Showing posts with label Poligami. Show all posts
Showing posts with label Poligami. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Wanita berhak tolak poligami, kata Imam Al-Aqsa

Jul 6, 11 1:51pm

Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.

Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.

Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: "Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/169075

Monday, June 27, 2011

Nik Aziz: Insentif bukan galak lelaki berpoligami

Nik Aziz: Insentif bukan galak lelaki berpoligami
Jun 23, 11 6:58pm


Cadangan kerajaan Pas Kelantan memperkenalkan insentif kepada lelaki yang tidak merahsiakan perkahwinan secara poligami tidak bermaksud kerajaan negeri menggalakkan mereka supaya berpoligami, kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

NONEKatanya ia lebih kepada usaha untuk mencari kedamaian pasangan yang mempunyai niat untuk berkahwin lebih daripada satu supaya tidak menimbulkan masalah kepada keluarga apabila mereka merahsiakan sesuatu perkahwinan.

"Kita tidak galakkan lelaki berpoligami, tetapi ia bertujuan mencari kaedah bagaimana perkahwinan poligami itu dapat dilaksanakan secara tersusun dan tidak menimbulkan masalah kepada pasangan terbabit, kerana ia adalah ia adalah sesuatu yang sensitif baik bagi lelaki atau wanita," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri dua hari lalu bahawa kerajaan negeri bercadang memberi insentif kepada lelaki yang mendedahkan niat mereka untuk berkahwin secara poligami bagi menjamin kerukunan rumah tangga yang bakal dibina.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun berkata kerajaan negeri belum dapat menerangkan apakah bentuk insentif yang bakal diberikan itu.

Katanya cadangan kerajaan negeri ini bukan sahaja tidak dihalang oleh agama, malah kaedah itu boleh membantu anak dara tua atau janda berkahwin dan mendapat pembelaan suami.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167863

Poligami ibarat ' pikul beban kayu'

Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 22, 11
6:11pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilihat mengelak memberikan jawapan pasti sama ada menyokong atau menolak cadangan kerajaan Kelantan memberi insentif khas kepada suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Bagaimanapun, beliau dilihat menyatakan sikap tidak senangnya aktiviti tersebut kerana perkara itu diibaratkan seolah-olah "memikul beban kayu".

NONE"Salih Yaccob itu lain, sebab namanya dah soleh," selorohnya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 100 hadirin yang hadir menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh sepuluh syarikat besar di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Semalam, exco kerajaan Kelantan Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan daripada diketahui isteri dan anggota keluarga lain.

Katanya, kalau ada pihak yang berpoligami seperti pelawak terkenal Salih Yaccob yang beristeri empat bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

Jamil Khir juga terus berseloroh dengan tidak mahu menjawab pertanyaan wartawan kepadanya pagi tadi kerana menganggap soalan tersebut sekadar picisan.

"Saya tidak mahu menjawab sebab soalan itu hanyalah sekadar picisan," katanya.

azlanBeliau turut menjelaskan pelbagai persepsi masyarakat sekarang yang menyalahtafsirkan ayat al-Quran berhubung keharusan berpoligami.

"Ada seorang datang ke pajabat agama menyatakan dia telah berkahwin sepuluh, kerana dia telah menambahkan atau mendarabkan bilangan angka yang terkandung dalam surah itu," katanya.

Beliau juga memetik Surah an-Nisa yang menyebut supaya berkahwinlah dua, tiga atau empat dan sekiranya tidak mampu cukuplah dengan seorang isteri.


http://malaysiakini.com/news/167733

Suami tak sembunyikan berkahwin lain diberi insentif

Suami tak sembunyikan berkahwin lain diberi insentif
Jun 21, 11 7:02pm

Kerajaan Pas Kelantan bercadang memberi insentif khas kepada golongan suami yang tidak menyembunyikan perkahwinan lain daripada isteri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pemberian insentif khas itu sebagai galakan kepada para suami agar tidak menyembunyikan perkahwinan berikutnya itu daripada diketahui isteri dan anggota keluarga yang lain.

"Ada syaratnya dan kalau anda seperti Salih Yaccob (penyanyi dan juruhebah Radio Sinar FM) bolehlah ke hadapan untuk terima insentif itu.

"Apa pun ini masih di peringkat cadangan lagi dan jika dipersetujui, bukan sahaja suami yang akan mendapat penghargaan tetapi kepada isteri-isteri dan anak-anak, mereka juga akan turut mendapat insentif ini nanti,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.

Ketika menggulung perbahasan sebelum itu, Wan Ubaidah berkata, kerajaan negeri menyambut baik cadangan itu kerana ketika ini ramai yang masih menyembunyikan perkahwinan kedua dan seterusnya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167624

Friday, June 17, 2011

Lelaki 4 Isteri Dihukum Penjara 18 Tahun

    Lelaki 4 Isteri Dihukum Penjara 18 Tahun Rogol Anak Jiran

    June 16, 2011

KUANTAN – Seorang buruh yang merogol anak jirannya yang berusia 11 tahun di dalam semak selepas menjemputnya pulang dari sekolah, hujung bulan lalu hari ini dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Erwan Hairuddin, 45, yang beristeri empat mengaku bersalah merogol kanak-kanak pada 26 Mei lalu selepas mengambil mangsa pulang dari sekolah.

Sehubungan itu, Hakim Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman berat tersebut setelah menyifatkan tertuduh amat berbahaya kepada masyarakat.

“Selepas dirogol mangsa diberi duit untuk tidak memberitahu kepada sesiapa mengenai kejadian itu. Tertuduh tidak layak diberi hukuman bagi tempoh pendek kerana berbahaya kepada masyarakat.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan sebatan tiga kali atas kesalahan itu. Kalau tidak berpuas hati dengan keputusan ini, boleh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi dalam masa 10 hari,’’ kata beliau.

Erwan mengaku melakukan kesalahan itu terhadap anak jirannya di dalam semak berhampiran jambatan di Kampung Sri Damai di sini kira-kira pukul 1.30 petang, 26 Mei lalu selepas mengambil mangsa dari sekolahnya dengan menggunakan motosikal.

Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu, ketika diberi peluang mengemukakan rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Erwan memohon hukuman ringan kerana terpaksa menanggung empat isteri dan 15 orang anak.

Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar yang mengendalikan pendakwaan pula memohon hukuman setimpal dikenakan kerana biarpun tertuduh mempunyai empat isteri tetapi masih menjadikan kanak-kanak sebagai tempat melepaskan nafsunya.


http://mynewshub.my/bm/2011/06/16/lelaki-4-isteri-dihukum-penjara-18-tahun-rogol-anak-jiran/

Thursday, June 16, 2011

Mashitah selar suami peralat isteri

Jun 8, 11 7:51pm

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, menyelar segelintir suami yang menjadikan isteri semata-mata tempat melepaskan nafsu seks tanpa memikirkan kepentingan hidup berkeluarga.

