Showing posts with label Sidang Dun Negeri. Show all posts
Showing posts with label Sidang Dun Negeri. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Sidang DUN Perak hanya 3 jam?

Posted by admin on August 15th, 2011

Ketakutan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) berbahas terserlah apabila parti pemerintah itu memendekkan tempoh sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dari dua hari kepada tiga jam, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang.“Sidang ini patut menjadi tempat menilai prestasi kerajaan negeri tetapi apa yang boleh dibuat dalam tiga jam? Ini helah Speaker dan Menteri Besar yang takut untuk berbahas dengan Adun Pakatan Rakyat.

“Ia sepatutnya berlangsung dua hari tetapi dipendekkan kepada satu hari, dan dalam satu hari hanya berlangsung selama tiga jam,” katanya , hari ini.

Sidang DUN itu dijadualkan berlangsung dua hari tetapi ditamatkan kira-kira jam 2 petang hari ini.

Malah, Lih Kang berkata, sidang DUN itu menyaksikan Speaker, R Ganesan bersikap tidak demokratik apabila memadamkan mikrofon Adun Pakatan Rakyat sepanjang perbahasan dan menggantung Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim.

“Ini tidak adil kepada rakyat negeri Perak. Wakil rakyat dipilih untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tapi dinafi untuk berbuat demikian,” katanya.

Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari pula menyifatkan sidang DUN kali ini semata-mata untuk memenuhi syarat minimum sidang DUN.

“Menurut amalan DUN Perak, satu sidang Dewan Undangan Negeri perlu diadakan tidak lebih dari 6 bulan. Kali terakhir ialah pada April 2011 dan akan datang pada November 2011.

Terdahulu, Adun Pakatan Rakyat keluar dewan membantah pengendalian sidang DUN yang banyak kepincangan dan pelanggaran undang-undang.

Antara isu yang dibangkitkan Adun Pakatan Rakyat ialah penyelewengan projek Teluk Rubiah dekat Manjung berikutan sebuah syarikat bermodal RM100 diberi konsensi menjalankan projek bernilai RM5.2 billion.

Hanya selepas laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat, modal syarikat baru itu ditambah kepada RM5 juta. Justeru, Pakatan Rakyat Perak membuat laporan polis mengenainya.


http://www.kl-today.com/2011/08/sidang-dun-perak-hanya-3-jam/

Wednesday, July 13, 2011

Bersih 2.0: Adun Pakatan kemuka usul tergempar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membawa usul tergempar di bawah Peraturan Tetap 17(1) DUN Selangor agar dewan menyatakan pendirian berhubung tindakan polis terhadap kempen Bersih 2.0.

Usul itu berbunyi

Bahawasanya Dewan yang mulia ini menyatakan pendirian terhadap Kerajaan Persekutuan dan Polis Di Raja Malaysia untuk:

(i) Menghentikan segala tangkapan dan halangan kepada kempen Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 di Selangor malah di seluruh negara;

dan Kerajaan Negeri seterusnya:-

(ii) Mempertahankan hak rakyat untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Kerajaan Negeri, badan-badan berkanun Negeri, syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan tanpa halangan
polis atau mana-mana pihak selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.


Dalam hujahnya beliau berkata, pada 9 Julai 2011, Bersih telah mengadakan perhimpunan aman bagi mempertahankan prinsip demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka katanya juga telah pun menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah menasihatkan Bersih dan pihak Kerajaan Persekutuan untuk menjcari jalan penyelesaian untuk semua.

"Justeru Bersih bersatu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menawarkan stadium sekiranya bersih sanggup bertolak ansur.

"Namun YAB Perdana Menteri telah mungkir janji. Permit turut ditolak pihak Polis. Polis turut mengadakan sekatan jalan raya semata-mata untuk menyusahkan rakyat dan menggagalkan perhimpunan Bersih.

Penangkapan itu ujarnya bukan sahaja terhadap aktivis Bersih malah termasuk anggota parti politik berdaftar seolah-olah mereka penjenayah manakala baju-baju kuning turut dirampas.

Namun akhirnya terbukti suara rakyat suara keramat dimana rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang, tua dan muda tetap turun berduyun-duyun bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia bagi menyatakan solidariti terhadap perjuangan menuntut demokrasi.

Di sebelah malam pada 9 Julai itu pula menurutnya dalam program di Kelana Jaya, Polis telah mengadakan sekatan jalan dan mengepung Kompleks PKNS.

"Walaupun saya cuba berunding, permintaan saya ditolak dan program tersebut terpaksa dibuat di Pusat Khidmat saya.

"Memandangkan ini melibatkan hak asasi manusia dan konsep Demokrasi Berperlembagaan, perkara ini hendaklah disegerakan selepas tindakan Kerajaan Persekutuan dan Polis Di Raja Malaysia yang telah mengina kedudukan Kerajaan Negeri dan lebih penting lagi merupakan pelanggaran kepada Perlembagaan Persekutuan," katanya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4317-bersih-20-adun-pakatan-kemuka-usul-tergempar

2 Adun BN diperintah keluar dewan

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 12 Julai: Akibat tidak tahu peraturan dan tidak mendengar arahan Speaker, Ketua Pembangkang, Satim Diman dan Adun Kuang, Abdul Shukor Idrus diperintah keluar dewan petang ini.

