Tuesday, October 21, 2008

MT Umno tidak bincang isu p'alihan kuasa baru

Jimadie Shah Othman Oct 20, 08 8:23pm


kemaskini 12:56am Tiada pelan peralihan kuasa baru Umno dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam ini sewaktu muncul lagi konflik terbuka dalam kalangan pemimpin atasan parti itu, baru-baru ini.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu itu dan tarikh baru mesyuarat agung dan pemilihan parti, yang dijadualkan Mac tahun depan, tidak dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

Beliau menjelaskan, isu-isu yang dibincangkan termasuklah pelan pemulihan parti dan beberapa inisiatif untuk membaiki imej Umno setelah keputusan buruk dalam pilihanraya umum, Mac lepas.

Cadangan daripada beberapa urusetia yang dibentuk dalam permukiman Umno di Shah Alam pada Jun lepas turut dikemukakan, tambahnya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan perinciannya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlangsung kira-kira tiga jam.

Hujung minggu lepas, presiden Umno melahirkan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan Muhyiddin yang menganggap tempoh berkempen selama empat bulan, antara November hingga Mac, "terlalu panjang."

Kenyataan tokoh Johor itu dilaporkan satu usaha halus untuk mendesak Abdullah berundur lebih awal daripada yang dirancang Mac ini - keputusan terbaru yang dicapai dalam mesyuarat khas MT bulan lepas.

Abdullah pada asalnya merancang melaksanakan pelan penyerahan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan 2010.

Sementara Datuk Seri Dr Rais Yatim, seorang anggota MT, pula berkata isu rasuah semasa kerancakan kempen pemilihan cawangan yang berlalu dan bahagian yang sedang dijalan turut disuarakan.

"Kita serahkan kepada pucuk kepemimpinan untuk mengumumkannya," kata ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut.

Diskusi majlis itu tertumpu kepada hala tuju dan persoalan berhubung kedudukan Umno dalam kalangan orang Melayu.

Isu-isu pentadbiran, dasar dan mekanisme dalaman Umno turut dibincangkan.

http://www1.malaysiakini.com/news/91647

Cerpen YB J: Pakatan kecam Utusan

Oct 20, 08 5:36pm


Pakatan Rakyat mengecam Utusan Malaysia dengan mendakwa ia "mempromosikan keganasan dan mengapi-apikan sentimen perkauman" susulan penerbitan cerpen kontroversi mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina.

'Politik Baru YB J' karya Datuk Chamil Wariya yang diterbit 12 Oktober lepas itu juga didakwa sebagai serangan peribadi terhadap ahli parlimen DAP Teresa Kok.

Dalam kenyataan bersama oleh tiga pemimpin PKR, DAP dan PAS, mereka turut menyifatkan cerpen itu sebagau "usaha berterusan Umno untuk menjadikan exco kerajaan Selangor itu sebagai sasaran untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat dan menimbulkan ketegangan di antara kaum."

"Utusan Malaysia telah diboikot oleh Pakatan Rakyat sejak Jun tahun ini atas sebab pelaporannya yang biased dan sering mempermainkan isu perkauman," kata bendahari PAS Dr Hatta Ramli, ketua penerangan PKR Tian Chua dan ketua Pemuda DAP Anthony Loke hari ini.

"Namun kini Utusan Malaysia bukan sahaja menyebarkan kebencian sesama kaum, tetapi sehingga ke tahap menggalakkan keganasan melalui karya cerpen.

"Ini merupakan perkembangan yang amat membimbangkan."

Pakatan Rakyat juga mendesak akhbar harian itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyiarkan cerpen tersebut.

"Maka kami menyeru agar masyarakat umum memboikot Utusan Malaysia sehingga media arus perdana tersebut berhenti daripada mempermainkan isu ini," kata mereka.

Tambah gabungan pembangkang itu, kebebasan berkarya harus selari dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu tanpa menggugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Sementara itu, Chamil menafikan cerpen itu ditujukan kepada Teresa dan menyatakan beliau "tidak bermain dengan api" apabila mencipta watak yang menyarankan pembunuhan seorang ahli parlimen.

Dalam jawapannya kepada Malaysiakini hari ini, penulis itu berkata ia "hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati."

"Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif – tidak lebih tidak kurang daripada itu," katanya.

"Dalam cerpen saya ini, pembunuhan politik per se seperti yang didakwa tidak berlaku walaupun wataknya mungkin dimatikan. Apa yang berlaku adalah sekadar simbolik.

"Karya sastera tidak patut hanya dibaca yang tersurat, tetapi tersirat.

"Yang dibunuh sebenarnya adalah idea-idea yang melampau dan tidak hanya terbatas dalam politik tetapi melampaui politiknya."

http://www1.malaysiakini.com/news/91638

'Cerpen tiada kaitan dengan Teresa'


Jimadie Shah Othman Oct 20, 08 4:09pm


kemaskini 5:06pm Cerpen 'Politik Baru YB J', yang mengisahkan pembunuhan seorang wakil rakyat wanita Cina, tidak kena-mengena dengan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok seperti dakwaan DAP.

Penulisnya Datuk Chamil Wariya berkata cerpen itu "hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah rekaan yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati."

"Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif – tidak lebih tidak kurang daripada itu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa cerpen awalnya itu "menganjurkan kekerasan dan bermain dengan api" kerana memuatkan babak pembunuhan ahli politik.

"Dalam cerpen saya ini, pembunuhan politik per se seperti yang didakwa tidak berlaku walaupun wataknya mungkin dimatikan. Apa yang berlaku adalah sekadar simbolik. Karya sastera tidak patut hanya dibaca yang tersurat, tetapi tersirat.

"Yang dibunuh sebenarnya adalah idea-idea yang melampau dan tidak hanya terbatas dalam politik tetapi melampaui politiknya.

"Cuma dalam kes cerpen ini, hanya latarnya politik. Bagi saya, saya tidak bermain dengan api, tetapi sebaliknya memainkan peranan sebagai air yang memadamkan api yang jika tidak dipadam akan terus marak," katanya dalam wawancara melalui e-mel.

Khamis lepas, DAP membuat laporan polis berhubung cerpen itu yang diterbitkan di Mingguan Malaysia, 12 Oktober lepas, dengan dakwaan ia ditujukan kepada Teresa, yang juga exco kanan kerajaan Selangor.

Seorang pemimpin Pemuda DAP menyifatkannya sebagai "satu bentuk keganasan politik" kerana "meletakkan undang-undang di tangan sendiri".

Sambil melabelkan karya itu "lebih teruk daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)", Chong Chieng Jen yang juga ahli parlimen Bandar Kuching membaca perenggan terakhirnya:

"YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan."

Chamil juga diminta mengulas pandangan tokoh utama DAP Lim Kit Siang di Dewan Rakyat minggu lepas yang menyifatkan 'Politik baru YB J' itu sebagai "tidak bertanggungjawab".

"Saya tidak setuju sama sekali jika dikatakan karya saya itu tidak bertanggungjawab. Dalam cerpen ini, terdapat juga segi-segi yang positif," katanya.

"Sebenarnya mesej saya dalam cerpen itu adalah mudah: Politik perkauman dalam bentuk yang melampau dan keterlaluan tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.

"Ia boleh membawa malapetaka dan bencana. Pengajarannya adalah untuk kita menghindari pegangan politik seumpama itu. Tetapi tentulah saya tidak boleh menyekat pembaca apa lagi politikus veteran seperti saudara Lim untuk membuat tafsiran mereka sendiri."

Bekas pengarang kanan Utusan Malaysia itu juga tidak bersetuju dengan tanggapan pengarah filem terkenal Amir Muhammad yang menyifatkan cerpennya sejenis "kesasteraan yang menyebarkan kebencian."

Chamil, yang sebelumnya dikenali sebagai penganalisis politik nasional dan pengarang buku, berkata beliau kini memberi tumpuan kepada penulisan kreatif selepas meninggalkan dunia kewartawanan tahun lepas.

"Pada waktu yang sama sejak dulu lagi saya ingin berhijrah ke genre penulisan kreatif khususnya penulisan novel sebenarnya. Saya kira menulis cerpen adalah permulaan yang baik.

"Sepanjang bulan Ramadan lalu, saya memulakan usaha itu dan alhamdulillah telah menyiapkan tiga buah cerpen semuanya berlatarbelakangkan politik – dunia yang saya fikir saya kenali," katanya.



Berikut soal-jawab lengkap Malaysiakini dengan beliau melalui emel yang diterima petang ini.

Malaysiakini: Apakah pandangan Datuk apabila cerpen ini dikaitkan dengan Ahli Parlimen DAP?

Chamil Wariya: Saya ingin tegaskan bahawa cerpen 'Politik Baru YB J' hanya rekaan semata-mata. Watak-wataknya adalah fictitious yang langsung tiada kaitan dengan mereka yang hidup dan mati.

Ia hendaklah dibaca dan dinikmati sebagai sebuah karya kreatif – tidak lebih tidak kurang daripada itu.

Latar belakang dalam 'Politik Baru YB J' mempunyai persamaan dengan perkembangan politik semasa dalam negara. Apakah pandangan Datuk terhadap perkembangan politik sekarang ini?

Latar belakang cerpen ini adalah mencerminkan senario politik negara bukan sahaja sekarang, tetapi sejak kita mencapai kemerdekaan lagi yang mencerminkan perhubungan kaum yang ada kalanya kelihatan tenang dan ada kalanya tegang.

Bagi sebuah negara berbilang kaum dan politiknya pula masih didominasi oleh parti-parti politik berasaskan kaum, apa yang berlaku itu adalah perkara biasa. Turun naik suhu politik memang senantiasa berlaku, bergantung kepada kedudukan parti-parti kerajaan dan pembangkang.

