Showing posts with label DEB and Malays Special Rights. Show all posts
Showing posts with label DEB and Malays Special Rights. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Umno, DEB dan Melayu Tanjung

Ahmad Tajdid

BARU-BARU ini Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menggesa masyarakat Melayu di negeri itu supaya mengukuhkan sokongan kepada BN agar gabungan Umno, Gerakan, MCA dan MIC negeri itu dapat kembali berkuasa di negeri itu bagi "mempertahankan hak orang Melayu yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pimpinan DAP sekarang".

Presidennya, Rahmad Isahak berkata pemimpin Melayu yang berada dalam kerajaan negeri sekarang ini terlalu takut untuk memperjuangkan hak orang Melayu.

"Terdapat dua orang pemimpin Melayu dalam exco kerajaan negeri tetapi mereka gagal membantu orang Melayu kerana terlalu sibuk bermain politik," katanya pada sidang akhbar di sini.

Rahmad berkata bahawa jika BN menang pada pilihan raya umum di negeri itu, orang Melayu akan mempunyai empat exco Melayu termasuk seorang Timbalan Ketua Menteri.

Katanya ini berdasarkan kepada senarai exco kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berharap penduduk Pulau Pinang terutama orang Melayu supaya memikirkan dengan bijak semasa mengundi nanti demi masa depan sosio-ekonomi mereka.

"Setakat ini tiada langsung sumbangan daripada pemimpin Melayu dalam kerajaan pimpinan DAP sekarang untuk memperjuangkan kedudukan Melayu. Ini amat membimbangkan orang Melayu Pulau Pinang," kata Rahmad.

Laporan Bernama itu memang menarik untuk diulas. Apatah lagi apabila ia berkaitan dengan nasib Melayu dan Bumiputera.

Sebelum DAP dan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Pulau Mutiara itu, Umno dan sekutu BN-nya telah mentadbir negeri itu lebih dari lima dekad. Dengan wakil yang ramai dalam kerajaan negeri dan diberi kerusi Timbalan Ketua Menteri, Exco kanan dan Exco negeri, Umno masih gagal meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu Tanjung.

Kegagalan Umno-BN ini nampaknya tidak menginsafkan Rahmad dan kongres yang dipimpinnya. Mereka tetap mahukan orang Melayu di negeri itu meletakkan harapan kepada parti yang selama ini telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

Tanpa mahu mengulas lanjut, diperturunkan kembali artikel berhubung nasib Melayu Tanjung bertajuk "UDA khianati DEB dan Melayu Tanjung" yang pernah disiarkan Harakah untuk renungan Rahmad, anggota KMPP dan Melayu Tanjung seluruhnya:

TIDAK banyak yang diperkatakan tentang nasib Melayu Tanjung (yang menetap di bahagian pulau, Pulau Pinang) ketika negeri itu ditadbir BN. Selama lebih lima dekad, topik perbincangan tentang Melayu Tanjung hanya berkisar tentang boria dan nasi kandar. Jarang perbincangan tentang nasib Melayu Tanjung dipaparkan media kerana ia perkara sensitif yang dikhuatiri meletakkan BN di 'kandang orang salah'.

Hanya setelah Pulau Pinang beralih angin kepada Pakatan Rakyat, nasib Melayu Tanjung mula diperkatakan umum. Kerisauan berkisar tentang kerajaan negeri pimpinan DAP yang kononnya banyak mengetepikan kepentingan Melayu Tanjung. Benarkah dakwaan itu?

Wakil Harakah, AHMAD TAJDID dan MOHD SABRI SAID menemubual aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang yang juga Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Tanjung Tokong, MOHD SALEH YAHYA bagi membongkar punca sebenar proses marginalisasi Melayu Tanjung khususnya isu pembangunan di penempatan Melayu di Tanjung Tokong. Pertemuan berlangsung di Masjid Negeri Pulau Pinang, 17 Mac 2011.

---------

BAGI Mohd Saleh antara pihak yang patut dipertanggungjawabkan terhadap nasib Melayu Tanjung yang semakin terpinggir adalah Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). Malah UDA yang ditubuhkan atas semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) ternyata gagal berfungsi sebagai agensi yang diberi tanggung jawab menyusun dan menempatkan semula Melayu di kawasan bandar.

UDA ditubuhkan pada tahun 1971 di atas semangat DEB manakala Tanjung Tokong adalah antara projek terawalnya. Kepentingan Tanjung Tokong dalam pelasanaan DEB, jelasnya dilihat apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Husein sendiri turun padang melawat perkampungan itu pada 10 April 1972.

"Beliau sendiri mengumumkan rancangan kerajaan yang terbesar di sini.
Projek disasarkan selama 20 tahun dan menjelang 1990 dijangka selesai. Malangnya yang sebaliknya berlaku," ujarnya.

Menurut Saleh, sepanjang tempoh itu, sejumlah 37 agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah dengan sengaja menggagalkan rancangan asal Tun Razak dan mengubah kampung asal Tanjung Tokong menjadi kampung yang kucar-kacir susun aturnya.

"Tanah diperolehi daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dengan harga tukar syarat yang minima. Tujuannya untuk memulih, memperbaharui dan membangunkan semula kampung tradisi itu supaya sesuai dengan pola penghidupan di bandar.

"Selepas 37 tahun Kampung Warisan Melayu yang berusia 200 tahun lebih telah ditukar oleh UDA menjadi kawasan setinggan. Semuanya berpunca daripada pengabaian, penyelewengan dan pengkhianatan UDA. Agensi dan GLC yang dipertanggungjawabkan telah mengkhianati DEB dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang," jelasnya.

Menurut beliau, Tanjung Tokong sebenarnya boleh dipulihkan tetapi sengaja ditinggalkan kerana motif keuntungan. Apabila nilai tanah melambung, penduduk asal kampung itu dianggap tidak layak tinggal lagi di tapak asal dan perlu dipindahkan.

"Mereka dipaksa pindah kerana tanah itu mahu dibangunkan untuk projek komersial sedangkan pembangunan yang dirancang tidak dibuat untuk mereka," kesal beliau.

Baginya, UDA telah melupakan tanggung jawab sosial untuk membantu Melayu Tanjung kerana badan itu telah diresapi unsur komersil dan kronisme.

"Kini UDA lebih menumpukan projek komersil yang memberi keuntungan dengan melupakan tanggung jawab sosialnya yang asal. GLC itu hanya bercakap dan bercakap sahaja. Hakikatnya projek untuk orang Melayu tidak ada.

"Tapak gerai penjaja untuk rakyat juga akan dilenyapkan bagi membina projek rumah kedai berharga jutaan ringgit. Sedangkan rakyat menuntut rumah kerana penduduk yang tidak berumah ramai bilangannya," ujar beliau.

Apa yang dikesalkan, tambahnya sejak 1990 hingga kini, penduduk asal Tanjung Tokong dianggap sebagai antipembangunan, sedangkan UDA langsung tidak mempedulikan pembangunan di kampung itu.

"Penduduk dibiarkan membina rumah sesuka hati. Jadi stuktur dan susun atur kampung yang pada mulanya tersusun dibiarkan rosak dengan sengaja tanpa mengadakan peluang perumahan untuk rakyat yang terperangkap dalam trauma Melayu terpinggir," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kegagalan UDA memanfaatkan kawasan tebus guna tanah seluas 54 ekar bagi projek penempatan penduduk sedangkan kawasan itu diperolehi atas alasan untuk membangunkan Kampung Tanjung Tokong.
"Nyata UDA tidak sama sekali membuat apa pun projek perumahan rakyat di atas tanah tebus guna tersebut hingga kini," katanya.

Kini tambahnya, timbul pula isu baru apabila cadangan kawasan penempatan semula gerai penjaja Tanjong Tokong hendak dilenyapkan bagi memberi laluan kepada projek rumah kedai berharga jutaan ringgit.

Penduduk asal Tanjung Tokong, katanya mahukan perumahan dan kompleks niaga yang selaras dengan keupayaan mereka, bukannya projek rumah kedai yang tidak mampu dimiliki.

Beliau juga kesal dengan tindakan UDA mengisytiharkan tanah milik penduduk sebagai kawasan setinggan dan mengarahkan mereka mengosongkan tanah yang telah diduduki sekian lama.

"Tanah Kampung Tanjung Tokong kini bernilai ratusan juta ringgit dan bertaraf 'prime area' dengan harga RM400 hingga RM500 sekaki persegi.
"Langkah mengisytiharkan seluruh kawasan Tanjung Tokong sebagai kawasan setinggan bertujuan mengelakkan UDA daripada membayar sebarang pampasan kepada penduduk," katanya kesal.

Sehubungan itu, beliau mewakili penduduk asal Tanjung Tokong mahukan perkampungan mereka dijadikan 'kampung warisan' kerana ia wujud sebelum kedatangan penjajah British.

"Sepanjang penglibatan UDA selama 37 tahun, ia langsung mengetepikan keperluan rakyat yang paling asasi. Sehingga kini Tanjong Tokong masih tidak mempunyai pasar, pejabat Pos, dewan orang ramai dan padang awam. Penduduk berniaga di atas jalan raya.

"Sebelumnya ada pasar, selepas penglibatan UDA ditiadakan. Itulah kejayaan terbesar UDA menghilangkan keperluan asasi penduduk," jelasnya.

Sehubungan itu, pihaknya menuntut agar tanah tapak gerai Tanjong Tokong di kawasan tanah tebus guna laut di hadapan Masjid Qarwa diperuntukkan untuk pembangunan perumahan rakyat di bawah RMK10 dengan segala keperluan asas.

Menurut beliau, kini terdapat 1,500 kelamin yang tidak berumah di Tanjung Tokong.