Dalam kes Shukor, hukuman berlaku selepas beliau gagal memahami peraturan dewan yang tidak membenarkan menggunakan nama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor untuk mempengaruhi dewan.

Ketika itu, Shukor bangun mengambil bahagian dalam perbahasan usul mengenai Bersih 2.0 yang dikemukakan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Speaker, Datuk Teng Chang Khim menegur Shukor mengenai ucapan yang mengaitkan dua nama di atas dan enggan duduk bila Speaker menerangkan peraturan dewan.

Malah ketika Teng bercakap, Shukor seakan-akan menjerit mempersoalkan tindakan Speaker yang menghalang beliau.

Lebih parah, beliau mengeluarkan perkataan kurang sopan iaitu Speaker bodoh, semua Adun PR bodoh dan membaling kertas yang dipegangkan.

Melihat kepada keadaan Adun Umno itu yang sudah hilang kawalan minda, Speaker tiada jalan lain melainkan menjatuhkan hukuman terhadap Shukor.

Bermula dengan kesilapan beliau kaitkan nama Agong dan Sultan, kemudian tidak mahu mendengar teguran dan tidak duduk ketika Speaker bercakap, beliau tidak dibenarkan hadiri dewan selama tiga hari bermula hari ini.

Teng menggunakan Peraturan Tetap 44 hukuman tidak boleh hadir dewan selama tiga hari kerana kesalahan di bawah Peraturan Tetap 36 (7).

Dalam sesi pagi, Ketua Pembangkang, Satim Diman juga diperintahkan keluar selama sehari kerana kes sama iaitu degil tidak mendengar arahan Speaker.

Satim hanya sempat duduk tidak sampai dua jam kerana baharu sahaja tiba di dewan pada jam 11 pagi sedangkan dewan bermula jam 10 pagi.

Dalam isu Shukor, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bangun meminta Speaker menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Shukor atas sikapnya.

"Saya harap Speaker menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Adun yang bersikap kurang ajar tadi," tegasnya.

Namun Speaker menjawab, selain bertegas menjatuhkan hukuman tiga hari itu, sikap memaafkan orang yang jahil juga perlu dilakukan.

"Kita perlu bertegas mengenakan hukuman terhadapnya namun kita juga wajar mengamalkan sikap kebesaran memaafkan orang yang jahil," tegas Teng.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4329-2-adun-bn-diperintah-keluar-dewan

DUN S'gor kecoh: BN halang ADUN DAP petik hadis

DUN S'gor kecoh: BN halang ADUN DAP petik hadis
Jul 12, 11 3:43pm

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Mohamad Satim Diman hari ini diarah keluar Dewan setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan, Ng Suee
Lim yang dikatakan cuba memetik Hadis dalam perbahasannya.


azlanTindakan itu diambil Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim setelah Mohamad Satim (kiri) enggan mematuhi arahannya supaya duduk dan menghentikan perbalahannya berhubung soal agama itu ketika Ng membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang itu.

Ketika membahaskan rang undang-undang itu, Ng menyatakan beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya itu namun ditegur oleh Mohamad Satim apakah kesahihan, benar atau tidak hadis yang mahu bacakan oleh wakil rakyat DAP itu.

Bagaimanapun, Ng tidak menyatakan hadis apakah yang beliau mahu bacakan itu selain memberikan alasan bahawa tindakannya mahu menggunakan hadis kerana beliau meminati agama Islam.

Sementara itu, Mohamad Satim ketika ditemui pemberita di luar Dewan menyifatkan Ng tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Islam selain tidak memahami agama Islam termasuklah tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.

"Kenapa beliau mahu membicarakan mengenai hadis agama Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada agama itu sendiri. Saya melihat tindakannya itu seolah-olah mahu mempersendakan Islam.

"Betul ke beliau tahu hadis? Saya tanya hadis mana, sahih atau tidak, di mana dia rujuk hadis itu, Ng tak jawab," katanya.

Mohamad Satim menyatakan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, semua pihak baik daripada apa-apa agama pun sepatutnya menghormati sensitiviti dengan tidak mempergunakan agama masing-masing untuk tujuan dan kepentingan tertentu.

"Kalau saya menyatakan sesuatu daripada ajaran agama Buddha, Kristian dan sebagainya dan ia tidak betul, ia sudah tentu menyinggung perasaan penganut agama itu," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169714

Monday, June 27, 2011

Speaker Sarawak tolak usul pembangkang

Speaker Sarawak tolak usul pembangkang
Ang Ngan Toh
Jun 23, 11
3:19pm


Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Asfia Awang Nasar menolak dua usual yang cuba dibentangkan oleh Ketua Pembangkang Sarawak Wong Ho Leng pada sidang dewan semalam.

Usul pertama adalah berhubung Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana dakwaan rasuah balak manakala yang kedua pula mengenai pembelian undi semasa piluhan raya negeri Sarawak.