Bagi saya apa yang berlaku dalam politik Malaysia sekarang khususnya pasca Mac 2008 adalah bukti jelas bahawa demokrasi hidup segar bugar dan memperlihatkan raja dalam demokrasi adalah rakyat atau lebih tepat lagi pengundi. Itu adalah hakikat yang patut kita terima.

Apa yang mendorong Datuk menulis cerpen itu sedangkan Datuk lebih dikenali sebagai penulis rencana dan penganalisis politik yang disegani?

Sejak menyertai TV3 pada 1998, saya sudah lama bersara sebagai penulis rencana dan penganalisis politik akhbar. Tumpuan saya hanyalah kepada penulisan buku.

Selepas meninggalkan dunia kewartawanan pada akhir 2007, saya sekadar menjadi pemerhati dunia politik. Pada waktu yang sama sejak dulu lagi saya ingin berhijrah ke genre penulisan kreatif khususnya penulisan novel sebenarnya.

Saya kira menulis cerpen adalah permulaan yang baik.

Sepanjang bulan Ramadan lalu, saya memulakan usaha itu dan alhamdulilah telah menyiapkan tiga buah cerpen semuanya berlatar belakangkan politik – dunia yang saya fikir saya kenali. Saya masih belajar lagi.

Tetapi semuanya adalah cerita rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup dan mati.

Pada pandangan Datuk wajarkah karya kreatif yang memuatkan babak pembunuhan ahli politik dihasilkan? Apakah benar ia boleh menganjurkan kekerasan dalam masyarakat? Datuk setuju jika tindakan Datuk menulis cerpen itu dikatakan sebagai "bermain dengan api"?

Dalam karya kreatif terserah kepada pengarangnya untuk menggunakan kebebasan berkarya bagi meneroka apa juga kemungkinan.

Bagi mereka persoalannya bukan apakah babak yang wajar atau tidak wajar dimuatkan, tetapi bergantung kepada jalan cerita dan impak dramatik yang ingin ditinggalkan.

Yang indahnya tentang karya fiksyen, yang barangkali tidak ada pada karya faktual, adalah kebebasan daya imaginasi penulis yang tidak disangka-sangka oleh audien.

Dalam cerpen saya ini, pembunuhan politik per se seperti yang didakwa tidak berlaku walaupun wataknya mungkin dimatikan. Apa yang berlaku adalah sekadar simbolik.

Karya sastera tidak patut hanya dibaca yang tersurat, tetapi tersirat. Yang dibunuh sebenarnya adalah idea-idea yang melampau dan tidak hanya terbatas dalam politik tetapi melampaui politiknya.

Cuma dalam kes cerpen ini, hanya latarnya politik. Bagi saya, saya tidak bermain dengan api, tetapi sebaliknya memainkan peranan sebagai air yang memadamkan api yang jika tidak dipadam akan terus marak.

Saya juga tidak menghasut budaya politik keganasan. Apa yang ingin dibayangkan adalah sekiranya politik perkauman keterlaluan dibiarkan bermaharaja lela, politik akan berdepan dengan perkembangan yang tidak sihat.

Kekerasan dalam masyarakat tidak bergantung kepada apa yang dibaca dalam cerpen atau karya-karya kreatif yang lain. Masyarakat pembaca sebenarnya bijak.

Mereka pengguna sastera yang aktif yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Jika ada yang beranggapan saya bermain dengan api, itu adalah pandangan yang simplistik dan dangkal.

Punca kekerasan dalam masyarakat lazimnya datangnya antara lain apabila berlaku ketidakadilan, kekejaman, penindasan, peminggiran, kezaliman dan sebagainya.

Dalam banyak hal yang bermain dengan api selalunya adalah orang-orang politik itu sendiri, bukan karyawan sastera atau kreatif. Itu sebabnya selalu dinyatakan sasterawan adalah conscience masyarakat.

Budayawan terkenal Dinsman menyifatkan karya Datuk itu sebagai "berjaya sehingga orang yang tidak pernah bercakap tentang cerpen pun bercakap tentangnya". Apa komen Datuk?

Saya menghormati pandangan saudara Dinsman itu kerana beliau adalah insan seni dan budayawan yang terbilang. Saya juga mengagumi karya-karya kreatif yang telah dihasilkannya, baik cerpen atau sajak.

Dinsman adalah antara sasterawan terbaik yang telah dilahirkan di negara ini. Pengamatannya amat tajam, nalurinya cukup sensitif dan dia berani. Saya berterima kasih kepadanya dan menghargai komentar yang telah dikemukakan oleh beliau.

Saya baru berkarya dan sama ada ia berjaya atau sebaliknya bukan saya menilainya. Saya serahkan kepada umum, terutama mereka yang arif untuk membuat penilaian.

Saya cuma berharap karya kreatif saya yang pertama itu diterima dengan positif, diiringi dengan kritik-kritik yang membina untuk saya jadikan panduan bagi terus berkarya.

Ahli parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang menyifatkan karya itu sebagai "tidak bertanggungjawab". Apa pandangan Datuk?

Saya tidak setuju sama sekali jika dikatakan karya saya itu tidak bertanggungjawab. Dalam cerpen ini terdapat juga segi-segi yang positif.

Sebenarnya mesej saya dalam cerpen itu adalah mudah: politik perkauman dalam bentuk yang melampau dan keterlaluan, tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia.

Ia boleh membawa malapetaka dan bencana. Pengajarannya adalah untuk kita menghindari pegangan politik seumpama itu. Tetapi tentulah saya tidak boleh menyekat pembaca apa lagi politikus veteran seperti saudara Lim (Kit Siang) untuk membuat tafsiran mereka sendiri.

Setiap kita mempunyai mindset dan pendirian masing-masing terhadap pelbagai perkara. Sesetengah kita hanya boleh melihat apa yang secocok dengan jiwanya.

Sesuatu yang tidak sealiran dengan mereka dengan mudah ditohmahkan sebagai tidak bertanggungjawab. Itu adalah hak masing-masing.

Inilah demokrasi dan kebebasan meluahkan perasaan yang dijunjung oleh masyarakat sivil di mana juga.

Pengarah filem Amir Muhammad pula menyifatkan karya Datuk sebagai "kesusasteraan yang menyebarkan kebencian" (hate literature). Apakah Datuk setuju dengan tanggapan itu?

Saudara Amir berhak untuk mempunyai pendapatnya sendiri. Saya menghormati karya-karya beliau dalam bidang perfileman, walaupun ada pihak tidak senang dengan karya-karya yang beliau ketengahkan.

Apa yang dihasilkan oleh beliau memeriahkan dan mempelbagaikan khazanah kesusasteraan negara.

Saya tidak pernah memandang rendah terhadap kerja-kerja saudara Amir. Tapi saya tidak melihat cerpen saya itu sebagai hasil kesusasteraan yang menyebarkan kebencian.

Saya adalah seorang yang cintakan kedamaian dan keamanan. Dalam cerpen saya itu, nilai-nilai itulah yang secara halus cuba saya ketengahkan.

http://www1.malaysiakini.com/news/91631

Shamsiah Fakeh meninggal dunia


Jimadie Shah Othman Oct 20, 08 1:28pm
kemaskini 6:50pm Shamsiah Fakeh, seorang tokoh pejuang wanita terkenal yang aktif bersama Parti Komunis Malaya (PKM), menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi ini di kediaman anak lelakinya Jamaluddin Ibrahim di Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Jenazah allahyarham, 84, yang mengalami sakit tua dan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia sejak bulan lepas, dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur jam 5.30 petang.

"Selepas 22 hari berada di hospital, allahyarham sendiri minta pulang ke rumah. Beliau rasa tiba masanya, beliau ingin menghabiskan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu," kata Jamaluddin.

Shamsiah dibawa pulang ke rumah anaknya Sabtu lepas dan hanya menghabiskan masa tidur seharian suntuk semalam.

"Pagi tadi, apabila kami kejutkannya, (nyawa) beliau sudah tidak ada. Wajahnya kelihatan tenang," kata anak bongsu itu daripada tiga adik-beradik yang berlainan bapa.

Tambahnya, lebih seratus sanak-saudara dan teman-teman dekat allahyarham pelbagai kaum termasuk timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali (foto tengah) dan penulis kolum Hishamuddin Rais (foto atas) hadir memberikan penghormatan terakhir.


Hujan lebat sewaktu pengebumian petang ini menambahkan rasa kehilangan tokoh wanita itu yang mengalami sakit-sakit sejak 10 tahun lalu.

Menurut memoirnya (foto bawah), Shamsiah antara pejuang kemerdekaan aliran kiri Melayu yang gigih hingga sanggup meredah belantara Malaya.

Beliau adalah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berganding bahu dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) bersama Ahmad Boestamam, ketua API dan juga pengasas Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Shamsiah menyertai Rejimen ke-10 iaitu sayap Melayu PKM.

Beliau bersama suaminya Ibrahim, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Selepas terpisah daripada PKM, beliau terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termetrainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989.

http://www1.malaysiakini.com/news/91605

Eurocopter: Kenapa beli lebih mahal

Jimadie Shah Othman Oct 20, 08 1:09pm
kemaskini 2:53pm Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Perbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

"Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Fariz, yang membacakan laporan polis itu kepada media, turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Malaysia berbanding Brazil.

"Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah," katanya.

"Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang."

http://www1.malaysiakini.com/news/91603

Muhyiddin: Saya hormati p'alihan kuasa

Oct 20, 08 11:10am


Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan bertanding jawatan timbalan presiden Umno, berkata beliau sentiasa menghormati pelan peralihan kuasa dan ulasan semata-mata berkaitan tempoh berkempen.

"Saya menghormati pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui.

"Saya orang pertama yang memberi respons bahawa saya menghormatinya, saya menerimanya, saya tidak lagi bertanya apa-apa mengenainya kerana ia telahpun dipersetujui oleh pemimpin, anggota majlis (tertinggi), lebih baik kita berpegang kepada keputusan itu.

