Showing posts with label Patriot. Show all posts
Showing posts with label Patriot. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

Lim Hong Siang | Sep 15, 2011 03:16:10 am

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said (gambar kanan), atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbarFikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa "British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British. Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," simpulnya di akhir ucapan beliau. Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan. Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya. Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja. Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan. Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu. Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Lee Ban Chen: UMNO mewarisi penjajahan

Sementara itu, penganalisa politik Lee Ban Chen menyifatkan kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 sebagai "kemerdekaan tiga suku", dan bukan "kemerdekaan yang tulen". Ini kerana British telah menolak perlembagaan rakyat ketika itu, sebaliknya memilih UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk kerjasama.

Bagaimanapun, UMNO dalam Perikatan ataupun Barisan Nasional kemudiannya tidak mengisi nama dan bentuk kemerdekaan, sebaliknya mewarisi penggunaan akta-akta zalim dalam zaman penjajahan, misalnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang merintangi proses reformasi dan pendemokrasian negara kita, kata Lee Ban Chen (gambar kiri).

Pak Samad turut bersetuju bahawa "kita sebenarnya masih dalam pemerintahan penjajahan", kerana undang-undang zalim yang digubal ketika zaman British masih kekal sehingga kini. Malah, Menteri Dalam Negeri siang-siang mengingatkan tentang ISA ketika menangani isu BERSIH 2.0.

Dengan nada menyindir, Pak Samad berkata "yang menjadi wira sentiasanya UMNO", sementara "orang awal yang berjuang semuanya tenggelam". "Dan paling mudah untuk mengatakan bahawasanya mereka semua ini kelompok komunis yang jahat, dan komunis yang ingin mencengkam...",dan pada waktu yang sama pula kita berbaik-baik dengan komunis (China) yang ada - antara beberapa "keanehan" yang sedang berlaku di negara dewasa ini, katanya.

Seorang lagi panelis dalam forum ini adalah Arumugam, selaku Penasihat Tamil Foudation dan Pengerusi SUARAM. John Brian, iaitu Pengerusi Majlis Penasihat Dayak dan blogger Dayak baru yang dibariskan sebagai panelis sebelum ini, gagal menghadirkan diri kerana masalah tertentu. Forum ini dipengerusikan oleh Adam Adli Bin Abd Halim, iaitu Pengerusi Legasi Mahasiswa Progresif UPSI.

Baca: Lee Ban Chen: Kenyataan Mat Sabu sesuatu yang pernah disetujui kerajaan

*Lim Hong Siang ialah editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

**Forum "Milik siapakah kemerdekaan ini?" ini dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Free Public Forum, Solidarity Mahasiswa Malaysia, Bahagian Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL& Selangor dan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI).


http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12253

Saya lihat kehadiran British sebagai penjajahan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Sept: “Ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain,” kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.

Namun, jelasnya terdapat sedikit perebezaan antara penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Canada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan UFMS.

Katanya, ada beza antara konsep 'colony' dan 'protecorate'.

Menurutnya, pada realitinya di zaman British itu, ada beza antara pentadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu.

“Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar,” ujarnya dalam tulisan yang diemel kepada Harakahdaily, petang ini.

Tambahnya, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan.

Oleh kerana itu, ujarnya para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai 'breach of trust' (pecah amanah).

Katanya lagi, para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung).

“Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga,” jelasnya.

Berikut tulisan penuh beliau.

YBhg. Saudara Editor Harakah Daily,

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doa agar saudara dan rakan-rakan di Harakah sentiasa dalam barakah dan sihat sentosa.

Sukacita saya merujuk kepada penerbitan Harakah, Edisi Jumaat, 18-20 Syawal 1432 bersamaan 16-18 September 2011 berkaitan pelbagai berita, ulasan dan pandangan pada halaman N1, N2, N4, N11, N13, N14, F3, F4, F11, F17, N21, N26, N29, yang terdapat di dalam penerbitan pada hari itu.

Saya amat berterikasih dan syukur jika Saudara dapat menyiarkan petikan dari apa yang dirakam dan diedarkan dalam 'Kenyataan Akhbar' dalam persidangan media Majlis Profesor Negara pada Hari Jumaat September 2011 itu. Tujuannya sekadar menjelaskan dan memaklumkan catatan sebenar agar perselisihan pandangan mungkin dapat dibetulkan. Saya akan mengutip edaran Kenyataan Akhbar yang dimaksudkan itu.

Berkaitan isu Tanah Melayu ukan Koloni tetapi Naungan, Kenyataan Akhbar itu ditulis, antara lain, seperti berikut:

"Negeri-negteri Melayu (B- FMS- atau tidak Bersekut - UFMS) tidak pernah menjadi colony atau tanah jajahan British .... Tanah Melayu tidak pernah terjajah (kecuali Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) walaupun kesan pentadbiran itu merupakan satu bentuk 'penjajahan' (colonialism)...Penilaian pengkaji sejarah kolonialsme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'Breach of trust' (R. Braddell) dan 'indirect rule' (R.Emerson)...Mereka melakukan penjajahan walaupun tidak sahih (illegitimate)."

Dua perkara yang ditegaskan di situ. Pertama, ada beza antara konsep 'colony' dan 'protecorate'. Pada realitinya di zaman British itu, ada beza antara penbtadbiran Singapura dengan Kelantan atau Trengganu. Bezanya cukup banyak dan jelas dari segi kuasa, pentadbiran dan hubungan luar. Kedua, walaupun antara 'colony' dan 'protectorate' berbeza tetapi kesan dari pentadbiran 'protectorate' adalah juga penjajahan. Oleh kerana itu, para ahli undang-undang seperti Roland Braddell melihatnya sebagai 'breach of trust' (pecah amanah). Para ahli sejarah seperti R. Emerson, melihatnya sebagai 'idirect rule' (pemerintahan taklasung). Kedua-duanya penilaian itu adalah melihat kesan pentadbiran British sebagai 'penjajahan' (colonialism) juga.

Dengan demikian, ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan (colonialism) juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain. Namun terdapat sedikit perebezaan antara penjajahan berbentuk 'colony' seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang) , Canada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk 'protectorate' di dalam FMS dan UFMS. Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah colony maka institusi raja itu terhapus begitu sahaja. Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah 'protectorate' maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-Negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini. Perbezaan 'tipis' (seperti kata Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana, kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang.

Diharap sedikit penjelasan ini dapat mengurangkan jurang pendapat yang telah muncul. Salam bahagia dan terima kasih. Wabillahi taufik wal hidayah.

Profesor Datuk Dr Zainal Kling.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5448-saya-lihat-kehadiran-british-sebagai-penjajahan

Tuesday, September 13, 2011

Zainal dan Ghani cuba tukar sejarah

Zulkifli Sulong

Kenyataan Profesor Zainal Kling bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British telah menimbulkan pelbagai polemik baru.

Kenyataan Zainal setaraf sahaja dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang tiba-tiba menukar kenyataannya kepada Mat Indera adalah komunis.

Sedangkan, melalui buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan pada tahun 2004 oleh Yayasan Warisan Johor, Mat Indera dinobatkan sebagai salah seorang hero Johor.

Buku itu merekodkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukannya komunis.

Namun kerana Umno sudah berpendirian Mat Indera adalah komunis dan bukannya pejuang kemerdekaan, Abdul Ghani terpaksa menukar kenyataan kepada Mat Indera adalah komunis.

Semuanya mahu mengesahkan bahawa Umno sentiasa tidak salah walaupun Ghani terpaksa menukar balik kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya sebelum ini.

Namun nampaknya pegangan Mat Indera adalah komunis tidaklah sekejap mana, mungkin kerana ia banyak bertentangan dengan fakta sejarah.

Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia (gambar) di muka depannya mencatatkan Mat Indera bukan lagi komunis tetapi "lelaki tempatan yang bersekongkol dengan komunis."

Kes Zainal Kling pun sama sahaja.

Mohamad Sabu mendakwa hero sebenar peristiwa Bukit Kepong adalah Mat Indera bukannya polis yang bertugas di rumah pasong Bukit Kepong itu.

Ini kerana, kata Mat Sabu, Mat Indera menyerang rumah pasong British kerana polis ketika itu (tahun 1950) adalah polis British yang sedang menjajah Tanah Melayu pada ketika itu.

Jadi untuk membetulkan versi Umno bahawa polis ketika itu adalah bertugas untuk tanah air, negara dan bangsa, datanglah Zainal Kling atas nama Majlis Profesor Negara berkata, negara tidak pernah dijajah oleh British. British hanya penaung sahaja bukan penjajah.