UDA jelasnya, perlu memulangkan sebahagian tanah yang diperolehi dengan percuma kepada rakyat. Biarkan kerajaan melaksanakan sepenuhnya projek perumahan di bawah RMK-10.

"Jika peruntukan diberi kepada UDA mungkin akan disapu oleh kroni dan projek belum tentu terlaksana," ujar beliau.

Beliau yakin kerajaan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mampu melaksanakan projek perumahan untuk rakyat yang gagal dilaksanakan UDA.

"Kerajaan perlu melaksanakan fungsi sosial dengan agresif di sini kerana pembangunan komersial yang mengetepikan peluang rakyat untuk terlibat sangat ketara.

"Rakyat yang telah terpinggir daripada arus pembangunan perdana kini akan dipinggirkan lagi dari kawasan asal penempatan mereka," jelasnya.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4917-umno-deb-dan-melayu-tanjung

Monday, July 25, 2011

INFLASI NAIK SUKARKAN LALUAN BN

POSTED BY ADMIN ON JULY 25TH, 2011

Peningkatan kos hidup dilihat akan menyulitkan Barisan Nasional (BN) dalam menarik sokongan pada pilihan raya umum ke-13 khususnya di kalangan pengundi kawasan bandar yang berhadapan dengan kesan pendapatan kekal tidak berubah sedangkan paras inflasi pula mengalami kenaikan.Pungutan suara di kalangan 100 warga kota oleh The Malaysian Insider baru-baru ini menunjukkan 44 peratus menuding jari ke arah kerajaan berhubung kenaikan kos berbanding 41 peratus mengaitkan dengan faktor global dan hanya lima peratus mempersalahkan golongan peniaga.

Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar inflasi Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 3.5 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kadar inflasi pada Mei 2011 adalah 3.3 peratus, masih rendah daripada paras lima peratus yang boleh diterima oleh kerajaan.

Pentadbiran Najib tidak mengatakan bila akan memanggil pilihan raya umum tergempar, tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memberitahu ahli-ahli Umno agar bersedia memandangkan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa.

Daripada 86 orang, yang merupakan pengundi berdaftar, seramai 40 responden berkata kos sara hidup kemungkinan akan memberi kesan ke atas pendirian sokongan mereka dalam pilihan raya umum manakala 31 yang lain mengatakan tidak mungkin ada kesan ke atas mereka. Seramai 15 pemilih berkata kos sara hidup akan memainkan peranan berkecuali dalam menentukan siapa yang mereka akan mengundi kelak.

Seorang pesara Rohani Saad, 57, memberitahu The Malaysian Insider, dia percaya undi ketika pilihan raya umum merupakan satu-satunya cara boleh melahirkan rasa tidak puas hati mengenai kenaikan kos sara hidup.

“Jika kerajaan mengatakan harga tak naik, harga tentu naik,” kata Rohani yang kini bergantung pada simpanannya.

Meskipun Rohani berjimat cermat, membelanjakan sekitar RM100 seminggu untuk barang-barang runcit bagi suami dan dirinya, dia merasakan kedudukan kewangan semakin buruk tahun ini.

Malah mereka yang agak berada pun merasakan mereka “miskin” sekarang ekoran peningkatan inflasi.

Seorang pengurus pejabat yang hanya mahu dikenali sebagai Anne berkata, kerajaan seharusnya memantau harga barang khususnya harga barang-barang keperluan seharian seperti makanan bagi membolehkan kos sara hidup dapat dikawal.

Meskipun pendapatan Anne dan suaminya mencecah RM10,000 sebulan tetapi dia terpaksa memotong bajet membeli ikan sebab ia terlalu mahal sekarang.

“Kami suka makan ikan, tetapi kami juga rasa perit (kenaikan harga),” katanya lagi.

Meskipun pentadbiran Najib menggerakkan program-program transformasi ekonomi tetapi kesannya belum dirasai rakyat memandangkan mereka juga berhadapan dengan kenaikan harga barangan khususnya di kawasan-kawasan bandar berbanding kadar pendapatan.

Perkara ini juga dikesan menerusi pungutan suara yang diadakan.

Kira-kira 34 peratus responden berkata mereka merasakan kedudukan kewangan mereka lebih buruk berbanding setahun lalu manakala 43 peratus merasakan tiada sebarang perubahan dan 23 peratus mengatakan keadaan mereka lebih baik.

“Kehidupan di sini semakin buruk sekarang,” kata Choong, 40, seorang pemilik restoran di Subang Jaya.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata, rakyat Malaysia perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki barangan keperluan berbanding negara-negara lain seperti England.

Selain perbelanjaan isu rumah yang semakin meningkat, katanya, bisnes restorannya merasai kesan memandangkan ramai pelanggan sudah kurang makan di luar ekoran kenaikan kos.

Bagaimanapun beberapa orang yang ditemui tidak bersetuju dengan Choong dengan mengatakan bahawa rakyat Malaysia lebih baik berbanding mereka yang tinggal di luar negara.

“Rakyat Malaysia yang tidak pernah tinggal di luar negara tidak tahu yang mereka sebenarnya bernasib baik kerana semuanya ada di sini,” kata Muhammad Zafran Kadir, seorang pengurus komunikasi dari Subang Jaya.

“Berbanding kepercayaan popular, Malaysia merupakan salah satu bandar raya paling rendah kos hidup. Ketika saya berada di Australia, saya mengeluarkan A$400 (RM1,280) seminggu untuk sewa. Jika bukan kerana pinjaman kerajaan, saya tidak boleh hidup,” katanya lagi.

Pun begitu, penganalisis memberi amaran bahawa kos sara hidup dan keadaan ekonomi negara akan menjadi isu utama pilihan raya.

“Kos hidup sentiasa menjadi isu serius bagi kerajaan apabila berhadapan dengan pilihan raya,” kata James Chin, penganalisis politik dari Monash Univeristy kampus Malaysia.

“Ketika keadaan ekonomi tidak baik, kerajaan berhadapan dengan kesukaran,” katanya.

Ketua Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs, Wan Saiful Wan Jan berkata kos sara hidup merupakan isu paling ketara di kalangan orang ramai.

“Sejauh mana baiknya keadaan ekonomi, ia memainkan peranan signifikan dalam arah aliran pengundian,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Saiful juga berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan pilihan sukar memandangkan beliau terperangkap dalam dilema sama ada wajar memotong subsidi, sebagai sebahagian daripada pembaharuan fiskal bagi mengimbangkan bajet kerajaan, tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan situasi tekanan kenaikan harga barang.

Menurutnya, pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh Tun Abdul Razak pada 1970 telah membawa kepada pergantungan ke atas campur tangan kerajaan dan subsidi, sekali gus mewujudkan budaya subsidi yang sukar bagi Najib untuk keluar.

“Bagaimana Najib boleh memberitahu publik bahawa subsidi tidak boleh berkekalan?” kata Wan Saiful.

“Beliau tidak boleh kata bapanya salah apabila melaksanakan DEB,” katanya lagi sambil menambah, “sesuatu yang malang bagi kerajaan buat masa sekarang.”

Wan Saiful berkata, Pakatan Rakyat memperoleh kelebihan politik daripada tindakan Putrajaya memotong subsidi dan impaknya ke atas kos sara hidup tetapi menurutnya, ia pendekatan popular dan tidak bertanggungjawab.

Malah kata beliau, sebagaimana kerajaan semasa, Pakatan Rakyat tidak dapat mengekalkan subsidi untuk jangka masa yang panjang.

Kata Wan Saiful, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya lebih mengetahui perkara ini berbanding menentang pelarasan subsidi.

Sementara parti-parti politik berusaha memikat undi, pengundi sendiri kelihatan sinis dengan mendakwa bahawa sokongan mereka hanya dikira ketika pilihan raya tetapi bukan dalam persekitaran realiti.

Seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, meskipun dia sudah banyak kali mengundi tetapi tidak merasakan undinya ada membawa sebarang perubahan.

Lee yang berusia 70 tahun berkata, dia kecewa kerana harapannya agar kehidupan akan bertambah baik tidak mendapat perhatian ahli-ahli politik.

Katanya, bilangan mereka yang mengunjungi gerainya semakin menurun memandangkan ramai mahu makan di rumah.

“Saya tidak tahu ke mana pergi mereka semua,” katanya dengan nada kesal.


http://www.kl-today.com/2011/07/inflasi-naik-sukarkan-laluan-bn/

Tuesday, March 22, 2011

Gagal bangun insan, tak capai matlamat negara membangun


Wednesday, 10 Rabi'ul Akhir 1432

Ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada 14 Mac lepas.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, pertama-tama saya bersama dengan rakan-rakan, Ahli-ahli Parlimen seluruhnya sama ada di pihak kerajaan ataupun Pakatan Rakyat mengucapkan takziah kepada negara Jepun, kerajaan dan rakyat di atas bencana alam tsunami yang menimpa negara tersebut.

Bagi melahirkan simpati kepada mangsa dan negara yang ditimpa bencana itu, adalah baik pihak kerajaan menghantar rombongan kemanusiaan sebagai simbolik simpati kemanusiaan walaupun kita menyedari negara Jepun mempunyai kemajuan dan kemampuan teknologi dan tenaga manusia untuk menangani dan mengatasi bencana yang menimpa mereka. Akan tetapi sifat-sifat kemanusiaan mengatasi perbezaan kaum dan agama perlu diserlahkan dengan cara yang nyata dan terbuka melalui penghantaran rombongan tersebut.

Seterusnya saya ingin menyertai perbahasan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya hendak memberi penekanan kepada perkara-perkara pokok dan dasar yang diucap dan dititahkan.

