Showing posts with label MBPJ. Show all posts
Showing posts with label MBPJ. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Penulis blog tak gentar dedah dokumen

Ogos 18, 11 6:22pm


Penulis blog pro-Umno yang berpotensi disiasat atas dakwaan mengedarkan dokumen palsu berhubung campurtangan pemimpin Pakatan Rakyat dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini mengaku tidak gentar pada semua itu.

"Gomo tidak gentar mahupun takut dengan laporan polis yang dibuat oleh mereka ini kerana menjadi tugas Gomo sebagai seorang Umat Islam untuk mendedahkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia tahu kebenaran yang sewajarnya disampaikan," kata penulis itu yang dikenali sebagai Papa Gomo.

NONEMemetik beberapa laporan media, penulis blog itu mendakwa, pengakuan pegawai MBPJ - antaranya yang mendakwa DUMC membina gereja di tempat tidak dibenarkan - menunjukkan fakta dalam dokumen itu (kanan) betul.

Mstar pada 9 Ogos lalu melaporkan Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ Nurul' Ain Abdul Rahman sebagai berkata, berlaku salah guna apabila pemohonan atas nama pusat komuniti dan bukannya gereja.

"Dalam kenyataan ini jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa memang terdapat keraguan yang munasabah yang mana menyebabkan MBPJ gagal melaksanakan kewajipan mereka sebagai agensi yang melaksanakan undang undang PBT.

"Apakah sebab yang memaksa MBPJ masih lagi gagal bertindak ke atas bangunan DUMC?," katanya.

Kelmarin, seorang ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya berkata, satu laporan polis dibuat ke atas penulis blog tersebut, berhubung dakwaan fitnah tersebut.

NONESementara Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad - antara salah seorang yang didakwa mengarahkan pembatalan operasi penyitaan bangunan itu menyifatkannya sebagai fitnah dan mahu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM)

Dokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog "Papa Gomo" sejak 13 Ogos lalu.

MBPJ menafikan dakwaan dalam dokumen itu.


http://malaysiakini.com/news/173445

Wednesday, August 17, 2011

Sita gereja: Blogger Umno tipu

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4945-sita-gereja-blogger-umno-tipu-

Dokumen palsu di blog: MBPJ lapor polis

Salhan K Ahmad
Ogos 16, 11
5:22pm

Majlis Bandaraya Petaling Jaya membuat laporan polis hari ini ke atas seorang penulis blog berhubung dakwaan berkaitan "Ops Sita" ke atas Damansara Utama Methodist Church.

Pengarah bahagian penguatkuasa dan keselamatan MBPJ, Mohd Fauzi Maarop berkata, laporan itu dibuat memandangkan pihak berkuasa itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa laporan berhubung Ops Sita, seperti yang didakwa.

Dokumen yang dimuatkan di laman papagomo.com itu juga merupakan "satu dokumen palsu," katanya lagi dalam laporan polis yang dibuat di IPD Petaling Jaya petang ini.

"Laporan palsu itu dipaparkan sebagai kononnya yang dikeluarkan oleh pihak jabatan saya," tambahnya yang turut menafikan wujudnya penyalahgunaan kuasa beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam tulisan yang dimuatkan di laman berkenaan.

Katanya, dokumen didakwa palsu itu turut mengaitkan tuduhan ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad barisan exco – Teresa Kok, Ronnie Liu, Elizabeth Wong – serta ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dokumen berkenaan menuduh Pemimpin Pakatan Rakyat berkenaan telah menyalahgunakan kuasa melalui campurtangan secara langsung dalam tugasnya sebagai pegawai MBPJ.

"Saya tegaskan di sini, tiada salah seorang pimpinan yang dinamakan di atas telah membuat panggilan kepada mana-mana pegawai MBPJ (pada 11 Ogos seperti didakwa)," kata Mohd Fauzi lagi dalam laporan polisnya.

Dalam dokumen yang dimuatkan di papagomo.com bertarikh 13 Ogos itu, pemimpin berkenaan didakwa telah menghubungi pegawai MBPJ, antaranya Khalid Samad yang didakwa telah meminta supaya operasi sita ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church itu dibatalkan.

Seorang lagi pemimpin berkenaan, Ronnie Liu didakwa telah membuat panggilan telefon dan mengancam untuk menukar pegawai berkenaan sekiranya operasi itu diteruskan.

Mohd Fauzi membuat laporan polis berkenaan hari ini dengan ditemani seorang ahli majlis, Latheefa Koya yang berkata, penulis blog berkenaan boleh disiasat mengikut kanun keseksaan kerana membuat dakwaan palsu.

Turut hadir ialah Khalid yang turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan telefon pada tarikh tersebut seperti didakwa dalam dokumen berkenaan.

Bercakap kepada wartawan selepas laporan itu dibuat, Khalid berkata masyarakat sepatutnya dapat menilai bahawa penulis blog yang berkenaan tidak berkredibiliti.