Jika tanah Melayu ketika itu tidak dijajah oleh British maka betullah kata Umno bahawa Mat Sabu telah menghina polis yang berpejuang mempertahankan negara.

Inilah cerita yang cuba hendak diberikan kepada rakyat negara ini.

Komen Husam

Saya tertarik dengan komen yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam.

Bagi Husam, kerajaan khasnya Menteri Pelajaran perlu menarik balik semua buku sejarah di sekolah-sekolah di negara ini jika benar kenyataan yang dibuat oleh Profesor Zainal Kling, negara ini tidak pernah dijajah.

"Saya mahu Umno termasuk perdana menteri, timbalan dan khasnya Menteri Pelajaran membuat pendirian, apakah sikap mereka terhadap kenyataan itu.

"Jika benar kenyataan itu, semua buku teks sekolah perlu ditulis semula," kata Husam kepada wartawan Harakahdaily. (Lihat video di sini).

Beliau mengulas kenyataan Zainal Kling yang mendakwa negara ini tidak pernah dijajah dan hanya dilindungi sahaja.

Bagi Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan, pemimpin Umno kena bertanggung jawab dengan kenyataan yang dibuat oleh Zainal Kling itu kerana dia ahli Umno.

Sehubungan itu juga, beliau meminta supaya Zainal bertaubat kerana kenyataan beliau boleh merosakkan negara.

"Bagi saya sejarawan seperti ini pada saya boleh merosakkan negara kita kerana mereka boleh putar belit fakta semata-mata untuk membolehkan Umno menjadi juara pada setiap masa.

"Prof Zainal kena bertaubat dan jangan melampau dengan memutar belitkan fakta sejarah," kata Husam.


Menurut Husam, sudah sekian lama British dalam dokumen-dokumennya di London menganggap Malaya adalah tanah jajahan mereka.

Oleh itu, apabila Zainal Kling membuat kenyataan sebegini, ia satu usaha untuk menulis semula sejarah yang sudah dimaktubkan dalam pelbagai dokumen sejarah.

Bagi Husam, jika kita menganggap orang puteh adalah rakan kita yang sama-sama mentadbir negara ini, ia satu usaha untuk merombak dokumen sejarah.

Ini kerana, bagi orang puteh, Tanah Melayu adalah sebahagian dari negara koloni mereka.


Jika kita bersetuju dengan kenyataan itu, kata Husam, kita juga kena berkata bahawa JWW Birch, residen British yang dibunuh oleh Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak adalah rakan kita juga bukannya penjajah.

"Orang puteh ini pandai, mereka tidak buang raja tetapi mengaut semua harta negara kita. Kalau mereka buang raja, sudah tentu rakyat negara ini memberontak dan menghalau mereka," kata Husam.

Inilah kisahnya dan lihatlah dari perspektif yang betul agar kita tidak tertipu oleh sejarah kerana ada yang berkata "yang menang menulis sejarah, yang kalah menulis pusi".


http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakahdaily/5380-zainal-dan-ghani-cuba-tukar-sejarah

Mat Sabu lawan Zainal Kling

Ahmad Lutfi Othman


Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".

Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.

Mat Sabu mungkin tidak mempunyai disiplin ilmu sejarah yang baik, seperti beberapa orang anggota Majlis Profesor Negara (MPN), misalnya Prof Zainal Kling dan Prof Ramlah Adam, namun beliau berupaya untuk memaksa "tafsiran baru" dibuat terhadap sejarah perjuangan menghalau penjajah.

Bagi saya, beliau berjaya -- melalui gaya tersendiri -- "menganjurkan" satu perdebatan yang sihat dan diharap membuahkan hasil yang positif dan adil kepada sejarah negara. Terjahan awal Zainal Kling yang mendakwa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, pastinya tidak terhenti di situ sahaja.

Dan tidak mustahil tafsiran Mat Sabu terhadap sejarah kemerdekaan negara akhirnya akan lebih diyakini khalayak berbanding dua profesor yang dikenali sebagai cukup rapat dan dekat dengan Umno itu. (Pengalaman saya membaca buku-buku Ramlah Adam dapat mengesan "kecurigaan" dan "buruk sangka" yang ketara kepada tokoh-tokoh golongan kiri, seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain).

"Kalau bukan disebabkan media secara berlebihan memainkan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, saya pasti ramai di kalangan kita tidak pernah kenal apa itu pertubuhan politik seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu) atau API (Angkatan Pemuda Insaf)," kata seorang rakan, pensyarah kanan sains politik.

"Dan mungkin ada yang beranggapan lokasi Bukit Kepong itu berada di sekitar Kepong atau Jinjang," tambahnya, sambil ketawa. "Di sinilah hebatnya Mat Sabu. Sejarah yang mungkin dianggap sudah mati itu kembali segar-bugar. Kepada saya, biarlah orang berdebat siapa Mat Indera, dan pula siapa petualang dan pejuang kepada negara."

Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN dalam sidang media di Putrajaya mendakwa, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Beliau juga menafikan gerakan kiri sebagai golongan memperjuangkan kemerdekaan.

Kenyataan Zainal sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia dilihat mewakili aspirasi perjuangan Umno, yang lebih bertindak sebagai "perunding" dalam fasa-fasa akhir menuntut kemerdekaan. Ya, di sinilah menariknya perbahasan yang dicetuskan Mat Sabu itu, yang bakal menyerlahkan perbedaan besar di antara peranan Umno dengan parti-parti terdahulu yang diharamkan penjajah British.

Saya tidak pasti di manakah kedudukan penentang-penentang British, yang mempertaruhkan nyawa demi membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah seperti Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dol Said, Maharajalela, Tok Janggut dan Rosli Dhobi, pada kacamata Zainal dan orang-orang seumpamanya?

Saya cuba membayangkan bagaimana sukarnya tokoh-tokoh awal, seperti Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang British.

Bukan mengenangkan kepayahan mereka diburu penjajah, dengan kelengkapan yang cukup minimum, tetapi kesukaran untuk meyakinkan anak bangsa sendiri -- terutama yang merasa selesa di bawah dagu orang putih -- bahawa mereka perlu bangun daripada lena yang panjang, selain menimbulkan kesedaran awal pemikiran politik.

Sebelum menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938, Ibrahim Yaakub memimpin gerakan pelajar, Ikatan Pemuda Pelajar pada 1929, seterusnya pada 1930, Ikatan Semenanjung Borneo, yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, sehinggalah British menghancurkan gerakan itu pada 1932.

Sekiranya nasionalis Umno hanya baru sedar untuk membebaskan diri daripada penjajahan selepas konsep Malayan Union diperkenalkan pada 1946, anak-anak Melayu yang terdidik di Timut Tengah, terutama di Universiti Al-Azhar sudah menjiwai roh kemerdekaan sejak awal 1900-an lagi, dipengaruhi mujaddid agung Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.

Tidak hairanlah apabila majalah al-Imam, yang dikeluarkan pada 22 Julai 1906 di Singapura oleh tokoh-tokoh pembaharu Islam, Kaum Muda, mengungkapkan dengan jelas tujuan penerbitannya: "Mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan."

Dari segi organisasi yang lebih teratur, perjuangan ini diteruskan dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada 14 Mac 1948, di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dalam kenyataannya pada 26 April 1948, Dato Onn Jaafar mengingatkan satu lagi "bahaya dari gunung" dan menyifatkan "Parti Islam itu Merah". Onn berjaya menghasut British bahawa Hizbul Muslimin prokomunis.

Melalui Akta Darurat 1948, pada 29 Julai tahun sama, semua pemimpin Hizbul Muslimin, termasuk Abu Bakar, ditangkap dan dipenjarakan sehinggakan tiada yang tinggal untuk memimpin. Parti itu turut diharamkan. Ramai pengkaji menyifatkan penubuhan PAS pada November 1951 adalah kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan penjajah itu.

Saya tidak bermaksud mahu bermain dengan fakta sejarah. Saya percaya perdebatan status Tanah Melayu, sama ada sebagai negara jajahan ataupun naungan British akan menarik pembabitan lebih ramai sejarahwan yang jujur dengan ilmunya untuk berkongsi pandangan.

Implikasi perbahasan itu juga menjangkaui skop yang jauh lebih besar, termasuk memberi kesan besar terhadap situasi politik terkini. Ia bukan lagi berlegar di sekitar kontroversi Mat Indera dan Bukit Kepong semata-mata. Dan inilah yang saya jangkakan dalam tulisan saya sebelum ini.

