Showing posts with label Exco Wanita - Pemuda Umno. Show all posts
Showing posts with label Exco Wanita - Pemuda Umno. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Khairy mahu 'bos' batal cukai prabayar

Sep 9, 11 12:22pm

Pengenalan cukai perkhidmatan 6 peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM prabayar, telah menyatukan ahli politik muda dari parti kerajaan dan pembangkang yang sama-sama membantah langkah itu.

NONESelepas pengumumannya semalam, ketua Pemuda Umno dan BN, Khairy Jamaluddin antara orang pertama yang secara terbuka menyuarakan bantahannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Boss @NajibRazak, tax kepada pengguna pre-paid satu keputusan yang tidak munasabah & bebankan rakyat.

"Saya bantah. Pohon dibatalkan," tulis Khairy di Twitternya malam tadi.

Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi Malaysia semalam, mengumumkan pengenalan cukai tersebut, berkuatkuasa 15 September.

Ini bermakna, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.

Syarikat telekomunikasi menyifatkannya sebagai cukai perbelanjaan dan dikenakan kepada pengguna, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Cukai Perkhidmatan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah NGO yang diketuai pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menyertai Khairy membantah cukai baru itu.

Pandangan dikongsi 'musuh politik'

Mereka berdua dianggap sebagai 'musuh politik' kerana Chegubard bertanding menentang Khairy di kerusi parlimen Jelebu dalam pilihan raya umum lalu.

SAMM mengingatkan kerajaan bahawa sebahagian besar pengguna mudah alih prabayar adalah dari golongan berpendapatan rendah, termasuk pekerja kilang dan pelajar.

NONEBadrul (kiri) berkata, mengenakan cukai cukai 6 peratus cukai itu menunjukkan kerajaan hanya melindungi badan korporat dan syarikat telekomunikasi, dengan memindahkan bebannya kepada pengguna walaupun syarikat berkenaan membuat keuntungan setiap tahun.

Dalam kenyataan, SAMM mendakwa kerajaan 'tunduk' kepada gergasi korporat dengan tujuan untuk memperkayakan mereka tanpa mengambil kira masalah kepada pengguna.

Sehubungan SAMM menggesa rakyat supaya menolak kerajaan persekutuan, sekiranya ia meneruskan dasar-dasar yang membebankan mereka.

Bagaimanapun, pandangan Khairy tidak dikongsi oleh rakannya, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

abdul rahman dahlanDalam Twitternya, Abdul Rahman (kiri) melihat cukai tersebut sebagai sumbangan kepada ekonomi negara oleh pengguna prabayar.

Katanya, kali ini giliran pengguna prabayar pula untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/175277

Saturday, July 9, 2011

Pemuda Umno berarak ke Stadium Merdeka juga

Pemuda Umno berarak ke Stadium Merdeka juga
Regina Lee
Jul 8, 11
1:12pm

Di sebalik pengharaman perhimpunan dan tidak memiliki permit polis, Pemuda Umno akan terus berarak ke Stadium Merdeka esok.

NONEKetuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata mereka masih merayu penolakkan permohonan permit, tetapi walau apa pun terjadi, mereka tetap akan berhimpun.

"Kami akan berkumpul di Jalan Bukit Bintang pada jam 10 pagi.

"Kami masih berunding dan merayu polis untuk membiarkan kami berarak ke Stadium Merdeka,” katanya sambil menambah keputusan muktamad untuk berarak ke stadium itu akan diputuskan pagi esok.

[Berita penuh menyusul]


http://malaysiakini.com/news/169291

Wednesday, July 6, 2011

Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka

Jimadie Shah Othman
Jul 6, 11
1:26pm

Pemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

NONEKetua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan.

"Kami bantah di Stadium Merdeka. Ia bukan tempat perhimpunan politik. Buatlah di negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun Stadium Shah Alam sudah ditawarkan," katanya.

Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga pagi tadi mengumumkan pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini selama dua jam mulai jam 2 hingga 4 petang.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Reezal Merican yang juga pengerusi perhimpunan anti-BERSIH - PATRIOT - mendakwa, keputusan BERSIH memilih tempat itu menunjukan gabungan NGO itu mempunyai agenda lain.

Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan supaya BERSIH 2.0 tidak "memainkan" Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dengan "mencetuskan" perkara tertentu.

"Tindakan mahu berhimpun di Stadium Merdeka menunjukkan mereka ada agenda tersirat," dakwanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/169067

Pemuda Umno tak teruskan perhimpunan PATRIOT

Pemuda Umno tak teruskan perhimpunan PATRIOT
Salhan K Ahmad
Jul 4, 11
3:31pm

Pemuda Umno tidak akan meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai ini tetapi memberi amaran kepada BERSIH supaya tidak meneruskan perhimpunan pada hari berkenaan.

"Jika tidak, PATRIOT tidak akan teragak-agak untuk turut hadir ke perhimpunan berkenaan bagi mempertahankan masyarakat daripada dikhianati (pengerusi BERSIH, Datuk) Ambiga (Sreenevasan)," kata pengerusi perhimpunan PATRIOT, Datuk Reezal Merican Naina Merica.

NONE"Kita akan berdiri di hadapan kalau ada orang nak ganggu," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat pergerakan Pemuda Umno di ibu negara petang ini.

Namun, buat masa ini perhimpunan PATRIOT turut dijadualkan diadakan pada 9 Julai.

Keputusan itu dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung perhimpunan berkenaan, katanya.

"Kita faham hasrat Tuanku tidak mahu berlaku huru-hara... Walaupun Tuanku tak kata stand down, kita faham (bermaksud begitu)," katanya lagi ketika ditanya.

Jelasnya, beliau berpendapat demikian memandangkan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan titah khas berhubung isu berkenaan.

Malas layan gelar bacul

Turut bercakap dalam sidang media itu ialah ketua pengarah PATRIOT, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia hari ini memutuskan untuk membatalkan Himpunan PATRIOT, iaitu perhimpunan untuk membantah perhimpunan 9 Julai anjuran pihak yang berkepentingan, bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata keputusan itu dicapai sebulat suara berdasarkan sokongan dan maklum balas anggota pergerakan demi menjaga keselamatan serta keharmonian negara.

NONE"Saya memandang serius nasihat titah yang disebut Tuanku semalam dan bersedia untuk berbincang dengan rakan-rakan PATRIOT agar tidak meneruskan hasrat atas junjung kasih dan nasihat Tuanku demi memelihara kedaulatan undang-undang dan perlembangan yang menjadi benteng utama," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai perhimpunan haram anjuran pihak berkepentingan itu pada 9 Julai ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada keputusan itu akan menyebabkan PATRIOT digelar oleh parti pembangkang sebagai pengecut, Razali berkata:

"Ini semua mainan politik. Sebelum ini, mereka (pembangkang) gelarkan kita bacul, pengecut dan macam-macam lagi, jadi perkara ini saya malas nak layan dan saya tidak akan berkompromi sebab ini soal negara. Kalau berani, kita guna cara yang betul.

"Bagi kami (Pemuda Umno) tidak akan menggadaikan kedaulatan negara dan perlembagaan negara, malah memorandum yang akan dihantar kepada Tuanku juga tidak akan diteruskan," katanya.

Penjaja risau

Bagaimanapun, Razali berkata PATRIOT akan didaftarkan sebagai badan yang berdaftar untuk mewakili golongan belia sebagai pelapis negara dalam menghadapi ancaman luar.

Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata golongan peniaga dan penjaja di sekitar ibu kota akan mengalami kerugian transaksi perniagaan hampir RM200 juta pada hari berkenaan berdasarkan sejarah perhimpunan haram pada 2007.

NONETerdahulu, beliau menerima kunjungan Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera, Wilayah Persekutuan di Parlimen.

Dalam sidang media yang sama, Yang Dipertua persatuan itu, Mithlan Samijoo berkata peniaga di sekitar Jalan Masjid India akan mengalami kerugian yang teruk memandangkan sambutan menggalakkan pada hujung minggu dan persiapan menyambut bulan Ramadan pada bulan depan.