NONEKetika membentangkan usul pertama itu, Wong yang juga ADUN Bukit Assek berkata SPRM telah mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat rasuah balak ke atas Taib yang juga menghadapi dakwaan yang sama di Switzerland.

"Adalah dilaporkan dalam media bahawa Ketua Menteri mempunyai beberapa aset di negara lain selain Switzerland yang mana Ketua Menteri mesti jelaskan,” katanya.

Wong berkata Taib sepatutnya bercuti panjang sehingga beliau dibebaskan daripada segala tuduhan berkenaan.

Tindakan itu, katanya bagi menjamin reputusai dan imej kerajaan negeri dan juga integriti Ketua Menteri bagi mengelakkan persepsi bahawa Sarawak diterajui seorang pemimpin yang sedang disiasat atas dakwaan rasuah.

Dalam keputusannya, Asfia berkata usul itu tidak mengikut peraturan.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/167810

Mengapa tolak soalan saya, Chong tanya speaker S'wak

Ang Ngan Toh
Jun 19, 11
5:05pm

ADUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen mengkritik speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Awang Asfia Awang Nasar kerana menolak dua soalannya untuk sesi soal jawab sidang DUN minggu depan.

dapsy lodging report against utusan 161008 chong chieng jenSoalan pertamanya ditujukan kepada ketua menteri yang berbunyi:

a) Dalam 15 tahun lalu, senarai tanah yang diberikan kepada syarikat-
syarikat yang pemegang sahamnya terdiri daripada anak-anak serta adik beradik lelaki dan perempuan ketua menteri dan keluasan tanah terbabit;

b) Premium yang dikenakan oleh kerajaan negeri untuk pemberian tanah itu kepada syarikat-syarikat berkenaan;

c) Adakah tanah ini diberikan kepada syarikat-syarikat berkenaan melalui tender terbuka? Jika tidak, apakah sebab-sebab untuk memberi tanah tersebut kepada syarikat-syarikat terbabit?

Soalan keduanya ialah untuk meminta Ketua Menteri menyatakan:

a) Memandangkan Syarikat SESCO Berhad telah memeterai perjanjian dengan Sarawak Hidro Sdn Bhd untuk membeli kuasa elektrik yang dijana oleh Empangan Bakun pada harga 6.25 sen / kWj, sama ada kerajaan mempunyai sebarang rancangan untuk mengurangkan tarif elektrik domestik, komersil dan perindustrian SESCO untuk pengguna tempatan, ahli perniagaan dan industri?

NONEb) Siapa yang akan mendapat faedah daripada kadar murah elektrik
yang dijana oleh Empangan Bakun?

Chong memberita media semalam bahawa tidak ada apa yang salahnya dengan soalan-soalannya itu.

Beliau berkata ianya merupakan soalan-soalan yang adil dan tidak sepatutnya ditolak.

Chong juga menegaskan bahawa kedua-dua soalan itu tidak melanggar peraturan Perintah Tetap 20 (1) (a), (c) atau (l).

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167379

Thursday, March 31, 2011

Adun DAP gesa sedia peruntukan besar untuk SAR

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 30 Mac: Adun Sekinchan, Ng Swee Lim menggesa Kerajaan Negeri Selangor memberikan peruntukan besar kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Wakil rakyat DAP itu membuat gesaan demikian ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.

Menurut Swee Lim, memandangkan keadaan SAR ini agak ketinggalan, dengan kewangan yang disalurkan dalam jumlah besar itu membolehkan mereka menambahbaikkan bangunan dan persekitaran sekolah agar lebih selesa.

Hari ini masuk hari kedua persidangan Dun Selangor untuk penggal pertama sidang kedua belas yang dirasmikan Sultan Selangor pada 28 Mac lalu dan sesi sidang pula bermula semalam sehingga 5 April depan.

Dr Halimah di dalam jawapannya, menyatakan ucapan terima kasih di atas perhatian tinggi Adun Sekinchan itu meskipun bukan beragama Islam tetapi tetap prihatin dengan perihal SAR berbanding dengan pembangkang yang bersikap sebaliknya.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal, Dr Halimah berkata, sebanyak 769 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mendapat bantuan pendidikan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Semua bantuan itu, jelasnya, berjumlah RM32 juta bagi tahun 2009 dan 2010 dalam usaha mencapai matlamat kerajaan memperkasakan pendidikan di negeri ini sebagai Hub Pendidikan dan Hub Ilmuan.

"Sebanyak 820 permohonan dibuat 2009 dan 2010 dengan 769 permohonan diluluskan sebanyak 320 sekolah bagi 2009 manakala 449 sekolah untuk 2010 dengan pecahan mengikut sekolah adalah 160 buah bagi SAR, 77 (SJKC), 97 (SJKT) bagi 2009 manakala bagi 2010 adalah sebanyak 252 (SAR), 100 (SJKC) dan 97 (SJKT).

"Jumlah permohonan 2010 meningkat berbanding 2009 iaitu sebanyak 134 permohonan dan jumlah permohonan yang diluluskan juga meningkat sebanyak 129 permohonan.

