Showing posts with label Isu Interlok. Show all posts
Showing posts with label Isu Interlok. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Kerajaan akur cetak semula Interlok dengan pindaan

Kerajaan akur cetak semula Interlok dengan pindaan
Jun 22, 11 9:12am


Kementerian Pelajaran bersetuju untuk mencetak semula novel Interlok yang menjadi teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk pelajar Tingkatan Lima, bagi meminda beberapa perkataan dalam novel itu.

Timbalan Menteri berkenaan Mohd Puad Zarkashi berkata, keputusan itu ekoran aduan daripada guru-guru yang terpaksa melakukan sendiri pindaan tersebut dengan membuat tampalan pada perkataan-perkataan dalam novel berkenaan.

Dr Puad Zarkashi"Sebelum ini kita gunakan kaedah tampal perkataan-perkataan tersebut kerana kos dan perubahan tidak banyak sebab hanya sembilan muka surat sahaja yang terlibat.

"Tapi oleh kerana sudah jadi isu, kementerian buat keputusan hari ini, untuk mencetak semula. Jadi buku itu akan gugurkan terus perkataan paria, tiada tampal-tampal," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyatakan tentang rungutan guru-guru yang terpaksa melakukan sendiri pindaan perkataan dalam novel tersebut dengan menampal perkataan "paria" dengan perkataan lain yang sama maksud.

Puad berkata penarikan dan pencetakan semula novel itu melibatkan 390,000 buah yang telah diedarkan di sekolah-sekolah menengah di zon tengah iaitu, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan dan membabitkan kos kira-kira RM1 juta termasuk kos penghantaran.

"Kita tidak mahu membebankan guru-guru dengan kerja menampal ini dan kita juga mahu buku itu nanti datang dalam keadaan bersih, tidak ada kesan tampal-tampal," katanya.

Novel Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, menjadi kontroversi setelah diperkenalkan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk pelajar Tingkatan Lima kerana mengandungi beberapa perkataan yang tidak disenangi masyarakat India.

Kerajaan kemudian bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif itu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167647

Thursday, March 31, 2011

NGO Cina tampil bantah Interlok

NGO Cina tampil bantah Interlok
Jimadie Shah Othman
Mac 30, 11
1:57pm

Lepas satu, satu; novel kontroversi karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain Interlok hari ini diasak dengan isu pendatang dan ketuanan Melayu pula.

Sekumpulan NGO Cina dan India tampil bersama-sama mengaitkan novel setebal 426 halaman itu dengan agenda menggambarkan masyarakat Cina dan India sebagai pendatang.

NONE"Interlok sepenuhnya menyeru kepada fahaman ketuanan Melayu. Pada pandangan kami, novel ini bukan sahaja tidak sihat (untuk bacaan pelajar) tetapi juga beracun," kata Naib Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) Cheng Su Chean.

Dalam sidang media di pejabat KLSCAH di Kuala Lumpur tengah hari tadi, Cheng mendakwa beliau dan beberapa wakil NGO yang hadir sama mewakili 45 lagi pertubuhan Cina dan India di seluruh negara.

Bagaimanapun, sebelum inipun NGO Cina pernah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu dalam media berbahasa Cina.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif KLSCAH Tang Ah Chai, Presiden Yayasan Tamil K Uthayasoorian, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia AP Raja Retinam dan Presiden Persatuan Pelajar India Malaysia Kishur Goonasaran yang juga anggota Pasukan Bertindak Interlok Nasional (NIAT).

Cheng juga mendakwa novel itu hampir sama dengan program Biro Tata Negara yang didakwa sebagai "pembasuhan minda" dan mempromosi perkauman dan perpecahan.

"Interlok menyampaikan mesej utama bahawa Cina, India dan kumpulan minoriti sebagai rakyat kelas kedua sebagai tambahan kepada idea pengasingan antara masyarakat asal (Melayu) dan bangsa asing (Cina dan India)," kata Cheng.

Mesej tersirat

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan menggugurkan buku tersebut sebagai teks sastera untuk sekolah menengah, bukan dipinda atau ditapis mana-mana bahagian.

"Pendirian kami, kami hormat kebebasan bersuara untuk pengarangnya Abdullah Hussain dan kami tidak menentang buku ini dijual di kedai-kedai," kata Cheng yang juga timbalan ketua wanita bahagian wanita dewan itu.

NONE"Tetapi penyelesaiannya, Interlok tidak patut dijadikan buku teks di sekolah."

Ditanya tentang agenda ketuanan Melayu yang dimaksudkan memandangkan novel itu turut mengkritik bangsa itu, Uthayasoorian menjawab memang perkataan itu tidak disebut dalam Interlok.

Bagaimanapun, tambahnya, cerita tentang pendatang dalam buku itu menggambarkan idea itu.

Manakala Kishur pula mendakwa, walaupun terdapat kritikan pada orang Melayu, terdapat novel itu membawa mesej tersirat bahawa mereka mesti bangkit.

"Ini mesej ketuanan Melayu," katanya.

Sementara bagi Tang pula, karya yang ditulis untuk pertandingan sepuluh tahun merdeka lebih 40 tahun lalu itu cuba menggambarkan bahawa negara ini "tanah orang Melayu".