"Saya hanya menyatakan fakta, jika ia (tempoh berkempen) adalah panjang, maka ia adalah panjang.

"Saya tidak menyarankan lebih daripada apa yang saya katakan," katanya, lapor Bernama, selepas menghadiri sambutan hari raya Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat penjelasan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kekeliruan kenyataannya, Muhyiddin berkata:

"Saya sememangnya mahu membuat penjelasan, tiada masalah, jika perdana menteri mahu saya membuat penjelasan mengenai apa yang telah saya katakan."

Kepada soalan sekiranya beliau percaya Abdullah telah salah faham tentang apa yang beliau cuba katakan, menurut agensi berita itu lagi, Muhyiddin berkata ramai orang tidak memahami apa yang beliau perkatakan.

"Dua hari lepas, Datuk Seri Najib juga bertanya kepada saya sama ada saya baca laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Sebenarnya saya cakap, saya hanya memberikan ulasan berhubung pertanyaan orang kepada saya tentang tempoh empat bulan berkempen, adakah ia panjang atau tidak?

"Jadi saya jawab sudah tentulah ia panjang, itu saja," jelas beliau.

"Saya langsung tidak sentuh mengenai pelan peralihan, saya hanya beri respons kepada soalan berhubung tempoh berkempen," katanya.

Muhyiddin berkata beliau dinasihati oleh ramai kawannya supaya bersabar dengan keadaan itu dan tidak memberi ulasan selanjutnya yang boleh disalah tafsir.

http://www1.malaysiakini.com/news/91594

Shahrizat layak tanding ketua Wanita


Oct 19, 08 10:05pm
Pencalonan bagi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mendapat 40 pencalonan dan sekaligus melayakkan beliau bertanding jawatan ketua Wanita Umno.

Walaupun naib ketua Wanita Umno sebelum ini telah menyatakan tidak berhasrat bertanding merebut ketua Wanita, namun beliau teruskan dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Sebanyak 14 bahagian Wanita mengadakan mesyuarat perwakilan hari ini. Daripada jumlah tersebut, tujuh bahagian telah mencalonkan Shahrizat.

Bahagian-bahagian itu adalah Kepala Batas, Tanjong, Bukit Mertajam, Tambun, Gopeng, Kudat dan Wangsa Maju.

Had minima kelayakan untuk bertanding jawatan ketua Wanita ialah 39 pencalonan.




Sementara itu, penyandang jawatan tersebut, Tan Sri Rafidah Aziz menerima sokongan dari empat bahagian Umno lagi, menjadikan jumlah pencalonan yang diterimanya setakat ini sebanyak 75, dan begitu juga Shahrizat bagi jawatan naib ketua.

Gandingan Rafidah-Shahrizat menerima pencalonan masing-masing hari ini daripada Wanita Umno bahagian Parit Sulong, Pasir Salak, Ayer Hitam dan Pulai..

Sementara itu, ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar Datuk Kamilia Ibrahim hari ini layak bertanding jawatan naib ketua, selepas jumlah pencalonannya melepasi had kelayakan minima 20 pencalonan.

Beliau menerima dua pencalonan, termasuk dari Kepala Batas serta Gopeng, untuk mengumpul 26 pencalonan. Shahrizat juga layak bertanding naib ketua.

Sementara itu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said pula menerima satu lagi pencalonan daripada bahagian Tanjung, menjadikan jumlahnya enam pencalonannya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan menerima pencalonan pertama daripada Wanita Umno bahagian Kudat untuk membolehkannya menyertai saingan merebut jawatan Naib Ketua Wanita.

Bagi jawatan yang sama, Ketua Wanita Johor Datuk Halimah Mohamed Sadique kekal dengan dua pencalonan manakala Exco Wanita Pusat Dr Norraesah Mohamad pula satu pencalonan.

http://www1.malaysiakini.com/news/91584

Soi Lek anggotai semula kabinet?


Andrew Ong & Ng Ling Foong Oct 19, 08 7:38pm
Selepas selesai pemilihan pucuk pimpinan MCA semalam, kini semuanya tertumpu kepada peranan timbalan presiden baru, Datuk Dr Chua Soi Lek dan masa depan bekas setiausaha agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan.

Dr Chua yang melepaskan jawatan menteri kesihatan dan semua jawatan dalam parti Januari lalu ekoran skandal seks yang membabitkan dirinya, kini kembali aktif apabila terpilih sebagai timbalan presiden MCA yang baru.

Beliau menewaskan tiga lagi calon, termasuk Datuk Ong Ka Chuan untuk memenangi jawatan tersebut.

Mengikut tradisinya, timbalan presiden MCA akan diberi jawatan menteri kabinet.

Ekoran itu, kini khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan Dr Chua dilantik semula menganggotai kabinet.

Memandangkan beliau tidak bertanding dalam pilihanraya umum lalu, maka Dr Chua perlu dilantik sebagai senator terlebih dahulu.

Ketika ditemui di perhimpunan agung MCA hari ini, Dr Chua berkata, terpulang kepada budi bicara presiden MCA yang baru, Datuk Ong Tee Keat untuk mencalonkan pemimpin parti itu untuk menganggotai kabinet.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada Ka Chuan - yang kini merupakan ahli Parlimen Tanjong Malim dan juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan - akan dilantik menganggotai jawatankuasa pusat MCA.

"Saya tak tahu. Anda kena bertanya pada bos (Tee Keat). Jika perkara ini dibangkitkan, kita akan membincangkannya," katanya.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu, pemimpin MCA dilantik memegang empat jawatan menteri penuh. Mereka ialah Ka Chuan, Datuk Liow Tiong Lai (naib presiden, menteri kesihatan), Datuk Ng Yen Yen (naib presiden, menteri pembangunan keluarga dan wanita) dan Tee Keat (menteri pengangkutan).

Kini terpulang kepada Tee Keat untuk memutuskan sama ada beliau mahu Ka Chuan mengekalkan jawatannya dalam kabinet.




Timbul kebimbangan, sekiranya beliau mencalonkan Dr Chua untuk mengisi jawatan menteri, maka penyokong Ka Chuan mungkin bangkit menentang Tee Keat.

Selain soal jawatan kabinet, timbul juga desas-desus yang mengatakan Tee Keat dan Dr Chua tidak sehaluan ekoran kempen yang sengit menjelang pilihanraya parti itu.

Dr Chua bagaimanapun menolak tanggapan tersebut dan menegaskan bahawa keutamaannya ialah untuk bekerjasama dengan barisan kepimpinan baru bagi memulihkan kekuatan parti itu.

"Tidak bekerjasama bukanlan satu pilihan," katanya sambil menambah, tindakan 'serang menyerang' sewaktu kempen pemilihan parti adalah satu perkara biasa.

Mengambil contoh kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat, Dr Chua berkata apa pun juga yang berlaku atau soal kelantangan berkempen,
mesti diketepikan sebaik sahaja keputusan dibuat.

"Setiap calon akan berbuat demikian. Di Amerika, ianya lebih teruk lagi, lebih sengit...Malah, serangan (Barrack) Obama dan Hilarry Clinton (terhadap satu sama lain) adalah lebih teruk lagi.

"Akhirnya, dia (Hilarry) berkempen untuk beliau (Obama). Akhirnya kepentingan parti diutamakan," tambahnya.

Dr Chua berkata, beliau boleh bekerjasama dengan semua pemimpin parti kerana beliau mendapat banyak pengalaman sejak menjadi ahli jawatankuasa pusat parti itu pada 1990.


http://www1.malaysiakini.com/news/91581

Kabinet setuju PAC teliti pembelian helikopter

Oct 19, 08 6:47pm
Kabinet bersetuju supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

"Dalam mesyuarat Kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," katanya kepada pemberita di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Najib yang juga menteri kewangan berkata PAC akan memperhalusi segala proses pembelian berhubung tender bagi pemerolehan helikopter Eurocopter bagi menggantikan pesawat Nuri itu.

Sebelum ini, dalam suratnya kepada Najib, syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter dengan alasan ia "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim berkata pihaknya difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter.

Isu berhubung penggantian helikopter Nuri itu bermula selepas mesyuarat Kabinet pada 18 Julai 2007 bersetuju agar Nuri ditukar berikutan rungutan beberapa ahli Parlimen dan masyarakat umum berhubung helikopter jenis itu sering terlibat dalam nahas udara yang mengorbankan anggota tentera.

Sejak digunakan 39 tahun lalu, sebanyak 14 buah helikopter Nuri dilaporkan terhempas dan mengorbankan 107 nyawa anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ekoran rungutan itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah menyediakan dokumen spesifikasi helikopter utiliti berkeupayaan mencari dan menyelamat (SAR) dan boleh dipertingkatkan keupayaan kepada SAR pertempuran.

Pada 10 Oktober 2007, Unit Perancang Ekonomi memberikan kelulusan untuk membeli pesawat baru menggantikan Nuri.

Satu tender terbuka antarabangsa telah diumumkan pada 7 November 2007 bagi membolehkan pembuat, pembekal dan ejen mengambil bahagian dalam tender tersebut.

Pada 3 September lalu, Kementerian Pertahanan telah menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan kementerian itu mengeluarkan Surat Niat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

http://www1.malaysiakini.com/news/91578


Helikopter TUDM dibeli ikut prosedur
Oct 17, 08 9:58pm
Kementerian Pertahanan menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya hari ini, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Dalam suratnya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter dengan alasan ia "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.

Menurut Bernama, Abu Bakar berkata keputusan perolehan Eurocopter berdasarkan tawaran lengkap oleh syarikat berkenaan dan setelah mendapat markah keseluruhan tertinggi yang meliputi penilaian teknikal dan ofset pada harga munasabah.

"Eurocopter juga menawarkan sistem yang terbukti dan memenuhi spesifikasi ketenteraan.