"Kami sudah menyediakan stok untuk sambutan Ramadan dan Aidilfitri misalnya barangan pakaian hanya boleh kami simpan tiga bulan sahaja. Sekiranya tidak dijual, kami terpaksa beli rekaan yang baru untuk dijual," katanya.

Mithlan berharap pihak yang terbabit tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu yang hanya memberi kesan buruk kepada perniagaan mereka.


http://malaysiakini.com/news/168863

Saturday, July 2, 2011

Pemuda PAS: Siapa sebenarnya subversif

Jun 30, 11 4:47pm

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menempelak kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican dalam Utusan Malaysia hari ini yang menuduh PAS, PKR, DAP dan sekretariat BERSIH mengamalkan kegiatan subversif dan anarki.

NONE"Saya selaku ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar Pemuda Umno khususnya Reezal Merican untuk membuktikan apakah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengharamkan rakyat berhimpun secara aman dan tanpa senjata?" kata Nasrudin Hasan.

"Sedangkan saya mahu Reezal Merican (kanan) melihat apakah tindakan provokasi ratusan Pemuda Umno Malaysia yang berhimpun untuk mengecam dan mencabar untuk membakar bangunan PKR beberapa malam yang lalu adalah perbuatan sopan dan baik?

(Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam hari ini membuat laporan polis menafikan bahawa beliau berucap mengugut untuk membakar pejabat PKR di Tropicana).

"Adakah Reezal Merican sedar bahawa PERKASA yang melancarkan Gerak Aman dan Pahlawan Keamanan sambil melontarkan beberapa kenyataan berbaur pertembungan fizikal bukan sesuatu yang mengancam keamanan negara?" soal Nasrudin dalam satu kenyataan.

Malah, Nasrudin (bawah) bertanya adakah Reezal Merican tahu terdapat pertubuhan silat di negara ini yang bersedia untuk menghalang peserta himpunan aman BERSIH 9 Julai dengan tanpa jaminan bahawa anak-anak buah pertubuhan silat itu akan melakukan tindak balas yang agresif.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 03"Sejak sekretariat BERSIH mengumumkan Himpunan Aman BERSIH 2.0, tidak ada satu pun kenyataan kami yang menggambarkan akan berlaku kekacauan dan huru-hara pada hari tersebut.

"Tetapi sebenarnya, reaksi emosional Umno, termasuk rangkaian dan media miliknya yang cuba menanamkan rasa takut kepada jiwa rakyat sehingga pelbagai ancaman dilemparkan penganjur BERSIH.

"Siapakah sebenarnya yang cuba bersikap subversif?" soalnya lagi

Sebaliknya, kata beliau, perhimpunan tersebut dijamin di sisi Perlembagaan Persekutuan dan ia akan berjalan secara aman tanpa sebarang perancangan dan agenda sulit.


http://malaysiakini.com/news/168495

Thursday, June 30, 2011

'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda

'Ya, ya, ya', polis akan bertindak ke atas Pemuda
Aidila Razak
Jun 29, 11
1:01pm


Pemuda Umno akan berdepan dengan tindakan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit di hadapan ibu pejabat PKR pada lewat malam Isnin lalu, kata Menteriu Dalam Negeri.

NONEDitanya secara spesifik sama ada polis akan bertindak berhubung insiden itu, Hishammuddin Hussein berkata: "Ya, ya, ya."

Katanya, tida ada mana-mana individu yang akan mendapat layanan istimewa dan kerajaan telha menjelaskan pendiriannya itu.

"Saya beritahu mereka (polis) melayani Pemuda Umno dengan cara sama. Tidak ada orang mengatasi undang-undang," katanya.

Dalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

NONESetiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Bagaimanapun exco pergerakan itu Lokman Noor Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau hanya dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

NONE"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka itu.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168344

Pemuda Umno nafi mahu bakar pejabat PKR

Pemuda Umno nafi mahu bakar pejabat PKR
Jimadie Shah Othman
Jun 28, 11
3:30pm

Pemuda Umno menafikan mengugut mahu membakar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya ketika berkumpul di perkarangannya malam tadi.

lokman adam sd johari bn ceramah permatang pauh by election 220808 01Sebaliknya, menurut exco pergerakan itu Lokman Noor Adam (kanan), beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka malam tadi.