Katanya, perkahwinan yang digalakkan oleh Islam adalah untuk menjamin keutuhan hidup suami isteri dan membentuk keluarga yang bahagia dengan kedua-dua suami isteri sama-sama memegang tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak.

"Justeru jangan ada di kalangan suami yang cuba mengabui pemahaman isteri kononnya satu pengorbanan bagi mereka dengan jaminan masuk syurga jika membenarkan suami berkahwin lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Simposium Wanita peringkat negeri oleh Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Dewan 2020 di Kangar hari ini sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Raja Perlis.

Mashitah yang juga seorang daripada panel simposium itu berkata, adalah tidak wajar seseorang suami meletakkan isteri mereka sebagai "pelacur terhormat" sedangkan taat setia tidak boleh diletakkan kepada isteri sahaja sebaliknya suami juga perlu mempunyai sikap taat setia kepada isteri mereka.

Beliau menyifatkan perbuatan sedemikian tidak boleh dibiarkan kerana isteri akan terus teraniaya sedangkan apa yang lebih penting adalah jaminan masa depan keluarga dan anak-anak, bukan semata-mata memuaskan nafsu seks seseorang suami.

"Dalam rumah tangga memang menjadi tanggungjawab isteri melayan suami tetapi jangan pula seseorang suami mengambil kesempatan daripada layanan baik isteri mereka hingga sanggup mempergunakan isteri tersebut untuk memuaskan hawa nafsu sendiri," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/166389

Thursday, March 24, 2011

Ditinggal lepas nikah 3 bulan

Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bimbang rahsia perkahwinan keduanya di negara jiran diketahui isteri pertama, seorang pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan Islam di Ranau, Sabah sanggup meninggalkan isteri baru tanpa nafkah zahir dan batin hanya selepas beberapa bulan mereka bernikah.

Malah, lelaki berusia 50-an itu turut membiarkan isteri keduanya hidup tanpa status yang sah apabila enggan mendaftarkan perkahwinan mereka di sini walaupun mengetahui ia menyalahi undang-undang syariah.


Wanita malang itu yang hanya ingin dikenali sebagai Khadijah, 53, berkata, dia sanggup berkahwin dengan lelaki itu kerana terlalu mempercayainya yang mempunyai latar belakang agama tinggi dan berasa suaminya itu akan bertanggungjawab serta berlaku adil.

Menurutnya, mereka bernikah pada 30 Julai tahun lalu di Narathiwat, Selatan Thailand dan kira-kira sebulan selepas itu dia dengan usaha sendiri mendaftarkan pernikahan mereka di jabatan agama, namun suaminya enggan menandatangani dokumen dengan memberikan pelbagai alasan.


“Sebelum kahwin macam-macam dia janjikan, hingga sanggup memberi mas kahwin RM15,000. Tapi tidak sangka selepas tiga bulan bernikah dia meninggalkan saya tanpa sebarang nafkah serta turut bersikap dingin terhadap saya hingga kini. “Dia langsung tidak mempedulikan saya sekarang dan apabila ditanya mengapa, dengan selamba dia mengatakan mereka tidak boleh hidup bersama kerana cara hidup mereka berbeza,” katanya yang ditemui di sini, kelmarin.


Khadijah berkata, dia berasa dipermainkan dan lebih teruk suaminya seperti tidak mahu mengaku yang mereka sudah berkahwin dengan beberapa kali menghantar SMS mengatakan pernikahan di negara jiran itu tidak sah dan mereka tiada sebarang ikatan atau hubungan lagi.

Menurutnya, dia tidak sangka seorang berjawatan tinggi dalam pertubuhan Islam yang boleh dikatakan berstatus pendakwah serta mengetahui mengenai hukum agama serta undang-undang syariah tergamak melakukan perkara sedemikian. Katanya, dia kini malu untuk berdepan dengan masyarakat sekeliling terutama ahli keluarga dan rakan yang mengetahui mengenai perkahwinan mereka dan perkara itu juga mengganggu kehidupan hariannya.


“Jika benar dia sudah tidak mahu ada apa-apa hubungan, saya harap perpisahan itu dilakukan mengikut cara yang betul dengan mendaftarkan terlebih dulu perkahwinan dan kemudian barulah bercerai cara baik melalui proses yang betul.

“Macam mana nak bercerai sedangkan pernikahan kami tidak didaftarkan dan saya percaya dia mengetahui perkara itu, tetapi sengaja berbuat demikian kerana takut perkahwinan kami diketahui isteri pertama selain bimbang kedudukannya terjejas ekoran melakukan kesalahan mengikut undang-undang syariah ,” katanya.


Menurutnya, dia masih menyayangi suaminya dan jika boleh ingin mencari jalan terbaik bagi menyelamatkan perkahwinan mereka serta berharap suami lebih bertanggungjawab dengan tidak lepas tangan dengan apa yang sudah berlaku. Khadijah berharap agar pengalaman pahitnya itu dijadikan iktibar kepada wanita lain supaya tidak terpedaya dengan kedudukan seseorang itu hingga sanggup membelakangkan undang-undang.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ditinggallepasnikah3bulan/Article/index_html

Sunday, March 20, 2011

Hasrat kahwin setiap bulan

Hasrat kahwin setiap bulan

Oleh ISMA ISMAIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

TEKAD BALAS... empat ‘madu’ melihat gambar lelaki yang memperdayakan mereka.
TEKAD BALAS... empat ‘madu’ melihat gambar lelaki yang memperdayakan mereka.

KUALA LUMPUR: Tembelang seorang lelaki yang bercita-cita hidup senang dengan mengikis wang wanita bukan saja terbongkar, malah dia kini tidak keruan apabila terpaksa berdepan pakatan empat ‘madu’ yang berganding bahu untuk memporak-perandakan hidupnya.

Pakatan berkenaan membabitkan tiga mangsa yang dijanjikan untuk dikahwini dalam tempoh selang sebulan, bermula bulan depan, manakala bekas isteri lelaki itu mahu melunaskan dendam selepas menyedari suaminya curang.

Sebagai wanita, dia berang kerana suaminya memperdaya mangsa hingga ada yang mengandung, ditipu lebih RM10,000 dan diperbodoh-bodohkan.

Antara perancangan empat mangsa lelaki yang selayaknya digelar kasanova kaki temberang itu adalah membuat laporan polis selepas mendakwa diugut lelaki berkenaan dan muncul di majlis perkahwinannya dengan seorang lagi mangsa.

“Kami menyimpan khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang dihantar lelaki itu selepas tembelangnya pecah. Kami juga mendapat maklumat dia akan berkahwin dengan seorang lagi mangsanya beberapa bulan lagi.

“Tunggulah kehadiran kami,” kata seorang mangsa mewakili kumpulan wanita itu yang mahu dikenali sebagai Nani, 28.

Nani ditemui Metro Ahad bersama dua lagi mangsa dikenali sebagai Miza, 42; Dira, 51, dan bekas isteri lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Alin, 29.