"Adalah menjadi tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk sentiasa mengemaskini maklumat terkini berhubung perkembangan teknologi semasa helikopter yang memenuhi keperluan operasi ketenteraan di pasaran," katanya.

"Penilaian juga mengambil kira kesesuaian penggunaan dan persekitaran operasi di Malaysia dan kawasan konflik di serata dunia. TUDM memang mempunyai data lengkap dan pengetahuan mengenai helikopter terkini yang berada di pasaran."

Tambahnya, lapor agensi berita itu lagi, tender antarabangsa dibuka 6 Disember lepas ketika LIMA 2007 dan TUDM memberi penjelasan mengenai aspek teknikal dan operasi pesawat.

"Tender terbuka antarabangsa ditutup pada 12 Feb tahun ini dan pada tarikh sama pukul 12 tengah hari, Jawatankuasa Membuka dan Menjadual Tender (JMMT) Kementerian Pertahanan telah membuka semua dokumen tawaran yang diterima dengan disaksikan oleh wakil-wakil syarikat yang mengambil bahagian," kata Abu Bakar.

Daripada tujuh tawaran yang diterima dan senarai harga
(termasuk penghantaran), Eurocopter menawarkan Euro 233,345,390.

"Dokumen-dokumen ini seterusnya dibahagikan kepada tiga kumpulan dan disenaraikan untuk penilaian Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaiaan Offset dan Jawatankuasa Penilaian Harga," katanya dalam kenyataan itu.

Rumusan ketiga-ketiga jawatankuasa dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Tender A pada 22 Julai lalu dan seterusnya diperakukan kepada Kementerian Kewangan pada 4 Ogos lepas, tambahnya.

Pada 3 September lalu, Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September, kata Abu Bakar.

Tambahnya, LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 Sept.

Pembelian helikopter baru ini diputuskan oleh kabinet Julai tahun lepas bagi menggantikan pesawat Nuri, setelah prestasi pesawat itu mendapat rungutan ramai pihak.

http://www1.malaysiakini.com/news/91492

MCA: Wujud sistem pantau ISA

Oct 19, 08 6:25pm


Perhimpunan agung MCA hari ini meluluskan tujuh resolusi, antaranya mendesak kerajaan menyemak semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), melantik lebih ramai naib canselor bukan bumiputera serta mengambilkan penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Sehubungan itu MCA menyarankan supaya diwujudkan sebuah sistem untuk mengawasi dan menegur penggunaan ISA.

Langkah itu, menurut resolusi tersebut, adalah bagi memastikan supaya penggunaan ISA hanya terhad kepada kes berkaitan keganasan dan elemen subversif.

Ini merupakan satu daripada tujuh resolusi utama yang diluluskan oleh MCA di perhimpunan agung tahunan ke-55 parti itu yang diadakan di Wisma MCA di ibunegara hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Selain itu, perhimpunan agung itu juga menggesa kerajaan melantik lebih banyak calon bukan bumiputera yang berkaliber dan berpengalaman sebagai naib canselor di universiti awam.

Langkah tersebut, tegasnya, adalah bagi meningkatkan perpaduan antara kaum sambil memperbaiki prestasi universiti.

Bahasa ibunda

Parti itu juga mahu Kementerian Pelajaran mengembalikan semula penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah serta penggunaan kaedah lain bagi meningkatkan tahap kemahiran pelajar dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya, MCA mendukung Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan hak terhadap kebebasan beragama, justeru perhimpunan itu dengan tegas mengulangi bahawa undang-undang Syariah tidak boleh digunakan kepada bukan Islam.

Parti itu juga menggesa semua kerajaan negeri supaya melaksanakan dengan serius garis panduan pembinaan tempat ibadat bukan Islam seperti yang diluluskan oleh Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk memastikan semua agama dapat berkembang dengan bebas tanpa sebarang campur tangan daripada mana-mana pihak.

AGM itu menggesa kerajaan memperbaharui Akta Anti Rasuah 1997 untuk mengubah Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (MCAC) manakala pada masa yang sama,
mewujudkan Jawatankuasa Parlimen mengenai Pencegahan Rasuah bagi memastikan BPR sebuah badan yang bebas dan mempunyai kuasa mendakwa suspek ke arah membuktikan bahawa kerajaan serius dalam usahanya membendung masalah rasuah.

Parti itu menggesa kerajaan mempercepatkan pembaharuan dalam sistem kehakiman dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Kehakiman, dianggotai oleh kalangan daripada bidang perundangan yang mempunyai rekod baik dan tahap moral yang tinggi bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman di negara ini.

Mereka mahu kerajaan lebih komited dalam tindakan melaksanakan hukuman terhadap pegawai yang didapati bersalah melakukan amalan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan pada masa sama memberi ganjaran kepada pegawai yang menunjukkan kecemerlangan dalam prestasi kerja untuk meningkatkan keberkesanan tugas.

Gaji minimum

Bagi meningkatkan tahap pendapatan rakyat Malaysia, AGM itu menggesa kerajaan supaya melaksanakan struktur gaji minimum yang komprehensif dalam sektor kritikal terpilih, misalnya pertanian, komoditi dan industri perkhidmatan.

Struktur gaji minimum itu penting bagi melindungi kumpulan berpendapatan rendah daripada dieksploitasi dan MCA mencadangkan Majlis Gaji perlu ditubuhkan untuk memantau serta melaksanakan dasar gaji minimum.

Bagi mengatasi krisis kewangan dalam ekonomi global yang turut menjejaskan ekonomi dan sektor perniagaan di Malaysia, AGM itu menggesa kerajaan supaya segera menyemak semula dan memperbaharui semua dasar makroekonomi utama seperti Akta Penyelarasan Perindustrian, Garis Panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing dengan hasrat meliberalisasikan kesemua sektor ekonomi.

Bagi memerangi jenayah dan mencegah kemerosotan dalam keselamatan negara, MCA menggesa kerajaan supaya segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) serta mengambil tindakan segera untuk meningkatkan pasukan polis bagi mengukuhkan hubungan antara polis dan masyarakat.

Parti itu prihatin dengan keperluan penduduk di Sabah dan Sarawak, oleh itu mahu kerajaan menyediakan infrastruktur, kemudahan asas dan kemudahan awam untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi kedua-dua negeri berkenaan.


http://www1.malaysiakini.com/news/91577

Najib, Muhyiddin layak tanding, Mohd Ali 12, Muhd Taib 8

Muda Mohd Noor Oct 19, 08 1:59pm
11 malam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing melepasi jumlah kelayakan minima untuk bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden.

Najib mendapat 59 pencalonan daripada kesemua 15 bahagian Umno yang mengadakan mesyuarat hari ini. Manakala Muhyiddin mengumpul 44 pencalonan. [Najib unveils manifesto for top Umno job]

Pencalonan minima ialah 59 bagi jawatan presiden dan 39 bagi jawatan naib presiden.

Manakala jumlah pencalonan bagi dua lagi calon timbalan presiden - ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib - turut bertambah hari ini.

Mohd Ali mendapat 12 pencalonan setakat ini manakala Muhd Taib telah mengumpulkan lapan pencalonan.

Mohd Ali juga menafikan desas-desus yang mendakwa beliau akan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Katany, beliau perlu membuat penjelasan itu berikutan tersebarnya desas-desus itu sejak beberapa hari lalu. Sebaliknya, beliau yakin mampu mendapat pencalonan mencukupi untuk layak bertanding jawatan tersebut menjelang 9 November depan.

Sementara itu, seorang lagi calon naib presiden, Datuk Khaled Nordin turut melepas jumlah kelayakan minima 20 pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.

Sehingga ini beliau telah mendapat 28 pencalonan. Dengan itu, empat calon sudah melayakkan diri bertanding jawatan naib presiden.

Sebelum ini, Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal telahpun melayakkan diri bertanding jawatan naib presiden.

Hishammuddin masih mendahului dengan mendapat 49 pencalonan, diikuti Ahmad Zahid (35) dan Mohd Shafie (28).

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula merupakan muka baru yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden, yang turut disaingi oleh 11 calon lain.

Abdul Rahim menerima empat pencalonan iaitu daripada Kuala Langat, Alor Gajah, Batu Gajah dan Bandar Tun Razak.

5.20 pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-59 dari bahagian Paya Besar, Pahang dan melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Bahagian tersebut turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi jawatan timbalan presiden. Manakala calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zaid Hamidi dan Datuk Jamaluddin Jarjis.

5.14 pm Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-58 dan memerlukan satu lagi pencalonan untuk melepasi kuota kelayakan bertanding jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Hari ini , Najib memperoleh pencalonan di Gerik, Bukit Katil, Masjid Tanah, Alor Gajah, Bukit Gantang, Lenggong, Kuala Langat, Bakri, Nibong Tebal, Titiwangsa, Ledang, Bandar Tun Razak, Selayang dan Kuala Selangor.

5.00 pm Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-9 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Segambut, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden, Segambut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

5.00 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-8 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Kuala Selangor, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Shafie Apdal dan Datu Syed Hamid Albar.

4.45 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-7 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Selayang, yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, Selayang mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal.

4.35 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-8 dari bahagian Bandar Tun Razak bagi jawatan timbalan presiden.

Bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Manakala calon naib presiden ialah Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

4.15 pm Datuk Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-53 dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat pencalonan ke-43, dari bahagian Ledang, masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Manakala calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Syed Hamid Albar dan Datuk Khaled Nordin.

3.25 pm Datuk Khaled Nordin menjadi calon keempat yang melayakkan diri bertanding jawatan naib presiden selepas memperolehi 20 pencalonan minima.

3.20 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-52 untuk jawatan presiden dari bahagian Titiwangsa, yang turut mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai timbalan presiden. Muhyiddin kini mendapat 42 pencalonan.

Bagi naib presiden pula, Titiwangsa mencalonkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Hishammuddin Hussein.