"Bagi SJKC dan SJKT permohonan yang dibuat dapat diproses dengan baik tanpa ragu-ragu kerana sekolah yang membuat permohonan adalah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, namun berbeza dengan SAR yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Kementerian Pelajaran," tegasnya.

Tambahnya, program bantuan agihan pendidikan sekolah-sekolah ini adalah merupakan di antara langkah-langkah diambil kerajaan negeri bagi memantapkan visi pendidikan untuk menjadikan Selangor sebagai Hub Ilmuwan dan Hub Pendidikan.

"Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti keadaan infrastruktur dan kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, kemahiran peningkatan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru sekolah, kualiti para pelajar terutama dari aspek akademik dan sahsiah serta kelicinan dan pengurusan sekolah yang sistematik dan efektif.

"Selain bantuan pendidikan itu, katanya, kerajaan negeri turut memberi latihan kursus perguruan kepada guru-guru SAR di mana guru-guru itu tidak pernah diberi kursus dan pihak sekolah juga tidak ada dana yang mencukupi untuk tujuan itu," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, ujarnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Selangor (YS) turut mewujudkan dermasiswa dan meluluskan pembinaaan Tadika Rakyat di negeri Selangor pada 2009.

Dr Halimah berharap Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat sumber rezeki kewangan yang lebih di masa akan datang untuk memberikan lebih manfaat besar kepada rakyat negeri terutamanya dalam bidang pendidikan.

Katanya, beliau sendiri secara peribadi ingin melihat SAR yang berjumlah 500 buah itu akan dapat dibantu dalam usaha kerajaan mencapai matlamat yang diidamkan oleh kerajaan negeri, selama ini yang inginkan Selangor menjadi Hub Ilmu Hub Pendidikan.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31599:adun-dap-gesa-sedia-peruntukan-besar-untuk-sar&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, January 26, 2011

K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh

K'jaan S'gor gagal pinda undang-undang tubuh
Jan 24, 11 9:55am

Seperti dijangka, kerajaan Selangor gagal meminda undang-undang tubuh negeri bagi memberikan kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.

Selepas pengundian dijalankan, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sepakat menolak cadangan menteri besar itu.

Berikutan kegagalan untuk mendapatkan undi majoriti dua pertiga itu, mesyuarat pada hari ini ditamatkan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya sidang dewan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang ditetapkan kemudian.

Sementera itu, Bernama melaporkan, dalam sidang akhbar selepas itu, Speaker Datuk Teng Chang Khim, yang juga Adun Sungai Pinang berkata speaker dalam keadaan biasa tidak mengundi tetapi undi speaker dikira sekiranya jumlah antara penyokong dan pembangkang seri.

"Timbalan Speaker Haniza Mohamed Talha (PKR-Taman Medan) turut mengundi. Majoriti dua pertiga ialah sebanyak 37 kerusi dari kesemua 56 kerusi di DUN Selangor," katanya.

Sebanyak lima wakil rakyat penyokong kerajaan membahaskan rang undang-undang itu iaitu Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Klang), Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda), Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dan M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah).

Di pihak pembangkang pula perbahasan dimulakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Sri Serdang), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang), Datuk Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) dan Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang).

ADUN Sungai Panjang Dr Mohamad Khir Toyo yang menghadapi tuduhan rasuah dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Khusrin Munawi turut hadir.

Perkembangan terdahulu:

ADUN dan para wartawan tiba awal hari ini untuk menghadiri sidang DUN Selangor yang akan membahas cadangan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai tinggi kerajaan kepada sultan dan negeri.

NONEDua trak anggota polis kelihatan berada di pintu masuk DUN manakala satu trak lagi berada berhampiran Wisma MBSA, ekoran kemungkinan berlakunya protes pagi ini.

Kedua-dua pintu masuk dan keluar DUN dibuka separuh, dengan ruang yang mencukupi untuk dilalui sebuah kereta.

Sidang DUN dijadual bermula jam 10 pagi di mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang meminda Undang-undang Tubuh Negeri tersebut.

NONEBN sebagai pembangkang negeri bagaimanapun menuduh kerajaan merancang untuk menambah kuasa menteri besar dalam menentukan pelantikan pegawai tinggi kerajaan negeri.

Cadangan pindaan itu dibuat ekoran tindakan kerajaan pusat melantik bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Kerajaan Selangor membantah keras pelantikan tersebut dan menuduh Putrajaya mengetepikan kuasa negeri, apabila melantik Khusrin tanpa berbincang dengan menter besar.

Sultan Selangor bagaimanapun memperkenankan pelantikan Khusrin yang mengangkat sumpah pasa 5 Januari lalu.

LAPORAN LANGSUNG

9.30 pagi: ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu.

NONEBeliau disambut oleh silauan lampu kamera jurufoto, menyebabkannya agak terkejut.

"Wah, banyak peminat ni!" katanya berseloroh.

Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita, sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.

9.32 pagi: Kira-kira 200 berkumpul di Dataran Shah Alam bawa pengawasan ketat polis. Sebahagian peserta memakai ikat kepala bertulis GAPS (Gagasan Anti Penyelewengan Selangor). Empat unit pasukan polis berkawal di depan pintu SUK.

