Showing posts with label JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Show all posts
Showing posts with label JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

KANAK-KANAK 7 DAN 8 TAHUN PECAH RUMAH

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 31ST, 2011

Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.

“Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.

Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. “Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu,” kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini. Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.

Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.

“Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.

Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.

Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

“Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM,” katanya.

Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itu dari terus berlaku.

http://www.kl-today.com/2011/10/kanak-kanak-7-dan-8-tahun-pecah-rumah/

Sunday, August 21, 2011

JKM banyak ‘red-tape’ beri bantuan?

Posted by admin on August 21st, 2011

Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Kerchut, Batu 10, di Jitra, Kedah berhadapan dengan kesukaran dalam hidupnya apabila terpaksa menanggung kehidupan lima anaknya, yang semuanya masih bersekolah.Azimah Ali, 39, menjadi ibu tunggal selepas bercerai lima bulan lalu, menyara kehidupannya dan lima anak terdiri empat perempuan dan seorang lelaki yang berusia antara lima hingga 13 tahun, dengan membuat kuih dan dihantar ke kedai-kedai makan untuk memperoleh pendapatan kira-kira RM400 sebulan.

“Saya ada memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mei lepas tetapi sehingga kini masih tiada jawapan. Saya berharap JKM dapat mempercepatkan proses permohonan saya,” katanya ketika dikunjungi ahli parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom, yang turut bersahur bersama keluarga itu awal pagi ini.

Azimah berkata dia dan lima anaknya itu tinggal di rumah arwah ibunya bersama seorang kakaknya Azizah, 43, yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah berhampiran.

Katanya kakaknya yang tidak berkahwin itu turut membantu menanggung perbelanjaan anak-anaknya manakala bekas suaminya hanya membantu sekali-sekala.

Anak sulung Azimah, Wildayanti Mohd Rais, 13, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Darul Aman manakala Wilmayani, 12; Mimi Wahida, 11; dan Amylia Suhaida, 9, belajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Darul Aman sementara anak bongsunya Fitri Haikal, 5, belajar di sekolah tadika.

Azimah berkata rumah yang didudukinya itu sudah uzur dan banyak bahagian bumbung yang bocor dan jika hujan, bahagian rumah tamu akan dipenuhi air.

Mohd Johari berkata pihaknya meluluskan bantuan awal RM10,000 untuk kerja-kerja membaiki rumah itu dan berharap ia dapat dijalankan segera.

Beliua juga akan berusaha mendapatkan bantuan persekolahan untuk anak-anak Azimah bagi memastikan mereka dapat belajar dengan sempurna dan keperluan lain untuk meringankan beban keluarga itu.

“Kami akan uruskan bantuan dengan JKM. Kami juga akan cuba dapatkan bantuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu program membasmi kemiskinan di bandar memandangkan Jitra adalah kawasan bandar. Tengok sama ada skim itu boleh digunakan atau tidak. Bantuan itu lebih banyak,” katanya yang turut memberikan sumbangan barangan keperluan dan hari raya kepada keluarga itu.

Mohd Johari, yang juga timbalan menteri pertanian dan industri asas tani berkata kementeriannya akan menyediakan mesin asas tani bagi membantu Azimah membuat kuih.

Azimah berkata dia terharu dengan bantuan yang diberikan Mohd Johari bagi meringankan beban kehidupannya.

Bantuan kepada Azimah dan keluarganya boleh dibuat dengan menghubunginya di talian 012-5290118 atau memasukkan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional di atas nama Azizah Ali (02100-29-86167187-2).


http://www.kl-today.com/2011/08/jkm-banyak-red-tape-beri-bantuan/

Monday, August 15, 2011

Jangan salahkan k'jaan jika bantuan tak diterima

Ogos 13, 11 3:21pm

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit.

tenang by election nomination day 220110 shahrizat abdul jalilBeliau berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini.

"Jangan salahkan kerajaan...selain kementerian menerusi JKM, terdapat juga banyak agensi lain yang terlibat, mana suami-suami (kepada ibu-ibu tunggal) yang mempunyai keluarga juga mesti bertanggungjawab, walaupun sudah bercerai atau berpisah," katanya.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai kementerian bertanggungjawb memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang tetapi ia tidak dapat dinikmati seorang ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapatkan makanan.

azlanKetua Pergerakan Wanita Umno itu berkata kementerian sentiasa menemui kumpulan sasar dan menghulurkan bantuan pada setiap bulan agar mereka tidak bersikap menuding jari kepada kerajaan yang prihatin kepada nasib mereka.

Beliau juga kesal dengan tindakan segelintir suami yang mengamalkan budaya "lepas tangan" kepada pihak lain dalam soal memberikan nafkah kepada isteri yang ditinggalkan atau diceraikan.

"Mana bekas suami, ahli-ahli keluarga, anak-anak tidak membantu dan bersikap lepas tangan. Kalau mereka lepas tangan kepada orang lain, ia mengundang bahaya terutama ibu bapa yang tiada persaraan hidup harus dibantu...hentikan andaian (salahkan kerajaan)," katanya.

Beliau turut berpesan agar anak-anak tidak mengabaikan tanggungjawab dan mengambil tahu kebajikan terhadap ibu-bapa mereka yang telah uzur terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/172902

Tuesday, August 9, 2011

Institusi zakat jangan busuk nama sendiri

Posted by admin on August 8th, 2011

Pengurusan wang zakat perlu direformasikan bagi mengelakkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR (Bippa), Ahmad Kassim. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoalkan ke mana mengalirnya wang zakat di negara ini.“Zakat perlulah disalurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan. Ini tidak, kadang-kadang orang yang tak sepatutnya terima duit ini.

