Showing posts with label Supermarket and Hypermarket. Show all posts
Showing posts with label Supermarket and Hypermarket. Show all posts

Saturday, November 20, 2010

Carrefour kekal di M'sia, S'pura

Carrefour kekal di M'sia, S'pura

Nov 18, 10 3:39pm

Gergasi runcitan Carrefour hari ini membatalkan hasratnya untuk menjual pasaraya besarnya di Malaysia dan Singapura dan akan meningkatkan bahagian pasarannya di negara-negara Asia.

Carrefour, pengendali pasaraya kedua terbesar di dunia selepas Wal-Mart (Amerika Syarikat), awal minggu ini berkata ia akan melego sebanyak 42 pasarayanya Thailand dan akan menjual sebanyak 23 premis di Malaysia serta dua lagi di Singapura.

NONEBagaimanapun, firma Perancis itu berkata ia akan mengekalkan kewujudan perniagaannya di Malaysia dan Singapura apabila lelongan perniagaannya tidak menarik bidaan yang dapat menampung urusniaga tersebut.

CEO syarikat itu Lars Olofsson memberitahu Wall Street Journal bahawa syarikat itu melihat prospek pertumbuhan yang memberangsangkan di Malaysia.

Tambahnya, Carrefour mampu mencipta lebih banyak nilai sekiranya menjalankan perniagaan itu sendiri.

Katanya lagi, pertumbuhan jangka pendek dan jangka panjang akan dipacu oleh pasaran baru.

Para pegawai Carrefour Malaysia mengesahkan laporan itu kepada AFP.

Syarikat Perancis itu pada Isnin lalu berkata ia akan menjual perniagaannya di Thailand kepada pesaingnya Big C, salah sebuah cabang perniagaan kumpuluan French Casino, dengan harga EUR868 juta (USD1.19 bilion).

NONELaporan mula timbul sejak Julai bahawa Carrefour bercadang untuk menjual perniagaannya di ketiga-tiga negara rantau Asia Tenggara itu dalam usaha untuk menyepadukan perniagaanya dan memindahkan sumbernya kepada pasaran India.

Syarikat itu bagaimanapun menafikan laporan mengenai penstrukturan semula itu pada Ogos.

Menurut Carrefourt, rantau Asia menyumbangkan sebanyak 7.6 peratus daripada keseluruhan jualannya yang bernilai EUR85.96 bilion pada 2009, berbanding sebanyak 13.9 peratus untuk Amerika Latin dan 35.7 peratus untuk pasaran Eropah, tidak termasuk Perancis.

- AFP

http://malaysiakini.com/news/148530

Friday, November 19, 2010

Carrefour Malaysia tidak dijual

KUALA LUMPUR – Peruncit besar Perancis, Carrefour, semalam membatalkan rancangan menjual rangkaiannya di Malaysia dan Singapura dan berjanji untuk meningkatkan penguasaan pasaran di negara-negara Asia.

Carrefour yang juga peruncit kedua terbesar dunia berkata, minggu ini ia akan melepaskan 42 rangkaiannya di Thailand dan berhasrat menjual sebanyak 23 cawangan Malaysia dan dua di Singapura.

Tetapi syarikat itu membuat keputusan untuk mengekalkan kehadirannya di Malaysia berikutan satu ‘kajian strategik’, kata Ketua Eksekutif Carrefour, Lars Olofsson dalam satu kenyataan di Malaysia

“Kami memutuskan untuk tidak menjual operasi di Malaysia dan Singapura kerana posisi pasaran dan prospek pertumbuhan yang konsisten dengan strategi kami,” katanya.

The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan Oloffon berkata, bidaan yang dirancang sebelum ini tidak menarik tawaran yang cukup tinggi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1119&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...