9.40 pagi: Didesak pemberita, Badrul Hisham Abdullah memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DUN.

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada beliau dibenarkan memasuki dewan ekoran kerusinya telah diisytihar kosong.

NONE10 pagi: Dewan mula bersidang. Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.

Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya ADUN membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.

Baginda juga memberitahu ADUN supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.

10.24 pagi: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membacakan ucapannya.

Berdasarkan perkara 10(3) peraturan dewan, kerajaan Selangor membentangkan pindaan terhadap Undang-undang Tubuh Selangor 1959 terhadap perkara 52(1), kata menteri besar.

Pindaan itu dicadangkan supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan Sultan, kata Khalid.

Pakatan Rakyat memberikan komitmen menjunjung perlembagaan negara dan undang-undang tubuh negeri serta Rujun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini, tambahnya.

Pakatan juga, tambah Abdul Khalid, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

10.35 pagi: Selepas duduk di bilik khas media kira-kira 30 minit, Badrul meninggalkan bilik itu dan bercadang mengadakan sidang media di luar.

10.50 pagi: Dalam sidang media selepas itu, Badrul Hisham mengaku beliau masih merupakan wakil rakyat yang sah dan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Bagaimanapun, ditanya lagi sama ada beliau mahu memfailkan tuntutan di mahkamah, beliau hanya menjawab "mungkin".

Beliau juga memberitahu, setelah menunjukkan surat jemputan bertarik 11 Januari daripada speaker, pihak keselamatan masih tidak membenarkannya masuk ke dalam dewan.

11.20 pagi: Abdul Khalid selesai berucap. Ketua pembangkang negeri yang baru dilantik Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) berucap mempersoalkan tindakan Teng memanggil sidang DUN tanpa notis 14 hari.

Speaker menegur kembali Mohamad Satim supaya mengingat peraturan tetap dewan sebelum membangkitkan sebarang perkara atau beliau akan diminta keluar untuk mengingatinya.

Penyokong Pakatan ketawa besar.

NONE11.25 pagi: Mohamad Satim ketika membahaskan pindaan itu mendakwa kerajaan negeri 'syok sendiri'.

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana bertentangan dengan perlembagaan negara dan bermotifkan politik.

Menurutnhya lagi, kerajaan BN terdahulu tidak pernah membelakangi Sultan, berbeza dengan menteri besar baru yang didakwa tidak dapat menerima pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah mendapat pekenan Sultan.

11.26 pagi: Peserta perhimpunan di Dataran Shah Alam kini bertambah sehingga 500 orang.

11.41 pagi: Mohamad Satim mengulangi dakwaan bahawa wakil Pakatan biadan dan derhaka terhadap Sultan dalam banyak tindakannya, antaranya dalam isu penggunaan kalimah Allah dan tulisan dalam blog Shuhaimie Shafiei (PKR-Sri Muda) yang didakwa menghina Sultan.

azmin ali pc in parliament 020709 0212.10 tengah hari: Pengerusi Kelab penyokong kerajaan negeri Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) membalas Umno yang derhaka kerana enggan menyokong cadangan pindaan undang-undang itu.

Katanya, walaupun Umno boleh menukar fakta menggunakan media arus perdana, mereka tidak boleh mengubah sejarah.

Azmin juga berkata Umno sudah lama menikmati kekebalan bawah pentadbiran 'Mamak Bendahara' dan pihak eksekutif, yang mengundang bantahan ADUN Taman Templer Subahan Kamal.

Subahan berkata Azmin berniat jahat dengan menggunakan perkataan 'mamak'.

Sementara bangun Shamsudin Lias (Umno-Sungai Burong) menyokong Subahan, mendakwa Azmin menggunakan perkataan itu dengan cuba merujuk kepada Subahan.

Azmin pantas membidas kefahaman "cetek" pembangkang negeri berhubung penggunaan prosa Melayu klasi di mana gelaran 'mamak bendahara' dirujuk kepada pembantu utama Sultan.

1 tengah hari:
Sidang dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.

NONE1.10 tengah hari: Sekumpulan 20 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di depan bangunan DUN bagi menunjukkan sokongan terhadap cadangan pindaan itu.

Mereke membawa kain rentang dan menjerit perkataan "Daulat Tuanku!" dan "Hidup Rakyat!" sebelum beredar sepuluh minit kemudian.

2.47 petang: Persidangan bersambung dengan Azmin menyampaikan hujahnya.

Satim mencelah meminta spekaer mengingatkan timbalan presiden PKR itu supaya tidak lari tajuk apabila menyentuh kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak rancangan 100 hari pentadbiran Pakatan.

Sulaiman says Azmin mulanya berkata bersetuju mengubahnya. Dengan sinis beliau berkata akan menukar perkaraan "Najib berkata" kepada "Rosmah berkata" yang menyebabkan ADUN Pakatan ketawa.

Selain Satim dan Azmin, sepuluh ADUN dijadual mendebatkan cadangan pindaan undang-undang tubuh negeri itu.