"Melayu sebagai tuan tanah, Cina dan India sebagai pendatang. Ia tidak selari dengan konsep 1Malaysia," tambahnya.


http://malaysiakini.com/news/160073

Sunday, March 27, 2011

Isu Interlok belum selesai, panel kata 'belum puas'

Isu Interlok belum selesai, panel kata 'belum puas'
Jimadie Shah Othman
Mac 25, 11
1:29pm

Pengguguran perkataan paria dan 18 lagi bahagian yang dianggap sensitif dalam novel Interlok nampaknya belum selesai, berbeza dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Selain "belum puas", masih terdapat banyak wakil masyarakat India yang tetap mahukan novel Datuk Abddullah Hussain itu digugurkan sebagai teks sekolah.

NONEBagi penulis Uthaya Sankar SB (kiri) yang juga anggota panel bebas Interlok, walaupun semua cadangan pindaan dipersetujui, ia cuma melibatkan bahagian menyentuh sensitiviti kaum India sahaja.

"Saya secara peribadi belum puas sebab saudara Melayu dan saudara Cina saya, ke mana pergi suara mereka sebagai panel bebas?" soalnya.

Beliau mendedahkan, anggota panel yang ditugaskan mencari perkara sensitif bagi Melayu dan India telah menarik cadangan mereka dalam perjumpaan dengan Muhyiddin di parlimen pada 16 Mac lalu.

"(Jadi) macam mana kami hendak perjuangkan, ia (cadangan berkaitan itu) tidak ada (lagi)," katanya.

106 cadangan lulus

Semalam, timbalan perdana menteri berkata, perkataan paria mencetuskan kemarahan dan demonstrasi daripada masyarakat India akan digugurkan dari novel Interlok.

Menurut Muhyiddin, panel bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian novel tersebut, termasuk tiga perwakilan India sepakat menggantikan perkataan paria dengan "golongan yang sama".

NONESehubungan itu, Kementerian Pelajaran yang dipimpinnya menganggap isu itu selesai, beliau dilaporkan berkata dalam sesi soal jawab di parlimen.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara hari ini, Uthaya yang hadir bersama seorang lagi anggota panel bebas G Krisnabahawan mendedahkan, jumlah pindaan sebenar yang dicadangkan wakil India melibatkan 106 tempat.

Bagaimanapun, menurutnya, sebanyak 19 pindaan itu hanya melibatkan bahagian sensitif - enam tempat yang menyentuh masyarakat India, enam pengguguran perkataan dan ayat serta memasukkan tujuh errata (ralat).

Sementara Badan Bertindak Interlok Kebangsaan (NIAT) - antara kumpulan yang paling ke depan mahu Interlok digugurkan terus - hari ini tetap mahu Interlok sebagai bacaan sastera di sekolah.

'Tidak Islamik'

NONEMenurut pengerusinya Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim (kanan), walaupun pindaan pada bahagian sensitif telah dibuat, sebagai seorang Islam, beliau percaya novel itu "tidak Islamik".

Beliau juga mendakwa, masih terdapat bahagian dalam Interlok bertentangan dengan ayat al-Quran yang menyebut larangan mencemarkan dan mengaibkan puak lain serta memberikan panggilan yang buruk kepada orang lain.

"kecuali ulama Islam kata boleh," katanya yang mengaku menulis surat kepada pelbagai pihak bagi memaklumkan perkara itu, termasuk Muhyiddin, perdana menteri, mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Bagaimanapun, bagi Ketua Pemuda MIC T Mohan, walaupun diasak oleh beberapa wakil NGO India yang hadir sama dalam sidang media itu, isu Interlok sudah selesai dan MIC sudah melakukan apa yang termampu.

NONE"Jadi berhentilah menyalahkan MIC," katanya sambil menegaskan parti untuk masyarakat India itu mempunyai pendirian yang tegas sejak daripada awal lagi.

Bagaimanapun, tambahnya, untuk bahagian yang menyentuh masyarakat Melayu dan Cina, terserahkan kepada kelompok itu untuk tampil ke depan.


http://malaysiakini.com/news/159640

Friday, March 25, 2011

Interlok: Word ‘pariah’ to be dropped

Posted by admin on March 24th, 2011

The independent panel studying proposed amendments to the novel Interlok has agreed to 19 of the 106 suggested changes, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said on Thursday. Of the 19 changes, three related to the use of the caste word pariah which the novelist had agreed to drop, he told the Dewan Rakyat. He said that the government agreed that the 19 changes should be made because they concerned parts which could hurt the sensitivities of the Indian community.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said the other 87 suggestions were found to be irrelevant to the core issue, and they included putting the name of the author on the cover and altering the spelling of a word.

Three other changes related to reference to the cow as a sacred animal to Hindus, the safety of the wife of the character Maniam in India and the exhaustive description of a wedding, he said in reply to Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) and four other MPs who asked about the status of the novel which is to be a text book for fifth formers.

For seven of the changes, the panel agreed unanimously to insert “errata” in the novel to correct or drop phrases that the Indian community might find culturally and religiously offensive, Muhyiddin said.

The other changes included substituting words and dropping phrases such as “orang berkulit hitam” (a dark-skinned race), he said.

Muhyiddin said that all members of the panel, including representatives of the Indian community, had agreed to leave it to Dewan Bahasa dan Pustaka (the literary agency), as the publisher, to edit the novel accordingly for the new edition.

He said the Education Ministry would at the same time prepare a glossary to explain phrases and concepts contained in the novel.

