Showing posts with label GAMIS. Show all posts
Showing posts with label GAMIS. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

GAMIS desak AUKU juga dimansuhkan

Posted by admin on September 16th, 2011

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan meneliti semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang saban tahun diperjuangkan oleh mahasiswa untuk memansuhkannya.“Saya minta untuk kerajaan juga turut mengkaji dan memansuhkan akta Auku ini,” kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.

Katanya, Auku menjadi halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Ia, ujarnya menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia.

Menurutnya, pembatasan hak-hak asasi warga institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Auku juga bersalahan dengan piawaian Hak Asasi Manusia PBB.

“Perkara ini merupakan suatu keaiban kepada Malaysia yang mendokong prinsip demokrasi.

“Sewajarnya sebagai negara demokrasi berperlembagaan, mahasiswa dan ahli akademik perlu turut sama diberi ruang untuk berkongsi rasa dan pandangan secara murni bersama-sama kerajaan dan pihak pentadbiran universiti bagi membentuk masyarakat dan negara yang adil serta sejahtera,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Gamis menyambut baik pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus kerajaan mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011 malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Selain itu, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Di samping itu, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Najib berkata, selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

“Bagi saya, ini merupakan pembaharuan yang baik di lakukan oleh kerajaan dan transformasi seperti ini yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

“Mungkin ini juga di sebabkan oleh tempias gelombang himpunan Bersih 2.0 yang lalu. Dan pengumuman ini juga titik tolak penentuan tarikh PRU yang ke-13,” kata Mohd Yusof.


http://www.kl-today.com/2011/09/gamis-desak-auku-juga-dimansuhkan/

Tuesday, February 22, 2011

GAMIS tidak mahu kemenangan Pro-M dikait parti politik






Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Kejayaan pelajar Pro Mahasiswa menguasai lapan daripada 13 kampus dalam pilihanraya semalam memberikan petanda baik kepada gerak kerja anti Barisan Nasional.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dalam satu kenyataannya melalui twitter berkata, kemenangan itu adalah petanda baik (untuk Pakatan).

Dalam pilihan raya kampus semalam, kumpulan Pro Mahasiswa menguasai kampus Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sains Malaysia kampus Kubang Kerian (USMKK), Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan (UMSL) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Hari ini pilihan raya untuk kampus Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Teknologi Mara (UITM) sedang berlangsung.

Pro-M dijangka akan menang di UIA kerana mereka telah berjaya merampas 14 kerusi tanpa bertanding dalam kampus itu.

Berbanding sesi lalu, pilihan raya kali ini menyaksikan Pro Mahasiswa mencatatkan sejarah dengan menawan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) di beberapa universiti selepas tempoh yang lama dikuasai Pro Aspirasi.

Sementara itu, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) tidak bersetuju dengan pandangan Fuziah yang didakwa cuba menunjukkan mereka berpihak kepada mana-mana parti politik.

Menurut Ketua Penerangan GAMIS, Mohd Yusof Hadhari, pihaknya berasa kesal dengan kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR itu.

“Mahasiswa berperanan sebagai ‘check and balance’ yang akan menentukan sokongan kepada kerajaan yang diperintah BN ataupun PR bukan kerana agenda politik mereka tetapi menilai sejauh mana keadilan, kesaksamaan dan ketelusan yang dibawa oleh sesebuah parti dalam negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menegaskan mahasiswa adalah golongan bersifat bebas dan tidak perlu melabelkan mahasiswa pro kerajaan atau pro pembangkang.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30998:gamis-tidak-mahu-kemenangan-pro-m-dikait-parti-politik&catid=1:utama&Itemid=50

Monday, February 21, 2011

Pilihan raya kampus celaru: Gamis desak Khaled undur

Feb 21, 11 11:04am

NONE





Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatan kerana kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus.

solidariti mahasiswa malaysia pc at kl court complex 130810 ahmad syukri kamarudin 01Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Syukri Ab Razab dalam satu kenyataan berkata Khaled juga gagal menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.

“Bagi saya, beliau tidak mengambil pengajaran daripada situasi negara luar yang sedang bergelora dengan revolusi rakyat,” katanya.

Gamis sebaliknya mahu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.

“Keprihatinan Timbalan Menteri ini jelas kelihatan apabila beliau sangat rapat dengan mahasiswa bukan sahaja melalui saluran formal bahkan melalui jaringan tidak formal.

“Ini dapat dilihat apabila beliau sangat sensitif dalam isu kemahasiswaan biarpun respon beliau kadangkala bercanggah dengan pendirian di peringkat kementerian,” katanya.

NONEAhmad Syukri berkata Saifuddin antara individu penting yang memperjuangkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sehingga sudut pidato dirasmikan semula di kampus-kampus.