Menurut Nani, tembelang lelaki itu terbongkar selepas dia, Miza dan Dira yang masing-masing berstatus ibu tunggal berhubung antara satu sama lain di laman sosial yang menjadi punca kepada perkenalan mereka dengan lelaki terbabit.

Katanya, mereka mengenali lelaki itu sekitar Ogos tahun lalu menerusi laman sosial dan segala-galanya terbongkar dua bulan lalu.

“Dalam laman sosial itu, Miza dan Dira turut menjadi kenalan saya. Apabila berhubung antara satu sama lain, masing-masing bercerita mengenai ‘drama king’ itu dan terbongkarlah rahsia.

“Dalam menjalin hubungan cinta dengan saya, rupa-rupanya dia turut bercinta dengan dua rakan saya. Taktiknya sama, antaranya menggunakan panggilan diri ‘papa’ dan menagih simpati dengan mengatakan ibunya terlantar di hospital dua tahun akibat koma,” katanya.

Nani berkata, lelaki itu turut merayu supaya diberikan RM15,000 untuk menanggung kos rawatan ibunya.


“Dengan saya dia minta RM15,000, begitu juga Miza dan Dira. Kerana tertipu dengan janji manisnya, sepanjang perkenalan, saya menyerahkan lebih RM10,000.

“Paling menyedihkan, saya sanggup meminjam RM5,000 daripada along untuk diberikan kepadanya,” katanya yang turut mengakui menyerah tubuhnya kepada lelaki itu sehingga kini mengandung dua bulan.

Menurut Nani, satu lagi tembelang yang dibongkar, lelaki yang pada mulanya mengaku bujang itu rupa-rupanya berkahwin.

“Lelaki itu meminjam telefon bimbit saya dan menggantikan dengan ‘telefon buruk’ miliknya. Saya mengesan satu nombor tanpa nama dan menghubunginya.

“Alangkah terkejutnya saya, individu yang saya hubungi adalah isterinya. Isterinya tidak terkejut kerana tahu kerenah suaminya yang banyak skandal dengan wanita, malah pada masa sama mengakui tidak tinggal sebumbung dan akan bercerai,” katanya.

Selepas mengenali satu sama lain sebulan lalu, Nani bersama Miza, Dira dan Alin mengadakan pertemuan dan terbongkarlah lebih banyak rahsia lelaki itu.

“Dalam pertemuan itu Alin mengesahkan sudah bercerai. Walaupun masing-masing sakit hati tetapi apabila bercerita, lucu pula jadinya.

“Ketika menjalin hubungan dengan kami, dia sudah ada isteri. Dengan saya dia janji nak kahwin April tahun ini dan dengan dua lagi ‘kekasihnya’ (Miza dan Dira), dia janji nak kahwin pada Mei dan Jun. Justeru, kami ini empat madulah jadinya,” katanya.

Menurut Nani, dakwaan lelaki itu bahawa ibunya sakit juga dusta semata-mata.

“Kami sudah berjumpa ibunya. Memang dia raja drama sebab ibunya sihat saja di rumah. Kami juga bertemu seorang adik beradiknya dan ternyata dia memang penipu,” katanya.

Nani mengakui ‘tewas’ dengan ayat manis lelaki itu dan kini menyesal.

“Saya pun sukar menyatakan mengapa saya jatuh hati dengannya sebab boleh dikatakan dia masuk dalam kategori kasanova ‘cap ayam’. Nak kata tampan, tak adalah pula, perut buncit adalah.

“Cuma, dia guna ayat manis untuk memikat sehingga saya terpikat. Kini, saya menanggung akibatnya,” katanya.

Bagi Miza pula, dia kerugian kira-kira RM1,000 selepas ‘buta-buta’ menyerahkan wang kepada lelaki itu.

“Lelaki itu memang pandai memujuk rayu. Kerjanya asyik minta wang... tambah nilai kredit telefon bimbit pun minta dengan saya.

“Kira-kira RM1,000 sudah saya beri kepadanya. Selepas tembelangnya terbongkar, saya akan menuntut kembali wang saya,” katanya.

Dira pula berkata, dia kerugian kira-kira RM500 sepanjang berkenalan dengan lelaki itu.

“Eloklah tembelangnya pecah sebab belum apa-apa, sudah terserlah sikap buruknya. Kerjanya asyik cemburu, mengongkong dan memaki saja.

“Nasiblah siapa mangsanya selepas ini. Orang seperti itu tidak akan berhenti menipu dan menyusahkan orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Alin mengakui sehingga hari ini dia menerima panggilan daripada wanita tidak dikenali melepaskan kemarahan dan menuntut wang.

“Saya memang ada menggunakan nombor telefon bekas suami. Justeru, ada wanita yang dikenakan bekas suami menghubungi nombor telefon itu.

“Saya nak buat macam mana. Pekakkan telinga sajalah,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Hasratkahwinsetiapbulan/Article/artikelMA

Saturday, February 26, 2011

'Ini semua salah faham'

'Ini semua salah faham'

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Siti Nor Hidayatidayu Razali
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, saya sudah bebas daripada semua tuduhan dan kejadian yang berlaku sebenarnya hanyalah salah faham,” kata pelakon drama popular, Zaefrul Nadzarine Nordin, 45, atau Zaefrul ketika mengulas mengenai insiden dia ditahan pihak berkuasa selepas terbabit dalam kes ugutan terhadap dua pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), minggu lalu.

Zaefrul dan dua lagi rakannya berusia lewat 30-an yang ditahan bagi membantu siasatan selepas menyerah diri dibebaskan Selasa lalu selepas pihak berkuasa melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu selain berpuas hati dengan keterangan serta kerjasama diberikan mereka sepanjang tempoh berkenaan.

Menceritakan bagaimana kejadian itu bermula, Zaefrul berkata, dia dipanggil kedua-dua pegawai penyiasat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua.

“Dua pegawai terbabit mendakwa mahu bertemu di sebuah kafe di Danau Kota sebelum saya pergi bertemu mereka ditemani tiga rakan kira-kira jam 11.20 malam Ahad lalu.

“Bagaimanapun, keadaan bertukar tegang apabila seorang daripada rakan saya bercakap sesuatu yang kurang enak kepada dua pegawai penyiasat itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, kelmarin.

Menurutnya, dia tidak menyangka seorang daripada tiga rakannya itu mengambil tindakan itu dan dia kesal dengan apa yang terjadi.

“Selepas mengetahui dua pegawai itu membuat laporan polis mengenai insiden berkenaan, saya tampil menyerah diri di Balai Polis Kepong.

“Jika tidak bersalah, kenapa perlu takut dan selepas siasatan dilakukan saya dibebaskan. Ini jelas membuktikan saya tidak bersalah,” katanya.

Menurut Zaefrul, dia berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap kejadian yang menimpanya itu.

Mengulas mengenai dakwaan kononnya menggunakan sindiket nikah palsu didalangi pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berkahwin, Zaefrul mendakwa dia tidak terbabit sama sekali.