“Jangankan sampai satu peringkat, rakyat hilang keyakinan dengan sistem zakat sehingga sanggup turun untuk menyampaikan wang mereka ke tangan orang miskin sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Kassim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, wang zakat yang melibatkan jumlah besar sepatutnya dipantau dan disalurkan dengan betul.

“Wang zakat perlulah digunakan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan pembahagiannya perlu dibuat dengan kebijaksanaan,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Menyokong kenyataan tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pentadbiran wang zakat tidak diurus dengan telus dan bijak terutama di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Wang zakat yang sepatutnya menolong untuk menyelesaikan masalah kemiskinan melarat di kalangan umat Islam kini hanya tertumpu pada musim perayaan saja,” katanya.

Menurutnya, pentadbiran wang zakat terbukti tidak telus apabila terdapat dakwaan ia digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai tinggi kerajaan.

Sebelum ini, pengurusan dan pengagihan wang zakat seringkali dipersoalkan banyak pihak apabila terdapat kes umat Islam yang layak menerimanya, tidak memperoleh bantuan berkenaan.

Pada Jun lalu, PKR tampil mendedahkan penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.

Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

Manakala penghujung April lalu, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar mendakwa penyelewengan wang zakat di Melaka berpunca akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah.

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) pula menegaskan Baitul Mal perlu lebih agresif dan turun padang, untuk mencari punca dan masalah kenapa ada pihak yang susah mendapatkan bantuan daripadanya.

“…(ini) kerana dana yang dipegang oleh Baitul Mal adalah amanah dari seluruh umat Islam yang mengeluarkan zakat,” kata timbalan presiden PGSM, Musa Awang.

Katanya, ia ekoran rentetan isu yang disiarkan oleh kebanyakan media berhubung pujukan gereja terhadap umat Islam, untuk menerima bantuan gereja bagi meneruskan kehidupan, lantaran kepayahan mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitul Mal.

“Dedahan media tentang isu ini boleh menyebabkan kebolehpercayaan umat Islam terhadap institusi Baitul Mal terjejas, dan ditakuti pihak yang akan mengeluarkan zakat akan membelakangkan Baitul Mal,” tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.


http://www.kl-today.com/2011/08/institusi-zakat-jangan-busuk-nama-sendiri/

Thursday, August 4, 2011

CAP: Warga tua terberak tunggu wang kebajikan

CAP: Warga tua terberak tunggu wang kebajikan
Ogos 3, 11 5:05pm

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa keadaan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang adalah sebegitu kelam kabut dan sesak pada setiap minggu pertama setiap bulan.

Ini kerana menurut presidennya SM Mohamed Idris, beliau dimaklumkan sepanjang tempoh itu golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka.

NONE“Ramai daripada penerima ini yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank.

“Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.


Sebelum ini, menurut SM Mohamed (kiri), bayaran dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

BSN kemudiannya dilantik menjadi bank komuniti untuk menyalurkan bayaran itu.

Menurut presiden CAP itu, BSN juga cuba untuk mengatasi masalah berkenaan dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan menggunakan mesin bagi tujuan pengeluaran.

“Ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN). Keadaan ini boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa,” katanya.

Sehubungan itu, SM Mohamed menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Katanya, bank komersial lain juga perlu menyediakan perkhidmatan untuk memudahkan golongan berkenaan mengeluarkan wang kebajikan mereka.

“Semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan inilah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR),” akhiri kenyataan media CAP itu.


http://malaysiakini.com/news/171901

Wednesday, June 15, 2011

Serah kembar kurus kering

Serah kembar kurus kering

Oleh Yusmawati Mohd Yusof dan Mohd Zaidi Ya’acob
am@hmetro.com.my

LIHAT...Sidatol’ Aini melihat keadaan seorang daripada kembar yang disyaki didera.
LIHAT...Sidatol’ Aini melihat keadaan seorang daripada kembar yang disyaki didera.
TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.
TIDUR... seorang kembar dimasukkan dalam wad.

MELAKA: Tindakan seorang bapa menyerahkan tiga anaknya termasuk sepasang anak kembar berusia empat tahun untuk dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah, dekat sini, Isnin lalu, atas alasan tidak mampu menjaga mereka menimbulkan tanda tanya kemungkinan kanak-kanak berkenaan disyaki didera dengan tidak diberi makan berikutan fizikal mereka yang terlalu kurus.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun dari Hutan Perca, Alor Gajah mendakwa tidak mampu menjaga anaknya kerana bekerja sebagai pekerja am di syarikat swasta.


Curiga dengan keadaan fizikal ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan, pegawai JKM menghantar mereka menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM negeri, Sidatol’ Aini Jafri berkata, setakat ini pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ketiga-tiga kanak-kanak terbabit didera atau mengalami kekurangan zat makanan dan masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.


“Pasangan kembar bersama abangnya berusia enam tahun diserahkan kepada JKM oleh bapa mereka yang bekerja sebagai pekerja am.


“Lelaki itu menyatakan dia tidak mampu menjaga anaknya,” katanya ketika melawat kanak-kanak berkenaan di Hospital Melaka.

Menurutnya, lelaki berkenaan memperoleh hak jagaan terhadap ketiga-tiga anaknya daripada mahkamah syariah selepas bercerai dengan isterinya baru-baru ini sebelum berkahwin dengan wanita lain.


Beliau berkata, berdasarkan siasatan kronologi kes itu, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan pada mulanya diserahkan ibu kandung mereka ke Pejabat Kebajikan Daerah Melaka Tengah pada 8 Julai 2010 ditempatkan di institusi JKM atas alasan tidak mampu menjaga mereka.

Katanya, kanak-kanak berkenaan ditempatkan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras, Kuala Lumpur sehingga Mahkamah Kanak-Kanak bersidang pada 5 Ogos 2010.


“Kanak-kanak berkenaan diperintahkan majistret diletak di bawah jagaan bapa kandung mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan membayar bon jaminan RM1,500 tanpa cagaran selama dua tahun.