Penulis blog pro-Umno yang enggan mendedahkan identitinya itu mendakwa telah menerima "laporan" yang bertanda "sulit" daripada seorang pegawai MBPJ melalui emel pada Jumaat lalu.


http://malaysiakini.com/news/173198

PKR akan lapor blog pro-Umno pada SKMM

Salhan K Ahmad
Ogos 16, 11
1:48pm

ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM) berhubung satu dakwaan "fitnah" yang disiarkan dalam satu laman blog pro-Umno.

Laporan berkenaan susulan dakwaan dokumen palsu oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan "Ops Sita" ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

NONEDokumen dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog "Papa Gomo" sejak 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada Nik Nazmi (gambar atas, kiri sekali).

Arahan yang sama juga didakwa dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat yang dinamakan dalam dokumen berkenaan, termasuk ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta tiga orang exco -- Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Teresa Kok.

"Ini hanya dokumen olok-olok yang direka oleh blogger Umno yang terdesak," kata Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR.

Maklumat salah

Tambahnya, dokumen berkenaan tidak wujud dan direka sebagai fitnah kepada Pakatan.

"Saya yakin (penulis blog ini) orang Islam. Mengata ini berdosa, fitnah lagi berdosa. Jadi baik dia jaga puasa dan solat dia sendiri," kata Nik Nazmi lagi dalam sidang media di ibu pejabat PKR itu hari ini.

Tambahnya, dokumen berkenaan juga mempunyai maklumat yang sama sekali salah, terutama berhubung gereja yang didakwa akan disita itu.

Dokumen berkenaan antara lainnya menyebut gereja DUMC terletak di Damansara Utama, sedangkan gereja itu terletak di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Blogger Umno dibayar gaji mahal (tapi) tak buat research (kajian) yang betul untuk buat fitnah," katanya lagi.

Ketika ditanya, Nik Nazmi berkata pemimpin Pakatan yang terlibat akan membincangkan sama ada akan mengambil tindakan sama ke atas penulis blog tersebut.

Ahli majlis lapor polis

Sementara itu, Wong turut menafikan bahawa beliau telah membuat panggilan kepada MBPJ seperti yang didakwa dalam dokumen berkenaan.

Malah, portal Malaysiakini yang turut disebut dalam dokumen berkenaan juga "langsung tidak call saya pada hari itu," katanya lagi dalam sidang media sama.

Dokumen tersebut mendakwa, Elizabeth Wong telah memaklumkan kepada jabatan MBPJ tersebut pada pagi 11 Ogos lalu bahawa "wartawan Malaysiakini akan menghubungi (jabatan berkenaan) dan diarahkan membuat penafian."

Sejurus kemudian, wartawan Malaysiakini membuat panggilan kepada jabatan tersebut "dan penafian dilakukan sepertimana diarahkan."

Mengulas lanjut, Elizabeth berkata "apa yg dicatat itu tak betul. Saya tak pernah buat panggilan telefon kepada MBPJ pada hari tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya dalam tulisannya di Twitter hari ini berkata, satu laporan polis akan dibuat ke atas penulis blog tersebut, berhubung dakwaan fitnah tersebut.


http://malaysiakini.com/news/173153

Thursday, August 11, 2011

MBPJ nafi mahu sita gereja DUMC

MBPJ nafi mahu sita gereja DUMC
Jimadie Shah Othman
Ogos 11, 11
12:22pm


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menafikan mahu menjalankan operasi menyita Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan premis itu tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.

Timbalan pengarah jabatan penguatkuasaan dan keselamatannya Tun Mohd Izlizam Bahardin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang arahan bagi tujuan itu setakat ini.

NONE""Di pihak kami tidak menerima sebarang berita (berkaitan) dan arahan setakat ini.

"Kami tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung," katanya ketika diminta mengulas khabar angin bahawa operasi menyita DUMC akan dijalankan bila-bila masa pada hari ini.

Khabar angin yang disebarkan melalui SMS itu antaranya mendakwa operasi itu akan dijalankan kerana DUMC tidak pernah diluluskan sebagai gereja dan permohonan asalnya sebagai pusat komuniti.

SMS itu juga mendakwa operasi itu akan dijalankan bila-bila masa pada hari ini.

'Polis juga boleh bertindak'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Izlizam bagaimapun tidak pasti sekiranya terdapat pihak penguatkuasa lain, seperti polis yang mengambil tindakan itu.

Jelasnya, jika berkaitan isu jenayah, polis juga boleh bertindak menyita sesuatu premis.

NONE"Perkara itu di luar bidang kita," katanya sambil menjelaskan MBPJ hanya boleh bertindak terhadap premis yang tiada lesen.

Ditanya tentang status lesen gereja itu, Izlizam berkata urusan kelulusan rumah ibadat diuruskan jawatankuasa khas di bawah kerajaan negeri dan bukannya MBPJ.

Sementara itu, pejabat DUMC memberitahu Malaysiakini, setakat pagi ini belum ada tanda-tanda ia akan disita mana-mana pihak penguatkuasa.

DUMC menjadi tumpuan apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam di perkarangan premis itu pada 3 Ogos lalu.

Operasi itu menjadi kontroversi apabila ia dikaitkan dengan usaha penyebaran agama Kristian terhadap 12 orang Islam yang hadir dalam majlis itu.


http://malaysiakini.com/news/172658
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...