“Biarpun perlantikan Datuk Saifuddin belum menjanjikan perubahan terhadap suasana demokrasi kampus yang lebih baik, namun sekurang-kurangnya ada jaminan bahawa beliau akan memberi ruang yang lebih luas untuk mahasiswa bersuara berdasarkan prestasi semasa beliau sebagai timbalan menteri KPT,” katanya.

Tidak dilayan

Menurut Ahmad Syukri, Gamis juga mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.

NONEMemorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.

“Bukan sekadar tidak memberi respons positif, bahkan menteri tidak langsung memberi respons terhadap semua tuntutan yang dibuat.”

Katanya lagi, pada tahun 2011 keadaan yang sama berulang apabila memorandum yang hampir sama tidak juga dilayan.

NONESelain itu, Khaled juga tidak menjawab surat jemputan Pro-M untuk berdialog pada 9 Februari lalu.

“Namun malangnya surat tersebut hanya dibalas dengan sms pada keesokan harinya yang menyatakan bahawa menteri KPT tidak mempunyai kelapangan untuk memenuhi undangan tersebut.

“Kami di pihak mahasiswa boleh menerima alasan yang diberi, namun dengan sekadar alasan seperti itu, kami merasakan sememangnya tidak ada kesungguhan di peringkat Menteri untuk menanggapi tuntutan mahasiswa secara serius,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/156566

PRK celaru: Saifuddin patut ganti Khaled

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus (PRK).

Desakan itu juga kerana kegagalan Khaled menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.

Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, tindakan Khaled dalam berhadapan dengan tuntutan mahasiswa adalah amat tidak rasional.

“Bagi saya, beliau tidak mengambil pengajaran daripada situasi negara luar yang sedang bergelora dengan revolusi rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Gamis sebaliknya mahu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.

“Keprihatinan Timbalan Menteri KPT ini jelas kelihatan apabila beliau sangat rapat dengan mahasiswa bukan sahaja melalui saluran formal bahkan melalui jaringan tidak formal.

“Ini dapat dilihat apabila beliau sangat sensitif dalam isu kemahasiswaan biarpun respon beliau kadangkala bercanggah dengan pendirian di peringkat Kementerian,” katanya.

Tambahnya, Saifuddin antara individu penting yang memperjuangkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sehingga sudut pidato dirasmikan semula di kampus-kampus.

“Biarpun perlantikan Datuk Saifuddin belum menjanjikan perubahan terhadap suasana demokrasi kampus yang lebih baik, namun sekurang-kurangnya ada jaminan bahawa beliau akan memberi ruang yang lebih luas untuk mahasiswa bersuara berdasarkan prestasi semasa beliau sebagai Timbalan Menteri KPT,” katanya lagi.

Kegagalan Khaled berhadapan tuntutan mahasiswa

Gamis mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.

Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.

“Bukan sekadar tidak memberi respons positif, bahkan Menteri tidak langsung memberi respons terhadap semua tuntutan yang dibuat.

Katanya lagi, Pada tahun 2011 keadaan yang sama berulang apabila memorandum yang hampir sama tidak juga dilayan.

Selain itu, Khaled juga tidak menjawab surat jemputan Pro-M untuk berdialog pada 9 Februari lalu.

“Namun malangnya surat tersebut hanya dibalas dengan sms pada keesokan harinya yang menyatakan bahawa Menteri KPT tidak mempunyai kelapangan untuk memenuhi undangan tersebut.

“Kami di pihak mahasiswa boleh menerima alasan yang diberi, namun dengan sekadar alasan seperti itu, kami merasakan sememangnya tidak ada kesungguhan di peringkat Menteri untuk menanggapi tuntutan mahasiswa secara serius,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30965:prk-celaru-saifuddin-patut-ganti-khaled&catid=1:utama&Itemid=50

Sunday, February 13, 2011

Pro-M lancar 'manifesto mahasiswa nasional'

Feb 13, 11 4:21pm

Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M) akan melancarkan 'Manifesto Mahasiswa Nasional' yang merangkumi autonomi kampus dan autonomi mahasiswa.

Menurut satu kenyataan hari ini, manifesto tersebut akan dilancarkan selepas Pro-Mahasiswa Nasional dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM Rabu ini.

"Delegasi ini akan menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM terhadap penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihanraya kampus, terutamanya di kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.

"Akhir kepada serahan memorandum ini, Pro-Mahasiswa Nasional akan melancarkan satu Manifesto Mahasiswa Nasional yang merangkumi autonomi kampus dan autonomi mahasiswa," kata kenyataan tersebut.