3.10 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-6 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Bahagian itu juga mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, Nibong Tebal mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Khaled Nordin.

3.00 pm Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat pencalonan ke-50 untuk jawatan presiden dari bahagian Bakri, Johor. Manakala Tan Sri Muhyiddin mendapat pencalonan ke-41 dari untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian yang sama.

Bagi naib presiden pula, Bakri mencalonkan Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Syed Hamid Albar.

2.44 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapatkan pencalonan ke-5 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Kuala Langat, yang turut mencalon Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden.

Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.

2.40 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-7 bagi jawatan timbalan presiden dari bahagian Alor Gajah, Melaka. Bahagian tersebut turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, manakala Tan Sri Rahim Tamby Chik mendapat pencalonan pertamanya.

2.25 pm Bahagian Lenggong di Perak pula mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, bahagian itu mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Khaled Nordin.

2.20 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Mohd Ali Rustam mendapat pencalonan ke-6 dari bahagian Bukit Gantang, Perak jawatan timbalan presiden.

Bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi naib presiden pula, ia mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Syed Hamid Albar.

2.10 pm Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Mohd Ali Rustam mendapat dua pencalonan dari bahagian Masjid Tanah dan Bukit Katil untuk jawatan timbalan presiden.

Kedua-dua bahagian tersebut juga mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden.

Bagi jawatan naib presiden pula, Bukit Katil dan Masjid Tanah mencalonkan Datuk Khaled Nordin, Tan Sri Isa Samad dan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

1.30 pm Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan pencalonan yang ke-39 hari ini untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden Umno Mac depan.

Umno Bahagian Gerik yang mengadakan persidangan perwakilan hari ini telah mencalonkan Muhyiddin ke jawatan tersebut.

Gerik juga turut mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk jawatan presiden Umno.

Bagi naib presiden pula, Gerik mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal.

Najib yang merupakan calon tunggal sehingga ini untuk jawatan presiden, kini memperolehi 45 pencalonan.

Had minima kelayakan bagi jawatan presiden ialah 58 pencalonan dan 39 untuk calon timbalan presiden.

Dua lagi calon timbalan presiden ialah Timbalan Presiden iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib yang sehingga ini mendapat empat pencalonan manakala Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat tiga pencalonan.

http://www1.malaysiakini.com/news/91566

Mukhriz semakin jauh mendahului

Abdul Rahim Sabri Oct 19, 08 1:02pm


Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir makin jauh mendahului kutipan pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia apabila 102 bahagian selesai bermesyuarat sehingga malam tadi.

Beliau mengumpulkan 56 pencalonan, manakala pencabar terdekatnya, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat 29 pencalonan, manakala bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula mendapat 24 pencalonan.

Sehingga semalam, Mukhriz mendapat 12 pencalonan dari Kedah, Johor (9), Sabah (7), Terengganu (2), Kelantan (1), Pulau Pinang (4), Perak (5), Pahang (5), Selangor (3), Wilayah Persekutuan (4), Negeri Sembilan (3) dan Melaka (1).

Khairy mendapat lima pencalonan dari Kelantan Johor (5), Sabah (4), Terengganu (1), Kelantan (5), Perak (5), Pahang (3), Selangor (1), Wilayah Persekutuan (1), dan Melaka (2), Pulau Pinang (1) dan Perlis (1).

Manakala Dr Mohd Khir pula mendapat tujuh pencalonan dari Selangor, Wilayah Persekutuan (4), Perak (5), Melaka (1), Johor (2), Pulau Pinang (1), Sabah (1) dan Terengganu (2).

Pada keseluruhannya, kesemua bahagian di Kedah yang telah bermesyuarat sehingga semalam telah mencalonkan Mukhriz untuk jawatan ketua Pemuda.

Manakala di Perak, Mukhriz dan Khairy masing-masing mendapat lima pencalonan. Begitu juga di Wilayah Persekutan di mana kedua-duanya masing-masing mendapat empat pencalonan.

Dr Mohd Khir pula mendahului pencalonan di Selangor. Beliau sehingga ini mendapat tujuh pencalonan manakala Mukhriz (3) dan Khairy (1).

Manakala di Sabah, Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak (7), manakala Khairy (4) dan Khir Toyo (1).

Khairy pula mendahului pencalonan di Kelantan setakat ini di mana beliau mendapat lima pencalonan, Mukhriz (1) manakala Dr Mohd Khir mendapat satu pencalonan setakat ini.

Yang menariknya, sehingga ini tiada satupun bahagian Pemuda di Negeri Sembilan yang mencalonkan Khairy untuk ketua Pemuda.

Sebaliknya Mukhriz sehingga ini telah mendapat tiga pencalonan dari Negeri Sembilan yang dianggap kubu kuat Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau.

Sekurang-kurangnya 20 bahagian Pemuda lagi akan bermesyuarat hari ini.

Bahagian calon Mukhriz

Di KEDAH, bahagian yang mencalonkan Mukhriz ialah Jerlun, Langkawi, Alor Star, Padang Serai, Pokok Sena, Merbok, Pendang, Padang Terap, Kuala Kedah, Sik, Jerai, Baling dan Kuala Krau.

Bagi negeri-negeri lain yang mencalonkan Mukhriz ialah:

JOHOR - Pagoh, Pasir Gudang, Tenggara, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kulai, Tebrau, Bakri, Tg. Piai.

SABAH - Sepanggar, Beaufort, Kimanis, Kalabakan, Kota Belud, Tuaran, Ranau).

PAHANG - Cameron Highlands, Kuantan, Lipis, Bentong, Paya Besar.

PULAU PINANG - Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Permatang Pauh, Bagan.

PERAK - Ipoh Barat, Kampar, Padang Rengas, Teluk Intan, Lenggong.

NEGERI SEMBILAN - Rasah, Jelebu, Jempol.

MELAKA - Kota Melaka.

WILAYAH PERSEKUTUAN - Kepong, Putrajaya, Titiwangsa, Setiawangsa.

SELANGOR - Gombak, Kuala Selangor, Subang.

TERENGGANU - Besut, Setiu.

KELANTAN - Pasir Mas.

Bahagian calon Khairy

Manakala bahagian-bahagian yang mencalon Khairy ialah:

KELANTAN - Machang, Pengkalan Chepa, Ketereh, Bachok, Rantau Panjang.

PERAK - Bagan Serai, Beruas, Bagan Datoh, Parit Buntar, Batu Gajah.

JOHOR -Gelang Patah, Pontian, Johor Bahru, Sekijang, Ledang.

SABAH - Kota Kinabalu, Keningau, Silam, Putatan.

WILAYAH PERSEKUTUAN - Bandar Tun Razak.

PULAU PINANG - Bayan Baru.

PAHANG - Raub, Rompin, Bera.

TERENGGANU - Kuala Terengganu.

MELAKA - Alor Gajah, Bukit Katil.

SELANGOR - Sepang.

PERLIS - Arau.

Bahagian calon Khir Toyo

Manakala bahagian-bahagian yang mencalonkan Dr Mohd Khir ialah:

SELANGOR - Kapar, Shah Alam, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling Jaya Selatan, Selayang, Kelana Jaya.

PERAK - Taiping, Sungai Siput, Grik, Bukit Gantang, Tapah.

WILAYAH PERSEKUTUAN - Cheras, Wangsa Maju, Setiawangsa, Segambut.

MELAKA - Masjid Tanah.

JOHOR - Mersing, Labis.

PULAU PINANG - Nibong Tebal

SABAH - Kinabatangan.

TERENGGANU - Kemaman, Dungun

KELANTAN - Tumpat.

http://www1.malaysiakini.com/news/91561

Abdullah bidas Dr Mahathir

Oct 18, 08 11:27pm


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Dr Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan parti yang menentukan "siapa yang perlu berada dalam parti Umno dan siapa yang perlu dikeluarkan".

Perdana Menteri berkata Umno tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pemilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu...orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?," katanya dalam sidang di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, malam ini.
Menurut Bernama, Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan Umno "mengusir orang-orang Abdullah" dalam pemilihan parti itu Mac depan.

"Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya.

"Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk Umno dan kerajaan.

"Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli Umno, mengajar ahli Umno bergaduh sesama sendiri," katanya.

Abdullah berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan presiden Umno bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

"Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

"Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan.

"Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam Umno," kata Abdullah.

Menurut perdana menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

"Inikah "reform" yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli Umno ada kebebasan untuk bertanding.

"Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

"Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding....tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang Umno menentukannya," katanya.

Dalam hal ini, anggota Umno tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

"Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/91547

Muhyiddin nafi gesa peralihan kuasa dipercepatkan lagi

Oct 18, 08 10:45pm


Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan bahawa beliau menggesa proses peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dipercepatkan lagi.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata apa yang dimaksudnya adalah mengenai tempoh kempen pemilihan parti yang dirasakan terlalu panjang.

"Memanglah saya kata (tempoh) panjang tapi saya tak kata nak pinda tarikh ke sebab saya menghormati keputusan Majlis Tertinggi (Umno) tentang tempoh peralihan. Kita (Majlis Tertinggi) dah sepakat dan Presiden dah putuskan dan saya amat menghormati. Tempoh peralihan itu masih kekal pada Mac.

"Ini kenyataan saya mengenai kempen tidak ada kena mengena dengan peralihan kuasa. Itu dua subjek yang berbeza. Tempoh kempen lain, tempoh peralihan itu dah tetap. Saya tidak mahu dipanggil sebagai orang yang mengungkit.

"Saya ada pendirian saya. Apa yang diputuskan saya hormat cuma bila orang tanya semua orang cakap itu tempoh panjang," katanya pada pemberita di majlis rumah terbukanya di ibunegara hari ini.

Menurut Bernama, beliau berkata, tempoh kempen pemilihan Umno yang terlalu panjang bukan sahaja menjejaskan produktiviti malah membuang masa selain menyebabkan gejala fitnah memfitnah berleluasa.