Isu ini mulanya dicetuskan oleh Utusan Malaysia bagi menjerat Mat Sabu dan PAS itu sendiri, iaitu sebuah parti yang dilihat bakal memberi saingan paling sengit buat Umno, khususnya untuk merebut simpati dan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13. Ia juga diharapkan BN bagi menenggelamkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai skandal kewangan, serta yang terbaru caj perkhidmatan enam peratus telefon prabayar.

Menjadi kelaziman kepada strategis Umno untuk meneropong kegiatan dan kenyataan pemimpin pembangkang dengan sehalus-halusnya, untuk dimanipulasi dan diputarbelitkan, bagi menggambarkan kepada rakyat kelemahan Pakatan Rakyat.

Saya boleh bersetuju dengan pandangan seorang rakan yang mengingatkan bahawa dalam PRU13 nanti kemenangan bukan ditentukan oleh kehebatan parti atau calon yang bertanding, tetapi difaktorkan oleh "kesilapan paling minimum" yang dilakukan parti atau calon berkenaan.

Maknanya, mereka yang melakukan kesilapan lebih banyak akan mudah untuk ditumpaskan.

Di peringkat awal, nampak kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera itu (dan bukannya tentang sejarah kemerdekaan negara) seperti mudah dieksploit Umno, terutama kepada bekas anggota keselamatan dan orang-orang tua di kampung-kampung, tetapi apabila skop perbincangannya menjadi lebih meluas, saya yakin kedudukannya menjadi lebih seimbang.

"Saya rasa kesungguhan luar biasa media Umno menimbulkan isu Mat Sabu, Mat Indera dan sejarah kemerdekaan negara ini boleh menikam balik dirinya," rumus seorang penganalisis politik.

"Apa pun, saya ingatkan kepada pemimpin pembangkang, berhati-hatilah daripada terjebak dengan perangkap Umno menjelang pembubaran Parlimen. Banyak isu yang sedia memihak Pakatan Rakyat, selain menampilkan gabungan mantap yang diyakini rakyat untuk mengambil alih Putrajaya," tambahnya.

Sekurang-kurangnya kini terpampang dengan lebih jelas wajah Umno yang propenjajah, di mana pemimpinnya sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini, lebih memikirkan soal kepentingan dan kesenangan diri. Dengan kata lain, Umno dan British saling perlu-memerlukan.

Dalam buku Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010), Nicholas J White mengungkapkan: "Pada masa bunga tahun 1959, usaha diambil pada peringkat menteri untuk mendekati pelbagai pemimpin perniagaan British bagi mendapatkan dana bagi membantu Perikatan dalam pilihan raya umum yang akan datang.

"Diharapkan M$500,000 dapat dikumpulkan daripada perniagaan Eropah. Oleh sebab wakil ekspatriat memang dijangka kehilangan tempat mereka dalam badan perundangan Malaysia pada akhirnya, maka Tan Siew Sin, Menteri Perdagangan dan Industri, menjelaskan bahawa firma British 'pasti menyumbang untuk menyokong kerajaan

yang memegang tampuk kuasa, dan kerana (mereka) tidak mungkin mengharapkan layanan lebih baik daripada mana-mana parti yang lain berbanding dengan layanan oleh Perikatan, sudah tentu dasar yang baik bagi mereka adalah untuk berusaha sedaya upaya demi memastikan Perikatan terus memegang kuasa dengan besar'."


http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5362-mat-sabu-lawan-zainal-kling

Pendirian PAS dalam kontroversi isu sejarah

Tuan Ibrahim Tuan Man

1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.

2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.

3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.

4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.

5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.

6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil ‘total confrontation approach’ menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.

7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.

Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu.

Kita harus “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat.

Dalam isu menafsir sejarah, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan prinsip “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini. Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media.
Firman Allah berkata:

"Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan.”

Sehubungan itu, semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang buruk kepada yang telah meninggal dunia.
Kita juga harus bersangka baik ketika menilai status Mat Indera, sedangkan kita tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.

Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau.

Fakta yang ada saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, beliau tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor.

Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.

Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?

Dalam isu ini, PAS telah membuat pendirian yang jelas. Namun, kami percaya sebagaimana jelas pun pendirian kami, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.

PAS juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya. Majlis ini juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
9 September 2011


http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/5310-pendirian-pas-dalam-kontroversi-isu-sejarah

Tun M dicabar akui Umno bukan pejuang merdeka

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Jika bersetuju bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan, cabar Dewan Pemuda PAS Pusat.

Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.

"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.

"Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu beliau turut mencabar Tun Mahathir menyatakan pendirian sama ada British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara, atau sebaliknya.

Menurutnya, kenyataan Tun M kelmarin itu telah menambah kekusutan dalam pemikiran rakyat terhadap sejarah kemerdekaan negara.

Sebelum ini katanya, rakyat dikelirukan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung isu sama.

"Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia.

"Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan," soalnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum Umno.

Ianya termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).

Umno pula ujarnya hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan tersebut.

"Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,Umno masih dengan slogan “hidup Melayu”.

"Umno telah diharamkan pada tahun 1988. Umno yang ada kini hanya Umno baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh Umno zaman ‘kemerdekaan’ telah berkubur sejak itu," tegasnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5386-tun-m-dicabar-akui-umno-bukan-pejuang-merdeka

PKR terkejut negara tidak pernah dijajah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama Majlis Profesor Negara (MPN) yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British.

Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu.

"Sesungguhnya, kita melihat kenyataan tersebut mempunyai implikasi yang besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu.

"Ia menimbulkan persoalan baru, apakah kita ini benar-benar merdeka dan untuk apakah kita meraikan kemerdekaan? Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar).

Bagi beliau, kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada.

Umum menyedari bahawa istilah ‘protectorate’ yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain.

Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya.

"Bukankah ini namanya penjajahan? Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?" soal bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

PKR, katanya, melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi PRU 13 akan datang.

"Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka. Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya," tambah beliau.

PKR juga, katanya, menyeru agar semua kaum intelektual dan ahli akademik bangun bersama mengembalikan martabat ilmu dengan menyatakan pendirian untuk menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan demi membela seluruh rakyat berasaskan prinsip kebenaran dan keadilan.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5355-pkr-terkejut-negara-tidak-pernah-dijajah

Lebih ramai pertikai Zainal Kling

Sep 12, 11 3:29pm

Pelbagai pihak terus membidas kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (bawah) berkata , kenyataan MPN membawa kesimpulan dasar protectorate Inggeris sebagai "tujuan murni" dan seolah-olah mengiktirafnya sebagai "wira pelindung", sekali gus menafikan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan.

pkpim president ahmad fahmi mohd samsudin"PKPIM merasakan kenyataan MPN sebagai keliru dan tidak objektif apabila MPN dilihat gagal memberi tafsiran yang lengkap dan memuaskan tentang konsep 'kedaulatan negara'.

"Ini jelas dalam kenyataannya yang mendakwa bahawa walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak dibawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara." katanya.

Memetik pandangan terbaru sarjana Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Historical Fact and Fiction (2011), Ahmad Fahmi berkata, fakta sejarah harus diteliti menyeluruh dengan mengambil kira nilai dan saling kaitan antara hingga membentuk rangkaian kesimpulan yang bermakna.

"PKPIM juga meyakini seseorang sejarawan bukan sekadar mampu mengutip fakta-fakta sejarah tetapi juga harus punya kekuatan akliyah bagi mentafsir bahan sejarah dengan mendalam dan tepat," katanya sambil menegaskan kenyantaan akhbar tidak boleh dipandang bernilai ilmiah.

Pada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Bahan lawak antarabangsa

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.

pkr congress 271110 zulkifli ibrahimKetua Penerangan PKR Perak Zulkifly Ibrahim (kiri) pula berkata mengkritik tindakan panelis dalam forum MPN baru-baru ini yang didakwa langsung tidak menyebut sumbangan dan peranan ulama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, seperti Abu Bakar Baqir, Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhamad.

Sedangkan, katanya, Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah pada 2008 pernah bertitah dengan sangat perihatin terhadap peranan ulama dalam menuntut kemerdekaan.

Katanya, dalam sempena seminar ulama anjuran kerajaan negeri, baginda antaranya bertitah, sebagai kumpulan yang tidak bekerja dengan Inggeris, ulama berada dalam kedudukan yang lebih bebas menggemukakan tuntutan kemerdekaan secara terbuka.