“Mahkamah turut mengenakan syarat penjaga mesti hadir bersama kanak-kanak itu bagi seliaan di hadapan pelindung kanak-kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Alor Gajah bagi tempoh dua tahun, manakala ibu kandung dibenarkan melawat mereka,” katanya.


Sidatol’ Aini berkata, bapa kandung dan ibu tiri bersetuju menjaga kanak-kanak di hadapan Majistret Mahkamah Kanak-Kanak Melaka kerana pernah menjaga mereka pada usia enam bulan bagi tempoh tiga bulan.


“Sepanjang tempoh seliaan ibu bapa, kanak-kanak itu ada dibawa berjumpa pelindung dua kali dan mereka dihantar menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan kurang selera makan sehingga menyebabkan anak pertama diserahkan kepada nenek untuk dijaga kerana khuatir keadaan mereka.


“Ibu bapa kanak-kanak memberitahu doktor mengesahkan mereka sihat dan tidak mengalami masalah kesihatan,” katanya.


Katanya, JKM mengambil alih penjagaan kanak-kanak berkenaan dan pemeriksaan dilakukan mendapati mereka terlalu kurus disyaki kekurangan makanan.


“Keadaan itu mencurigakan dan kami menghantar mereka ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan. Namun, kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan sebelum mendapat laporan perubatan daripada doktor.


“Pada masa sama, kami tidak menolak kemungkinan berlaku penderaan berdasarkan keadaan mereka,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, tidak terdapat tanda penderaan fizikal terhadap kanak-kanak terbabit dan menegaskan perbuatan tidak memberi makan juga ditakrifkan sebagai penderaan.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Pekan Kecil, Pemulihan Projek dan NGO negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihak berkuasa perlu menunggu laporan perubatan kanak-kanak berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut.


“Kes ini dikendalikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Norpipah Abdol,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Serahkembarkuruskering/Article

Saturday, March 5, 2011

'Rasa kepala macam mahu tercabut'


BERAT badan Lia pernah turun daripada 43 kg kepada 20 kg akibat leukemia tahap kritikal yang dihidapinya.


DISAHKAN menghidap leukemia tahap kritikal pada usia 14 tahun dianggap takdir yang paling memilukan buat Noorliameera Johar.

Lantaran penyakit kanser darah yang biasa menjangkiti kanak-kanak itu, kehidupan anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini berubah sama sekali.

Dia yang kini berumur 20 tahun masih dapat merasai kesakitan menjalani pelbagai prosedur rawatan apabila mengingati semula fasa sukar dalam hidupnya itu.

“Ia bermula apabila saya sering sakit di bahagian kiri kepala manakala hidung saya sering berdarah terutama jika berada lama di tempat panas.

“Ayah hanya membawa ke klinik biasa, namun apabila saya kerap sakit, doktor menasihatkan ayah membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ada kemungkinan saya menghidap ketumbuhan otak.

“Tidak mahu berlengah, ayah membawa saya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Batu Pahat. Pakar yang memeriksa mengatakan saya menghidap penyakit hati dan perlu dibedah segera.

“Namun, atas nasihat seorang pakar tulang yang pernah merawat saya, Datuk Dr. Zahir Hussein Kamari, saya enggan dibedah sebaliknya pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk diperiksa dengan lebih lanjut di sana.

Jarum besar

“Pada 25 April 2005, saya jalani pemeriksaan darah di HSA. Selepas lima hari, saya diberitahu hasil daripada ujian tersebut menunjukkan saya menghidap leukemia jenis limfoblastik akut (LLA) iaitu leukemia yang dicirikan oleh limfoblas berlebihan.

“Ketika itu, tahap leukemia saya di tahap kritikal dan doktor menjangkakan saya mampu hidup di antara tiga hingga enam bulan sahaja,” katanya.

Lantaran itu, impiannya untuk kembali ke sekolah terpaksa ditangguhkan. Sebaliknya, HSA menjadi rumah kedua bagi mereka tiga beranak.

Setiap hari, selain berehat, bermacam-macam ujian dan pemeriksaan yang perlu dijalani.

Kesakitan yang ditanggung semasa penyedutan tisu sum-sum tulang (BMA), kemoterapi dan radioterapi pernah melenyapkan semangat Lia.

Bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami keadaan dirinya, anak bongsu dari tiga adik-beradik perempuan ini mengaku mereka adalah sumber kekuatannya.

Mana tidaknya, sudahlah seluruh tubuhnya sakit, rawatan yang diberikan juga sangat menyakitkan. Menurut Lia, untuk proses penyedutan tisu tulang sum-sum, jarum yang besar dan panjang digunakan.

“Sakitnya memang tidak tertanggung. Walaupun dibius, saya boleh rasa jarum mencucuk tulang belakang dan menyedut sum-sum tulang.

Muntah hijau

“Kesan daripada itu, hampir dua minggu saya tidak mampu berdiri. Saya hanya mampu berbaring, itu pun secara mengiring di atas katil.

“Prosedur ini saya jalani dua kali sebulan manakala sebulan sekali saya menjalani rawatan kemoterapi di HSA,” katanya.

Waktu itu, katanya, badannya sentiasa rasa panas dan kepalanya sangat sakit.

“Sakitnya sampai saya rasa kepala saya mahu tercabut. Setiap kali jalani rawatan, saya akan menangis sampai tak keluar suara.

“Di samping menjalani rawatan kemoterapi, saya juga menjalani rawatan radioterapi di Hospital Pantai di Jasin, Melaka, memandangkan HSA belum memiliki mesin tersebut,” kata penuntut semester empat dalam bidang Pengurusan Pejabat di Kolej Unikop, Kuala Lumpur ini.