Baginda menegaskan supaya semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan. Kedaulatan Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain, meliputi hal kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hendaklah tidak dipersoalkan bagi mengelak perpecahan. Amaran supaya langkah diambil bagi mengelak perpecahan, menandakan di sana ada tanda-tanda negatif yang tidak sihat, yang boleh menjejaskan kewibawaan negara yang berdaulat yang berasaskan kepada Perlembagaan tersebut.

Kita perlu menyedari betapa Perlembagaan masih lagi mengalami kelemahan-kelemahan yang perlu dibaiki. Berhajat kepada pindaan.

Kita menyedari sejarah Perlembagaan dilahirkan daripada Suruhanjaya Reid. Mereka yang terlibat di dalam menggubal Perlembagaan itu tidak ada seorang pun daripada anak negeri ini.

Oleh kerana itu masih banyak perkara yang perlu dikaji semula, melakukan muhasabah dengan menyedari bahawa di dalam Perlembagaan itu sudah disebut perkara-perkara yang menjadi rukun, tonggak kepada negara yang sangat penting.

(i) Islam agama Persekutuan;

(ii) keluhuran Perlembagaan; dan

(iii) kedaulatan undang-undang, kedaulatan Raja-Raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, hak bangsa lain.

Akan tetapi mengapa masih wujud gejala-gejala yang menyebabkan Baginda telah menyampaikan titah amaran tersebut? Bagi orang Islam dan rakan-rakan yang bukan Islam menyedari kedudukan Melayu, orang Islam di dalam negara ini adalah golongan majoriti yang semua pihak, kaum lain menerima hakikat bahawa Melayu yang beragama Islam adalah majoriti yang berada di dalam tonggak kepimpinan negara. Soalnya sejauh mana Islam dapat menjadi roh kepada perlembagaan. Apa yang berlaku, kefahaman kita terhadap Islam itu sendiri masih lagi terlalu sempit, masih lagi belum merdeka, masih lagi dijajah.

Perlembagaan tiada roh Islam

Kita tidak menjadikan Islam sebagai agama yang menangani cara hidup termasuk kepada negara dan segala amalannya menyebabkan Perlembagaan kita tidak ada roh. Kita perlu menyedari perbezaan amalan negara yang berasaskan kepada Islam dengan negara yang lain.

Ini kerana tidak ada pemisahan di antara perhitungan dosa dan pahala dengan amalan negara. Inilah yang diajar oleh Islam. Inilah yang memelihara keadilan yang dapat menyatupadukan rakyat dan memberi hak kepada semua rakyat yang menjalinkan hubungan yang baik di kalangan mereka. Adakah keluhuran Perlembagaan itu masih wujud?

Di sana masih terdapat percanggahan-percanggahan di antara kuasa negeri dan pusat. Bukan sahaja di dalam urusan pentadbiran yang mencelarukan bahkan kadang-kadang di dalam urusan agama Islam itu sendiri. Walaupun dinyatakan di dalam Perlembagaan bahawa bidang kuasa agama yang disebut Enakmen Pentadbiran Agama adalah di bawah kuasa negeri tetapi negeri tidak boleh melaksanakan kuasa agama Islam yang luas kerana bercanggah dengan kuasa Perlembagaan pusat.

Ini menimbulkan kecelaruan di dalam melaksanakan Islam melalui konsep Perlembagaan itu sendiri. Bahkan terdapat percanggahan undang-undang Syariah di kalangan negeri-negeri itu sendiri padahal semua negeri menganut Mazhab Shafie. Sepatutnya diselaraskan, menandakan masih wujud kelemahan di dalam Perlembagaan itu sendiri yang menyebabkan kelemahan kepada urusan pentadbiran agama Islam di negeri-negeri. Ada pun kedaulatan undang-undang, kita melihat kedaulatan undang-undang agak terjejas dengan tidak adanya pemisahan kuasa di antara penggubal undang-undang mahkamah dan pentadbiran.

Masih wujud kecelaruan dan campur tangan, masih wujud sistem keadilan yang tidak stabil dengan cara yang tepat. Peristiwa-peristiwa yang menyayat hati dan boleh memalukan kita. Contohnya Teoh Beng Hock yang mati dalam siasatan dan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disebarkan melalui media dengan cara yang memalukan.

Mengikut kaedah perundangan Islam dan kaedah perundangan Islam ini diamalkan oleh undang-undang British kerana orang-orang British ketika menjajah negara umat Islam, mereka bukan sahaja mengumpulkan hasil bumi. Mereka juga mengumpulkan hasil ilmu Islam melalui kitab undang-undang yang dikarang oleh ulama’-ulama’ Islam dalam segala mazhab sehingga mereka memakai kaedah orang yang dituduh tidak bersalah selagi tidak disabitkan. Apa yang berlaku hari ini, menunjukkan orang dituduh telah bersalah dan dihukum. Mati dalam tahanan walaupun dia seorang yang bukan Islam. Allah mengajar kita adil kepada semua manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah, menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada orang yang adil dapat menunaikannya”. Sama ada amanah politik ataupun amanah kehakiman dan pentadbiran. Apabila melakukan urusan hukuman di kalangan manusia tidak disebut Islam dan bukan Islam juga tidak disebut bangsa yang tertentu di kalangan manusia hendaklah berlaku adil. Apa yang berlaku hari ini, kita tidak boleh menunjukkan contoh kebaikan Islam daripada Islam yang kita jadikan sebagai agama persekutuan. Ini satu hal yang perlu disedari oleh pihak kerajaan sebelum banyak lagi perkara buruk yang berlaku. Insiden-insiden undang-undang yang berlaku dalam negara kita.

Kedaulatan Raja-raja, Raja-raja adalah sebahagian daripada negara kita. Nabi kita Muhammad SAW telah meletakkan garis panduan dalam hal ini yang bermaksud, “Apabila Allah mengehendaki keadaan seseorang raja itu menjadi baik, maka Allah jadikan di sisi raja itu menteri-menteri yang benar dan baik. Sekiranya raja itu lupa diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat ditolong raja itu. Sekiranya Allah mengehendaki raja itu dalam keburukan maka Allah jadikan di sisinya menteri yang jahat dan bohong. Sekiranya raja itu lupa, tidak diperingatkan. Sekiranya raja itu ingat tidak ditolongnya”.

Apa yang berlaku dalam negara ini? Melahirkan pengampu-pengampu kepada Raja-Raja kita. Dia bukan menjadi penasihat yang baik apabila kita merasakan kedudukan kita terancam, defend on Perlembagaan. Perlembagaan bukan untuk memperbaiki Institusi Raja-raja tetapi mendapat kuasa laksana kuasa tikus membaiki labu. Ini keadaan yang berlaku.

Hak istimewa orang Melayu

Hak istimewa orang Melayu, Islam, dan bumiputera diakui oleh semua kaum yang ada dalam negara ini kerana mereka menyedari bahawa majoriti rakyat negara ini adalah orang Melayu Islam dan bumiputera. Kerana menyedari bahawa majoriti orang miskin dan ketinggalan dalam hak berekonomi dan hidup dengan selesa adalah orang Melayu dan bumiputera.

Mereka menyedari hakikat ini, dalam masa yang sama sangat baik. Kita telah letak dalam Perlembagaan. Hak kaum lain juga hendaklah dipelihara, dijaga, dan mengikut Islam sama adil dengan puak orang Islam.

Hak untuk hidup dan juga ekonomi. Oleh kerana jumlahnya Melayu bumiputera lebih besar, maka kita letakkan atasnya. Bahkan kami dalam Pakatan Rakyat atau konvensyen telah memutuskan satu resolusi menerima apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Akan tetapi apa yang merisaukan kita ialah hak istimewa ini tidak dijaga dengan cara yang baik dan betul menyebabkan fanatik kepartian berlaku di dalam parti yang memerintah sendiri. Sepatutnya parti yang memerintah hendaklah menjadi contoh kepada seluruh rakyat.

Para ulama’ mengatakan...bermaksud, “Rakyat mengikut langkah pemimpin-pemimpin mereka”.

Apa yang berlaku hari ini, hak bumiputera yang dipentingkan ialah Bank Bumiputera yang menyokong Umno dan parti yang memerintah di Sabah dan Sarawak. Kemudian, ditambah lagi kroni-kroni pemimpin yang tertentu.

Dalam parti yang sama pun dinafikan. Ini merupakan kemalangan yang berlaku dalam apa yang disebut dengan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Ia tidak dilaksanakan dengan betul.

Saya ingin mengulangi apa yang disebut dalam Dewan ini. Bank Bumiputera yang telah ‘meninggal dunia’. Di mana ada Bank Bumiputera di situ ada pejabat Umno. Mengapa Bank Bumiputera telah ‘meninggal dunia’? Siapa yang mematikan bumiputera atau pun jadi anak angkat kepada bank lain? Ini kerana pengurusan dan cara yang tidak betul. Apabila kita orang Islam Melayu telah diterima sebagai tunggak kepimpinan negara, apa yang penting kita mesti menunjuk satu contoh yang baik. Modul ajaran Islam yang bersih daripada rasuah dan menyalahgunakan kuasa. Apa yang berlaku hari ini, pimpinan utama Umno sendiri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyebut dalam kenyataan yang terbuka bagaimana parti yang memerintah dihujani oleh penyakit rasuah di dalam pemilihan-pemilihan mereka. Bagaimana kita dapat mewujudkan sebuah kerajaan menjadi model mengikut ajaran Islam daripada orang Melayu yang beragama Islam ini?

Sekiranya dalam pemilihan kepimpinan kita berdasarkan kepada politik wang dan politik wang ini diketahui oleh umum. Ia dilakukan dalam masa pilihan raya sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.