"Ini tidak membawa maksud kita mahu membakar. Kalau mahu kita boleh beli sahaja bangunan itu," katanya sambil mendakwa PKR mempunyai masalah dengan pemilik bangunan itu yang tidak lagi percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDalam kejadian semalam, Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menganggarkan kira-kira 300 orang bermotosikal berkumpul dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan kepada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau juga mendakwa sempat merakam "ucapan berapi-api Lokman yang berbaur hasutan" Lokman yang kelihatan hadir bersama bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah.

Dakwanya lagi, Lokman ada mengeluarkan kenyataan mahu membakar ibu pejabat PKR dan pihaknya mempunyai rakaman bagi membuktikannya.

'Bedebu pun tidak'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Lokman menjelaskan, Pemuda Umno berhimpun di ibu pejabat lawan politiknya itu cuma bagi memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak genter dengan perhimpunan BERSIH dua minggu lagi.

NONE"Kami tidak ada kata hendak jahanamkan pejabat PKR. Sebagai manusia bertamadun, kita tidak buat perkara itu.

"Berdebu pun tidak pejabat PKR," katanya sambil menafikan beliau mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.

Malah, tambahnya, pihaknya juga ada merakamkan perhimpunan mereka yang boleh membuktikan bahawa kenyataan Saifuddin hari ini tidak benar.

"Saya sedih, kalau orang seperti Saifuddin pun tidak ada integriti, bagaimana pula dengan pemimpin PKR yang lain," katanya sambil menyifatkan kenyataan Saifuddin sebagai "lawak bodoh".

Lagi pun, tambahnya, perhimpunan mereka cuba berlangsung sebentar sahaja.

"Belum pun pihak polis sempat minta bersurai, kita sudah bersurai," kata Lokman yang juga bekas exco Pemuda PKR sewaktu dipimpin Ezam Mohd Noor sebelum ini.


http://malaysiakini.com/news/168240

Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR

Pemuda Umno ancam bakar ibu pejabat PKR
Regina Lee
Jun 28, 11
10:23am

Sekumpulan Pemuda Umno malam tadi berkumpul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengugut membakar bangunan seteru politik mereka itu.

NONEDalam demonstrasi yang diadakan dalam keadaan hingar bingar, kira-kira 300 orang menurut anggaran PKR datang dengan bermotosikal dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan mereka ke atas perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai.

Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bekejar ke ibu pejabat parti setelah dimaklumkan oleh ahli-ahli parti berkata beliau tiba pada jam 11 malam semalam dan memantau dari jarak jauh.

"Macam mana saya tahu mereka ahli Umno? Pertama, mereka bawa bendera Umno dan mereka memakai baju T mejah yang tertulis Patriot,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Saya juga nampak mereka (exco Pemuda Umno Lukman Adam dan bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah) mengetuai kumpulan itu,” katanya.Katanya, beberapa ahli PKR juga sempat merakamkan ucapan berap-api Lukman yang berbaur hasutan.

NONE"Sudah tentu, dia ada kata yang dia mahu bakar ibu pejbat kami. Dia boleh nafikan semua itu tetapi kami ada rakamannya,” kata Saifuddin.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip yang juga berada di lokasi ketika kejadian itu berkata Lukman secara terangan mengugut untuk membakar ibu pejabat PKR jika parti itu terus menyertai perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Dia juga mengugut (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan (Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Datuk) S Ambiga tentang perhimpunan itu," katanya sambil menambah kira-kira 50 ahli AMK memantau kejadian malam semalam itu.

NONEKatanya, berdasarkan maklumat tang diperolehi dari blog pro-Umno, kumpulan Pemuda Umno itu berkumpul di dua lokasi. Pertama di sebuah stesen minyak di Shah Alam dan kedua di tol Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan sebelum menunju ke ibu pejabat PKR.

Rozan membuat laporan polis pada kira-kira jam 11.40 malam selepas kumpulan berkenaan bersurai.