Beberapa kali menjalani rutin rawatan yang sama, tubuh Lia mula menerima kesan sampingan. Badannya terasa panas, cepat letih dan lembik.

Dia juga hilang selera makan sehingga berat badannya turun mendadak daripada 43 kilogram (kg) kepada 20 kg saja. Ada masanya tekak saya membengkak hingga menyebabkan leher membesar melebihi dagu.

“Walaupun tidak mampu menjamah makanan, saya kerap muntahkan cairan hijau yang rasanya sangat pahit.

“Bayangkan kalau saya terpaksa menjalani prosedur yang sama untuk tempoh dua tahun,” katanya yang kini masih mendapatkan rawatan susulan enam bulan sekali di HSA.

Pernah putus asa dan lebih rela mati daripada terus hidup, semangat dan sokongan daripada keluarganya mengembalikan kekuatan untuk dia terus hidup.

“Mereka juga percaya saya mampu melalui semua rawatan ini.

“Lama-kelamaan, timbul kesedaran dalam diri saya. Mengapa saya perlu menyerah kalah sedangkan ayah dan ibu telah berkorban segala-galanya demi memastikan saya mendapat rawatan terbaik.

“Sejak itu, saya kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini dan sangat berharap untuk kembali sihat seperti manusia lain,” ujarnya yang menolak untuk menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang kerana tidak mahu kakaknya mendapat risiko sakit seperti dirinya.

Bercerita mengenai penyakit leukemia yang Lia hadapi sama seperti menceritakan putaran roda kehidupan keluarganya.

Bukan sahaja leukemia, Lia juga tergolong sebagai orang kelainan upaya (OKU) selepas tiga jarinya terpaksa dipotong akibat tersepit dalam mesin tebu.

“Semasa berumur lapan tahun, saya menolong ayah yang berniaga air tebu. Secara tidak sengaja, saya tergelincir dan berpaut pada mesin tebu tersebut.

Mesin tebu

“Tanpa saya sedari, jari telunjuk, hantu dan manis tersepit dan turut dimesin. Akibatnya, tulang ketiga-tiga jari itu hancur dan perlu dipotong untuk mengelak daripada terus membusuk.

“Selepas saya mendapat leukemia, ayah berhenti berniaga dan sama-sama menjaga saya di hospital bersama ibu.

“Pengorbanan ayah bukan setakat itu. Memandangkan kos rawatan leukemia yang sangat tinggi, ayah sanggup jual tanah dan kebun.

“Sekarang ayah menyara kami sekeluarga dengan mengambil upah sebagai buruh kasar manakala ibu pula tidak bekerja,” katanya yang pernah mengemukakan permohonan untuk meminta bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak pernah dilayan.

Melihat kesusahan yang terpaksa dilalui keluarganya, Lia tekad untuk terus sihat dan maju dalam pelajarannya.

“Saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dan membalas pengorbanan ayah dan ibu,” azamnya yang ingin menjadi seorang kaunselor satu hari nanti.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

Saturday, February 26, 2011

Pengemis raih simpati di masjid kena berkas


BEGINILAH keadaan beberapa pengemis warga asing apabila ditahan JKM Wilayah Persekutuan dalam operasi di Masjid Zaid Harithah di Gombak semalam.


KUALA LUMPUR - Tangisan kuat beserta air mata yang bercucuran tidak menjadikan kanak-kanak warga asing dengan ibunya yang mengemis di Masjid Zaid Harithah, Gombak dekat sini terselamat daripada tindakan penguatkuasaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Biarpun meronta-ronta untuk cuba melarikan diri ketika didatangi oleh pegawai JKM secara mengejut namun lima wanita berusia di antara 30 hingga 45 tahun dan empat kanak-kanak warga Myanmar itu berjaya dikawal dan ditahan atas kesalahan mengemis.

Malah ada antara mereka yang dilihat seperti cuba merayu kepada pegawai JKM meminta agar mereka dilepaskan dengan bahasa yang tidak fahami.

Menurut Timbalan Pengarah 2, JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabar Puteh Mahadi, dalam operasi yang dinamakan Ops Masjid itu, pihaknya menerima aduan daripada jawatankuasa masjid tersebut mengenai kewujudan pengemis-pengemis asing yang meminta sedekah di situ sejak tiga bulan lalu terutama pada hari Jumaat.

Katanya, pengemis di situ bertindak agak agresif apabila ada dalam kalangan mereka yang cuba memaksa jemaah supaya memberikan mereka wang.

"Kesemua wanita yang mempunyai status UNHCR (Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian) itu akan ditempatkan selama 30 hari di Desa Bina Diri Kuala Kubu Bharu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Saturday, January 29, 2011

Hanya upaya mengengsot

Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetero.com.my

BALING: Sepasang suami isteri terpaksa mengharapkan kudrat anak sulung mereka untuk keluar mencari rezeki setiap hari bagi menyara keluarga selepas pasangan itu diserang penyakit kencing manis dan lumpuh sejak empat tahun lalu.

Pasangan, Subri Hashim, 53, dan isterinya, Roziah Che Mat, 47, dari Kampung Padang Pulai, Mukim Teloi Kanan, Kuala Ketil, di sini, hanya terlantar di rumah apabila diserang penyakit kronik menyebabkan mereka hanya mampu mengengsot di dalam rumah saja.


Subri berkata, tanggungjawab mencari rezeki sekarang dipikul anak sulungnya, Mohd Nasaruddin, 19, dengan mengambil upah bekerja kampung untuk menyara keluarga.

Beliau berkata, anak sulungnya kini mengambil alih tugas ketua keluarga untuk menjaga mereka berdua termasuk dua lagi anaknya.


“Dialah yang menjadi penyambung harapan keluarga untuk mencari rezeki setiap hari supaya kami sekeluarga tidak berlapar.