"PKR menggesa kerajaan Perak supaya dapat melaksanakan titah baginda Sultan khususnya yang melibatkan institusi dan tokoh kemerdekaan di negeri ini.

"Titah sudah hamper 4 tahun berlalu, tetapi tiada tanda-tanda komitmen kerajaan Negeri pada hari ini," kata Zulkifly lagi.

sarawak pas deputy commissioner iii jofri jaraieeSementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Jofri Jaraiee (kanan) menggesa pengkaji sejarah tampil menjelaskan keadaan sebenar sebelum negara menjadi bahan lawak antarabangsa.

"Kita minta agar pengkaji sejarah bebaskan diri mereka daripada pengaruh mana-mana fahaman politik perkauman dan sebagainya agar rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang sejarah tanah air ini yang banyak mengelirukan," katanya.

universiti students higher education ministry memo 160307 nazree mohd yunusSementara itu, Ketua Pemuda PKR Negeri Sembilan Mohd Nazree Mohd Yunus (kiri) berkata, polemik secara keterlaluan dalam isu kemerdekaan, khususnya berkaitan komunisme oleh media massa dan NGO secara tidak langsung cuba membakar sentimen perkauman.

"Mempolemikkan isu komunisme secara salah dan tidak tepat tidakpun membantu perkembangan good governance (pentadbiran yang baik) serta hubungan kaum dan agama dalam negara ini," katanya sambil menggesa perbicangan difokus pada isu lebih utama seperti kenaikan harga barang keperluan asas.


http://malaysiakini.com/news/175558

Nik Aziz: Profesor tidur terlalu lama

Sep 12, 11 12:55pm

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan
kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

NONE"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama,"
katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.

Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.

zainal klingPada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.

Menulis di laman Facebooknya, Nik Aziz juga berkata, beliau mahu mendengar pandangan pemimpin Umno berhubung kenyataaan yang mengundang kritikan hebat itu, terutamanya daripada pembangkang.

"Atau memilih untuk mendiamkan diri?" soal mursyidul am PAS itu.

http://malaysiakini.com/news/175525

Saya perjuangkan Islam, bukan komunis - Mat Sabu

Sep 11, 11 1:09pm

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam dan bukan komunis seperti dilabel oleh dan akhbar miliknya Utusan Malaysia.

pengukir nama johor mat sabu 050911Pada ceramahnya di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam semalam, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak kecil lagi.

"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.

"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.

"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya dipetik Harakahdaily.

Utusan pada 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata Mohamad Indera yang menyerang balai Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis yang mempertahankannya.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecamMohamad bagaimanapun berkata laporan Utusan mengenai ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu itu adalah "satu putar belit dan tokok tambah cerita untuk memfitnahnya dan PAS".

Mengulas lanjut, beliau tuduhan sebegitu bukan perkara baru dan telah berlaku sejak zaman penjajah lagi.

Pada zaman British, katanya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.

Sangat cintakan Malaysia

"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.

"(Tuduhan) ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," katanya kepada rayusan hadirin.

Berikutan laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.

NONEMengulas perkara itu, Mohamad, berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.

"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.

"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya.

Keadaan menjadi semakin kusut, apabila pelbagai pihak termasuk aahli akademik mentafsirkan sejarah negara.

Lebih menggemparkan apabila Profesor Datuk Dr Zainal Kling mendakwa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.


http://malaysiakini.com/news/175449

Hisham: Mat Sabu tak akan disiasat mengikut ISA

Hisham: Mat Sabu tak akan disiasat mengikut ISA
Sep 11, 11 10:00am

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kenyataannya mendakwa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

NONEBeliau berkata kes Mohamad Sabu banyak berkisar kepada undang-undang dan oleh itu hanya Peguam Negara yang dapat menentukan bentuk tindakan terhadap beliau.

"Saya tak boleh cakap lebih dari itu, nanti orang tuduh kita menyuruh dan mengarah Peguam Negara. Kalau perkara ini berkisar kepada undang-undang negara, maka pihak yang menentukan pendakwaan itu dilaksanakan di mahkamah ialah Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Tanglung dan Merdeka Raya 2011 di Klang, malam semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob, dilaporkan berkata polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap Mohamad Sabu dan dihantar ke Bukit Aman untuk diteliti dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat.

NONEHishammuddin bagaimanapun berkata kenyataan Mohamad Sabu tidak mengancam keselamatan negara dan oleh itu bukan satu opsyen untuk menyiasat beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang meluahkan rasa dukacita kerana Ops Sikap ke-24 gagal mencapai matlamatnya untuk mengurangkan kadar kemalangan maut, Hishammuddin berkata ia mungkin disebabkan oleh pendekatan yang tidak berjaya.

"Kita boleh ubah pendekatan (untuk mengurangkan kadar kemalangan maut menerusi Ops Sikap) tahun depan. I personally feel it should be firmer. Walau apa pun ia bergantung kepada pihak polis memikirkan kaedah terbaik," katanya.

NONEHishammuddin berkata kemalangan jalan raya banyak berlaku disebabkan sikap pemandu itu sendiri ketika berada di atas jalan raya.

"Kalau tak ubah sikap dan pemikiran di atas jalan raya, apa cara pendekatan sekalipun tak akan selesai masalah," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/175437

PAS: Lucutkan gelaran profesor Zainal Kling

Sep 11, 11 10:52am

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusuf Rawa mahu pihak Majlis Profesor Negara (MPN) melucutkan keanggotaan Profesor Zainal Kling bagi memelihara kredibiliti majlis ini kerana menimbulkan kekeliruan dengan mendakwa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

PAS mujahidMujahid (kiri) berkata, kenyataan Zainal yang mewakili MPN itu telah menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka

“Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibiliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran profesor (beliau) ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut,” kata pemimpin PAS itu dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, PAS juga menuntut ahli akademik itu menarik balik kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah tetapi sebaliknya hanya dinaungi oleh British.

NONE“Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja,” katanya.

Menurut Mujahid yang juga pengerusi Perpaduan Nasional PAS, kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka!

Hina pejuang bangsa

“Ia tidak memerlukan seorang profesor untuk memahami bahawa 'Merdeka' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan.

zainal klingKenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'? Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British?” soalnya.

Jumaat lalu, Zainal (kanan) pada sidang akhbarnya di Putrajaya berkata berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

Mujahid bagaimanapun menyangkal hujah itu dan berkata jika benar negara ini tidak dijajah mengapa kekayaan negara dan hasil bumi dieksploitasi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah?

“Tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah?

“Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutar belitkan istilah penjajah kepada penaung?

`malaysia merdeka 50th anniversary 280807 ethnic“Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti?” katanya ladi.

Sehubungan itu, kata Mujahiud, PAS mahu kerajaan, khususnya kementerian pelajaran supaya bertindak tegas terhadap Zainal yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini.

Mengapa Tunku laung 'Merdeka'

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata rakyat kini musykil sekiranya benar negara ini tidak pernah dijajah, seperti dakwaan Zainal, kenapa perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka.

“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan (dan ada laungan merdeka)? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” soalnya dalam satu kenyataan akhbar.

pas muktamar 130610 idris ahmadMenurut Idris (kiri), hakikat sekarang, terbukti siapa yang cuba membohongi sejarah dan kenyataan kumpulan itu sememangnya memalukan ahli akademik yang jujur.

Justeru, katanya ahli akademik perlu bangkit memperbetulkan kenyataan itu.

“Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini,” katanya.

Menurut Idris, kini terserlah bahawa Umno bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara.

Sebaliknya, selama ini Umno menipu rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri bahawa parti itu yang memperjuangkan kemerdekaan.


http://malaysiakini.com/news/175439

Majlis profesor tersasar jauh dari kebenaran

Md Azmi Abd Hamid & Abd Ghani Samsudin
Sep 10, 11
4:56pm

ULASAN Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan.

Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat.

Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar “ada bahaya dari gunung” merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis.

Dari mana Datuk On mengguna label ini jika tidak dari ta'rif British yang menjajah tanah air ini.?

Bermakna kesimpulan yang dibuat untuk menuduh gerakan Melayu yang mengambil pendirian garis keras sebagai gerakan komunis adalah dari British dan golongan bangsawan yang dekat dengan British.

Pertama TERAS dan SHURA mempersoalkan istilah gologan kiri atau kanan itu adalah sebenarnya lebel dari siapa? Kenapa majlis ini terlalu taksub dengan label yang diberi oleh British.

