Showing posts with label Habeas Corpus. Show all posts
Showing posts with label Habeas Corpus. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Habeas corpus PSM6 ditangguhkan

Habeas corpus PSM6 ditangguhkan
Hafiz Yatim & Abdul Rahim Sabri
Jul 22, 11
2:32pm

GALERI FOTO

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan kerajaan menangguhkan permohonan habeas corpus enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 sejak 2 Julai lalu.

Mereka yang ditahan itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar.

azlanHakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan tarikh baru 5 Ogos bagi mendengar permohonan itu membolehkan mereka membalas 15 afidavit sokongan tambahan.

Dalam membenarkan kerajaan tempoh masa bagi memfailkan afidavit, Hakim Su berkata beliau tertakluk dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan yang membenarkan pihak-pihak masa bagi menyediakan jawapan afidavit mereka.

Peguam Kanan Persekutuan Othman Yusof, yang mewakili kesemua responden, berkata pihaknya perlu meneliti pelbagai dakwaan dalam afidavit sokongan tambahan yang difailkan antara 18 dan 21 Julai itu.

Peguambela utama Sulaiman Abdullah yang mewakili pemohon, membantah penangguhan itu dan berkata, perbicaraan sepatutnya diteruskan bagi memberi keadilan kepada mereka yang ditahan.

Katanya penahanan enam orang itu tidak wajar kerana mereka ditangkap untuk menghalang daripada terlibat dalam perhimpunan BERSIH pada 9 Julai, tetapi walaupun peristiwa itu telahpun berlalu, mereka masih ditahan.

NONEPada 6 Julai lalu, semua enam pemohon yang termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, 56, memfailkan permohonan dan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden

Yang lain ialah M Sukumaran, 50, AP Letchumanan, 49, Choo Chon Kai, 33, M Sarasvathy, 58, and R Sarat Babu, 25.

Semua mereka meminta dibebaskan dengan segera.

Sementara itu, kira-kira 100 aktivis, penyokong PSM dan ahli keluarga mereka yang ditahan itu berhimpun di luar pintu masuk Komples Mahkamah Kuala Lumpur.

Mereka hadir untuk memberi sokongan.

Diketuai oleh setiausaha agung PSM S Arutchelvan, kompleks mahkamah bergema apabila mereka melaungkan "Bebas Tahanan" dan "Hidup Rakyat" beberapa kali.

NONEMereka juga membawa beberapa kain rentang dan poster menuntut keenam-enam mereka dibebaskan.

Turut hadir peguam Haris Ibrahim, ahli jawatankuasa PEMANDU 2.0 Maria Chin Abdullah dan Makcik BERSIH - Anne.

Sebelum berkumpul, PSM juga turut menjual baju T dan lencana merah yang menuntut agar enam pemimpin mereka dibebaskan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/170716

Thursday, July 7, 2011

6 aktivis PSM fail habeas corpus supaya dibebas

Jul 6, 11 9:28pm

Enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D. Michael Jeyakumar, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969, hari ini
memfailkan permohonan habeas corpus supaya dibebaskan dengan segera.

Mereka memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Jenayah, Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang melalui firma guaman Tetuan Raj, Ong & Co dengan menamakan Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Selain Dr Jeyakumar, 56, mereka yang lain ialah Sukumaran a/l Munisamy, 50, Letchumanan a/l Aseer Patham, 49, Choo Chon Kai, 33, Sarasvathy a/p Muthu, 58, dan Sarat Babu a/l Raman, 25.

Permohonan habeas corpus itu dibuat atas alasan bahawa peguam dan anggota keluarga mereka tidak mendapat akses untuk menemui mereka walaupun telah beberapa kali memohon kepada pihak polis.

Dalam permohonan itu, mereka mendakwa tidak menghubungi keluarga atau pun peguam mereka sejak ditahan Sabtu lepas di bawah Seksyen 3(1) ordinan berkenaan.

Permohonan itu turut disertakan dengan notis perakuan segera melalui peguamnya Yudistra Darma Dorai supaya mahkamah mendengar kes itu dengan segera.

Yudistra, yang hadir ke mahkamah, memberitahu media bahawa polis Bukit Aman telah membenarkan pihaknya dan keluarga keenam-enam tahanan itu berjumpa dengan tahanan itu esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169158
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...