NONE3.25 petang: Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) sifatkan cadangan itu sebagai rancangan menteri besar dan kerajaan negeri untuk menyingkirkan Khusrin.

Sulaiman sebaliknya memuji Khusrin dengan berkata, Khusrin terkenal dengan sifat tegas, profesional dan berintegiriti.

Katanya, bukan DUN tetapi di parlimenlah tempat yang betul untuk membahaskan pindaan sebegitu kerana ia pelantikan itu berkaitan dengan perlembagaan persekutuan.

4.30 petang: Khalid memohon sidang dipanjangkan sehingga jam 7 petang supaya semua ADUN mendapat peluang berbahas.

Sehingga sekarang, Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) - dalam giliran kelima - sedang berucap.

6.25 petang: Usaha kerajaan negeri untuk meminda undang-undang tubuh Selangor tidak berjaya apabila gagal mendapat sokongan dua pertiga dalam prosiding bacaan kedua.

Seramai 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya sebulat suara menolak cadangan menteri besar itu.

http://malaysiakini.com/news/154253

'Pindaan halang langgar kuasa negeri, sultan'

Jan 24, 11 12:01pm

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959 dibuat supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan sultan.

NONEPakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini.

Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

Berikut teks ucapan Abdul Khalid:

Dengan izin Allah SWT, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan.

Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam dewan ini.

Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka.

Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun Tuanku.

Dato' Speaker, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, ahli-ahli dewan negeri, ahli-ahli parlimen yang turut hadir, pengamal undang-undang, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini.

Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.

Peristiwa pelantikan setiausaha kerajaan negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini.

Maka, tindakan kerajaan persekutuan atas tiket ketua setiausaha negara melantik pegawai eksekutif ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1).

Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Berburu ke padang datar,
Tembak rusa belang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.


Sidang dewan yang dimuliakan,

Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan.

Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.

Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya.

Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tata kelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.

Begitu juga dengan peguam Umno Dato' Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory.Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "Melayu mudah lupa". Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti 'constitutional monarchy' dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita.

Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?

Dato Speaker yang dimuliakan,
Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani". Peruntukan pindaan pula adalah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang".

Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi:

(1) Pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu.
(2) Kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen,
(3) Ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan,
(4) Keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru.

Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat.

Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja.

Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?

Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan;

"Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat".

Beliau meneruskan hujah, "Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan".

(Nah... itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri).

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik.

Dato' Speaker,
Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Perkara LII ( 1 ) yang asal berbunyi;

"(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi;

" LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. "

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.

Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.

Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.

Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.

Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.

Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.

Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.

Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.

Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:

(1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
(2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
(3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.

Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.

Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.

Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.

Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.

Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.

Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.


Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.

Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.

Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.

Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.

Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;
Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.

Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.

Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,
Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.

Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:

  1. Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?

  2. Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

  3. Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?

Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.

Oleh itu, Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.

http://malaysiakini.com/news/154267

Saturday, January 22, 2011

Ketua kampung taat setia pada Sultan Selangor

Ismail Hashim

KLANG, 21 Jan: Sekitar 600 mewakili ketua kampung seluruh Selangor berhimpun di Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Kampung Jawa seusai menunaikan solat Jumaat tadi bagi menyatakan sokongan padu Kebawah Baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat itu kemudiannya bergerak ke Istana Alam Shah untuk menyerahkan memorandum taat setia dan menjunjung kasih dalam usaha memertabatkan institusi raja berperlembagaan.

Menurut Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, memorandum kepada pihak istana tadi telah diterima oleh salah seorang pegawai peribadi Sultan, Mejar Ramli yang menyambut kehadiran peserta himpunan dengan girang.

Turut berada di lstana Alam Shah ketika penyerahan memorandum itu adalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan Wakil Ketua Kampung Seluruh Selangor yang juga Ketua Kampung Bukit Kapar, Shafie Sulaiman.

Difahamkan himpunan itu diadakan ekoran sidang Dun Selangor yang akan diadakan pada 24 Januari ini dalam usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang berusaha mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan tiga pegawai kanan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sementara itu, para Adun Umno dan BN akan menyertai sidang Dun esok tetapi mereka tidak akan menyokong pindaan yang memberikan kembali kuasa Sultan untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Kuasa Sultan telah diambil alih oleh kerajaan pusat dalam pindaan Perlembagaan pada tahun 1993 dahulu ketika krisis perlembagaan berlaku. Selepas itu, semua kuasa untuk melantik tiga pegawai kanan kerajaan itu adalah kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dikuasai oleh kerajaan pusat.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30477:ketua-kampung-taat-setia-pada-sultan-selangor&catid=1:utama&Itemid=50

Thursday, January 20, 2011

Sultan Selangor tak mahu tindakan disalah erti

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah bahawa tindakan baginda menandatangani proklamasi memanggil mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 Januari ini jangan disalahertikan bahawa baginda menyokong mana-mana pihak.

“Beta menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat Dewan Negeri di bawah sub-peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri yang ditetapkan pada 24 Januari 2011,” titah baginda dalam satu perutusan yang dikeluarkan, semalam.


