Showing posts with label Botox and Collagen. Show all posts
Showing posts with label Botox and Collagen. Show all posts

Saturday, August 14, 2010

Ramai remaja di ASambil suntikan botox

NEW YORK - Remaja semuda 13 tahun mula mendapatkan suntikan botox manakala doktor-doktor di Amerika Syarikat (AS) telah melakukan lebih 12,000 prosedur terhadap golongan itu pada tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penyanyi remaja, Charice Pempengco dari Filipina yang berusia 18 tahun turut mencetuskan kontroversi apabila dia mengaku menerima suntikan botox dan menjalani prosedur antipenuaan kulit sebelum membintangan siri televisyen popular Glee yang diterbitkan oleh stesen televisyen Fox di AS.

Persatuan Doktor Pembedahan Plastik Amerika memberitahu golongan remaja mendapatkan rawatan sebagai jalan pintas untuk membaiki penampilan mereka.

Ubat antikedut itu telah digunakan untuk membaiki pelbagai bentuk 'kecacatan' wajah, termasuk senyuman yang menampakkan gusi atau rahang.

Peningkatan trend penggunaan botox di kalangan remaja mendapat perhatian selepas Charice membuat pengakuan. "Saya mahu kelihatan segar di hadapan kamera," katanya yang mendapat suntikan botox.

Seorang pakar pembedahan plastik, Dr. Shoib Allan Myint menyifatkan botox sebagai toksik remaja.

"Botox adalah berbahaya jika tidak dikendalikan dengan baik. Trend toksik remaja ini berpontensi untuk mengakibatkan komplikasi jika dilakukan oleh individu yang tidak terlatih atau bukan doktor. "Kebanyakan remaja tidak mengalami masalah kedutan. Botox tidak mampu menghalang penuaan semula jadi melainkan wujud keperluan mendesak. Botox tidak sepatutnya dilakukan ke atas remaja," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Friday, June 18, 2010

Katie Dinasihat Tidak Suntik Muka

Jumaat Jun 18, 2010

Katie Price hadir ke Parti Oscar Elton John di West Hollywood, California pada 7 Mac 2010. - Foto AP

PAKAR bedah plastik memberi amaran kepada bekas model popular, Katie Prince atau dikenali sebagai Jordan supaya menghentikan proses pembedahan plastik ke atas mukanya.

Pakar di Klinik Harley Street Dr. Nick Milojevic berkata, Jordan, 32, akan kelihatan pelik dan sembab sekiranya dia meneruskan rawatan kologen botox pada pipinya.

Beliau menambah, Jordan tidak menerima nasihat yang betul dan boleh mengalami masalah kesihatan yang serius termasuk lumpuh pada bahagian muka jika meneruskan rawatan tersebut.

Muka Jordan dilihat bengkak selepas melawat klinik yang menyediakan perkhidmatan Botox sebagai persiapan majlis ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Alex Reid, 34, pada 3 Julai ini.

“Katie dilihat mengambil lebih suntikan Botox daripada yang disyorkan,” kata Milojevic kepada media.

“ Pipinya kelihatan seperti orang baru bangun dari tidur. Saya menasihatkan dia untuk tidak menerima rawatan itu lagi,” tambahnya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/6/18/mstar_hiburan/20100617194446&sec=mstar_hiburan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...