Muhyiddin said that settlement of the Interlok issue showed that there was no problem that could not be resolved at the negotiating table.

“The Intelok episode is proof that the spirit of unity, acceptance and mutual respect in line with the 1Malaysia concept continues to thrive in our country”, he said.

Muhyiddin said that Interlok was a creative work that attempted to depict a harmonious life in multi-racial Malaya before the country attained Independence.

- Bernama


http://www.kl-today.com/?p=15471

'Rakyat M'sia belum terima rasisme satu kesalahan'

Abdul Rahim Sabri
Mac 24, 11
6:07pm

Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Dr Azmi Sharom berpendapat bahawa rakyat Malaysia masih "belum mencapai tahap" untuk menerima hakikatkan bahawa bersikap perkauman itu adalah merupakan satu kesalahan.

Bercakap dalam satu forum di ibunegara malam tadi, Azmi memberi contoh dengan membandingkannya dengan sikap rakyat barat yang kini sudah boleh menerima buku dan komik yang sebelum ini dianggap "ofensif dan berbaur perkauman".

forum interlok 01Menurutnya, buku tersebut tidak dibenarkan untuk terbitan kerana menggunakan perkataan 'nigger' bagi orang kulit hitam dan komik yang menyiarkan pandangan yang berbaur perkauman.

"Ketika ini buku itu diterbitkan (semula), mereka telah (dapat) menerima apa yang suatu ketika dahulu (dikatakan) sebagai ofensif.
"Pemikiran masyarakat itu (sudah) mencapai satu tahap boleh menerima perkataan ini (nigger) dalam buku itu.

"Tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah rakyatnya belum mencapai satu tahap (untuk) menyatakan bahawa 'rasisme' itu adalah salah dan ia juga telah diinstitusikan," katanya dalam forum bertajuk Interlok: Antara Kesusasteraan, Pendidikan dan Hubungan Kaum, di ibu negara.

Forum yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dengan kerjasama Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH), National Interlok Action Team (NIAT) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Para hadirin memenuhi ruang bilik yang mampu memuatkan kira-kira 60 orang untuk mendengar forum tersebut.

Ahli panelnya terdiri daripada beberapa ahli akademik, aktivis sosial dan wakil persatuan penulis, antaranya pensyarah UPM, Dr Chong Fah Hing, AJK LLG dan juga kolumnis Merdeka Review Lee Ban Chen, Datuk Thasleem Ibrahim (presiden Niat) dan Uthaya Kumar SB (presiden Sasterawan Kavyan).

Kontroversi Interlok

Mengulas mengenai kontroversi novel Interlok karangan Sasterawan Negera Datuk Abdullah Hussin, Dr Azmi berkata novel tersebut perlu ditangani dengan "mengkaji dan mengkritik buku tersebut dari aspek kesejarahan dan kesusasteraan".

Walaupun mengakui belum membaca buku tersebut, Dr Azmi berpendapat ia juga harus dikaji dari aspek sosialnya, dan konteks dan bila sesuatu perkara itu wujud.

forum interlok 02"Kenapa kita tidak boleh bincang secara intelektual," katanya sambil menambah tindakan membakar buku tersebut "tidak patut dilakukan".
"Perkara tersebut (pembakaran Interlok) memberi implikasi bahawa rakyat Malaysia tidak boleh berbahas sehingga bertindak menghalangnya," katanya.

Tindakan itu juga mengingatkan beliau kepada peristiwa pembakaran buku di zaman Nazi dan pembakaran buku 'Satanic Versus' karangan Salman Rushdie.

Beliau juga kesal dengan apa yang disifatkannya sebagai 'hobi' kerajaan yang suka mengharamkan bahan-bahan bacaan.

Ketuanan Melayu

Antaranya mengharamkan buku termasuk karya penulis terkenal Karen Amstrong dan Islam, dan Pluralisme susunan Al-Mustaqeem Mahmod Radhi.

Sehubungan itu, beliau meminta agar kerajaan berhati-hati sebelum bertindak pengharaman sesebuah buku.

Dalam forum itu juga, Azmi turut mempersoalkan mengapa dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, konsep ketuanan Melayu "tiba-tiba muncul dengan garangnya".

Katanya, hal demikian disebabkan rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang membuatkan mereka berpecah dengan memberi contoh isu kes kepala lembu tahun lalu.

Bagaimanapun, sebelum mengakhiri forum tersebut, beliau mengutarakan "ketakutannya" apakah rakyat Malaysia benar-benar sudah melakukan kajian secara sejarah dan melakukan kritikan sejarah.
"Dan (apa yang) menjadi ketakutan saya ialah ia tidak dilakukan," katanya.

azlanSementara itu, dalam majlis yang sama. Dr Fong berkata beliau akur dengan hasil karya yang hasilkan oleh sasterawan negara Datuk Abdullah Hussin dengan cuba melihat dari sudut persepsi nasionalisme.
Dakwanya persepsi nasionalisme yang dimaksudkan itu wujudnya pertembungan "melihat nasionalisme Melayu dan menekan kaum yang lain".

"Itu tidak betul. Ia nasionalisme yang tempang dan cacat. (Sebaliknya) mesti ada nasionalisme yang (menjurus kepada) bersatu padu demi mewujudkan negara bangsa yang diimpikan, (dan) tidak terlalu menjurus kepada satu motif yang tertentu," katanya.

