Showing posts with label Auction and Bidding. Show all posts
Showing posts with label Auction and Bidding. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

Lelong kereta klon

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my

CRV 'kembar' yang diperiksa anggota JPJ." title="PERIKSA...Nadzri (kanan) melihat dua kereta Honda
CRV 'kembar' yang diperiksa anggota JPJ." height="186" width="300" border="0">
PERIKSA...Nadzri (kanan) melihat dua kereta Honda 
CRV 'kembar' yang diperiksa anggota JPJ.

KUALA LUMPUR: Dua kereta Honda CRV dikesan memiliki nombor plat dan casis sama tetapi sebuah kereta klon.

Kewujudan ‘kereta kembar’ itu hanya disedari seorang daripada pemilik sebenar kereta berkenaan ketika hadir pada satu lelongan kereta import di ibu kota baru-baru ini.

Lelaki terbabit dikatakan terkejut mendapati plat kenderaan akan dilelong itu sama plat kenderaannya.

Dia membuat pemeriksaan pada casis dan didapati sama casis kenderaannya sebelum melaporkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berikutan itu, JPJ menyita kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Mohd Nadzri Osman berkata pihaknya melalui Unit Siasatan Kenderaan (USK) biasanya akan melakukan beberapa prosedur pemeriksaan bagi membuktikan ketulenan mana satu kereta sah.

“Proses pemeriksaan menggunakan sejenis cecair kimia bagi melunturkan plat besi mencatatkan nombor casis kenderaan bagi mengesan sama ada nombor berkenaan cuba dipadamkan atau ‘diganggu’.

“Sebaik diperiksa menggunakan bahan itu, anggota mampu mengenal pasti kenderaan sah dan sebaliknya,” katanya.

Katanya, biasanya kereta klon ini dijual pada harga murah selain nombor casisnya ditiru serta memalsukan dokumen kereta sebenar bagi urusan jual beli.

“Pihaknya turut tidak menolak kemungkinan kenderaan klon berkenaan bakal digunakan bagi tujuan jenayah sekali gus memberi masalah kepada pengguna kereta asal,” katanya.

Justeru, Nadzri menggesa pengguna kenderaan bermotor negara ini supaya lebih berwaspada ketika melakukan urusan jual beli kenderaan dan tidak mudah terpedaya tawaran istimewa ditawarkan.

“Sekiranya harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding harga pasaran biasa, berkemungkinan perkara seumpama ini berlaku dan jika ingin mendapatkan kepastian, setiap kenderaan yang mencurigakan perlu dilaporkan sebelum dibawa ke USK JPJ bagi tujuan pemeriksaan,” katanya.

Monday, April 27, 2009

Dara Alina bernilai RM47,463





MANNHEIM, Jerman - Seorang remaja, Alina Percea (gambar) bakal menerima wang berjumlah 10,000 euro (RM47,463) daripada seorang pemenang misteri yang membida daranya di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Alina melelong daranya di sebuah laman web selama sebulan dan merancang untuk menggunakan wang yang diperoleh untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selain membantu keluarga di Romania.

"Lelongan itu amat menarik. Saya menyangka akan menerima tawaran yang lebih tinggi tetapi saya tetap gembira.

"Saya belum berpeluang bercakap dengan pemenang itu. Dia ialah pembida pada saat-saat akhir," katanya.

Remaja berumur 18 tahun itu berhijrah ke Jerman pada Januari lalu tetapi dia memutuskan untuk melelong dara selepas gagal memperoleh sebarang pekerjaan.

Menurutnya, dia mendapat ilham berbuat demikian selepas membaca mengenai seorang wanita dari San Diego, Amerika Syarikat, Natalie Dylan, 22, yang menjual daranya untuk mendapatkan wang sebanyak £2.5 juta (RM13 juta).

"Tiada siapa yang memaksa saya melelong dara. Saya berbuat demikian setelah membuat keputusan sendiri," kata Alina.

Menurutnya, dia merancang untuk menemui pemenang lelongan itu dan bermalam di sebuah hotel dengannya dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Thursday, January 22, 2009

Pelelong dara dapat tawaran berlakon


Natalie
--------------------------------------------------------------------------------


SAN DIEGO - Pelelong dara, Natalie Dylan mendedahkan bahawa dia menerima banyak tawaran untuk berlakon termasuk dalam filem lucah, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis berusia 22 tahun itu berkata, tawaran lumayan itu diperoleh sejak kisah dia melelong dara di Internet baru-baru ini terbongkar.

Bagaimanapun, kata Natalie, dia terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem lucah.

"Saya tidak membenci filem lucah. Saya juga menonton filem lucah tetapi saya tidak bercita-cita untuk melakukannya," kata gadis tersebut.

Dia turut mendedahkan mendapat tawaran menulis buku mengenai kisah hidupnya.

Natalie menegaskan tujuan dia melelong dara adalah semata-mata untuk memperoleh wang mencukupi bagi membiayai pengajiannya ke peringkat sarjana.