“Tidak semua yang dipanggil untuk proses siasatan terbabit dalam sesuatu kes yang sedang disiasat itu. Saya hanya dipanggil menyalurkan maklumat kepada mereka.

“Saya harap penjelasan ini dapat membersihkan semula imej yang tercalar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan pembebasan ketiga-tiga lelaki termasuk Zaefrul yang ditahan pihaknya bagi membantu siasatan membabitkan kes ugutan terhadap dua pegawai SPRM.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang pelakon drama popular ditahan polis pada 19 Februari lalu selepas menyerah diri berhubung kes mengugut dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat mengenai perkahwinan keduanya menggunakan sindiket nikah palsu.

Pelakon lelaki berusia 45 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air apabila gambar intimnya bersama seorang pelakon wanita tersebar di Internet.

Beliau bersama tiga rakannya berusia 30-an mengugut dua pegawai penyiasat SPRM berkenaan, supaya tidak meneruskan siasatan terhadapnya yang dilaporkan menggunakan sindiket nikah palsu untuk perkahwinannya yang kedua.

http://www.hmetro.com.my/articles/Inisemuasalahfaham/Article

Monday, February 21, 2011

Suami pilih pondan

Suami pilih pondan

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB dan HIDAYATUL AKMAL AHMAD
metahad@hmetro.com.my

LEPAS... Sara menunjukkan salinan tuntutan cerai taklik yang kini sudahpun disahkan mahkamah.
LEPAS... Sara menunjukkan salinan tuntutan cerai taklik yang kini sudahpun disahkan mahkamah.

KUALA LUMPUR: Dia berkahwin atas dasar suka sama suka. Namun apabila usia perkahwinan mencecah lima tahun dan selepas melahirkan anak kedua, suaminya melakukan kejutan apabila mendakwa berkahwin lain secara sembunyi di Thailand.

Walaupun hatinya luluh, dia tetap menerima berita itu dengan rela selepas dimaklumkan madunya yatim piatu dan hidup dalam kesusahan.

Namun, selepas setahun setengah hidup ‘bermadu’, dia menerima kejutan lebih besar apabila watak isteri kedua yang didakwa suaminya langsung tidak wujud.

Malah, ‘isteri kedua’ itu rupa-rupanya pondan yang sering dijadikan teman tidur suaminya apabila kononnya tiba giliran bermalam di rumah isteri baru.

Mahu dikenali dengan nama Sara, 35, wanita ini menuntut cerai selepas suaminya mengakui ‘tawar hati’ dengan belaian wanita, sebaliknya lebih menyukai pondan kerana pandai melayan dan mengambil hatinya.

Menceritakan kisahnya ketika ditemui Metro Ahad di sini baru-baru ini, Sara mendakwa, sebelum rahsia itu terbongkar, selama 18 bulan hidup ‘bermadu’, suaminya menunjukkan kelakuan pelik apabila kerap meminta melakukan seks luar tabii.

“Mula-mula dia kata hanya mencuba, tetapi bila tiap kali ingin bersama, cara itu yang diminta dengan alasan cara biasa tidak memberi kesan kepadanya.

“Walaupun tidak mahu kerana saya tahu ia salah, sama ada daripada segi undang-undang mahupun agama, saya terpaksa akur kepada permintaannya, lebih-lebih lagi apabila dia kerap merayu,” katanya.

Bukan itu saja, kerana percayakan hidup ‘bermadu’, dia juga sanggup menghulurkan RM500 hingga RM1,000 kepada suaminya yang memberi alasan kekurangan wang untuk membeli barangan dapur untuk ‘isteri keduanya’.

Malah kerana kasihan, dia pernah memberi wang simpanan RM15,000 kepada suaminya yang menyatakan ia digunakan untuk membayar hutang perumahan ‘madu’nya yang tertunggak dan jika gagal, akan dilelong oleh pihak bank.

“Sebenarnya, sebelum tembelangnya terbongkar, saya menerima aduan daripada beberapa kenalan yang menyatakan pernah terserempak dengan wanita lain.

“Kerana itu saya sering desak suami memberitahu perkara sebenar hinggalah dia (suami) menyatakan sudah tiga bulan berkahwin dengan wanita yang dinikahi di sempadan Thailand.

“Malah, alasan diberinya iaitu untuk menolong wanita itu yang hidup yatim piatu dan susah, sedikit sebanyak turut melembutkan hati saya,” katanya.

Oleh kerana tidak mahu bergaduh dan simpati dengan ‘wanita’ itu, Sara, mengakui merelakan ‘perkahwinan kedua’ suaminya dengan syarat dapat berlaku adil.

“Soal duit tidak menjadi masalah kerana saya memiliki sebuah perniagaan runcit. Jadi, bila suami memberitahu ‘wanita’ itu hidup susah, saya jadi sejuk hati selain berhasrat membantunya,” katanya.

Selama tempoh itu, akui Sara, dia tidak mengesyaki ada sesuatu cuba disembunyikan suaminya walaupun permintaan untuk berjumpa ‘madu’ sering ditolak dengan alasan ‘isteri kedua’nya bekerja hingga lewat malam selain menunggu masa sesuai.

“Disebabkan suami asyik menyatakan madu saya sibuk kerja dan terpaksa membuat kerja lebih masa hingga lewat malam bagi menambah pendapatan, saya pendamkan niat untuk berjumpa,” katanya.

Bagaimanapun selepas 18 bulan hidup bermadu, dia menerima panggilan telefon daripada pegawai agama yang memintanya menjamin keluar suaminya kerana ditangkap berkhalwat.

“Malam ketika menerima panggilan berkenaan, memang giliran suami bermalam di rumah ‘isteri kedua’nya yang dikenali dengan nama Linda. Jadi, memang saya sangat terkejut kerana menyangka suami tidak pergi ke rumah madu, tetapi wanita lain.

“Namun, bila anggota penguat kuasa serta polis memaklumkan suami ditahan bersama pondan, saya terus sebak. Manakan tidak, sudah ‘beristeri dua’ tapi masih kemaruk nafsu seks hingga sanggup bersama pondan,” katanya.

Menurutnya, sebaik meminta penjelasan, suaminya mengakui tidak pernah mempunyai madu, sebaliknya pergi bermalam di rumah pondan.

“Madu itu hanya rekaannya supaya saya tidak lagi menyoal dengan siapa dia keluar dan bermalam.

“Bukan setakat itu saja, suami juga menyatakan pondan berkenaan mampu melayan dirinya lebih baik daripada saya dan itu yang membuatkan saya kecewa serta patah hati dengan suami,” katanya.

Lebih menyakitkan hatinya, sebaik diikat jamin, suaminya terus mengambil kunci kereta dan meninggalkannya di pejabat agama itu serta tidak pulang ke rumah.

Malah, berdasarkan maklumat diterima Sara, suaminya turut membawa rakan lain pada hari sama bagi menjamin keluar pondan berkenaan.