Sementara itu, Lee Ban Chen mendakwa selain interlok menjadi novel berbentuk sejarah, ia juga menjadi buku politik dalam rangka Umno untuk mempertahankan ideologi Umno dan dasar-dasar mereka.

Manakala berdasarkan komen-komen dan pendapat yang diberikan oleh hadirin, kebanyakannya berkisar mengapa kerajaan yang masih lagi mengekalkan novel tersebut walaupun mendapat reaksi negatif dari pelbagai pihak.

Malah ada yang berfikiran positif menjadikan forum tersebut sebagai medan untuk bertukar fikiran berhubung isu novel interlok.


http://malaysiakini.com/news/159585

Thursday, March 24, 2011

'Paria' digugurkan dari Interlok, kata Muhyiddin

'Paria' digugurkan dari Interlok, kata Muhyiddin
Joseph Sipalan
Mac 24, 11
11:14am

Perkataan 'paria' akan digugurkan dari novel Interlok yang digunakan di sekolah menengah sebagai bahan sastera, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEKatanya, perkataan itu yang mencetuskan kemarahan dan demonstrasi daripada masyarakat India akan digugurkan dari versi yang digunakan di sekolah.

Menurut Muhyiddin, panel bebas yang ditubuhkan bagi mengkaji kesesuaian novel tersebuk, termasuk tiga perwakilan India sepakat menggantikan perkataan paria dengan "golongan yang sama".

"Dengan persetujuan yang dicapai, Kementerian (Pelajaran) menganggap isu ini selesai,” katanya semasa sesi soal jawap di parlimen hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan bersetuju dengan dapatan Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok (Panel Bebas) yang mendapati hanya 19 perkara daripada 106 bentuk cadangan pindaan boleh dianggap menyentuh sensitiviti masyarakat India.

Muhyiddin berkata panel bebas itu berpendapat baki 87 perkara lagi adalah tidak berkaitan dengan isu pokok termasuk cadangan supaya nama penulis dipaparkan pada kulit hadapan novel dan ejaan "tali" dipinda kepada "taali".

"Daripada 19 perkara yang boleh dianggap sensitif ini pula, tiga daripadanya adalah berkaitan dengan penggunaan perkataan kasta yang telah dianggap selesai kerana penulis telah bersetuju untuk menggugurkan perkataan itu (Paria) dalam novelnya.

"Tiga perkara lagi iaitu yang berkaitan dengan fakta lembu sebagai binatang suci orang Hindu, keselamatan isteri Maniam di India dan upacara perkahwinan yang digambarkan sebagai meletihkan juga telah selesai," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) bersama empat lagi pertanyaan ahli Parlimen lain di Dewan Rakyat berhubung kedudukan novel Interlok karya Sasterawan Negara yang menjadi teks Komponen Sastera (Komsas) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata daripada 13 perkara yang berbaki, tujuh perkara dapat diselesaikan apabila Panel Bebas mencapai kata sepakat untuk memasukkan "errata" di dalam novel terbabit bagi membuat pembetulan dan pengguguran terhadap beberapa frasa yang dianggap sensitif dalam amalan kebudayaan dan keagamaan masyarakat India.

Katanya, enam perkara lain juga telah dapat diselesaikan kerana penulis sekali lagi telah bersetuju untuk meminda perkata "tuhan" kepada perkataan "dewa" dan menggugurkan frasa "orang berkulit hitam" daripada novel itu.

"Oleh yang demikian, kesemua ahli panel termasuk wakil masyarakat India telah bersetuju untuk menyerahkan perkara ini kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit untuk membuat suntingan yang wajar kepada novel ini dalam cetakan akan datang," katanya.

Selain itu, katanya, kementerian akan menyediakan satu glosari untuk memperjelaskan beberapa frasa dan konsep yang terkandung dalam novel Interlok bagi memudahkan murid memahami teks dan konteks novel yang memaparkan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.

"Alhamdulillah, dengan persetujuan yang dicapai oleh Panel Bebas dan perakuan yang dikemukakan kepada kerajaan, isu ini telah dapat diselesaikan dengan baik. Ini adalah satu testimoni yang amat nyata bahawa di negara kita tidak ada satu isu yang tidak boleh diselesaikan melalui meja perundingan.

"Dengan semangat musyawarah dan muafakat serta kesediaan untuk mendengar dan menerima, kita telah buktikan bahawa serumit manapun kemelut yang kita hadapi, kita dapat mengharunginya dengan tabah dan sabar.

"Episod Interlok ini menjadi bukti kepada kita betapa semangat perpaduan, penerimaan dan hormat menghormati antara kaum selaras dengan Gagasan 1Malaysia terus subur di negara kita," katanya.

Muhyiddin berkata Interlok adalah sebuah karya kreatif yang menggabungkan fakta sejarah sosial dan imaginasi pengarang.

Katanya, melalui adunan realiti dan imaginasi, novel itu cuba memaparkan suatu bentuk kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum merdeka.


http://malaysiakini.com/news/159519

Thursday, March 17, 2011

Salah faham punca 3 panel Interlok keluar mesyuarat

Salah faham punca 3 panel Interlok keluar mesyuarat
Aidila Razak
Mac 17, 11
3:18pm

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bertegas bahawa tiga wakil masyarakat India yang menganggotai panel bebas mengkaji cadangan pindaan Interlok belum mengundurkan diri dan berkata apa yang berlaku semalam adalah “salah faham”.