Dia berkata, ibunya masih menyayangi dirinya walaupun tidak bersetuju dengan keputusannya untuk menjual tubuh.

Setakat ini seorang pembida membuat tawaran tertinggi iaitu £2.6 juta (RM13.1 juta) bagi memperoleh daranya.

"Jika saya berjaya mendapatkan wang yang banyak, saya tidak akan melelong dara," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Pelajar lelong dara ada kekasih




SAN DIEGO - Seorang pelajar universiti, Natalie Dylan (gambar) yang melelong dara di Internet menegaskan dia masih dara walaupun sudah mempunyai teman lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

"Saya juga mempunyai perasaan seksual tetapi kami tidak pernah menjalinkan hubungan seks.

"Ya, saya mempunyai teman lelaki tetapi atas sebab-sebab tertentu kami memutuskan untuk menangguhkan hubungan kami,"
katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu membuktikan kepada dunia bahawa dia masih dara.

Dia telah lulus dua ujian penipuan dengan alat pengesan bohong bagi membuktikan dakwaannya itu.

Sejak melelong dara di Internet, Natalie, 22, telah menerima sebanyak 10,000 tawaran dan bidaan tertinggi sehingga kini berjumlah £2.6 juta (RM13.08 juta).

Natalie menafikan tindakannya itu merupakan satu perbuatan tidak bermoral dan menegaskan bahawa ia umpama satu perniagaan.

Pelajar itu sebelum ini memberitahu bahawa dia melelong dara kerana mahu mengumpul wang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Thursday, January 15, 2009

Gadis lelong dara dedah tawaran pembida


GAMBAR laman web Natalie yang melelong dara di Internet.
--------------------------------------------------------------------------------


SAN DIEGO - Seorang gadis berumur 22 tahun yang melelong dara di Internet sehingga bidaannya mencecah setinggi AS$3.8 juta (RM13.6 juta) mendedahkan beberapa tawaran yang diperolehnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita yang menggunakan nama samaran Natalie Dylan itu berkata, lelaki yang menawarkannya AS$3.8 juta (RM13.6 juta) itu menetapkan syarat agar aksi seks mereka dirakamkan.

Natalie turut mendedahkan seorang penjaga zoo mahu memperoleh dara Dylan dengan menawarkan seekor harimau kepadanya.

"Saya masih menerima tawaran tetapi tidak semestinya harga tertinggi akan memiliki dara saya," katanya.

Natalie berkata, pengalamannya ketika menjual dara itu akan menjadi bahan dalam buku yang sedang ditulisnya manakala tarikh akhir lelongan itu masih belum berakhir.

"Saya berjaya mengekalkan dara sehingga berumur 22 tahun. Saya masih boleh bersabar untuk menunggu beberapa bulan lagi," katanya.

Sebelum ini, Natalie menyatakan lelongan dara itu dilakukan bagi memperoleh wang untuk membiayai pengajiannya di peringkat sarjana dalam kursus keluarga dan perkahwinan.

Dia juga menyatakan mendapat ilham untuk menjual dara selepas mendapati kakaknya yang berumur 23 tahun memperoleh pendapatan tinggi bagi membiayai pengajian di universiti dengan menjadi pelacur selama tiga minggu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_11.htm

Wednesday, January 14, 2009

Natalie lelong dara jutaan dolar


NATALIE
--------------------------------------------------------------------------------


AVIA
--------------------------------------------------------------------------------


SAN DIEGO - Seorang gadis yang masih belajar di universiti, Natalie Dylan sanggup melelong dara di Internet bagi memperoleh wang untuk melanjutkan pelajarannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelongan itu mendapat sambutan hangat apabila dia berjaya menarik seramai 10,000 lelaki dan bidaan tertinggi kini mencecah AS$3.66 juta (RM13.10 juta).

Tawaran yang diterima oleh Natalie, 22, yang berasal dari San Diego, California mula melonjak selepas sebuah radio di Amerika Syarikat (AS) melaporkan lelongan itu pada September tahun lalu.

"Saya tidak menyangka ramai orang sanggup membida dengan jumlah yang banyak.

"Saya juga sangat terkejut kerana golongan lelaki sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan dara," katanya.

Natalie berkata, dia melelong kehormatan dirinya itu untuk mengumpul dana bagi melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam kursus keluarga dan perkahwinan.

Dia mendapat ilham untuk menjual dara selepas melihat kakaknya, Avia, 23, yang memperoleh wang yang banyak selepas bekerja sebagai pelacur selama tiga minggu.

Natalie memberitahu dia sedia menjalani pemeriksaan perubatan bagi membuktikan dirinya masih dara. Dia juga lulus dua ujian pembohongan.

Bagaimanapun, gadis itu mengaku dia berasa bimbang memikirkan pengalamannya tidur dengan lelaki yang tidak dikenali. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...