kerajaan negeri memberi arahan kepada mereka untuk mendapatkan laporan terperinci," katanya lagi.

Laporan berkenaan setakat ini masih belum diperolehi kerajaan negeri kerana JAIS masih berdepan masalah untuk mendapatkan keterangan daripada 12 orang Islam yang diperiksa dalam operasi berkenaan.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah menerima surat daripada peguam yang mewakili 12 orang berkenaan.

"(Surat berkenaan) menjelaskan tanggungjawab mereka dalam memanggil 12 orang yang ingin ditemui JAIS," kata Khalid lagi yang menjangkakan laporan terperinci akan dapat diperolehi "sebelum habis hari raya."

"Kerajaan negeri menyerahkan kepada penasihat undang-undang JAIS untuk memberi nasihat yang sepatutnya dalam hal ini," katanya lagi.

Ditanya sejauh manakah kesediaan JAIS untuk menyerahkan laporan berkenaan, Khalid berkata soalan berkenaan sepatutnya diajukan kepada jabatan itu sendiri.

Khalid turut meminta media supaya tidak menimbulkan spekulasi berhubung kontroversi yang timbul ekoran tindakan JAIS yang menjalankan pemeriksaan ke atas Damansara Utama Methodist Church pada 3 Ogos lalu.


http://malaysiakini.com/news/172572

Thursday, July 7, 2011

S'gor catat kenaikan imbangan kewangan

Jul 6, 11 9:38pm

Selangor mencatatkan kenaikan lembaran imbangan kewangan 20 peratus atau kira-kira RM200,000 bagi enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, pada Disember 2010, nilai kunci kira-kira Selangor dicatatkan RM1.6 bilion berbanding RM1.8 bilion sehingga Jun 2011.

"Sebanyak RM1 bilion cairan wang tunai disimpan dalam sistem perbankan manakala RM600 juta pula merupakan dalam bentuk pemilikan saham," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco negeri itu di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid berkata baki atau rizab kewangan berkenaan pula diperuntukkan untuk memperbaiki dan menaik taraf beberapa prasarana seperti jalan raya dan sistem perparitan di seluruh Selangor.

"Sejumlah besar pendapatan itu adalah berdasarkan cukai yang dipungut sejak awal tahun ini," katanya.

Beliau berkata maklumat lanjut mengenai kedudukan kewangan negeri yang telah diluluskan itu akan diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula minggu hadapan.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169159
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...