Demokrasi

Ini kerana mengikut amalan demokrasi yang sebenar rakyat adalah hakim untuk menghukum parti yang memerintah. Sekiranya parti memerintah dalam keadaan yang baik, rakyat terus menyokong. Sekiranya parti yang memerintah dituduh dengan tuduhan yang tidak betul, dia boleh bela dan membersihkan diri. Apa yang berlaku hari ini? Rakyat tidak boleh menjadi hakim yang betul kerana media yang menjadi saksi kepada rakyat untuk pilihan raya untuk membuat laporan yang tidak sepenuh dan berat sebelah. Demokrasi ialah untuk memilih kerajaan yang sihat dan kuat.

Di Amerika tidak selama-lamanya Republican atau Democrat. Di Britain tidak selamalamanya Conservative, Parti Liberal atau Parti Buruh. Mereka bertukar dan beralih bila satu parti mengalami kelemahan dalam kepimpinan negara. Ia didedahkan oleh media. Pemimpin parti memerintah tidak boleh jawab, rakyat hukum dalam pilihan raya dan kepimpinan parti memerintah itu menerima hakikat dia dihukum oleh rakyat. Dia tunggu pulih diri dia, setelah dia baik barulah dia menang pilihan raya balik. Apa yang berlaku dalam negara kita hari ini? Mahu memerintah sehingga nyanyuk dan kiamat walaupun kita mengalami kelemahan-kelemahan.

Apa yang membimbangkan Tuan Yang di-Pertua ialah gejala perpecahan. Perpecahan di dalam masyarakat kerana titah Baginda menyebut tentang perpecahan di kalangan rakyat.

Islam menganjurkan perpaduan, perpecahan perkara biasa berlaku di kalangan manusia kerana mereka mempunyai pandangan-pandangan yang berbeza, tetapi mereka boleh disatukan dengan semangat dan roh yang ada dalam diri mereka. Islam menganjurkan perpaduan di kalangan orang Islam dan perpaduan di kalangan sesama manusia yang berbagai-bagai agama. Ia menganjurkan perpaduan dari semua kalangan ini. Perpaduan di kalangan orang Islam, Allah menyatakan perpaduan mereka ialah dengan tali Allah. Firman Allah bermaksud, “Berpeganglah kamu semua dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah”. Perpaduan di kalangan manusia Allah menyatakan bermaksud, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, berbangsa-bangsa, dan berpuak-puak supaya kamu berkenalan di antara satu sama lain”.

Perpaduan di kalangan manusia lita’arafu, supaya berkenalan di kalangan manusia dan bertukar-tukar kepentingan di antara satu sama lain.

Dalam sejarah Islam pernah berlaku perbezaan pendapat yang mencetuskan pergaduhan. Akan tetapi boleh disatukan, boleh didamaikan dan boleh diselesaikan walaupun melahirkan berbagai-bagai mazhab, mazhab dalam ilmu fiqah, bahkan mazhab di alam politik.

Kalangan Sunni, Syiah dan Khawarij, ini alam mazhab dalam politik yang lahir di kalangan umat Islam. Ada yang betul dan ada yang salah dalam mazhab ini. Timbulnya gejala perpecahan dalam politik setelah wafatnya Nabi SAW. Quran tidak menentukan siapa penggantinya.

Nabi Muhammad SAW tidak menentukan siapa penggantinya menyebabkan timbul berbagai-bagai pandangan dan mereka bermusyawarah.

Ada kalangan yang mengatakan bahawa ketua negara mestilah dari kalangan Ansar, dari kalangan orang Madinah kerana mereka tuan punya tapak kepada negara Islam yang awal itu. Ada yang mengatakan ketua negara mestilah dari kalangan Ahlul-Bait, keluarga Nabi SAW. Ada yang mengatakan kepimpinan negara mestilah dari kalangan seorang pemimpin yang berwibawa, yang paling kuat pengaruhnya di kalangan rakyat. Akhirnya mereka menerima bahawa kepimpinan negara mestilah dari kalangan yang berwibawa di kalangan rakyat yang mempunyai bangsa yang majoriti yang hebat di kalangan kaum yang ada dalam negara itu.

Ini pendapat umum yang diterima oleh para sahabat Radiallah Anhu walaupun pendapat Ansar menjadi pandangan golongan Khuwarij dan pandangan Ahlul-Bait menjadi pandangan golongan Syiah yang ditolak oleh ilmu politik dan fiqah politik Islam. Tidak dinafikan dan kita telah menerima semangat itu.

Bahkan dalam Perlembagaan ini sudah ada kita meletakkan hak keistimewaan orang Melayu kerana menerima hakikat orang Melayu adalah majoriti orang Islam yang wujud dan diakui oleh kaum lain. Akan tetapi, kita mesti ingat bahawa jati diri orang Melayu dan kewibawaan mereka terletak kepada sejauh mana mereka berpegang dengan ajaran Islam itu.

Allah SWT memberi amaran yang bermaksud, “Jika sekiranya kamu yang berbangsa, yang menganut Islam itu berpaling daripada ajaran Islam, maka Allah menukar kaum yang lain daripada kamu.”

Dalam sejarah Islam, yang memimpin pemerintahan bukan sahaja orang Arab, bertukar ke bangsa Kurdish, bertukar ke bangsa Turki dan bangsa-bangsa yang lain apabila bangsa yang telah menganut Islam itu tidak kuat dan kukuh berpegang dengan ajaran Islam. Di sinilah Islam meletakkan kepimpinan, bukan ketuanan.

Ini kerana kita tidak boleh memperhambakan di kalangan rakyat. Kepimpinan boleh beralih. Kepimpinan Melayu hendaklah diwujudkan dengan kita berpegang dengan jati diri yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Ini sangat penting. Melayu selamat kalau Islam ditegakkan. Kalau Islam tidak ditegakkan, Melayu akan lebur sebagaimana bangsa lain yang lebur dalam dunia ini.

Allah SWT telah menyebut, bangsa yang mempunyai tamadun yang hebat dalam sejarah manusia, mereka hancur lebur walaupun mempunyai pembangunan yang hebat dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit. Firman Allah Taala bermaksud, “Adakah kamu tidak tahu, kamu tidak melihat apa yang telah menimpa kaum ‘Ad yang telah mendirikan bandar Iran dengan bangunan-bangunan pencakar langit? Adakah kamu tidak melihat kaum Tsamud yang telah memahat bukit-bukit batu pejal untuk dijadikan bangunan? Adakah kamu tidak melihat kaum Firaun yang mendirikan Piramid, yang mendirikan bangunan Piramid yang hebat dan bala tentera yang ramai apabila mereka telah melakukan fasad, melakukan kejahatan.”

Kejahatan itu sama ada maksiat ataupun kezaliman dalam pemerintahan. Maksiat ataupun kezaliman. Kemungkaran berlaku, maka Allah memusnahkan kaum itu walaupun mempunyai pembangunan kebendaan yang sangat hebat.

Tanpa dinafikan bahawa peranan manusia di atas muka bumi bukan sahaja mengabdikan diri kepada Allah, dalam masa yang sama manusia ditugaskan untuk membangunkan bumi dengan pembangunan-pembangunan yang menggunakan bahan-bahan yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dia atas muka bumi. Akan tetapi untuk melakukan pembangunan itu, hendaklah dibina insan. Dalam ucapan Seri Paduka Baginda disebut pembangunan insan. Akan tetapi, tidak disebut apakah acuan pembangunan insan itu.

Kemusnahan negara-negara yang maju di abad yang lalu dan yang terkini seperti Soviet Union ialah kerana gagal dalam pembangunan insan walaupun mempunyai muka bumi yang luas, kekayaan yang melimpah ruah, pembangunan kebendaan yang begitu hebat, bangunan yang mencakar langit seperti di Dubai sekarang, bangunan pencakar langit banyak tetapi orang tidak ada.

Pembangunan yang tidak berasaskan kepada pembangunan insan dalam erti kata yang sebenar untuk membangunkan insan bukan sahaja mengilmukan mereka dalam bidang sains dan teknologi yang sangat diberi penekanan. Tidak dinafikan bahawa pengilmuan dalam sains dan teknologi adalah penting. Akan tetapi, manusia yang mengendalikan pembangunan sains dan teknologi itu hendaklah dibina roh dan akal mereka. Kalau roh dan akal mereka tidak dibina dengan tepat, maka sains dan teknologi membawa kemusnahan kepada diri mereka sendiri.

Dengan sebab itu maka Islam menganjurkan bahawa bagi membangun diri manusia hendaklah mengikut acuan fitrah, naluri dan sifat semula jadi manusia yang disebut dengan Maqasid al-Syariah, tujuan hukum syariah diturunkan oleh Allah kepada manusia tepat dengan ciri-ciri dan sifat keperluan yang ada bagi diri manusia. Mereka memerlukan enam perkara yang penting:

(i) agama;

(ii) nyawa;

(iii) akal;

(iv) maruah;

(v) keturunan; dan

(vi) harta.

Ini tiga rukun. Dalam kehidupan manusia, manusia tidak boleh hidup dengan tepat, dengan baik sekiranya tidak memenuhi ketiga-tiga rukun ini. Pertama, agama. Islam meletakkan agama menjadi dasar dan payung kepada pembangunan insan. Meletakkan manusia menjadi hamba kepada Allah. Pimpinan negara adalah menunaikan amanah bukannya tuan yang memperhambakan rakyat dan mana-mana kaum. Ini yang diajarkan oleh Islam.