“Mujurlah dia bertanggungjawab dan sanggup keluar awal pagi dan pulang lewat petang semata-mata untuk mencari sesuap nasi,” katanya.

Subri berkata, dia menghidap penyakit kencing manis sejak empat tahun lalu dan paling kritikal sejak tujuh bulan lalu apabila kaki kirinya semakin parah dan dinasihatkan doktor untuk dipotong bagi mengelakkan bertambah teruk.


“Bagaimanapun, sejak sebulan lalu, kaki kanan saya turut dijangkiti dan mengalami kesan luka menyebabkan saya tidak mampu berjalan dan hanya mengengsot dalam rumah saja,” katanya.

Katanya, dia terpaksa berulang alik ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil setiap hari untuk mencuci luka selain terpaksa meminta pertolongan adik iparnya, Norliza Abdul Razak, 32, untuk menghantarnya ke klinik.


Menurutnya, semua anaknya hanya belajar sehingga separuh jalan kerana terpaksa menjaga mereka berdua dengan anak sulungnya hanya belajar sehingga tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Ketil, Mohd Nazrul Amir, 17, hanya tamat tingkatan tiga di Sekolah Agama Diniah, Mukim Kupang dan Nurul Nadia, 16, belajar sehingga tingkatan dua di SMK Kuala Ketil.


Beliau berkata, akibat kemiskinan dan diserang penyakit kronik menyebabkan dia tidak mampu meneruskan persekolahan anak-anak kerana sebelumnya dia hanya mengambil upah menoreh getah.


Sementara itu, Roziah berkata, dia terlantar di tempat tidur sejak tiga tahun lalu kerana sebelah kiri badannya lumpuh, manakala kaki kanan luka akibat kencing manis.


“Saya berharap mendapat bantuan mana-mana pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban selain menggunakan bantuan itu untuk kos rawatan dan membeli lampin pakai buang,” katanya.


Roziah berkata, dia sudah menghantar borang permohonan kepada JKM Baling, kelmarin selepas mendapat pengesahan kesihatan daripada doktor dan berharap mendapat perhatian daripada jabatan itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hanyaupayamengengsot/Article/index_html

Friday, January 28, 2011

Lima beranak hidup daif



KAMPUNG JAWA – Program penyerahan bantuan barangan keperluan dari rumah ke rumah keluarga miskin di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, baru-baru ini dikejutkan dengan penemuan tiga kanak-kanak masih kecil yang ditinggalkan bersendirian di sebuah rumah usang di Kampung Serinkin, di sini.

Kanak-kanak malang itu, Nor Farah Ain, 8, Nor Safiah Alisa, 6, dan Mohd Iman Nur Hakim berusia lima tahun terpaksa ditinggalkan dalam pondok usang itu sendiri kerana bapa mereka, Othman Senin, 40, keluar bekerja.

Lebih menyayat hati, ketiga-tiga beradik itu ketika ditemui belum menjamah sebarang makanan. Mujur kehadiran Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Rompin, Mohd Zaidi Othman bersama rombongannya yang membawa bekalan makanan seperti biskut ke rumah terbabit menceriakan tiga beradik itu.



Tinggalkan anak demi sesuap nasi

Othman berkata, anak-anaknya sudah biasa tinggal bersendirian di rumah termasuk anak sulungnya, Amirul Ashraf, 12, memandangkan dia terpaksa keluar mencari duit bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

Menurutnya, sebagai seorang bapa, perasaan bimbang terhadap keselamatan anak-anak tetap ada lebih-lebih lagi kesemua anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian serta kasih sayang secukupnya.

Katanya, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan, tambahan pula tiga anaknya sudah bersekolah.

“Nasib saya tidak seperti orang lain dan selalunya mereka (anak-anak) faham dengan keadaan saya. Mereka terpaksa tinggal di rumah ini sendiri jika saya terpaksa pulang lewat ke rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.



Dakwa isteri larikan diri

Othman mendakwa, isterinya didakwa melarikan diri dipercayai tidak tahan hidup susah dengannya sejak empat tahun lalu iaitu ketika anak bongsu mereka, Mohd Iman masih berusia setahun.

Katanya, sejak itu, dia terpaksa memikul tugas sebagai seorang ibu seperti mencuci baju, memasak dan menyiapkan persekolahan anak-anak.

“Isteri saya pernah melawat anak-anak setahun lalu dan sempat menghulurkan RM50 untuk perbelanjaan, namun sejak itu dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki di pondok ini.

“Saya reda dengan ketentuan ini dan sebagai manusia biasa, saya terpaksa tempuhi kerana bagi saya anak-anak adalah harta yang tidak boleh dijual beli atau ditukar ganti kerana mereka adalah anugerah Allah,” katanya.



Kecewa permohonan PPRT tiada dalam senarai

Othman berkata, dua tahun lalu, dia pernah memohon untuk menjadi peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun kecewa setelah mendapati namanya tiada dalam senarai permohonan.

“Saya orang Janglau dan tinggal di Kampung Serinkin, tetapi hak saya dinafikan hingga nama saya tidak terdapat dalam senarai pemohon bantuan rumah kerajaan,” katanya.

Menurutnya, apa yang menyedihkan, rumah yang diduduki sekarang tidak sempurna kerana bumbungnya bocor sana sini, malah tidak mempunyai tandas hingga dia terpaksa mengambil air perigi di tepi rumah untuk keperluan harian.

“Rumah saya tidak ubah seperti zaman sebelum merdeka kerana masih ada tandas yang hanya ditutupi dengan rimbunan pokok serta zink-zink karat di tepi perigi berkenaan,” katanya.

Justeru, dia merayu kepada kerajaan supaya meluluskan segera permohonannya untuk mendapatkan rumah PPRT kerana sudah tidak sanggup lagi tinggal di situ yang dikelilingi semak samun.