"Jadi sebab itu saya katakan tempoh kempen itu panjang sebab macam-macam boleh berlaku. Jadi saya stop, tetapi orang buat interpretasi yang pada saya itu hak mereka. Saya tidak ada cakap lebih pasal itu. Saya tak kata kena buat itu ini. Jangan disalah tafsir," katanya.

Muhyiddin berkata ini merupakan kali pertama tempoh berkempen yang paling lama iaitu selama empat bulan berbanding sebulan sebelum ini.

Turut hadir pada majlis rumah terbukanya ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sabaruddin Chik, bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BN-BBC) Datuk Seri Tiong King Sing, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Giluk Dompok dan Anggota Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz turut hadir di majlis berkenaan.

http://www1.malaysiakini.com/news/91544

Aktivis Suaram dibebaskan


Rahmah Ghazali Oct 18, 08 10:26pm


Aktivis Suaram Cheng Lee Whee yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi, telah dibebaskan selepas ditahan selama 19 jam dalam lokap polis.

Dia dibebaskan pada jam 6.04 petang tadi dari balai polis Johor Jaya. Cheng diarahkan melaporkan diri di mahkamah pada 1 November depan.

Penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, ketika dihubungi hari ini berkata, polis pergi ke rumah Cheng pada jam 2 petang dan mengambil komputernya dan 'thumb-drive' sebagai bukti.

Sepasukan lapan anggota polis berada di rumah Cheng selama kira-kira setengah jam. Sekumpulan lapan orang penyokong Suaram turut berada polis ke sana, sebagai tanda sokongan pada Cheng.

Nyam berkata, beliau dimaklumkan oleh peguam Cheng bahawa seorang majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman Cheng selama empat hari lagi.

Peguam tersebut, kata Nyam, berhujah bahawa Cheng telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selama dia ditahan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Cheng berkata, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, sambil menambah bahawa dia akan terus berjuang untuk menegakkan keadilan.

Cheng percaya, dia ditahan ekoran aduan yang dibuatkan di lamanweb polis.

Ketika dihubungi, Ketua Polis Johor Baru, Mokhtar Shariff menegaskan bahawa perintah reman dikeluarkan terhadap Cheng awal pagi ini dan dia mempunyai hak untuk mendapat khidmat peguam untuk membelanya.

Cheng ditahan mengikut Seksyen 28 ISA kerana "menyebarkan laporan palsu" ekoran satu laporan polisnya yang menuduh polis telah menyalah gunakan kuasa dalam operasi perobohan sebuah kampung setinggan di Johor.

Menurut para peguam, Seksyen 28 tidak memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang suspek tanpa bicara. Suspek mesti dibawa ke mahkamah dalam tempoh 24 jam, sama ada untuk diakwa atau ditahan remah bagi membantu siasatan polis.

http://www1.malaysiakini.com/news/91543

Tee Keat presiden baru MCA, Soi Lek timbalan


Jimadie Shah Othman Oct 18, 08 9:30pm

Datuk Ong Tee Keat telah dipilih sebagai presiden MCA yang baru dengan menewaskan seorang lagi calon veteran, Datuk Chua Jui Meng.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Tee Keat mendapat 1,429 undi manakala Chua mendapat 917 undi.


Bagi timbalan presiden pula, Soi Lek yang juga bekas menteri kesihatan mendapat 1,115 undi untuk muncul sebagai pemenang.

Meletak meletakkan jawatan menteri dan jawatan naib presiden MCA ekoran tersibarnya video seks yang membabitkan beliau Januari lalu.

Soi Lek menewaskan tiga lagi calon yang bertanding jawatan tersebut - Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Donald lim dan timbapan pengerusi MCA Tanjung, Lee Hack Teik.

Dalam pengundian yang dijalankan sehingga malam ini, Ka Chuan memperolehi 1,001 undi, Donald mendapat 209 undi manakala Lee hanya memperolehi 10 undi.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang terpilih ialah Datuk Kong Cho Ha, Datuk Liow Tiong Lai, Datuk Ng Yen Yen dan Tan Kok Hong.

Liow mendapat 1,725 undi, Cho Ha (1,798), Ng (1,659) dan Tan (1,329 undi).


Empat lagi calon bagi jawatan naib presiden ialah Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Datuk Chor Chee Heung, Datuk Yap Pian Hon and Lim Teck Chong.

Dr Ng, yang juga menteri pembangunan wanita dan masyarakat, merupakan pemimpin wanita MCA pertama yang terpilih sebagai naib presiden.

Senarai jawatankuasa tertinggi MCA kebangsaan:

Presiden:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Presiden:
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Naib Presiden (4 orang):
1. Datuk Kong Cho Ha
2. Datuk Liow Tiong Lai
3. Datuk Dr Ng Yen Yen
4. Tan Kok Hong

Jawatankuasa Kerja Pusat MCA (25 orang):
1. Lee Wei Kiat
2. Wong Foon Heng
3. Tan Chai Ho
4. Tan Cheng Liang
5. Dr Hou Kok Chung
6. Lee Chee Leong
7. Gan Ping Shou
8. Yu Chok Tow
9. Wong Nai Chee
10. Lee Sing Chooi
11. Wee Jeck Seng
12. Gan Tian Loo
13. Dr Yeow Chai Thiam
14. Chong Itt Chew
15. Hoh Khai Mun
16. Ti Lian Ker
17. Liew Yuen Keong
18. Wong Mook Leong
19. Paul Kong Sing Chu
20. Edward Khoo Keok Hai
21. Tee Siew Kiong
22. Loh Seng Kok
23. Wong Siong Hwee
24. Dr Por Choo Chor
25. Loke Yuen Yow


http://www1.malaysiakini.com/news/91540

Insiden baling kerusi di mesyuarat Wanita Kuala S'gor

Oct 18, 08 9:01pm

Mesyuarat Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor hari ini kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan.

Kedua-dua insiden itu berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap Wanita Umno Kuala Selangor Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan untuk menghadiri mesyuarat bahagian itu esok.

Pihak media juga dihalang daripada masuk ke dalam dewan mesyuarat untuk mengikuti proses pengundian.

Menurut Bernama, bahagian itu mencalonkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dan Datuk Kamilia Ibrahim sebagai naibnya dalam pemilihan parti, Mac depan.

Bagi jawatan ketua wanita bahagian, penyandangnya Datin Paduka Mesrah Selamat mengekalkan jawatannya apabila menewaskan Ketua wanita Umno cawangan Pekan Kuala Selangor Datuk Dr Zahrah Abdul Kadir.

Daripada 253 perwakilan yang mengundi, Mesrah memperolehi 146 undi manakala Zahrah 105 undi sementara dua undi rosak.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor Datuk Amiruddin Setro.

http://www1.malaysiakini.com/news/91537

Ong: Perkongsian kuasa BN hanya slogan

Jimadie Shah Othman Oct 18, 08 6:30pm


MCA mendakwa perkongsian kuasa dalam BN dilihat “tidak berkesan” dan “masih dianggap sebagai slogan dan cakap mulut sahaja”.

“Kini, terdapat satu situasi yang tidak kena dan perlu dibetulkan, ramai orang mempunyai persepsi bahawa kongsi kuasa BN tidak benar-benar berkesan dan tidak diamal mengikut prinsip sebenar,” kata presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting.


'Situasi yang tidak kena' ini, tambahnya, disebabkan Umno dilihat lebih dominan berbanding parti komponen lain dalam BN.

“Pucuk pimpinan BN perlu membetulkan keadaan ini melalui amalan yang benar-benar melibatkan parti-parti komponen dalam membuat keputusan yang penting.

"Dan bukan nampak seolah-olah Umnolah yang memutuskan dasar penting sementara parti-parti lain diminta mempertahankan kemudiannya atas semangat BN,” kata Ong menyampaikan ucapan dasar dalam perhimpunan agung MCA ke-55 hari ini yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Ucapannya itu disambut tepukan gemuruh hadirin. Sebahagian mereka menyebut “betul, betul” tanda menyokong perkara itu.

Dalam ucapannya lebih kurang setengah jam itu, Ong, turut menuntut beberapa komitmen kepada perdana menteri “meneruskan beberapa usaha penting sebelum beliau bersara”.

MCA juga menuntut, pembaharuan sistem kehakiman negara, pembaharuan dan pemantapan usaha antirasuah, dan pembaharuan perkhidmatan pasukan polis.

Usaha itu, kata Ong, termasuklah, penubuhan suruhanjaya kehakiman yang telus dan penubuhan Suruhanjaya Bebas terhadap Salah Laku dan Aduan kepada Polis (IPCMC).

Presiden MCA itu turut menyentuh kemerosatan sokongan besar terhadap BN dalam pilihanraya lalu.

“Mereka (rakyat) merasa jijik dan marah dengan segelintih ahli politik dalam BN yang sombong dan ghairah membuat kenyataan atau ucapan yang berbau perkauman atau mengugut kaum-kaum lain.

"Terdapat juga ahli politik yang nampak kaya-raya tidak lama selepas memegang jawatan parti selepas dilantik memegang jawatan ahli majlis,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan keperluan mengkaji semula penggunaan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan mneyifatkannya sebagai “ketinggalan zaman” dan “mendatangkan kesan yang amat negatif kepada kerajaan”.

Turut disentuh beliau ialah cara pengendalian isu-isu keagamaan yang memberikan gambaran bahawa “kebebasan beragama tidak diamalkan seperti yang dinyatakan oleh pemimpin kerajaan.”

Secara sini, Ong membidas kerajaan yang meluluskan pembinaan enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baru dan 13 buah untuk dipindahkan tetapi 'lambat'.