“Saya tidak tahu dia tidur di mana selepas itu dan hanya selepas dua minggu baru dia balik ke rumah untuk mengambil pakaiannya.

“Saya ada menegurnya untuk berbincang tetapi disebabkan sikapnya yang dingin, saya diamkan diri kerana takut terjadi pertengkaran,” katanya.

Menurutnya, kerana tidak tahan ditinggalkan dan kesal dengan penipuan suaminya, dia akhirnya memfailkan tuntutan taklik dan disahkan bercerai pada April tahun lalu.

“Sebenarnya, ini pengajaran bagi saya supaya tidak terlalu percaya kata-kata suami. Saya ingatkan dapat berbuat amal, sebaliknya ditipu suami. Malah, suami mengakui sudah tawar hati dengan saya,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Suamipilihpondan/Article/artikelMA

Saturday, February 19, 2011

Wali tidak perlu hadir

Wali tidak perlu hadir

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

BUKTI...pegawai SPRM menunjukkan sijil nikah palsu  dikeluarkan sindiket perkahwinan.
BUKTI...pegawai SPRM menunjukkan sijil nikah palsu dikeluarkan sindiket perkahwinan.

PUTRAJAYA: Wali tidak perlu hadir ketika majlis pernikahan berlangsung, cuma perlu membuat pengesahan melalui telefon. Itulah keistimewaan pakej disediakan satu sindiket menyediakan khidmat perkahwinan untuk golongan yang mahu berpoligami dikesan bergiat aktif di seluruh negara sejak 2000.

Sindiket itu yang turut dilanggani artis dan golongan kenamaan (VIP) untuk berkahwin tanpa pengetahuan isteri, mengenakan bayaran antara RM1,600 hingga RM2,300 dan menyediakan sijil serta kad perakuan nikah hampir sama seperti dikeluarkan Jabatan Agama Islam negeri.


Paling mengejutkan, sindiket terbabit juga dikesan menyedia dan menjual sijil serta kad nikah terbabit kepada pasangan yang mahu memiliki dokumen itu tanpa perlu menghadiri majlis pernikahan. Sindiket yang dipercayai didalangi seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu menyediakan seorang jurunikah tidak bertauliah yang dipertanggungjawab menikahkan pelanggan mereka.

Sumber berkata, lebih 500 pasangan dikenal pasti sudah menjadi mangsa sindiket berkenaan dan kebanyakan mereka mendakwa tidak menyedari ditipu kerana diberikan sijil dan kad nikah hampir sama seperti yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurutnya, kebanyakan mangsa tidak mengikuti prosedur ditetapkan untuk berpoligami iaitu tanpa kebenaran secara bertulis daripada mahkamah syariah seperti yang ditetapkan dalam Seksyen 23 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).

“Kebanyakan mangsa tidak menyedari mereka ditipu dan ia hanya terbongkar selepas mereka melakukan pemeriksaan terhadap sijil dan kad nikah dimiliki sebelum mendapati maklumat tidak sama seperti tertera di atas sijil serta kad nikah terbabit,” katanya.


Sumber itu berkata, khidmat sindiket terbabit cukup mudah kerana pasangan hanya perlu menyediakan dua keping salinan kad pengenalan serta saksi, sebelum diminta bertemu di satu tempat untuk menyerahkan dokumen itu.


“Mereka akan tetapkan tarikh untuk berjumpa sebelum dibawa ke lokasi untuk dinikahkan, terutama di hotel bajet atau rumah persendirian.

“Lebih mengejutkan, akad nikah dijalankan tanpa kehadiran wali dan pengesahan hanya perlu dibuat melalui telefon,” katanya.


Harian Metro pada 28 Januari lalu melaporkan segelintir VIP dikesan menggunakan sindiket nikah tidak bertauliah yang menyediakan pakej lengkap dengan sijil nikah kononnya dikeluarkan Jawi.

Pasangan menggunakan khidmat sindiket itu diyakinkan pernikahan diuruskan bukan saja sah dari segi Islam, malah turut diperakui Jawi dengan sijil perkahwinan dan kad nikah dikeluarkan sebaik proses ijab kabul selesai. Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat lelaki berusia antara 50 hingga 64 tahun, Isnin lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Walitidakperluhadir/Article

‘Mereka perdaya diri sendiri’

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, mengesahkan menerima laporan seorang kakitangannya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, berikutan terbabit dalam sindiket penikahan palsu.

Beliau berkata, lelaki terbabit kakitangan kontrak diberi amanah sebagai penggerak masyarakat Orang Asli yang sudah tamat tempoh dengan Jakim, sejak Januari lalu.


“Memang sebelum ini, Jakim ada menerima aduan mengenai pembabitan kakitangan terbabit dalam sindiket berkenaan (perkahwinan berpoligami tanpa wali),” katanya.

Wan Mohamad berkata, dalam banyak keadaan, pasangan menggunakan sindiket nikah palsu sebenarnya sudah mengetahui perbuatan dilakukan itu salah.


Menurutnya, pasangan terbabit sebenarnya bukan diperdaya, tetapi sebenarnya memperdayakan diri sendiri bagi memudahkan berpoligami.


Beliau berkata, apabila perkahwinan tidak halal ini berlaku, yang menjadi mangsa adalah wanita yang tidak menyedari lelaki yang hendak dikahwini sudah mempunyai isteri lain.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011021801501420110218015014/Article/index_html

Friday, February 18, 2011

Siswi gila lelaki bini 2

Siswi gila lelaki bini 2

Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

CERITA...Nur menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro, semalam.
CERITA...Nur menceritakan pengalamannya kepada wartawan Harian Metro, semalam.

KUALA LUMPUR: “Demi cinta, saya sanggup menggunakan hampir keseluruhan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk berseronok bersama kekasih.

“Apabila wang PTPTN habis, saya berhutang keliling pinggang dengan rakan, selain menipu mak dan ayah dengan memberi alasan perlu membeli buku dan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang,” kata seorang graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa menjadi hamba cinta dengan lelaki berusia 40-an dan beristeri dua lebih setahun ketika masih belajar.


Nur, 24, yang baru menamatkan pengajiannya penghujung tahun lalu kini menyesal.

Katanya, atas dasar cinta terhadap lelaki yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat swasta itu, dia bukan saja sanggup berhabisan wang ringgit, malah sanggup menggadaikan maruah dirinya.


“Kami kerap menghabiskan masa bersama dengan pergi ke restoran mewah atas permintaan dia yang lebih gemar berjumpa di tempat tertutup dan kurang pengunjung bagi mengelak daripada bertemu dua isterinya.


“Saya akan menuruti setiap permintaannya termasuk kerap menginap di hotel bagi membuktikan rasa kasih dan sayang kepadanya, walhal pada masa sama perasaan takut sentiasa menyelubungi diri jika terjadi perkara tidak diingini,” katanya.