Bermakna mereka telah bermula dengan premis yang batil lagi menyesatkan kerana kerangka dan paradigma serta tasawur British itulah yang menjadi ukuran tafsiran mereka terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan. Kiri dianggap komunis dan semua gerakan menjadi komunis bila menentang British dan yang tidak sealiran dengan pendekatan yang diguna Umno.

Tidakkah apa yang mereka rumuskan itu termasuk golongan ulama yang telah memilih untuk berjuang dengan cara bersenjata menentang British. Padahal mereka berjuang atas nama tuntutan Islam . Adakah perjuangan mereka dianggap bukan perjuangan yang sah.

Beranikah mereka mengelompokkan ulama yang bertempur dengan British seperti Tok Janggut, Abdur Rahman Limbong, Tok Guru Hussin Dol sebagai komunis hanya kerana British melabelkan mereka sebagai pengganas komunis?

TERAS dan SHURA kesal dengan keanggkuhan golongan bijak pandai yang dikatakan bergelar Profesor.

Dari asas apakah majlis ini membuat rumusan demikian?

Adalah sangat mengelirukan jika ia keluar sebagai pendirian rasmi, seolah ahli pemikir sejarah cuba membuat pentafsiran yang batil mengikut faham British yang mahu generasi selanjutnya menerima bahawa British memberi kemerdekaan bukan kerana tekanan golongan ulama dan pejuang nasionalis tetapi kerana berunding dengan Umno.

Untuk mengatakan tanah air ini tidak dijajah adalah kedangkalan yang sangat mengejutkan datang dari Majlis Profesor terutama bila mereka dikatakan adalah golongan inteligensia negara .

Tidak ada siapapun yang memiliki akal waras mengatakan tanah air ini tidak dijajah sedangkan Raja-raja Melayu hanya menjadi penguasa yang terbatas kepada soal adat dan agama dan dalam urusan yang lain British menjadi tuan.

Malah dalam hal melantik qadhi sekalipun British akan campurtangan kerana pihak British jualah yang akan menentukan dasar siapa yang akan dilantik.

TERAS & SHURA tidak dapat menerima rumusan yang mengelirukan ini hanya kerana wujud kecenderungan ahli sejarawan mengabsahkan perjuangan Umno sahaja yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan.

TERAS & SHIDA mempersoalkan asas Majlis tersebut yang mendakwa bahawa golongan yang menentang British secara bersenjata berniat menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

Di mana buktinya dan dari sumber mana mereka menyandarkan hujah ini?

Menuduh perjuangan ulama dan nasionalis sebagai perjuangan komunis dan memfitnah pula mereka sebagai bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis adalah kebiadapan intelektual yang sangat parah. .

TERAS & SHURA menganggap dakwaan Prof Zainal Kling bahawa perjuangan nasionalis yang tidak mengikut jalur Umno sebagai tidak sah dan tidak legitimate menunjukkan betapa beliau terperangkap dengan sindrom jiwa terjajah iaitu jiwa yang mengukur keabsahan sesuatu perjuangan itu hanya sah jika diterima oleh British.

Nota: Mohd Azmi Abdul Hamid adalah presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) manakala Abdul Ghani Samsudin adalah pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA).



http://malaysiakini.com/news/175401

Saturday, September 10, 2011

Buku Pengukir Nama Johor bukti Umno bohong

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Para pemimpin Umno jelas terbukti memutarbelitkan sejarah, khususnya mengenai Mat Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 lalu.

Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam jelas mencatatkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani, malah tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, dengan itu, tindakan para pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

"Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.

"Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Sesudah membuat kesilapan mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, menurut beliau, para pemimpin Umno kini terus membuat kesilapan lebih jauh dengan perancangannya untuk mengadakan 'road show' bagi menerangkan kepada orang ramai mengenai Mat Indera yang dikatakan terlibat dengan perjuangan komunis oleh mereka.

"Kita difahamkan, 'road show' itu akan diadakan oleh Pemuda Umno. Tetapi dalam hal ini, jika mereka mengadakan 'road show' sekalipun, mereka tetap gagal mempengaruhi orang ramai mengenai fakta sejarah yang diselewengkan itu kerana orang ramai sudah tahu siapa Mat Indera yang sebenarnya yang sememangnya tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis," tegasnya.

Turut hadir pada sidang media itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzukefly Ahmad.

Sementara itu, dalam buku Pengukir Nama Johor, antara lain dicatatkan, dalam sejarah perjuangan menentang penjajahan dan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu, banyak tokoh yang telah terkorban demi bangsa dan negara, dikenang sebagai patriot tanah air seperti Datuk Bahaman dan Mat Kilau (Pahang), Datuk Dol Said (Melaka), Tok Janggut (Kelantan), Mat Salleh (Sabah), Datuk Maharajalela (Perak) dan Rosli Doby (Sarawak).

Mereka berjuang untuk kebebasan hak dan kemerdekaan negara. Namun begitu, mereka dianggap oleh penjajah sebagai penderhaka dan petualang yang mengancam keselamatan negara dan kerana itu mereka bukan sahaja perlu ditentang habis-habisan, malah dilenyapkan sama sekali daripada wujud di muka bumi ini.

Mereka tidak sekadar diburu, tetapi juga orang-orang yang hampir dan rapat dengan mereka turut diancam, digertak, diugut dan dimalukan.

Selain itu, propaganda memburuk-burukkan peribadi mereka disebarluaskan sehingga sesetengah anak negeri terpedaya dengan pembohongan itu.

Di negeri Johor terdapat seorang pejuang bangsa dan negara yang telah diberi imej buruk oleh penjajah Inggeris. Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Orang-orang yang rapat dan mengenali peribadi Mat Indera secara dekat menafikan pembohongan tersebut. Mereka tidak mempercayai bahawa itulah sifat-sifat Mat Indera.

Mereka mempersoalkan bagaimana dengan sekelip mata sifat-sifat terpuji Mat Indera boleh bertukar kepada sifat-sifat keji.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5247-buku-pengukir-nama-johor-bukti-umno-bohong

Legasi palsu Umno akan terdedah


Ahmad Lutfi Othman

Ramai menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan, maka iklim politik tanahair akan kembali membahang, malah suhunya diramal meningkat dengan drastik sekali, terutama ketika teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi bualan ramai.

Rupanya belum pun bulan penuh keberkatan dan keampunan itu meninggalkan kita, di hari-hari akhir yang menjanjikan "pembebasan daripada api neraka", Utusan Malaysia sebagaimana lazimnya, mencetuskan isu kontroversi, juga melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia kemudiannya disambut oleh siaran berita TV hampir saban malam. Beliau diserang kiri kanan, depan belakang.

Sejak Jun lalu, sebaik dipilih dalam muktamar parti, Mat Sabu menjadi buruan media. Lanjutan perhimpunan Bersih, 9 Julai, namanya yang sudah sedia popular tambah 'glamour' apabila pihak polis mendakwa beliau memanipulasikan kes penangkapannya. Hatta pembedahan kakinya pun mahudiungkit. Tidak selesai di situ, kos rawatan beliau turut dipolemikkan oleh Pemuda Umno.

Kebetulan ketika Utusan menimbulkan ucapan Mat Sabu yang mempersoalkan ketepatan sejarah perjuangan kemerdekaan negara, dengan mengambil kes Bukit Kepong sebagai salah satu contoh, Harakah bercuti dua keluaran.

Ramai pembaca mengeluh, sekali gus "sakit hati", melihatkan media di bawah kawalan Umno "sesuka hati" memalitkan tuduhan buruk dan fitnah jahat terhadap PAS, tanpa kehadiran Harakah sebagai "pengimbang". Di masa depan, mereka mengharapkan Harakah dapat memendekkan "cuti rayanya"!

Serangan terhadap Mat Sabu sebenarnya adalah usaha berterusan Umno untuk "menghitam-legamkan" wajah PAS menjelang PRU13 khususnya di kalangan pengundi Melayu. Dalam pilihan raya paling kritikal dalam sejarah politik moden Malaysia itu nanti, kerajaan mungkin bertukar tangan jika PAS berupaya meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat Melayu.

Berbanding parti-parti pembangkang lain, PAS sejak awal penubuhannya pada 1951 dan pembabitannya dalam pilihan raya persekutuan yang pertama pada 1955, dilihat sebagai seteru terbesar atau saingan terdekat Umno-Perikatan.