Segala projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan memberi kesenangan kepada rakyat hendaklah ditunaikan dengan amanah dan di atas sifat menunaikan amanah, dia tidak boleh berbangga dengan apa yang dia buat dengan hendak menunjuk-nunjuk sahaja ini aku buat, ini aku buat, ini aku buat seolah-olah harta dia, dia yang punya. Apabila merasakan ini dia yang punya, harta dia, maka berlakulah salah guna, berlakulah mengambil kesempatan, berlakulah tidak ada perhitungan dosa dan pahala, berlakulah tidak boleh mengawal tamak dan haloba dalam kegiatan politik dan ekonomi. Pembangunan itu bukan sahaja tidak memberikan kebahagiaan kepada rakyat, bahkan menjadi kemusnahan kepada negara dengan sebab pengurusan ekonomi tidak teratur, perjalanan tidak teratur dengan cara yang baik.

Islam menjadikan agama pengawas kepada kegiatan-kegiatan yang lain. Oleh sebab itu Islam meletakkan perhitungan dosa dan pahala dalam semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh manusia. Bukan sahaja di masjid, bukan sahaja atas tikar sembahyang, bukan sahaja di Makkah termasuklah bila dia menjadi ketua negara, menjadi pemimpin negara, di office bergaul dengan rakyat, segala tindak-tanduknya ada kaitan dengan agama. Apa yang berlaku hari ini seolah-olah agama tidak ada kaitan dengan masalah hidup. Kita buat macam-macam, berbagai-bagai langkah, rasuah, menyalah guna kuasa, selepas itu pergi umrah. Selesa dengan itu sahaja, seolah-olah cukup dengan umrah sahaja dengan tidak melakukan muhasabah bahawa semua tindakan adalah dihisab. Bukan umrah itu sahaja.

Ini kerana kita memisahkan agama dengan urusan kehidupan. Kedua menjaga nyawa. Nyawa adalah penggerak kepada anggota yang bertugas bagi diri manusia. Nyawa hendaklah dipelihara dengan cara yang baik. Oleh kerana itu Islam menjadikan hak nyawa bukan sahaja hak Allah Taala termasuk juga hak manusia. Maka Islam meletakkan hukuman qisas dalam memelihara nyawa.

Firman Allah Taala yang bermaksud, “Dan bagi kamu dalam melaksanakan hukuman qisas itu, membawa kehidupan wahai orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang betul supaya kamu bertakwa kepada Allah.”

Qisas ini yang berkait dengan kesalahan membunuh, termasuklah kesalahan mencederakan dengan sengaja dan tidak sengaja, semuanya ada dalam Islam termasuklah undang-undang kemalangan jalan raya. Berkait dengan qisas. Di mana undang-undang Islam lebih berkonsepkan mendidik bukan untuk mendera dan memungut hasil.

Saman ekor

Apa yang berlaku hari ini contohnya saman ekor. Saman ekor adalah satu undang-undang di atas nama mengapa tidak saman kepala terus? Saman ekor sahaja. Di atas nama hendak mengawal keselamatan jalan raya tetapi undang-undang ini tidak bersifat mendidik lebih bersifat mendera, lebih bersifat mencari duit. Setelah diumumkan ramai yang beratur hendak bayar saman ekor diberitahu berapa juta dapat minggu ini. Termasuklah undang-undang yang berkait dengan dadah. Ini juga undang-undang yang mendidik. Apa yang berlaku hari ini kita gagal dalam menangani masalah dadah. Ini sangat mendukacitakan. Maka perlu dikaji semula, dibawa undang-undang takzir yang mendidik rakyat supaya menangani masalah dadah.

Kesimpulan Tuan Yang Dipertua, sekiranya kita tidak dapat membangunkan insan mengikut acuannya yang tepat, maka kita gagal mencapai matlamat negara yang membangun, mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat, menjadi wawasan kepada umat Islam dan ketamakan manusia seluruhnya. Sekian, terima kasih.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31372:gagal-bangun-insan-tak-capai-matlamat-negara-membangun&catid=83:presiden&Itemid=127

Monday, February 21, 2011

Mengapa Pakatan mesti selamat ekonomi Melayu


Dr. Dzulkefli Ahmad

Ini sebahagian dari sebab mengapa PAS mesti mengambil peranan menjelaskan kepada rakyat mengapa orang Melayu khususnya bahkan negara akan terus ketinggalan, andainya PAS/Pakatan Rakyat tidak dedahkan lantas segera menyelamatkan negara.

Kerana pengabaian dan pengkhianatan terhadap Melayulah maka PAS terpaksa mendepani kebejatan pengurusan kewangan pembangunan tempang ini. Umno mendodoikan Melayu dengan Ketuanan Melayu-Umno tetapi sebenarnya memperkayakan segelintir kroni dan memangsakan rakyat teramai khususnya orang Melayu.

Menurut Prof Dr Mohammed Arif, bekas Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), selepas 3 dekad perlaksanaan DEB dan penyelewangannya, 75% daripada keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah paras RM2,000 sebulan ialah kaum bumiputera.

Sementara itu terdapat 40 peratus dari rakyat Malaysia yang mendapat pendapatan isi-rumah kurang dari RM1500 sebulan. Tegasnya, Melayu kaum yang menjuarai kelompok berpendapatan rendah.

PM Najib sendiri mengakui bahawa dari RM54 bilion saham yang diperuntukkan untuk kaum Bumiputera, pegangan saham itu menjunam kepada hanya RM2 bilion kerana kelompok yang diberikan saham ini menjualnya ke pasaran saham (The Sun, 30 Jun 2009: PM Frees Up Economy).

Dalam ucapan yang sama Najib mendedahkan bahawa yang menerima saham bumiputera ini bukanlah orang Melayu biasa tetapi Datuk Sri dan Tan Sri kata beliau.

Inilah secebis kisah tentang kebanggaan pegangan 30 peratus ekuiti Melayu yang diperjuangkan Umno sekian lamanya, yang antara lainnya menjadi punca mengapa ekuiti Melayu itu berada pada tahap 19 peratus.

Melayu manakah yang kaya-raya serta kelompok jutawan-bilionair dan bagaimana kekayaan mereka itu mereka perolehi?

Kepupusan tanah rezab Melayu, contoh pengkhianatan Umno kepada orang Melayu berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 hektar pada tahun 1995.

9 ribu hektar tanah rezab Melayu ditukar menjadi di Selangor ditukar menjadi bukan tanah rezab Melayu. Apakah nasib 39000 penduduk di Kampong Baru ketika Rancangan Pembangunan KL 2020 dilaksanakan?

Hutang awam (kerajaan Pusat) telah meningkatkan ke paras 53.7 peratus KDNK atau RM362 bilion, sementara hutang isi-rumah bagi menunjukkan tahap ’stress’ kepada rakyat awam telah sampai ke peringkat 76.6 peratus (RM 466 bilion) KDNK (2010) berbanding 63.9 peratus KDNK tahun lalu (2009), yang tertinggi di Asia.

Bagaimana pula dengan hutang tak berbaya (NPL) dalam waktu terdekat nanti? Peratus Melayu dan golongan bawah 35 tahun?

Defisit Belanjawan telah memasukki tahun ke 13 dan dianggarkan akan terus melebar tahun 2011 (5.6-6%) sekaligus menjadi risiko tentang penarafan negara dan risiko kebankrapan seperti negara Greece dan Ireland.

Gaji yang tidak meningkat menyebabkan kuasa beli dan pendapatan boleh berbelanja rakyat berkurangan, apatah lagi dalam suasana kos sara hidup yang semakin meningkat.

Gaji purata bagi pekerja Malaysia hanya menokok sebanyak 2.6 peratus antara 2000-2010 berbanding gaji purata seluruh dunia yang meningkat pada kadar 3.2% (Sumber Bank Dunia).

Rakyat terus dihimpit dengan kenaikan harga kos barangan keperluan harian akibat inflasi samada dari luar (inflasi diimpot) mahu pun akibat dari tekanan inflasi akibat penarikan semula subsidi atas bahan bakar petrol dan diesel, gula dan gas. Subsidi RM9 bilion keal kepada IPP.

Paling mutakhir laporan Global Investment Integrity (GFI, 2000-2009) melaporkan sebanyak RM888 bilion mengalir keluar secara haram (illicit outflow) dan Malaysia duduk ditangga ke-5 teratas dalam pengaliran dana secara haram ini sekaligus menafikan negara menggunakan wang ini untuk pembangunan dan pelaburan untuk rakyat.

Sedikit waktu dahulu The Star melaporkan bahawa negara mengalami kebocoran sistem penghantaran akibat rasuah dan pengurusan timpang dan tiris sebanyak RM28 bilion setahun mengikut Laporan Ketua Audit Negara.

Pembabitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin Umno samada yang masih memegang jawatan mahupun telah menjadi mantan, tetap mengesahkan kritikan kami bahawa Umno sememang sarat dengan amalan rasuah seperti yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir.

Senarai semakin panjang dan jumlah semakin meningkat pada setiap perlakuan. Begitu juga hal-hal projek terbengkalai ada-ada sahaja penglibatan orang politik yang memangsakan rakyat lemah.
Dakwaan terhadap pimpinan tertingginya bersabitan komisyen perolehan kapal selam scorpene masih lagi dalam siasatan di Mahkamah Perancis. Apakah ini juga termasuk dalam statistik GFI?

Pembangunan ekonomi negara dalam kerangka pemikiran PAS (dan Pakatan) akan dipacu secara mampan dengan sentiasa menjadikan pengembangan ekonomi berteraskan-rakyat atau ’people-centric development’ dan tidak sekadar projek mega yang mengutamakan kroni dan pihak tertentu atau ’crony-centric’.