Katanya, beliau telah dihubungi oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang memberi jaminan bahawa ketiga-tiga mereka akan tetap berada dalam jawatankuasa itu.

NONE"Mereka tidak akan bertindak keluar, hanya salah faham. Datuk G Palanivel (Presiden MIC) akan memujuk mereka (ketiga-tiga wakil) agar kekal.

“Saya sudah dimaklumkan apa yang berlaku malam tadi dan kami sudah menyelesaikan isu ini,” katanya.

Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, hari ini, Muhyiddin juga menafikan beliau telah menolak 100 pindaan yang dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan. Katanya beliau sebenarnya mengarahkan semakan terhadap pindaan tersebut kerana sesetengah isu dianggap remeh dan “lari dari isu pokok”.

'Letak noktah'

"Dalam perbincangan mungkin ada timbul sikit salah faham, tapi kita telah selesaikan dan kita minta supaya perkara ini dapat diperinci lagi supaya bila kita dah putuskan, bermakna semua dah selesai.

"Kita nak letak noktah padanya. Ia akan ambil masa sikit supaya semua pihak berpuas hati. Kita harap dapat selesai tidak lama lagi," katanya.

NONEMuhyiddin berkata isu pokok yang membawa kepada kontroversi telah diselesaikan manakala isu-isu yang dibawa adalah yang tidak berkepentingan.

"Isu yang dibawa bukan isu pokok dan tidak sensitif. (Ahli jawatankuasa) membawanya kerana mempunyai peluang. Contoh, perkataan 'tuhan' sepatutnya dieja dengan huruf besar T dan beberapa perkara yang tidak penting.

"Jadi saya nasihatkan mereka kaji semula cadangan itu. Kita tidak menolaknya tetapi ...ini perkara kecil,” katanya.

Apabila ditanya cadangan menggantikan Interlok dengan novel lain, Muhyiddin berkata ia tidak perlu dan Interlok akan kekal sebagai buku dalam sukatan pelajaran Tingkatan Lima.

"Novel ini novel yang baik, dah banyak orang bacapun tidak jadi masalah. Isu ini berbangkit di sekolah setelah ditimbulkan oleh masyarakat India mengenai perkara-perkara tertentu," katanya.

NONESemalam, penulis, Uthaya Sankar yang juga seorang anggota panel itu berkata beliau dan dua rakannya bertindak meninggalkan mesyuarat kerana berasa dikhianati.

Dua lagi wakil masyarkat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

Panel itu yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan dianggotai lapan orang yang terdiri daripada pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan, wakil Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta wakil masyarakat India.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/158903

Panel bebas Interlok tumbang, ahli India tarik diri

Panel bebas Interlok tumbang, ahli India tarik diri
Jimadie Shah Othman
Mac 16, 11
6:53pm

Kemelut sekitar Interlok dilihat makin sukar diselesaikan apabila panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel kontroversi itu kehilangan semua wakil daripada masyarakat India.

indian plight forum 391106 uthaya shankarDalam mesyuarat susulan mereka di parlimen selepas bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, ketiga-tiga wakil India dalam panel itu memilih berundur daripada badan yang dibentuk kerajaan itu.

Menurut penulis Uthaya Shankar SB (kanan), tindakan itu diambil setelah mendapati anggota penel lain berubah fikiran dengan menolak satu demi satu daripada kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya sambil menegaskan perkara itu sudah pun disepakati dalam perbincangan mereka sebelum ini.

Selain Uthaya, dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

dr shamsul amriAwal petang tadi, panel lapan orang yang diketuai pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Shamsul Amri Baharuddin (kiri) mengadakan pertemuan tertutup dengan Muhyiddin bagi membentangkan hasil perbincangan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Uthaya menjelaskan, selepas membentangkan cadangan mereka kepada timbalan perdana menteri, semua pihak sepakat menggugurkan perkataan "paria" dalam novel itu.

Muhyiddin: Terlalu banyak...

Bagaimanapun, menurutnya, Muhyiddin menyifatkan cadangan melibatkan kira-kira seratus pindaan itu terlalu banyak dan minta ia dikurangnya.

"Beliau (Muhyiddin) selepas itu beredar. Kami pun terus berbincang semula sehingga tiga jam. Tetapi semua (cadangan asal) dibantah," katanya dengan nada tidak puas hati.

NONEDitanya tentang butiran perbincangan hari ini, Uthaya menjelaskan, ia antaranya mengenai pengguguran peribahasa India yang salah, ejaan "tali" yang merujuk kepad ikatan perkahwinan masyarakatnya dan penggunaan huruf "t" besar bagi merujuk kepada Tuhan bukan Islam.

"Kata mereka (semua penggunaan) itu tidak sensitif. Mana mereka tahu sensitif atau tidak?

"Kami masyarakat India, kami tahulah mana yang sensitif, mana yang tidak," kata novelis dan penulis cerpen terkenal itu.

Uthaya bagaimanapun enggan menyifatkan tindakan itu sebagai satu protes sebaliknya hanya mengambil tindakan yang "sepatutnya".

"Kami dibawa masuk bagi melihat perkara yang sensitif bagi masyarakat India. Jadi, kalau kami tidak ada, tidak tahulah," jawapnya ketika ditanya pandangannya sama ada panel tersebut boleh dianggap telah tumbang.