Bulan lalu, Pro-M Universiti Putra Malaysia (UPM) menyuarakan tuntutan supaya pentadbiran universiti memberi "peluang sepenuhnya" kepada mahasiswa untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Tuntutan itu disuarakan oleh gerakan pelajar berkenaan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Memorandum berkenaan juga menggesa supaya pelajar dibenar menjalankan pilihan raya berkenaan "bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi."

Pengerusi Pro-M UPM Syed Shafiq Syed Hashim dilaporkan berkata tuntutan itu dikemukakan kerana "pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan" untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Minggu lalu, kumpulan Pro-M di beberapa kampus "terkejut" dengan beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Februari ini.

Antaranya ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar ijazah sarjana dibenarkan mengundi.

http://malaysiakini.com/news/155915

Saturday, February 12, 2011

Kebangkitan di Mesir akan menular seluruh dunia

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berpendirian kemenangan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak bukan bermakna kebangkitan rakyat sudah tamat.

“Gamis yakin roh kebangkitan itu akan menular ke seluruh dunia,” ujar Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari kepada Harakahdaily.

Katanya, kejayaan itu bukan dicapai dengan mudah kerana mereka berjuang dengan nyawa dan darah.

Tambahnya, ribuan rakyat negara Afrika Utara itu mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan, ada dipenjarakan serta ditahan tanpa bicara.

“Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.

“Kebangkitan kuasa rakyat ini memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia,” ujarnya.

Menurutnya, bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan, kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan.

“Saya mengucapkan penghargaan tahniah setinggi-tingginya buat seluruh rakyat Mesir yang tidak berganjak selama 18 hari,” ujarnya lagi.

Mereka, katanya bangun bersama semangat ratusan syuhada yang gugur terkorban bagi membebaskan Mesir yang penuh kebobrokan yang membuktikan komitmen dan istiqomah mereka berdepan ujian perit menumbangkan pemimpin yang zalim.

Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naibnya, Omar Suleiman.

Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut bagaikan pesta penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30822:kebangkitan-di-mesir-akan-menular-seluruh-dunia&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, January 19, 2011

Debat: Najib wajar sambut tawaran Anwar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Tawaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kali kedua untuk berdebat berkaitan isu Buku Jingga wajar disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini bagi memberikan ruang pertimbangan yang sama rata kepada rakyat dalam menilai hujah oleh kedua-dua pihak.

Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Muhammad Zaki Sukery (kanan) berkata, golongan mahasiswa kampus di seluruh negara memang ternanti-nanti penganjuran debat kerana ia merupakan salah satu wasilah berkesan dalam mematangkan tawaran pimpinan kepada rakyat, lebih-lebih lagi apabila berbicara soal pengurusan negara.

Katanya, Ia juga dilihat bakal memperluas pandang sisi mahasiswa dalam menilai kualiti dan kompetensi kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang.

Hal ini, ujarnya disebabkan oleh mahasiswa merupakan pewaris masa depan negara dan penentu kepada pimpinan sekarang berdasarkan komposisi mereka yang termasuk dalam golongan pengundi muda, kelompok yang membentuk 4.6 juta daftar pemilih atau hampir 50 % daripada jumlah pengundi keseluruhan.

Beliau turut menegaskan bahawa debat juga tidak patut dilihat sebagai unsur pemecah belah kerana ia merupakan salah satu aktiviti ilmiah di alam kampus, bahkan turut dijadikan bentuk pertandingan domestik atau antarabangsa.

Tambahan pula, katanya banyak negara maju turut mengamalkan konsep debat dalam usaha menyakinkan rakyat kepada tawaran masing-masing, contohnya seperti dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat antara Barack Obama dan John McCain.

Tambah beliau lagi, beberapa pertikaian kepada Buku Jingga seperti yang dimuatkan di dalam media perdana ialah bersifat pramatang dan tidak berasas kerana ia tidak bersandarkan hujah yang konkrit dan hanya berlandaskan rasa curiga semata-mata.

“Maka, sewajarnya tawaran debat diterima bagi membumikan nilai politik Malaysia dengan pendekatan intelektual dan ilmiah, berbanding pendekatan emosional dan fitnah,” ujarnya.

Beliau juga menyokong penuh saranan awal Presiden Gamis, Ahmad Syazwan Mohd Hassan bahawa, Gamis turut bersedia untuk menjadi ‘orang tengah’ di dalam penganjuran debat itu jika perlu.

Ini kerana ia merupakan satu entiti mahasiswa yang terbesar di kampus, mengandungi kira-kira 5,000 orang ahli berdaftar dan tidak mewakili kepentingan mana-mana parti politik.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30438:debat-najib-wajar-sambut-tawaran-anwar&catid=1:utama&Itemid=50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...