(Bersambung)

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30974:mengapa-pakatan-mesti-selamat-ekonomi-melayu&catid=89:drdzulkifley&Itemid=142

Friday, February 18, 2011

Nik Aziz: Allah maha besar, bukan Melayu, Cina, India

Nik Aziz: Allah maha besar, bukan Melayu, Cina, India
Jimadie Shah Othman
Feb 17, 11
11:48am

Penganjuran simposium bertemakan dilema Melayu pada Sabtu lalu yang ucap utamanya disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan keras daripada seteru lamanya, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut menteri besar Kelantan itu, isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum tidak timbul apabila persoalan bangsa dan perjuangan kaum itu berteraskan ajaran Islam.

NONE"Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT.

"Sebagaimana seruan azan memanggil solat, disebutkan “Allahu Akbar”, maka yang Maha Besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India," kata Nik Abdul Aziz (kiri).

Menurutnya lagi, dalam bacaan tahyat dan salam ketika solat juga terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini.

Dalam simposium di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu, Dr Mahathir antaranya dilaporkan berkata, orang Melayu kini berhadapan dengan dilema besar apabila tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

Katanya, dilema ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi orang Melayu sendiri kerana mereka tidak mampu untuk mempertahankan diri sendiri dan sentiasa mengalah serta mengundur diri apabila berlaku sesuatu krisis.

mahathir and malay peopleSambil menggesa Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan, Dr Mahathir dilaporkan berkata jika orang Melayu bijak menggunakan peluang yang diwujudkan, mereka akan mendapat lebih 30 peratus kekayaan negara.

"Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama," kata Nik Aziz.

Sementara itu, mengulas tentang DEB, pemimpin popular PAS itu berkata mendakwa "kegagalan" dasar itu sudah tercatat dalam sejarah dan menyebabkan bumiputera tidak ke mana.

"Kenapaa gagal? Dr Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr Mahathir sembunyi punca?" soal Nik Aziz.

http://malaysiakini.com/news/156239

Saturday, February 12, 2011

Dr M akui DEP disalahguna tetapi perlu diteruskan

Aidila Razak
Feb 12, 11
2:44pm

new economic policy nep





Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah-gunakan oleh orang Melayu bagi mendapatkan kekayaan segera tetapi mempertahankan agar program kontroversial itu diteruskan.

new economic policy nepKetika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan Melayu berkenaan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

"Saya malu, saya sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orang Melayu, hari ini kita bukan sahaja (akan) mendapat 30 peratus kekayaan negara tetapi lebih daripada itu.

"Kita selalu membuat apa yang membinasakan usaha kerajaan untuk majukan Melayu," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin.

Namun di sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian, termasuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

Masalah pelaksanaan

NONE"Masalahnya bukan polisi tetapi pelaksanaan. (Sepatutnya) jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi,” katanya.

Dr Mahathir berkata DEB perlu diteruskan kerana orang Melayu belum mencapai kuota yang ditetapkan, untuk itu, orang Melayu perlu terus berusaha bagi mengelakkan mereka menjadi bangsa termundur di negara ini.

"Pihak tertentu iaitu kerajaan akan pertahankan kedudukan kita, tetapi akan sampai satu hari nanti mereka tidak dapat lagi hendak pertahankan dasar-dasar negara.

"Ini boleh berlaku kerana orang Melayu begitu ghairah dengan majoriti yang ada pada mereka sehinggakan nak jadi Perdana Menteri, nak pergi Putrajaya, kalau hendak pergi sangat, pergilah," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata orang Melayu kini sanggup menggadai apa sahaja yang mereka ada untuk mendapatkan kuasa dan memecah belahkan orang Melayu sehingga menjadi lemah.

azlanMengenai ketuanan Melayu yang sering disebutkan mutakhir ini, katanya orang Melayu perlu berusaha, mempunyai sumber kewangan yang halal dan cukup sekiranya mahu mengekalkan konsep tersebut.

"Kalau nak jadi tuan kena lengkapkan diri dengan ilmu dan kecekapan, apakah dapat jadi tuan sedangkan orang lain suruh kita buat kerja yang bukan kerja tuan, kalau nak majukan diri, mesti tolak nilai hidup yang tidak sesuai dengan kemajuan pada masa kini," katanya.

Dr Mahathir juga mengingatkan orang Melayu agar tidak terlalu taksub untuk menambah pendapatan walaupun negara kini berhasrat untuk mencapai negara berpendapatan tinggi kerana ia boleh mendorong kepada perbuatan rasuah.

Dituduh rasis

"Kita perlu teruskan perjuangan untuk beri tempat yang mulia, ataupun takut dituduh sebagai rasis dan berdiam diri, biarkan orang lain menidakkan hak kita di Semenanjung Tanah Melayu," katanya.

Dr Mahathir berkata sekiranya dilema Melayu hendak diselesaikan, orang Melayu perlu memikirkan sifat-sifat yang ada pada diri mereka dengan membuang segala sikap buruk dan menambah sikap yang lebih baik yang tiada dalam diri orang Melayu itu sendiri.

azlanDr Mahathir juga berkata, orang Melayu pada masa kini berhadapan dengan dilema yang besar apabila mereka tidak lagi boleh berkata tentang bangsa sendiri kerana akan dilabelkan sebagai rasis.

"Kita jadi serba salah, kalau diam diri maka pendapat yang dikeluarkan mungkin akan diterima, kalau kita jawab mungkin akan dituduh rasis, saya bukan rasis saya cuma sebut benda yang benar, bila sebut bangsa kita maka kita akui bangsa itu, kita patut bermegah kita adalah orang Melayu," katanya.

Menurutnya lebih malang, jika orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri.

Ini kerana, katanya, orang Melayu lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.

''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' katanya.

Menurut Dr Mahathir akan tiba sehingga pada satu tahap, orang Melayu tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air mereka dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.

university graduates 260205Beliau berkata orang Melayu perlu mengamalkan nilai hidup yang lebih berkualiti dengan berusaha, menuntut ilmu dan sentiasa merebut peluang yang ada kerana elemen itulah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu kaum itu.

"Kita diberi peluang, tetapi tidak ambil peluang itu, saya tertanya-tanya bila pergi universiti mengapa ramai mahasiswa wanita, mana pergi lelaki, adakah mereka ini bodoh atau tidak rebut peluang untuk baiki masa depan mereka," katanya.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155849

Thursday, January 6, 2011

Bunuh, rogol, rasuah & nilai Melayu

Hishamuddin Rais
Jan 3, 11
3:10pm

Dunia Melayu kini telah berubah. Ini bukan sekali air bah, sekali emak meninggalkan abah. Yang berubah ini bukan emak dan abah. Yang berubah ialah nilai manusia Melayu. Ini satu perubahan yang amat besar. Dalam masa hanya satu generasi telah dilihat satu perubahan budaya nilai Melayu yang amat jelas. Satu anjakan atau lebih tepat lagi satu lonjakan nilai telah berlaku.

Lonjakan nilai manusia Melayu ini bukan dibawa oleh tok lebai atau oleh sasterawan negara atau cikgu sekolah. Nilai ini bukan datangnya dari sekolah pondok atau sekolah kebangsaan. Yang bertanggungjawab membawa nilai baru ini ialah struktur ekonomi.

Struktur ekonomi ini telah diperkenalkan kepada manusia Melayu oleh United Malays National Organisation. Selama hampir 30 dahulu, Mahathir Mohamad melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memasukkan satu nilai dan budaya baru dalam roh manusia Melayu.

Tiga puluh tahun sebelum hari ini, manusia Melayu adalah manusia pertanian. Ekonomi Melayu adalah ekonomi pertanian. Justeru, nilai yang dilahirkan oleh manusia Melayu ketika itu menggambarkan sopan santun dan damai mesra masyarakat pertanian.

Apabila DEB diperkenalkan, dasar ini menolak manusia Melayu ke satu dunia dan alam yang baru – alam jual beli atau alam perniagaan. Pada tahun tahun 70-an, manusia Melayu telah digalakkan datang berhijrah ke bandar dan kota. Dari kampung yang permai, manusia Melayu telah mula memasuki pekan dan bandar yang adat budayanya amat berbeza.

Perubahan yang dibawa oleh DEB ini bukan satu perubahan yang perlahan lahan, bukan evolusi. DEB ini telah mengheret dan memaksa manusia Melayu untuk menerima satu nilai dan budaya yang baru. Justeru, roh manusia Melayu ini pada tahun-tahun 90-an dahulu telah dipopularkan sebagai roh Melayu baru. Ini adalah garis pisah antara Melayu pertanian dengan Melayu peniagaan.

Sistem ekonomi yang dimunculkan oleh DEB pada asasnya ialah ekonomi sistem kapitalis. Tetapi dengan United Malays National Organisation, sistem kapitalis ini telah diubahsuai. Sistem kapitalisme ini tidak lagi menjadi satu perniagaan bebas, tetapi kapitalisme kroni. Kapitalisme jenis ini telah memilih anak bini kawan dan sahabat menjadi rakan niaga untuk menerima dana dan kontrek dari kerjaaan. Kapitalisma kroni inilah yang selama ini bertanggung jawab melahirkan satu nilai baru kepada manusia Melayu.

Asas nilai baru yang sedang dianjurkan oleh United Malays National Organisation ialah mengumpul pangkat, darjat, harta dan kekayaan. Tamak dan haloba dianggap nilai yang baik dalam budaya niaga.

Mementingkan kontrak dan tender

Hari ini jati diri Melayu - siapa Melayu, apa kepercayaan manusia Melayu, apa agama manusia Melayu – semuanya telah didifinasikan oleh United Malay National Organisation. Semua pengtakrifan baik dan buruk sedang dimonopoli oleh United Malays National Organisation.

Naratif yang berbeza dari apa yang diajar oleh United Malays National Organisation akan dianggap salah atau akan termasuk ke dalam bab ajaran sesat. Ajaran agama Islam juga telah didifinasi oleh United Malays National Organistation. Halal haram, baik dan buruk bukan lagi dirujuk melalui kitab kitab suci, tetapi melalui 'juruheboh' dan jurucakap agama yang dilantik oleh United Malays National Organistion.