Penarikan diri ketiga-tiga mereka menyebabkan panel itu terpaksa menamatkan sidang mereka, tambah Uthaya.


http://malaysiakini.com/news/158833

Panel Interlok cadang gugur perkataan paria

Panel Interlok cadang gugur perkataan paria
Jimadie Shah Othman
Mac 16, 11
11:55am

Panel bebas yang mengkaji novel Interlok mencadangkan supaya perkataan "paria" dalam karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain digugurkan.

Bagaimanapun, sebab penggugurannya bukan atas alasan sensitif, sebaliknya kerana mempunyai kesalahan fakta.

indian plight forum 391106 uthaya shankar"Dalam konteks novel, (watak) Maniam bukan paria. Dia ada tanah beberapa ekor lembu dan rumah.

"Pada tahun 1910 (yang menjadi latar novel), mustahil golongan paria ada benda-benda ini," kata penulis Uthaya Sankar SB yang mengganggotai panel yang dibentuk kerajaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Uthaya menjelaskan, cadangan itu disepakati setelah tiga kali panel bersidang dan berbincang dengan tidak emosional.

"Selama ini kita dengar orang kata ia sensitif sahaja dan (mereka) tidak berhujah secara rasional," kata pemenang Hadiah Sastera Perdana itu.

Uthaya yang juga presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan - persatuan tunggal untuk penulis India yang berkarya dalam bahasa Malaysia - memberitahu, cadangan pindaan itu mengambil kira aspek penggunaan bahasa, kesalahan fakta dan sensitiviti kaum.

Bahagian Melayu, Cina juga diteliti

Sehubungan itu, tambahnya, beberapa kesalahan tatabahasa dicadangkan dibetulkan dan bahagian sensitif, termasuk yang menyentuh masyarakat Melayu dan Cina turut dicadang dibuang.

Antaranya, dalam bahagian di mana watak Chin Huat terfikir hendak menjual anak perempuan sendiri kerana kesempitan hidup dan babak Musa gembira dapat menipu guru besar bagi mengelakkan anaknya disekolahkan.

NONE"Pada mulanya memang kita hendak teliti bahagian berkenaan kaum India sahaja, tetapi dah alang-alang (kaji), kita lihat juga bahagian lain," katanya.

Laporan kira-kira 30 halaman itu kini sudah diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Jumaat ini.

Dalam perkembangan perkaitan, difahamkan panel yang diketuai oleh pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Shamsul Amri Baharuddin dijadual bertemu Muhyiddin yang juga menteri pelajaran dan sesi tertutup di parlimen awal petang ini.

Anggota lain penal itu termasuk Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Termuzi Abdul Aziz, Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Datuk Zainal Abidin Borhan; Prof Madya Dr Lim Swee Tin dari Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan.


http://malaysiakini.com/news/158751

Friday, March 11, 2011

Tiga pelajar samseng

Tiga pelajar samseng

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

NOREL AZMI...ambil keterangan tiga pelajar.
NOREL AZMI...ambil keterangan tiga pelajar.

HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.

Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.

“Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu.

Menurutnya, semua mereka ditahan dalam tempoh 24 jam bagi mengambil keterangan berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Bernama memetik Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, sebagai berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan esok berhubung isu buku teks itu.

“Saya akan pastikan pelajar menerima kembali buku berkenaan kerana itu arahan kerajaan yang mengekalkan novel berkenaan sebagai teks komponen sastera (Komsas) tingkatan lima,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Kamalanathan berkata, berikutan kejadian itu, guru berkenaan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa diugut abang seorang daripada pelajar itu pada Isnin lalu, manakala pelajar terbabit turut membuat laporan polis kerana perkataan yang digunakan guru itu.


http://www.hmetro.com.my/articles/Tigapelajarsamseng/Article

Sunday, February 27, 2011

109 detained in Hindraf demo

Posted by admin on February 27th, 2011

Police confirmed today that a total of 109 people were arrested during today’s Hindraf protest against the controversial ‘Interlok’ textbooks and “Umno’s racism”, including eight leaders, eight women and two journalists. Kuala Lumpur police chief Datuk Pahlawan Zulkifli Abdullah told a press conference at the KL police contingent headquarters this afternoon that the protesters were arrested for illegal assembly under Section 27 (5) of the Police Act.

The eight leaders, believed to be both from the outlawed Hindraf movement, were also being investigated under Section 45 (1) of the Societies Act.

Section 45 (1) of the Societies Act stipulates that, “Any person who incites, induces or invites another person to become a member of, or to assist in the management of, an unlawful society shall be guilty of an offence and shall be liable, on conviction, to imprisonment for a term not exceeding four years or to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit or to both.”

The two journalists, both from the alternative media, said Zulkifli, were arrested under Section 186 of the Penal Code for allegedly obstructing the police from carrying out their duties.

The detainees, he added, were aged between 18 and 66 years, and were picked up from various checkpoints across the city including Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Maya Hotel, Renaissance Hotel and a Hindu temple in Pudu.


“We were forced to take action against them because although their permit applications were rejected, as well as their appeal, they still proceeded with their gathering and carried out their march,” he told reporters.

Hundreds of protesters gathered in separate locations since early this morning in an attempt to carry out the protest to voice out Indian outrage against the controversial Interlok novel and to condemn “Umno racism”.

The protesters’ attempts were however thwarted due to heavy police presence at several checkpoints across the city.

