Showing posts with label Sistem e-Kasih. Show all posts
Showing posts with label Sistem e-Kasih. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

BANTUAN RM500 MULA DIAGIH JANUARI

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 13TH, 2011

Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.

Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.

Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini, Rabu.

Seminar tersebut dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta.

Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.

Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHD Nserta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.

“Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.

Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama.

Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.

“Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan,” katanya.

http://www.kl-today.com/2011/10/bantuan-rm500-mula-diagih-januari/

Monday, June 27, 2011

Terdapat 27,902 isi rumah miskin tegar di Sarawak

Jun 23, 11 3:34pm

Sejumlah 27,902 Ketua Isi Rumah (KIR) atau 49.8 peratus daripada 55,975 yang didaftarkan di dalam sistem e-Kasih tergolong di bawah kategori kumpulan miskin tegar di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu.

bn candidates announcement pbb hq 030411 alfred jabuBeliau berkata seramai 55,975 KIR berpendapatan rendah telah didaftarkan di dalam sistem e-Kasih yang termasuk kumpulan mudah miskin membabitkan 23,235 KIR dan keluarga miskin (4,838 KIR), sehingga 11 Jun ini.

KIR mempunyai pendapatan sebanyak RM520 sebulan tergolong di bawah kategori miskin tegar manakala RM830 sebulan dikategorikan miskin, katanya ketika menjawab soalan Violet Yong (DAP-Pending) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuching hari ini.

"Daripada 27,902 KIR yang tergolong di bawah miskin tegar, sebanyak 13,349 KIR merupakan Iban, 5,601 (Melayu), 2,925 (Orang Ulu), 2,757 (Bidayuh), 1,974 (Melanau) yang merupakan Bumiputera di negeri ini manakala 647 (Cina) dan 622 KIR lain-lain," katanya

Untuk memastikan keberkesanan sistem e-Kasih, Jabu berkata Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah akan bertindak untuk melakukan penyisihan awal kepada senarai permohonan bagi memastikan hanya pemohon yang layak sahaja dibuat pengesahan.

NONE"Ini dapat memastikan proses penyelarasan bancian di peringkat lapangan dapat dipercepatkan," katanya.

Jabu berkata data e-Kasih akan dikemas kini dengan kemasukan data daripada semua agensi pemberi bantuan dan golongan yang masih belum didaftarkan (di luar e-Kasih) untuk memastikan data dan maklumat golongan berpendapatan rendah dicakupi dan komprehensif.

"Sistem ini masih dalam fasa pembangunan dan pelaksanaan dan dijangka siap pada tahun 2012," katanya.

NONEMenjawab soalan Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-Pantai Damai), Jabu berkata seramai 18,876 penerima bantuan Program Bantuan Rumah (PBR), termasuk projek bina baru sebanyak 10,847 dan baik pulih rumah sebanyak 8,029, di Sarawak.

Beliau berkata sebanyak 1,877 KIR telah menerima bantuan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

"Mulai penghujung tahun lepas, bantuan peningkatan pendapatan tertumpu kepada program 1Azam di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Setakat bulan Mei tahun ini, kerajaan negeri telah melaksanakan 3,426 projek 1AZAM melalui pelbagai agensi pelaksana," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167811
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...