Katanya, beliau juga menyaksikan kira-kira 20 anggota polis yang lengkap bersenjata dalam keadaan bersiap sedia tetapi mereka tidak melakukan sebarang tangkapan.

NONE"Sebab itu kita juga tertanya-tanya,” katanya sambil meminta polis menyiasat kes itu.

Sementara itu, usaha Malaysiakini bagi menghubungi Lukman dan Arman masih belum berjaya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168191

'Patriot' tetap berhimpun 9 Julai walau tanpa permit

Norain Saleh
Jun 27, 11
7:52pm

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar berkata pergerakan berkenaan akan tetap mengadakan perhimpunan 'Patriot' pada 9 Julai walau tanpa kebenaran polis.

Katanya, pergerakan berkenaan telahpun merancang bagi lokasi untuk berkumpul bagi menyertai perhimpunan tersebut.

NONEBagaimanapun lokasi perhimpunan bagi kumpulan 'Patriot' itu akan "ditentukan kemudian" kerana bergantung kepada "gerak kerja dari perhimpunan BERSIH."

"Kita akan bergantung pada dia orang punya gerak kerja baru kita akan susun kita punya gerak kerja,” katanya lagi.

Menurutnya Pemuda Umno tidak merancang untuk bertembung dengana BERSIH namun sekiranya situasi itu berlaku, beliau memberi jaminan bahawa pergerakan itu akan tetap berhimpun secara aman.

Katanya lagi, perhimpunan 'Patriot' yang dijangka dihadiri seramai 20,000 orang itu bertujuan untuk mewakili suara rakyat yang tidak bersetuju dengan penganjuran BERSIH 2.0.

“Persoalannya sekarang apa yang kita lakukan setelah dicetuskan oleh himpunan BERSIH. Kalau tidak wujud himpunan BERSIH kita pun tidak akan berhimpun,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Beliau hadir di balai berkenaan hari ini bagi mengemukakan satu permohonan untuk perhimpunan 'Patriot' yang dijalankan pada tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0

Katanya, permohonan itu dibuat memandangkan perhimpunan yang dirancang oleh pergerakan itu didakwa sebagai "perhimpunan haram."

"Jadi hari ini secara rasmi kita buat permohonan untuk dapatkan kelulusan.

“Pihak polis akan pertimbangkan dan kita akan dipanggil untuk proses temuduga dan sebagainya,” katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/168170

Perhimpunan 'Patriot' lawan BERSIH

Regina Lee
Jun 26, 11
1:16pm

Manakala jalan-jalan di Kuala Lumpur dijangka dibanjiri penyokong BERSIH yang berbaju kuning pada 9 Julai, Pemuda Umno pula akan tampil dengan baju merah.

Apa yang pada mulanya merupakan satu idea untuk melawan perhimpunan BERSIH 2.0, Pemuda Umno kini sudah mempunyai satu logo dan nama untuk perhimpunan anjurannya pada hari yang sama.

NONEMenulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' itu, Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah.

Mengapa 'Patriot'? Menurut Khairy kerana mereka mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulangi dakwaannya bahawa BERSIH 2.0 telah dicemari oleh politik pembangkang, Khairy berkata, gabungan itu tidak lagi menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berkecuali.

Beliau mendakwa jawatankuasa BERSIH sering muncul di pentas pembangkang.

Khairy berkata, gabungan itu telah menjadi sangat berat sebelah, condong kepada pembangkang dan mempunyai agenda politik.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168056

Wednesday, June 29, 2011

Pemuda Umno tetap adakan perhimpunan 9 Julai

Jun 24, 11 8:08pm

Pemuda Umno akan tetap meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai ini walaupun tidak diberi permit oleh Kementerian Dalam Negeri, kata Ketuanya Khairy Jamaluddin.

Katanya selain Pemuda Umno, Pemuda MIC dan Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) akan turut serta dalam perhimpunan itu.

NONE"Bagaimanapun, Pemuda MCA tidak akan menyertai perhimpunan tersebut atas sebab-sebab tertentu dan Pemuda Umno menghormati keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pemuda PPP di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Presiden PPP Datuk M. Kayveas dan Ketua Pemudanya Harridz Mohan.