Tidak dibenarkan, malah dilarang dan diharamkan apa sahaja naratif yang berlainan dari cerita yang dimulutkan oleh penyokong United Malays National Organistion. Kebenaran kini, telah dan sedang dimonopoli oleh United Malays National Organistion.

Rasuah yang pada satu ketika dahulu tidak ditemui atau berani menyerang masyarakat pertanian kini telah menjadi satu jalur budaya Melayu. Rasuah kini dilihat sebagai ciri budaya untuk menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan. Malah kaum pemodal dan orang berniaga kini telah menerima pakai budaya rasuah. Dalam perhitungan jual beli, mereka telah menyediakan belanjawan khusus untuk merasuah sesiapa yang patut dirasuah – dari budak pejabat hingga ke ketua pegawai eksekutif (CEO).

Nilai Melayu baru ini tidak berhenti di tahap rasuah sahaja. Satu contoh klasik: Lebih dari satu dekad dahulu ada satu kes di mana seorang ketua menteri dikaitkan dengan anak sekolah bawah umur yang hamil. Kes ini menjadi heboh. Tetapi dengan nilai Melayu baru, kes 'rogol bawah umur' ini tidak mendatangkan mudarat kepada si perogol.

Manusia Melayu yang menganuti nilai baru ini telah tidak menyatakan rasa mual, benci atau merasa bersalah kerana kes rogol anak bawah umur telah dikaitkan dengan seorang ketua menteri. Nilai baru yang dihayati oleh manusia Melayu ini lebih mementingkan kontrak dan tender yang akan diperolehi daripada mementingkan salah atau benar seorang budak bawah umur yang dirogol.

Ketika tulisan ini ditulis, satu lagi kes rogol sedang heboh dan rancak dibincangkan dalam laman sesawang. Telah diperkatakan bahawa seorang menteri kanan dalam pentabiran Abdullah Badawi dahulu dikatakan terlibat merogol seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Sama ada kes ini sahih atau tidak, bukan persoalannya. Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana manusia Melayu baru ini telah menjadi lali. Mereka tidak lagi teperanjat apabila membaca berita ini. Malah mereka tidak hairan yang berita ini telah tenggelam timbul selama dua tahun.

Nilai salah dan benar

Rasuah, rogol dan tipu ini telah menjadi satu yang lumrah. Ini kerana, ia sering berlaku atau dilakukan oleh mereka duduk di puncak kuasa, maka orang awam kini telah mula menerima perkara ini sebagai jalur nilai dan budaya Melayu.

Mari kita lihat satu lagi kes klasik yang telah membuktikan lonjakan perubahan nilai manusia Melayu ini. Kes yang dimaksudkan ini ialah kes pembunuhan model dari Mongolia. Dari apa yang umum baca, dengar dan lihat - ketika kes ini dibicarakan - umum telah tahu tentang kawan baik kepada Najib Razak (ketika itu timbalan perdana menteri) telah dituduh bersubahat dalam pembunuhan ini.

Malah dari apa yang umum diberitahu, mengikut laporan mahkamah Najib Razak bukan hanya kawan kepada orang yang tertuduh. Dari mulut saksi, perbicaraan umum telah diberitahu bahawa model yang dibunuh ini telah bertemu dengan Najib Razak di Paris. Malah melalui satu akuan bersumpah umum juga telah diberitahu yang Najib Razak ini adalah bekas kekasih model yang terbunuh. Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

Persoalan yang timbul di sini, bukan siapa yang membunuh. Atau siapa yang memberi arahan agar model ini dbunuh. Bukan ini yang ingin dibincangkan. Apa yang ingin ditimbulkan ialah bagaimana tiga juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisation telah menjadi lali dan tuli bila berhadapan dengan kes pembunuhan model dari Mongolia ini.

Ketulian dan kelalian perasaan tiga juta ahli parti United Malays National Organisation ini terjadi kerana mereka telah menerima dan menghayati nilai dan budaya baru. Tiga juta manusia Melayu ini kini hanya boleh melihat melihat kontrak dan tender. Mata dan jiwa mereka tidak berupaya lagi melarikan diri dari kuasa, pangkat dan harta benda.

Jalur nilai baru ini tidak memiliki nilai salah dan benar. Malah salah dan benar telah pun ditakrif oleh juruheboh dan 'juruagama' United Malays National Organisation. Apabila juruheboh dan juruagama mengatakan Najib Razak ini suci dan bersih, maka tiga juta manusia Melayu ini juga akan mengangguk menerima perkara ini umpama wahyu.

Nilai baru ini menjadi amat merbahaya kerana sesiapa yang menghayati nilai ini tidak lagi ada keupayaan untuk menilai mana yang salah dan mana yang betul. Kerana ramai yang sanggup menerima dan berkongsi dengan nilai ini maka mereka merasa selamat dan betul. Angka dan jumlah yang banyak menjadikan mereka merasa kebal.

Anjakan nilai manusia Melayu ini telah menjadi bagitu songsang. Dari manusia pertanian yang jujur dan bersopan santun kini manusia Melayu akan berkira-kira tentang untung rugi sebelum membuat apa-apa keputusan. Mereka tidak lagi menilai sesuatu dengan salah benar atau halal haram. Akhirnya, tiga juta manusia Melayu yang menjadi ahli United Malays National Organisations bukan hanya menganggap sosok Najib ini suci dan bersih malah Najib Razak ini telah diangkat dan dinobatkan untuk menjadi ketua mereka.

Inilah krisis yang sedang dihadapi oleh manusia Melayu – krisis nilai. Maka terpulang kepada manusia Melayu lain – yang bukan termasuk dalam kategori tiga juta ini - jika mereka masih memiliki nilai salah benar untuk bangun dan bersuara. Krisis nilai orang Melayu ini akan berpanjangan dan membawa mudarat yang amat sangat ke atas negara bangsa. Mudarat akan sampai jika ramai orang Melayu yang bersopan santun dan jujur tidak melakukan sesuatu.

http://malaysiakini.com/columns/152272

Tuesday, December 14, 2010

Iktikad ‘Ketuanan Melayu’ Menyanggahi Islam

IKTIKAD ‘KETUANAN MELAYU’ MENYANGGAHI ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Merujuk kepada isu ‘Ketuanan Melayu’ yang dijadikan isu sekarang, maka di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara;

1. Istilah ‘Ketuanan Melayu’ (malay supremacy) adalah istilah yang kabur. Tiada pentakrifan khusus kepada istilah ini. Lagipun tiada ungkapan rasmi dalam perlembagaan. Maka adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

2. Namun, jika merujuk kepada perkataan yang digunakan ia dari akar perkataan ‘tuan’ kepada ketuanan dan digabungkan dengan ‘melayu’, ia bermaksud orang melayu berada dalam status ‘tuan’ atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy). Jika merujuk kepada bahasa bererti orang melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan ‘bukan melayu’. Jika hendak ditakrifkan maka bererti ‘kedudukan orang melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia’.

3. Ia berbeza dengan sekadar ungkapan ‘hak keistimewaan melayu’, kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain. Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan ‘keistimewaan’ tidak boleh disamakan dengan ketuanan.

4. Jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam. Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka‘bangsa terpilih’ (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam.

5. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Ayat ini menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

6. Nabi s.a.w menegaskan lagi dalam hadis baginda:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Inilah prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

7. Adapun hadis Nabi s.a.w: “Para pemimpin dari Quraish” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tabarani, al-Baihaqi dll) tidak boleh dijadikan hujah ketuanan sesuatu bangsa. Hadis ini bukan soal ketuanan, tetapi soalan kemampuan dan pengaruh politik diambil kira dalam perlantikan pemimpin. Oleh kerana Quraish mempunyai pengaruh dan kemampuan politik dalam kalangan Arab ketika itu, maka mereka paling layak. Dalam masa yang sama Nabi s.a.w bersabda:

“Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah” (Riwayat Muslim).

Ini menafikan ketuanan kaum tertentu.

8. Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

http://drmaza.com/home/?p=1296

Monday, December 13, 2010

Umno perlu bukti bela Melayu bukan untuk undi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Dis: Umno yang melaungkan ketuanan Melayu dan mendakwa sebagai pembela bangsa dipersoal kenapa tidak mempedulikan nasib orang Melayu di Sarawak yang tercicir dari pelbagai aspek.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu, Saimon Kila @ Nor Huzaifah Zainon berkata, walaupun Umno tidak ada di Serawak tetapi sebagai parti yang mengetuai kerajaan Pusat mereka masih boleh membantu memperbaiki taraf hidup serta meyelesaikan masalah-masalah orang Melayu.

"Sebenarnya tiada alasan (untuk tidak membantu Melayu Serawak), melainkan slogan ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan itu sendiwara, hanya untuk meraih sokongan (undi) dalam pilihan raya untuk mengekalkan kuasa.

"Kerana di Serawak mereka tidak bertanding jadi orang Melayu di sana tidak dipedulikan sangat," kata beliau.

Bagaimanapun beliau percaya, Umno tidak mampu membela nasib orang Melayu di Serawak kerana di semenanjung pun masalah orang Melayu tidak dapat mereka selesaikan.

"Felda yang menjadi antara agensi utama untuk menaikkan taraf hidup orang Melayu pun kami dengar banyak kepincangan serta penyelewengannya.

"Sedangkan agensi itu ditadbir orang Melayu yang juga pemimpin Umno," kata beliau kepada Harakahdaily ketika ditemui sebelum pulang ke Serawak selepas menyertai rombongan rakyat tertindas daripada Sabah dan Serawak ke Kuala Lumpur dan Kelantan bermula Isnin lalu.