“Saya bimbang jika anak-anak tinggal bersendirian, lebih-lebih lagi kawasan belakang rumah semak, kemungkinan ada binatang berbisa yang boleh mengancam nyawa saya anak beranak,” katanya.



Pemuda bawa masalah kepada pihak berwajib

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, masalah yang dihadapi keluarga terbabit perlu dipandang serius oleh pihak berwajib termasuk menyediakan keperluan rumah PPRT yang lebih selesa untuk mereka.

Katanya, perkara itu akan dibawa kepada agensi kerajaan berkaitan termasuk memaklumkan nya kepada Unit Pembangunan Luar Bandar (PLB) Pejabat Tanah dan Daerah Rompin serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Rompin.

“Kami berasa sedih melihat keadaan kanak-kanak ini yang hidup dalam serba kekurangan, bagaimanapun kami akan cuba membawa perkara ini kepada agensi berkaitan untuk tindakan susulan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story8682990.asp

Wednesday, January 26, 2011

Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik

KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.


Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.


“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.


“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.

Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kelahiranbayitidaksahtarafpadatahapkronik/Article/index_html

Monday, January 17, 2011

'Ibu suruh saya dirogol'

'Ibu suruh saya dirogol'

Oleh Nazdy Harun

SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.
SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.

KUALA TERENGGANU: “Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.


“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Ibusuruhsayadirogol/Article

Sunday, January 2, 2011

77 k'tangan kontrak sambut 2011 sebagai penganggur

Jan 1, 11 4:38pm

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia mengisi pelbagai azam baru sempena ketibaan tahun 2011, seramai 77 bekas pekerja rendah awam (PRA) di Kangar berharap kontrak perkhidmatan mereka yang berakhir semalam, disambung semula.

Jurucakap kumpulan itu, Jamaludin Husin, 49, merayu Kementerian Pelajaran menimbang semula nasib mereka yang kebanyakannya telah bertugas selama 15 tahun.

"Kami tidak sangka apabila menerima surat penamatan kontrak kerja daripada Jabatan Pelajaran Perlis kerana kebiasaannya kami akan terima surat untuk sambung kontrak dua tahun sekali," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata pelbagai cara telah dilakukan agar kontrak perkhidmatan disambung semula, termasuklah menghubungi kementerian namun tiada jawapan yang diterima.

"Tiada sesiapa pun yang akan ambil kami bekerja memandangkan usia kami sudah tua," katanya sambil menyifatkan kehidupan mereka kini gelap.

Selain itu, katanya, mereka juga buntu memikirkan pinjaman bank yang perlu dijelaskan selain sewa rumah dan tanggungan anak yang masih bersekolah.


"Kami berharap pihak kerajaan mempertimbangkan semula dan menyarankan sama ada kontrak kami disambung semula atau diserap terus ke jawatan tetap," katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas PRA, Zulkafli Md Isa, 48, yang tugas terakhirnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi, berkata beliau kini
buntu memikirkan nasibnya setelah ditamatkan perkhidmatan kerana terpaksa menjaga ibu yang terlantar sakit di rumah.


Beliau yang ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kuning hari ini berkata ibunya terpaksa duduk di atas kerusi roda dan tidak mampu berjalan
berikutan terjatuh di bilik air pada tahun lalu.

Menurutnya, sewaktu bekerja di sekolah itu, beliau dapat pulang semasa waktu rehat sebelah tengah hari untuk membeli makanan dan menjenguk ibunya di rumah.

Zulkafli berkata ibunya pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi masih belum menerima sebarang bantuan jabatan itu.

http://malaysiakini.com/news/152155

Thursday, December 30, 2010

Cekup kaki temberang

KUANTAN: Kegiatan licik seorang lelaki yang bijak menyamar serta menipu golongan wanita terutama warga emas berakhir apabila dia ditahan sepasukan anggota polis di Felda Sungai Koyan 1, dekat Kuala Lipis, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, lelaki berusia 40 tahun itu mendakwa dia dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub datang ke rumah mangsa di Kampung Sungai Pasu, dekat Raub untuk membuat taksiran mengenai bantuan yang perlu dihulurkan.


Bagaimanapun, selepas hampir setengah jam berada dalam rumah mangsa, kaki temberang terbabit kemudian meminta mangsa membayar wang pendahuluan RM1,150 untuk tujuan kos penghantaran barang bantuan kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman berkata, selepas meyakinkan mangsa berusia 60 tahun itu, lelaki terbabit menerima wang pendahuluan sambil disaksikan suami dan anak perempuan mangsa yang kebetulan berada di rumah.


Menurutnya, bagaimanapun, lelaki terbabit kemudian berjanji akan datang semula ke rumah mangsa dengan seorang jurugambar untuk merakamkan gambar bersama barang bantuan dijanjikan kepada mangsa.


Katanya, bagaimanapun, selepas seharian menunggu, mangsa bersama suaminya kemudian menyedari dirinya tertipu sebelum anak perempuan mangsa menghubungi JKM untuk membuat pengesahan bantuan itu.

Laporan berhubung kejadian terbabit dibuat mangsa bersama suaminya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Raub, kelmarin.


“Sepasukan anggota polis yang menjalankan gerakan memburu berjaya mengesan suspek terbabit Felda Sungai Koyan 1 di Lipis pada jam 6.30 petang, kelmarin sebelum dibawa ke IPD Raub untuk siasatan.

“Susulan tertangkapnya lelaki terbabit, polis yakin dapat menyelesaikan tiga kes jenayah membabitkan penipuan di daerah ini sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Menurutnya, suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tidak lebih 10 tahun penjara, sebat atau denda atau kedua-duanya sekali.