Sultan Selangor bertitah proklamasi itu ditandatangani baginda selaras dengan kuasa dan tanggungjawab baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Baginda juga berharap agar mesyuarat dewan pada kali ini dapat dijalankan dengan teratur mengikut peraturan yang ditetapkan.


“Janganlah hendaknya perjalanan kuasa Beta menandatangani proklamasi ini disalahertikan bahawa Beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah Beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-mana pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab,” titah Sultan Selangor.


Dalam kenyataan akhbar yang berasingan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda menerima draf pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan baginda meneliti cadangan pindaan itu.

“Bagaimanapun baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menilai sama ada pindaan tersebut wajar diterima untuk diluluskan ataupun tidak,” kata Mohamad Munir. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SultanSelangortakmahutindakandisalaherti/Article/index_html

Sidang 24 Jan diteruskan jika 1/3 Adun hadir

Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 19 Jan: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 24 Januari ini akan diteruskan sekiranya cukup satu pertiga daripada ahlinya hadir, kata speaker, Datuk Teng Chang Khim.

Menurut Teng, mengikut peraturan tetap dewan dan Undang-undang Tubuh Negeri, sidang boleh diteruskan apabila kehadiran Adun cukup satu pertiga daripada jumlah Adun, tidak termasuk speaker.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita mengenai adun BN yang dikatakan tidak akan menghadiri sidang berkenaan.

"Mengikut peraturan tetap dan juga mengikut Undang-undang Tubuh Negeri, selagi ada satu pertiga yang hadir maka kita cukup korum untuk mengadakan mesyuarat iaitu satu per tiga daripada jumlah ahli dewan kecuali speaker," katanya pada sidang media di Dewan Annex, dekat sini hari ini.

Sidang Dun ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memperkenan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengadakan sidang berkenaan.

Teng juga berkata, tidak timbul soal sidang tidak dapat diteruskan tanpa kehadiran Adun BN kerana apa yang penting satu pertiga ahli hadir untuk membolehkan mesyuarat berlangsung.

Ujarnya, undi dua pertiga juga tidak diperlukan untuk meminda Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.

"Itu bukan masalah saya. Kalau cukup korum satu pertiga daripada ahli hadir maka saya akan mulakan mesyuarat. Kalau katakan ada pindaan perlembagaan maka undi dua pertiga diperlukan.

"Kalau tidak ada pindaan perlembagaan, hanya ada sama ada pindaan kepada enakmen ataupun hanya ada rang undang-undang yang baru maka ia tidak memerlukan dua pertiga tapi hanya majoriti mudah.

"Setakat ini saya tidak pasti lagi dan itu harus ditanya kepada menteri besar," katanya.

Khalid sebelum ini berkata, pindaan yang dilakukan kerajaan Selangor berhubung Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal yang baru.

Pindaan itu bagi mengembalikan semula prosedur untuk pelantikan tiga penjawat awam itu seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ia dipinda pada 1993.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30446:sidang-24-jan-diteruskan-jika-13-adun-hadir&catid=1:utama&Itemid=50

Wednesday, January 19, 2011

Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor

Jan 18, 11 4:46pm

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini.

NONESetiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.

http://malaysiakini.com/news/153749

Thursday, January 13, 2011

ADUN BN dicabar hadiri sidang

ADUN BN dicabar hadiri sidang
Abdul Rahim Sabri
Jan 11, 11
6:10pm

ADUN BN di Selangor dicabar menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 24 Januari ini bagi meminda undang-undang tubuh negeri itu.

NONEAhli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata kehadiran mereka itu untuk membuktikan mereka menjunjung kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah dan setia kepada negeri itu.

"Bila kita bawa usul pindaaan perlembagaan untuk mengembalikan kuasa kepada Sultan dan negeri, ADUN daripada Umno (dan BN), kita cabar mereka untuk hadir memberi sokongan

"Ujian yang muktamad apabila kita bentang (usul itu), kita minta mereka datang dan mereka buktikan kesetiaan kepada negeri Selangor dan Sultan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Turut hadir ialah ahli Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor (MPN) Yahya Sahri, timbalan setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim dan Presiden Kelab Penyokong Menteri Besar Selangor Khairul Anuar Othman.

selangor adun ceremony 220408 teng chang kimPagi ini, dalam kenyataan pejabat speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengarahkan setiausaha DUN memaklumkan sidang tersebut kepada semua ADUN Selangor berhubung cadangan meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

ADUN BN tak hadir

Khalid yang juga yang dipertua PAS kawasan Shah Alam bagaimanapun menjangka ADUN BN mungkin tidak akan hadir.

Katanya, walaupun sokongan 35 ADUN Pakatan tidak cukup untuk meminda perlembagaan dan memerlukan sokongan 38 ADUN, tetapi "paling kurang ia akan mendedahkan siapa sebenarnya pengkhianat kepada negeri dan institusi raja".

NONEDalam perkembangan lain, Khalid menafikan tanggapan bahawa beliau mempunyai "isu peribadi" terhadap setiausaha kerajaan Negeri Selangor (SUK) Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

"Kalau kerajaan negeri yang pilih Khusrin, ditemubual dan dia (berada kedudukan) nombor satu daripada enam orang (calon), saya tidak ada masalah.