Khairy berkata beliau yakin perhimpunan Pemuda Umno itu tidak akan bertukar ganas memandangkan pada hari yang sama, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan turut mengadakan perhimpunan serta perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau.

Mengenai kehadirannya pada perhimpunan itu nanti, Khairy berharap beliau akan dapat pulang pada Sabtu depan selepas menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu mulai Ahad ini.

Menyentuh mengenai ugutan bunuh yang diterima Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk Ambiga Sreenevasan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Khairy berkata pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dengan segera kerana ia adalah satu perbuatan jenayah.

Beliau turut membidas tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ugutan itu daripada Barisan Nasional (BN) tanpa sebarang bukti.

Sementara itu, pada pemilihan Pemuda PPP, Mohan mengekalkan jawatan tanpa bertanding manakala jawatan tiga Naib Ketua dimenangi John Kieran Mahendran, Jayasena A/L H.L Winnie dan Manikumar A/L Muniandy.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/167962

Monday, June 27, 2011

Khairy: Waktu untuk amaran sudah berakhir

Salhan K Ahmad & Norain Saleh
Jun 20, 11
2:35pm

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu akan tetap mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai walaupun polis memberi amaran akan mengambil tindakan.

NONEKatanya, waktu untuk membincangkan mengenai permit bagi perhimpunan berkenaan juga telah berakhir.

"Saya rasa (berhubung) isu permit ini, keretapi dah lepas dah.

"Apa sajalah, permit polis, amaran dia nak bagi, Pemuda tetap akan hadir.

"Hendak bagi arahan macam mana pun, maaflah. Waktu untuk amaran sudah berakhir," katanya lagi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini.

'Lantak dia orang lah'

Khairy pada Khamis lalu mengumumkan rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh sama bagi menyatakan sokongan ke atas sistem pilihan raya sedia ada.

Beliau mendakwa perhimpunan berkenaan tidak ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut reformasi ke atas pilihan raya dan mengukuhkan demokrasi.

NONENamun, sokongan dari pergerakan pemuda dalam komponen BN setakat ini masih belum dapat dijangka.

Malah, Khairy sendiri ketika ditanya sama ada beliau akan disokong pemuda MCA dan MIC berkata:

“Lantak dia oranglah hendak datang ke tidak datang. Saya tidak kisah.”


Dalam pada itu Khairy turut mengambil peluang untuk memperlekehkan gerakan BERSIH 2.0 yang turut berkeras untuk mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Katanya, kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh mengarahkan supaya BERSIH 2.0 dihentikan, menunjukkan gerakan berkenaan membawa agenda pembangkang.

Prinsip BERSIH dikompromi

"Itu (Anwar) tersilap cakap ke, saya tak tahu, tapi tunjukkan aspek agenda pembangkang di sebalik BERSIH.

"Walaupun semalam (pengerusi BERSIH) Ambiga (Sreevanasan) cakap tak ada pihak yang boleh arahkan untuk batalkan BERSIH tapi kenyataan itu bagi gambaran bahawa bagi (Anwar) sendiri ada pengaruh, maknanya BERSIH diberi peluang besar kepada pembangkang.

NONE"Di situ kita nampak prinsipnya telah dikompromi. (BERSIH) dah jadi alat kepada pembangkang," kata Khairy lagi di bangunan UDA Holdings Bhd hari ini.

Tambahnya, kenyataan Anwar itu memberi gambaran seolah-olah ketua umum PKR itu mempunyai pengaruh dalam perhimpunan BERSIH.

“Maknanya BERSIH ini diberi peluang yang begitu besar kepada pihak pembangkang untuk buat keputusan sampai ada tanggapan di pihak Anwar sendiri, dia boleh pengaruhi BERSIH,” kata Khairy.

Ibrahim Ali 'bakar perkauman'

Dalam pada itu, Khairy turut mengulas laporan yang memetik kenyataan presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang membayangkan bahawa keadaan huru-hara akan berlaku sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 tidak dihentikan.