Meskipun hanya menang satu kerusi pada 1955, ia begitu mengejutkan bukan sahaja kepada Perikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman, malah British sendiri memandangkan PAS dilihat sebuah parti yang kerdil dan lemah.

Oleh kerana bimbang kebangkitan PAS selepas merdeka, Pesuruhjaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, RH Scott, pada Mei 1957, diarah menyediakan kertas kajian mengenai kerajaan Perikatan dan peluangnya untuk menang pada 1959.

Mengapa British begitu bimbangkan kebangkitan PAS, sebuah parti kecil yang hanya memenangi satu kerusi ketika itu? Bagi menjaga kepentingannya, British hanya mengharapkan Perikatan, sebuah parti pro-Barat, yang mempunyai dasar selaras dengan kehendak British.

Bagi British, masa depan Tanah Melayu amat penting kepadanya, disebabkan empat faktor. Pertama, sebagai pembekal sumber mentah dan penyumbang mata wang. Kedua, sebagai sebuah negaradi mana berjuta paun modal British dilaburkan. Ketiga, sebagai pangkalan British. Keempat, sebagai simbol pengaruh British di rantau Asia.

Kerajaan Perikatan bukan sahaja membenarkan tentera British ditempatkan di Tanah Melayu selepas merdeka, tetapi juga bersetuju menganggotai Komanwel dan memetrai perjanjian pertahanan dengan Britain. Ia juga berjanji tidak akan memilik-negara harta atau pelaburan British.

Scott berpendapat kerajaan British mesti membantu mengukuhkan kedudukan Perikatan bagi memastikan Perikatan kekal berkuasa selepas merdeka. Bagi British, PAS dan Parti Rakyat dilihat anti-imperialis dan anti-Komanwel. Kepentingan British akan terjejas dengan teruk jika Perikatan kalah.

Pada hemat saya, isu terbaru membabitkan Mat Sabu ini bukannya muncul secara spontan begitu sahaja. Ia adalah lanjutan daripada serangan sistematik Umno ke atas PAS, yang dipacu dengan hebatnya selepas PRU12, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

PAS digambarkan sebagai parti yang begitu "kemaruk kuasa" hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan Islam, rela diperkudakan oleh DAP, bersedia berkompromi dalam isu-isu agama termasuk kes murtad dan kristianisasi, serta yang terkini ditohmah menyanjung komunis, sambil menghina pasukan keselamatan yang sebangsa dan seagama.

Ucapan Mat Sabu

Saya cuba meneliti sepintas lalu ucapan Mat Sabu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu. Sebenarnya tiada sesuatu yang kontroversi atau mengejutkan pun. Bagi mereka yang sering mengikuti ucapan penceramah popular ini, Mat Sabu memang konsisten ketika mengupas dan membedah sejarah.

Begitu juga dalam kolumnya di Harakah yang banyak menganalisis isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan demokrasi. Mat Sabu sering mengaitkan hujahnya dengan fakta sejarah, termasuk apabila menyentuh perkembangan terkini di Timur Tengah. Sukar untuk menyanggah kebenaran di dalam tulisannya.

Malah, penegasan Mat Sabu mengenai keperluan sejarah negara diperbetulkan atau ditulis semua juga bukan pertama kali dibangkitkannya. Pemimpin PAS lain juga sering menimbulkan hal ini terutama di bulan kemerdekaan, setiap tahun. Mungkin agak sedikit berbeda apabila tema sebelum ini terfokus kepada peranan ulama dan golongan agama dalam menggembleng kuasa rakyat menentang penjajah.

Harakah sendiri pada tahun 2007, sempena perayaan 50 tahun kemerdekaan, menerbitkan sisipan khas, yang juga menekankan agar sumbangan semua pihak yang berusaha gigih membebaskan negara diiktiraf secara rasmi.

Sejarah panjang proses kemerdekaan negara bukan bermula pada 1946. Ia bukan disebabkan semata-mata oleh penentangan terhadap Malayan Union. Ratusan madrasah dan sekolah pondok tanpa tajaan pemerintah menjadi benteng paling berkesan kepada orang Melayu agar tidak hilang jati diri daripada proses pembaratan.

Inspirasi daripada tokoh-tokoh pembaharu Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Mohamad Abduh juga mencetuskan kesedaran, termasuk pemimpin tempatan seperti Sayyid Syeikh al-Hadi, dan pengaruh akhbar-akhbar al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara. Tidak harus dilupakan nama-nama besar yang semerbak harum dalam sejarah, yang terkorban ketika menentang penjajah, seperti Tok Janggut.

Malah, kesedaran orang Melayu menentang Malayan Union tidak boleh disandarkan hanya kepada Onn Jaafar. Bagi profesor sejarah, Dr Mohamad Redzuan Othman (gambar), peranan pemimpin agama yang berpusat di madrasah, yang merupakan jaringan paling berkesan menyebarkan kesedaran ini, cukup efektif bagi menggerakkan perjuangan rakyat menentang Malayan Union.

Redzuan turut menegaskan bahawa sepanjang 1948 hingga 1951 berlaku kekosongan yang amat ketara dalam perjuangan kemerdekaan yang dimainkan ulama dan golongan kiri. Perjuangan mereka tersekat apabila British mengisytiharkan darurat yang bukan semata-mata untuk membanteras golongan komunis tetapi juga golongan agama dan kiri, tetapi membenarkan golongan lain yang didominasi Umno terus melebarkan pengaruh.

"Waktu inilah golongan nasionalis yang dalam beberapa perjuangannya direstui penjajah British membina kekuatan. Waktu ini Hizbul Muslimin (dalam usia beberapa bulan sahaja) yang perjuangannya berlandaskan Islam diharamkan dan pemimpinnya Abu Bakar al-Bakir dan lain-lain merengkok dalam penjara," tegas Redzuan.

Dalam majlis Muzakarah Ulama 2007 di Ipoh pada 5 Julai, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menamakan Maahad al-Ehya as-Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas dan Madrasah al-Idrisiah Padang Rengas sebagai tapak-tapak awal kesedaran bangsa Melayu menentang penjajah.

Baginda turut menamakan anak-anak negeri Perak seperti Dr Burhanudin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif dan Dr Zulkiflee Mohamad sebagai tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat kesedaran bangsa. Raja Nazrin turut menyebut nama Mohamad Asri Muda, anak Kelantan tetapi menjadi guru di Maahad al-Ehya as-Shariff yang bertemu jodoh dengan Ustazah Sakinah Joned .


Ya, sejarah kemerdekaan negara perlu berlaku adil kepada semua. Memang tidak mudah untuk merongkai kembali "fahaman" yang telah dipasakkan Umno dalam pemikiran masyarakat. Dan Umno akan mempertahankan habis-habisan "legasi" palsunya itu. Selama ini ramai yang "tersihir" dengan dakwaan bahawa Umno yang memonopoli perjuangan kemerdekaan.

Pada tahun ini, hari merdeka bukan sahaja akan diingati kerana jatuh bersamaan pada hari raya Aidilfitri, tetapi memori mengenainya pasti lebih lama bertahan disebabkan "kejutan" Mat Sabu yang disensasikan Utusan.

Kontroversi ini dilihat langkah mula bagi merintis jalan membuka simpulan mati sejarah yang dipesongkan itu. Di peringkat awal mungkin nampak PAS seolah-olah terjerat dan banyak pihak, termasuk yang simpati dengan pembangkang, seperti marah di atas "keceluparan" Timbalan Presiden PAS itu. Mereka bimbang isu ini menjadi senjata tajam Umno dalam kempen PRU13 nanti.

Apa pun, kini giliran Umno pula untuk menjawab. Tidak mustahil senjata itu akan menikamnya kembali. Yang penting siri penerangan harus berjalan lancar ke akar umbi. Tembelang Utusan akan tersingkap akhirnya. "Permainan sentimen dan persepsi" ini tidak selamanya dimenangi Umno. Apa pun, PAS harus cermat dan berhati-hati menangani "pertempuran kedua Bukit Kepong" ini.

Dan jangan lupa, hari merdeka belum dirayakan lagi. Ia dianjak pada 16 September nanti. Justeru, isu ini tentu akan memakan masa lebih lama dibahaskan sebelum kontroversi baru dicetuskan Umno.

Dalam pada itu, saya tertarik dengan ungkapan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor itu, yang tidaklah menolak secara total sumbangan pemimpin Umno: "Kalau nak letak Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah (sebagai pejuang kemerdekaan), tetapi kenalah letak juga Dr Burhanudin Al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Bakir, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Mat Kilau dan lain-lain penentang British."