Nur berkata, semua perbelanjaan setiap kali keluar bersama teman lelakinya itu termasuk bayaran makan dan minyak kenderaan akan menggunakan wangnya menyebabkan dia semakin terdesak untuk mendapatkan duit.


“Dia kerap memberi alasan gaji bulanannya habis digunakan untuk menampung dua isteri dan anak-anak membuatkan saya terharu dan membelanjakan semua wang saya untuk dirinya.

“Sikapnya yang penyayang dan usia yang matang menjadi faktor saya terlalu cintakan dia selain dia berjanji menjadikan saya isterinya. Disebabkan itu, saya terlalu menyayanginya walaupun menyedari dia suami orang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Menurutnya, hubungan cinta mereka dihidu isteri kedua teman lelakinya yang pernah datang ke rumahnya memberi amaran selain mengugut untuk melakukan sesuatu terhadapnya sekiranya hubungan itu diteruskan.


“Saya tak gentar diugut, malah lebih bersemangat untuk mempertahankan hubungan cinta kami kerana terlalu percaya janji dan kata-kata manis diungkapkannya yang mahukan saya bersabar dengan semua dugaan,” katanya.


Nur berkata, hubungan mereka berjalan lancar hingga satu ketika teman lelakinya itu mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan dia seolah-olah gila hingga sanggup mencederakan dirinya sendiri.


“Ketika itu, saya seperti mayat hidup kerana tidak mempercayai dia sanggup meninggalkan saya yang banyak berkorban terutama memberikan wang dan menuruti setiap permintaannya. Mujur mak dan abah banyak membantu dan memberikan semangat,” katanya.


Menurutnya, dia bernasib baik kerana berjaya menamatkan pembelajarannya dengan sempurna baru-baru ini walaupun pernah melalui perjalanan hidup malang kerana diperdaya lelaki yang bersikap mengikis dan mempermainkan cintanya.


“Kini, saya bersyukur kerana berjaya melupakannya hasil bantuan dan semangat keluarga dan rakan-rakan selain berusaha memulakan perjalanan hidup baru ke arah lebih baik.


“Saya pernah bodoh disebabkan cinta dan selepas ini berazam untuk lebih berhati-hati memilih teman lelaki bagi mengelak mengulangi kesalahan lalu,” katanya.


Sementara itu, ibu bapa Nur yang dihubungi berkata, mereka mengetahui mengenai masalah yang dihadapi anak mereka dan sudah mendapatkan rawatan perubatan secara Islam untuk memulihkan semangat Nur.


Ibunya dikenali sebagai Samiah berkata, masalah yang dihadapi Nur diketahui melalui rakan-rakannya.


“Mak cik mengesyaki sesuatu kerana dia jarang balik dan sering minta wang. Selain itu dia pernah mencuri barang kemas saya,” katanya.


Selepas ini, menurutnya dia akan cuba memastikan dan menasihatkan Nur supaya tidak salah memilih teman lelaki.

http://www.hmetro.com.my/articles/Siswigilalelakibini2/Article

Thursday, February 17, 2011

‘Mohon lepas cara baik, ingin mula hidup baru’

KUALA LUMPUR: “Saya harap suami faham keadaan saya dan anak. Saya ingin memulakan hidup baru dan lupakan segala pengalaman pahit sebelum ini,” kata Ayu, mangsa belasahan suaminya yang berang selepas rancangannya beristeri empat gagal.

Katanya, apa yang penting, dia perlu memberi tumpuan kepada pelajaran anak, selain mencari rezeki dengan berniaga kecil-kecilan bersama kakaknya di pekan Kuala Kubu Baru.


Ayu berkata, dia memohon kepada suaminya melepaskannya dengan cara baik kerana tidak mahu lagi hidup dalam keadaan begitu selepas tujuh tahun digantung tak bertali dan tidak diberikan nafkah zahir dan batin seperti orang lain.

“Cukuplah apa yang saya lalui selama ini. Saya tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan begini selamanya. Hati saya begitu sedih mengenangkan perbuatan suami yang sanggup memukul anak yang tidak tahu apa-apa semata-mata mahu melepaskan geram ke atas saya.


“Paling menyedihkan apabila dia juga sanggup melarikan anak kami yang masih menyusu badan ketika itu ke Negeri Sembilan,” katanya semata-mata mahu melihat saya tertekan kerana menggagalkan hasratnya berkahwin kali keempat.


“Puas saya merayu kepadanya supaya memulangkan anak kepada saya, namun tidak diendahkan. Malah saya juga dihalau keluarga mentua yang menyalahkan saya dan tidak mahu mendengar penjelasan terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, sepanjang perkahwinannya sejak 14 tahun lalu, dia dan suami pernah beberapa kali menghadiri kaunseling di pejabat agama, namun tidak membuahkan hasil kerana suaminya kembali menjadi panas baran dan memukulnya setiap kali timbul perselisihan faham.


Katanya, dia sudah memikirkan semasak-masaknya untuk mengambil keputusan itu dan anak-anak faham situasi yang berlaku kerana mereka menyaksikan sendiri bagaimana dia dipukul malah turut men Muka depan akhbar ini kelmarin melaporkan seorang isteri menderita tujuh tahun selepas menjadi mangsa pukul suami sendiri yang berang kerana rancangannya beristeri empat digagalkan isteri pertama.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2011021601254220110216012542/Article/index_html

Tuesday, February 15, 2011

Wanita bermadu mudah dijangkiti

KUALA TERENGGANU - Wanita yang hidup bermadu lebih mudah terkena penyakit barah pangkal rahim atau kanser servik jika suami mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum mengadakan hubungan kelamin.

Pakar Perubatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, virus kanser servik pada kebiasaannya mudah berjangkit dan merebak melalui aktiviti bertukar-tukar pasangan.

Katanya, kanser servik banyak berlaku di Amerika Syarikat kerana amalan kerap bertukar pasangan, namun rakyat di negara ini juga tetap terdedah kepada penyakit itu.

"Mereka yang berpoligami perlu lebih berhati-hati kerana berisiko diancam kanser servik terutama kepada isteri yang dimadukan," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Penyakit Pembunuh Senyap anjuran Unversiti Malaysia Terengganu di kampus universiti itu di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Monday, February 14, 2011

Belasah anak hingga cacat

Belasah anak hingga cacat

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my

KESAL...Ayu menunjukkan laporan polis dibuatnya dan gambar anggota badan anak yang cedera.
KESAL...Ayu menunjukkan laporan polis dibuatnya dan gambar anggota badan anak yang cedera.

KUALA KUBU BARU: Berang perancangannya untuk menambah isteri keempat gagal, seorang lelaki melepaskan kemarahannya dengan membelasah isteri pertama dan empat anaknya sehingga seorang daripada mereka mengalami kecacatan kekal.

Lelaki terbabit yang berusia lewat 30-an menjadikan lima tanggungannya itu sebagai mangsa selepas tahu isteri pertamanya membocorkan rahsia kepada calon isteri keempat mengenai statusnya yang memiliki tiga isteri.