Rombongan tersebut datang atas undangan Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Antara program yang diadakan sepanjang lawatan rombongan daripada dua negeri itu ialah pertemuan dengan ahli parlimen Pakatan Rakyat, serahan memorandum isu rampasan tanah dan penindasan rakyat Sabah dan Serawak kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), jamuan makan malam rakyat marhaen di Kajang serta bertemu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebahagian besar rombongan itu turut disertai wakil kaum Penan dan masyarakat bukan Islam.

Menurut Huzaifah, sebahagian besar orang Melayu di Serawak mengalami nasib hampir sama dengan kaum-kaum bumiputra lain khususnya kemiskinan serta menghadapi masalah tanah melibatkan pampasan tidak adil dan rampasan.

Orang Melayu Serawak juga katanya, sukar merebut peluang-peluang ekonomi di negeri itu ekoran amalan pentadbiran kerajaan negeri tidak membuka persaingan yang adil khususnya untuk rakyat biasa yang kekurangan modal dan tidak mempunyai status tinggi dalam masyarakat.

"Sebab itu orang selalu menyebut kekayaan di Serawak hanya berlegar dikalangan orang sama sahaja, orang yang menjadi kroni pemimpin utamanya.

"Dikalangan orang Serawak ketika ini sudah popular dengan ungkapan pemerintahan 'rambut putih' lebih teruk dari orang putih", ujar beliau dipercayai merujuk kepada Ketua Menteri Serawak Tan Sri Taib Mahmud.

Kata beliau juga, dikawasan-kawasan tertentu dalam negeri Serawak ada penduduk Melayunya lebih teruk nasib mereka berbanding kaum-kaum lain.

Katanya, jika Umno ikhlas bercakap tentang mengangkat martabat Melayu mereka mesti datang melihat nasib orang Melayu di Serawak yang sebahagian besarnya tinggal di Kuching, Miri, Sarikei dan daerah-daerah kecil seperti Kabong dan Kota Samarahan.

"Jangan hanya jumpa segelintir Melayu negeri ini yang senang lenang, ada ramai lagi yang daif, dianianya dan keciciran,' kata beliau.

Selain itu Huzaifah berkata aspek pendidikan dikalangan orang Melayu juga sangat menyedihkan khususnya pendidikan agama.

Soal beliau, kenapa Umno yang mendakwa sebagai pembela Melayu tidak menitik beratkan perkara ini sedangkan pendidikan agama merupakan elemen penting dalam usaha mengangkat martabat bangsa, malah diakui ramai cerdik pandai orang Melayu akan lesu tanpa agama dalam diri mereka.

"Dengan kelebihan pada mereka (Umno) sebagai parti yang mengetuai kerajaan pusat kenapa tidak perkasakan pendidikan agama di Serawak, kenapa biarkan sebahagian besar orang Melayu Serawak dalam keadaan terus jahil dan sukar mendapat pendidikan agama," soal beliau lagi.

Kata Huzaifah sekiranya diberi pilihan dan pendedahan yang betul beliau percaya ramai orang-orang Melayu Serawak akan memilih pendidikan agama untuk anak-anak mereka.

'Mereka ada hak untuk mendapat pilihan itu (pendidikan agama), ini lah yang perlu dilakukan oleh pemimpin Umno," kata beliau.

Menurut Huzaifah, peluang untuk mendapatkan pendidikan agama yang baik untuk anak-anak di Serawak amat terbatas kerana kemampuan kewangan, kekurangan pusat pengajian agama dan sebagainya.

Bagi orang Melayu yang ada kemampuan katanya, mereka akan menghantar anak-anak mereka ke semenanjung seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk mendapat pendidikan agama di negeri - negeri tersebut.

"Ini (pendidikan agama) adalah persoalan besar, lebih-lebih lagi sudah samakin ramai anak-anak Melayu Serawak terlibat dengan gejala-gejala sosial.

"Sekarang saya mau soal Umno, kamu bercakap tentang membela Melayu itu ikhlas atau sekadar maukan undi. Kalau kamu ikhlas beri perhatian kepada masalah orang Melayu di Serawak walaupun kamu tidak bertanding pilihan raya di sini," tegas beliau.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29795:umno-perlu-bukti-bela-melayu-bukan-untuk-undi&catid=1:utama&Itemid=50

Bolehkah ketuanan Melayu dan 1Malaysia bersama?

Bolehkah ketuanan Melayu dan 1Malaysia bersama?
Aidila Razak
Dis 11, 10
11:05am

Kenyataan presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada konvensyen BN baru-baru ini mungkin tidak menyenangkan pelbagai pihak dan tidak kurang pula yang menganggapnya sebagai keterlaluan.

NONEJusteru, tidak menghairankan beberapa pemimpin Umno segera dengan lantang membidas cadangan Chua itu supaya perkataan seperti 'pendatang' dan 'ketuanan Melayu' tidak lagi digunakan.

Tetapi bagi setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, pertikaman lidah antara pemimpin MCA dan Umno itu sesuatu yang dijangkakan kerana setiap parti mewakili pandangan masyarakat masing-masing.

"Kebanyakan parti adalah berasakan perkauman dan setiap parti bebas memperkatakan apa yang mereka ingin luahkan. Apa yang diperkatakan oleh Chua adalah adalah pandangannya dan hujah yang sama untuk Umno. Tetapi kita boleh menggunakan proses yang ada bagi mencapai kesepakatan,” katanya.

Sehubungan itu, perselisihan fahaman tersebut dikatakan tidak akan menggugatkan gabungan berkenaan dan dianggap perkara kecil.

"Ia perkara kecil dan bukan seperti raksasa yang ingin digambarkan oleh pembangkang dan media (seperti Malaysiakini),” kata Tengku Adnan.

Namun keenganan beberapa pemimpin utama BN, termasuk ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan untuk tidak membuat sebarang ulasan membuktikan isu berkenaan bukan sekecil seperti yang didakwa.

NONEMalah, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang pada ucapannya pada tahun lalu mencadangkan 'ketuanan Melayu' digantikan dengan perkataan yang lebih boleh diterima seperti 'kepimpinan Melayu' - kali ini memilih untuk tidak lagi menjadi kontroversi.

"Salah satu fakta utama konsensus daripada Konvensyen BN adalah kita bersetuju mengurangkan perbalahan antara parti dan beri tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Menurut Khairy, polemik itu yang juga mengheret sama naib presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi dan timbalan pengerusi biro publisiti MCA, Loh Seng Kong sebagai “contoh utama masa dan tenaga dibazirkan dengan berlawanan sesama sendiri”.


[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/150526

Friday, December 10, 2010

Rakyat perlu muhasabah diri




JOHOR BAHRU - Rakyat pada hari ini kebanyakannya tidak memahami konsep Ketuanan Melayu, malah menyalahtafsirkan maksudnya yang sebenar.

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar membangkitkan isu itu apabila baginda tuanku melihat rakyat ketika ini semakin lupa serta mengetepikan perkara tersebut.

“Ketuanan Melayu, atau lebih sesuai disebut sebagai Kedaulatan Melayu, mencakupi kedudukan Raja-Raja Melayu dan rakyatnya yang kekal sehingga ke hari ini di mana kedudukan raja sebagai puncak kerajaan di negeri Melayu.

“Sistem Diraja dan kerajaan Melayu telah wujud ratusan tahun lamanya dan sistem ini tidak pernah putus, malah kekal hingga hari ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda tuanku, ketika berangkat merasmikan majlis Multaqa’ Ulama’ Darul Takzim di sini, semalam.

Baginda tuanku bertitah, konsep kedaulatan Melayu merujuk kepada Raja-Raja Melayu, agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak lain yang berkaitan.

Menurut baginda tuanku, apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

Ini kerana awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini, iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyat, titah baginda tuanku.

“Sejak dulu lagi, ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

”Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus juga dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan,” titah baginda tuanku.

Sultan Ibrahim bertitah membangkitkan soal mengenai ketuanan Melayu memandangkan masih ramai rakyat tidak memahami perkara berkenaan dan menyalahtafsir maksudnya yang sebenar.

Baginda tuanku juga mengambil kesempatan mengingatkan rakyat agar bermuhasabah diri berkenaan isu tersebut agar ketuanan dan kedaulatan Melayu akan terus terpelihara.

“Berdasarkan perkembangan semasa, suka beta ingatkan kepada rakyat supaya kembali bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan.

“Orang Melayu sendiri mahu menolak kedaulatan Melayu dan dalam hal ini, ulama memainkan peranan untuk menjelaskan kepada masyarakat serta mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu," titah baginda tuanku.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8500153.asp

Thursday, December 9, 2010

Ketuanan Melayu lebih sesuai 'Kedaulatan Melayu' - Sultan Johor


SULTAN IBRAHIM berangkat merasmikan Multaqa Ulama Darul Takzim di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Ketuanan Melayu lebih sesuai disebut 'kedaulatan Melayu' kerana ia mencakupi kedudukan Raja-Raja Melayu dan rakyatnya dan bukannya soal antara 'tuan' dan 'hamba', titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan raja sebagai puncak kerajaan negeri-negeri Melayu," titah baginda semasa merasmikan Multaqa Ulama Darul Takzim di sini semalam.

Menurut baginda, apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

Titah baginda, sebelum kedatangan British dan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.

"Ketika negeri-negeri Melayu belum dijadikan sebuah Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyat menerima orang luar sebagi tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta sama-sama membangunkan Tanah Melayu.

"Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak-hak kaum lain terus dijaga dan dihormati serta dijamin oleh Perlembagaan," titah baginda.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...