Secara peribadi, saya teruja melihat bagaimana proses Mat Sabu "menulis kembali" sejarah kemerdekaan negara. Selama ini bukan sedikit pihak yang tidak berpuas hati dengan "monopoli" Umno terhadap perjuangan panjang menghalau penjajah daripada negara ini, malah ramai juga sejarawan yang mahu sejarah kemerdekaan perlu berlaku lebih adil, tetapi siapa yang peduli.

Mat Sabu rupanya ada kaedah tersendiri untuk memperbetulkan penulisan sejarah yang tempang itu meskipun terpaksa menempuh siri kontroversi dan serangan bertubi-tubi seteru politiknya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5303-legasi-palsu-umno-akan-terdedah

Dr Farish Noor: Rekonstruksi Semula Sejarah?


Harakahdaily
1
Oleh Dr Farish A Noor [Di terjemahkan daripada artikel asal “Historical Reconstruction Again” oleh Ahmad Nabil Amir]
Dan begitulah, dengan alasan yang kompleks dan menjengkelkan, sejarah silam ditarik sekali lagi kepada kenyataan sekarang; sementara kita rakyat Malaysia terus membenamkan kepala ke dalam tanah dan melupakan masa depan. Kini kebanyakan kita tentu sudah mangli dengan kontroversi kecil yang mendapat liputan besar dan disiarkan sebagai tajuk utama: iaitu persoalan sama ada pergelutan yang terjadi dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong harus dikenang sebagai detik historis dalam sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan.
Malangnya kepada semua parti yang terlibat kelihatan isu ini telah dirampas oleh politik dan ahli politik lagi, seperti yang lazim berlaku di Malaysia hampir setiap hari. Lebih membimbangkan ialah bagaimana keragaman aspek dalam peristiwa ini diangkat secara selektif oleh parti dan aktor yang berlainan untuk melanjutkan hujah mereka, dan mengenepikan kepentingan untuk melihat dalam konteks yang lebih luas terhadap landas yang memunculkan peristiwa ini. Adalah mustahil untuk bersikap objektif dalam hal yang berkait dengan penulisan dan pembacaan sejarah, dan kemungkinan kita dapat menyingkirkan kepura-puraan tersebut. Tetapi buat ketika ini mungkin sebahagian nota pinggir mengenai hal tersebut akan bermakna untuk membuka ruang pencerahan dan perjernihan sedikit sebanyak.
Adakah PAS pro-Komunis? Soalan yang cukup janggal.. Mana mungkin parti Islam sokong Komunis!Adakah PAS pro-Komunis? Soalan yang cukup janggal.. Mana mungkin parti Islam sokong Komunis!A. Adakah PAS pro-Komunis?
Salah satu hasil dari perdebatan ini adalah kebangkitan semula pertanyaan lapuk sama ada PAS (Parti Islam se-Malaysia) adalah pro-komunis dalam sejarahnya ketika itu. Hal ini kelihatan sebagai satu pertanyaan yang janggal untuk dikemukakan sama sekali, kerana nyata tidak serasi bagi parti Islam untuk menaruh rasa simpati terhadap fahaman komunisme, yang sering dipandang sebagai pencetus masalah terhadap cita-cita Islam. Tetapi harus diingat bahawa ketika parti Islam Malaya didirikan pada November 1951, banyak pengasas yang membinanya adalah nasionalis yang anti-penjajah yang ingin melihat tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu. Sebahagian daripada mereka adalah bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan juga parti Islam yang pertama di negara ini, Hizbul Muslimin (yang berhasil didirikan, dan sejurus kemudian diharamkan, pada 1948).
Sejarah kekirian PAS mencapai kemuncaknya di bawah teraju Presiden Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), yang tidak menyembunyikan penentangannya terhadap undang-undang British dan antara yang enggan menetapkan perundingan untuk mencari penyelesaian dengan British. Dr. Burhanuddin melahirkan rasa simpati terhadap Parti Komunis Malaya (MCP), yang berkongsi perasaan anti-British dengannya; tetapi ini tidak bermakna beliau mendukung Komunisme sebagai suatu ideologi. Pendirian PAS terhadap MCP ketika itu (dalam dekad 1950an dan 1960an) justeru adalah cukup pragmatik yang berlatarkan satu matlamat bagi menolak pemerintahan kolonial British. Bagaimanapun, harus disedari bahawa PAS juga turut gusar dengan pengaruh Beijing di rantau ini, dan tiada alasan untuk mencadangkan bahawa pemimpin PAS sedia menerima Tanah Melayu diperintah di bawah telunjuk Komunis, baik secara langsung atau tidak, dari Beijing.
B. Adakah parti MCP alat kepada Komunis China?
Kenyataan bahawa MCP dan sayap gerilanya menentang apa jua dan sebarang bentuk penjajahan pemerintah British adalah mudah untuk dibuktikan, dan rekod perjuangan mereka dalam membakar semangat anti-kolonial tersedia bagi sesiapa untuk menyiasat. Persoalan yang lebih sulit untuk dijawab bagaimanapun adalah ini: sejauh mana bebasnya MCP, dan adakah ia – sebagaimana didakwa British – bekerja untuk melanjutkan pengaruh komunis China di rantau ini waktu itu? British kadangkala kaku dalam menangani hal MCP, dan harus diingat bahawa lakaran imej MCP sebagai ‘ancaman bangsa Cina’ adalah hasil bikinan agensi propaganda penjajah British ketika itu.
Di sini, bagaimanapun, perspektif yang lebih luas tentang perkara ini mungkin berguna. Fikirkan tentang Malaya pada tahun 1950an dan layari rantau ini secara menyeluruh, tatkala Perang Dingin sedang hangat. Di Vietnam, Burma dan Indonesia parti Komunis sedang menggembling kekuatan dengan jumlahnya; dan boleh jadi kebimbangan terbesar terhadap Britain ketika itu (seperti yang digusarkan oleh penjajah Perancis dan Belanda yang pergi) adalah kemungkinan seluruh Asia Tenggara menjadi wilayah Komunis. Harus diingat bahawa ini adalah masanya ketika rantau ini digelar ‘Benteng Kedua dalam perang terhadap Komunisme’; dan tatkala blok Barat ingin memastikan bahawa Indonesia – sebagai negara terbesar di rantau ini – tidak akan jatuh ke tangan Parti Komunis Indonesia (PKI).
D. N. AiditD. N. AiditDi Indonesia, PKI bangkit dengan tangkas dan menggarap kuasa di bawah kepimpinan manusia seperti D.N. Aidit, dan cukup instrumental dalam membangunkan kekuatan militer rakyat yang kemudiannya mencetuskan gerakan pembantaian ke atas Malaya dalam kempen ‘Ganyang Malaya’ (Hancur Malaya). Hanya setelah kegagalan menggerakkan rampasan kuasa pada 1965 dan penghapusan yang nyata parti PKI antara 1966 hingga 1970 ancaman Komunis di Indonesia reda, dan ikatan antara Malaya dan Indonesia kembali normal.
Berlatarkan hal inilah muncul ketakutan terhadap MCP – dan kebimbangan bahawa ia didukung oleh China – yang disuarakan dan dicanai di Malaya. Sementara adalah benar bahawa MCP anti-British, tiada bukti untuk mencadangkan bahawa ia mendakwa akan dukungan majoriti di kalangan masyarakat utama Melayu-Muslim di negara ini, walaupun terdapat askar melayu dalam Regimen ke-10.
C. Harus Berunding atau Bertempur?
Kemungkinan isu yang paling sengit daripada semua ini adalah sama ada perjuangan menuntut kemerdekaan sebenarnya diperjuang dan dimenangi oleh Sosok Kiri, Islamis atau Nasionalis di Malaysia. Di sinilah medan jangkaan dan seseorang cuma dapat meneka dan membuat spekulasi. Kenyataannya adalah langkah keselamatan yang diperkenalkan sewaktu pengisytiharan tempoh Darurat yang Pertama (1948-1960) bererti hampir kesemua parti dari golongan-kiri, gerakan kesatuan peniaga, kumpulan pekerja, dan lain-lain dihapuskan atau disingkirkan. Mereka yang tinggal untuk meraih keuntungan daripada hal ini adalah pejuang kebangsaan yang konservatif yang memilih untuk menerima perundingan tentang syarat kemerdekaan Tanah Melayu, dan mereka yang merundingkan beberapa isu termasuk hak kerakyatan kepada yang bukan Melayu dan lain-lain.
Tetapi tidak kira bagaimana seseorang melihatnya, kenyataan dalam sejarah adalah gerakan sosok-kiri di negara ini ditubuhkan lama sebelum parti dan gerakan kebangsaan-konservatif muncul. (parti Anarki Melayu diasaskan pada 1919, sebagai contohnya; dan parti MCP pada 1930. Sebaliknya MCA hanya ditemui pada Februari 1949.)
Tentu kita boleh mengandaikan spekulasi sepanjang mana jua berkait dengan persoalan yang banyak tentang ‘bagaimana sekiranya’ situasi lampau itu berbeza. Bagaimana sekiranya MCP tidak diharamkan? Bagaimana sekiranya MCP berhasil dalam kempen gerilanya? Bagaimana sekiranya separuh rakyat Melayu mendukung sayap kiri, dan seterusnya.
Britain tidak ‘melepaskan’ Malaya dengan kerelaannya, tetapi terpaksa melakukannya kerana kemusnahan ekonomi kolonialnya di saat Perang Dunia Kedua.Britain tidak ‘melepaskan’ Malaya dengan kerelaannya, tetapi terpaksa melakukannya kerana kemusnahan ekonomi kolonialnya di saat Perang Dunia Kedua.Tetapi dalam peristiwa sebenar, sebagaimana ia berlaku, sosok kiri yang radikal semuanya menghilang pada saat akhir perundingan dan hanya gabungan UMNO-MCA yang berhasil mengaturkan syarat akhir pengunduran British dari Malaya. Jangan jadi terlalu optimis tentang ini: Britain tidak ‘melepaskan’ Malaya dengan kerelaannya, tetapi terpaksa melakukannya kerana kemusnahan ekonomi kolonialnya di saat Perang Dunia Kedua. Matlamat utamanya ketika itu adalah untuk memastikan pelaburan pentingnya di bekas tanah jajahannya tidak dimilik-negarakan, seperti dalam kes di Indonesia ketika Sukarno merampas semua aset kapital pemerintah Belanda dan memilik-negarakannya. Tidak mengejutkan, Britain mahu memastikan pelaburannya dalam bijih dan getah tidak lenyap ketika ia berundur.
Bagaimanapun kita ditinggalkan dengan beberapa hal untuk difikirkan:
Malaya (ketika itu dibawah Tunku Abdul Rahman) merundingkan kemerdekaannya dengan syarat yang membawa faedah bagi kedua pihak. British tidak ditembak hingga terburai atau dibedil hingga relai, dan sungguhpun kehilangan nyawa dalam perang gerila namun harga kemusnahan manusia adalah kurang berbanding apa yang dipertaruhkan di Vietnam dan Indonesia. Sebaliknya, dalam tiga negara di mana perjuangan anti-kolonial diketuai oleh pasukan tentera tempatan – Indonesia, Vietnam dan Burma – tentera tempatan itu kemudian mengambil alih kuasa dan beraksi secara langsung dalam politik dalam dekad seterusnya. Seandainya perang yang sama dicetuskan di Malaya, mungkinkah lahir situasi di mana tentera nasionalis meraih kuasa juga, dengan jeneral dan kolonel mengambil alih kerajaan sepertimana mereka lakukan di Vietnam, Indonesia dan Burma?
Yang mana satu dari hal itu yang telah menyeret perdebatan kita tentang ‘perundingan berbanding dengan perjuangan’. Cuba lakukan penerbangan ke Vietnam atau Indonesia dan di mana saja anda akan menyaksikan tugu pejuang-kebebasan, jeneral, kolonel, pemimpin gerila dan lain-lain. Generasi kepimpinan Malaya yang pertama, sebaliknya, hampir tidak pernah melepaskan satu tembakan atau menikam seseorang dengan pisau belati. Tetapi adakah itu perkara yang buruk? Sementara saya memahami nilai patriotisme dan keberanian dalam menghadapi musuh; seseorang harus juga bertanya: jika dan apabila kita dihadapkan dengan musuh yang mahu berundur yang ingin merundingkan syarat pengunduran, patutkah kita berunding atau berlawan? Saya secara peribadi merasa muak dengan kesemua percakapan kejantanan yang menzahirkan sifat macho dan aksi heroik, dan dengan terus terang benci pada semua lagak keganasan. Melihat pada India, kita harus ingat bahawa sementara terdapat nasionalis India yang bersedia untuk bertempur dengan kekuatan militer British (seperti Subhas Chandra Bose), kemerdekaan India juga dirundingkan – melalui kaedah pembangkangan sivil yang pasif dan penentangan yang berterusan, daripada menggunakan senapang dan bom. Hal yang sama boleh diungkapkan tentang Afrika Selatan, dimana dasar Apartheid ditundukkan oleh tuntutan akhlak yang tinggi daripada tenggelam ke tahap yang sama dengan keganasan regim.