Wan Samsuddin berkata, polis menasihatkan orang awam terutama warga emas tidak mudah terpedaya pujukan segelintir individu tidak dikenali.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cekupkakitemberang/Article/index_html

JKM hantar pegawai lawat keluarga

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor akan meneliti bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada keluarga Shahrul Rahman, yang berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungan kepada orang lain kerana tidak mampu untuk menampung kos sara hidup bagi membolehkan mereka keluar dari belenggu kemiskinan dan membina hidup baru.

Pengarahnya, Adnan Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti masalah berkenaan selain bertemu dengan keluarga itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.


“Pegawai kami akan melawat keluarga berkenaan dalam masa terdekat bagi mendapatkan lebih maklumat mengenai apa yang boleh dibantu dan dalam kategori mana bantuan akan disalurkan,” katanya.

“Kami dapati, keluarga ini mengalami masalah kewangan dan kami akan cuba bantu mengikut kesesuaian dan peruntukan yang ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.Adnan berkata, walaupun pendapatan Shahrul RM780 sebulan melebihi garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM720, pihaknya mengambil kira kesusahan yang dihadapi bapa berkenaan sehingga terpaksa menyerahkan anaknya kepada keluarga lain.


Sementara itu, Ketua Jabatan Pembangunan Korporat Lembaga Zakat Selangor (LZS), Akhtar Sahari berkata, pihaknya tidak dapat memberikan apa-apa bantuan kerana dia baru menetap di Selangor selama sebulan sedangkan syarat asas yang termaktub menyatakan setiap orang layak menerima bantuan selepas tinggal di sini selama tiga tahun ke atas.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JKMhantarpegawailawatkeluarga/Article/index_html

Monday, December 20, 2010

Bekas anggota keselamatan rayu sumbangan RM1,000

Dis 19, 10 12:44pm

Seorang bekas anggota pasukan keselamatan zaman darurat yang bertugas dalam pasukan Special Constabel (SC) merayu kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meluluskan permohonannya bagi mendapatkan sumbangan khas sebanyak RM1,000 seperti yang pernah diterima rakan-rakannya.

Che An Ulong, 78, yang kini sudah uzur, tinggal bersama isterinya Hamsiah Din, 71, di sebuah rumah yang daif di Jalan Bakar Sampah, Kampung Raja, Kupang di Baling.

Katanya beliau sudah beberapa kali membuat permohonan mendapatkan sumbangan khas itu tetapi kecewa kerana permohonannya masih gagal.

Sambil menunjukkan surat tamat perkhidmatan sebagai anggota SC dengan memakai nombor badan 51955, beliau kesal kerana pihak tertentu saperti Persatuan Bekas Polis yang dianggotainya dengan nombor keahlian K 003082 gagal membantunya.

Che An berharap rayuannya untuk mendapatkan sumbangan saguhati khas RM1,000 kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat dari 1948 hingga 1962 yang diterima rakan-rakannya sabelum ini akan menjadi kenyataan.

"Saya hairan bagaimana nama saya boleh tercicir daripada senarai penerima sumbangan khas itu, sedangkan saya telah kemukakan bukti surat tamat
perkhidmatan semasa mengisi borang permohonan bersama rakan-rakan lain yang pernah berkhidmat dahulu," katanya.

Beliau yang mula bertugas mulai 1 April 1954 pernah menerima latihan asas senjata selama beberapa bulan di sebuah pusat latihan polis sebelum dihantar ke kawasan operasi di Sungai Siput, Perak dalam tahun yang sama dan kemudian ditukarkan ke kawasan operasi Pengkalan Hulu, Perak pada 1956.

Ketika berlaku Rundingan Baling antara kerajaan yang diketuai bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai Setiausaha Agungnya Chin Peng pada 1955, Che An dan unitnya diletakkan di kawasan operasi di Pengkalan Hulu.

Beliau kini bergantung hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diterimanya sebanyak RM300 sebulan selain mengambil upah menebas kebun milik kenalannya.

Rumah milik warga emas ini bumbungnya bocor di beberapa bahagian dan jika hujan lebat seluruh rumahnya akan basah.

"Walaupun saya ada anak, tetapi mareka juga ada tanggungan masing masing dan pendapatan mereka juga kecil," katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/151190

Saturday, December 18, 2010

Rayu kerusi roda baru

LENGGONG: Desakan kewangan selain hanya bergantung harap dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan menyebabkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) terpaksa menggunakan kerusi roda yang rosak sejak beberapa tahun lalu.

Sharifah Radziah Mat Piah, 47, yang cacat dari bahagian pinggang ke bawah hanya bergantung kepada kerusi roda itu untuk bergerak.


Wanita malang yang mempunyai dua anak berusia 10 dan 12 tahun itu dimasukkan ke Hospital Taiping ketika berusia 20 bulan kerana mengalami masalah kerongkong menyebabkan nafasnya berbau.

Justeru, doktor yang merawatnya ketika itu terpaksa mengambil air tulang belakang untuk pemeriksaan penyakit menyebabkan dia tidak dapat berjalan hingga terpaksa menggunakan kerusi roda sejak 1965.


Menurutnya, dia berharap ada pihak sudi membantunya mendapatkan kerusi roda baru memandangkan alat bantuan itu kini sering rosak dan memerlukan kos tinggi untuk dibaiki.


Katanya, dia menerima kerusi roda itu daripada JKM lapan tahun lalu dan sudah beberapa kali rosak.

“Saya sudah memohon bantuan kepada beberapa pihak, namun hingga kini masih tiada jawapan dan ada sebahagiannya hanya berjanji,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rayukerusirodabaru/Article/index_html

Monday, November 29, 2010

Tipu OKU, warga emas

Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

BATU PAHAT: Sekumpulan lelaki menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum bertemu dengan penerima wang bantuan bulanan terdiri daripada warga emas serta orang kurang upaya (OKU) dan menyatakan wang diterima golongan itu adalah palsu.

Kumpulan terbabit kemudian meminta mangsa memulangkan wang berkenaan kononnya untuk ditukar kepada wang tulen sebelum melarikan diri.