"Tetapi dia (berada pada kedudukan) nombor enam daripada enam calon yang ditemubual. Dia bukan pilihan kerajaan negeri. Banyak kekurangan beliau untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bukan soal peribadi, tetapi masalah untuk mencari orang yang terbaik untuk jawatan setiausaha kerajaan negeri," katanya.

http://malaysiakini.com/news/153115

Pinda Perlembagaan: DUN S'gor bersidang 24 Januari

Pinda Perlembagaan: DUN S'gor bersidang 24 Januari
Jan 11, 11 12:33pm

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker DUN S'gor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua ADUN Selangor.

selangor adun ceremony 220408 teng chang kimSidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Isu berkenaan tercetus ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

http://malaysiakini.com/news/153055

Tuesday, January 4, 2011

Pindaan Perlembagaan Selangor Boleh Dilakukan Secara Retrospektif

Published: Selasa Januari 4, 2011 MYT 6:49:00 PM
Updated: Selasa Januari 4, 2011 MYT 6:50:11 PM

SHAH ALAM: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim berkata sebarang cadangan pindaan perlembagaan negeri itu dalam memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik jawatan utama kerajaan negeri boleh dilakukan secara retrospektif.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, keputusan tersebut bakal memberi kesan kepada pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu masih terlalu awal untuk dinyatakan ekoran kerana beliau masih belum menerima sebarang representasi secara rasmi daripadaMenteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung cadangan untuk memanggil sidang dewan tergempar seperti dimaklumkan semalam.

"Jika rang undang-undang yang dinyatakan bahawa pindaan itu berkuat kuasa 1 Januari, 2011 maka ia menjadi retrospektif dan jika iamempunyai kesan retrospektif maka ia akan memberi kesan kepada perlantikan setiusaha kerajaan negeri Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Selasa.

Beliau sebarang sidang tergempar boleh diadakan dalam tempoh 24 jam dan ia tidak memerlukan perkenan Sultan bagi mengadakannya.

Menurut Teng, mengikut peraturan tetap DUN Selangor dewan boleh diadakan serta merta jika ia mempunyai kepentingan awam.

"Jika dalam masa Dewan sedang ditangguhkan, Menteri Besar mengemukakan kepada Tuan Speaker, iaitu, bagi kepentingan awam berkehendakkanmesyuarat diadakan lebih awal daripada masa yang Dewan telah ditangguhkan, Tuan Speaker hendaklah memberitahu dengan serta-mertaperkara itu dan Dewan hendaklah bermesyuarat pada masa yang dinyatakan dalam pemberitahu itu.

"Urusan perkara mesyuarat pada hari itu hendaklah ditetapkan oleh Menteri Besar dan pemberitahu mengenainya hendaklah dipekelilingkantidak lewat dari masa itu," katanya. Bagaimanapun Teng menegaskan, sebarang tindakan untuk menentukan sidang tergempar itu masih belum boleh dilakukan memandangkan representasi usul belumdikemukakan menteri besar.

"Saya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada mesyuarat tergempar itu akan diadakan berikutan pelantikan (dia) Khusrinsebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru atau berkaitan dengan perkara lain.

"Saya masih belum melihat representasi usul yang dikemukakan kerana saya masih bercuti sehingga hujung minggu ini," katanya.

Katanya, sebarang pindaan perlembagaan rang undang-undang perlu digazetkan dalam tempoh 14 hari untuk dibentangkan, malah sebarangpindaan itu memerlukan 2/3 undi dalam dewan.

Namun menurut Teng, perkara tersebut bukan dibawah bidang kuasanya dan hanya berkuasa untuk membentangkan pindaan tersebut.

"Jika menerima 2/3 undi majoriti ia akan diluluskan jika tidak ia sebaliknya. Namun kita tidak boleh jangka usul meminda itu ditolakkerana menteri besar berjaya yakinkan wakil pembangkang untuk menerima usul tersebut," katanya.

Kini Pakatan Rakyat mempunyai 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Ketika ditanya sama Khusrin boleh dipecat apabila DUN mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap pelantikannya, Teng berkata"Mengikut perundangan Malaysia beliau tidak boleh dipecat kerana merupakan ex-officio. Dalam sebab-sebab yang normal usul undi tidak percaya ke atas pegawaikerajaan yang dilantik berlaku apabila seseorang melakukan kesalahan.

"Jika dewan boleh diyakinkan melalui undi tidak percaya itu, maka usul boleh diterima, jika tidak sebaliknya. "Usul undi tidak percaya hanya biasa dan memerlukan tempoh 14 hari untuk dibentangkan dalam dewan," jelas beliau.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/4/mstar_berita/20110104180722&sec=mstar_berita

Khusrin goyah, sidang tergempar boleh diadakan

Aidila Razak
Jan 4, 11
1:28pm

Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

NONE"Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, maka ia akan menjadi retrospektif,” katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.

Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Mac ini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan.

Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendapati alasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai “kepentingan umum”.

Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/152360

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...