The group however moved their march to a Hindu temple in Pudu this afternoon and successfully marched some 1 km towards the Kuala Lumpur police contingent headquarters where they faced-off with the police.

The group later dispersed at about 1pm.

Zulkifli told the press conference this afternoon that the police had the power to detain the protesters for as long as 24 hours for investigation.

“I cannot confirm yet when we are going to release them. But we can detain them for at least 24 hours,” he said.

He also thanked the leaders of 13 Indian non-governmental organisations whom he claimed had assisted the police in warning people against taking part in the illegal protest.

“They have helped us advise the Indian community to stay away from the protest.

“This is why there were not many protesters. I do not think there were even 500 of them today,” he said.

Zulkifli also confirmed that there were no major scuffles or injuries recorded during the arrests.

“But I am greatly disappointed that the group insisted on coming out today despite receiving several warnings from us.

“We notified them directly and rejected their permit applications and we also issued statements through the media. Still, they insisted on coming out.

“To us, what is most important is that safety and public order is maintained. We do not want to have anything that creates problems for the people. This is the process of law,” he said.


http://www.kl-today.com/?p=13851

Bebas Uthaya dan lain serta merta, kata exco S'gor

Bebas Uthaya dan lain serta merta, kata exco S'gor
Abdul Rahim Sabri
Feb 27, 11
3:50pm

Pemimpin pertubuhan yang diharamkan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar dipercayai ditahan mengikut Akta Polis dan Akta Pertubuhan, kata penasihat undang-undang Parti Hak Asasi (HRP) M Mahonaran.

rally proceeds to Pudu IPK police cordonMenurutnya, pemimpin Hindraf itu kini berada di Balai Polis Jinjang, ditahan dan disiasat mengikut seksyen 27(5) Akta Polis mengenai mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan seksyen 45 (1) Akta Pertubuhan yang berkaitan pertubuhan yang tidak berdaftar.

Manoharan yang juga seorang peguam berkata ketua penerangan HRP, S Jayathas dan sembilan lagi pemimpin negeri-negeri parti itu turut ditahan di balai polis tersebut. Turut ditahan sejumlah penyokong HRP dan Hindraf.

Manoharan yang juga ADUN Kota Alam Shah berkata sejumlah penyokong parti dan kumpulan itu kini ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak.

rally proceeds to Pudu IPKBagaimanapun, beliau tidak pasti mereka itu ditahan mengikut peruntukan undang-undang mana.

"Saya tidak tahu di mengapa mereka ditahan. Kita masih belum membuat apa-apa perhimpunan... Kita hanya ingin berhimpun secara aman untuk pergi ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis mengenai novel Interlok.

Tidak ada demonstrasi

"Tidak ada demonstrasi. Kita berhimpun untuk membuat laporan polis," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pejabat HRP petang ini.

Sehubungan itu, beliau mengecam tindakan polis yang menahan pemimpin dan penyokong kumpulan itu tanpa "memberi sebab atau alasan".

jinjang station gates 4Manoharan turut memberitahu Malaysiakini bahawa baju Jayathas - yang memaparkan logo HRP - telah dirampas oleh polis.

Walaupun diberi jaminan akan dibebaskan, Manoharan berkata, Jayathas memberitahunya bahawa dia tidak akan keluar sehingga bajunya sehingga dikembalikan oleh polis.

Sementara itu, exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata rakyat berbilang bangsa di negeri itu mengutuk sekeras-kerasnya tangkapan yang dibuat oleh polis menjelang perhimpunan di KLCC.

Dakwanya, tindakan tersebut "bakal menyemarakan kebencian masyarakat India terhadap regim Umno / BN" dan "satu bentuk penindasan terhadap masyarakat India".

jinjang station gates 2"Tindakan polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Bebas tanpa syarat

"Kerajaan Umno/ BN harus menghormati hasrat masyarakat India yang ingin menyatakan pendirian mereka dalam isu novel 'Interlok' dengan mengadakan perhimpunan secara aman di perkarangan KLCC tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

jinjang station gates 2Sehubungan itu, Xavier berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membebaskan Uthayakumar dan penyokong lain “serta merta” tanpa sebarang syarat.

"Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat.

"Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan," katanya.

http://malaysiakini.com/news/157187

Demo Interlok: lebih 180, termasuk Uthaya ditangkap

Demo Interlok: lebih 180, termasuk Uthaya ditangkap
Feb 27, 11 9:03am

Pemimpin Parti Hak Asasi, P Uthayakumar telah ditangkap polis manakala sekatan jalan diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan perarakan yang dianjurkan parti itu dan sekutunya, Hindraf bagi membantah tindakan dan pentadbiran 'rasis' oleh Umno di negara ini menemui kegagalan.

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 4Demonstrasi besar-besaran yang dijadualkan itu juga sebagai membantah novel 'Interlok' karya sasterawan negara, Datuk Abdullah Hussain menggunakan terdapat perkataan 'paria' yang dianggap menghina masyarkat India.

Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.

“Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih,” kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 2Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.

Adalah difahamkan perarakkan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Selain Uthayakumar, 17 lagi individu yang terbabit dengan perarakan itu juga dicekup oleh polis pagi ini - tujuh di KLCC manakala 10 lagi di Hotel Renaissance.

Identiti mereka belum diketahui.

