Showing posts with label Sykt ExxonMobil Int Hold's. Show all posts
Showing posts with label Sykt ExxonMobil Int Hold's. Show all posts

Thursday, September 1, 2011

Sah San Miguel kuasai Esso Malaysia

Posted by admin on August 28th, 2011

Sementara beberapa parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan menuntut penjelasan Putrajaya, San Miguel Corporation merancang untuk melabur sehingga AS$1 bilion untuk menaik taraf dan memasang peralatan baru di loji penapis berusia 48 tahun di Port Dickson.Syarikat Filipina itu memperoleh 65 peratus pegangan kepentingan Exxon Mobil Corporation dalam tiga perniagaan yang beroperasi dalam sektor petroleum hiliran Malaysia.

Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corporation, Eric Recto berkata syarikat merancang untuk membawa jentera baru bagi menghasilkan lebih banyak produk nilai tambah di pasaran Malaysia.

“Kami menjangka pencapaian yang sama seperti mana yang kami lakukan semasa kami memperoleh Petron Corporation tiga tahun lepas.

Loji penapis Malaysia merupakan aset berguna, memandangkan jumlah pelaburan yang dikeluarkan bagi menggantikan peralatan dan jentera lama,” kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini melalui sidang suara dari Amerika Syarikat hari ini.

San Miguel Corporation menguasai 68 peratus ekuiti dalam Petron Corp.

Dipetik Bernama Online, Recto yang juga Presiden Petron Corp berkata, perancangan akan dilaksanakan dalam proses jangka panjang antara tiga hingga lima tahun.

ExxonMobil dan San Miguel Corporation menandatangani perjanjian jual beli bagi ExxonMobil menjual pegangan 65 peratusnya dalam syarikat dagangan petroleum yang tersenarai, Esso Malaysia Bhd dan syarikat milik penuhnya ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd serta ExxonMobil Borneo Sdn Bhd kepada entiti Filipina yang amat pelbagai itu pada RM614.25 juta atau RM3.50 sesaham.

San Miguel Corporation merupakan konglomerat perniagaan Filipina dan syarikat induk Petron Corp, syarikat penapisan dan pemasaran minyak terbesar di Filipina.

Anak syarikatnya yang dikuasai 68 peratus, Petron Corp, adalah syarikat penapisan dan pemasaran minyak bersepadu di Filipina, dengan kapasiti penapisan sebanyak 180,000 tong sehari dan lebih 1,700 stesen di seluruh Filipina.

Mengikut perjanjian tersebut, selain loji penapis Port Dickson, 10 terminal pengedaran bahan api (tujuh aktif), kira-kira 560 tapak bahan api runcit berjenama (420 milik syarikat), serta perniagaan bahan api Perindustrian dan Borong serta Penerbangan ExxonMobil, akan dikuasai oleh San Miguel Corporation.

Recto berkata kerja-kerja menaik taraf, akan membolehkan loji penapis Port Dickson yang kini mengeluarkan 50,000 tong sehari dapat memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang sebanyak 88,000 tong sehari.

Pelaburan berkenaan, kata beliau, akan dibahagikan kepada dua segmen, di mana 70 peratus akan diperoleh daripada institusi kewangan manakala baki 30 peratus adalah daripada San Miguel.

“Dalam hal ini, operasi ExxonMobil Malaysian boleh berdiri sendiri, memandangkan ia akan membiayai 30 peratus daripada operasinya di Malaysia.

“Hanya sekiranya bantuan pelaburan diperlukan, baru SMC terlibat. Bagaimanapun, kami akan amat berhati-hati dari mana wang berkenaan diperoleh,” kata beliau yang mengaitkan kebimbangan daripada warga tempatan mengenai dari mana wang akan diperoleh memandangkan San Miguel Corporation pada mulanya merupakan syarikat bir.

Recto menjelaskan bahawa pada masa ini, San Miguel Corporation yang berpangkalan di Filipina, merupakan konglomerat yang amat pelbagai dengan perniagaan terdiri daripada makanan dan minuman hingga petroleum, tenaga dan infrastruktur serta syarikat sekarang memperoleh lebih 70 peratus daripada perolehannya daripada segmen bukan makanan dan minuman.