Isteri pertama lelaki itu yang hanya mahu dikenal sebagai Ayu, 34, berkata kejadian itu berlaku berulang kali sejak 2006 sehingga mereka tidak sanggup menanggung penderitaan.

“Saya berkahwin dengannya pada 1996 dan pada 2000 saya dimadukan sebelum madu saya bertambah seorang lagi pada 2004. Dua tahun kemudian, saya dapat tahu suami saya nak tambah seorang lagi isteri.

“Saya dapat berhubungan dengan calon madu keempat saya itu. Jadi, saya maklumkan kepadanya suami sudah ada tiga isteri. Gadis itu terkejut dan batalkan hasrat untuk berkahwin dengan suami saya,” katanya.

Ayu berkata, kejadian itu menyebabkan suaminya marah dan mula bertindak ganas terhadapnya serta empat anak mereka, hanya anak bongsunya yang terselamat daripada menjadi mangsa.

“Saya sering ditumbuk, ditendang dan dipijak. Lebih teruk, pada hujung tahun lalu saya terpaksa dikejarkan ke hospital selepas pengsan akibat dipukul suami.

“Di kalangan anak-anak pula, anak sulung saya (lelaki) paling teruk kena belasah. Pada 2006, ketika usianya lapan tahun kepalanya mengalami gegaran selepas dihentak dengan topi keledar. Akibatnya, dia menjadi kanak-kanak lembam dan keadaan itu kekal sampai sekarang,” katanya.

Menurut Ayu, anak perempuan kedua dan anak perempuan keempat pula yang masing-masing kini berusia 10 dan tujuh tahun selalu berbirat seluruh badan akibat disebat dengan tali pinggang dengan kejadian terbaru berlaku di rumah mereka di Subang Jaya, kira-hujung tahun lalu.

“Hanya anak perempuan bongsu berusia tiga tahun saja terselamat daripada kekejaman suami walaupun ada cubaan untuk menderanya,” katanya.

Ayu berkata, dia beberapa kali lari daripada suaminya dengan kali pertama pada 2006 dan berikutnya pada 2008, namun kembali semula akibat terpedaya pujukan serta helah licik suaminya.

“Ketika kali pertama saya meninggalkan dia bersama anak-anak pada 2006, suami menipu saya dengan mengatakan anak sulung kami sudah meninggal dunia kerana terlalu rindukan saya.

“Malah, dia juga membawa saya ke kubur kononnya anak kami dikebumikan. Selepas saya kembali ke pangkuannya, baru saya tahu dia hantar anak saya ke rumah anak yatim selepas membelasahnya dengan teruk,” kata Ayu.

Ayu berkata, suaminya yang tidak bekerja berkahwin tiga dan sebelum ini dia merelakan perbuatan lelaki terbabit kerana yakin suaminya berlaku adil.

“Bukan saya dan anak-anak saja selalu dibelasah, tapi isteri kedua dan ketiga berusia 20-an turut menjadi mangsa. Setahu saya isteri keduanya juga sudah meninggalkannya,” katanya yang kini membawa kelima-lima anaknya tinggal berasingan kerana sudah tidak tahan dengan kekejaman suaminya.

Selain itu, Ayu membuat laporan polis untuk memastikan suaminya tidak mengganggu dia anak-anaknya.

“Biarpun saya dan anak-anak kini berlindung dengan ahli keluarga, suami masih datang memaksa kami pulang ke rumah. Kami sudah memaafkannya, namun cukup penderitaan yang kami tanggung selama ini.

“Saya berharap dia bagi peluang saya dan anak-anak memulakan hidup baru,” katanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan Ayu.

Sementara itu, aktivis Persatuan Pelindung Pengguna Islam Selangor, Abdul Aziz Ismail, berkata pihaknya bersedia memberi khidmat nasihat kepada Ayu berhubung krisis dihadapinya dan berharap ia diselesaikan secepat mungkin.

“Lebih penting ialah mereka sekeluarga terutama anak-anaknya dapat menikmati hidup seperti orang lain. Mungkin juga anaknya yang pernah melihat ibu mereka dipukul perlu menjalani sesi kaunseling bagi menghilangkan trauma yang dihadapi sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Belasahanakhinggacacat/Article

Friday, February 4, 2011

Lelaki abai keluarga turut wariskan hutang

KUALA LUMPUR: “Dia bukan hanya meninggalkan saya dan lima anak kami tanpa sebarang nafkah, tetapi turut meninggalkan beban hutang menyebabkan kami sekeluarga hidup serba kekurangan dan sering dikejar bank,” kata kakitangan swasta, Zura, 41, yang dihimpit kesusahan akibat sikap suaminya yang meminjam daripada along.

Lebih menyakitkan hatinya apabila suami dikahwini pada 1993 dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain dan mempunyai seorang anak hasil hubungannya bersama wanita terbabit. Zura berkata, suaminya berubah sikap apabila bekerja sebagai pemandu teksi pada 2005 dan hubungan mereka sebagai suami isteri makin teruk ketika mengandungkan anak bongsu yang kini berusia empat tahun.

“Saya hanya mengetahui hubungan mereka apabila suami meninggalkan telefon bimbitnya di rumah. Ketika itu, pihak hospital menghubungi untuk memaklumkan wanita itu selamat melahirkan anaknya.

“Ketika itu, perasaan saya bercampur baur antara percaya dan sebaliknya sebelum saya sendiri ke hospital untuk memastikan kesahihan berita itu dan ternyata suami menduakan saya,” katanya.

Bukan itu saja, sebaik saja melawat wanita itu kira-kira empat tahun lalu, Zura mendakwa dia turut diugut ahli keluarga wanita terbabit walaupun sekadar melawat wanita untuk memastikan kebenaran hubungan mereka.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakiabaikeluargaturutwariskanhutang/Article/index_html

Saturday, January 29, 2011

VIP nikah tanpa rekod

VIP nikah tanpa rekod

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

PALSU...kad nikah yang dikeluarkan sindiket.
PALSU...kad nikah yang dikeluarkan sindiket.

KUALA LUMPUR: Bagi menutup pernikahan kedua mereka daripada diketahui isteri pertama, segelintir VIP dikesan menggunakan sindiket nikah tidak bertauliah yang menyediakan pakej lengkap dengan sijil nikah kononnya dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sindiket berkenaan yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lalu cuma mengenakan bayaran RM3,000 dan ia dikatakan mendapat sambutan hangat di kalangan orang kenamaan yang ingin berpoligami secara diam-diam berikutan sijil nikah palsu yang dikeluarkan itu. Menurut sumber, sindiket itu bijak memancing pasangan supaya menggunakan khidmat mereka dengan meyakinkan pernikahan diuruskan bukan saja sah dari segi Islam, malah turut diperakui Jawi dengan sijil perkahwinan dan kad nikah dikeluarkan sebaik proses ijab kabul selesai.