Khairy dengan tegas menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan pendapat Ibrahim yang disifatkannya sebagai pandangan "gila."

“Saya tidak bersetuju juga dengan Ibrahim Ali. Ini membakar perkauman. Ini gila. Kita buat benda yang baik bukan benda yang menghasut,” katanya.


http://malaysiakini.com/news/167436

Friday, June 17, 2011

9 Julai: Hisham kata jangan, Khairy kata terus

9 Julai: Hisham kata jangan, Khairy kata terus
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 17, 11
6:02pm

Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Hussein yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

NONEKetuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam twitter berkata Pemuda Umno tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara itu.

“Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam. Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang,” tulisnya mengulas kenyataan Hishamuddin supaya hasrat pemuda Umno itu dibatalkan demi keselamatan negara.

Menurut Khairy, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapai apa sekalipun kemungkinannya.

Menyalahi undang-undang

“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.

azlanHishammuddin pada sidang akhbarnya, petang tadi memberi amaran kepada Khairy supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

“Tak kira sama ada saya bekas ketua pemuda atau tidak, Pemuda (Umno) mesti bersedia menerima akibatnya seperti yang saya hadapi ketika menjadi ketua Pemuda,” katanya kepada wartawan di Putrajaya hari sambil menambah “Kerana ia menyalahi undang-undang.”

Hishamuddin berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

Sesiapa sekali pun

“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama.

umno youth rally 090209 khairy 02“Ini sentiasa menjadi pendirian saya, tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” katanya.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) di ibunegara pada 9 Julai depan.

"Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata Khairy.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167259

BERSIH alu-alukan demo Pemuda Umno

BERSIH alu-alukan demo Pemuda Umno
Jimadie Shah Othman
Jun 17, 11
11:06am

BERSIH mengalu-alukan keputusan Pemuda Umno untuk turut sama berhimpun dan berarak pada masa dan tempat yang sama dengan mereka pada 9 Julai ini.

NONEAnggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak akan cuba menghalang pergerakan itu kerana setiap pihak mempunyai hak berhimpun.

"Kami tidak akan cuba hentikan mereka. Mereka mempunyai hak berhimpun dan begitu juga kami.

"Kami menghormati hak masing-masing. Mereka hendak berhimpun atau berjalan, itu hak mereka," katanya.

Malam tadi, Pemuda Umno memutuskan berhimpun 'berdamping' dengan BERSIH bagi menyokong sistem pilihan raya sedia ada. Butiran lanjut bagaimanapun belum diumumkan.

Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.

Jika semuanya menjadi kenyataan, tiga kumpulan tersebut dijangka bertembung pada hari berkenaan.

kumpulan itu 'sebenarnya sama'

Ditanya sama ada pihaknya beranggapan bahawa tindakan itu merupakan provokasi, Maria berkata:

"Perhimpunan kami aman. Kalau ada provokasi, bukan datang daripada kami. Kami tidak keluarkan sebarang kenyataan (provokasi) dan menegaskan menolak keganasan."

umno youth rally 090209 khairy 02Mengulas berhubung kemungkinan berlaku pertembungan antara pihaknya dengan Pemuda Umno dan PERKASA, Maria secara berseloroh menyifatkan kedua-dua kumpulan itu "sebenarnya sama."

Dalam perkembangan berkaitan, Maria memberitahu sebanyak 2,000 kemeja-t rasmi BERSIH berwarna kuning akan mula diedarkan pada Ahad ini sewaktu pelancaran perhimpunan itu di ibu negara.

Menurut Maria, ia akan dijual dengan harga RM15 setiap satu.

Akan diedarkan juga pengikat kepala BERSIH dan risalah menjelaskan lapan tuntutan mereka beserta satu risalah berhubung persempedanan semula kawasan pilihan raya, tambah Maria.

Selain ucapan wakil NGO yang menyokong perhimpunan itu, majlis tersebut juga akan menayangkan dokumentari ringkas berhubung pembelian undi dalam pilihan raya, termasuk kejadian dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

"Kami undang semua wakil parti politik tidak kira daripada pembangkang dan kerajaan untuk memberikan sokongan," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/167188
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...