Mengenai bank pula, Recto berkata bank-bank dari Malaysia dan Filipina berminat untuk membiayai perbelanjaan pelaburan syarikat.

“Tidak diragukan yang bank-bank Malaysia akan diberikan keutamaan, memandangkan pencapaian dan kemampuan mereka,” katanya.

Dalam usaha meningkatkan modal insan, Recto berkata San Miguel Corporation berjanji tidak akan memberhentikan mana-mana kakitangan operasi sedia ada di loji penapis serta perniagaan lain memandangkan ia akan memerlukan mereka semua, malah lebih banyak pekerja diperlukan di masa depan, seiring dengan sasaran syarikat untuk memaksimumkan penggunaan loji penapis itu.

“Kami akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keutamaan pertama adalah untuk warga Malaysia.

“Apabila pertama kali kami memperoleh loji penapis Manila, kami memerlukan kira-kira 20 hingga 25 peratus pekerja tambahan bagi membina semula dan menyusun semula loji,” katanya dan menambah bahawa peluang pekerjaan yang sama mungkin juga diperlukan di Port Dickson.


http://www.kl-today.com/2011/08/sah-san-miguel-kuasai-esso-malaysia/

Sunday, August 28, 2011

Jualan Esso: Pemuda Umno, PAS mahu k'jaan berunding

Jualan Esso: Pemuda Umno, PAS mahu k'jaan berunding
Ogos 27, 11 8:33pm

Pergerakan Pemuda Umno hari ini berharap kerajaan dapat berunding dengan syarikat ExxonMobil International Holdings (ExxonMobil) mengenai tindakannya menjual 65 peratus kepentingannya dalam Esso Malaysia Bhd kepada sebuah syarikat Filipina.

NONE"Aset syarikat ini adalah strategik, maka itu perlu pertimbangan terutama apabila sudah ada tawaran yang begitu tinggi (oleh) syarikat tempatan," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin kepada Bernama.

Beliau mengulas tindakan syarikat petroleum Amerika yang dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menjual kepentingannya itu kepada syarikat pembuat bir terkenal dari Filipina, San Miguel Corp, yang juga konglomerat yang amat pelbagai dengan harga yang lebih rendah daripada tawaran yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Khairy berkata tindakan rakyat negara ini yang mahu kerajaan melihat semula mengenai perjanjian antara ExxonMobil International dengan San Miguel Corp bukan bermakna rakyat negara ini menghalang syarikat antarabangsa daripada masuk dan melabur di sini, atau tidak menghargai penglibatan mereka dalam ekonomi negara.

"Cuma kita minta kerajaan melihat semula kepada transaksi ini. Mungkin tidak boleh buat apa-apa tapi mungkin kita boleh minta supaya ExxonMobil dapat mempertimbangkan tawaran yang dibuat oleh LTAT itu," katanya kepada pemberita selepas mengedarkan pek berbuka puasa kepada orang ramai di Stesen Kuala Lumpur Sentral sempena program Jom Balik Kampung.

Subsidi minyak

Sementara itu, PAS dalam satu kenyataan media mendesak kerajaan supaya menyemak semula perstrukturan subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

NONE“Kerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak terhakis.

“PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara, perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan Esso kepada kepentingan luar,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media.

Justeru, menurutnya, sekiranya penjualan Esso menjadi kenyataan, ia menandakan sekali lagi kegagalan kerajaan pimpinan BN bagi mempertahankan kepentingan negara dalam industri yang sangat penting dan strategik.

Katannya, ia juga membuktikan kegagalan BN untuk membela nasib 98 peratus kakitangan Esso yang merupakan anak tempatan.

“Pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urusniaga tersebut dan Esso mestilah menawarkan penjualan asetnya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan sebagainya.

Paras munasabah

“Perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China, iaitu CNOOC di atas kepentingan strategik,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, sepatutnya kerajaan, bersama dengan Petronas melalui Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah.

reza zamhari“Sekaligus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputra yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara.

“Walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya di dalam syer peruncitan, iaitu pasaran stesyen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan.

“Sektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil, Shell dan Caltex,” katanya.

Menurut presiden PAS itu, partinya percaya bahawa keadaan pada waktu ini masih belum terlambat bagi Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambilalih Esso.


http://malaysiakini.com/news/174302


Jual Esso kepada firma Filipina bukti BN terus gagal

Sunday, 28 August 2011 03:23 Editor


PAS memandang serius cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad dan syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation — sebuah syarikat Filipina — dan mendakwa ia satu lagi kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri strategik.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata urusan jualan itu jika diteruskan akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara.

Baru-baru ini, San Miguel mencadangkan kepada ExxonMobil International Holdings Inc, untuk mengambil alih 65 peratus kepentingan ekuiti dalam Esso Malaysia melibatkan dana RM614.25 juta. Esso Malaysia ialah anak syarikat ExxonMobil International.

San Miguel berkata syarikat itu juga merancang membuat penawaran pengambilalihan mandatori untuk memperoleh baki saham yang tidak dimiliki oleh syarikat selepas cadangan pengambilalihan itu.

Serentak dengan tawaran pengambilalihan Esso Malaysia, San Miguel juga mencadangkan kepada Mobil International Petroleum Corp dan ExxonMobil International untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia dan ExxonMobil Borneo pada paras AS$403.979 (RM1.2 billion) juta.

Cadangan pengambilan alihan itu akan menyediakan San Miguel dengan peluang unik untuk meluaskan portfolio peniagaan penapisan dan pemasaran minyak di luar Filipina.

Awal minggu ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta Putrajaya memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

“Perlu diingat bahawa urusan niaga itu juga termasuk loji penapisan minyak milik Esso di Port Dickson, yang merupakan aset penting negara.

“Pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urus niaga tersebut dan Esso mestilah menawarkan penjualan asetnya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” kata Hadi lagi.

Hadi menambah, perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China atas kepentingan strategik.

“Sepatutnya kerajaan yang ada ini, bersama dengan Petronas melalui Petronas Dagangan Berhad bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah.

“Sekali gus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputera yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara,” katanya.

Kata Hadi, walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya dalam syer peruncitan iaitu pasaran stesen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan.

“Sektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil, Shell dan Caltex.

“Sepatutnya kerajaan yang menguasai Petronas Dagangan mempunyai pandangan strategik dengan menjadi syarikat pertama untuk mengambil alih Esso sekali gus menguasai sektor ini dari 30 peratus kepada hampir 50 peratus,” katanya.

Beliau menambah PAS percaya bahawa masih belum terlambat bagi Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambil alih Esso.

“PAS juga mendesak kerajaan supaya menyemak semula penstrukturan subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

“Kerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak terhakis,” katanya lagi.

Malah kata beliau, PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara, perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan Esso kepada kepentingan luar._MlaysianInsider


http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3980:jual-esso-kepada-firma-filipina-bukti-bn-terus-gagal&catid=36:berita-nasional&Itemid=84

Usaha jual Esso terus dibantah

Posted by admin on August 27th, 2011

Pergerakan Pemuda Umno hari ini berharap kerajaan dapat berunding dengan syarikat ExxonMobil International Holdings (ExxonMobil) mengenai tindakannya menjual 65 peratus kepentingannya dalam Esso Malaysia Bhd kepada sebuah syarikat Filipina.”Aset syarikat ini adalah strategik, maka itu perlu pertimbangan terutama apabila sudah ada tawaran yang begitu tinggi (oleh) syarikat tempatan,” kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau mengulas tindakan syarikat petroleum Amerika yang dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk menjual kepentingannya itu kepada syarikat pembuat bir terkenal dari Filipina, San Miguel Corp, yang juga konglomerat yang amat pelbagai dengan harga yang lebih rendah daripada tawaran yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Khairy berkata tindakan rakyat negara ini yang mahu kerajaan melihat semula mengenai perjanjian antara ExxonMobil International dengan San Miguel Corp bukan bermakna rakyat negara ini menghalang syarikat antarabangsa daripada masuk dan melabur di sini, atau tidak menghargai penglibatan mereka dalam ekonomi negara.