Sumber itu berkata, majlis ringkas ijab kabul kebiasaannya dilakukan di hotel sekitar ibu negara dan pengantin perempuan selalunya membawa saudara lelaki terdekat mereka sebagai wali.

“Khidmat disediakan sindiket itu mendapat sambutan sebab pengantin lelaki tidak perlu bersusah payah melalui prosedur berpoligami yang agak ketat di pejabat agama atau membelanjakan kos yang tinggi untuk bernikah di negara jiran.


“Bagaimanapun, penipuan sindiket itu terbongkar apabila perkahwinan pasangan yang menggunakan khidmat sindiket itu tidak kekal lama dan terpaksa bercerai,” katanya. Menurutnya, selepas bercerai, isteri kedua yang dijatuhkan talak pergi ke pejabat Jawi untuk mengesahkan perceraian dan ketika itulah masalah mula timbul apabila dimaklumkan perkahwinannya tiada dalam rekod atau tidak pernah didaftarkan di Jawi.


“Bila tiada dalam rekod pendaftaran perkahwinan, macam mana nak diuruskan atau didaftarkan perkahwinan? Pada masa inilah bekas isteri terbabit berdepan masalah masalah besar kerana dia tidak berhak membuat tuntutan nafkah dan sebagainya,” kata sumber itu.

Beliau yang menguruskan pusat aduan rumah tangga dan menyediakan khidmat kaunseling berkata, setakat ini pihaknya menerima aduan daripada lapan wanita yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.


“Sekali imbas, memang sijil dan kad nikah dikeluarkan sindiket itu seperti tulen, tapi selepas kami menyelidikinya betul-betul didapati tandatangan yang tertera di atas dokumen berkenaan bukan tandatangan individu yang mempunyai kuasa, sebaliknya tidak diketahui ia tandatangan siapa,” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta pihak berkuasa kuasa khususnya Jawi melakukan siasatan kerana ada kemungkinan wujud pembabitan ‘orang dalam’ yang mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan hingga mereka mampu mengeluarkan sijil dan kad akuan nikah yang nampak seperti tulen.


“Tambahan pula, mengikut aduan lapan wanita yang menjadi mangsa sindiket itu mereka berurusan dengan individu yang sama dan lelaki itu turut mendakwa dia bekerja di Jawi,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, orang ramai seharusnya sedar tiada jalan pintas untuk melakukan proses pernikahan, apatah lagi berpoligami, sebaliknya ia perlu melalui prosedur ditetapkan. “Tak ada ‘pintu belakang’ kepada sesiapapun termasuk golongan VIP untuk mempercepatkan proses poligami dan mahu mendapatkan kad serta sijil nikah. “Jika ada pihak mendakwa mampu menyediakan cara mudah tanpa mengikuti prosedur, bermakna ia satu penipuan kerana kad akuan nikah tulen hanya boleh dikeluarkan Jawi dan kad itu mempunyai ciri-ciri keselamatan tertentu,” katanya.


Tuan Asmawi berkata, pihaknya memandang serius masalah itu dan akan menyiasat kes seumpamanya sebelum tindakan diambil.


“Kita tahu dan kenal semua pendaftar nikah yang ada. Malah, ada pendaftar nikah yang kita terpaksa tamatkan perkhidmatan disebabkan faktor disiplin.


“Sebagai contoh, ada pendaftar nikah dibuang disebabkan terlalu lama memerap pernikahan dilangsungkan mereka sehingga mempelai menanggung kelewatan pengeluaran sijil dan kad nikah terlalu lama,” katanya.


Justeru, katanya, pihak yang mahu melangsungkan poligami dinasihatkan mengikut prosedur.

http://www.hmetro.com.my/articles/VIPnikahtanparekod/Article

Tuesday, January 18, 2011

Haleeda nikah di Thailand

Oleh Amir Abd Hamid dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Menurut sumber pengakuan pasangan terbabit yang mereka sudah bernikah di negara jiran diperoleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah dramatis itu pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi.


Difahamkan wanita itu dihubungi Jais Khamis lalu untuk tujuan siasatan namun dia menafikan perkara itu.

Sumber itu berkata, berikutan penafian itu pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka.


“Berdasarkan pengakuan lelaki terbabit pihak berkuasa tidak jadi untuk menyerbu rumah dramatis yang terletak di Taman Keramat, dekat sini kerana pasangan berkenaan mengaku sudah bernikah.


“Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber itu lagi, pelakon lelaki berkenaan ketika datang untuk membuat pengakuan terbabit, turut menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di Thailand dan selepas menelitinya pegawai di pejabat agama itu berpuas hati mereka sudah bernikah serta menyerahkan kes pernikahan luar kariah itu kepada pihak mahkamah.


Katanya, kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pendakwaan.

Penyanyi dan pelakon wanita itu boleh didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Manakala suaminya pula boleh didakwa bersubahat terhadap pertuduhan yang dihadapi isterinya itu. Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 133 yang dibaca bersama Seksyen 40(2) Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan yang membawa hukuman sama. Difahamkan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jumaat ini bagi sebutan kes pernikahan mereka di negara jiran itu.


Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada pelakon wanita berkenaan gagal kerana ketika dihubungi taliannya berada di luar kawasan.


Pelakon terbabit sebelum ini hangat diperkatakan apabila kes perceraian dan tuntutan nafkah dengan bekas penyerang kebangsaan itu menjadi tumpuan media.


Dramatis terbabit berkahwin dengan pemain bola sepak itu pada 27 Januari 1995 dan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003 serta dikurniakan seorang cahaya mata. Kes tuntutan nafkahnya pula diselesaikan di luar mahkamah Oktober tahun lalu, selepas kedua-duanya bersetuju mencari penyelesaian secara baik.

http://www.hmetro.com.my/articles/HaleedanikahdiThailand/Article

Monday, January 10, 2011

Masih sayang isteri pertama


SITI AMINAH yang menerima 46 jahitan di dahi dan pipi kiri masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – “Saya tidak sanggup lepaskan Siti (Siti Aminah) kerana saya masih sayangkan dia dan mahu pikul tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan menyara anak-anak kami.”

Demikian tegas Saad Hussin, 51, (gambar) suami kepada Siti Aminah Hanapi, 50, yang menerima 46 jahitan di dahi dan pipi kiri selepas ditetak oleh madunya di sebuah rumah di Kampung Baru, Sungai Korok, Jitra dekat sini Jumaat lalu.

Menurut Saad, dia tidak bersetuju dengan permintaan Siti Aminah untuk bercerai kelmarin kerana kasih sayangnya terhadap wanita itu masih kuat.

“Saya tak mahu berpisah kerana masih sayangkan dia malah kami masih ada anak-anak untuk disara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Saad bagaimanapun enggan ditemui pemberita kerana mendakwa sedang sibuk menguruskan persiapan persekolahan tiga anaknya yang masih belajar di tahun dua, tingkatan satu dan lima.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...