“Kita pergi cakap-cakap, barulah timbang,” katanya.


http://www1.malaysiakini.com/news/91532

Mukhriz 56, Khairy 29, Khir 24


Abdul Rahim Sabri Oct 18, 08 3:48pm

9.50 malam Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendapat tiga lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda dari Batu Gajah, Bera dan Bukit Katil. Dengan ini, Khairy memperolehi 29 undi hingga malam ini.

Bagi jawatan naib ketua, Batu Gajah dan Bukit Katil mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican, manakala Bera mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.


8.55 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-56 dari Pemuda Putrajaya, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

47 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-55 dari Pemuda Kepong, yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

8.18 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-54 dari Pemuda Lenggong, Perak yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan naib ketua.

8.03 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-53 dari Pemuda bahagian Tanjung Piai, Johor manakala Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-23 dari Kuala Krau, Pahang.

Kedua-dua bahagian berkenaan juga mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim bagi jawatan naib ketua.

7.30 malam Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-52 dari Pemuda bahagian Baling yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua.

6.50 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mendapat pencalonan ke-51 dari Pemuda bahagian Titiwangsa.

5.40 petang Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat tiga lagi pencalonan dari Tapah, Dungun dan Grik.

Manakala bagi jawatan naib ketua, Tapah mencalonkan Khairy Jamaluddin untuk mengekalkan jawatan naib ketua, manakala Dungundan Grikmencalon ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim.

Dengan itu, pencalonan Dr Mohd Khir kini mencecah 22. Beliau memerlukan 17 pencalonan lagi layak bertanding ketua Pemuda Mac depan.

Pencalonan untuk Razali pula kini berjumlah 49.

5.20 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican masing-masing mendapat satu lagi pencalonan dari bahagian Ranau, bagi jawatan ketua dan naib ketua Pemuda.

Dengan itu, pencalonan untuk Mukhriz kini mencecah 50 manakala pencalonan untuk Reezal pula berjumlah 40.


5.15 petang Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim masing-masing mendapat satu lagi pencalonan dari Pemuda Paya Besar, bagi jawatan ketua dan naib ketua Pemuda.

Dengan itu, pencalonan untuk Mukhriz kini berjumlah 49 manakala untuk Razali kini 47.

4.40 petang Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Datuk Reezal Merican Naina Merican masing-masing dicalonkan oleh Pemuda Bukit Gantang untuk jawatan ketua dan naib ketua Pemuda.

Dengan itu, pencalonan bagi Dr Mohd Khir meningkat kepada 19 manakala pencalonan untuk Reezal kini 39.

3.40 petang Ahli Parlimen Jerlun. Datuk Mukhriz Mahathir mendapat empat lagi pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno, menjadikan jumlahnya meningkat kepada 48.

Sehingga jam 3.30 petang ini, Mukhriz mendapat pencalonan tambahan dari bahagian Sik, Jerai, Pasir Mas dan Setiu.

Manakala ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula mendapat dua lagi pencalonan - Alor Gajah dan Arau.

Manakala Datuk Dr Mohd Khir Toyo mendapat tiga lagi pencalonan dari bahagian Wangsa Maju, Labis dan Kelana Jaya.

Dengan itu Khairy kini mendapat 26 pencalonan manakala Dr Khir memperolehi 18 pencalonan.

Bagi jawatan naib ketua pula, ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendapat tujuh lagi pencalonan dari Sik, Pasir Mas, Wangsa maju, Jerai, Labis, dan Setiau.Manakala exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat tiga lagi pencalonan dari bahagian Alor Gajah, Kelana Jaya dan Arau.

Dengan itu, sehingga ini, Razali mendapat 46 pencalonan, manakala Reezal memperolehi 38 pencalonan.

http://www1.malaysiakini.com/news/91520

Pak Lah: Umno bukan pembuli


Jimadie Shah Othman Oct 18, 08 9:14am
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak tanggapan bahawa Umno telah mendominasikan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Berucap merasmikan perhimpunan agung k-55 MCA di ibunegara hari ini, Abdullah yang presiden Umno dan pengerusi BN berkata, tidak timbul soal Umno jadi pembuli dalam BN.


"Saya tidak reti buli orang, tak ada buli, sesama sahabat mana ada buli," tegas beliau dalam reaksinya terhadap ucapan presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting mengenai perkara itu sebelumnya.

Dalam ucapannya, Ong berkata, terdapat persoalan yang dibangkitkan mengenai konsep perkongsian kuasa dalam BN kerana Umno dilihat mendominasi parti-parti lain dalam BN

"Kalau betul berlaku pembulian oleh Umno, mestilah pemimpin lain dalam BN dan rakan-rakan komponen lain, akan bercakap mengenai perkara ini," tambahnya.

Antara tetamu yang hadir di majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta pemimpin parti-parti komponen BN yang lain.

Dalam ucapannya, perdana menteri turut menyentuh tentang peranan penting MCA dalam BN.

MCA rakan baik

Abdullah menyifatkan MCA sebagai rakan lama dan mempunyai hubungan yang baik dengan Umno.

"Walaupun dalam pilihanraya lepas, MCA tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, tapi kuota dalam kabinet telah diberi penuh kepada MCA," katanya.


Sehubungan itu, beliau berkata, penyertaan MCA perlu dalam BN tetapi beliau mengakui ada masalah dan kesilapan yang memang terjadi.

Abdullah turut mengulas soal reformasi dalam bidang kehakiman, anti-rasuah dan penambahbaikan pasukan polis, yang dibangkitkan oleh Ka Ting dalam ucapannya.

"Ini adalah janji-janji kita dalam manifesto (pilihanraya umum) 2004. Walaupun masa saya singkat, ia akan dibawa ke Parlimen, dan akan disokong penuh oleh timbalan saya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," katanya.

Mengulas mengenai pemilihan pucuk pimpinan MCA hari ini, Abdullah berkata, beliau senang hati dengan kepimpinan MCA sekarang.

"Siapa pun, saya senang hati untuk bekerjasama...," tambahnya.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, perdana menteri, soal buli ditimbulkan oleh pembangkang yang ingin memberi persepsi tersebut terhadap BN.

Tetapi, tambahnya, bagi kepimpinan BN, mereka faham, sentiasa baik dan sentiasa berkerjasama.

Konvensyen BN

Oleh itu, katanya, soal Umno membuli parti-parti komponen BN yang lain hanyalah satu persepsi.

Abdullah turut diminta mengulas cadangan Pemuda MCA supaya diwujudkan satu lagi jawatan timbalan pengerusi BN.

Ditanya sama ada ia akan dibincangkan dalam mesyuarat BN, Abdullah berkata, ia isu besar dan akan dibincangkan dalam konvensyen BN tidak lama lagi.

"Apa jua pandangan yang dikemukakan, akan dibincangkan dalam konvensyen BN.

"Apa pun juga, pada dasarnya, kita boleh berbincang..cadangan lain (yang akan dibincangkan di konvensyen tersebut) saya belum tahu, tapi kita akan ambil kira," tambahnya.

Penahanan aktivis Suaram

Perdana menteri turut ditanya mengenai penangkapan aktivis hak asasi, Cheng Lee Whee dari Suaram di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Cheng, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi.

Beliau dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kelmarin.

Berikutan itu, para wartawan bertanya kepada Abdullah sama ada kerajaan sedang menggunakan ISA.

"Kita guna ISA tapi bagi saya, mestilah berhati-hati dan tidak ada unsur salahguna kuasa," kata Abdullah sambil menegaskan bahawa beliau bercakap sebagai orang yang prnah menjadi menteri dalam negeri.

Abdullah berkata, ISA bukan tidak boleh dipakai, kerana ianya juga digunakan di negara-negara lain.

Ditanya sama ada ISA akan disemak semula, Abdullah berkata, pada masa ini, ia tidak akan disemak semula.

Ketika ditanya mengenai Hindraf pula, perdana menteri berkata: "Keputusan sudah dibuat, ia adalah satu pertubuhan yang tidak sah, tidak ada makna saya bercakap banyak."

http://www1.malaysiakini.com/news/91510

SPNB bantu penduduk bina rumah

Abdul Rahim Sabri Oct 17, 08 7:01pm

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sedang mengisi borang permohonan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah bagi membina di lokasi ganti di Bukit Dagang di bawah skim perumahan negara.

Setakat ini 123 penduduk yang telah mendapat geran tapak rumah di kawasan ganti tersebut.

Daripada jumlah tersebut, 48 telahpun membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada SPN.

SPNB merupakan syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan untuk menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti untuk semua keluarga di seluruh Malaysia selaras dengan objektif perumahan negara.

Menurut ketua Umno cawangan Kampung Baru Plentong Tengah, Mohd Shaari Mohd Sham, SPN memperuntukkan tiga hari, mulai semalam untuk membolehkan baki 262 lagi mengisi permohonan tersebut.

Katanya, para pegawai SPN tiba petang semalam, selepas pihak pemaju melancarkan operasi merobohkan rumah di situ.

Bagaimanapun, operasi semalam hanya membabitkan perobohan kira-kira 20 buah rumah di situ yang tidak berpenghuni.

Projek komersial

Kampung Baru Plentong Tengah merangkumi kawasan seluas 113 ekar dan didiami oleh lebih 2,000 penduduk sejak 25 tahun lalu.

Bagaimanapun, ia telah diserahkan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek komersial.

Sementara itu, Mohd Shaari berkata, satu taklimat khas akan diadakan pada 19 Oktober ini untuk memberi penerangan kepada penduduk mengenai penempatan di Bukit Dagang.

Taklimat tersebut akan diadakan diadakan perkarangan surau Kampung Baru Plentong pada jam 2.30 petang.

Antara wakil agensi yang hadir adalah dari Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan; Pejabat Tanah, Majlis Keselamatan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Perumahan Negara.

"Mereka akan memberi penerangan secara terperinci tentang isu ini supaya penduduk tidak keliru dan mendapat kefahaman dan gambaran yang jelas," katanya.