“Cuma kita minta kerajaan melihat semula kepada transaksi ini. Mungkin tidak boleh buat apa-apa tapi mungkin kita boleh minta supaya ExxonMobil dapat mempertimbangkan tawaran yang dibuat oleh LTAT itu,” katanya kepada pemberita selepas mengedarkan pek berbuka puasa kepada orang ramai di Stesen Kuala Lumpur Sentral di sini sempena program Jom Balik Kampung.

Sementara itu, PAS pulq memandang serius cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad dan syarikat berkaitannya kepada San Miguel dan mendakwa ia satu lagi kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri strategik.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata urusan jualan itu jika diteruskan akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara.

Awal minggu ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta Putrajaya memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

“Perlu diingat bahawa urusan niaga itu juga termasuk loji penapisan minyak milik Esso di Port Dickson, yang merupakan aset penting negara.

“Pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urus niaga tersebut dan Esso mestilah menawarkan penjualan asetnya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” kata Hadi lagi.

Hadi menambah, perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China atas kepentingan strategik.

“Sepatutnya kerajaan yang ada ini, bersama dengan Petronas melalui Petronas Dagangan Berhad bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah.

“Sekali gus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputera yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara,” katanya.

Kata Hadi, walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya dalam syer peruncitan iaitu pasaran stesen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan.


http://www.kl-today.com/2011/08/usaha-jual-esso-terus-dibantah/

Saturday, August 20, 2011

Mirzan dikait beli Esso Malaysia murah?

Posted by admin on August 19th, 2011

Kerajaan Malaysia perlu menyiasat pengambil alihan aset hiliran Esso Malaysia oleh San Miguel Corp dari Filipina baru-baru ini jika mereka benar-benar serius mahu memupuk budaya urus tadbir korporat yang tegas dalam negara ini.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat gesaan itu susulan pengambil alihan aset hiliran Esso Malaysia pada harga USD610 million yang jauh lebih rendah daripada nilai pasarannya.

Beliau juga menggesa agar Suruhanjaya Sekuriti dan kumpulan pemerhati pemegang saham minoriti meneliti urusniaga itu untuk memastikan kepentingan pemegang saham minoriti tidak diabaikan.

Menurut Anwar, San Miguel Corp sebelum ini mempunyai Mirzan Mahathir (gambar), anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang pengarahnya selepas Mirzan memperolehi 19.9 peratus saham dalam konglomerat itu pada harga RM2.9.

Walaupun Mirzan kini bukan lagi pengarah dalam syarikat itu, beliau kekal sebagai Pengarah Petron Corporation, syarikat bersekutu San Miguel Corp yang memiliki rangkaian loji penapis dan pengedar petrol di Filipina.

“Oleh itu, persoalan akan timbul samada pengambilalihan aset hiliran Esso itu berlaku pada harga yang sebegitu rendah bagi pihak Mirzan?

“Ini menjadi lebih penting kerana abangnya, Mokhzani Mahathir memperolehi sekian banyak manfaat daripada sektor huluan industri gas dan minyak melalui Kenchana Petroleum; terutamanya apabila bapa mereka merupakan penasihat Petronas,” kata Anwar.

Katanya lagi, sektor korporat Malaysia perlu bebas dari amalan urusniaga ‘bawah meja’ yang dibudayakan BN DAN menjejaskan kepentingan orang ramai.

Penguasaan Mirzan dalam sektor korporat tanahair dengan bantuan kerajaan Umno BN bukan satu perkara baru.

Beliau juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kencana Petroleum yang memperolehi subsidi daripada kerajaan Umno sebagai pembekal tenaga bebas (IPP) dalam negara.


http://www.kl-today.com/2011/08/mirzan-ada-kaitan-beli-esso-malaysia-murah/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...