Setakat jam 10 pagi tadi, dianggarkan tidak kurang 100 orang di beberapa tempat seluruh Kuala Lumpr telah ditankap.

hindraf arrests klccMereka yang dipercayai penyokong Hindraf, khususnya masyarakat keturunan India yang berjalan-jalan sekitar bandaraya dieriksa dan keudiannya ditahan.

Menurut orang ramai yang lau lalang, mereka ditahan dan beg mereka digelidah meskipun mereka tiada kaitan dengan perarakan berkenaan.

Sekitar jam 9.15 pagi, kira-kira 80 orang dalam beberapa kumpulan kecil antara 10 hingga 30 penyokong HRP dan Hindraf berarak dari Hotel Renaissance menuju ke KLCC, sambil menjerit 'Makkal Sakthi' dan beberapa slogan lain – semua mereka ditangkap di hadapan Hotel Maya.

Veeramani, seorang wartawan komuniti yang bermeja-T 'Citizen Journalist' dan juga seorang pemberita dariakhbar Tamil, Makkal Osai, adalah antara merekayang dicekup pagi ini.

hrp copsTurut ditangkap adalah ketua HRP Kedah, Ramu Ramasamy dan seorang lagi pemimpin HRP Pla Pinang. Kedua-dua mereka dibawa ke ibu pejabat daerah polis Sentul.

Jayathas yang pada sebelah bagi membekalkan maklumat kepada wartawan berhubung perarakan hari ini juga dicekup padajam 10 pagi dan telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Jinjang.

Di sebalik kekecohan itu, sekupulan peljar yang mewakili Persatuan Pelajar Tamil Malaysia Berjaya mengadakan demonstrasi kecil di Jalan Mayang, off Jalan Ampang, berhampiran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia bagi membantah penggunaan novel Iterlk di sekolah. Mereka kemudiannya bersuraitanpa esiapun ditangkap.

hindraf mass rally against umno and interlok 270211 4Menjelang 10.20 pagi, keadaan sekitar KLCC dilaporkan tenang kembali apabila kebanyakan penyokong HRP dan Hindraf dilaporkan sudah melarikan diri ataupun ditangkap polis.

Mereka kemudiannya berkumpul di kuil Kootu Malai Pillayar Temple berhampran stesen bas Pudu dan puluhan peyokong mereka mejerit 'Hindraf Velga!', 'Haramkan Interlok!' dan 'Jangan hina kaum India'.

Selepas keletihan menjerit lebih setengah jam sambil mengibarkan sepanduk, kumpulan otu bergerak ke arah ibu pejbat polis kontijen Kuala Lumpur.

Mereka termasuk enam anggota berlainan keupayaan (OKU) termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan.

rally proceeds to Pudu IPKMenjelang jam 11.45 pagi, kumpulan itu semakin ramai dengan dianggarkan tidak kurang menyertai mereka dan berarak ke ibu pejabat kontijen itu.

Semasa perarakan, beberapa kereta peronda polis dilihat memantau keadaan dan cuba menyuraikan mereka yang berhimpun itu.

Setiba di ibu pejabat kontijen Kuala Lumpur, mereka menuntut timbalan ketua polis Kuala Lumpur, Amar Singh membebaskan semua yang ditahan dalam masa sejam. Malaysiakini difahamkan sekurang-kurangnya 183 orang ditahan pada rali hari ini.

Mereka mengugut jika rakan-rakan mereka tidak dibebaskan, mereka akan berkhemah di luar pejabat polis Pudu.

jinjang station gatesBagaimanapun pada jam 12.30 tengahari, kebanyakan mereka mula bersurai dan hanya kira-kira 20 orang yang masih menunggu untuk meneruskan protes.

Ada yang dipercayai bergerak ke arah ibu pejabat polis daerah jinjang apabila mendapat tahu Uthayakumar ditahan di sana.

Meskipun terdapat sekatan jalan menuju ke sana dan dikawal enam anggota polis, menjelang jam 2 petang, jumlah yang memprotes di sana meningkat kepada 60 orang. Pihak polis kemudiannya kelihatan berunding dengan mereka.

Sebelum itu, sekumpulan individu yang tidak dikenali menyamar sebagai wartawan Malaysiakini dengan menggunakan tag media palsu. Mereka cuba bergaduh dengan polis di balai Pudu dan mendakwa mereka ditugaskan oleh portal berita ini.

hindraf rally marchersSementara itu, jalan-jalan utama ke pusat bandaraya Kuala Lumpur sejak awal pagi ini telah dipantau dengan beberapa sekatan di lokasi-lokasi strategik bagi mematahkan demonstarsi yang dirancangkan itu.

Antara tempat yang dilaporkan itu termasuk di Jalan Ampang, Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Tun Razak dan alan Duta–Lebuhraya Sungai Buluh.

Perarakan itu sepatunya bermula di KLCC tetapi rancangan mereka terpaksa ditukar kerana kehadiran jumlah polis yang agak besar pagi ini sekitar bangunan berkenaan.

hindraf arrests klccDianggarkan tidak kurang 200 anggota polis termasuk mereka yang tidak memakai pakaian seragam berada di lokasi berkenaan. Sebahagian besar mereka ditempatkan di antara Jalan Ampang - Avenue K dan bangunan berkembar Petronas.

Wartawan diberi arahan supaya tunggu di sebuah perhentian bas di KLCC, tetapi arahan itu seringkali tidak diendahkan apabila mereka mendapat tahu berlaku kekecohan di sesetengah tempat.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157153

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...