Di samping itu, kata Mohd Shaari, Jabatan Perumahan Negara juga akan memberi penerangan mengenai isu rumah penempatan sementara, yang ditawarkan kepada penduduk terbabit.

http://www1.malaysiakini.com/news/91485

Tempoh kempen panjang, Zahid sokong Muhyiddin

Oct 17, 08 6:04pm

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan pendapat bahawa tempoh empat bulan bagi kempen pemilihan Umno adalah terlalu panjang.

Beliau berpendapat tempoh kempen sepatutnya bermula sebaik sahaja bahagian-bahagian menyelesaikan persidangan perwakilan masing-masing pada 9 November depan.

"Itu adalah satu tarikh yang sebaik-baiknya kerana di dalam amalan pemilihan yang lepas, tempoh kempen tidak sepanjang yang sedang kita hadapi sekarang," katanya yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Tetapi saya bukanlah `authority' yang boleh bercakap mengenai hal itu tetapi jika perkara itu dibawa oleh jawatankuasa pengurusan untuk dibincangkan pada mesyuarat MT minggu depan, Insyaallah saya salah seorang yang akan menyokong," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, Bernama memetik Ahmad Zahid sebagai berkata pandangannya itu bukan dengan hasrat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan jawatannya lebih awal.

"Tetapi Perdana Menteri boleh terus pegang jawatan sebagaimana yang tetapkan kerana saya tetap menghormati tarikh peralihan kuasa iaitu pada Mac 2009...cuma dari segi parti...presiden parti mungkin dapat dipilih secara rasmi pada perhimpunan agung parti yang diadakan lebih awal," katanya.

Beliau berkata pemilihan awal bukan sahaja boleh memberikan keselesaan kepada calon tetapi juga kepada para perwakilan.

"Saya lihat bukan hanya politik wang akan berlaku tetapi juga boleh menimbulkan banyak fitnah, tohmahan dan macam-macam lagilah," katanya.

Semalam Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tempoh kempen selama empat bulan untuk pemilihan Umno adalah terlalu lama dan ia boleh menjejaskan produktiviti calon terutama yang mempunyai portfolio dalam kerajaan.

Muhyiddin yang akan bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden Umno turut merasakan sebagai seorang calon tempoh kempen yang pendek iaitu selama sebulan adalah lebih baik.

Mengulas saranan Ketua Pemuda MCA Datuk Liow Tiong Lai hari ini supaya jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditambah kepada dua jawatan dengan satunya daripadanya diisi pemimpin MCA, Ahmad Zahid berkata cadangan itu baik tetapi perlu mendapatkan persetujuan daripada semua anggota BN.

http://www1.malaysiakini.com/news/91481

UPM siasat isu 2 siswi dibuang kolej

Jimadie Shah Othman Oct 17, 08 4:33pm

Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang menyiasat dakwaan dua pelajar cemerlangnya yang dibuang secara mengejut dari kolej kediaman, hanya kira-kira seminggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula, Selasa depan.

Siasatan perkara itu, yang didedahkan Malaysiakini semalam, dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Alumni.

"Biasanya dalam tempoh 24 jam kita boleh dapat penjelasan. Penjelasan daripada pengetua (kolej) dijangka petang ini. Selewat-lewatnya esok," kata sumber-sumber pentadbiran UPM.

Difahamkan, kes-kes penyingkiran dari asrama biasanya berhubung beberapa kesalahan seperti pergaduhan, berkelakuan sumbang dan merosakkan harta benda asrama.

Usaha mendapatkan penjelasan pengetua Kolej Tun Perak, profesor madya Dr Jasni Sabri sejak semalam masih belum berhasil.

Sementara itu, ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendesak kolej berkenaan mempertimbangkan semula keputusannya dan mengambil sikap bertolak ansur.

"Seharusnya pelajar berkenaan diberikan peluang untuk berbincang dan bukan terus dihalau keluar," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ketua Wanita PKR berkata, tindakan UPM boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan kedua-dua pelajar berkenaan.

Tindakan kolej memberi kata dua kepada pelajar terbabit supaya mengosongkan bilik atau dikenakan tindakan tatatertib, dan mengancam menyita barang-barang disifatkannya "tidak munasabah."

Kelmarin, dua pelajar wanita yang menganggotai Kelab al-Biruni UPM, sebuah kumpulan eksklusif pelajar cemerlang diarahkan meninggalkannya, sehari selepas notis rasmi dikeluarkan.

UPM menyatakan, kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Mereka berdua, seorang daripadanya exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM, diarahkan mengosongkan bilik kediaman mereka di Blok Lekir mulai 10 pagi.

"Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut," surat arahan bertarikh 14 Oktober dipetik.

Difahamkan, kedua-duanya menetap di kolej itu sejak awal semester ini setelah pengurusan kolej meluluskan permohonan mereka.

Pada asalnya, nama mereka tidak tersenarai sebagai penghuni kolej itu semasa pendaftaran semester ini, awal Julai lalu, walaupun dimaklumkan mendapat tempat seminggu sebelumnya.

Hasil perbincangan dengan pentadbiran kolej, mereka akhirnya dibenarkan tinggal.

Namun, Jumaat minggu lepas, selepas menginap lebih tiga bulan di asrama berkenaan, pintu bilik mereka telah dikunci oleh pengurusan kolej tanpa sebarang notis rasmi.

Borang permohonan Mahasiswa Luar kampus (MLK) turut diselitkan bagi menyatakan mereka harus mencari kediaman di luar UPM.

Mereka bagaimanapun tidak mengisi borang itu kerana tidak berminat berbuat demikian.

Kedua-dua pelajar perempuan itu difahamkan sekarang menumpang di rumah seorang rakan di Seri Serdang, taman perumahan bersebelahan kampus tersebut.

http://www1.malaysiakini.com/news/91472

Pemuda MCA: Kaji semula dominasi Umno dalam BN


Ng Ling Fong Oct 17, 08 12:09pm

Pemuda MCA hari ini mahu kedudukan dominan Umno dalam Barisan Nasional dikaji semula.

Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini boleh dilakukan dengan menambah satu lagi jawatan timbalan pengerusi BN.

Pada masa ini, pengerusi Dewan Tertinggi BN ialah presiden Umno yang juga perdana menteri.


Manakala, kini hanya ada satu sahaja jawatan timbalan pengerusi BN, yang juga disandangkan timbalan presiden Umno.

Jawatan-jawatan utama yang lain seperti setiausaha agung, ketua Pemuda dan ketua Wanita turut dibolot oleh Umno.

Liow menyarankan, jawatan timbalan tambahan itu disandang oleh wakil dari MCA, sebagai parti komponen kedua terbesar dalam BN.

Liow menyarankan demikian ketika berucap di perhimpunan agung Pemuda MCA ke-45, di ibunegara hari ini.

Liow tidak bertanding jawatannya kali ini dan ketua baru Pemuda MCA ialah Datuk Wee Ka Siong.

Liow yang sebelum itu berucap dalam bahasa Mandarin, kemudiannya mengulangi gesaaannya itu dalam bahasa Malaysia.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naibnya, Khairy Jamaluddin.

Tindakan Liow dilihat satu langkah ketelusan kerana perkara itu tidak disebut langsung dalam teks asalnya dalam Bahasa Malaysia yang diedarkan kepada pihak media.

Menurut Liow lagi, sekiranya tidak ada MCA, maka tidak akan ada gabungan Perikatan yang dianggota oleh tiga parti - Umno, MIC dan MCA.

Jika tiada Periktan, katanya, maka tiadalah wujud BN hari ini

"Oleh itu, MCA sepatutnyalah memegang jawatan timbalan presiden BN

"Malah, setiausaha, bendahari BN boleh disandang oleh anggota dari parti komponen lain, tidak semestinya dari Umno sahaja," katanya.

Selain meminta proses pembuat keputusan distruktur semula, beliau juga menyarankan agar sumber-sumber BN supaya diagih secara sama rata.

"Dulu Umno mendominasi semua sumber BN, dari peringkat pusat hingga bahagian, ini perlu dibawa untuk berbincang dalam agenda BN.

"Hanya dengan itu, rakyat akan melihat bahawa BN komited dan bersedia untuk berubah," katanya.

Reaksi Hishammuddin

Sementara itu, Hishammuddin yang juga pengerusi Pemuda BN, berkata cadangan Pemuda MCA supaya BN mewujudkan jawatan timbalan pengerusi kedua, perlu dikaji dan dibincangkan dengan mendalam oleh semua parti komponen BN.

"Saya baru dengar cadangan itu pagi tadi dan terpulanglah kepada saya untuk memutuskannya. Kita terbuka untuk semua. Kita telah dengar mengenai penyertaan terus bagi mereka yang tidak mahu menyertai mana-mana parti komponen, terus menganggotai BN dan kini cadangan ini.

"Kita sepatutnya membincangkan idea ini. Bagi saya tidak ada formula tertentu. Kita hendaklah dengar pandangan semua parti. Dalam beberapa bulan, perhimpunan agung Umno akan diadakan dan saya pasti ada juga cadangan daripada perwakilan dan pemimpin mengenai cara-cara untuk mengukuhkan BN," katanya kepada pemberita menghadiri majlis perasmian perhimpunan tersebut.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata jika cadangan itu akan diterima, ketika itulah BN akan melalui perubahan

"Tetapi saya hargai MCA. Mereka belum lagi mengatakan bahawa mereka akan keluar BN. Pada hakikatnya mereka komited kepada BN dan mahu BN lebih kuat. Sebab itu mereka buat cadangan ini.

"Ini juga menunjukkan dedikasi mereka kepada campuran. Mereka sedia menghadapi cabaran dengan BN dalam apa jua keadaan. Mereka dengan kita dalam keadan senang dan sukar," tambahnya.

http://www1.malaysiakini.com/news/91433
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...