Pegawai JKM Daerah, R Chitarthany berkata, kumpulan terdiri daripada empat hingga lima lelaki berusia 20-an hingga 40-an memaklumkan kepada mangsa, pegawai JKM tersilap memberi wang palsu kepada mereka.

“Kumpulan terbabit akan pergi ke rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri sebagai pegawai JKM dan meminta mangsa menunjukkan kad penerima bantuan.


“Mereka kemudian mengatakan pegawai JKM tersilap memberi wang palsu sebelum bersungguh-sungguh mahu menukar kepada yang tulen,” katanya di Kampung Parit Guntong di sini, semalam. Menurut Chitarthany, sejurus menerima wang berkenaan, kumpulan terbabit terus melarikan diri dan pihaknya sudah mengesan beberapa kes seperti itu di Ayer Hitam dan Parit Raja.


Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan polis untuk mengesan kumpulan terbabit dan berharap penerima bantuan JKM tidak terpedaya apabila dihampiri individu menggunakan taktik berkenaan.

“Kumpulan terbabit sanggup mengambil kesempatan terhadap kesusahan hidup warga emas, OKU serta ibu tunggal semata-mata mahu mendapatkan wang mudah.


“Kami harap kegiatan mereka dapat ditumpaskan segera kerana jika dibiarkan, lebih ramai akan menjadi mangsa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chitarthany menolak dakwaan beberapa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang melaporkan pasangan OKU, Ahmad Masri, 71, dan Senah Agil, 70, yang tinggal di Kampung Parit Guntong, Mukim Satu Lubok, Semerah di sini, tidak mendapat pembelaan sewajarnya dalam kejadian anjung dan bumbung rumah dihempap pokok dalam ribut, bulan lalu. “Kiriman SMS itu tidak berasas dan berbentuk fitnah kerana JKM tidak pernah mengabaikan pasangan berkenaan malah bantuan bencana kini sedang diproses.


“Bantuan bencana alam itu akan diserahkan kepada pasangan berkenaan selepas ia diluluskan,” katanya.


Menurut beliau, Ahmad menerima bantuan bulanan RM300 daripada JKM sejak 10 tahun lalu dan pihaknya sedang memproses bantuan bantuan untuk diberikan kepada Senah, yang juga seorang OKU, sebanyak RM150 sebulan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TipuOKU_wargaemas/Article/index_html

Sunday, November 14, 2010

Ibu bapa paling ramai kaki dera

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima sebanyak 1,010 laporan kes dera terhadap kanak-kanak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan 808 kejadian melibatkan ibu bapa mendera anak sendiri.

Jumlah itu bermakna setiap hari lapan orang kanak-kanak menjadi mangsa kes seperti penderaan fizikal, emosi, seksual, sumbang mahram dan buang bayi.

Daripada angka yang dilaporkan, saudara-mara mangsa juga banyak terlibat dengan laporan 270 kes diikuti dengan teman lelaki si ibu (270).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kecenderungan masyarakat bertindak kejam terhadap kanak-kanak sudah sampai ke tahap membimbangkan.

"Ahli keluarga adalah golongan yang paling banyak mendera sedangkan mereka sepatutnya memberikan perlindungan kepada kanak-kanak," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 di sini semalam.

Serentak dengan sambutan itu, kementerian berkenaan telah mewujudkan talian kanak-kanak Childline dengan menggunakan talian 15999.

Shahrizat berkata, talian itu disatukan dengan talian Nur yang sudah wujud sebelum ini dengan mempunyai nombor yang sama supaya ia lebih senang diingati serta praktikal dan ia beroperasi 24 jam sehari.

Saturday, October 16, 2010

Seorang Lagi Pengasuh Di Putrajaya Diarah Henti Operasi

Sabtu Oktober 16, 2010

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengeluarkan notis mengarahkan seorang pengasuh kanak-kanak di Putrajaya menghentikan operasinya selepas menerima laporan mengenai kematian seorang kanak-kanak yang dijaga oleh pengasuh tersebut.

Ketua Pengarah JKM Datuk Meme Zainal Abdul Rashid berkata tindakan itu diambil setelah pihaknya mendapati pengasuh tersebut tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Pindaan) 2007 kerana mengambil kanak-kanak melebihi had untuk dijaga.

"Pengasuh berkenaan hanya boleh beroperasi semula setelah berdaftar dengan JKM," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kes Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya semalam, selepas dipercayai terjatuh ketika dalam jagaan pengasuh di sebuah pangsapuri di Presint 14 pada Selasa lepas.

"Kes kematian adik Muhammad Firdaus Hakim kini dalam siasatan pihak polis," katanya.

Sebelum ini dua pusat asuhan di Putrajaya turut diberi notis penutupan operasi selepas berlaku kes kematian.

Kes pertama membabitkan bayi perempuan berusia sembilan bulan, Nur Amierah Mohd Shahrul Niezam yang meninggal dunia ketika dalam jagaan pengasuh di Presint 18, manakala kes kedua berlaku di Presint 8 melibatkan bayi perempuan berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz yang meninggal dunia selepas tercekik susu. Meme Zainal turut mengingatkan pihak yang menyediakan perkhidmatan asuhan kanak-kanak agar berdaftar dengan JKM sekiranya mereka mengambil lebih daripada kanak-kanak untuk dijaga.

"JKM amat berharap agar mana-mana ibu bapa yang menghantar atau ingin menghantar anak ke TASKA ataupun pengasuh di rumah, khususnya yang menjaga lebih daripada tiga orang kanak-kanak agar memaklumkan kepada JKM bagi membolehkan JKM menjalankan pemantauan serta membantu untuk mereka berdaftar," katanya. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/10/16/mstar_berita/20101015231910&sec=mstar_berita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...