Negara-negara di mana gerombolan nasionalis militia/askar tempatan menentang cengkaman penjajah hasilnya adalah campurtangan militer, dan penerusan pengaruh militer dalam politik..Negara-negara di mana gerombolan nasionalis militia/askar tempatan menentang cengkaman penjajah hasilnya adalah campurtangan militer, dan penerusan pengaruh militer dalam politik..PATUTKAH nasionalis Melayu memilih untuk berunding atau berjuang ketika itu? Sekarang dengan jujur saya tidak melihat bagaimana persoalan ini dapat dijawab secara objektif oleh sesiapa (walau saya sendiri). Apa yang boleh kita katakan, dengan sedikit kepastian, adalah dalam kes negara-negara di mana gerombolan nasionalis militia/askar tempatan menentang cengkaman penjajah hasilnya adalah campurtangan militer, dan penerusan pengaruh militer dalam politik. (Pasukan tentera Indonesia di bawah pentadbiran Sukarno dan Suharto menuntut hak untuk menubuhkan kuasa politik, berdasar pada sejarah institusinya dan peranannya dalam perang menumpaskan penjajah.) Apakah yang berlaku sesudah itu? Berkemungkinankah Tanah Melayu/Malaysia dengan itu menjadi negara militer? Kita sama sekali tidak tahu, dan spekulasi yang melangkaui hal ini, adalah, sia-sia.

Asas dari kebuntuan yang berakar dalam politik Malaysia kini nampaknya berlegar pada persoalan siapa yang menulis sejarah negara kita dan siapa yang mentafsir/memaknakannya. Kemungkinan salah satu alasan mengapa kita terus saja mengulangi perdebatan ini adalah kebimbangan bahawa sejarah kita tidak cukup inklusif sebagaimana sepatutnya. Kita tidak boleh menafikan bahawa akhirnya pakatan UMNO/MCA yang memenangi syarat kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Tetapi kita juga tidak dapat, dan tidak wajar, menafikan peranan yang dimainkan oleh kumpulan lain termasuk gerakan kesatuan peniaga, gerakan sekerja, media yang masih mentah ketika itu, golongan inteligensia anak watan, budayawan, aktivis Islam dan pejuang kiri kesemuanya. Kesemua mereka adalah sebahagian daripada keseluruhan drama yang kita nyatakan sebagai sejarah negara kita. Dan sejarah negara kita harus menjadi jelas begitu: suatu rakaman Sejarah Negara yang memperlihatkan kerumitan dan kepelbagaian daripada hal yang kompleks ini yang dipanggil ‘Malaysia’.

Kekesalan saya, sebagai ahli akademik yang tidak mempunyai pilihan, adalah nilai objektiviti dan keseimbangan telah lama meninggalkan pentas dan terlontar keluar dari jendela. Namun kita tidak harus lupa bahawa kisah sejarah yang dipintal menurut acuan yang pincang dan berat sebelah tidak sekadar menggambarkan catatan silam yang tidak benar atau tidak sempurna; malah turut menjadi legasi yang terputus yang sedihnya akan diwariskan pada generasi akan datang. Dan hal itu bukan satu kehilangan kepada salah seorang daripada kita, tetapi kepada semua.


Dr. Farish A. Noor adalah Felo Penyelidik Kanan di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University NTU, Singapura dan penulis buku Islam Embedded (Vol: I & II) —The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951-2003). Penerbit: Malaysian Sociological Research Institute, Kuala Lumpur
Tahun: 2004 ISBN: 983-99866-8-6.



http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5296-dr-farish-noor-rekonstruksi-semula-sejarah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...